amali 2 lengkap (1)

24
AMALI 2: BULAN Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan Pernyataan masalah: Adakah peningkatan bilangan hari mempengaruhi fasa bulan? Pengenalan : Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Kerana jaraknya yang “paling dekat” tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat den mata kasar.Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun kita tidak boleh melihat bulan setiap malam walau pun langit bersih tanpa awan Pembolehubah (KPS: mengawal pemboleh ubah) Manipulasi: Bilangan hari Bergerak balas : Perubahan fasa bulan Malar: Jenis kamera yang digunakan Hipotesis : (Menyatakan hipotesis) Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan Alat dan radas: Kamera, kertas catatan, pensel Kemahiran Proses Sains: Mengawal pemboleh ubah, menyatakan hipotesis, memerhati, mentafsir data, menggunakan perhubungan ruang dan masa, menggunakan nombor, mengelas, berkomunikasi, membuat inferens.

Upload: nadrahmajid

Post on 21-Jul-2015

1.855 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AMALI 2: BULAN Tajuk : Terbit dan Terbenam Bulan Tujuan Amali : Mengkaji perubahan fasa-fasa bulan Pernyataan masalah: Adakah peningkatan bilangan hari mempengaruhi fasa bulan? Pengenalan : Bulan adalah objek langit yang paling dekat dengan bumi. Kerana jaraknya yang

paling dekat tersebut, bulan adalah objek langit yang paling mudah dilihat dengan mata kasar. Bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun kita tidak boleh melihat bulan setiap malam walau pun langit bersih tanpa awan Pembolehubah (KPS: mengawal pemboleh ubah) Manipulasi: Bilangan hari Bergerak balas : Perubahan fasa bulan Malar: Jenis kamera yang digunakan Hipotesis: (Menyatakan hipotesis) Semakin meningkat bilangan hari, perubahan fasa bulan dapat diperhatikan Alat dan radas: Kamera, kertas catatan, pensel Kemahiran Proses Sains: Mengawal pemboleh ubah, menyatakan hipotesis, memerhati, mentafsir data, menggunakan perhubungan ruang dan masa, menggunakan nombor, mengelas, berkomunikasi, membuat inferens.

Prosedur: 1. Maklumat mengenai terbit dan terbenam bulan daripada buku, majalah, jurnal, surat khabar atau internet dicari. 2. Lokasi sesuai dipilih dan bulan yang terdapat di kawasan itu diperhatikan setiap hari selama sebulan. 3. Pemerhatian dijalankan menggunakan mata kasar. 4. Kamera yang sesuai untuk mengambil gambar digunakan.5. Tarikh dan waktu pemerhatian direkodkan.

(Memerhati)

6. Kedudukan bulan dan sebarang perubahan bentuk bulan (termasuk juga sama

ada hari tersebut hujan atau tidak) dicatatkan ke dalam jadual (Menggunakan nombor, Mengelas, Menggunakan perhubungan ruang dan masa)7. Data yang diperoleh dianalisis dan ditafsirkan.

(Mentafsir data)

Keputusan : (Berkomunikasi) Jadual 1: Keputusan pemerhatian amali bulan (5 Mac 2012-3 April 2012) : Tarikh Gambar Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan Catatan pemerhatian

5 Mac 2012

Cuaca: Langit cerah ( tidak hujan )

12 Rabiulakhir 1433H

Waktu : 9pm -9.30 pm

Lokasi : Asrama

Cempaka Sari

Fasa bulan: Bulan hampir purnama

Darjah: 90-135 degrees

Bulan kelihatan pada malam ini kerana waktu bulan terbenam adalah 4.20 pagi 6 Mac 2012 Cuaca; Langit cerah (tidak hujan )

13 Rabiulawal 1433H

Waktu : 9pm -9.30 pm

Fasa bulan: hampir purnama

Darjah : 180-225 Degree

Bulan kelihatan malam ini kerana cuaca cerah, tidak dilitupi awan yang banyak dan waktu bulan terbenam adalah pada jam 5.10 pagi.

7 Mac 2012 Bulan tidak kelihatan pada malam ini.

14 Rabiulawal 1433 H

Langit tidak cerah.

Sepatutnya, bulan akan kelihatan malam ini kerana waktu terbitnya 6.25 petang.

Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan ialah bulan purnama baru.

8 Mac 2012 Cuaca: Langit cerah (tidak hujan )

15 Rabiulawal 1433H

Waktu ; 9 pm- 9.30 pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan : Bulan

purnama

Darjah : 180-225 Degree

Bulan kelihatan pada malam ini. Bulan terbit pada pukul 7.18pm. 9 Mac 2012 Cuaca : Langit cerah 16 Rabiulawal 1433 H

Waktu: tidak dijalankan

Fasa: Bulan purnama

Pemerhatian tidak dijalankan pada malam ini kerana dalam perjalanan ke kampung. Namun, melalui maklumat yang dikumpul, bulan pada malam ini adalah bulan purnama

10 Mac 2012 Cuaca: langit gelap (mendung)

17 Rabiulawal 1433 H

Waktu :9 malam

Tempat: Terengganu (Besut)

Darjah : 180-225 Degree

Fasa bulan: Bulan purnama

Bulan tidak kelihatan pada malam ini kerana langit gelap.

11 Mac 2012

Cuaca; Langit cerah

18 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9.30-10.30 pm

Fasa bulan: Purnama lama

Darjah : 225-270 degree

Bulan kelihatan pada malam ini.

12 Mac 2012 Cuaca: mendung (hujan sekejap-sekejap)

19 Rabiulawal 1433

Waktu : 9pm-9.30 pm

Lokasi; Terengganu (Besut)

Fasa bulan: selepas purnama

Darjah : 225-270 degree.

Bulan tidak kelihatan malam ini. Ini kerana cuaca mendung dan melalui maklumat yang dikumpul bulan terbit pada 11.04 malam dan merupakan salah satu

sebab bulan tidak kelihatan

13 Mac 2012 Cuaca: mendung dan hujan.

20 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9pm-9.30 pm

Lokasi; Terengganu (Besut)

Fasa bulan: separa lama ( tua)

Bulan tidak kelihatan malam ini. Ini kerana cuaca di Terengganu agak mendung untuk minggu ini dan kadangkadang hujan.

14 Mac 2012 Pemerhatian tidak dijalankan pada hari ini

21 Rabiulawal 1433 H

Fasa bulan : Separa lama ( tua )

Bulan mungkin tidak kelihatan pada malam ini kerana pada waktu malam cuaca mendung dan hujan rintik-rintik.

15 Mac 2012 Cuaca: Langit mendung 22 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: separa lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian disebabkan oleh cuaca

16 Mac 2012 Cuaca: Langit mendung 23 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: sabit lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian

17 Mac 2012 Cuaca: Langit mendung 24 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: sabit lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu

pemerhatian

18 Mac 2012 Cuaca: Langit mendung 25 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9pm- 9.30 pm

Lokasi : Terengganu (Besut )

Fasa bulan: sabit lama (tua)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian disebabkan oleh cuaca

19 Mac 2012 Pemerhatian tidak dijalankan kerana perjalanan pulang ke maktab.

26 Rabiulawal 1433 H

Berdasarkan maklumat yang diperoleh pada tarikh ini, fasa bulan

yang kelihatan adalah bulan sabit lama (tua) 20 Mac 2012 Cuaca : langit gelap 27 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9 pm-9.30

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan : Sabit lama (tua )

Bulan tidak kelihatan pada malam ini pada waktu pemerhatian

Ini kerana bulan terbit pada jam 5.17 pagi dan terbenam pada pukul 5.36 petang.

21 Mac 2012

Cuaca : cerah

28 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 6.20 pagi

Fasa bulan : Sabit lama ( tua )

Darjah : 45-90 degree

Bulan kelihatan pada waktu pemerhatian

22 Mac 2012 Cuaca : Cerah 29 Rabiulakhir 1433 H

Waktu : 9 am-9.30 pm

Fasa bulan : Sabit lama ( tua )

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian. Ini kerana melalui maklumat yang dikumpul ,dapat diketahui bahawa bulan terbenam pada jam 7.o5 malam.

23 Mac 2012 Cuaca; Langit cerah 30 Rabiulawal 1433 H

Waktu : 9pm-9.30 pm

Lokasi : Asrama

Cempaka Sari

Fasa Bulan :Anak bulan

Bulan tidak kelihatan semasa pemerhatian kerana bulan telah terbenam.

24 Mac 2012 Cuaca : cerah 1 Jamadilawal 1433 H

Waktu : 9pm-9.30 pm

Fasa bulan : sabit baru

Kedudukan ; Di sebelah barat

Bulan kelihatan semasa pemerhatian dibuat. 25 Mac 2012 Cuaca : cerah 2 Jamadilawal 1433 H

Waktu : 9pm-9.30 pm

Fasa bulan : sabit baru

Darjah: 45-90 Darjah

Bulan kelihatan semasa pemerhatian dibuat. 26 Mac 2012 Cuaca : langit gelap 3 Jamadilawal 1433 Hijrah

Waktu : 9 pm -9.30 pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan; Sabit baru (muda)

Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian dilakukan kerana langit gelap dan berawan.

27 Mac 2012 Pemerhatian tidak dilakukan pada malam ini.

2 Jamadilawal 1433 H

Melalui maklumat yang

dikumpul, fasa bulan pada malam ini masih lagi sabit baru (muda)

28 Mac 2012 Cuaca : langit cerah walaupun waktu petang hujan 3 Jamadilawal 1433 H Waktu : 9 pm -9.30pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan; Sabit baru (muda )

Bulan tidak kelihatan sewaktu pemerhatian dilakukan. Bulan terbenam pada jam 11

40 malam.

29 Mac 2012 Cuaca : Langit cerah 4 Jamadilawal 1433 Hijrah

Waktu : 9 pm-9.30 pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan : Separa baru (muda )

Darjah: 90-135 Degree

Bulan dapat dilihat semasa pemerhatian dijalankan kerana langit yang cerah 30 Mac 2012 Cuaca : Langit cerah 5 Jamadilawal 1433 H

Waktu : 9 pm -9,30 pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan : Separa baru ( muda )

Darjah :90-135 Degree

Bulan kelihatan pada waktu pemerhatian kerana langit cerah dan bulan masih lagi belum terbenam.

31 Mac 2012

Cuaca ; Langit cerah

Waktu ;9pm-9.30 pm 6 Jamadilawal 1433 H

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan ; Separa baru

Bulan kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan kerana langit cerah dan terbitnya bulan pada jam 1 petang. 1 April 2012 Pemerhatian tidak dijalankan. Namun begitu, melalui

7

Jamadilawal 1433 H

maklumat yang dikumpul, bulan pada malam ini adalah bulan separa baru (muda )

2 April 2012 Cuaca : Langit terang 8 Jamadilawal 1433 H

Waktu ; 9 pm-3.9o

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan: Separa baru (muda)

Bulan kelihatan pada malam ini kerana keadaan cuaca langit terang.

3 April 2012 Cuaca : langit gelap

9 Jamadilawal 1433 H

Waktu : 9 pm-9.30 pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari.

Fasa bulan :hampir purnama/ purnama baru.

Darjah : 90-135 Degree

Bulan tidak kelihatan pada malam ini kerana langit yang gelap . sepatutnya bulan kelihatan pada malam ini kerana terbitnya pada jam 4.11 pm.

4 April 2012 Cuaca : langit cerah 10 Jamadilawal 1433 H

Waktu : 9 pm- 9.30 pm

Lokasi : Asrama Cempaka Sari

Fasa bulan :Hampir purnama

Darjah : 90-135 Degree.

Bulan kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan. Langit adalah cerah dan tidak berawan tebal.

Perbincangan: (KPS: berkomunikasi ) Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi iaitu sebulan ijtimak. Kita cuma melihat sebahagian sahaja permukaan Bulan dari Bumi kerana ia berputar mengelilingi Bumi Pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan dibuat daripada 5 Mac 2012 hingga 4 April 2012. Kebanyakan gambar di ambil di asrama Cempaka Sari, Melaka kecuali bermula 9 Mac sehingga 18 Mac di Terengganu. Bermula daripada 5 Mac 2012 sehingga ke 22 Mac 2012, fasa-fasa bulan adalah daripada hampir purnama, purnama, purnama lama, separa lama (tua) dan pada 22 Mac 2012 adalah bulan sabit lama (tua) . Fasa bulan baru bermula pada 23 Mac 2012 bersamaan dengan 30 Rabiulawal 1433 Hijrah iaitu bermula dengan anak bulan, bulan sabit baru (24-28 Mac 2012 ), bulan separa baru ( 29-31 Mac 2012 dan juga 1-2 April 2012) manakala pada 3 dan 4 April adalah purnama baru atau hampir purnama. Namun begitu, semasa membuat pemerhatian, terdapat bulan yang tidak kelihatan pada tarikh tersebut sedangkan sepatutnya bulan dapat dilihat. Hal ini berlaku disebabkan oleh langit yang gelap, kehadiran awan pada malam tersebut dan juga masa terbit dan terbenam bulan .

Pada tarikh 7, 10 ,12 ,13 ,15-18 ,20,22,23, 26,28 Mac 2012 dan 3 April 2012 bulan tidak kelihatan sewaktu pemerhatian dijalankan. Antaranya disebabkan langit mendung dan juga ada di antaranya disebabkan oleh bulan belum terbit atau ada yang telah terbenam ketika pemerhatian tersebut dijalankan. 14 Mac, 27 Mac dan 1 April , pemerhatian terhadap bulan tidak dilakukan. Ini kerana disebabkan oleh faktor kelemahan diri sendiri iaitu lupa untuk mengambil gambar dan membuat pemerhatian. Namun, untuk mengatasi masalah tersebut, maklumat berkaitan fasa bulan pada malam tersebut dicari dan dikumpul. Menurut laman internet moonconnection, fasa bulan pada 14 Mac 2012 adalah separa lama (tua), sabit baru (muda) pada 27 Mac dan bulan separa baru pada 1 April. Perubahan-perubahan fasa bulan yang diperhatikan bermula daripada 5 Mac 2012 sehingga ke 3 April 2012 melalui kesemua fasa bulan iaitu daripada anak bulan, sabit baru, separa baru, hampir purnama, purnama, selepas purnama, separa lama dan bulan sabit lama. Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi. Pada saat ijtimak, seluruh bahagian bumi tidak menerima cahaya matahari kerana bumi, bulan dan matahari sejajar tetapi bukan pada satah yang sama. Bulan tidak kelihatan daripada bumi yang diistilahkan sebagai bulan baru. ini dapat dilihat pada 23 Mac 2012. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Ini terjadi pada 24-28 Mac 2012 Semakin jauh bulan meninggalkan ijtimak, semakin besar cahaya bulan yang tampak daripada bumi dan ini memperlihatkan fasa bulan sebelum purnama. Contoh fasa ini

yang dapat dilihat melalui pemerhatian adalah 5 Mac dan 3 April. Namun begitu, pada 3 April, bulan sebelum purnama tidak kelihatan kerana keadaan cuaca. Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Ini dapat dilihat pada 9 Mac Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama . Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun langit bersih tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut.. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari. Dalam amali bulan ini, contohnya pada 20 Mac 2012 bersamaan 27 Rabiulawal 1433 Hijrah, bulan tidak kelihatan di langit malam sewaktu pemerhatian pada tempoh waktu 9 malam hingga 9.30 malam kerana waktu terbenam pada jam 5.36 petang dan waktu terbitnya pada jam 5.17 pagi Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik atau pun tidak. Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru. Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu malam. Jadi 5, 6, 7, Mac dan tarikh lain, bulan kelihatan pada waktu malam kecuali pada tarikh fasa bulan baru. Setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam lewat 51 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu

malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan bersih tanpa awan.

Kesimpulan: Perubahan hari mempengaruhi fasa-fasa bulan yang kelihatan.

Inferens: Bulan tidak kelihatan pada malam hari disebabkan cuaca mendung. (Membuat inferens)

Cadangan penambahbaikan : 1. Pastikan pemerhatian dibuat pada setiap hari. 2. Rujuk jadual terbit dan terbenam bulan sebelum melaksanakan amali. 3. Kamera yang digunakan hendaklah lebih canggih. 4. Pemerhatian dibuat pada waktu terbit nya bulan supaya gambar fasa bulan dapat diambil