psikologi perkembangan awal kanak-kanak (etd 1113)

16
DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113) TAJUK : PERKEMBANGAN BAHASA KUMPULAN 5 NOOR ADILAH BT SAID 3131000411 NUR FAZILAH BT. HASHIM 3131002281 NUR LIYANA BT OMAR 3131000271 MOHD NAJAMUDIN MOHD HAMSAH 3131006003 PENSYARAH : ENCIK BAGHAWI B SARBINI Tarikh: 9 JULAI 2013

Upload: adilah-said

Post on 21-May-2015

1.790 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

  • 1. DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113) TAJUK : PERKEMBANGAN BAHASA KUMPULAN 5 NOOR ADILAH BT SAID 3131000411 NUR FAZILAH BT. HASHIM 3131002281 NUR LIYANA BT OMAR 3131000271 MOHD NAJAMUDIN MOHD HAMSAH 3131006003 PENSYARAH : ENCIK BAGHAWI B SARBINI Tarikh: 9 JULAI 2013

2. PERKEMBANGAN BAHASA 3. Teori Perkembangan Bahasa Teori Behaviorisme Teori behaviorisme cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa. Antara sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan tingkah laku. Menurut pandangan teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir. Kanak-kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa. Mereka berpendapat bahwa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa. 4. E. L. Thorndike Thorndike (18741949) mengemukakan Teori S-R atau Stimulus- Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Hukum Thordike iaitu Kesediaan Latihan (ulangan) Keputusan/ Kesan Pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang berdasarkan kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas. Dalam erti kata lain kanak-kanak akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. 5. CARA GURU APLIKASIKAN TEORI DALAM P&PHUKUM KESEDIAAN Guru-guru perlu membantu pelajarnya untuk bersedia belajar dan mengenal perkataan yang asing bagi mereka.Guru perlu menyoal pelbagai soalan untuk menjelaskan sesuatu benda itu agar mereka lebih jelas dan faham dengan perkataan yang baru itu. HUKUM LATIHAN Guru juga perlu membuat latihan secara berulang-ulangan untuk pelajar bagi proses pengukuhan HUKUM KESAN Guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran mereka 6. B.F. SKINNER Menurut Skinner (1904-1990), pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepu k tangan, pelukan, dan lain- lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya. 7. CARA GURU APLIKASIKAN TEORI DALAM P&P Guru juga boleh memberikan kata-kata semangat,pujian,tepukan tangan dan hadiah kepada pelajarnya yang boleh menguasai bahasa dengan baik. Contohnya dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. 8. Kesimpulannya, kedua-dua tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak balas. 9. Teori Mentalis Teori Mentalis dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device). 10. Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; i. proses pemerolehan bahasa semua kanak -kanak boleh dikatakan sama ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama) iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak- kanak iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut; i. wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori- kategori tatabahasa ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan semula jadi iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa keupayaan semula jadi bahasa itu tidak akan dikuasai. 11. CARA GURU APLIKASIKAN TEORI DALAM P&P Menurut teori ini kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.Lantaran itu, sebagai guru kita dapat mengambil peluang ini untuk mengenalkan dan mengasahkan lagi perkembangan bahasa kepada murid dengan mengajar bahasa selain bahasa ibunda mereka. 12. Teori Intraksionalisme Teori intraksionalisme dipelopori oleh Halliday.Menurut teori pembelajaran ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik agar mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk-bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Sistem bahasa kanak-kanak berupaya menyatakan satu-satu fungsi, sementara bahasa orang dewasa mengandungi lebih daripada satu fungsi. Situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak kerana melalui hubungan sosial mereka dapat berkomunikasi dengan orang lain dan ini dapat membantu dalam pemerolehan bahasa mereka. 13. CARA GURU APLIKASIKAN TEORI DALAM P&P Teori ini menekankan faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak.Maka sebagai guru, seharusnya kita membantu pelajar-pelajar bagi memperkembangkan bahasa mereka yang sedia ada kepada yang lebih baik.Sebagai contoh guru boleh membuat lawatan sambil belajar, atau melalui bahan bacaan buku-buku ilmiah mahupun dari buku cerita kanak-kanak. 14. Teori Konstuktivisme Di asaskan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934). Teori Konstruktivisme didefinisikan sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu tindakan mencipta sesuatu makna dari apa yang dipelajari. Pengalaman berbahasa kanak-kanak tergantung pada tahap perkembangan kognitif sesuatu masa. Bagi Vygotsky, bahasa berkembang dari interaksi sosial dengan orang lain. Awalnya, satu- satunya fungsi bahasa adalah komunikasi. Bahasa dan pemikiran berkembang sendiri, tetapi seterusnya kanak-kanak akan mendalami bahasa dan belajar menggunakannya sebagai alat untuk membantu menyelesaikan masalah. 15. CARA GURU APLIKASIKAN TEORI DALAM P&P Guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang berkesan bagi meningkatkan mutu kognitif pelajar untuk memperkembangkan bahasa mereka. 16. RUJUKAN Internet https://www.google.com.my/search?output=search&sclient=psy- ab&q=pendekatan+perkembangan+bahasa&btnK= Buku En. Kamarulzaman Kamaruddin (2001), Psikologi Perkembangan. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris Nik Rosila Nik Yaacob (2010), Pendidikan Kerohanian dan Moral Prasekolah. Penerbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2011), Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.