pendidikan sains awal kanak-kanak

33
Penghargaan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan ini walaupun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi dan perlu disiapkan dalam masa yang diberikan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Hj. Mohamed Ayob Bin Hj. Sukani selaku pensyarah Subjek Sains Awal Kanak-kanak (ECS 2223) merangkap penasihat tugasan ini kerana membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan mendoakan saya. Tidak lupa juga terima kasih saya ucapkan kepada teman-teman yang banyak membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada saya semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat saya hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Akhir kata dari kami, semoga penulisan saya ini dapat memuaskan hati semua pihak. Justeru itu saya juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan ini dapat melahirkan bakal guru yang berkarisma dan bertoleransi. Jika ada salah silap dan terkasar bahasa, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu kemaafan. Saya hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Harap dimaafkan. Sekian, Terima Kasih 1

Upload: fiza-yuzai

Post on 26-Oct-2015

303 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan sains awal kanak-kanak

Penghargaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah

S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapat juga saya menyiapkan tugasan

yang telah diberikan ini walaupun pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi dan perlu

disiapkan dalam masa yang diberikan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada Hj. Mohamed Ayob Bin Hj. Sukani selaku pensyarah Subjek Sains Awal

Kanak-kanak (ECS 2223) merangkap penasihat tugasan ini kerana membantu dan

memberi tunjuk ajar kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Bantuan

beliau amat saya hargai walaupun beliau sentiasa sibuk dengan tugasnya sebagai

pensyarah. Beliau yang tidak lokek ilmu sentiasa memberi pandangan kepada para

pelajarnya agar dapat menyelesaikan tugasan ini dengan berjaya. Terima kasih

sekali lagi saya ucapkan.

Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak

memberi sokongan dan mendoakan saya. Tidak lupa juga terima kasih saya

ucapkan kepada teman-teman yang banyak membantu sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam membantu, memberi tunjuk ajar, dan semangat kepada

saya semasa menyiapkan tugasan ini. Kerjasama dari teman-teman amat saya

hargai kerana tanpa sokongan dan komitmen daripada teman-teman mungkin

merumitkan lagi proses menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata dari kami, semoga penulisan saya ini dapat memuaskan hati

semua pihak. Justeru itu saya juga berharap agar hasil tugasan yang kami lakukan

ini dapat melahirkan bakal guru yang berkarisma dan bertoleransi. Jika ada salah

silap dan terkasar bahasa, saya ingin menyusun sepuluh jari tanda memohon seribu

kemaafan. Saya hanyalah insan biasa yang tidak lepas daripada melakukan

kesilapan. Harap dimaafkan.

Sekian, Terima Kasih

1

Page 2: pendidikan sains awal kanak-kanak

Definisi Sains Awal

Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan

memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif

dan afektif. Menurut Joseph Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan

kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam

semula jadi.

Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi

proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui

pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan

mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi

membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa

hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus membantu

peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan

dalam jangka masa panjang.

Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan

perkembangan deria/ sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang

pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif

iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila

mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais,

menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata

lain, sains adalah sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan

2

Page 3: pendidikan sains awal kanak-kanak

mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-kanak untuk meransang perkembangan

kognitif dan deria mereka.

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu

atau inkuisitif. Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya

dengan tujuan mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang

menarik perhatian mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara

yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina

pengertian dan kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami.

Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan

konsep pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak

Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi

dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu

konsep dengan baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan

bagi membina kefahaman saintifik.

Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat

memberi pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan

peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan &

Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah membantu meningkatkan

perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak, memberi peluang kepada

kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat, membantu kanak-kanak

menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam

membuat penakulan, membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan

nilai murni.

3

Page 4: pendidikan sains awal kanak-kanak

Konsep Asas Sains Awal Kanak-Kanak

Sains merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik.

Pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains

seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan membolehkan

kanak-kanak membina rasa tangungjawab dan perihatin serta rasa hormat

pada alam sekitar.

Menurut Gene Holt (1979), mengikut kajian Noraini Tahir, Roszikin Zakaria,

dan Zainab Zakaria (2007), sains adalah pemikiran dan perbuatan yang berlaku

seiring pada kanak-kanak. Sains merupakan perkara yang ,menghairankan,

menakjubkan dan menimbulkan rasa ingin tahu dan keinginan untuk meneroka.

Terdapat empat konsep asas iaitu pemerhatian, pengelasan, kesimpulan dan

komunikasi. Melalui pemerhatian kanak-kanak dapat melihat dan memerhati dua

perkara yang berbeza. Pemerhatian melibatkan proses mental dan kadang kala

melibatkan pengunaan lebih dari satu deria. Kanak-kanak perlu diberikan panduan

dan pengalaman bagi membuat satu perhatian dengan mengalakkan mereka melihat

dengan penuh teliti sesuatu peristiwa, tindakan atau maklumat. Pemerhatian bukan

sekadar pada input visual, tetapi ia juga melibatkan deria yang lain seperti

mendengar, menghidu, merasa, dan menyentuh.

4

Page 5: pendidikan sains awal kanak-kanak

Semasa melakukan pemerhatian, kanak-kanak belajar untuk menggunakan

semula deria yang ada seperti melihat, mendengar,menghidu, merasa dan sentuhan.

Menurut Forman & Kuschner (1977), dalam kajian Noraini Tahir, Roszikin Zakaria,

dan Zainab Zakaria (2007), menerangkan bahawa beliau mencadangkan empat

peringkat yang perlu diikuti oleh kanak-kanak dalam melakukan pemerhatian iaitu

mengenal pasti bahagian-bahagian benda dan objek, melihat sesuatu benda dari

pelbagai sudut, membandingkan benda yang dilihat dengan benda lain, dan

mengantikan benda dengan fungsinya – mata untuk melihat.

Konsep asas yang seterusnya adalah pengelasan, mengelas merupakan

suatu proses kemahiran asas dalam menyusun sesuatu maklumat. Dalam mengelas

objek atau maklumat, kanak-kanak akan membuat perbandingan mengenai

perbezaan dan persamaan sesuatu objek. Pada peringkat prasekolah kanak-kanak

berkebolehan melakukan pengkelasan berdasarkan warna, bentuk, saiz dan fungsi.

Kanak-kanak yang lebih besar dapat mengelaskan bedasarkan pelbagai ciri. Melalui

pengelasan kanak-kanak bukan sahaja memerhati, tetapi berfikir. Sebelum ke

sekolah kanak-kanak sering terlibat dengan peluang pengelasan dan pemarhatian

melalui sekelilingnya.

Kanak-kanak boleh melakukan aktiviti seperti biji benih yang pelbagai saiz dan

bentuk, jenis serangga, bersayap atau tidak bersayap, binatang liar atau jinak, blok

yang pelbagai warna, saiz dan bentuk, manik, dan alatan dibilik darjah.erusnya

konsep asas yang ketiga adalah kesimpulan, ianya melibatkan cadangan huraian,

sebab, atau akibat pada peristiwa lepas. Kesimpulan memerlukan kanak-kanak

berfikir dan member sebab mengenai apa yang berlaku. Berbeza dengan ramalan

yang melibatkan sesuatu yanag mungkin belaku pada masa akan dating.

5

Page 6: pendidikan sains awal kanak-kanak

Kesimpulan menyemai hipotisis kerana melibatkan pertimbangan dan penilaian dan

ia tidak selalunya benar. Kanak-kanak yang sedang melakukan pemerhatian , minta

mereka membuat pertimbangan, hipotesis atau kesimpulan mengenai pemerhatian

yang dilakukan.

Konsep asas yang terakhir adalah komunikasi, ianya merupakan suatu proses

kemahiran asas yang penting. Kanak-kanak digalakkan berkongsi permehatian dan

data yang dikutip melalui pelbagai cara. Komunikasi berlaku melalui pembantangan

hasil pemerhatian dan dapatan melalui rekod bergambar, carta dan graf mudah.

Kanak-kanak juga boleh menulis cerita dan melukis gambar untuk berkongsi

maklumat. Proses komunikasi penting bagi membolehkan kanak-kanak memahami

bagaimana pengaetahuan sains dapat dikongsi dan diperoleh. Kanak-kanak

digalakkan untuk menyatakan apa dan bagaimana mereka melakukan pemerhatian,

ramalan atau pengelasan dalam melahirkan pemikiran mereka sendiri dalam bentuk

pertuturan bagi membina kemahiran interaksi sosial.

Teori Pembelajaran Dalam Perkembangan Sains Awal Kanak-Kanak

Lev Vygotsky (1896-1934) adalah seorang ahli psikologi berbangsa Rusia dan

bidang beliau adalah dalam kesusasteraan dan bahasa. Idea-idea beliau terutama

sekali berkenaan pembelajaran dalam konteks sosial lewat diterima oleh ahli-ahli

psikologi barat kerana karyanya dalam bahasa Rusia menghadapi masalah alih

bahasa. Oleh itu, teori tidak dapat disebarkan lebih awal lagi. Pengaruh beliau dalam

6

Page 7: pendidikan sains awal kanak-kanak

bidang psikologi di Amarika semakin meningkat dalam 20 tahun kebelakangan ini

dan idea-ideanya banyak diasimilasikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan.

Teori Vygotsky mewakili perkembangan manusia daripada segi budaya dan

sejarahnya. Factor-faktor yang berpegaruh dalam pembentukan bagaimana

seseorang individu itu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan

pengalamannya dalam masyarakat itu. Beliau membezakan fungsi mental peringkat

rendah seperti persepsi ringkas, memori dan penemuan iaitu ditentukan secara

biologi atau semula jadi daripada fungsi budaya-psikologi peringkat tinggi.

Penggunaan alat-alat psikologi seperti lambang dan simbol ataupun sistem lambing

simbol seperti gerak-geri, bahasa, sistem lambang matematik dan teknik mnemonik

yang dating daripada luar seseorang individu membolehkan perkembangan psikologi

peringkat tinggi berlaku. Ianya datang daripada budaya sekeliling dan dipindahkan

melalui interaksi dengan orang-orang lain yang sudah memilikinya dan akhirnya

penerima itu dapat menginternalisasikan perkara itu.

Vygotsky (1978) menyatakan, “setiap fungsi dalam perkembangan budaya

kanak-kanak muncul dua kali iaitu yang pertama pada aras sosial dan kemudian

pada aras individu, bermula antara manusia (intrapsikologi) dan kemudian dalam diri

kanak-kanak (intrapsikologi). Perkara ini merujik pada penumpuan secara sukarela,

ingatan logik dan pembentukan konsep.

Aspek kedua berkenaan teori perkembangan sosial oleh Vygotsky adalah

berkenaan dengan apa yang diperkatakan sebagai zon perkembangaan terdekat

ataupun ‘zone of proximal development’. Menurutnya lagi, sebenarnya terdapat dua

paras atau tahap perkembanagan kognitif. Yang pertama adalah paras yang dicapai

oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendiri yang dinamakan

7

Page 8: pendidikan sains awal kanak-kanak

perkembangan sebenar atau actual development dan paras yang lebih tinggi adalah

paras yang seseorang itu berpotensi mencapai atau potential development apabila

mendapat bimbingan daripada pihat yang berkebolehan. Jarak ini dikenali sebagai ‘

zone of proximal development’.

Vygotsky melihat pembelajaran sebagai proses yang melibatkan interaksi

sosial yang mendorong seseorang mendekati zon perkembangan terdekatnya (ZPD).

Proses perkembangan baru tercetus dan diamalkan sehingga dapat

diinternalisasikan olehnya sehingga menjadi amalanya sendiri. Perkembangan

terdekat ini boleh dilihat sebagai satu paras yang melepasi paras di mana beliau

mempercayai dapat berfungsi secara sendiri.

Kemahiran Proses Sains

Melalui kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr. Zuraida Ismail, Dr. Sharifah

Norhaidah Syed Idros, dan Maznah Ali ( 2003), kemahiran proses sains adalah

kemahiran yang digunakan oleh para saintis bagi mengkaji fenomena dan

menyelesaikan masalah. Proses ini meliputi kaedah atau cara mencari penerangan

yang rasional berhubung fenomena dalam alam semula jadi. Proses sains mengikut

Gagne (1963) adalah inkuiri saintifik. Ia adalah kemahiran intelektual yang diitlakkan

dan perlu bagi mempelajari konsep dan prinsip yang digunakan bagi membuat

inferens secara induktif. Kemahiran ini adalah progresif dan berhieraki, setiap satu

menjadi landasan kepada kemahiran berikutnya dan saling bertindih. Keupayaan

menggunakan setiap proses sains peringkat tinggi bergantung pada kemampuan

menguasai kemahiran proses sains yang lebih mudah.

8

Page 9: pendidikan sains awal kanak-kanak

Ciri-ciri utama bagi proses sains ialah setiap proses sains adalah tingkah laku

yang dapat dipelajari dan dikuasai kanak-kanak, setiap proses melibatkan kemahiran

intelek spesifik dan boleh digunakan bagi memahami fonomena, dan proses sains

dapat digunakan dalam mempelajari isi kandungan sains dan menyumbang ke arah

pembangunan pemikiran rasional.

Antara strategi yang dicadangkan oleh National Science Education Standards

(lind,200) bagi melibatkan kanak-kanak secara aktif dalam pencarian pengetahuan

adalah bertanyakan soalan berhubung objek, organisma, dan fenomena yang

terdapat dalam alam sekitar. Kanak-kanak seharusnya di galakkan mencari jawapan

melalui pemerhatian dan penyiasatan, merangcang dan melaksanakan eksperimen

ringkas. Pada peringkat awal kanak-kanak, eksperimen diasaskan pada

pemerhatian. Apabila kebolehan meningkat, mereka boleh mencadangkan dan

melakukan eksperimen mudah bagi menjawab persoalan mereka, mengunakan alat-

alat dan radas yanag mudah bagi mengumpul data dan menfaatkan sepenuhnya

lima deria yang ada. Kemahiran asas yang mudah seperti membuat pemerhatian,

mengukur,menggunting, atau memotong, menuang, memegang, dengan

menggunakan alat-alat yang sesuai seperti kayu ukur, gunting, alat penimbang dan

mikroskop perlu didedahkan dari awal lagi, menggunakan data bagi mencadangkan

penjelasan yang logikal. Dalam inkuiri, pemikiran kanak-kanak ditegaskan, dan

penjelasan yang dijana daripada data yang dikumpulkan melalui pemerhatian,

pengukuran dan bacaan perlu dihebahkan dan dibincangkan bersama dengan guru

dan rakan-rakan.

Memerhati

9

Page 10: pendidikan sains awal kanak-kanak

Pemerhatian adalah menggunakan semua atau sebanyak mungkin deria yang ada

iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan rasa, ataupun bau bagi mengumpul

maklumat berhubung objek atau fenomena. Ada empat peringkat yang perlu diikuti

oleh kanak-kanak dalam membuat pemerhatian iaitu, mengenal pasti bahagian-

bahagian bahan atau objek, melihat objek daripada pelbagai sudut ataupun

perspektif, membandingkan dan membezakan bahan atau objek yang dikaji dengan

bahan lain, dan mengaitkan struktur objek atau bahan dengan fungsinya.

Kanak-kanak melihat objek bagi mengenal pasti saiz, bentuk dan warna.

Kanak-kanak mendengar bagi menantukan sama ada bunyi kuat ataupun perlahan,

tinggi ataupun rendah dan juga rentaknya. Merasa makanan member kefahaman

bagi berhubung konsep masam, manis, pahit dan masin yang digunakan bagi

menerangkan berhubung makanan. Bau mengajar kanak-kanak membezakan dan

mengaitkan bau busuk atau wangi.

Guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang kaya dengan

pengalaman pembelajaran. Guru dapat meningkatkan pengalaman menjadi lebih

bermakna. Sebagai guru, perlulah membimbaing kanak-kanak member tumpuan

pada aspek-aspek tertentu dan melalui soal jawab membimbing murid membina

pengetahuan yang diperlukan. Perbincangan atau interaksi lisan guru-murid penting

dalam perkembangan bahasa dan konsep kanak-kanak.

Mengelas

Melalui pengelasan, kanak-kanak bukan sahaja perlu membuat pemerhatian, tetapi

mereka juga perlu berfikir (Micklo, 1995). Dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat

yanag meyaranakan kita sentiasa memerhati dan berfikir. Sememangnya terdapat

10

Page 11: pendidikan sains awal kanak-kanak

kelebihan bagi orang yang sentiasa berfikir berhubung perkara-perkara yang

diperhatikan. Banyak penemuan sains bermula dengan pemerhatian dan hasil

pemerhatian itu membuahkan penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan. Kanak-

kanak selalunya mempunyai banyak peluang memerhati dan mengelas benda-benda

yang terdapat di sekelilingnya. Pengelasan benda-benda ini dapat dilakukan

mengikut ciri-ciri yang jelas diperhatikan seperti saiz yang kecil, besar ataupun

sedarhana, tekstur yang licin ataupun kasar, nipis ataupun tebal, sejuk ataupun

panas. Contohnya, kanak-kanak dapat mengelas biji benih mengikut saiz,bentuk dan

warna, mengelas serangga mengikut jenis bersayap ataupun tidak.

Mengukur Dan Menggunakan Nombor

Kemahiran ini memerlukan kanak-kanak membuat pemerhatian secara kuantitif.

Pengukuran dalam sains membuatkan pemerhatian lebih jitu. Kanak-kanak perlu

mengiuasai konsep nombor bagi membolehkan mereka member kuantiti kepada

pemerhatian yang dilakukan. Sebagai contoh, membilang kelopak bunga, kawan-

kawan dalam kelas, bilanagan kanak-kanak lelaki dan perempuan dan lain-lain.

Jarak boleh diukur dengan menggunakan kayu ukuran tanpa unit, benang

ataupun tapak tangan. Kanak-kanak Cuma mengira bilangan unit dalam pengukuran

yang dilakukan. Apa yang ditekankan adalah keupayaan kanak-kanak menyatakan

pemerhatian mereka dalam bentuk kuantiti. Sistem pengukuran piawai boleh

diperkenalkan selepas murid faham konsep pengukuran. Guru juga boleh

menggunakan bahan-bahan buangan seperti botol ubat dan bekas makanan

segeraataupun bekas –bekas kosong lain yang sesuai bagi aktiviti yang melibatkan

pengukuran.

11

Page 12: pendidikan sains awal kanak-kanak

Membuat Inferens

Kemahiran ini merujuk pada keupayaan kanak-kanak membuat kesimpulan awal

bagi menerangan perhatian mereka. Kesimpulan awal ini, mungkun betul ataupun

tidak. Inferens dibuat berdasarkan data atau maklumat yang diperoleh daripada

pemerhatian dan juga pengalaman lalu. Inferens yang dibuat boleh diubahsuai bagi

mengambil kira maklumat baru.

Kanak-kanak biasanya dapat menerangkan pemerhatian mereka. Contohnya,

kanak-kanak ditunjukan satu bekas mengandungi cecair tak berwarna. Kanak-kanak

membuat inferens bahawa cecair adalah air.

Kanak-kanak seharusnya dibantu membezakan semasa pemerhatian-

pemarhatian dan membuat inferens. Sesuatu yang diperhatikan adalah sama tetapi

penjelasan pada pemerhatian berbeza mengikut tanggapan kanak-kanak yang

sememangnya berbeza. Kesimpulan dibuat dengan memilih penjelasan yang

dirasakan paling munasabah bagi menerangkan pemerhatian. Kanak-kanak boleh

dibantu membuat inferens dengan merujuk data-data yang dikumpulkan kerana

perbincangan adalah berdasarkan pada maklumat yang konkrit. Kanak-kanak dapat

melihat corak dan pola perhubungan yang terdapat dalam data yang dipamerkan.

Ramalan

Kanak-kanak mengharapkan dapat membuat perbandingan dan jangkaan berhubung

sesuatu peristiwa bedasarkan pemerhatian yang lalu ataupun data yang boleh

dipercayai. Kanak-kanak sering membuat ramalan apabila berinteraksi dengan

bahan-bahan. Ketepatan ramalan yang dibuat oleh kanak-kanak bergantung pada

pengalaman silam dan setakat mana mereka dapat mengaitkannya dengan

12

Page 13: pendidikan sains awal kanak-kanak

pesekitaran yang ada. Semakin banyak maklumat yang ada pada kanak-kanak

semakin baik dan tepat ramalan yang dapat mereka buat.

Berkomunikasi

Berkomunikasi merujik kepada keupayaan kanak-kanak mengemukakan idea dalam

pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan ataupun lukisan. Kanak-kanak dapat membina

kemahiran berkomunikasi apabila mereka menerangkan objek atau bahan yanag

dikaji dengan terpeinci. Pengelasan dianggap lengkap apabila kanak-kanak lain

dapat mengenal pasti objek atau bahan yang diterangkan. Melalui interaksi dengan

bahan pembelajaran, kanak-kanak seharusnya digalakkan menyatakan apa yang

dirasai, apa yang dapat dilakukan dengan bahan dan apa saja yang berkaitan

dengan bahan yanag sedang dikaji. Berkomunikasi boleh dalam bentuk lisan,

melukis, mewarna, menari, ataupun pergerakan lain yang sesuai dengan tajuk

ataupun bahan yang dipelajari.

Kemahiran ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh

dalam pelbagai bentuk bergantung pada bahan yang dipelajari. Dalam sians,

bercakap dan mendegar membantu kanak-kanak mempelajari dan memahami

konsep-konsep sains. Kanak-kanak seharusnya digalakkan menerangkan

pemerhatian mereka kepada rakan-rakan kelas, membuat inferens dan klasifikasi

agar pembelajaran yang seharusnya diperoleh melalui aktiviti yang dilakukan

menjadi lebih jelas dan meningkatkan kemahiran berfikir serta kemahiran interaksi

sosial.

Pendekatan Pengajaran

13

Page 14: pendidikan sains awal kanak-kanak

Mengajar sains pada peringkat prasekolah memerlukan pendekatan yang berbeza

daripada yang digunakan pada peringkat rendah ataupun menengah. Pengajaran

dalam sains melibatkan kedua-dua proses dan isi kandungan atau konsep-konsep

sains. Mempelajari sains bukan dengan menghafal maklumat semata-mata. Pada

peringkat awal, tumpuan dalam pendidikan sains adalah lebih pada komponen

proses. Komponen ini member fokus ke atas cara yang digunakan bagi

mendapatkan pengetahuan saintifik. Justeru, kanak-kanak perlukan pengalaman

yang membolehkan mereka mengumpul, menyusun, dan menilai pengetahuan sains.

(McAnarny, 1980) Sains bagi kanak-akank melibatkan mereka secara aktif dalam

aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan.

Konsep-konsep dan idea-idea sains pada peringkat ini disampaikan melalui

aktiviti-aktiviti hans-on yang mengembirakan. Aktiviti-aktiviti pembelajaran ini

membolehkan kanak-kanak meneroka, membuat penemuan dan membina

kesedaran berhubung alam disekeliling mereka serta fenomena, semula jadi. Sains

bagi mereka termasuklah melihat pegerakan haiwan dan tumbuhan, air dan pasir,

bermain dengan blok binaan, dan melihat pergerakan kereta permainan dan putaran

roda, membuat eksperimen, mencuba dan menanyakan soalan. Kanak-kanak

memulakan penerokaan dengan membuat penerapan yang mungkin mencetuskan

tekaan saintifik dan membuat ramalan, seterusnya merekodkan pemerhatian yanag

dilakukan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat guru lakukan bagi menjana minat dan

membantu murid memahami konsep-konsep asas dalam sains. Antara aktiviti-aktiviti

sains yang menarik adalah seperti mengkaji gunung berapi, melihat kismis tengelam

timbul, membina terrarium dan aquarium, mengkaji haiwan yang terdapat di sekitar

14

Page 15: pendidikan sains awal kanak-kanak

kawasan seperti cacing, rama-rama, semut dan lipas, bermain air dan pasir serta

meneroka dengan menggunakan deria rasa, sentuhan, bau, pendegaran, dan

penglihatan. Aktiviti memasak membantu kanak-kanak mempelajari berhubung

makanan dan melihat perubahan yang berlaku dalam keadaan tertentu (Cobb, 1979)

serta berlatih kemahiran mengukur. Perkara yang perlu kanak-kanak sedari adalah

buku dan bahan-bahan bacaan adalah sumber utama mendapatkan makluamat

tambahan berhubung perkara yang ingin dikaji. Pada peringkat awal, guru boleh

membaca kepada kanak-kanak buku mengenai topik kajian.

Penguasaan konsep berlaku dengan binaan kefahaman secara peribadi dan

bukan dengan pengajaran atau penyampaian fakta dan makluamt oleh guru. Mereka

perlu membina penjelasan bagi fenomena yang diperhatikan ataupun akibat

daripada manipulasi dalam eksprimen yang dilakukan. Semasa kanak-kanak

menjalankan aktiviti, guru boleh mengemukakan soalan yang dapat mencetuskan

soalan ataupun menentukan arah aktiviti selanjutnya. Pengajaran yanag bermakna

dan berkesan mengalakkan penerokaan pemikiran altenatif, kepelbagaian

penyelesaian ataupun jawapan yang kreatif. Dengan merancang aktiviti yang dapat

dilakukan oleh kanak-kanak, guru dapat mengalakkan perkembanagan kemahiran

berfikir dan menggunakan taakulan saintifik. Penerokaan saintifik juga mengalakkan

perkembanagan kemahiran penyelesaian masalah, mengenal pasti kesan dan akibat

serta menyusun dan mengelas maklumat yanag terdapat di sekitar kehidupan kanak-

kanak.

Satu cara berkesan menggalakan kanak-kanak berfikir dangan member fokus

pada idea yang dipelajari melalui perbincangan. Setiap aktiviti yang dilakukan

bersama kanak-kanak perlu ada sesi perbincangan sama ada sebelum, semasa atau

15

Page 16: pendidikan sains awal kanak-kanak

selepas aktiviti selesai. Kanak-kanak perlu digalakkan bercakap dan menceritakan

semula pengalaman mereka. Melalui cara ini, mereka dilatih membina dan menjana

idea dan pemikiran, membentuk konsep serta meneliti perhubungan antara idea.

Kayu ukur dalam menetukan perbincangan yanag baik adalah sejauh mana kanak-

kanak itu diransang berfikir dan bukan sebanyak mana yanag diterangakan oleh

guru.

Pengajaran boleh dilakukan mengikut langkah-langkah yang merangkumi

penerokaan, membentuk soalan dan mencari jawapan melalui aktiviti penyiasatan

dan penerokaan. Masa bagi setiap langkah tidak ditetapkan dan bergantung paa

minat kanak-kanak dan guru. Contohnya, perbincangan konsep udara mungkin

mengambil masa tiga minggu. Tiga hari pertama digunakan untuk meneroka konsep

udara daripada pelbagai perspektif, dua hari membantu kanak-kanak membentuk

soalan bagi kajian dan penerokaan lanjutan dan satu minggu ataupun lebih bagi

menjalankan aktiviti penyiasatan termasuk eksperimen. Kanak-kanak boleh member

sumbangan idea semasa sesi perbincangan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti

yang menarik minat mereka.

Pengajaran dan pembelajaran sains tidak semestinya terikat dengan peralatan

yang canggih. Guru-guru mengumpul bahan-bahan buangan seperti bekas-bekas

plastik, majalah dan akhbar lama bagi digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang

dirancang. Bayak bahan yang dapat diperoleh sama ada dengan percuma ataupun

dengan harga yang murah bagi menjayakan pelajaran sains. Benda-benda hidup

mahupun bukan hidup yang terdapat di sekeliling dan dalam kehidupan seharian

dapat dijadikan bahan bagi pembelajaran sains. Satu perkara yang perlu diberi

perhatian semasa merancang aktiviti adalah aspek keselamatan. Perkara ini penting,

16

Page 17: pendidikan sains awal kanak-kanak

apabila guru merancang lawatan atau kajian luar dan semasa mengedalikan

specimen hidup ataupun berbahaya.

Strategi Pengajaran Sains

Bagi mendapatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran sains

pelbagai kaedah boleh digunakan. Antara kaedah yang terdapat dalam pengajaran

sains adalah penyediaan meja atau sudut sains di dalam kelas, sediakan kotak sains

mudah alih, merancang pembelajaran dalam kelas, aktiviti di sekitar kelas dan luar

kelas, menghubung jalin dengan komponen pembelajaran lain, pengalaman

pembelajaran yang sepontan, rancangan penggunaan bahan yang selamat, dan

merancang lawatan.

Kaedah penyediaan meja atau sudut sains di dalam kelas adalah sesuatu

sedut yang perlu mempunyai identity dan menarik. Guru perlu menyediakan papan

kenyataan untuk menampal maklumat, hasil kerja dan bahan berkaitan sains. Di sutu

juga boleh diletakan buku berkaitan sains. Melalui sudut tersebut, boleh diletakkan

buku berkaitan, batu, kulit siput, kanta dan sebagainya. Sekiranya mempunyai

akuarium atau terrarium letakkan di tempat selamat tetapi jelas dilihat. Penyusunan

dan penggunaan yang fleksibel akan menjadikan sudut itu menarik minat kanak-

kanak. Selain daripada itu guru sentiasa menukar ganti bahan pameran di sudut

berkaitan. Sekali-kala sediakan bahan surprise yang boleh membuatkan kanak-

kanak sentiasa tertanya-tanya.

17

Page 18: pendidikan sains awal kanak-kanak

Sediakan kotak sains mudah alih, kotak sains mudah alih boleh disediakan

bagi kegunaan aktiviti di dalam atau di luar kelas. Ia boleh dibawa semasa lawatan.

Kotak ini asasnya mengandungi kanta pembesar, pita pengukur, gunting, plastik,

botol atau bekas, tali, sudip tanah, kertas dan pensil.

Rancang pembelajaran di dalam kelas, aktiviti sains dalam kelas boleh

melibatkan aktiviti memasak melibatkan merasa makanan, masak nasi, dan agar-

agar. Membancuh warna, percambahan, dan membuat pelangi. Memerhati kesan

magnet, litar elektrik, bahan larut, dan tidak larut, dan tenggelam timbul. Membincang

fakta atau pengetahuan baru seperti tiga kumpulan makanan atau membincang

kitaran dan habitat haiwan. Bercerita seperti ‘The Very hungry caterpillar’ atau

‘sehelai daun nagka’. Mengendalikan projek kelas seperti projek percambahan,

hidroponik, tanam setawar atau memelihara haiwan kesayangan. Memerhati aksi

pokok ditiup angin atau pergerakan haiwan. Pemerhatian sesuatu proses seperti roti

berkulat, membuat kek perhatikan mentega dan gula jadi aduan.

Seterusnya aktiviti di sekitar kelas dan luar kelas, salah satu aktiviti luar kelas

adalah lawatan. Lawatan dapat memberikan kanak-kanak ‘first hand experience’.

Merupakan satu kaedah pembelajaran yang berkesan. Aktiviti yang dijalankan di luar

kelas boleh disambung di dalam kelas. Antara aktivitinya adalah seperti melihat

habitat pelbagai jenis haiwan, mengumpul benda hidup dan mati, mengukur bayang-

bayang dan lawatan ke zoo. Aktiviti boleh dipelbagaikan mengikut dan bergantung

kepada lokasi prasekolah.

Menggabung jalin dengan komponen pembelajaran lain, pengajaran dan

pembelajaran sains perlu digabung dan diintegrasikan dengan pembelajaran lain.

Salah satu strategi bagi mencapai pembelajaran dengan aktiviti kelas yang lain

18

Page 19: pendidikan sains awal kanak-kanak

adalah melalui pengajaran bertema. Pengajaran berteman menjuruskan topik

spesifik dan diajar dengan lebih sistematik. Melalui pemilihan tajuk aktiviti yang

berkaitan dengan tema adalah memilih tajuk yang menarik. Tajuk yang menarik

biasanya adalah sesuatu yang bersesuaian dengan budaya dan persekitaran.

Berdasarkan pengendalian aktiviti tersebut, guru boleh merancang pembelajaran

dalam kumpulan kecil, kelas atau individu. Membiarkan pengalaman sains berlaku

mengikut minat kanak-kanak.

Pengalaman pembelajaran yang sepontan, pembelajaran iniadalah aktiviti

yang tidak dirancang, tetapi berlaku secara sepontan. Contohnya, kanak-kanak

menangkap belalang sebelum masuk kelas. Topik belalang boleh dibawa kepada

perbincangan ‘show and tell’. Pengalaman saians di peringkat awal kanak-kanak

adalah pengalaman meneroka dan mendapat soalan terhadap kejadian yang berlaku

di sekitarnya. Pengalaman ini haruslah membawa kepada perasaan gembira dan

kepuasan pada kanak-kanak.

Rangcangan Pengajaran Harian

Kelas : Prasekolah Dahlia

Tarikh : 19.10.2011 (Selasa)

Masa : 10.00 pagi – 10.30 pagi (30 minit)

Bilangan Murid : 25 orang (13 L & 12 P)

Modul (asas/bertema) : Bertema

19

Page 20: pendidikan sains awal kanak-kanak

Tema / tajuk                   :  Alam Sekitar/ Kejadian Gunung Berapi

Tunjang Utama                 : Sains Dan Teknologi

Standard Kandungan : (ST 5.1)  Meneroka fenomena alam  iaitu

letusan gunung berapi.

Standard Pembelajaran : (ST 5.1.4) Menjalankan aktiviti membentuk

letusan gunung berapi

Kesatuan Tunjang           : (PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam

aktiviti.

Objektif pembelajaran                 : Pada akhir pengajaran  murid akan dapat :

1. Mengetahui bagaimanana terjadinya

letusan gunung berapi.

2.  Mengetahui kesan yang ditinggalkan

setelah berlakunya letusan gunung

berapi.

Pengetahuan sedia ada : Kanak –kanak pernah melihat letusan

gunung berapi di   televisyen.

Kemahiran berfikir :   menjana idea, menghubung kait,

membanding beza

penerapan Nilai : Menghargai alam sekitar.

Mengetahui kejadian alam semesta

Bbantuan Bantu Mengajar :   Model binaan gunung berapi, cuka,

baking , pewarna, pencuci pinggan.

Focus MI/KB : kepekaan terhadap alam sekitar.

20

Page 21: pendidikan sains awal kanak-kanak

Kosa Kata : model, letupan

Langkah/masa Isi Kandungan Aktiviti Catatan/Bahan

Set Induksi

(5 minit)

Model

Gunung

Berapi

Murid-murid memerhatikan guru

masuk ke kelas bersama Model

gunung  berapi.

Guru bersoal jawab dengan

murid.

Contoh soalan:

1.Apakah benda ini?

(gunung)

2.Siapa pernah mendaki gunung?

3.Apa warna gunung?

Guru memperkenalkan tema

minggu ini.

Model Gunung

Berapi

Bimbingan

Guru

Langkah 1

(10 minit)

proses

gunung

berapi

meletup

Murid–murid ditunjukkan

gambar-gambar kejadian gunung

berapi.

Murid-murid memerhati dan

bersoal jawab dengan guru.

Contoh soalan:

1.Mengapa gunung berapi

Gambar

gunung berapi

Bimbingan

guru

21

Page 22: pendidikan sains awal kanak-kanak

berlaku?

2.Bagaimana terjadinya

letusan gunung berapi?

Langkah 2

(10 minit)

Demonstrasi

letupan gunung

berapiGuru memperkenalkan bahan

atau alatan untuk menghasilkan

letupan gunung berapi.

Murid-murid memerhatikan

tunjuk cara guru dalam

menghasilkan letupan gunung

berapi.

Murid –murid menjalankan aktiviti

dengan bimbingan guru.

Model gunung

berapi.

1. Cuka

2. Pewarna

3. Pabun

4. Baking

soda

Penutup

(5minit)

Cerita pendek

tentang kesan

gunung berapi

Murid-murid diminta bercerita 

tentang kesan selepas gunung

berapi terjadi.

Contoh:

binatang mati, pokok terbakar dan lain-lain.

Replika binatang,

pokok dan lain-

lain.

Model gunung

berapi  yang telah

digunakan

Refleksi Guru Pelatih :

22

Page 23: pendidikan sains awal kanak-kanak

Ulasan Pensyarah / Guru Pembimbing :

Rujukan

23

Page 24: pendidikan sains awal kanak-kanak

Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad, 2004. Panduan Kurikulum

Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Bentong, Pahang.

Noraini Tahir, Roszikin Zakaria, & Zainab Zakaria, (2007). Perkembangan Kognitif

Dan pembelajaran Kanak-kanak.Open Universiti Malaysia (OUM). Kuala

Lumpur.

Zuraida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros, & Maznah Ali, 2008. Pendidikan

Sains Prasekolah. PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Batu Cave.

Rohani Abdullah & Nani Menon, 2004. Panduan Kognitif kanak-kanak Prasekolah.

PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd. Bentong, Pahang.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010. Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan.

24