tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

8
LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TUGASAN 3: PENSWASTAAN: PROJEK PEMBANGUNAN NAMA: NUR HAMIZAH BINTI ROSLAN NO. MATRIK: A159197 PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Upload: nurhamizahroslan

Post on 19-Mar-2017

240 views

Category:

Environment


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

LMCP1532 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN TUGASAN 3: PENSWASTAAN: PROJEK PEMBANGUNAN

NAMA: NUR HAMIZAH BINTI ROSLANNO. MATRIK: A159197

PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Page 2: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

DEFINISI PENSWASTAANPenswastaan merupakan pemindahan milik kawalan aset, fungsi dan perkhidmatan dari sektor awam kepada sektor swasta. Ini bermakna berlaku pengurangan kerajaan dalam penglibatan terutamanya dalam kegiatan ekonomi. Dalam konteks ini juga dapat dikatakan bahawa penswastaan ini merupakan peralihan fungsi yang dimonopoli oleh kerajaan kepada sektor swasta. Penswastaan ini antara tujuan ianya diperkenalkan adalah untuk meningkatkan kecekapan agensi dan syarikat yang kurang berdaya maju. Justeru, agensi kerajaan akan mendapat untung daripada pelaburannya kepada syarikat yang diswastakan itu.

Page 3: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran

kerajaan Membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran Mempercepatkan proses pertumbuhan negara Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam

ekonomi

Page 4: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

MASALAH YANG DIHADAPISebuah Majlis Perbandaran hendak menaik taraf kereta api dan hendak menyatukannya dengan stesen bas. Akan tetapi ia tiada dana kewangan untuk menjalankan projek sebesar itu. Apa yang ada ialah tanah seluas 20 ekar di sekeliling stesen kereta api tersebut. Cadangkan bagaimana hendak menjalankan projek tersebut.

Page 5: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

CADANGANCadangan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini adalah pihak Majlis Perbandaran perlu bekerjasama dengan pihak pemaju. Oleh kerana Majlis perbandaran tersebut kekurangan dana kewangan, maka pihak Majlis Perbandaran tersebut boleh mengambil pendekatan untuk menswastakan 20 ekar tanah yang berada disekeliling stesen kereta api tersebut kepada pihak pemaju untuk merealisasikan hasrat menaiktaraf keperluan masyarakat dengan cara menyatukan stesen kereta api dan stesen bas.

Page 6: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

PERANAN MAJLIS PEMBANDARAN Mendapatkan persetujuan daripada pihak swasta iaitu

pihak pemaju untuk mewujudkan kerjasama. Mengambil tanggungjawab yang besar dalam

pelaksanaan pemindahan hak milik tanah yang diswastakan kepada pemaju serta mendapatkan segala kelulusan melibatkan pembangunan yang akan dibina oleh pemaju di kawasan berkenaan.

Page 7: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

PERANAN PEMAJUMemikul tanggungjawab untuk membangunkan kawasan yang

telah diswastakan oleh pihak Majlis Perbandaran kepada pihak pemaju.

Menepati segala syarat yang telah ditentukan mengikut persetujuan bersama dalam perjanjian.

Membina kemudahan awam seperti yang telah dirancang oleh pihak Majlis Perbandaran iaitu menyatukan stesen kereta api dan stesen bas.

Memastikan pembinaan kawasan tersebut dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan kemudahan pengangkutan serta meningkatkan ekonomi kawasan tersebut.

Page 8: Tugasan 3 penswastaan projek pembangunan

KESIMPULANSecara kesimpulan, dasar penswastaan yang telah wujud dan dilaksanakan di dalam sesebuah negara sebenarnya dapat memberikan kesan positif kepada pembangunan negara. Dalam konteks masalah yang timbul ini pula, pihak Majlis Perbandaran dan pihak pemaju perlu membuat pendekatan untuk bekerjsama supaya kedua-dua pihak dapat kebaikan bersama. Di samping dapat meningkatkan ekonomi, keputusan yang dibuat ini akan memberi impak positif kepada sosioekonomi masyarakat. Perkara ini jelasnya akan meningkatkan lagi penaiktarafan semua aspek dalam sesuatu bandar sehingga dapat mencapai status bandar mapan.