pendidikan awal kanak-kanak- di malaysia

29
PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK- DI MALAYSIA UNIT 5

Upload: jameyah

Post on 30-Jun-2015

6.188 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

UNIT 5

Page 2: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Objektif Unit

Pada akhir unit ini pelajar dapat:1.menjelaskan kedudukan pendidikan awal

kanak-kanak di Malaysia2.menghuraikan perbezaan TASKA dan TADIKA3.menjelaskan prosedur-prosedur penting

dalam pendaftaran TASKA dan TADIKA4.menjelaskan isu-isu berkaitan TASKA/TADIKA

di Malaysia

Page 3: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir unit pelajar dapat:1.membuat perbandingan antara perkhidmatan

TASKA dan TADIKA2.mengenalpasti prosedur-prosedur penting

dalam pengurusan TASKA dan TADIKA

Page 4: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Pengenalan

Perkhidmatan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia bermula - tahun 70an oleh KEMAS dan Jabatan Perpaduan. • Akta Taman Asuhan - Kanak-Kanak 1984

dikuatkuasakanberdaftar - Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

• Akta Pendidikan 1996, dipinda dan telah memasukkan pendidikan prasekolah - komponen penting

pendidikan dalam merealisasikan falsafah pendidikan negara.

Page 5: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

(Al-Ghazali, 1296H, Dalam Hasan Langgulung,1979.• "Kanak-kanak merupakan amanah dan

tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya

Page 6: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Rousseau-• masa kanak-kanak di kalangan manusia adalah lebih panjang jika dibandingkan dengan makhluklain seperti haiwan.• kanak-kanak memerlukan perlindungan-

menyediakan persekitaran yang sihat dan dapat mengembangkan potensi yang ada pada kanak-kanak tersebu

Page 7: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia

• Perkembangan sistem pendidikan kanak-kanak telah wujud sejak sekian lama di Malaysia. Kebanyakannya lebih menjurus kepada pendidikan agama yang di laksanakan secara tidak formal di kampung-kampung. Pengajian Al-Quran dan agama ini diajar kepada kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas oleh guru-guru agama. Selalunya kanak-kanak ini belajar mengaji Al Quran di rumah tok guru. Masa yang ditetapkan untuk mereka belajar mengaji Al Quran adalah mengikut kehendak tok guru

Page 8: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• Pusat-pusat jagaan dan asuhan telah wujud bersama-sama dengan penubahan ladang-ladang getah dan kawasan perlombongan semasa pemerintahan kolonial Inggeris- memberi tumpuan terhadap penjagaan kebajikan dan kesihatan kanak-kanak, hanya sedikit tumpuan diberikan kepada aspek keperluan pendidikan (educational needs).

Page 9: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• Pusat-pusat jagaan dan asuhan ditubuhkan oleh pihak swasta bagi menampung permintaan ibu bapa yang bekerja untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka. Pusat-pusat ini mengambil kanak-kanak dari umur beberapa bulan hingga 4 tahun atau 5 tahun.

Page 10: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• agensi-agensi kerajaaan yang giat menubuhkan dan membangunkan pusat-pusat prasekolah serta program-program pendidikan berkenaan ialah FELDA, FELCRA, RISDA, KEMAS, Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, universiti-universiti, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Bandar dan Desa Sabah, Lembaga Letrik Negara dan Yayasan Sabah.

Page 11: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang dari jumlah kanak-kanak yang berumur 5 tahun harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini, dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak (53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan tersebut.(Kementerian Pendidikan Malaysia 1991).

Page 12: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• 1996, Akta Pendidikan telah dipinda dan telah memasukkan pendidikan prasekolah di dalam sistem pendidikan negara dengan menekankan ciri-ciri keindividuan kanak-kanak melalui kurikulum kebangsaan prasekolah yang diperkenalkan pada tahun 2003

Page 13: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• TASKA di Malaysia, ianya bermula apabila kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (pindaan 2006) yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek pendaftaran dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak bagi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak berhak mendapat penjagaan dan pengasuhan yang sewajarnya tanpa diskrimanisai dan prejudi

Page 14: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Jenis Perkhidmatan yang ditawarkan dalam melaksanakan Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia

Jenis Perkhidmatan

Umur Kanak-Kanak

Agensi Pendaftaran Kelayakan Pengasuh/Guru

TASKA 0-4 tahun Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

SPM

TADIKA 4-6 tahun Jabatan Pelajaran Negeri

SPM/Diploma

Page 15: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Pendaftaran Institusi

• Setiap institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah wajib didaftarkan sebagai sebuah institusi yang menawarkan perkhidmatan TASKA ataupun TADIKA mengkut Akta masing-masing yang telah dikuatkasakan. Kegagalan sesebuah institusi didaftarkan akan menyebakan kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang pengabaian atau penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Page 16: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Kurikulum

• Kurikulum yang digunakan di setiap institusi pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah berasaskan amalan bersesuaian perkembangan yang menggunakan perkembangan menyeluruh sebagai elemen penting. Kanak-kanak yang berumur di bawah umur 4 tahun perlu diberi rangsangan untuk meningkatkan perkembangan menyeluruh mereka melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan menggunakan konsep belajar melalui bermain.

Page 17: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Isu Ketidakseragaman Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia

• terdapatnya berbagai agensi yang terlibat di dalam mengendalikannya. Sehingga kini terdapat kira-kira 31 buah agensi kerajaan, separa kerajaan, sektor swasta dan pertubuhanbebas yang menganjurkan pusat pendidikan prasekolah

Page 18: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• tahun 1984, Kementerian Pendidikan telah menghasilkan sebuah ‘Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia’.

• Sebanyak lapan garis panduan untuk pendidikan prasekolah telah dibentuk dan garis panduan itu telah diperkemaskan lagi pada tahun 198

Page 19: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• garis panduan ini meliputi perkara-perkara seperti Pendidikan Ketatanegaraan, Pendidikan Kerohanian dan Moral, Penggunaan Bahasa Malaysia, Pendidikan Agama Islam, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Sosio-Emosi, perkembangan kognitif dan perkembangan estetika dan daya kreatif.

Page 20: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• Satu ulasan mengenai keadaan pendidikan prasekolah di Malaysia (New Straits Times, 22 Nov 1989:2) menunjukkan bahawa walaupun ada satu garis panduan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, ketidakseragaman masih wujud. Ini adalah kerana 60% daripada TADIKA atau TABIKA yang ada di negara ini mempunyai kurikulum sendiri dan kaedah perlaksanaan yang berlainan. Kebanyakannya terlalu memberatkan aspek tertentu seperti perkembangan aspek lain seperti kerohanian dan moral. Namun demikian pada tahun 2003 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah dan telah dijadikan kurikulum wajib bagi setiap TADIKA samada dari agensi kerajaan mahupun pihak swasta. Walaubagaimanapun pendekatan yang digunakan boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian kanak-kanak.

Page 21: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Model Kurikulum

• Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai

• Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai

Page 22: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

• kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif.

Page 23: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Yuran

• Sumber kewangan TADIKA/ TABIKA agensi kerajaan adalah bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan tetapi jumlah itu sangat kecil.

• Pihak Swasta- Bayaran untuk menghadiri TADIKA adalah berbeza-beza.

Page 24: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Kelayakan Akademik dan Ikhtisas Guru

• Tenaga pengajar yang mengendalikan program latihan ini mempunyai kelulusan akademik dan ikhtisas yang berbeza-beza

• agensi ini mempunyai tenaga pengajar yang berkelulusan ‘post graduate’ dalam pendidikan prasekolah

• yang lain pula hanya mempunyai latihan asas berhubung dengan pendidikan prasekolah

• Tidak ada koordinasi di antara agensi-agensi yang menjalankan latihan berhubung dengan kurikulum, taraf akademik tenaga pengajar dan jangka masa kursus yang dijalankan

Page 25: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Gaji guru

• Pembayaran gaji guru juga adalah berpandukan kepada kelayakan akademik yang di miliki oleh guru berkenaan. Tidak ada pelarasan gaji di antara guru-guru yang mengaja

Page 26: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Latihan Guru

• Latihan untuk guru-guru TADIKA atau TABIKA dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan. Di antaranya ialah KEMAS, Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, FELDA dan lain-lain badan-badan khas dan agensi kerajaan dan pihak swasta

• . Guru-guru tersebut di kehendaki untuk menjalani pelbagai kursus yang menekankan kepada aspek pembelajaran dan pengurusan kanak-kanak.

• Terdapat juga sebilangan guru-guru TADIKA yang tidak mempunyai latihan khusus untuk mengajar.

Page 27: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Kemudahan-kemudahan Asas Fizikal

• Kemudahan asas fizikal di antara TADIKA-TADIKA adalah berbeza mengikut lokasi dan kemantapan kewangan agensi yang mengendalikan TADIKA tersebut.

• kemudahan-kemudahan asas yang di dapati di tadika adalah seperti bilik air, ruang permainan kanak-kanak, ruang makan dan ada sebahagiannya yang menyediakan kawasan untuk beriadah, berenang dan sudut-sudut bacaan dan ruang untuk berehat

Page 28: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Organisasi, Pengurusan dan Pentadbiran TADIKA

• Pengusaha TASKA/TADIKA mempunyai sistem pengurusan dan pentadbiran institusinya yang tersendiri

• Perbezaan-perbezaan dalam aspek pentadbiran ternyata dari segi bilangan unit atau bahagian yang terlibat dalam bidang-bidang pengendalian TASKA/TADIKA

• Struktur organisasi pengurusan prasekolah juga adalah berbeza di antara satu sama lain

Page 29: PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK- DI MALAYSIA

Pendaftaran dan Penyelarasan

• TASKA- Jabatan Kebajikan Masyrakat Malaysia

• TADIKA- Jabatan Pelajaran Negeri