tugasan 3

9
SUMBANGAN IBNU SINA TOKOH TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN PERUBATAN Pengenalan. Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan adalah dipengaruhi oleh kekuatan kajian perubatan muslim.Sebelum abad ke -14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan selepas kemunculan ilmu perubatan ke sana .Apabila ilmu perubatan Islam tiba di sana , ilmu ini telah diambil dan di kaji secara bersungguh- sungguh oleh penuntut-penuntut di eropah. Tanpa disedari , seketika dahulu lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula cuba di hapuskan di dalam kurikulum perubatan di Eropah, mereka mula menyatakan bahawa tokoh perubatan merekalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Carpernicus ( meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelcus ( meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia. Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah dan berkembang pesat dalam zaman abbasiyyah.Kehebatan para ilmuan Islam pada ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil “Hakim”.

Upload: syazami-sabri

Post on 03-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

SUMBANGAN IBNU SINA TOKOH TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN PERUBATAN

Pengenalan.Semua ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan adalah dipengaruhi oleh kekuatan kajian perubatan muslim.Sebelum abad ke -14, tidak ada ilmu yang bernilai dipraktikkan di Eropah melainkan selepas kemunculan ilmu perubatan ke sana .Apabila ilmu perubatan Islam tiba di sana , ilmu ini telah diambil dan di kaji secara bersungguh-sungguh oleh penuntut-penuntut di eropah.Tanpa disedari , seketika dahulu lalu iaitu dalam abad ke-19 masihi, ilmu perubatan muslim mula cuba di hapuskan di dalam kurikulum perubatan di Eropah, mereka mula menyatakan bahawa tokoh perubatan merekalah yang pertama membuat penemuan-penemuan baru seperti Carpernicus ( meninggal dunia 1543) adalah tokoh pertama dalam bidang Astronomi dan Paracelcus ( meninggal dunia 1541) adalah tokoh dalam bidang perubatan dan kimia.Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman Bani Umayyah dan berkembang pesat dalam zaman abbasiyyah.Kehebatan para ilmuan Islam pada ketika itu adalah mereka yang pakar dalam bidang sains falsafah dan dalam bidang perubatan adalah orang yang sama dan mereka ini dipanggil Hakim.Dalam bidang perubatan begitu ramai ahli perubatan wujud bagi mengembangkan ilmu perubatan ke serata dunia. Antara sarjana perubatan muslim yang terawal ialah Al Harith IBN Kaladah yang berasal dari Thaif dan mula mempelajari ilmu perubatan di Yaman dan mempelajari ilmu ubat-ubatan di Parsi.. Dalam menyelesaikan tugasan ini, kami akan membicarakan tentang seorang tokoh dari Tamadun Islam dan sumbangan-sumbangannya dalam teknologi sains dan perubatan yang kini di guna pakai hampir semua manusia yang masih wujud hingga keabad ini.

IBNU SINA BAPA SEJARAH SAINSLatar BelakangAvicenna adalah satu nama yang sentiasa meniti di bibir-bibir. Kehebatan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam bidang falsafah beliau banyak mempengaruhi kebudayaan di barat. Nama sebenar beliau ialah Abu Ali Al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Anak berbangsa Parsi ini, dilahirkan di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan pada 375 Hijrah bersamaan 985 Masihi.

Beliau mula menimba ilmu secara tidak formal sejak usia 5 tahun lagi. Hasil bimbingan sahabat karib ayahnya Abu Abdullah Natili, seusia 10 tahun beliau sudah berjaya menghafal Al-Quran. Dalam usia 10 tahun juga, beliau telah memumtazkan diri dalam cabang ilmu agama seperti fiqh, ususluddin, tafsir, tassawuf dan sebagainya. Antara bidang ilmu kemanusiaan yang berjaya dikuasainya ialah kedoktoran, falsafah, geometri, astronomi, matematik, sastera, muzik, politik, fizik, kimia dan kosmologi.Pada usia meniti 18 tahun beliau telah dianugerahkan gelaran Doktor Di-Raja setelah beliau Berjaya mengubati penyakit Sultan Nuh 11 bin Mansur pada tahun 378 Hijrah bersamaan 997 Masihi yang gagal diubati oleh doktor-doktor lain. Kehebatan dan kepakaran beliau membawa beliau digelar al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).Sepanjang hidupnya , beliau telah banyak memberi sumbangan khususnya dalam bidang perubatan sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hamdai, dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 Hijrah bersamaan 1037 Masihi.

Sumbangan dan Pencapaian Ibnu Sina

Hasil Tulisan dan Ensiklopedia

Sebagai seorang ahli perubatan dan falsafah serta dalam masa yang sama beliau banyak terlibat dalam bidang-bidang lain, beliau banyak menghasilkan karya-karya dan tulisan sebagai panduan dalam sesuatu bidang khususnya dalam bidang perubatan. Beliau telah menghasilkan 250 karya yang masih kekal sehingga hari ini termasuk 116 karyanya khas dalam bidang perubatan.

Antara karya beliau yang terkenal adalah Al-Qanun Fi Al-Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada 14 jilid diterbitkan di Rom pada tahun 1593 dan telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Karyanya ini telah dialih bahasa ke bahasa Latin oleh Gerard Cremona sebaik sahaja beliau berpindah ke Toledo, Sepanyol dalam kurun ke-12 Masihi. Kehebatan karya beliau menjadikan karyanya sebagai sumber rujukan utama di universiti-universiti terkemuka di Eropah terutamanya di Itali dan Perancis sehingga kurun ke-17. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran". Karyanya ini, telah cetak semula sebanyak 16 kali, 15 kali dalam bahasa Latin dan satu kali dalam bahasa Yahudi. Menjelang abad ke-16, karyanya ini telah dicetak sebanyak 21 kali. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, karya tersebut telah dialih bahasa ke 15 buah bahasa antaranya bahasa Inggeris yang dikenali sebagai Precepts of Medicine.-Al-Qanun Fi Al-Tibb

Selain daripada Al-Qanun Fi Al-Tibb, Ibnu Sina juga telah menulis satu karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mencangkirkan sajak-sajak mengenai perubatan. Dalam buku beliau ini, terdapat 760 jenis penyakit beserta dengan cara untuk menawarkan penyakit-penyakit tersebut.Penemuan-penemuan

Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.Ibnu Sina ialah tabib pertama yang secara tepat menerangkan meningitis, beliau juga telah menemui bagaimana jangkitan tibi berlaku, juga menerangkan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning (jaundice).Teori-teori dan Pendapat

Penulis-penulis barat menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Doktor kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen juga pengalaman daripada sarjana perubatan di India dan Parsi bersama pengalaman beliau sendiri menghasilkan penemuan-penemuan baru yang lebih baik dari sebelumnya. Beliau berpendapat bahawa perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.

Beliau telah memperkenalkan satu cabang ilmu perubatan iaitu ilmu perubatan psikosomatis atau psychosomatic medicine yang menggabung ilmu psikologi dan perubatan dalam membantu pesakit yang mengalami ganguan emosi dalam hidup. Beliau telah memperluaskan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor dari Amerika (1981) menerangkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi

sangat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :a. Kuat atau denyutan yang lemah.b. Masa antara denyutan.c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang, hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihidapi oleh pesakit.Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan).sumbangan penemuan Ibnu Sina dalam bidang perubatan Beliau telah menjalankan kajian terhadap tubuh manusia yang dikenali sebagai anatomi. Hasilnya , beliau mendapati jantung manusia mengandungi 3 injap yang akan terbuka dan tertutup dengan sendirinya semasa jantung mengepam darah.Beliau juga mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung untuk mengenalpasti ketidak keseimbangan hormone yang berkenaan.Apa yang lebih menarik mengenai ilmu ini ialah beliau dapat memulihkan pesakit yang menghadapi masalah sakit mental.Beliau turut memperkembangkan ilmu psikologi dan menemui ilmu yang kita kenali pada hari ini sebagai ilmi perubatan psikomatis di mana ia menunjukkan perkaitan antara psikologi dan kesihatan. Ibnu Sina juga menyedari betapa pentingnya emosi dalam usaha pemulihan pesakit.Minatnya yang sangat dalam dalam aspek berkaitan kesan akal ke atas jasad member kesan kepada kecenderungan karyanya kea rah penulisan yang berkisar tentang gangguan psikologi.

Assalamualaikum W.B.T . Bagi memulakan bicara kata kami ingin sekali menyatakan rasa kesyukuran kami ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat juga akhirnya menyudahkan tugasan pertama kami dalam subjek Tamadun Islam Dan Tamadun Asia ini, walaupun dalam kedaifan dan kekurangan ilmu . Pelbagai sumber yang bermanfaat telah kami gunakan demi mendapatkan info dan maklumat yang boleh diguna pakai dan dikumpulkan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan yang di beri.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Pn. Salmah bt Abol selaku pensyarah subjek yang begitu komited dalam membimbing kami selaku pelajar-pelajar kursus PPG Bahasa Melayu kumpulan 3 yang sememangnya dahagakan bimbingan dan tunjuk ajar dari semua pensyarah di Institut Perguruan Kampus Ipoh ini.Terima Kasih.