keganasan wanita.pdf

Upload: sitiazziraidris8552

Post on 08-Jul-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    1/24

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:04 AM Page 1

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    2/24

    Perdana Menteri MalaysiaHari Wanita Kebangsaan 2013

    “Wanita perlu dihorma dan diberikan respek walaudi mana mereka berada. Sayangi dan pelihara wanitatanpa mengira lapisan kerana wanita adalah tunjang

    kesejahteraan negara”

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:04 AM Page 2

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    3/24

    KEGANASAN TERHADAP WANITA ISUGLOBAL YANG PERLU DITANGANI

    PENGENALAN

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 35peratus daripada semua wanita akan mengalamikeganasan. Kajian tersebut menyatakan keganasanterhadap wanita bukan isu remeh dan kecil yang hanya

    berlaku kepada sebilangan kawasan komuniti namun iaadalah isu global yang menjadi semakin berleluasa danmemerlukan tindakan segera untuk menanganinya.

    Berdasarkan kepada Handbook for National Action Plans on Violence Against Women terbitan UN Women pada2012, kebanyakan keganasan terhadap wanitadilakukan oleh orang yang dikenali wanitatersebut dan kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana masalahdalaman keluargaatau masalahperibadi.

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 3

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:04 AM Page 3

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    4/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita4

    Keganasan terhadap wanita yang paling kerap adalahkeganasan yang dilakukan oleh pasangan wanita yangmerangkumi suami, bekas suami atau teman lelaki.

    UN Women telah menggariskan langkah-langkah yangdapat membantu usaha menangani keganasan terhadapwanita. Antaranya adalah penyediaan ruang dan peluang yang saksama kepada wanita dalam aspek ekonomi, sosialdan politik, pelaksanaan program kesedaran kepada

    pelbagai peringkat golongan dan pelaksanaan programkesedaran bagi pihak media agar sentiasa menonjolkanimej positif wanita.

    Di Malaysia, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysiasehingga 2014, sebanyak 2,874 kes keganasan rumahtangga telah dilaporkan, sebanyak 4,123 kes berlakudalam tahun 2013, dan sebanyak 3,488 kes dilaporkandalam tahun 2012. Bagi tempoh yang sama, purata keskeganasan rumah tangga yang mangsanya adalah wanitaadalah sebanyak 3,103 kes setahun.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:04 AM Page 4

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    5/24

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    6/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita6

    PENGGUBALAN DASAR MEKANISMEBANTU PERANGI KEGANASAN

    Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2009

    Dalam menangani keganasan terhadap wanita, Malaysiatelah pun mengadaptasi standard dan amalan terbaik antarabangsa. Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan

    Pembangunan Wanita 2009, telah memperincikan strategi yang perlu diambil bagi menangani keganasan terhadapwanita. Strategi-strategi yang digariskan termasuklah;

    1. Meningkatkan pengetahuan wanita bagi mencegahkeganasan terhadap wanita;

    2. Memantapkan dan memperluaskan perkhidmatansokongan sosial; dan

    3. Memastikan mangsa keganasan menjalani prosespemulihan.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:04 AM Page 6

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    7/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 7

    BENTUK SOKONGAN YANG BOLEH WANITA DAN MASYARAKATLAKUKAN?

    Talian NurPerkhidmatan Talian Nur 15999 telah disediakan olehKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga DanMasyarakat (KPWKM) sejak 5 Disember 2007 dan taliankhusus untuk kanak-kanak iaitu Childline 15999 pada

    2010 bagi memudahkan orang awam termasuk mangsamembuat aduan atau pun mendapat khidmat nasihattermasuklah mengenai penderaan, pengabaian dankeganasan. Talian ini beroperasi 24 jam sehari dan 365hari setahun. Petugas akan menerima laporan daripengadu dan memanjangkan aduan kepada pihak berwajibiaitu polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Kementerian Wanita dan pihak JKKN Kampung untuk tindakan pantas dan segera.

    One Stop Crisis Centre-OSCCKerajaan juga telah menubuhkan pusat khidmat bersepadu(One Stop Crisis Centre-OSCC) di semua jabatankecemasan hospital kerajaan bagi memberi perkhidmatanpemeriksaan, rawatan dan pengesahan kes-kes keganasan

    rumah tangga, kes pukul, samun ragut serta menguruskanlaporan polis bagi membantu wanita.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:05 AM Page 7

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    8/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita8

    OSCC ini bercirikan kerjasama bersepadu dan diselaraskansecara multi-sectoral dan antara agensi iaitu KementerianKesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

    Dan Masyarakat, Polis DirajaMalaysia dan PertubuhanBukan Kerajaan bagipengurusan kes keganasanrumah tangga, rogol,penderaan seksual, danpenderaan kanak-kanak.

    Kini, terdapat sebanyak 129 buah OSCC diseluruh Malaysia.

    Kaunselor,Tempat Selamat

    dan Rumah Perlindungan

    Kerajaan menerusi agensi-agensi di bawah KementerianPembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat jugamenyediakan khidmat kaunseling keluarga yang bolehdimanfaatkan untuk membanteras keganasan terhadapwanita. Sebagai contoh, Lembaga Penduduk danPembangunan Keluarga Negara mempunyai 15 buahPusat Keluarga di seluruh negara dan perkhidmatan inidikendalikan oleh 17 orang kaunselor tetap dan 62 orangkaunselor panel. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakatmempunyai seramai 191 orang kaunselor di seluruhnegara, manakala Jabatan Pembangunan Wanitamempunyai dua (2) orang kaunselor di ibu pejabatnya.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:05 AM Page 8

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    9/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 9

    Sebagai langkah perlindungan kepada mangsa keganasanrumah tangga, Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan Masyarakat juga telah menyediakansebanyak 41 buah tempat selamat yang iaitu 32 buahdikendalikan oleh JKM, sebuah dikendalikan oleh JabatanPembangunan Wanita dan lapan (8) buah dikendalikanPertubuhan Bukan Kerajaan di seluruh negara.

    Bagi wanita mangsa pemerdagangan orang danpenyeludupan migran, Kementerian Pembangunan Wanita,

    Keluarga Dan Masyarakat menyediakan tiga (3) rumahperlindungan yang turut mengadakan khidmat kaunselingdan perkhidmatan lain termasuklah yang berkaitanpemulihan mangsa, penghantaran mangsa pulang kenegara asal dan usaha mengintegrasikan semula mangsake dalam masyarakat.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 9

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    10/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita10

    Program Pendampingan MasyarakatPara wanita dinasihatkan dan digalakkan untuk bergiataktif dan menyertai program-program pendamping agarpeka dengan isu dan cara menangani isu keselamatan diri.Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), secara berterusantelah melaksanakan program advokasi seperti SeminarKepekaan Gender, Literasi Undang-Undang, SeminarMenangani Keganasan Terhadap Wanita dan Gadis,Selamatkan Diri Anda (SEDiA), Program KesejahteraanEmosi dan Program Transformasi Minda. Kursus PraPerkahwinan SMART START LPPKN; ProgramKeluarga@Kerja (Parenting@Work) dan Kursus IlmuKeluarga@LPPKN mampu membanteras keganasanterhadap wanita dalam keluarga.

    Kempen tangani keganasan juga dijalankan menerusipendekatan walk-about di tempat-tempat awam seperti

    pusat beli belah, stesen pengangkutan awam, tempatrekreasi awam dan lain-lain. Buat masa ini iaitu KualaLumpur dan Putrajaya, KPWKM telah mengenalpastisebanyak 10 tempat tumpuan orang ramai seperti StesyenLRT, Stesyen Monorail, Little India, Petaling Street, PasarSeni, Jalan Masjid India, Taman Rekreasi Tasik Titiwangsa,Kompleks Kerajaan Putrajaya dan KLIA. Tujuan walk-about ini adalah untuk mendampingi orang ramai dan

    menjelaskan kepada masyarakat mengapa kita sepatutnyamenghentikan sebarang bentuk keganasan terhadapwanita dan kanak-kanak.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 10

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    11/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 11

    Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) pulatelah bersama merancang lebih banyak aktiviti memberikesedaran kepada masyarakat dan wanita dalam bentuk ceramah dan forum yang bertema ‘Wanita Anti Jenayah’(WAJA), yang dijalankan di peringkat 222 kawasanParlimen seluruh negara.

    National BlueOcean Strategy

    (NBOS)1Malaysia

    1) Komuniti PERWANISatu inisiatif kerajaan yang telah dilancarkan dibawah National BlueOcean Strategy (NBOS) yang berupaya membanteraskeganasan terhadap wanitaialah 1Malaysia Komuniti PERWANI. Inisiatif inibertujuan untuk mewujudkan 100,000 ahli kumpulan1Malaysia Komuniti PERWANI di seluruh Malaysiadengan setiap kumpulan, yang terdiri antara 10 hingga20 orang ahli, bertindak sebagai agen transformasikomuniti. Perkumpulan wanita ini berperanan untuk menggalakkan pelaksanaan program untuk melahirkansebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 11

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    12/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita12

    Sehingga hari ini, sebanyak 7,687 kumpulan KomunitiPERWANI telah diwujudkan dengan keahlian seramai106,082 orang seluruh negara.

    2) Program AMANITAKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga DanMasyarakat (KPWKM) telah bekerjasama dengan PolisDiraja Malaysia untuk mengurangkan jenayahkhususnya terhadap wanita. Program ini berperanan

    untuk memperkasakan wanita dan suri rumah supayasentiasa mendampingi polis wanita di kawasankejiranan mereka agar keselamatan dan kesejahteraanwanita dan keluarganya terjamin.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 12

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    13/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 13

    LANGKAH-LANGKAH BAGIMEMELIHARA HAK WANITA DANMELINDUNGI WANITA DARISEBARANG BENTUK ANCAMAN DANBAHAYA

    1. Gerabak Khas Untuk Penumpang Wanita KTMKomuterKerajaan sentiasa menggalakkan pihak swasta untuk

    turut sama membanteras keganasan terhadap wanita.Gerabak khas penumpang wanita KTM Komuter yangdisediakan oleh KTM Berhad dapat meningkatkantahap keselamatan wanita yang berulang-alik menaikikereta api untuk bekerja atau belajar.

    2. Tempat Letak Kereta Agensi kerajaan turut bekerjasama dengan pihak swasta untuk meningkatkan tahap keselamatan dipremis-premis awam khususnya di tempat letak keretadan di pusat membeli-belah. Program khusus seperti Audit Tempat Letak Kereta telah dilaksanakan bagimenggalakkan dan memberi pengetahuan kepadapengendali tempat letak kereta untuk menaik taraftahap keselamatan masing-masing. Pink Car Parking

    juga diperkenalkan agar wanita mempunyai aksesparkir yang berdekatan dengan pintu masuk dan tidak berada di kawasan sunyi.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 13

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    14/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita14

    3. TASKA dan pusat asuhan di tempat kerjaBagi membantu ibu berkerjaya menghantar anak ketempat asuhan yang berdekatan dan memudahkan,taska di tempat kerja dibina di setiap bangunankerajaan dan insentif pelepasan cukai diberikan kepadasyarikat swasta menyediakan kemudahan yang sama.Ini bagi mengelakkan ibu memandu bersendirian danmemakir kenderaan di taska yang berada di kawasansunyi atau merbahaya bagi mengelakkan kes culik,

    samun, dan rompakan kenderaan.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 14

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    15/24

    PERUNDANGAN DAN AKTA BAGIMEMELIHARA KESEJAHTERAAN WANITA DAN KANAK-KANAK

    1) Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk DiskriminasiTerhadap Wanita (CEDAW)Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk DiskriminasiTerhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women

    (CEDAW) telah diluluskan oleh Perhimpunan AgungPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18Disember 1979 dan berkuat kuasa mulai 3 September1981. Konvensyen ini memberi penekanan kepadausaha menghapuskan segala bentuk diskriminasiterhadap wanita, termasuk dalam bidang politik,ekonomi, sosial danbudaya. Malaysia telahmeratifikasi CEDAWpada 5 Julai 1995.

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 15

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 15

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    16/24

    2) Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994Hasil daripada inisiatif kerajaan, pada 21 Disember2011 pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga1994 telah diluluskan di Parlimen dan dikuatkuasakanpada 20 Februari 2012. Antara pindaan utama aktaini ialah memperluaskan takrifan keganasan rumahtangga daripada bentuk fizikal untuk turut meliputipenderaan emosi, mental dan psikologi, penggunaanbahan yang memabukkan dan bahan yang

    menyebabkan delusi kepada mangsa dan mangsakanak-kanak.

    3) Seksyen di Bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) BagiMenangani Gangguan SeksualSeksyen di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) yangboleh diguna pakai bagi menangani gangguan seksualiaitu seperti Seksyen 354 yang berkaitan dengankesalahan menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan; dan Seksyen 509 yangberkaitan dengan kesalahan yang bermaksud untuk mengaibkan kehormatan seseorang, sama ada denganperkataan atau isyarat.

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita16

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 16

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    17/24

    4) Gangguan Seksual Dalam Peraturan-PeraturanPegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) Akta Kerja 1955 [Akta 265] pula telah dipinda pada 1 April 2012 bagi menangani isu gangguan seksual ditempat kerja. Pindaan antaranya memperuntukkanarahan untuk mengemukakan laporan berkenaan kes-kes gangguan seksual kepada Ketua Pengarah TenagaKerja dan memberi kuasa kepada Ketua PengarahTenaga Kerja untuk mengarahkan majikan

    menubuhkan mekanisme dalaman di tempat kerja bagimenangani gangguan seksual.

    Sekiranya seseorang Pegawai Awam (Kelakuan danTatatertib 1993) melakukan gangguan seksual,m er ek a b ol eh d ik en ak antindakan tatatertib dibawah peraturan 4Aatau peraturan 4 (2)(d), Peraturan Pegawai Awam.

    17HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 17

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    18/24

    GangguanSecara Lisan

    Gangguan SecaraIsyarat/BukanLisan

    Gangguan Visual

    Bentuk gangguan seksual dibahagikankepada lima jenis, iaitu:

    Berbentuk kata-kata, komen,gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancamanatau cadangan seksual.

    Berbentuk pandangan ataukerlingan yang membayangkansesuatu niat atau keinginan,menjilat bibir memegang ataumemakan makan dengan caramenggoda, isyarat tangan ataubahasa isyarat yangmembayangkan perlakuan seks,tingkah laku mengurat yangberterusan.

    Menunjukkan bahan-bahan lucah,melukis gambar lucah, menulissurat berunsur seksual,mendedahkan bahagian bahan

    yang sulit yang tidak sepatutnyadidedah.

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita18

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 18

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    19/24

    Gangguan

    Psikologi

    Gangguan Fizikal

    Memaksa dan mengulangi

    jemputan sosial yang ditolak,memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

    Berbentuk sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit,mengusap, menggesel badan,memeluk, mencium, seranganseksual.

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 19

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 19

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    20/24

    Sentiasa mengepit ataumembimbitbegtangandan

    tidakdisangkutataudisandangpada baju supaya

    iasukardiragutdanjikadiragut boleh mengelak

    daripada berlaku kecederaansemasadiseret

    n

    a

    an

    Maklumkepadaanggotakeluarga, temanrapat

    atau majikan kedudukanandajikakeluardari

    rumahatautempatkerja

    SARANAN DARIPADA:POLISDIRAJAMALAYSIA

    Jangan berada ditempat sunyiberseorangan

    Jangte

    Elakkan meletakkanbegtanganataudompetyangmudahdicapai oleh oranglainumpamanyadidalamragamotosikalatauatas

    kerusipenumpangdansebagainya

    tiasamemembimbitbe

    tidakdisa

    Tidakpanik dan kenalpastinombor kenderaan

    yang dinaiki suspekseperti ( jenismotosikal,

    warna, nomborpendaftaran,bangsa,pakaian danjantina)

    akkanbegmpet yangoleh orangadidalamatauataspangdannya

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 20

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    21/24

    Sumber: h p:// www.rmp.gov.my

    Bawa bersamapenyemburlada atau

    alatanyang bolehdigunakanuntukmenakutkanpenjenayahdalamkeadaanpaling

    kritikal

    Janganmenumpang

    kenderaan individu yangtidakdikenaliwalaupunberteman

    Jangancuba melawan ataumerampassemula barangan yangdisamun atau diragut

    keranaboleh menerimakecederaanparah

    ngancubamelawan atau

    Janganlakukan kerja lebihmasatanpakelulusanpihakpengurusandanmaklumkanbahagian

    keselamatanlokasi, masadantarikhbekerjalebih

    masa

    dalam

    Janganmeninggalkananakkecil

    bersendiriandan

    keluaruntukmembuka pinturumah

    Janganterusmemberhentikan

    kenderaanyangdilanggardaribelakang,berhentidi

    tempatramaipendudukataubalaipolis

    berdekatan

    ea

    a

    rumah

    Jangmemberhentikan

    Tidakmembawabarangkemasatau

    wangberlebihanyang

    bolehmenarikminatpenjenayah

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 21

    http://www.rmp.gov.my/http://www.rmp.gov.my/

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    22/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita22

    PENUTUP

    Keganasan terhadap wanita merupakan isu kritikal yangboleh menjejaskan kemajuan dan kesejahteraan wanita. Isuini perlu ditangani bagi mewujudkan persekitaran yangselamat untuk wanita supaya mereka bebas daripadapenganiayaan.

    Usaha bersepadu perlu diambil bagi meningkatkan

    kesedaran masyarakat khususnya wanita terhadaptanggungjawab dalam menangani isu keganasan terhadapwanita. Program kesedaran dan latihan berkaitankeganasan terhadap wanita hendaklah melibatkan setiaplapisan masyarakat termasuk kaum lelaki. Perkhidmatansokongan sosial perlu ditingkatkan terutama dari aspek pencegahan, perlindungan dan pemulihan.

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:06 AM Page 22

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    23/24

    HENTIKAN! Keganasan terhadap wanita 23

    PENGHARGAAN

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan

    Masyarakat (KPWKM)

    Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

    Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN)

    Polis DiRaja Malaysia (PDRM)Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:07 AM Page 23

  • 8/19/2019 keganasan wanita.pdf

    24/24

    Diterbitkan oleh:

    BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA

    Jabatan Penerangan MalaysiaKementerian Komunikasi Dan Multimedia,

    Aras 12, Kompleks KKMM,No. 49, Persiaran Perdana,Presint 4, 62100 Putrajaya.

    Tel : 03-8911 3440 Faks : 03-8911 7533

    CERTIFIED TO ISO 9001:2008CERT. NO:MY - AR 5240

    (B.010 (B.M) Mei 2015 (100.)

    keganasan wanita:Layout 1 1/1/70 11:07 AM Page 24