tugasan amali 1 pkb3108

20
AMALI 1 - PKB 3108 Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Asas Matematik – Pra Nombor Hari : Khamis Tarikh : Tajuk : 1. Pra Nombor Kemahiran : 1.1 Menamakan objek Kandungan : 1.1.1 Klasifikasi objek melalui bentuk Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid diharapkan dapat: a) Mengecam dan memadankan bentuk-bentuk yang sama b) Mengenal dan menamakan 4 yang dipelajari dengan betul ( segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulat) Bilangan Murid : 4 orang ( 3 lelaki & 1 perempuan ) Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah biasa melihat objek pelbagai bentuk di sekeliling mereka BBM : Kad-kad bentuk, Carta Selit. Prinsip Asas Matematik : 1) Mudah kepada sukar 2) Konkrit kepada abstrak

Upload: cikgu-nor-ummu-iman

Post on 23-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Matematik Pendidikan Khas

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan Amali 1 Pkb3108

AMALI 1 - PKB 3108

Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Asas Matematik – Pra Nombor

Hari : Khamis Tarikh :

Tajuk : 1. Pra Nombor

Kemahiran : 1.1 Menamakan objek

Kandungan : 1.1.1 Klasifikasi objek melalui bentuk

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid diharapkan dapat:

a) Mengecam dan memadankan bentuk-bentuk yang sama

b) Mengenal dan menamakan 4 yang dipelajari dengan betul

( segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulat)

Bilangan Murid : 4 orang ( 3 lelaki & 1 perempuan )

Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah biasa melihat objek pelbagai bentuk di

sekeliling mereka

BBM : Kad-kad bentuk, Carta Selit.

Prinsip Asas Matematik : 1) Mudah kepada sukar

2) Konkrit kepada abstrak

Konsep Asas Matematik : 1) Klasifikasi

2) Turutan

Page 2: Tugasan Amali 1 Pkb3108

Aktiviti : Mengenal dan menamakan bentuk-bentuk dua matra

Langkah/

Masa

Isi Kandungan Aktiviti PdP Impak / Catatan

Langkah 1

(15 minit)

Mengecam bentuk-

bentuk 2 matra

- Segitiga

- Segiempat

sama

- Segiempat

tepat

- Bulat

1) Guru mengedarkan set kad

bentuk 2 matra iaitu bentuk

segitiga, segiempat sama,

segiempat tepat,dan bulat

yang terdiri daripada

berbagai saiz kepada setiap

murid.

2) Guru memegang sekeping

kad bentuk dan meminta

murid menunjukkan kad yang

sama bentuknya dengan

guru.

3) Guru meminta murid untuk

mengumpulkan kesemua kad

yang sama bentuk dan

meletakkannya dalam satu

kumpulan.

4) Seterusnya guru dan murid

mengulangi aktiviti di atas

hingga kesemua kad bentuk

dikumpulkan mengikut

bentuk yang sama

5) Murid kemudiannya di minta

menyusun kad-kad bentuk

yang sama mengikut urusan

saiz.

Prinsip :

Konkrit kepada

abstrak

Konsep :

Klasifikasi

Turutan

Langkah/ Isi Kandungan Aktiviti PdP Impak / Catatan

Page 3: Tugasan Amali 1 Pkb3108

Masa

Mengenal dan

menamakan bentuk-

bentuk 2 matra

1) Guru memegang kad bentuk

dan menunjukkannya kepada

murid

2) Guru menyebut nama bentuk

dan murid mengikut guru

menyebut nama bentuk yang

ditunjukkan.

3) Kad-kad bentuk yang telah

dinamakan dipamerkan di

papan putih

4) Aktiviti diulang sehingga

kelima-lima bentuk

dikenalkan kepada murid.

5) Murid seterunya diminta

menamakan kembali bentuk-

bentuk yang dipamerkan di

hadapan kelas .

6) Murid kemudiannya diminta

mengenalpasti dan

mewarnakan bentuk-bentuk

yang sama dalam lembaran

kerja. (Lembaran Kerja)

7) Guru seterusnya menguji

murid secara lisan –

menamakan bentuk-bentuk 2

matra (Senarai Semak)

Prinsip :

a) Konkrit

kepada susah

b) Mudah

kepada sukar

Konsep :

a) Klasifikasi

Laporan dapatan daripada aktiviti yang dijalankan.

Page 4: Tugasan Amali 1 Pkb3108

Aktiviti ini telah dijalankan ke atas murid-murid dari Kelas Permata SK Rantau Panjang

yang terdiri daripada 4 orang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dari

pelbagai kategori. Aktiviti ini telah dijalankan selama 30 minit di mana merangkumi

kemahiran mengenal dan menamakan bentuk-bentuk dua matra.

Aktiviti ini telah dapat dilaksanakan dengan lancar. Murid-murid memberikan kerjasama

yang baik dan dapat mengikuti aktiviti dengan penuh semangat. Semasa aktiviti

mengecam bentuk dua matra, murid-murid dapat memahami konsep bentuk yang sama

di mana mereka mampu mengkelaskan kad bentuk pelbagai saiz dan warna mengikut

bentuk yang sama. Ikhwan, Farhan dan Fathin dapat mengenalpasti dan membina

uturan susunan bentuk mengikut saiz apabila diminta berbuat demikian tanpa bantuan

guru. Manakala Jusharin memerlukan sedikit panduan dan bimbingan semasa

menjalankan aktiviti ini.

Keseluruhannya, murid-murid dapat mengenal dan menamakan keempat-empat

bentuk yang dipelajari dengan betul. Cuma Fathin dan Jusharin tidak dapat menyebut

nama bentuk dengan betul dan jelas kerana masalah pertuturan yang mereka hadapi.

Namun begitu kedua-duanya dapat mengenal dan menunjukkan bentuk yang betul

apabila nama bentuk disebut pada mereka.

Refleksi

Page 5: Tugasan Amali 1 Pkb3108

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kepada Allah SWT kerana dengan keizinan dan

berkat dari-Nya saya dapat menyempurnakan Tugasan Amali 1 yang telah

diamanahkan kepada saya bagi melengkapkan tugasan dalam Semester 4 ini.

Tugasan in telah diterima pada interaksi yang kedua iaitu pada 23 Mac 2013.

Tugasan amali ini merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan

oleh setiap pelajar PPG PJJ Pendidikan Khas Ambilan Jun 2011 bagi subjek Kaedah

Khas Pengajaran dan Pembelajaran Matematik (PKB3108). Tugasan ini adalah di

bawah seliaan dan bimbingan Pn. Sharipah Rabea’ah Bt. Syed Ali selaku pensyarah

pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah

yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan amali ini.

Saya telah mendapat penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yang

perlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan amali yang berkualiti dan menepati

elemen-elemen yang dinilai. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan,

panduan dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain

daripada itu, saya berbincang dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan sekuliah agar

tugasan yang diaksanakan ini tidak tersasar dan menepati apa yang dikehendaki . Saya

memulakan tugasan saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya dapat

menjalankan tugsan ini dengan lebih sistematik.

Sebelum memulakan tugasan amali ini di sekolah, saya telah membuat rujukan

dan mendapatkan beberapa panduan daripada rakan-rakan setugas di sekolah saya.

Seterusnya saya telah menetapkan tajuk dan kemahiran yang hendak diajar dan diikuti

penetapan murid / kelas yang hendak dipilih. Seperti biasa, sebelum memulakan proses

pengajaran dan pembelajaran, saya mula merancang aktiviti dan menyediakan bahan-

bahan yang hendak saya gunakan. Pemilihan BBM saya untuk aktiviti ini adalah

berkonsepkan bahan yang ringkas, menarik dan afektif. Saya berpendapat bahawa

sesuatu bahan bantuan mengajar yang baik ialah bahan yang afektif dan dapat

difungsikan dengan baik semasa ia digunakan seterusnya mampu membantu dalam

mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 6: Tugasan Amali 1 Pkb3108

Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, saya

telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua murid. Tingkahlaku murid

terkawal dan murid mampu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan. Saya juga telah mendapat kerjasama daripada rakan setugas untuk

merakamkan foto sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk dijadikan

bahan sokongan untuk tugasan amali ini.

Sepanjang tempoh saya menjalankan tugasan amali ini, banyak info dan

maklumat yang saya perolehi terutamanya berkaitan prinsip-prinsip asas pengajaran

Matematik dan juga konsep pengajaran Matematik yang di aplikasikan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Saya telah membuat rujukan dan

pembacaan untuk memastikan penerapan prinsip-prinsip dan konsep ini adalah sesuai

dalam aktiviti yang saya jalankan.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua

individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasan

ini Terima kasih kepada pensyarah pembimbing, rakan-rakan sekuliah, rakan-rakan

setugsa dan juga anak-anak didik yang telah membantu saya secara tidak langsung

taupun tidak dalam saya menyiapkan tugasan amali ini.. Tanpa bantuan dan bimbingan

dari semua, tidak mungkin saya mampu menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.

Terima kasih sekalung budi kepada semua.

.

Page 7: Tugasan Amali 1 Pkb3108

LAMPIRAN A : GAMBAR AKTIVITI P&P

AKTIVITI : Mengenal bentuk 2 matra

AKTIVITI : Mengenal bentuk 2 matra

Page 8: Tugasan Amali 1 Pkb3108

AKTIVITI : Mengenal dan menamakan bentuk

AKTIVITI : Mengenal dan menamakan bentuk

Page 9: Tugasan Amali 1 Pkb3108

AKTIVITI : Mengkelaskan bentuk yang sama

AKTIVITI : Mengkelaskan bentuk yang sama

Page 10: Tugasan Amali 1 Pkb3108

AKTIVITI : Mengumpul dan menyusun bentuk yang sama

AKTIVITI : Mengumpul dan menyusun bentuk yang sama

Page 11: Tugasan Amali 1 Pkb3108

AKTIVITI : Mengecam dan memadankan bentuk yang sama

AKTIVITI : Mengecam dan memadankan bentuk yang sama

Page 12: Tugasan Amali 1 Pkb3108

LAMPIRAN B : GAMBAR BBM

BBM : Bentuk-bentuk 2 matra

BBM : Kad-kad bentuk 2 matra

Page 13: Tugasan Amali 1 Pkb3108

BBM : Kad bentuk bulat pelbagai saiz

BBM : Kad bentuk segiempat tepat pelbagai saiz

Page 14: Tugasan Amali 1 Pkb3108

BBM : Kad bentuk segitiga pelbagai saiz

BBM : Kad bentuk segiempat sama pelbagai saiz

Page 15: Tugasan Amali 1 Pkb3108

LAMPIRAN C : LEMBARAN KERJA

Page 16: Tugasan Amali 1 Pkb3108

LAMPIRAN D : SENARAI SEMAK KEMAHIRAN

Tajuk : 10 . Bentuk dan Ruang

Kemahiran : 10.1 Menamakan bentuk-bentuk dua matra

Kandungan : 10.1.1 Jenis bentuk dua matra

Nama Murid : ………………………………………………… Kelas :……………………….

Tarikh :………………………….

Bil Kemahiran

Menguasai

Dengan Bantuan

Guru

Menguasai Tanpa

Bantuan Guru

Tidak

Menguasai

1Mengenal dan menamakan

bentuk segiempat sama

2Mengenal dan menamakan

bentuk segiempat tepat

3Mengenal dan menamakan

bentuk segitiga

4Mengenal dan menamakan

bentuk bulat

Refleksi:

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Tandatangan Guru :…………………………………………….

Nama Guru : …………………………………………….