tugasan 2

Upload: omar

Post on 04-Oct-2015

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan 2

TRANSCRIPT

TUGASAN 2 : I C T L

1) SISTEM KOMPUTER (COMPUTER SYSTEM)2) PERKAKASAN INPUT (INPUT DEVICE)3) PERKAKASAN OUTPUT (OUTPUT DEVICE)4) PERKAKASAN MENYIMPAN MAKLUMAT @ DATA (STORAGE DEVICE)

NAMA: ANNISA SYAMIMEI BINTI MAZLAN TINGKATAN: 2KRK1 TARIKH: 22/2/12

1)SISTEM KOMPUTER (COMPUTER SYSTEM)a.

Perkakasan InputPerkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPUPapan KekunciPapan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputerPapan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.TetikusTetikus pula adalah alat penunjuk (pointing device) yang direkabentuk untuk digenggam dengan sebelah tangan. Ia mempunyai peranti pengesan (biasanya bebola) di bawahnya yang membolehkan pengguna mengawal kursor dengan menggerakkannya di atas permukaan rata. Tetikus merupakan aksesori yang memudahkan operasi dalam persekitaran GUI (Graphical User Inrerface) atau Windows. Pengguna dengan mudah melakukan pelbagai operasi dengan menggerakkan petunjuk dan mengklik butang tetikus.Skrin Sentuh (Touch Screen)Skrin Sentuh adalah skrin di mana data boleh dimasukkan ke dalam komputer hanya dengan menyentuhnya dengan jari. Item yang dipilih adalah seperti apa yang dilakukan ol;eh tetikus atau pen cahaya.Tablet GrafikTablet Grafik adalah papan yang boleh mengesan kedudukan stylus (pen) di atas permukaannya. Ia boleh digunakan untuk menyurih lukisan yang diletakkan di atasnya.Kayu Ria (joystick)Kayu ria adalah peranti penunjuk yang mempunyai lengan yang boleh digerakkan ke beberapa arah bagi memandu kurssor atau objek grafik lain pada skrin komputer.Pengimbas OptikalPengimbas optikal menggunakan peralatan pengesan cahaya untuk menukar imej seperti gambar atau teks kepada isyarat elektronik yang boleh dimanipulasi oleh komputer. Dua jenis pengimbas yang biasa adalah "flatbed scanner", yang seakan-akan mesin fotostat dan pengimbas "hand held" yang dilalukan ke atas imej untuk diproses.MikrofonMikrofon adalah peranti untuk menukarkan bunyi kepada isyarat yang kemudiannya boleh disimpan, dimanipulasi dan dimainkan semula oleh komputer.Modul Pengecam SuaraModul pengecam suara adalah peranti yang menukarkan percakapan kepada maklumat yang boleh dicam dan diproses oleh komputer.ModemModem adalah peranti yang menghubungkan komputer dengan talian telefon dan membenarkan maklumat dihantar atau diterima dari/ke komputer lain. Setiap komputer yang menghantar atau menerima maklumat mestilah disambungkan kepada modem. Maklumat yang dihantar dari sebuah komputer akan ditukar kepada isyarat audio oleh modem, yang dihantar melalui talian telefon kepada modem penerima yang menukar semula isyarat kepada maklumat di mana komputer penerima dapat memahaminya.Modem merupakan peranti yang sangat diminati hari ini. Ini disebabkan perkembangan pantas Internet memerlukan pengguna melengkapkan PC dengan modem bagi sambungan Internet.Modem merupakan peranti yang dapat menukarkan isyarat digital (digunakan oleh komputer) kepada isyarat analog (digunakan dalam talian telefon) dan sebaliknya.Jenis modem dibezakan oleh kepantasan penghantaran data (misalnya 14.4 kilobait per saat , 28.8 Kbps, 33.6 Kbps dan 56.6 Kbps). Dengan modem yang lebih pantas, pengguna dapat mengurangkan masa mendapatkan data.Terdapat dua kategori modem di pasaran iaitu modem dalaman (internal modem) dan modem luaran (external modem). Modem dalaman adalah berbentuk kad yang dimasukkan ke dalam slot tambahan pada papan litar utama. Modem luaran pula disambungkan ke pelabuhan (port) dan ianya memerlukan bekalan kuasa yang berasinganPerkakasan OutputPaparan VideoPaparan video, atau skrin, menukarkan maklumat yang dijanakan oleh komputer kepada maklumat visual. Paparan biasanya terdiri dari dua bentuk iaitu skrin video dengan "cathode ray tube" (CRT) dan skrin video dengan "liquid crystal display" (LCD).Skrin berasaskan CRT, atau monitor adalah seakan-akan set televisyen. Maklumat dari CPU dipaparkan amenggunakan pancaran elektron yang mengimbas permukaan "phosphorescent" yang mengeluarkan cahaya dan membentuk imej.Skrin berasaskan LCD memaparkan maklumat visual pada skrin datar. Ia biasanya digunakan pada komputer laptop atau notebook.PencetakPencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser men ggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar.Perkakasan StoranPerkakasan storan menyediakan storan kekal bagi maklumat dan program untuk diambil oleh komputer. Dua jenis peranti yang utama ialah pemacu cakera dan ingatan (memory).Pemacu CakeraTerdapat beberapa jenis pemacu cakera : cakera keras, cakera liut, cakera magneto optical, CD-ROM dan ZIP.Cakera Keras. Komponen ini dianggap sebagai gudang atau stor yang menyimpan data.Semua maklumat ditulis dan dibaca ke/dari cakera keras. Cakera keras yang terdapat di pasaran hari ini berupaya menyimpan antara dua hingga tujuh gigabait data. Keupayaannya terus ditingkatkan dengan beberapa syarikat sedang membangunkan cakera dengan storan 9GB. Dengan saiz aplikasi terutama dengan gabungan video dan audio, pemilihan cakera keras dengan storan lebih tinggi ialah opsyen terbaik.Selain saiz, persembahan cakera keras turut berbeza dan ia dipengaruhi kepantasan akses, pusingan setiap minit (RPM), dan saiz cache sesuatu cakera. Lebih pantas masa akses dan lebih tinggi RPM, maka lebih pantas persembahan cakera dan secara langsung meningkatkan keupayaan PC.Pemacu CD-ROM.Selain pemacu cakera liut 3.5 inci, kebanyakan PC hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM. Berbanding dengan pemacu cakera liut, pemacu CD-ROM dapat menyimpan sejumlah data yang besar sehingga 650 MB. Bagaimanapun pengguna hanya boleh membaca isi kandungan CD-ROM dan tidak boleh menulis ke atasnya.Digital Versatile Disk (DVD). Teknologi cakera Cd yang paling mendapat perhatian hari ini ialah DVD. Kelebihan utama DVD berbanding dengan CD-ROM ialah keupayaan storan yang 10 kali lebih besar berbanding dengan CD tradisional. Keupayaan storan tinggi ini membolehkan kandungan multimedia berkualiti seperti cakera laser dapat disimpan dalam satu CD. Contohnya, sebuah filem 120 minit hanya boleh disimpan dalam dua keping CD-ROM. Dengan menggunakan DVD, semua kandungan filem dapat dimasukkan. Cakera DVD hari ini mempunyai kapasiti 4.7GB (single sided). Walau bagaimanapun cakera DVD hanya boleh dibaca sahaja.Pemacu ZIP (ZIP Drive). Penyimpanan data menggunakan pemacu ZIP mula mendapat perhatian kerana keupayaannya menyimpan data lebih besar serta fungsi mudah alih data dalam cakera seperti kaedah cakera liut. Secara umum, pemacu ZIP berfungsi seperti pemacu cakera liut, bezanya hanya dari segi kapasiti storan di mana setiap cakera ZIP boleh menyimpan sehingga 100MB data.Terdapat dua jenis pemacu ZIP, iaitu jenis yang dipasang seperti pemacu cakera liut manakala satu jenis lagi dipasang di luar (external). Walau bagaimanapun kedua-duanya mempunyai kapasiti storan yang sama.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkakasan_komputerhttp://b.domaindlx.com/infodata/pdf/komputer.pdf