tugasan 3

8
TUGASAN 3 1.0 GURINDAM Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea. Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat. Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama

Upload: trevor-riley

Post on 12-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 3

TUGASAN 3

1.0 GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu

bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari

pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris

biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima

a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada

idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk

menyatakan keseluruhan idea.

Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap

atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya

memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.

Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong

sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran,

berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza

dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang

setempat.

Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara

sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal

perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan

kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi

tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

Page 2: TUGASAN 3

GURINDAM DUA BELAS PASAL YANG PERTAMA

Barang siapa tiada memegang agama 

Sekali-kali tiada boleh dibilang nama 

Barang siapa mengenal yang empat 

Maka itulah orang yang ma'rifat 

Barang siapa mengenal Allah 

Suruh dan tegakNya tiada ia menyalah 

Barang siapa mengenal diri 

Maka telah mengenal akan Tuhan yang Bahri 

Barang siapa mengenal dunia 

Tahulah ia barang yang terpedaya 

Barang siapa mengenal akhirat 

Tahulah ia dunia mudarat

Page 3: TUGASAN 3

2.0 SYAIR

Syair adalah puisi atau karangan dalam bentuk terikat yang mementingkan

irama sajak. Istilah syair dikatakan berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud

puisi secara umum. Dalam bahasa Melayu istilah syair sudah menjadi satu istilah

yang khusus. Mengikut Harun Mat Piah, 1989 syair Melayu dikatakan tidak

beracunkan syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab-Parsi tetapi syair

Melayu sudah mempunyai bentuk dan acuan Melayu asli masyarakat Melayu

sendiri. Namun begitu, terdapat juga pendapat yang menyatakan syair Melayu

menerima pengaruh puisi Arab.

Orang Melayu mula mengenali syair sejak zaman bertapaknya Islam di alam

Melayu melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair seperti kitab Al-Luma;

Fusus Al-Hikam, Al-Insan Al-Kamil yang dibawa oleh pengembang Islam ke Melaka.

Syair terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap. Setiap baris syair mempunyai

hubungan. Rima bagi setiap rangkap syair adalah sama iaitu jika hujung baris syair

diakhiri dengan huruf a, maka baris seterusnya juga mesti diakhiri hurf yang sama.

Syair yang telah saya pilih bagi tugasan ini adalah seperti berikut:

Page 4: TUGASAN 3

Syair Pesan Ibu

Dengarlah anak ibu berpesan,

Lengkapkan diri dengan pelajaran,

Hanya itulah jadi bekalan,

Untuk hidup di masa depan.

Ilmu itu pelindung diri,

Seperti kebun berpagar duri,

Seperti sinar intan baiduri,

Itulah tanda orang jauhari.

Hidupmu kini di masa remaja,

Bagaikan permata amat berharga,

Jangan jatuh ke lembah hina,

Nanti menyesal tidak berguna.

Page 5: TUGASAN 3

3.0 Lagu Rakyat

Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan kepelbagaian seni

irama dan lagu yang amat menggamitkan nostalgia. Lagu-lagu rakyat ini mungkin

mengalami sedikit asimilasi dari segi aturan liriknya, gaya nyanyiannya, dendangan

lagu bersama dengan alat muzik serta cara penyampaiannya yang dipelbagaikan.

Hal ini berlaku disebabkan perkembangan lagu-lagu rakyat masyarakat Melayu itu

yang telah tersebar luas merentasi samudera dan pelbagai negara yang dipenuhi

pelbagai ras-dan-rumpun-adat budaya. Lagu-lagu rakyat disini tidak seharusnya

dilihat dalam konteks yang sempit dengan maksud, hanya sesebuah negara asal

dimana sesuatu lagu rakyat itu mula tercipta sahaja berhak menjadi pemilik lagu

tersebut, sebaliknya lihatnya pada sudut pandang yang positif, lagu-lagu rakyat

masyarakat Melayu harus dikembangkan penggunaaanya dan diperkayai maksud

tersirat dan keindahan bahasa kiasannya yang tinggi, agar dunia dapat mengetahui

bahawa lagu-lagu rakyat ini mampu menyatu padukan suatu rumpun yang besar di

Alam Melayu.

Lagu rakyat masyarakat Melayu adalah lagu-lagu atau nyanyian yang

berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu tidak kira kawasan itu terletak di

negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei hatta dimana-mana pelusuk pulau

terpencil di Nusantara sekalipun, dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di

kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam,

haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu

rakyat biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan

setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Lagu-lagu

rakyat juga dilihat amat suka didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak

dara sunti dan kanak-kanak Melayu.

Page 6: TUGASAN 3

Lagu rakyat yang saya pilih bagi tugasan ini adalah:

Bapaku Pulang

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon

Kereta kecil ku berbunyi

Marilah adik mari naik

Boleh kubawa jumpa nenek