tugasan korporat 1

19
I S I K A N D U N G A N Muka Surat PENGHARGAAN 02 1.0 PENDAHULUAN 03 2.0 ULASAN ARTIKEL 05 3.0 MANUAL IDENTITI KORPORAT: 3.1 FELCRA BERHAD 08 3.2 DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) 09 4.0 PENUTUP 13 RUJUKAN 14

Upload: gituen-sann

Post on 02-Dec-2015

210 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

identiti korporat

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN KORPORAT 1

I S I K A N D U N G A N

Muka Surat

PENGHARGAAN 02

1.0 PENDAHULUAN 03

2.0 ULASAN ARTIKEL 05

3.0 MANUAL IDENTITI KORPORAT:

3.1 FELCRA BERHAD 08

3.2 DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK) 09

4.0 PENUTUP 13

RUJUKAN 14

Page 2: TUGASAN KORPORAT 1

PENGHARGAAN

Syukur. Dengan limpah kurniaNya yang tidak terhingga, saya telah berjaya

menyempumakan tugasan ini. Sesungguhnya, segala usaha yang gigih itu akan

mendatangkan rahmat ke atas umatNya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada

Prof. Dr.______________________, sebagai pensyarah KOM3101 (Pengenalan Komunikasi

Korporat). Sesungguhnya, segala bimbingan dan nasihat yang diberikan dalam usaha

menyiapkan tugasan ini amatlah dihargai.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan semua yang terlibat

dalam usaha menjalankan tugasan ini. Akhimya, setinggi-tinggi penghargaan buat keluarga

yang tersayang, yang bukan sahaja menjadi sumber inspirasi yang terunggul malahan banyak

memberikan semangat dan keazaman yang tinggi untuk melaksanakan tugas ini dan

sepanjang kuliah.

Page 3: TUGASAN KORPORAT 1

1.0 PENDAHULUAN

Perubahan politik, ekonomi, sosial, teknologi dan budaya berlaku dengan pantas.

Pada abad ke-20, Asia menjadi gelanggang percaturan dunia barat. Andaian bahawa pada

pertengahan abad ke-21, Asia akan menjadi kuasa penentu pembangunan manusia. Dunia

menjadi perkampungan global. Peredaran maklumat menjadi intipati kepada pembangunan

sesebuah perbadanan moden. Fenomena tahap saling bergantung berlaku secara drastik

terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Di Malaysia, pengurusan perbadanan moden

perlu berubah agar selaras dengan perubahan ekonomi global.

Terdapat tiga konsep utama dalam komunikasi korporat yang sering dikaji oleh para

sarjana. Konsep tersebut ialah identiti korporat, reputasi korporat dan pengurusan

komunikasi. Secara umumnya, komunikasi korporat adalah merujuk kepada bidang khusus

dalam komunikasi dan ditambah dengan pengiklanan, hubungan media, komunikasi

kewangan, komunikasi anggota dan komunikasi krisis.

Menurut Wikipedia bebas, Identiti korporat ialah “persona” perbadanan menerusi

penjenamaan atau penggunaan tanda dagangan. Identiti korporat sering dikaitkan dengan

nama, logo dan ciri – ciri visual organisasi. Imej dan identiti dinilai oleh pelanggan,

komuniti, pekerja dan pihak berkepentingan membentuk reputasi. Reputasi ialah tahap

penghargaan tertinggi dari kaca mata pihak berkepentingan luaran berdasarkan dari

kombinasi penilaian yang disumbangkan oleh keutuhan kewangan, sumber manusia,

tanggungjawab atau kualiti produk. Elemen identiti dan imej membentuk reputasi yang kuat

atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, imej tidak timbul secara tiba – tiba. Ia lahir dari identiti yang

dipunyai oleh organisasi. Identiti ini dipersembahkan kepada khalayak melalui aktiviti

komunikasi untuk membentuk imej. Selanjutnya, imej akan diterjemahkan oleh publik

melalui rasa kepuasan mereka terhadap perkhidmatan atau produk yang dikeluarkan lalu

membentuk reputasi. Ketiga – tiga komponen ini berlaku hanya dengan adanya karektor –

karektor yang terdapat dalam organisasi yang seterusnya membentuk budaya korporat

organisasi.

Lazimnya, identiti korporat boleh dirancang dan digubal oleh pihak pengurusan

berdasarkan jenis perniagaan bagi sesebuah organisasi. Manakala, imej korporat pula

Page 4: TUGASAN KORPORAT 1

bermula daripada identiti korporat bagi sesebuah organisasi. Namun begitu, imej tersebut

boleh berubah – ubah mengikut iklim organisasi dari semasa ke semasa. Secara ringkasnya,

imej bersifat subjektif manakala identiti bersifat objektif. Oleh yang demikian, perubahan

identiti boleh menyebabkan imej berubah, tetapi dalam pengurusan imej tidak semestinya

akan menyebabkan identiti berubah kerana perubahan imej mungkin berlaku disebabkan

faktor – faktor lain seperti isu atau krisis dalam pengurusan, kerosakan barangan dan

perkhidmatan dan sebagainya.

Identiti korporat membantu sesebuah organisasi menjawab soalan seperti “siapa kita?’

dan “ke mana arah tuju kita?” Identiti korporat membolehkan pengguna sedar empunya

produk atau perkhidmatan. Secara umumnya, identiti korporat meliputi nama korporat, logo

dan alatan yang membantu atau menyokong sesebuah organisasi dengan beberapa garis

panduan. Garis panduan ini menetapkan bagaimana identiti sesebuah organisasi digunakan

dan disahkan dari segi warna, jenis perkataan, hamparan muka surat dan sebagainya yang

melambangkan identiti korporat tersebut. Manifesto fizikal ini merupakan manual identiti

korporat.

Sifat unik sesuatu jenis logo adalah penting bagi mengelakkan kekaburan dikalangan

pelanggan, pembekal, pengguna, afliate, dan orang ramai. Sejauh mana sesuatu jenis logo

mencapai matlamat ini, ia boleh berfungsi sebagai tanda dagang, dan boleh digunakan bagi

mengenalpasti secara unik perniagaan, organisasi, peristiwa, produk, datau perkhidmatan.

Apabila jenis logo direka, satu cara yang paling berkesan adalah mendaftarkannya sebagai

tandadagang, agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya, atau

mengganggu pemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait dengan jenis logo

diperkukuhkan dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadi harta hakmilik intelektual

(intellectual property) yang berharga.

Kebanyakkan syarikat mempunyai identiti mereka tersendiri dalam menjalankan

perniagaan mereka sama ada produk ataupun perkhidmatan. Tanda dagangan, logo dan

slogan secara konsistennya pada produk, pembungkusan dan iklan. Syarikat – syarikat besar

membelanjakan beratus ribu ringgit untuk mengemaskini dan mendirikan logo mereka,

sementara perniagaan – perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan

untuk membina logo korporat mereka. Dalam tugasan ini, penulis membincangkan secara

terperinci satu contoh manual identiti korporat sebuah organisasi iaitu Universiti Putra

Malaysia (UPM), selain daripada ulasan tiga artikel utama berkaitan dengan identiti korporat.

Page 5: TUGASAN KORPORAT 1

2.0 ULASAN ARTIKEL

Alina Wheeler (2206), mencadangkan organisasi dibina daripada persekitaran yang

menyeluruh dan organisasi menggubal sendiri persekitarannya di peringkat dalaman dan juga

luaran. Secara dalaman, organisasi bertindak melalui making sense pengalaman lampau dan

melalui pembinaan identiti tersendiri untuk mengendalikan masalah dalaman. Ini akan

membentuk kesepaduan dan menguatkan lagi tindakan. Ada diantara identiti yang kuat

terbina di dalam organisasi yang telah lama wujud. Secara luarannya, organisasi secara

subjektif membentuk imej untuk mengurus dalam menjana persepsi yang digemari oleh

publik luaran. Tindakan ini yang akan membezakan organisasi dengan yang lain.

Beliau juga menyatakan bahawa identiti korporat adalah jumlah keseluruhan tindakan

yang dipilih oleh syarikat untuk dikenali oleh semua publik. Walau bagaimanapun, secara

jelasnya ia mesti direkabentuk untuk memujuk semua orang yang berkepentingan terhadap

organisasi. Alina Wheeler menambah bahawa identiti korporat berdasarkan disiplin yang

luas meliputi pengurusan, komunikasi dan perlakuan. Jika identiti korporat digunakan secara

terancang ia boleh menonjolkan pendirian dan tindakan organisasi. Identiti korporat yang

berdasarkan budaya organisasi dan sesuatu yang tidak diucap adalah gabungan wawasan

strategik. Identiti korporat juga boleh menjarakkan organisasi dengan pesaing dan juga

menjadi sumber penting mewujudkan peluang untuk bersaing.

Dalam artikel lain yang dikaji oleh Van den Bosch, A.L.M., De Jong, M.D.T., &

Elving, W.J.L. (2005), mereka telah bekerjasama membangunkan model identiti korporat

yang terdiri daripada komunikasi dan identiti visual, perlakuan, budaya korporat, kondisi

pasaran, organisasi, produk dan perkhidmatan. Dalam usaha membangunkan identiti

korporat, syarikat perlu berusaha untuk membentuk identiti yang sesuai dengan persekitaran

dan objektifnya. Identiti dibentuk melalui proses yang lama dan memakan masa yang

panjang. Identiti yang dibentuk dan dibangunkan ini diprojeksikan menjadi satu identiti yang

positif untuk meningkatkan keyakinan publik terhadap kualiti dan pencapaian syarikat.

Walaupun begitu, identiti yang ada jika tidak diprojeksi dengan sistematik ia tidak

bermakna. Oleh yang demikian, identiti yang ada perlu dikomunikasikan kepada orang ramai

melalui aktiviti komunikasi korporat agar publik dapat melihat identiti secara jelas.

Perbincangan berkaitan identiti akan melihat kepentingan penonjolan dan aktiviti yang

Page 6: TUGASAN KORPORAT 1

sedang dan perlu dilakukan oleh syarikat untuk mempersembahkan identiti mereka kepada

publik.

Banyak definisi dan pandangan dalam konsep personaliti korporat, imej korporat,

identiti korporat dan logo korporat. Routledge (2006), berpendapat masalah dalam identiti

korporat dan imej korporat boleh bertukarganti. Personaliti korporat ditentukan oleh identiti

korporat. Semua syarikat mempunyai personaliti yang tersendiri di mana terdiri daripada

karektor, tingkahlaku dan intelektual. Ketiga – tiga perkara ini dapat membezakan

personaliti sesebuah syarikat. Identiti korporat pula mempunyai beberapa elemen penting

seperti kepercayaan, pengalaman, perasaan, pengetahuan, sikap atau gaya dan persepsi

terhadap organisasi.

Keseluruhan tanggapan ini merupakan imej sesuatu korporat. Dengan mengekalkan

atau membesarkan syer pasaran, membina hubungan yang baik dengan pelanggan dan rakan

niaga yang lain akan memberikan tanggapan psoitif di kalangan pelanggan terhadap syarikat.

Menurut Routledge lagi, satu cara pengguna membezakan sesebuah syarikat di masa hadapan

adalah melihat imej dan logo korporat itu. Identiti merupakan perkara penting bagi sesebuah

syarikat untuk menarik perhatian dan memberi kepercayaan yang tinggi terhasap pelanggan.

Dalam kajian Routledge (2006) terhadap identiti korporat Cina, mencadangkan

definisi identiti korporat berdasarkan teori organisasi. Definisi identiti korporat ini

berasaskan interaksi sosial, iaitu:

Identiti korporat adalah aktor korporat iaitu bertindak sebagai wakil syarikat mereka dalam

interaksi sosial dengan actor lain dalam konteks yang khusus. Ianya melibatkan persepsi

yang dikongsi bersama, cara melakukan sesuatu dan sebagainya melibatkan tingkahlaku.

Dalam proses ini aktor korporat adalah sama pentingnya dengan aktor lain; identiti

korporat menonjolkan syarikat tersebut sebagaimana ianya relevan dengan yang lain.

Aktor korporat membina identiti yang berbeza dalam konteks yang berlainan.

Berikut merupakan cadangan Routledge berkaitan amalan yang baik dalam

menjayakan strategi identiti korporat:

Perbezaan. Dalam pasaran sengit pada masa kini, penjenamaan sesebuah syarikat perlulah

jelas perbezaannya dengan organisasi atau syarikat yang lain. Produk atau perkhidmatan

Page 7: TUGASAN KORPORAT 1

yang mereka niagakan perlulah berbeza dengan yang lain atau yang sedia ada, untuk

menjadi perhatian, dikenali dan disukai ramai.

Relevans. Jenama sesebuah syarikat atau organisasi perlulah mempunyai hubungan

dengan apa yang publik harapkan. Untuk membina kehendak ramai, mereka perlulah

memahami dan memenuhi kehendak dan aspirasi pelanggan dan pengguna.

Keselarian (koherens). Untuk mempastikan kredibiliti pelanggan dan pengguna, jenama

mestilah selari atau sejajar dengan yang mereka katakan. Semua mesej, komunikasi

pemasaran, pengalaman penjenamaan dan penghantaran produk atau perkhidmatan

perlulah memberi makna dan kepuasan kepada pelanggan dan pengguna.

Keyakinan. Jenama yang berbeza, relevan dan koherens adalah produk atau perkhidmatan

yang dihargai dan meyakinkan pihak berkepentingan dalaman atau luaran.

Page 8: TUGASAN KORPORAT 1

3.0 MANUAL IDENTITI KORPORAT

3.1 FELCRA Berhad

Logo

Logo FELCRA Berhad adalah merupakan ekspresi pencapaian matlamat dan objektif

organisasi ini. Rekabentuk logo menunjukkan tanda – tanda perubahan dalam imej

dan hala tuju korporatnya.

Jalinan warna merah, biru dan putih adalah bersamaan dengan jalinan warna Jalur

Gemilang - Bendera Nasional. BIRU adalah warna global yang mewakili dunia

bisnes; MERAH adalah semangat yang dinamik dan PUTIH melambangkan

kecekapan dan kejelasan.

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari gagasan pelan pengembangan FELCRA Berhad.

 

Rasional Di sebalik Logo:

Bentuk 'rhombus' mewakili bentuk asas daun yang mendasari pertanian.

'Rhombus' berwarna biru mewakili core-business sebagai asas pembentukan ke arah

konglomerat yang kukuh.

Page 9: TUGASAN KORPORAT 1

'Rhombus' berwarna merah mewakili tiga pelan pengembangan FELCRA Berhad

iaitu dari segi pengembangan geografi, pengembangan bisnes yang berkaitan dan

pengembangan synergistic.

3.2 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

     

Bendera dan logo bandaraya Kota Kinabalu

Maksud warna:    

    Warna Biru Muda melambangkan kebenaran, keyakinan dan kejayaan.

    Warna Biru Tua melambangkan perpaduan, keharmonian dan semangat kerjasama.

   Warna Merah melambangkan keyakinan, keberanian, kecekapan, kebenaran dan

keadilan.

    Warna Putih melambangkan perkhidmatan yang bersih, amanah dan saksama.

    Warna Kuning melambangkan kemakmuran dan kecemerlangan.

    Warna Hijau melambangkan kesegaran, perkembangan dan kemajuan.

 

Page 10: TUGASAN KORPORAT 1

Maskot Bandaraya Kota Kinabalu:

Famili / Nama Saintifik: ARDEIDAE / Egretta alba

Burung bangau ini adalah yang terbesar (82sm-120sm) dalam kumpulan burung

bangau.  Bulunya berwarna putih dan kakinya pula berwarna hitam. Paruhnya berwarna

kuning tetapi bertukar menjadi hitam semasa musim pembiakan, iaitu pada bulan April

hingga bulan September.  Bangau ini sering dijumpai di sawah padi, kawasan paya dan hutan

bakau Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Di Kota Kinabalu ia sering ditemui di

Likas Lagoon dan di dalam semak di kawasan paya biasanya dalam koloni yang kecil. 

Pembinaan sarang untuk bertelur dimulai oleh bangau jantan kemudian disudahi oleh kedua-

dua pasangan. Kadangkala pembinaan ini berlarutan sehingga anak burung muncul. 

Makanan bangau adalah ketam, ikan dan haiwan kecil yang dapat ditangkap dalam air atau

lumpur. Biasanya dilihat bersendirian atau dalam kumpulan kecil dan kerap ditemui di

Semenanjung daripada Sabah dan Sarawak.

Page 11: TUGASAN KORPORAT 1

Famili / Nama Saintifik : ORCHIDACEAE / Phalaenopsis amabilis

Genus Phalaenopis diterbitkan sempena perkataan Yunani (Greek) “Phalaina”

bermaksud rama – rama dan “Opsis” menyerupai (likeness) dengan merujuk kepada bentuk

bunganya yang besar dan cantik seakan – akan menyerupai seekor rama – rama. 

Phalaenopsis amabilis (Latin “amabilis” bererti cantik molek) juga dikenali sebagai Orkid

Borneo, adalah Orkid Epifit. Ia mempunyai batang yang pendek dan berdaun bujur panjang

mencapai 30sm dan selebar 12sm. Tangkai bunganya boleh mencapai 80sm yang boleh

menampung sehingga 20 kuntum bunga berwarna putih sebesar 8 hingga 10sm.  Spesis orkid

ini banyak didapati di Borneo. Mudah ditanam, biak, kacuk, pelihara, mudah alih dan senang

dijaga tanpa memerlukan penggunaan tanah-tanih.

Page 12: TUGASAN KORPORAT 1

Pokok Rasmi Bandaraya Kota Kinabalu

Famili / Nama Botanik : CASUARINNCEAE/Casuarina sumatrana atau Casuarina  nobile

Spesis Casuarina mempunyai dedaun yang menghijau, cantik dan sesuai untuk

dijadikan hiasan. Daunnya membentuk mahkota yang diliputi belukar dengan bayang yang

malar dan bersimetri. Ianya membesar secara perlahan-lahan dan jangka hayatnya hanya

boleh mencapai sehingga 70 tahun. Ianya tidak perlu dicantas atau dipotong.  Adalah senang

untuk memeliharanya kerana ia mempunyai ciri cabang yang sedikit. Batang pokoknya

dikenali sebagai kayu keras. Pokok Sempilau Laut ini disusun secara teratur bagi lanskap di

tepi jalan. Apabila pokok – pokok ini ditanam di kedua – dua tempat, banyak tempat

berteduh dapat disediakan.

Casuarina ini berasal daripada famili Casuarinnceae. Manakala Casuarina sumatrana

pula berasal daripada Sumatrana ru. Spesis Casuarina ini adalah berbentuk simetri dan

mempunyai daun yang rimbun dan cantik berbanding dengan Casuarina equisetifelia. Ia

mempunyai ranting berbentuk jarum sepanjang 8 inci dan tidak mempunyai cabang . Ianya

mempunyai diameter iaitu 12 meter sementara ketinggiannya pula adalah 16 meter.

Page 13: TUGASAN KORPORAT 1

4.0 PENUTUP

Justeru itu, identiti korporat adalah apa yang syarikat mahukan atau lakukan. Ia

merangkumi produk, perkhidmatan, gaya pengurusan, aktiviti komunikasi dan tindakan di

seluruh dunia. Kaji selidik oleh para sarjana mendapati manfaat ke atas identiti korporat

dalam produk dan jualan akan menjadi identiti korporat yang baik dan kualiti terhadap

syarikat dan membolehkan syarikat menjual lebih kepada pengedar dan boleh membesarkan

saiz pengeluaran produk.

Memang tidak dapat dinafikan untuk membina identiti sesebuah organisasi atau

syarikat memerlukan kemahiran perancangan jangka panjang. Pengurusan tidak boleh

membataskan fokus mereka untuk seminggu atau sebulan. Perancangan adalah untuk

memastikan identiti korporat yang positif, berkesan dan mencipta impresi bagi semua pihak.

Identiti korporat dibentuk dengan pelbagai cara dan unik bagi memudahkan publik

membuat tanggapan yang tepat terhadap sesebuah organisasi atau syarikat. Sebagaimana

yang telah dibincangkan, identiti korporat diterjemahkan oleh aktiviti komunikasinya.

Seperti yang telah dibincangkan aktiviti komunikasi antaranya ialah yang berbentuk tangible,

misalannya simbol, warna, budaya, mercu tanda, lagu, arkitektur dan lain – lain manakala

yang bukan tangible pula adalah dalam aspek hubungan media, hubungan komuniti dan

beberapa cara khas yang lain.

Identiti korporat yang baik sudah pasti menjadi impian setiap organisasi agar mereka

sentiasa mendapat sokongan daripada masyarakat sekitar terutamanya pemegang – pemegang

saham. Buat masa yang sama kajian – kajian yang dilakukan oleh para sarjana dianggap

perlu untuk menambah jumlah kajian yang sedia ada serta sedikit sebanyak dapat membantu

kajian – kajian yang bakal dilakukan pada masa akan datang.

Page 14: TUGASAN KORPORAT 1

RUJUKAN

Alina Wheeler, (2006). Designing brand identity: A complete guide to creating, building,

and maintaining strong brands. New York: Wiley. 2nd Edition.

Chouliaraki, Lilie & M. Morsing, (2010). Media, Organizations and Identity. pp.   95

Routledge, (2006). Chinese Identity Corporate. Rockport Publishers.

Van den Bosch, A.L.M., De Jong, M.D.T., & Elving, W.J.L., (2005). How corporate visual

identity supports reputation. Corporate Communications. An International Journal, 10

(2), pp. 108–116.

Corporate Identity. http://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti , (2012, 22 Oktober).

Identiti Korporat FELCRA. http://www.felcra.com.my/web/guest/57 , (2012, 22 Oktober).

Jabatan Perhubunga dan Perkhidmatan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/news, (2012, 22 Oktober).