tugasan 2

18
Tugasan 2: Daripada hasil temubual, secara individu sediakan satu senarai rumusan faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan kanak-kanak mempelajari sains dan jenis-jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru-guru. Senarai faktor- faktor dan jenis-jenis pengalaman hendaklah disokong oleh petikan dialog/transkrip temubual. Rumusan faktor-faktor Petikan dialog/transkrip temubual 1) Pengalaman sedia ada Pengalaman sedia ada dalam kanak-kanak di gunakan untuk mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru sains. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai perkara- perkara dalam alam sekitar serta fenomena-fenomena. Penting. Semua murid pun ada pengalaman sedia ada tidak kira ia murid bijakkah atau murid lemah. Oleh sebab itu, guru sains perlu mempunyai kesedaran bahawa murid- murid yang datang ke sekolah belajar

Upload: lam-vinccy

Post on 17-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Tugasan 2:Daripada hasil temubual, secara individu sediakan satu senarai rumusan faktor-faktor yang mempengaruhi kemampuan kanak-kanak mempelajari sains dan jenis-jenis pengalaman sains yang dikenal pasti oleh guru-guru. Senarai faktor-faktor dan jenis-jenis pengalaman hendaklah disokong oleh petikan dialog/transkrip temubual.Rumusan faktor-faktorPetikan dialog/transkrip temubual

1) Pengalaman sedia ada

Pengalaman sedia ada dalam kanak-kanak di gunakan untuk mempelajari dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru sains. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri mengenai perkara-perkara dalam alam sekitar serta fenomena-fenomena. Penting. Semua murid pun ada pengalaman sedia ada tidak kira ia murid bijakkah atau murid lemah. Oleh sebab itu, guru sains perlu mempunyai kesedaran bahawa murid-murid yang datang ke sekolah belajar pada masa yang sama pun membawa bersama idea atau pengalaman harian terdahulu yang mereka miliki dan mereka mencuba untuk mengeluarkan idea tersebut apabila pembelajaran ada kaitan atau sentuh pengalaman sedia ada mereka.

2) Aktiviti set induksi yang menarik Set induksi itu sangat penting kerana kalau tidak menjalankan set induksi. Murid tidak akan menunjukkan minat ingin belajar yang tinggi dan tidak dapat ketahui atau memahami apa yang akan dipelajari nanti. Biasanya, saya akan menjalankan set induksi yang membolehkan murid-murid belajar dan bina sendiri pemahaman yang bermakna tentang pembelajaran mereka dan bersesuaian dengan pengalaman sedia ada pada murid-murid.

3)Teknik inkuiri penemuan Murid-murid minat membuat aktiviti dalam atau luar bilik darjah. Mereka suka menjalankan eksperimen semasa pembelajaran sains, tiap-tiap topik dalam buku teks pun meminta saya bagi mereka menjalankan eksperimen. Pada pandangan saya, saya lebih suka mengadakan pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid saya melalui teknik inkuiri penemuan dengan menjalankan kajian atau eksperimen.

4)Pembelajaran berpusatkan pelajar

Saya anggap teknik ini adalah pembelajaran berpusatkan pelajar, saya lebih suka menggunakan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bukan berpusatkan guru. Sebenarnya murid-murid tidak suka duduk di atas kerusi dalam bilik darjah hanya menjadi pendengar yang pasif tanpa melakukan apa-apa aktiviti pembelajaran. Murid-murid akan menunjukkan minat belajar yang sangat baik apabila saya menggunakan cara berpusatkan murid.

5)Pembelajaran secara koperatif Saya memandangkan eksperimen atau aktiviti-aktiviti adalah perlu dijalankan kerana saya menganggapkan ini adalah pembelajaran secara koperatif, murid-murid akan bekerjasama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pembelajaran secara koperatif akan membantu murid diri sendiri dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama. Murid-murid lebih bersemangat dalam aktiviti secara kumpulan. Disebabkan cikgu perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar, eksperimen atau aktiviti-aktiviti perlulah diamalkan dalam P&P mata pelajaran sains.

6)Guru sebagai fasilitator Guru patut bertindak sebagai fasilitator bukan menganggap murid-murid yang datang ke sekolah sebagai bekas kosong yang perlu diisi penuh oleh guru dengan pelbagai ilmu pengetahuan hanya berlaku P&P yang berhala satu. Kalau guru sebagai fasilitator, murid barulah dapat berlajar mengikut apa yang difikir dalam hati dan perasaan sendiri dapat dikemukakan dalam kelas.

7)Mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru Saya mengalakkan pelajar bertanya dan berbincang dengan rakan dan guru semasa menjalankan eksperimen atau aktiviti. Guru menggalakan murid supaya berdialog dengan sesama murid mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Dengan melalui perbincangan murid-murid akan membuat eksperimen atau aktiviti yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis sampai akhirnya membuat kesimpulan bagi soalan atau tugasan yang diberikan.

8)Mengadakan secara pembelajaran pembelajaran masteri atau konstruktivisme Inilah salah satu cara pembelajaran contohnya pembelajaran masteri atau konstruktivisme. Kita tidak perlu mengambil berat pandangan orang lain terutama orang yang bukan dalam bidang pendidikan, mereka tidak dapat ketahui ini adalah salah satu cara pengajaran dan pembelajaran yang kita belajar semasa kita berada di maktab perguruan. Saya berpandangan proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri amat penting kepada murid kerana pada waktu inilah murid akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

9)Menerima daya usaha murid dalam pembelajaran Guru seharusnya menerima daya usaha murid dalam pembelajaran dan menghormati murid ada autonomi murid dalam proses pembelajaran bukannya belajar secara pasif dalam kelas sahaja.

10)Menghormati murid ada autonomi murid dalam proses pembelajaran Guru seharusnya menerima daya usaha murid dalam pembelajaran dan menghormati murid ada autonomi murid dalam proses pembelajaran bukannya belajar secara pasif dalam kelas sahaja.

11)Suasana pembelajaran yang sesuai dan kondusif Suasana yang sesuai dan kondusif memang sangat penting dalam bilik darjah. Guru perlulah mewujudkan suasana yang menggalakan murid mengemukakan soalan atau idea menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon murid. Guru harus mengalakkan murid berani bertanya soalan apabila tidak faham dan menghormatikan autonomi murid dalam pembelajaran. Dengan inilah wujudnya suasana yang kondusif dalam kelas.

12)Tidak memandang rendah usaha murid dalam proses pembelajaran

Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha murid mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh murid tidak menepati kehendak. Ini akan membuatkan murid merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari.

13)Kepercayaan dan sikap murid. Guru perlu mengambl kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Pengalaman adalah kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil dari penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkah laku. Ketiga-tiga saling berkaitan, guru perlu memastikan kesemuanya dalam keadaan yang terbaik bagi mendapatkan hasil pelajaran yang maksimum.

14)Proses pembelajaran sama penting dengan hasil pembelajaran

Saya berpandangan proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri amat penting kepada murid kerana pada waktu inilah murid akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada masalah serta membantu mereka berfikir secara kreatif dan kritis.

15)Gunakan strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid

Di samping itu, saya juga cuba menggunakan strategi-strategi pengajaran yang mencabar pengetahuan sedia ada murid-murid semasa mengadakan aktiviti dalam kelas supaya dapat memperkembangkan idea awal murid-murid kemudian menyediakan cara-cara supaya idea baru yang ditemui dalam aktiviti senang diterima oleh anak-anak murid saya.

Jenis-jenis pengalaman sainsPetikan dialog/transkrip temubual

1)Membuat eksperimen atau aktiviti Dengan melalui perbincangan murid-murid akan membuat eksperimen atau aktiviti yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis sampai akhirnya membuat kesimpulan bagi soalan atau tugasan yang diberikan. Inilah pengalaman belajar sains yang patut diberikan kepada murid-murid. Disebabkan cikgu perlu memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar, eksperimen atau aktiviti-aktiviti perlulah diamalkan dalam P&P mata pelajaran sains. Saya memandangkan eksperimen atau aktiviti-aktiviti adalah perlu dijalankan kerana saya menganggapkan ini adalah pembelajaran secara koperatif, murid-murid akan bekerjasama dalam kumpulan kecil dan menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pembelajaran secara koperatif akan membantu murid diri sendiri dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai matlamat yang sama.

2)Memberi murid membina pengetahuan melalui penglibatan aktiviti yang aktif Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan murid mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud. Guru perlu mewujudkan keadaan pembelajaran yang baik seperti memberikan murid membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

3)Menggalakan murid berdialog antara satu sama lain Guru menggalakan murid supaya berdialog dengan sesama murid mahupun dengan guru. Ini dapat dipupuk bila guru memberikan pelajar satu masalah yang perlu diselesaikan oleh pelajar. Guru akan meminta pelajar memberi respon kepada persoalan yang ditanya. Pelajar adalah digalakkan untuk berbincang sesama mereka dalam memberikan idea masing-masing. Dengan melalui perbincangan murid-murid akan membuat eksperimen atau aktiviti yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis sampai akhirnya membuat kesimpulan bagi soalan atau tugasan yang diberikan. Inilah pengalaman belajar sains yang patut diberikan kepada murid-murid.

4)Wujudkan suasana yang menggalakan murid kemukakan soalan atau idea Guru perlulah mewujudkan suasana yang menggalakan murid mengemukakan soalan atau idea menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Ini bermakna guru perlu hanya menyediakan garis kasar dalam menyediakan rancangan pengajaran mereka. Seterusnya pelaksanaan pengajaran mereka bergantung kepada respon murid. Guru harus mengalakkan murid berani bertanya soalan apabila tidak faham dan menghormatikan autonomi murid dalam pembelajaran. Dengan inilah wujudnya suasana yang kondusif dalam kelas. Guru tidak perlu memandang rendah kepada usaha murid mereka walaupun sekiranya apa yang dilakukan oleh murid tidak menepati kehendak. Ini akan membuatkan murid merasakan usaha mereka dihargai dan akan sentiasa bersemangat untuk mencuba lagi di lain hari.

5)Wujudkan suasana pembelajaran yang tidak ketat sehingga menjejaskan penglibatan aktif murid dalam kelas Guru tidak perlu risau tentang kawalan kelas, jika semua murid duduk diam-diam dan hanya menerima pengajaran murid secara pasif, ini adalah pengajaran dan pembelajaran yang tidak bermakna. Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar. Bagi membantu murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah, guru perlu mendedahkan murid mereka dengan dunia sebenar di mana masalah berkaitan wujud. Guru perlu mewujudkan keadaan pembelajaran yang baik seperti memberikan murid membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru.

6) Menyediakan suasana bilik darjah yang galak belajar Ya, Guru-guru memang perlu menyediakan suasana bilik darjah yang menggalakkan murid-murid belajar sains. Dalam sekolah saya sendiri, saya berusaha untuk menyediakan suasana bilik darjah sains atau bilik amali yang sesuai untuk murid jika pihak sekolah boleh memberi peruntukan yang diminta, saya boleh menyediakan bilik amali sains yang baik kepada murid-murid saya. Oleh kerana peruntukan yang tidak mencukupi saya cuma boleh menggunakan sumber yang sedia ada dalam bilik darjah saya. Saya menyusunkan meja dan kerusi kepada satu kumpulan kecil yang seramai enam orang dan tempat duduk adalah saling menghadap antara satu sama lain supaya apabila membuat aktiviti murid-murid boleh mudah mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea diantara mereka.

7)Guru sains mesti mempunyai konseptual dan kefahaman yang jelas bagi murid-murid Saya rasa semasa mengajar dalam kelas guru-guru sains mesti mempunyai matlamat konseptual yang jelas untuk murid-murid dan mempunyai kefahaman bagaimana murid-murid mesti bergerak ke arah untuk mencapai objektif pembelajaran atau tujuan eksperimen.

8) Sediakan peluang kepada murid untuk menggunakan idea baru Kemudian saya akan menyediakan peluang kepada murid-murid untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya idea baru yang mereka perolehi pada waktu pengajaran dan pembelajaran yang akan datang. Saya percaya bahawa pemahaman pengetahuan sains tidak diperolehi secara siap-sedia tetapi ianya adalah hasil interaksi murid-murid dengan alam keliling.

9) Memberikan murid peluang membina pengetahuan sendiri dan menyepadukan idea baru dengan idea lama Tegasnya, pengetahuan diperolehi dengan cara dibina oleh kombinasi yang dihasilkan oleh persekitaran dan murid sendiri. Murid-murid membina pengetahuan mereka sendiri dengan menyepadukan maklumat dan idea baru ke dalam struktur pengetahuan yang sudah sedia ada. Apabila berlaku pertentangan diantara idea lama dengan idea baru, murid-murid akan membuat analisis mengenai idea baru mereka. Dalam proses ini, kebanyakan idea lama mereka perlu ditukar atau distruktur semula dengan idea baru.

10)Galakkan murid terangkan idea sendiri dan hargai pandangan murid. Apabila menjalankan aktiviti saya menggalakkan murid menerangkan idea mereka tentang eksperimen serta menghargai pandangan mereka terhadap aktiviti yang dibuat.

11)Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid dan menyedari kerelevanan kurikulum sains kepada kehidupan harian murid. Selain itu, saya akan menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid kerana kadang-kala ada murid yang pandai memberitahu sesetengah isi kandungan pembelajaran tidak mencabar, mereka telah pun mempelajari di rumah sebelum ini. Saya juga akan membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum sains kepada kehidupan mereka. Saya akan menyampaikan mesej yang jelas kepada murid, bahawa apa yang mereka mempelajari dalam pembelajaran sains adalah berkaitan dengan kehidupan harian dan alam semesta ini.

12)Mengadakan pentaksiran pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas Selain itu, saya akan mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis, contohnya menjalankan PEKA di dalam bilik sains sebagai satu pentaksiran yang ada markah dalam keputusan akhir tahun. Saya menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis dalam kelas semasa menjalankan eksperimen supaya dapat membantu mereka dalam menjawab soalan bahagian B dalam peperiksaan dan juga semasa menjalankan eksperimen PEKA.

13)Memberikan murid masa yang cukup untuk menjawab soalan atau eksperimen supaya dapat kukuhkan idea yang dipelajari Di samping itu, saya akan memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan saya setelah soalan dikemukakan, supaya mereka boleh mengemukakan jawapan yang betul. Selain itu, setiap kali menjalankan eksperimen atau tugasan saya akan memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan supaya dapat kukuhkan idea-idea tersebut.