buku amali 1

Post on 14-Jul-2015

146 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.0

PENGENALAN

Peringkat prabacaan merupakan peringkat kesediaan murid-murid untuk membaca. Peringkat ini terdiri daripada pelbagai kemahiran yang menyediakan asas bacaan dalam kalangan muridmurid. Pada peringkat ini, murid belum lagi tahu membaca, menulis dan juga mengira. Oleh itu, proses prabacaan penting untuk memandu murid-murid supaya pandai membaca, menulis dan mengira. Pengamatan merupakan salah satu kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari oleh murid-murid. Terdapat tiga jenis pengamatan iaitu pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pengamatan pergerakan tangan dan mata.

1.11.1.1

PENGAMATAN PENGLIHATANDISKRIMINASI

Diskriminasi merupakan satu kebolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, bilangan dan perkataan. Contoh;

1.1.2

INGAT KEMBALI

Ingat kembali merupakan satu kebolehan mengingat kembali apa yang diamati oleh seseorang. Antara strategi yang boleh dilaksanakan untuk proses mengingat kembali ini ialah menyediakan murid dengan bahan maujud, kemudian meminta murid menelitinya. Setelah itu, bahan maujud tersebut dialihkan daripada pandangan dan murid diarahkan menyebut atau melukis kembali apa yang diamatinya.

2

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.1.3

ORIENTASI KEDUDUKAN

Orientasi merupakan satu kebolehan membezakan kedudukan sesuatu huruf, nombor dan sesuatu susunan gambar. Contohnya, dapat membezakan kedudukan wisel yang salah kedudukannya.

1.1.4

TURUTAN

Turutan merupakan satu kebolehan untuk mengingat kembali sesuatu mengikut susunan yang betul. Contohnya biji benih kacang hijau akan bercambah mengikut turutannya yang betul.

1.1.5

MENYUDAHKAN ATAU MELENGKAPKAN

Menyudahkan atau melengkapkan merupakan kebolehan untuk mengenal sesuatu benda, nombor, objek, perkataan atau ayat. Contohnya, melengkapkan perkataan yang tidak lengkap hurufnya.

3

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.1.6

MENYALIN

Menyalin merupakan satu kebolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat. Contohnya, menyalin ayat ringkas seperti di bawah.

Itu kucing. Kucing itu comel.

1.1.7

RAJAH LATAR BELAKANG

Rajah latar belakang merupakan kebolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf, nombor pada latar belakang sesuatu gambar atau rajah seperti contoh di bawah ini.

1.1.8

KOORDINASI MOTOR MATA DAN TANGAN

Koordinasi motor mata dan tangan merupakan suatu kebolehan untuk menyelaraskan pergerakan motor tangan dan mata. Contohnya, aktiviti menyambungkan keretapi ini untuk melatih koordinasi motor tangan dan mata.

4

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.1.9

KETETAPAN BENTUK/KEDUDUKAN DALAM RAJAH

Ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah merupakan suatu kebolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf atau nombor yang mempunyai bentuk yang tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan. Contohnya, murid dapat mengenal gambar pisang walaupun berada dalam kedudukan apa sekali pun.

1.1.10

GAMBAR BERSIRI

Gambar bersiri merupakan suatu kebolehan murid untuk mengikut cerita dari satu babak ke babak yang lain dengan betul dan tersusun.

1.1.11

PEMBALIKAN BENTUK

Pembalikan bentuk merupakan suatu kebolehan membezakan bentuk asal sesuatu huruf, nombor, perkataan dan gambar. Contohnya, bentuk asal rumah dapat dikenal pasti oleh murid selepas gambar rumah tersebut diterbalikkan.

5

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.1.12

MAZING/MENCARI JALAN KELUAR

Mazing merupakan suatu kebolehan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, mencari jalan keluar dalam permainan mazing ini.

1.1.13

BENDA TERSEMBUNYI

Mencari benda tersembunyi merupakan suatu kebolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak dan yang sukar dikenal pasti. Contohnya, mencari benda tersembunyi di dalam gambar seperti rajah di bawah.

6

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.2

PENGAMATAN PENDENGARAN

Pengamatan pendengaran adalah suatu kebolehan murid dalam mendengarkan sesuatu bunyi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengamatan pendengaran ialah : y y y y Meneka sesuatu bunyi sama ada bunyi haiwan, objek dan lain-lain Meneka arah sesuatu bunyi Mengajuk sesuatu bunyi Meneka sesuatu nada bunyi sama ada rendah, tinggi atau nyaring.

1.31.3.1

PERGERAKAN TANGAN DAN MATAJAHITAN

Jahitan merupakan aktiviti yang bertujuan melatih pergerakan otot tangan dan mata untuk mendapatkan sesuatu objek/gambar yang dikehendaki. Contohnya, murid perlu menyambungkan keretapi mengikut susunan yang betul. Untuk menyambungkan keretapi itu, murid perlu menggunakan koordinasi tangan dan juga mata.

7

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.3.2

MEMBENTUK

Untuk aktiviti membentuk, murid perlu menggunting gambar-gambar mengikut bentuknya yang betul.

1.3.3

SAMBUNG TITIK

Untuk aktiviti menyambung titik ini, murid perlu menyambungkan titik bagi mendapatkan bentuk atau objek yang dikehendaki.

8

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.41.4.1

PELAKSANAAN AKTIVITIMELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

Beberapa aktiviti berkenaan diskriminasi dijalankan bagi menguji pengamatan penglihatan murid-murid dalam pelbagai aspek termasuklah saiz, warna dan bentuk. AKTIVITI : DISKRIMINASI YANG GANJIL (BILANGAN)

PERUNTUKAN MASA : 15 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru menunjukkan gambar-gambar objek yang sama bentuk serta bilangan dan salah satu gambar lagi berlainan dari segi bilangan. 3. Murid-murid berbincang sesama ahli untuk mengenal pasti perbezaan gambar iaitu dari segi bilangan. 4. Seorang wakil murid dari kumpulan yang terpilih dikehendaki ke hadapan dan memilih gambar yang ganjil dari gambar-gambar yang lain.

9

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI

: SAYA BESAR, DIA KECIL

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru menunjukkan beberapa gambar yang sama tetapi dalam pelbagai saiz. 3. Murid -murid berbincang sesama ahli untuk mengenal pasti dua gambar yang sama saiz. 4. Seorang wakil murid dari kumpulan yang terpilih dikehendaki ke hadapan dan membulatkan dua gambar yang sama saiz.

AKTIVITI

: PANJANG ATAU PENDEK

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid- murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru menunjukkan gambar garisan yang mempunyai panjang yang berbeza. 3. Murid-murid berbincang sesama ahli untuk mengenal pasti garisan yang pendek dan mewarnakan pada lembaran aktiviti yang dibekalkan. 4. Seorang wakil murid dari kumpulan yang terpilih dikehendaki ke hadapan dan memilih garisan yang pendek untuk diwarnakan.

10

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI

: DISKRIMINASI BENTUK

PERUNTUKAN MASA : 20 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru menampal sekeping kad manila yang dilukis dengan bentuk berbeza secara bertindih. 3. Murid- murid dikehendaki mewarnakan bentuk yang dikehendaki.

AKTIVITI

: INGAT KEMBALI

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru menampal gambar yang mempunyai bentuk yang berbeza. Sebagai contoh bentuk segi tiga dan bulat) 3. Murid-murid diberi masa selama 10 saat untuk memerhatikan gambar tersebut. 4. Selepas 10 saat, gambar tersebut ditanggalkan / ditutup. 5. Murid-murid diberi masa selama 2 minit untuk melukis gambar yang ditunjukkan sebentar tadi mengikut susunan yang betul. 6. Seorang wakil murid dikehendaki ke depan untuk melukis gambar yang dipaparkan mengikut susunan yang betul. 7. Langkah 2-6 diulang semula dengan menambahkan bilangan gambar yang berbeza susunan menjadi 3 gambar dan kemudiannya 4 gambar.

11

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI

: SELAMATKAN AKU PUTERA RAJA

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

Aktiviti Pertama dibekalkan dengan lembaran yang mengandungi gambar rajah bagi 1. Setiap murid permainan Mazing. Diskriminasi 2. Aktiviti dimulakan dengan penceritaan tentang seorang Putera Raja yang kehilangan y Puterinya. 3. Murid-murid dikehendaki menolong Putera Raja mencari jalan untuk menyelamatkan Puterinya dengan menyelesaikan Mazing tersebut. 4. Seorang wakil murid diminta ke hadapan kelas untuk menyelesaikan Mazing tersebut.

12

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.4.2AKTIVITI

MELAKSANAKAN AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN: SIAPAKAH SAYA?

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

Siapakah saya merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid mendengar dan mengenal pasti rakaman bunyi binatang yang dimainkan, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang dimainkan. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang dimainkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik, menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum belajar untuk membaca. 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru menampal gambar-gambar haiwan yang berbeza pada papan putih seperti gambar katak, ayam, itik dan sebagainya dan memperkenalkan haiwan-haiwan tersebut kepada murid-murid. 3. Guru memainkan rakaman bunyi salah satu haiwan yang ditunjukkan. 4. Murid-murid diberi masa selama 1 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan bagi mengenal pasti bunyi tersebut. 5. Salah seorang wakil dari kumpulan terpilih dikehendaki tampil ke hadapan dan menunjukkan gambar haiwan yang padan dengan bunyi yang dimainkan. 6. Langkah-langkah 3 hingga 5 diulang semula dengan memainkan rakaman bunyi haiwan yang lain pula.

13

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI

: TIN OH TIN

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

Aktiviti Tin Oh Tin merupakan aktiviti yang memerlukan murid mengenal pasti arah bunyi tin yang diketuk dalam keadaan mata tertutup. 1. Murid-murid duduk dalam bulatan. 2. Seorang murid dipilih untuk duduk di tengah. 3. Murid yang berada di tengah bulatan dikehendaki menutup mata. 4. Beberapa murid yang duduk di dalam bulatan dikehendaki mengetuk tin. 5. Murid yang berada di tengah bulatan harus meneka arah bunyi ketukan tersebut. 6. Tin diserahkan kepada murid yang berbeza untuk hasilkan bunyi arah ketukan yang berlainan. 7. Murid lain dipilih untuk berada di tengah bulatan.

14

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.4.3AKTIVITI

MELAKSANAKAN AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA: PUTERA BELUNCAS

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

Putera Beluncas merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid menyambung kepingan kad bergambar seekor ulat beluncas yang dilubangkan. Kad-kad tersebut disambung dengan menggunakan tali atau benang. Setelah selesai menyambung, kepingan kad tadi akan

menjadi seekor Putera Ulat Beluncas berbentuk kad yang bersambung-sambung. Aktiviti ini melatih pergerakan tangan murid terhadap apa yang dilihat. 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 3 atau 4 orang murid dalam satu kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kepingan kad gambar Putera Beluncas dan juga benang atau tali. 3. Guru membuat tunjuk cara menyambung kepingan kad tersebut dengan benang atau tali 4. Murid-murid berbincang dan bekerjasama sesama ahli kumpulan bagi menyambung kepingan kad tersebut dengan benang atau tali yang yang disediakan

15

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI

: BENTUKKAN AKU

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

Aktiviti Bentukkan Aku ini merupakan aktiviti yang memerlukan murid -murid menggunting gambar mengikut garisan supaya gambar yang digunting menjadi lebih kemas. Aktiviti ini melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis. 1. Setiap murid dibekalkan dengan helaian kertas yang mengandungi gambar-gambar objek yang berbeza. 2. Murid-murid juga dibekalkan dengan gunting. 3. Murid- murid dikehendaki menggunting gambar-gambar tersebut dengan kemas.

16

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

AKTIVITI

: SAMBUNGKAN SAYA

PERUNTUKAN MASA : 10 MINIT PELAKSANAAN :

Aktiviti

Sambungkan Saya

ini merupakan aktiviti yang memerlukan murid-murid

menyambungkan titik-titik dengan betul bagi menghasilkan sebuah gambar pemandangan yang sempurna. Aktiviti ini juga bertujuan untuk melatih motor halus murid bagi penyediaan aktiviti menulis. 1. Murid-murid dibekalkan dengan helaian kertas yang mempunyai gambar objek dalam bentuk titik-titik. 2. Murid-murid dikehendaki menyambung titik-titik tersebut dengan betul supaya dapat menghasilkan gambar yang sempurna.

1.5

RUMUSAN

Aktiviti-aktiviti prabacaan perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang berterusan dan kreatif supaya dapat menarik minat murid-murid untuk belajar khususnya persediaan untuk membaca. Justeru, sebagai seorang guru, kita haruslah sentiasa mencuba untuk memperbaharui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan ketiga-tiga kemahiran iaitu kemahiran penglihatan, pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Hal ini kerana konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.17

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

1.6 DOKUMENTASI

18

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

19

LITERASI BAHASA

Melaksanakan Aktiviti Prabacaan

20