slide penswastaan

10
PENSWASTAAN Pembinaan sebuah Kompleks Pengangkutan yang menggabungkan sebuah Stesyen dan Stesyen bas.

Upload: amir-zafran-ahmad-asri

Post on 17-Feb-2017

265 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide penswastaan

PENSWASTAANPembinaan sebuah Kompleks Pengangkutan yang menggabungkan

sebuah Stesyen dan Stesyen bas.

Page 2: Slide penswastaan

Soalan: Sebuah Majlis Perbandaran hendak menaik taraf stesyen keretapi dan hendak manyatukannya dengan stesyen bas. Akan tetapi ia tiada dana kewangan untuk menjalankan projek sebesar itu. Apa yang ada ialah tanah seluas 20 ekar di sekeliling stesyen keretapi tersebut. Cadangkan bagai mana hendak menjalankan projek tersebut. Merujuk kepada permasalahan yang wujud, salah satu cara pihak berkuasa tempatan (Majlis Perbandaran) mengendalikan permasalahan tersebut adalah melalui kaedah penswastaan. Dalam kaedah penswastaan, ianya melibatkan kaedah menswastakan tanah yang dahulunya berstatus milik kerajaan kepada pihak swasta atau dalam konteks ini, pihak pemaju. Dalam hal ini, perbincangan adalah bertujuan bagi mencapai keadaan menang-menang atau win-win situation di antara pihak berkuasa tempatan dan pihak pemaju. Hal ini perlu agar kedua-dua pihak beroleh manfaat dalam projek tersebut dan yang paling penting peranan pihak berkuasa tempatan sebagai institusi untuk menjaga kemaslahatan awam dan bukannya mencari keuntungan tercapai.

Page 3: Slide penswastaan

Perkara yang disepakatiPihak Majlis Perbandaran• Menolong memindahkan hak milik tanah kepada pihak pemaju.• Memberi pertolongan untuk mendapatkan kelulusan pembangunan.• Pihak Majlis Perbandaran sememangnya perlu memainkan peranan iaitu dengan

mengadakan kerjasama dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah dalam soal pemindahan hak milik dan kelulusan pembangunan tanah tersebut agar semuanya berjalan secara lancar dan mengikut jadual masa yang telah ditetapkan.

*Pembinaan yang menepati tempoh amat penting agar kos-kos tambahan tidak wujud

Page 4: Slide penswastaan

Pihak pemaju• Menyediakan infrastruktur tersebut seperti membina tandas awam,

lot-lot kedai, melebarkan jalan sedia ada, membina ruang meletak kenderaan, jalan bertingkat bagi laluan bas ekspres, ruang-ruang pejabat dan pelbagai kemudahan lain yang dirasakan sesuai dan menjadi keperluan utama dalam kompleks tersbut.

*Perlu diingat juga bahawa pihak pemaju juga dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara kompleks tersebut dengan sebaik mungkin selaras dengan intipati dan syarat yang telah disepakati dalam perjanjian.

Page 5: Slide penswastaan

Pulangan

Majlis Perbandaran

• Dapat menyediakan kemudahan kepada rakyat dan sekaligus meningkatkan infrasturuktur awam.• Dalam konteks ini, pembinaan sebuah kompleks yang menyatukan di

antara stesyen keretapi dan stesyen bas dapat memberi banyak manfaat.• Pembinaan lot-lot kedai dapat menambahkan bilangan kutipan Majlis

Perbandaran kerana mereka berkuasa dalam mengeluarkan lesen perniagaan kepada peniaga.

Page 6: Slide penswastaan

• Pembukaan lot-lot kedai juga mampu menjadi peluang kepada penduduk tempatan untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus mengurangkan bilangan pengangguran di dalam bandar tersebut khususnya dan Malaysia amnya.• Penambahan pendapatan hasil kutipan cukai perniagaan daripada

pihak pemaju. • Menggunakan tanah secara efisien dan tidak terbiar begitu sahaja.

Page 7: Slide penswastaan

Pihak Pemaju

• Mendapat pulangan dalam bentuk sewaan.*Lot-lot kedai dan kaunter-kaunter tiket sememangnya memberikan pendapatan utama kepada pihak pemaju.

Page 8: Slide penswastaan

Kes rujukan• Terdapat beberapa kes yang boleh dijadikan rujukan dalam soal

penswastaan ini seperti pembinaan KLCC, Plaza Rakyat, Danau Impian dan sebagainya. • Semuanya mengambil kira keadaan kewangan dan kebolehpasaran

tanah serta kesesuaiannya untuk dibangunkan.

Page 9: Slide penswastaan

Kesimpulan

• Kesimpulannya, penswastaan memainkan peranan penting dalam pembangunan sebuah bandar. Hal ini selaras dengan peranan sebuah bandar iaitu menjadi ruang kehidupan yang kondusif buat manusia.

Page 10: Slide penswastaan

SEKIAN, TERIMA KASIH