tugasan 3

6
1. Pilih satu sub topik mata pelajaran yang diajar di sekolah. Laksanakan perkara berikut : -Hasilkan transparensi bagi membantu anda mengajar subtopik tersebut -Bina satu skrip, kemudian buat rakaman dan suntingan audio berdasarkan skrip tersebut untuk digunakan bersama-sama transparensi yang dihasilkan -Menggunakan satu senarai semak, buat penilaian sama ada audio tersebut sesuai digunakan sebagai media pengajaran dan pengajaran. ORGAN PERNAFASAN HAIWAN Peparu Liang Arnab Belalang Peparu Liang pernafasan

Upload: suhariza-sue

Post on 06-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

1. Pilih satu sub topik mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Laksanakan perkara berikut :

-Hasilkan transparensi bagi membantu anda mengajar subtopik

tersebut

-Bina satu skrip, kemudian buat rakaman dan suntingan audio

berdasarkan skrip tersebut untuk digunakan bersama-sama

transparensi yang dihasilkan

-Menggunakan satu senarai semak, buat penilaian sama ada audio

tersebut sesuai digunakan sebagai media pengajaran dan pengajaran.

A. TRANSPARENSI

ORGAN PERNAFASAN HAIWAN

Peparu Liang Pernafasan

Insang Kulit Lembap

Arnab

Katak

Burungb Rama-rama

Belalang

Cacing tanah

Peparu

Liang pernafasan

Insang

KatakKetam

Ikan

B. Petikan Dialog

Guru : Selamat pagi murid-murid semua.

Murid-murid : Selamat pagi cikgu.

Guru : Semua murid-murid mari kita menarik nafas bersama-sama. Ikut

apa yang cikgu buat. Tarik nafas…hembus…tarik

nafas…hembus..

Murid-murid : ( Murid mengikut arahan guru )

Guru : Bagus..! Apa aktiviti yang kita lakukan tadi?

Murid 1 : Bernafas..cikgu.

Guru : Kita guna apa untuk bernafas?

Murid 2 : Peparu...

Guru : Betul..Bagaimana pula dengan haiwan? Baiklah, mari kita kita

lihat gambar ini.. Ada empat cara haiwan bernafas iaitu peparu,

insang, kulit lembab dan liang pernafasan. Daripada gambar ini,

cuba kamu sebutkan nama haiwan yang bernafas menggunakan

liang pernafasan?

Murid 3 : Cikgu, belalang dan rama-rama, …

Guru : Betul, belalang dan rama-rama bernafas menggunakan liang

pernafasan. Cuba kamu sebut nama haiwan dan cara haiwan ini

bernafas..

Murid 1 : Arnab, katak dan burung bernafas menggunakan peparu.

Murid 2 : Ketam dan ikan bernafas menggunakan insang.

Murid 3 : Cacing dan katak pula bernafas menggunakan kulitnya yang

lembab.

Guru : Semua bagus…tahniah, hari ini kamu telah tahu empat cara

haiwan bernafas.

C. SENARAI SEMAK PENILAIAN AUDIO

Bil Perkara Ada / Tiada

1. Peralatan

Alat perakam Ada

Mikrofon Ada

Laptop Ada

2. Perisian

Audacity Ada

Nero Wave Editor Ada

3. Rakaman

Kejelasan Ada

Latar belakang

bunyiTiada

Gangguan Ada

Rehersal Ada

2. Senaraikan masalah yang anda hadapi dalam menyelesaikan semua

aktiviti di atas serta terangkan bagaimana anda menyelesaikan

masalah tersebut.

Untuk penggunaan transparensi dan audio dalam pengajaran dan

pembelajaran, saya telah memilih mata pelajaran Sains Tahun 4 yang

bertemakan Menyiasat Alam Kehidupan dan bertajuk ‘Organ Pernafasan Haiwan’.

Transparensi ini sangat sesuai digunakan kerana mengandungi gambar dan

warna yang menarik. Skrip yang dibuat juga menepati langkah pengajaran dan

pembelajaran iaitu dimulakan dengan meminta murid bernafas dan mengaitkan

aktiviti tersebut dengan tajuk pengajaran pada hari itu iaitu bagaimana pula cara

haiwan bernafas. Audio yang dirakam juga menggunakan peralatan khas yang

berkualiti dan dapat merakam skrip dengan lebih jelas.

Sebelum memulakan rakaman, saya bersama dengan ahli kumpulan telah

melakukan langkah-langkah Perancangan dan Penyediaan Rakaman dengan

menetapkan matlamat mengikut topik, mengumpul dan memilih bahan, memilih

format audio yang sesuai, menulis skrip, membuat rakaman dan penyuntingan

dan ujilari hasil rakaman.

Walaupun terdapat media Over Head Projector (OHP) di pusat sumber

sekolah, tetapi ia tidak boleh digunakan kerana mentolnya terbakar dan kos untuk

menggantikannya agak mahal. Tambahan pula, sejak program pembelajaran

EteMS dalam dwi bahasa diadakan, pengajaran dan pembelajaran banyak

menggunakan projektor data berkomputer (LCD) dan media OHP tidak lagi

digunakan. Oleh kerana bahan bantu mengajar berbentuk transperansi tidak lagi

dibekalkan atau dibeli oleh pihak sekolah, saya telah mencari bahan-bahan lama

transparensi dalam bentuk ringfile dan akhirnya saya telah memilih satu

transparensi yang difikirkan sesuai dengan subtopik yang dipilih.

Saya bersama dengan ahli kumpulan menghadapi masalah untuk bertemu

dan berbincang untuk menyelesaikan tugasan disebabkan tempat tinggal yang

jauh antara satu sama lain. Tugasan hakiki seharian di sekolah dan urusan

keluarga juga membataskan pertemuan kami. Bagi saya, tugasan ini agak rumit

kerana saya tidak mahir merakam dan menggunakan audio. Pada pendapat

saya, pertemuan dan perbincangan dengan ahli kumpulan merupakan jalan yang

terbaik.

. Akhirnya pada tarikh 7 September ketika kami bermalam di homestay ketika

menjalankan kajian lapangan di Taman Alam dan Taman Kelip-kelip di Kuala

Selangor, kami berkesempatan untuk bertemu dan berbincang mengenai tugasan.

Kami sanggup tidur lewat semata-mata untuk menyiapkan tugasan. Kami juga

meminta tunjuk ajar rakan-rakan kumpulan lain di dalam kelas kami yang telah

menghantar tugasan kepada pensyarah tentang apa yang kami tidak fahami dan

bagaimana untuk menyelesaikan tugasan serta memasukkan format rakaman

dalam pemprosesan perkataan. Ini penting ketika proses memasukkan ke dalam

oll nanti. Akhirnya, pengorbanan kami berbaloi apabila berjaya menyiapkan skrip

dan rakaman. Bagi saya, tugasan ini memang mencabar namun akhirnya setelah

berjaya menyiapkan tugasan, saya sangat gembira kerana kini saya faham

bagaimana untuk menggunakan transparensi ketika pengajaran dan

pembelajaran. Walaupun OHP sudah tidak digunakan, sekurang-kurangnya saya

tahu bagaimana untuk menggunakannya. Saya juga sudah tahu bagaimana

untuk membuat rakaman audio yang berkualiti dan jelas. Kini saya faham,

tugasan yang diberi kepada kami bertujuan untuk menambah ilmu dan

pengetahuan agar kami dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas dengan lebih baik.