tugasan epic oum

6
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2803 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MEI 2014 T2A3 : ULASAN DAN RUMUSAN KERTAS KERJA 2 NAMA : RAYMOND FLORENTIUS NO. MATRIKULASI : 780911125171001 NO. KAD PENGENALAN : 780911125171 NO. TELEFON : 0198006097 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU

Upload: botollihing

Post on 15-Jan-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T2A3_ULASAN DAN RUMUSAN KERTAS KERJA 2

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan EPIC OUM

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF2803

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

MEI 2014

T2A3 : ULASAN DAN RUMUSAN KERTAS KERJA 2

NAMA : RAYMOND FLORENTIUS

NO. MATRIKULASI : 780911125171001

NO. KAD PENGENALAN : 780911125171

NO. TELEFON : 0198006097

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KENINGAU

Page 2: Tugasan EPIC OUM

ULASAN DAN RUMUSAN KERTAS KERJA 2 : MOTIVASI PELAJAR

Dalam Seminar Perkembangan Profesionalisme Keguruan yang dianjurkan oleh OUM

Malaysia, pembentang untuk ceramah ini ialah Tuan Haji Ibrahim B. Sakimin, Ketua

Penolong Pengarah, Sektor Standard & Verifikasi Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Dalam seminar ini, beliau telah memberi fokus kepada tajuk “ Motivasi

Pelajar”.

Ceramah yang disampaikan tertumpu kepada dua bahagian, iaitu yang pertama ialah

apa yang guru-guru akan dapat atau apakah faedah yang diperolehi guru-guru dalam Program

Pensiswazahan Guru (PPG), manakala yang kedua ialah apa yang sepatutnya atau apakah

sumbangan guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mengikuti Program

Pensiswazahan Guru.

Dalam kupasan bahagian pertama, matlamat KPM ialah untuk meningkatkan ilmu dan

kemahiran para guru, seterusnya dalam masa yang sama untuk meningkatkan pendapatan

mereka. Ini selaras dengan ciri-ciri negara maju yang menuju kepada rakyat berpendapatan

tinggi. Salah satu cara untuk negara kita mencapai hasrat tersebut ialah dengan meningkatkan

pendapatan kakitangan awam yang sebilangan besarnya adalah terdiri daripada golongan

guru dengan bilangan sekitar 420 ribu orang. Ini kerana, bilangan guru yang ramai akan

memberi gambaran bahawa Malaysia mempunyai rakyat yang berpendapatan tinggi.

Kerajaan sudah merangka laluan kerjaya untuk guru-guru bagi memenuhi cabaran tersebut.

Pada hari ini, inisiatif kerajaan telah merangka dan melaksanakan laluan kerjaya

untuk guru dan hari ini ramai di kalangan guru-guru muda telah menikmati apa yang telah

dirangkakan. Contohnya melalui sistem 8-8-6-3, walaupun guru prasekolah, ada yang

menikmati gaji sama dengan Profesor Madya mengikut laluan biasa. Ini akan diperolehi pada

nombor 3 yang akhir. Syarat untuk mencapai taraf tersebut ialah guru-guru mestilah

mengikuti Program Pensiswazahan Guru.Lanjutan daripada perjuangan guru yang dahulu,

maka guru-guru sekarang telah menikmati banyak inisiatif termasuklah program PPG yang

juga dirangka untuk memartabatkan profesion perguruan. Adalah amat rugi bagi mereka yang

menolak untuk mengikuti program tersebut.

Sebenarnya, para guru amat beruntung kerana setelah bergelar graduan, tidak timbul

isu penempatan dan tidak terikat dengan pencapaian sesuatu gred sama ada mesti cemerlang

atau kepujian. Guru-guru hanya perlu mendapa tijazah sahaja untuk proses meningkatkan

gred. Kementerian telah mensasarkan bahawa menjelang akhir Rancangan Malaysia ke-10,

Page 3: Tugasan EPIC OUM

60 peratus guru sekolah rendah bersiswazah dan 90 peratus guru sekolah menengah

bersiswazah. KPM juga berusaha untuk menaikkan taraf guru yang berumur lebih 50 tahun

yang sudah tidak boleh menyambung pelajaran untuk mendapatkan gred 42.

Selain daripada dua matlamat tadi, iaitu meningkatkan pendapatan dan ilmu serta

kemahiran para guru, matlamat KPM juga adalah untuk mewujudkan pelbagai laluan kerjaya

untuk guru setelah bergelar siswazah. Contohnya terdapat kategori guru pakar, guru

cemerlang, pengetua cemerlang dan sebagainya. Hari ini, dalam perkhidmata awam

Malaysia, kedudukan guru jatuh tempat kedua berbanding doktor. Namun, dari segi cabaran

dan kesukaran, untuk menjadi doktor adalah lebih sukar benbanding guru.

Kita sebagai guru haruslah bersyukur kerana diberi peluang oleh kerajaan untuk

mendapatkan ijazah melalui tajaan penuh KPM, sementara tidak ada satu pun negara lain

yang berbuat demikian. Oleh itu, kita mestilah bepegang teguh dengan profesion perguruan

kita. Secara amnya, guru-guru memperoleh pelbagai faedah setelah mengikuti program PPG,

iaitu meningkatkan ilmu, meningkatkan kemahiran, meningkatkan pendapatan dan

meningkatkan nilai sebagai guru. Antara nilai yang boleh diamalkan oleh guru ialah menepati

masa, terutama menepati masa mengajar. Selain itu, kejujuran juga adalah nilai yang penting

bagi setiap guru, iaitu ada inisiatif untuk mengajar dan bukan mengajar kerana mengharapkan

balasan perolehan pangkat semata-mata.

Seterusnya dalam kupasan kedua, apa pula sumbangan yang guru-guru berikan

kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Seseorang guru yang mempunyai nilai yang baik

akan sentiasa bertanya pada diri sendiri apa sumbangan yang telah diberikan selama ini.

Sumbangan guru boleh dalam pelbagai bentuk. Contohnya, guru boleh tingkatkan kretiviti

dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut kehendak hari ini. Untuk menjadi

guru yang berkesan, kita hendaklah membuktikan yang kita benar-benar berkesan kepada

murid-murid, iaitu benar-benar memberi pengajaran kepada murid-murid dan benar-benar

memberi nilai kepada mereka barulah seseorang guru itu tetap dikenang jasanya. Selain itu,

guru-guru juga hendaklah menjadi orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan

tugasnya dengan sebaik mungkin.

Di samping itu, guru yang berinovatif dan berkreativiti perlu sentiasa menggunakan

bahan atau maklumat yang sesuai dan terkini untuk membantu anak murid menguasai ilmu

pengetahuan terkini. Penggunaan bahan terkini akan menambahkan kesan pengajaran dan

pembelajaran murid kita. Maklumat yang terkini memudahkan anak murid kita

memperkembangkan ilmu mereka serta membantu guru mengendalikan pengajaran dan

pembelajarannya menjadi lebih berkesan. Seterusnya, guru juga harus sentiasa bertanya

Page 4: Tugasan EPIC OUM

kepada diri tentang apa yang telah kita berikan kepada anak murid. Tanggungjawaban guru

dalam bidang yang diceburi adalah kita perlu melaksanakan profesionalisme kita iaitu sedia

membantu anak murid kita untuk melahirkan pembelajaran yang berkesan, contohnya seperti

penggunaan ICT . Guru yang tamat pensiswazah mempunyai kemahiran dalam ICT semasa

belajar di universiti. Daripada itu, guru harus menggabungkan apa yang dipelajari daripada

universiti ke dalam pengajaran dan pembelajaran dalam sekolah agar apa yang disampaikan

menjadi lebih mudah dan bermakna.

Selain itu, untuk menambahkan kesan pengajaran dan pembelajaran guru, guru bukan

sahaja bercerita, malah dengan interaktif yang sedia ada dan ilmu pengetahuan yang sediakan

akan membantu murid lebih bertumpu semasa berada di kelas. Guru harus sentiasa perubahan

dalam teknik pengajaran dan pembelajaran seperti mengaplikasikan kemahiran KBAT

(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dalam pengajaran guru. Dengan ini ia bukan sahaja dapat

membantu murid menguasai kemahiran maka juga dapat menolong murid mengaplikasikan

kemahiran yang diajar dan melahirkan mereka yang berfikiran tinggi. Oleh itu, guru harus

sentiasa mengubah kaedah penyampaian guru walaupun ilmu yang disampaikan adalah sama

kepada anak murid kita. Dengan usaha ini, ia dapat membantu kita membuktikan bahawa kita

telah melaksanakan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dari program tersebut

serta menjalankan tanggungjawab kita sebagai guru yang dapat memberi sumbangan kepada

sistem pendidikan negara.