tugasan epic t2a1

Upload: cikgubad31

Post on 03-Jun-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 TUGASAN EPIC T2A1

    1/5

    BADRUL H ISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) T2A1 RUMUSAN CERAMAH

    HBEF2803

    RUMUSAN CERAMAH TAJUK 1

    PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN, KEBERTANGGUNGJAWABAN

    INISIATIF KENDIRI I SI PENTING

    Secara global, faktor guru sering dikaitkan secara signifikan dengan kualiti pendidikan yang

    dicerminkan melalui peningkatan pencapaian akademik murid. Faktor guru juga banyak diperkatakan

    dalam keperluan Pendidikan Abad ke-21 yang menghadapi pelbagai perubahan dan keperluan. Seiring

    dengan keperluan pendidikan abad ke-21.Dalam dunia kompetitif hari ini, kelebihan daya saing terletak

    kepada kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada tahap tinggi, iaitu kritis, kreatif, inovatif dan

    imiginatif . Ianya bersesuaian dengan persaingan pendidikan abad ke-21 dan transformasi pendidikan

    untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia yang mampu bersaing dan mengharungi cabaran peringkat

    antarabangsa. Kemahiran berfikir, pemikiran kritikal, keupayaan berkomunikasi serta keyakinan kendiri

    perlu dijana menerusi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang holistik serta mampu berfikir secara

    mencapah (divergent thinking) bagi menerokai kebenaran. Bagi melahirkan guru berkemahiran abad ke-

    21 dan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat, mereka perlu dilatih menjadi pemikir dan

    berupaya menyelesaikan masalah serta berfikiran sebagai usahawan. Dalam konteks pembangunan kerjaya

    guru, ia merentasi beberapa laluan dengan kemajuan dinilai berasaskan kompetensi, bukan bergantung

    kepada tempoh perkhidmatan semata-mata.

    Kehadiran guru-guru di dalam program PPG ini boleh memberi impak yang besar kepada diri

    sendiri, pelajar, guru besar dan negara. Apa yang dapat boleh diaplikasikan di dalam kelas dan berkongsi

    dengan guru-guru di sekolah. Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik

    Yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan

    perkhidmatan. Guru-guru yang mengikuti program PPG ini adalah inisiatif sendiri bukan dipaksa oleh

    mana-mana pihak. Apa yang diharapkan ialah guru menggunakan peluang yang diberi ini untuk

    mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah segalanya bukan setakat akademik

    sahaja. Guru perlu meningkatkan kualiti diri untuk menjadikan pelajar kita boleh meneruskan hidup

    dengan kehidupan mereka pada masa depan dan tidak hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Transformasi

    keguruan sebagai profesion pilihan yang merupakan satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan

    Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan

    pembangunan guru. Bagi melaksanakannya, apa yang perlu dilakukan ialah dengan meningkatkan kualiti

    profesion perguruan supaya dapat menghasilkan guru-guru yang cemerlang.

  • 8/13/2019 TUGASAN EPIC T2A1

    2/5

    BADRUL H ISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) T2A1 RUMUSAN CERAMAH

    HBEF2803

    Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama

    kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang kepelbagaian pendekatan dan program

    penambahbaikan secara langsung melalui program-program pembangunan. Dengan cara ini,

    profesionalisme perguruan dapat dipertingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut

    ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan dalam

    profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu dan amalan guru di

    sekolah,seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah.Guru sebagai barisan hadapanpelaksana sistem pendidikan negara perlu sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima gelombang

    perubahan dalam sistem pendidikan negara, Guru mesti mengekalkan kecemerlangan pengetahuan dan

    kemahiran dalam dirinya. Pemantapan ilmu yang menjurus ke arah pembelajarn dan pengajaran (P&P)

    akan meningkatkan kualiti pengajaran guru. Ini amatlah penting agar pengajaran guru tidak nampak

    ketinggalan oleh muridnya.

    Contohnya, kita sendiri. Kita boleh berjaya disebabkan guru-guru kita dahulu adalah berkualiti. Sebagai

    guru, kita sentiasa mencari untuk meningkatkan kualiti diri kita. Kemenjadian pelajar amat penting pada

    masa sekarang kerana mereka yang akan memimpin negara kita pada masa hadapan. Kita bangga ramai

    pelajar yang cemerlang setiap kali periksa tetapi ramai juga yang gagal. Kita harus mendidik pelajar pada

    hari ini untuk menyediakan mereka pada akan datang. Faktor penting yang perlu kita lihat adalah

    berkomunikasi dengan berkesan, boleh berkolaborasi dengan semua pihak dan mahir di dalam bidangyang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh sesebuah institusi atau seseorang majikan. Guru

    seharusnya sentiasa proaktif ke hadapan. Faktor guru amat penting dalam membangunkan profesionalisme

    keguruan ini. Semua guru tidak kira gred perlu ada kompeten, profisien, strategi, aspirasi dan wawasan.

    Contoh, kompetensi yang diharapkan ialah p & p berkesan, nilai profesional, aktiviti luar bilik darjah dan

    sumbangan profesionalisme. Laluan kerjaya-3 tahun berprestasi tinggi akan dapat imbuhan. Guru terdiri

    daripada tiga kelompok iaitu guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah. Mereka akan memperoleh peluang

    pembangunan kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya, dengan kemajuan berasaskan

    kompetensi, dan bukan bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Selain itu, Kementerian Pelajaran telah

    pun menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya, termasuk peluang kenaikan pangkat kepada guru

    dan pengetua cemerlang sebagai insentif untuk terus meningkatkan pencapaian, sekali gus membolehkan

    pengajaran dan pembelajaran lebih baik. Ini seharusnya dilihat sebagai usaha dan perkembangan positif

    dalam memartabatkan profesion perguruan kerana program pembangunan profesional yang berterusan

    mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan kompetensi, ilmu pengetahuan serta kebolehan guru.

  • 8/13/2019 TUGASAN EPIC T2A1

    3/5

  • 8/13/2019 TUGASAN EPIC T2A1

    4/5

    BADRUL H ISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) T2A1 RUMUSAN CERAMAH

    HBEF2803

    sampai ke peringkat meledak. Jesteru itu, sekiranya seseorang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat

    lebih tinggi, lambat laun akan ketinggalan zaman. Sebagai contoh, kemahiran mengajar yang diperolehi

    oleh seseorang guru terlatih di maktab perguruan sepuluh tahun dahulu, telah tidak berguna lagi dalam

    perkembangan pendidikan hari ini. Ini bermakna, untuk menyesuaikan diri dalam bidang kerja yang

    semakin kompleks dan canggih, guru perlu mengejar ilmu pengetahuan. Kita mungkin tidak mahu bidang

    pendidikan dipandang rendah. Oleh itu, kejayaan guru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih

    tinggi akan membuka mata masyarakat tentang kerjaya seorang guru bukan mudah dan sama tarafnya

    dengan kerjaya profesional lain seperti juruterbang.Kesan positif lain yang dapat disenaraikan di sini ialah

    guru dapat menghadapi cabaran dan tuntutan daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

    darjah supaya lebih berkesan. Perubahan peranan guru hari ini menuntut guru supaya melengkapkan diri

    dengan ilmu ilmu baru agar seiring dengan ledakan dunia pendidikan. Ini bermakna sistem latihan

    perguruan dahulu dianggap kurang sesuai dan tidak releven untuk digunakan lagi untuk mencapai

    matlamat pendidikan yang baru. Guru pada hari ini hendaklah sentiasa berusaha untuk melengkapkan diri

    dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.

    Bagaimanapun, sebagai kaum guru yang tanggungjawabnya menerangi masyarakat manusia zaman

    berzaman, kita tidak memilih untuk membakar diri seumpama lilin. Kita memilih untuk memantulkan dan

    menyerakkan cahaya iman, cahaya ilmu dan cahaya hidayah ini umpama cermin bersadur perak yang

    murni, kukuh dan berkilat permukaannya. Maka kemurnian kaum guru sebagai cermin itu wajibdipelihara, kekukuhan kaum guru sebagai cermin itu wajib diperteguh sepanjang masa, dan sinar akalnya

    dan sinar kalbunya wajib digilap dan disepuh tanpa henti. Supaya cahaya iman, cahaya ilmu dan cahaya

    hidayah dapat disebarkan dan diserakkan seluas-luasnya dan semurni-murninya. Sebagai guru kita harus

    sentiasa meningkatkan kompetensi dan perlu seiring dengan kehendak negara hari ini. Kita tidak perlu

    takut atau risau dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi, tetapi dengan pengetahuan

    baharu dan keupayaan berfikir secara kritis, generasi dan guru-guru akan datang tetap relevan dalam

    pasaran pekerjaan. Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segalailmu yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam

    menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina

    kekuatan minda kearah daya fikir tinggi dan daya kreatif dalam kalangan individu dan bangsa. Semua

    agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang

    akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, ilmu guru haruslah lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang

    dilakukan adalah tepat.

  • 8/13/2019 TUGASAN EPIC T2A1

    5/5

    BADRUL H ISHAM BIN AHMAD ( 780924085981001 ) T2A1 RUMUSAN CERAMAH

    HBEF2803