tugasan 2 edu 3107

8
Tugasan 2 Laporan Sesi Kaunseling (60%) Lazimnya sesuatu definisi itu dikemukakan berdasarkan kepada pendekatan dan teori kaunseling yang menjadi pegangan seseorang. Menurut Akhiar Pardi (2013). menjelaskan bahawa kaunseling merupakan aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan pelbagai jenis tingkah laku akan menghasilkan penmyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Manakala bagi Kementerian pendidikan Malaysia (1993) menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan persekitaranya,dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka. Secara kasarnya kaunseling merupakan hubungan jangka pendek, bersifat interpersonal yang berasakan teori dalam membantu individu untuk menyelesaikan masal;h situasi dan perkembangan. Dalam kontek bimbingan dan kaunseling di sekolah, matlamatnya ialah untuk membantu murid memenuhi keperluan psikologikal mereka, memahami dan menerima diri mereka, membina hubungan dengan rakan sebaya, mengimbangi antara kebenaran untuk melakukan sesuatudan kawalan dalam persekitaran pendidikan (Heyden, 2011 dalam Akhiar Pardi, 2013). Namun begitu, terdapat beberapa tujuan utama bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah. Antaran tujuan tersebut ialahmenyedarkan murid tentang potensi diri mereka,membantu murid menghadapi masalah perkembangan, memberikan sokongan teknikal kepada guru dan menyumbang kepada penyesuaian diri.

Upload: aqeef-arfan

Post on 19-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 2 EDU 3107

Tugasan 2

Laporan Sesi Kaunseling (60%)

Lazimnya sesuatu definisi itu dikemukakan berdasarkan kepada pendekatan dan

teori kaunseling yang menjadi pegangan seseorang. Menurut Akhiar Pardi (2013).

menjelaskan bahawa kaunseling merupakan aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan

oleh kaunselor dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan pelbagai jenis

tingkah laku akan menghasilkan penmyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh

klien. Manakala bagi Kementerian pendidikan Malaysia (1993) menyatakan bahawa

kaunseling sebagai satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan

persekitaranya,dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan mereka.

Secara kasarnya kaunseling merupakan hubungan jangka pendek, bersifat

interpersonal yang berasakan teori dalam membantu individu untuk menyelesaikan

masal;h situasi dan perkembangan.

Dalam kontek bimbingan dan kaunseling di sekolah, matlamatnya ialah untuk

membantu murid memenuhi keperluan psikologikal mereka, memahami dan

menerima diri mereka, membina hubungan dengan rakan sebaya, mengimbangi

antara kebenaran untuk melakukan sesuatudan kawalan dalam persekitaran

pendidikan (Heyden, 2011 dalam Akhiar Pardi, 2013). Namun begitu, terdapat

beberapa tujuan utama bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah. Antaran

tujuan tersebut ialahmenyedarkan murid tentang potensi diri mereka,membantu

murid menghadapi masalah perkembangan, memberikan sokongan teknikal kepada

guru dan menyumbang kepada penyesuaian diri.

Pengenalan Teori berkaitan

Teori Pemusatan Insan @ Teori Rogers

Latar belakang tokoh

Carl Ransom Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park

dan meninggal dunia di La Jolla, California pada 4 Februari 1987

semasa berumur 85 tahun selepas menjalani pembedahan tulang

punggungnya yang patah akibat satu kemalangan. Ayahnya

merupakan seorang kontraktor dan jurutera. Kedua-dua ibu

Page 2: Tugasan 2 EDU 3107

bapanya sangat berpegang kuat pada agama. Kaluarganya sangat rapat dan adik

beradiknya adalah seramai 6 orang. Lima daripada mereka adalah lelaki.

Konsep Utama Terapi

Pandangan terapi terhadap manusia Rogers berpandangan bahawa manusia adalah

rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia boleh membuat keputusan sendiri

yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Manusia adalah membina,

bekerjasama boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. (Rohany Nasir,

2006). Emosi-emosi negatif seperti marah, dan benci memang wujud akibat penafian

keperluan seperti sayang, keselamatan dan penerimaan.

Andaian-andaian teori adalah seperti berikut :

a. Konsep kendiri adalah persepsi tentang diri kita berdasarkan interaksi kita

dengan orang lain.

b. Individu bertingkah laku dalam bentuk yang boleh meningkatkan konsep

kendirinya.

c. Hanya dengan pengalaman dan penghormatan barulah individu akan

bersedia untuk berkongsi masalahnya.

Othman Mohamad (2005) dan Sapura Sipon (2007), menjelaskan klien

bertanggungjawab mendapatkan kesedaran dirinya serta bergerak bertindak ke arah

suatu kesedaran yang boleh menguntungkan dirinya dalam keadaan sebenar.

Matlamat terapi

Antara matlamat terapi ialah :

a. Klien mendapat kebbasan dan integrasi sepenuhnya dalam menyelesaikan

masalahnya.

b. Membantu klien akan menangani bukan sahaja masalah sekarang tetapi juga

masalah yang akan datang.

c. Membantu perkembangan diri klien.

Proses dan teknik

Setiap individu mempunyai keinginan untuk berkembang, matang dan mencapai

atau menuju ka arah kesempurnaan kendiri. Ini adalah satu-satunya pendekatan

Page 3: Tugasan 2 EDU 3107

teraputik yang utama yang bergantung terhadap gerakan dalaman klien untuk

menuju ka arah pertumbuhan. Individu dilihat sebagai boleh memulihkan diri sendiri,

memerlukan kemesraan dan persekitaran yang menyokong untuk mencapai

kepuasan kendiri pada tahap yang tinggi. Rogers menyarankan 3 suasana yang

fasilitatif iaitu :

a) Ketulenan atau kongreanb) Penerimaan tanpa syaratc) Empati

Jika wujud suasana psikologikal itu perhubungan antara kaunselor-klien yang

menumpukan penerimaan positif dengan keredaan kaunselor terhadap klienhya,

keikhlasan, ketulenan didi dan kongreann dan kefahaman yang empati oleh

kaunselor tentang ruang rujuk dalam klien, maka suatu perubahan personaliti akan

berlaku dalam diri klien.

Kongruen

Kaunselor menjadi dirinya sendiri. Kaunselor bersifat ikhlas, tidak buruk sangka,

tidak bersifat ragu-ragu dan tidak berpuara-pura terhadap klien. Semakin dalam

kaunselor boleh melibatkan diri dalam kaunselong secara tulen dan tidak berpuara-

pura, semakin tinggi kemungkinan klien akan berubah dan berkembang.

Penerimaan positif tanpa syarat

Menerima klien tanpa mengira syarat tertentu. Keadaan ini menyumbang kepada

perkembangan kendiri manusia secara menyeluruh dan bersepadu. Kaunselor

menerima tanpa syarat sangat menghargai diri klien dan tidak terpengaruh dengan

tingkah laku klien. Sikap ini terjelma dalam penerimaan kaunselor ke atas diri dan

juga sikap klien. Ia adalah perasaan ambil berat kaunselor yang tidak dikuasai oleh

perasaan berat sebelah atau penilaian perasaan atau tingkah laku klien.

Empati

Kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk klian dan membenarkan diri klien

mengalami proses mental dan emosi yang dialami klien. Proses empati juga berlaku

apabila kaunselor memahami dan menghayati perasaan klien. Kaunselor

melaksanakan teknik empati sepanjang sesi rawatan. Namun begitu, kebolehan

kaunselor adalah semasa sesi penerokaan di mana kebolehan kaunselor untuk

Page 4: Tugasan 2 EDU 3107

memasuki ruang rujuk atau dunia klien akan berupaya memahami keadaan diri klien

dengan lebih mendalam.

      Mengenal pasti perasaan dapat memberitahu kepada klien bahawa kaunselor

sedang mendengar dan menggalakan klien untuk bercakap lebih bebas. Ini boleh

mmebantu untuk merangka satu ketetapan yang lebih memuaskan. Mendengar

dengan aktif memerlukan kaunselor bekerjsama di dalam proses berkomunikasi. Ini

termasuklah:

Parafrasa

Penjelasan

Maklum balas

Kongruen

Mendengar untuk merasa

Menghormati

Penerimaan yang mesra

Konfrontasi

Peranan kaunselor dan klien

Kaunselor

Fasilitator

Mewujudkan suasana teraputik

Membantu klien supaya tidak bersofat defensif bterhadap tingkah lakunya.

Menganggap klien sama taraf dengan kaunselor dan berusaha mengenali

masalahnya.

Berusaha membantu klien mengenali diir dan masalahnya dengan jelas.

Klien

Klien memutuskan bahawa dia memerlukan kaunseling dan datang secara

sukarela

Pada awalnya, klien menghadapi kebimbangan, percanggahan perasaan dan

fikiran.

Klien bersedia untuk berbincang apabila merasa diterima dan dapat

menghayati perhubungan kaunselor dengan klien

Page 5: Tugasan 2 EDU 3107

Klien berasa lebih terbuka dan bebas meluahkan perasaan dan menjelajah

diri.

Klien cuba untuk mencari penyelesaian dengan bantuan kaunselor.

Klien menentukan pilihan dan tindakannya sendiri (dibantu oleh kaunselor).

Klien berupaya dan bersedia untuk berubah

Klien bersedia untuk terus berkembang dalam usaha mencari matlamat baru.

Limitasi

Tidak terdapat teknik yang khusus.

Kurang panduan tentang  cara mewujudkan hubungan kaunselor dengan

klien.

Kebanyakan konsep tidak dapat dibuktikan dan diukur dengan mudah.

Yang ni contoh sesi dalam teori pemusatan insan.

BIBLIOGRAFI.

Page 6: Tugasan 2 EDU 3107

Akhiar Pardi (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Kuala Lumpur.

Freemind Horizon

Kementerian pendidikan Malaysia (1993). Panduan Perlaksanaan Bimbingan Dan

Kaunseling di Sekolah Menengah Cetakan Kedua. Bahagian Sekolah KPM.

Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Sapora Sipon (2008). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Universiti Sains Islam

Malaysia. USIM.

Sapura Sipon (2007). Perlaksanaan Bimbingan Dan Kaunseling. Universiti Sains

Islam Malaysia. USIM.

Fairus Fuzilah Binti Wahid. Diambil daripada URL:http://kaunselor1989.blogspot.com

/p /teori-kaunseling.html dilayari pada 6 Mac 2014