tugasan keganasan dalam sukan

19
1.0 Pengenalan Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju berteknologi tinggi, keperluan psikologi sukan amat penting. Jika dilihat dalam konteks pendidikan, bidang sains sukan amat diperlukan dalam menangani masalah displin pelajar ke arah menggalakkan pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik dan kegiatan luar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, ia juga dapat membantu kerajaan ke arah mewujudkan warganegara yang berguna.Namun apa yang lebih penting , pengetahuan dalam psikologi sukan mampu mengurangkan keagresifan dalam sukan yang berprofil tinggi seperti bola sepak, bola tampar , ragbi dan sebagainya. Situasi keagresifan sukan yang melanda dalam bidang sukan merupakan sesesuatu tindakan yang tidak dapat lari dalam pasukan yang sedang bertanding untuk mencapai objektif pertandingan. Justeru kecederaan yang terjadi pada pemain atau sebarang risiko yang mungkin mempengaruhi penonton untuk bertindak lebih jauh mampu dihindarkan sekiranya punca keagresifan sukan diatasi lebih awal.Melalui psikologi sukan , kita dapat memahami dengan lebih jelas tingkahlaku manusia terutamanya pemain dalam pertandingan supaya wujud persefahaman serta dapat memelihara perhubungan dan semangat kesukanan yang tinggi. Contohnya melalui semangat sukan yang tinggi mampu mewujudkan hubungan dan jalinan setiakawan yang tinggi dalam upacara yang diadakan sebelum pertandingan seperti bola sepak. 1

Upload: adrine-sapari

Post on 24-Apr-2015

150 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

1.0 Pengenalan

Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju berteknologi tinggi, keperluan

psikologi sukan amat penting. Jika dilihat dalam konteks pendidikan, bidang sains sukan amat

diperlukan dalam menangani masalah displin pelajar ke arah menggalakkan pencapaian

cemerlang pelajar dalam akademik dan kegiatan luar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Selain itu, ia juga dapat membantu kerajaan ke arah mewujudkan warganegara yang

berguna.Namun apa yang lebih penting , pengetahuan dalam psikologi sukan mampu

mengurangkan keagresifan dalam sukan yang berprofil tinggi seperti bola sepak, bola tampar ,

ragbi dan sebagainya.

Situasi keagresifan sukan yang melanda dalam bidang sukan merupakan sesesuatu tindakan yang

tidak dapat lari dalam pasukan yang sedang bertanding untuk mencapai objektif pertandingan.

Justeru kecederaan yang terjadi pada pemain atau sebarang risiko yang mungkin mempengaruhi

penonton untuk bertindak lebih jauh mampu dihindarkan sekiranya punca keagresifan sukan

diatasi lebih awal.Melalui psikologi sukan , kita dapat memahami dengan lebih jelas tingkahlaku

manusia terutamanya pemain dalam pertandingan supaya wujud persefahaman serta dapat

memelihara perhubungan dan semangat kesukanan yang tinggi. Contohnya melalui semangat

sukan yang tinggi mampu mewujudkan hubungan dan jalinan setiakawan yang tinggi dalam

upacara yang diadakan sebelum pertandingan seperti bola sepak.

Selain daripada itu juga , kawalan tingkahlaku yang tidak diingini atau yang bercanggah dengan

kehendak masyarakat seperti tingkah laku yang agresif terutamnya mampu dikawal supaya tidak

mengancam orang lain dan juga diri sendiri. Ini dapat membentuk diri menjadi warganegara

yang berguna kepada masyarakat. Melalui psikologi sukan juga , ramalan atau kajian tingkah

laku yang agresif dapat dinilai kerana kita mampu menilai tingkah laku pemain yang akan

bertindak agresif melalui kriteria – criteria tertentu. Selain daripada itu juga guru yang

berpengetahuan dalam psikologi sukan mampu meningkatkan motivasi pelajar atau pemain

dalam sukan.

1

Page 2: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

Psikologi sukan juga dapat membantu guru sukan terutamanya yang juga bertindak sebagai

jurulatih mengenalpasti apakah punca serta langkah –langkah mengatasi keagresifan dalam

sukan yang diceburi oleh pelajar. Guru juga akan lebih bersedia menghadapi sebarang risiko

sekiranya berlaku kecederaan yang diakibatkan oleh pemain yang bermain secara agresif. Namun

apa yang penting , persediaan dan langkah- langkah menghindari lebih penting dalam

menghadapi keagresifan dalam sukan.

Akhir sekali , pengetahuan dalam psikologi sukan terutamanya dalam pengendalian keagresifan

dalam sukan mampu meningkatkan kemahiran serta cara guru terutamanya dalam memahami

keperluan biologi serta juga psikologi manusia untuk memenuhi konsep kendiri manusia. Guru

akan berkemampuan memahami apakah faktor – faktor yang mempengaruhi personaliti

seseorang untuk bertindak secara agresif mengikut teori.

2

Tindakan agresif seorang penyokong ini terhadap pemain menunjukkan betapa seriusnya keagresifan dalam sukan jika tidak diatasi.

Page 3: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

1.2 Definisi Keagresifan dalam Sukan

Keagresifan merujuk kepada sebarang tingkah laku yang terhasil dan berkait terus dengan

matlamat untuk mencederakan individu atau benda hidup yang lain menurut Baron dan

Richardson, 1994. Keagresifan dalam sukan juga berkait rapat dengan personaliti penyertaan

individu dalam sukan. Menurut kajian Thirer , 1993 menyatakan bahawa keagresifan dalam

sukan didefinisikan sebagai perlakuan yang boleh mendatangkan kecederaan secara fizikal atau

dalaman terus kepada makhluk yang bernyawa.Menurut Silva , 1981 menyatakan keagresifan

sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental

kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut. Menurut Wann, 1997

pula mentakrifkan keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan

secara fizikal , verbal atau psikologikal orang lain yang juga cuba untuk mengelakkan diri sendiri

daripada dicederakan.

Keagresifan yang berlaku dalam sukan boleh menyebabkan kecederaan dan kematian kepada

pemain. Contoh keagresifan yang sering berlaku ialah percubaan mendatangkan kecederaan

melalui sentuhan fizikal yang berupaya memudaratkan kepada pihak lawan.

Untuk lebih jelas dan menyeluruh menurut Gill , 1986 menyatakan untuk menghasilkan sesuatu

tingkah laku atau tindakan yang menghasilkan tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan

sebagai keagresifan mestilah menepati empat kategori iaitu:

1. Keagresifan itu adalah salah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata – mata dan

bukannya berupa perasaan , sikap atau motivasi.

2. Keagresifan itu adalah satu tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja dan mempunyai

niat.

3. Keagresifan itu adalah satu tingkah laku yag ditujukan ke benda hidup dan bukan benda

tidak hidup.

4. Keagresifan juga dilakukan dengan niat untuk mencederakan seseorang individu atau

benda hidup sama ada dari segi fizikal dan mental.

Menurut Terry dan Jackson ,1985 menjelaskan keagresifan sukan yang menyalahi peraturan

serta mendatangkan kecederaan serius merupakan tindakan yang menyalahi matlamat

3

Page 4: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

pertandingan tersebut.Pada kesimpulannya, keagresifan sukan bukan sahaja melibatkan atlit atau

pemain namun ia juga melibatkan jurulatih, pegawai dan juga penonton.

1.3 Bentuk keagresifan dalan sukan

1. Keagresifan bentuk instrumental merujuk kepada kecederaan yang berlaku kepada pihak

pemain lawan dan bukan berniat untuk sengaja mencederakan tetapi untuk mencapai

ganjaran atau maruah diri. Ianya dikenali sebagai tingkah laku assertif dalam psikologi

sukan menurut Husman dan Silva ,1984 kerana pemain bermain mengikut peraturan yang

ditetapkan dengan emosi serta intensity yang tinggi tanpa berniat untuk mencederakan

sesiapa. Sebagai contoh, pemain bola sepak melakukan tackling untuk mendapatkan atau

merebut bola dalam permainan bola sepak.

2. Keagresifan berbentuk permusuhan pula merujuk kepada niat untuk menyakitkan

seseorang secara fizikal atau psikolgikal menurut Dollard , 1939.Pemain menetapkan

matlamat untuk mencederakan pemain pihak lawan dengan sengaja dan menyebabkan

pemain tersebut teraniaya. Ini juga dilakukan dengan sengaja dan ianya terkekuar

daripada peraturan atau undang- undang perlawanan serta banyak terjadi dalam

perlawanan seperti hoki, ragbi dan tinju.

3. Keagresifan asertif pula merujuk penggunaan fizikal dan verbal yang dibenarkan

mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat atau kemenangan.

Dalam konteks ini , niat untuk mencederakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika

ianya berlaku akibat tindakan asertif , ianya tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang

agresif dan menyalahi peraturan . Sebagai contoh penggunaan tackle untuk menghadkan

pergerakan lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan

permainan.Namun demikian sekiranya berlaku kecederaan terhadap pemain lawan , ia

masih tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih

serta mengikut peraturan yang sedia ada.

4

Page 5: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

Pada keseluruhannya , pengadil yang diberikan amanah untuk mengadili pertandingan perlu

menilai sama ada tindakan agresif yang dilakukan oleh pemain merupakan perlakuan yang

agresif atau asertif.Amat sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila mereka

melakukan tindakan kerana dalam konteks permainan , ianya berlaku dengan pantas dan

sukar dijangka khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik dan kemahiran terbuka.

3.0 Faktor – faktor keagresifan dalam sukan

3.1 Teori pembelajaran Sosial Bandura

Melalui teori ini yang diperkenalkan oleh Albert Bandura , 1973, menyatakan bahawa kanak –

kanak yang memerhati orang dewasa melakukan tindakan yang ganas akan mudah terikut – ikut

dengan perbuatan tersebut berbanding golongan kanak- kanak yang tiada pengalaman

pendedahan menonton aksi ganas. Kajian ini juga menerangkan bagaimana Teori pembelajaran

Sosial yang menekankan keagresifan sebagai sesuatu yang boleh dipelajari atau dilatih melalui

pemerhatian kepada tingkah laku individu lain yang mempunyai sikap ganjil.

Sebagai contoh seseorang peminat bola sepak yang melihat orang lain bertindak ganas sama ada

melalui siaran televisyen atau semasa menonton perlawanan bola sepak akan meniru perlakuan

5

Sukan ragbi merupakan permainan yang agresif namun kekasarannya dibenarkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Page 6: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

tersebut.Apa yang disaksikan aksi ganas jtersebut merupakan satu pembelajaran yang secara

sedar atau tidak membolehkan mereka mempraktikkan insiden yang serupa untuk mereka

meniru perlakuanm sedemikian.

3.2 Teori Kekecewaan – Keagresifan yang dikaji semula

Menurut Dollard, Doob , Mowrer dan Sears , 1939 menyatakan kekecewaan berlaku apabila

sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat dicapai keranan pergerakan

kearah motif itu terhalang.Ini akan menyebabkan seseorang itu melakukan tindakan yang agresif

untuk melepaskan rasa marah atau kecewa.Sebagai contoh dalam pertandingan hoki , pemain

pasukan A telah merampas bola dengan cara yang tidak dibenarkan namun pengadil tidak

nampak kesalahan tersebut kerana dilindungi oleh pemain – pemain lain. Ini akan menyebabkan

pemain pasukan B berasa kecewa dan menggunakan kayu hoki untuk memukul kaki pasukan

A.Pemain pasukan B berbuat demikian kerana ingin melepaskan perasaan kecewa dan marah

yang ada pada dirinya.

Sehubungan dengan itu keagresifan telah dikaji berdasarkan tahap kelakuan dalam konteks sukan

dan kehidupan seharian. Ianya menjelaskan atlit yang mengambil dalam pertandingan berada

dalam situasi arousal iaitu kebangkitan psikologi dan sekiranya kekecewaan dalam mencapai

matlamat maka ianya menyebabkan tahap aurosal meningkat sehingga tingkah laku keagresifan

akan muncul. Dengan adanya tanda atau isyarat persekitaran yang akan meningkatkan tahap

aurosal pemain maka pemain tersebut akan melakukan kekasaran dengan sengaja serta menyekat

pemain dengan cara yang tidak adil.

Kajian akademik menunjukkan keganasan dan keagresifan dalam sukan meningkatkan minat

penonton yang menerimanya sebagai hiburan. Menurut Comisky, 1977 dan Bryant , 1981 telah

mengkaji kesan keganasan terhadap permainan bola sepak di kalangan penonton. Untuk peserta

lelaki , didapati tahap keseronokan meningkat seiring dengan kekasaran dan keganasan yang

meningkat.Menurut Sargent , 1998 ini menyamai hasil kajian yang melibatkan sampel daripada

25 jenis sukan yang ditayang di televisyen pada 1996. Setiap sukan dikategorikan dalam tiga

jenis iaitu bercorak pertarungan seperti tinju, , artistik seperti gimnastik dan melibatkan

mekanisme pergerakan seperti bowling. Hasil kajian kemudianya mendapati penonton lelaki

6

Page 7: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

dilaporkan amat seronok menonton sukan yang bercorak keganasan dan agresif seperti tinju

diikuti sukan yang melibatkan mekanisme pergerakan. Manakala penonton wanita lebih

mengemari sukan yang bercorak artistik seperti gimnastik. Kajian ini juga menunjukkan

penonton lelaki lebih menyukai sukan yang berunsur agresif dan ganas.

Namun menurut Teori Kekecewaan- Agresif berulang menyatakan wanita yang menyertai sukan

juga akan bertindak agresif melalui pemerhatian dan situasi yang sama yang memaksa mereka

bertindak sedemikian. Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian oleh White & Kowalski, 1994 yang

menyatakan atlit atau pemain wanita ingin menunjukkan mereka juga agresif seperti atlit

lelaki.Namun demikian terdapat tahap keagresifan mereka berbeza dalam jenis sukan yang

disertai menurut Silva, 1983 dan Bredemeir , 1994.

2.1 Kebangkitan fisiologi

Keagresifan pemain dalam sukan berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising

penonton. Suhu persekitaran berkait rapat dalam mempengaruhi untuk bertindak secara agresif

kerana ianya menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas dan mudah marah.Justeru itu

kesilapan yang sedikit yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain

akan menyebabkan pemain bertindak agresif. Manakala penonton yang bising di dalam stadium

atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga mampu mengugat prestasi

pemain itu sendiri.

Ini telah dibuktikan melalui kajian oleh Reifman, Larrick dan Fein ,1991 yang mendapati

wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul yang terkena bola yang

dibaling oleh pembaling (pitcher). Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif

pembaling membaling bola tersebut sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan

pembaling tersebut.

7

Page 8: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

2.2 Persepsi individu yang dikasari

Keagresifan pemain akan meningkat apabila bakal mangsa merasakan dirinya dikasari oleh

pemain. Dalam konteks ini persepsi tentang niat pemain untuk mengasari pemain tersebut untuk

mengasari seseorang lebih kukuh dalam mencetuskan tindakan yang agresif. Oleh itu pemain

menjangkakan beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama terhadap pemain

lawan.Namun dalam kajian yang dilakukan oleh Cox, 2002 dan Singer , 1975 menyatakan

pemain bola sepak lebih agresif berbanding atlit atau pemain yang tidak memerlukan sentuhan

seperti sukan golf atau tenis. Ini mungkin melalui sentuhan fizikal melalui permainan

meningkatkan kemungkinan besar permainan agresif.

2.3 Takut terhadap tindak balas yang diterima

8

Kecederaan seperti ini dapat dielakkan sekiranya pemain menyedari batasan dalam permainan dan bukannya mengikut rentak penonton serta provokasi pemain lawan.

Page 9: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

Takutkan tindak balas yang diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan

perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain , setiap pemain akan

menghormati pemain pasukan lawannya dan masing – masing akan cuba mengatasi lawannya

tanpa bertindak agresif. Namun akan sampai pada satu tahap setiap pemain akan mula mencabar

lawannya dan tindakan ini akan menjadikan perlawanan lebih sengit.Kesannya , segala tindakan

atau perlakuan untuk setiap tindakan agresif pihak lawan akan dibalas dengan leboih sengit. Ini

bertujuan untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Akibatnya juga perlakuan agresif akan

sampai kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

2.4 Perbezaan mata atau jaringan

Kajian oleh Cox ,1999 menunjukkan terhadap permainan bola sepak dan hoki ais mendapati

semakin besar jaringan atau perbezaan mata , semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan

oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan.

2.5 Lokasi perlawanan

Biasanya pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka

mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan

rumah.Bagaimanapun menurut Russell ,1981 menyatakan ianya bergantung kepada corak

keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak ,

pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin

mempertahankan kedudukan mata mereka.Namun untuk sukan hoki ais pula , ianya sama jika

bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan menurut Cullen & Cullen , 1975.

2.6 Keputusan pertandingan

Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk memenangi

perlawanan didapati lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi

perlawanan tersebut.Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan Teori Frustasi – Agresif oleh

Cullen & Cullen , 1975.

2.7 Kedudukan pasukan dalam liga

9

Page 10: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

Pasukan yang berada di kedudukan tempat teratas dalam liga biasanya kurang agresif jika

dibandingkan dengan pasukan yang berada dalam kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dalam

teori Frustasi – Agresif , pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka

manakala pasukan yang terbawah berasa kecewa kerana gagal mencapai matlamat. Justeru itu ,

mereka akan bertindak secara agresif untuk melepaskan tekanan yang ditanggung.Namun

menurut kajian Cullen dan Cullen ,1975 pula menyatakan pasukan yang menang lebih agresif

daripada pasukan yang kalah. Pendapat ini diperkukuhkan dengan kajian yang dilakukan oleh

McCarthy dan Kelly ,1978 yang mendapati pasukan yang menang lebih agresif dan dalam kajian

kajian oleh Worrel dan Harris ,1986 pasukan hoki ais yang menang bermain lebih agresif

daripada pasukan yang kalah.Namun demikian kajian yang dijalankan oleh Widmeyer dan

Carron, 1992 mengukur kaitan di antara reputasi dan keagresifan berdasarkan keputusan akhir

perlawanan pasukan yang mendahului yang bermain secara agresif akan kalah pada akhir

perlawanan.

2.8 Jangka masa dalam permainan

Secara umumnya , perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar

dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun kenyataan ini juga bergantung kepada jenis

permainan dan keagresifan jarang berlaku pada awal masa permainan.Ini diperkukuhkan lagi

dengan kajian oleh Widmeyer dan McGuire ,1997 yang mnenyatakan jangka masa permainan,

kedudukan pasukan dan posisi mempunyai kaitan dalam keagresifan dalam sukan. Kajian yang

terdahulu mendapati jangka masa permainan tambahan , bermain secara bertahan dan kekalahan

akan meningkatkan kekecewaan serta meningkatkan kes – kes agresif melibatkan pemain seperti

yang dinyatakan oleh Kelly dan McCarthy,1979 ;Russel dan Drewry , 1973;Widmeyer dan

Birch, 1984.

2.9 Penggunaan Steriod

Perkataan steroid atau ‘doping’ dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah yang

diharamkan oleh International Olymoic Council (IOC) bagi mendapatkan kelebihan dalam

prestasi atlit. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi iaitu pertama ianya

memberi kelebihan kepada atlit atau pemain yang menggunakannya serta melanggar segala

peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan. Kedua pula cara pengambilan dan jumlah

10

Page 11: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

yang digunakan memudaratkan individu serta boleh mengancam individu yang lain. Terdapat

banyak kes kematian yang berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung dan tidak langsung.

Kesan pengambilan steroid mempunyai kesan sampingan yang mampu meningkatkan

keagresifan individu yang menggunakannya. Justeru itu , sebagai jurulatih dan juga pemain atlet

tidak seharusnya menggunakan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain.

2.10 Kebisingan penonton

Bunyi atau suara yang didengar sebagai ransangan pada sel saraf pendengar dalam telinga oleh

gelombang longitudinal yang ditimbulkan oleh getaran dari sumber bunyi atau suara yang tidak

diingini dinyatakan sebagai kebisingan. Menurut Suma’mur ,2009 menyatakan kebisingan

diertikan sebagai semua suara atau bunyi yang tidak dikehendaki yang berpunca dari alat – alt

kerja yang dapat menimbulkan gangguan pendengaran.

Sehubungan dengan itu didapati sebagai contoh, jeritan serta bunyi – bunyian seperti gendang ,

terompet dan juga alat muzik yang dibawa oleh penonton di dalam stadium mampu

meningkatkan tahap kebisingan serta mempengaruhi sikap pemain untuk lebih agresif.

Kajian oleh Donnerstein dan Wilson , 1976 mendapati sikap penonton mempengaruhi sikap

pemain untuk bertindak agresif kerana kebisingan penonton mengikut disibel yang tinggi

merangsang pemain respons agresif pemain tersebut.

11

Penonton wajar bersikap rasional dan tidak melakukan sesuatu tindakan yang hanya merugikan mereka.

Page 12: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

Kesimpulan

Keagresifan dalam sukan dapat diatasi sekiranya semua pihak menyedari matlamat sebenar

pertandingan yang bertujuan untuk nmerapatkan hubungan dan bukannya semata mata untuk

meraih kemenangan,Tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan suasana

pertandingan yang kondusif.Menjadi tanggungjawab guru dan juga jurulatih dalam menerapkan

semangat kesukanan yang tinggi di dalam jiwa setiap diri anak buah mereka. Menurut kajian

Papanek , 1977, jurulatih perlu memahami jiwa remaja yang merupakan atlit dalam mengatasi

masalah kekecewaan apabila mengalami kekalahan , keaiban, kesakitan fizikal, tidak puas hati

terhadap keputusan pertandingan dan sebagainya.Widmeyer , 1984 menyarankan agar jurulatih

tidak menekan pemain dengan harapan yang tinggi dalam meraih kemenangan dalam setiap kali

permainan. Apabila para atlit hanya menumpukan kepada kemenangan sahaja maka nilai – nilai

murni serta objektif pertandingan akan lari daripada matlamat.Jurulatih perlu perlu menyedari

tanggungjawab beliau dalam mengalakkan para pemainnya agar bermain ‘Fair Play’ dan selamat.

Kejadian atlit sukan yang bertindak agresif seperti dalam sukan tinju Mike Tyson yang mengigit

telinga lawannya Hollyfield pada 28 Jun 1997 mengejutkan peminat dunia sukan. Malah terdapat

kejadian pemain bola keranjang di luar negara yang pernah bertindak menyerang dan cuba

menbunuh jurulatihnya merupakan kejadian yang perlu dipandang serius.Malah kejadian

penonton merusuh apabila pasukan yang disokongnya mengalami kekalahan tidak sewajarnya

berlaku dalam arena sukan . Kejadian seperti ini dapat diatasi sekiranya semua pihak berperanan

dalam memastikan keharmonian dan kembali kepada objetif sukan itu sendiri yang ingin

merapatkan hubungan serta bukannya semata – mata meraih kemenangan semata mata.

Media juga tidak seharusnya menjadi batu api kepada pembaca dengan mengeluarkan kenyataan

yang boleh mendatangkan kemarahan atau kebencian kepada pihak pemain lawan.Sepanduk

yang berunsur provakasi serta menghina pihak lawan dengan kata – kata yang tidak sewajarnya

perlu dielakkan supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Penonton juga perlu

bersikap rasional dan tidak terikut – ikut dengan sentiment yang keterlaluan. Kejadian penonton

yang merusuh, membakar bendera negeri pihak lawan serta bergaduh sehingga melibatkan

kecederaan serta kematian tidak wajar berlaku di negara kita jika semangat kesukanan dan

12

Page 13: Tugasan Keganasan Dalam Sukan

amalan professional diterapkan dalam diri semua pemain serta penyokong.Akhir sekali apa yang

penting nilai pengukuhan dan peneguhan dalam permainan positif wajar disemai dari awal

supaya pemain dapat bermain dengan selamat dan bersikap positif.Manakala garis panduan serta

penguatkuasaan yang tegas serta denda yang tinggi wajar dilaksanakan supaya semua pemain

dapat bermain dalam nilai moral yang tinggi dan positif.Ganjaran dan insetif juga perlu diberikan

sebagai galakan untuk bermain dalam semangat kesukanan yang tinggi. Apa yang penting

pemain perlu belajar menyerap tekanan dan jurulatih tidak seharusnya menekan pemain untuk

bermain secara agresif.

Bibliografi

1.http://anakjelapang10.blogspot.com/2011/06/keagresifan-sukan-2.html

2. http://komuniti.iluvislam.com/topic/22141-sains-sukan-di-dalam-program-pembangunan-sukan-negara-pandangan-anda/

3. http://www.highbeam.com/doc/1G1-159644778.html

4. http://www.podiumsportsjournal.com/2007/08/23/aggression-and-violence-in-sport/

5. http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-sukan.html

6. http://www.zairedin.com/2010/03/keagresifan-dalam-sukan.html

7. http://smksbpjpk.blogspot.com/2011/01/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html

8. http://themimno.blogspot.com/2009/11/keagresifan-dan-prestasi-dalam-sukan.html

9. http://eyubackoff.blogspot.com/2008/08/psikologi-sukan.html

10. http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/learn-the-difference-between-anger-aggression-and-violence

11.http://books.google.com.my/books?id=ZD0LIQRtNT8C&pg=PA175&lpg=PA175&dq=kajian+mengenai+provokasi+pemain&source=bl&ots=do5mljtaV9&sig=gszMSH4_djoGSOzFTgiieN7Pd3Q&hl=en&sa=X&ei=903sT8zKCctrAfQlKi_BQ&ved=0CEsQ6AEwAA#v=onepage&q=kajian%20mengenai%20provokasi%20pemain&f=false

12. http://notapismp.blogspot.com/2011/05/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan.html

13. [PDF] Frequencies of   Aggressive Behaviors   in Win, Lose, and Tie Situations

14. www. sports .re.kr/common/download.jsp?filePath=magazine

13