tugasan 2

26
Bimbingan dan Kaunseling KANDUNGAN PERKARA HALAMAN Biodata 2 Penghargaan 3 Pengenalan 4 Tugasan 2 5 Rumusan 16 Refleksi 17 Bibliografi 19 Lampiran 20 EDU3073 1

Upload: zue-layhar

Post on 25-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Bimbingan dan Kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling

KANDUNGAN

PERKARAHALAMAN

Biodata 2

Penghargaan3

Pengenalan 4

Tugasan 25

Rumusan16

Refleksi17

Bibliografi19

Lampiran20

BIODATA PELATIH

MAKLUMAT HUBUNGAN

NamaSiti Zulaiha Binti Kasby

Alamat surat menyuratPPM Kampung Paris 3, Locked bag no.20 (A12), 91110 Lahad Datu, Sabah

Alamat sementaraInstitut Pendidikan Guru Kampus kent, peti surat 2, 89207 Tuaran, Sabah

[email protected]

Nombor telefon010-9404073

MAKLUMAT PERIBADI

Nombor kad pengenalan920124-12-5844

Tarikh lahir24 Januari 1992

Tempat lahirKampung Tanjung Batu Tengah, Tawau

Umur22 tahun

Suku kaumBugis

AgamaIslam

Bilangan adik-beradik3 orang (anak bongsu)

Tinggi153 cm

Berat42 kg

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan kerja kursus EDU3073, Bimbingan dan Kaunseling. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah, Encik Kundayes Labeh atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak dilupakan kepada kedua ibu bapa saya yang memberikan galakan dan sokongan moral agar menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua rakan yang membantu dan memberikan maklumat mengenai kerja kursus ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini berguna dan dapat dimanfaatkan pada masa akan datang.

Sekian.

PENGENALAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sangat penting pada hari ini kerana negara mengalami pertumbuhan yang pesat dan ini akan menyebabkan pelbagai dugaan dan cabaran hidup terpaksa dilalui oleh setiap anggota masyarakat. Kaunseling dan bimbingan ini adalah supaya manusia boleh mencari jalan keluar dalam menyelesaikan masalah agar setiap individu dapat mencapai kesejahteraan hidup dan menangani pelbagai masalah.

Bimbingan dan kaunseling mempunyai definisi yang berbeza. Bimbingan sebenarnya bukan proses memberikan arahan kerana pembimbing tidak membuat keputusan untuk murid atau klien tanpa mengambil kira langkah-langkah yang diambil ketika membimbing. Matlamat atau hasil yang ingin dicapai merupakan usaha individu itu sendiri.

Manakala, kaunseling pula bermaksud suatu perhubungan bersemuka yang disifatkan sebagai hormat-menghormati, komunikasi yang berkesan dan penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor. Kaunseling ini bukannya memberikan maklumat semata-mata kerana pemberian maklumat itu merupakan satu aspek yang kecil sahaja. Namun, kaunseling merupakan perkhidmatan yang profesional berdasarkan kefahaman mendalam tentang manusia, tingkah laku manusia dan masyarakat sekelilingnya.

TUGASAN 2

Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah di daerah Tuaran. Klien bernama Hery (bukan nama sebenar). Hery berasal dari daerah Tuaran dan berumur 9 tahun. Hery merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik-beradik. Hery mempunyai 2 orang kakak dan 4 orang abang. Selain itu, Hery hanya tinggal bertiga dengan ibu bapa, sementara adik-beradik yang lain bekerja di tempat lain dan ada juga yang tinggal bersama suami. Hery menjelaskan bahawa ibu bapanya tidak bekerja dan segala perbelanjaan ditanggung oleh kakak yang telah bekerja dan bersuami.

Hery telah dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku. Selain itu, Hery sering bertemu dengan guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah. Antara masalah yang dilakukan oleh Hery adalah seperti terlibat dalam pergaduhan, merosakkan harta benda, mengganggu rakan-rakan dan lain-lain. Hery juga pernah berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling sekolah bagi membincangkan masalah tingkah laku yang dihadapi.

Justeru, guru bimbingan dan kaunseling telah mengesyorkan Hery untuk diberikan bimbingan dan kaunseling bagi mengubah tingkah laku. Saya telah menjalankan beberapa intervensi untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Intervensi ini dilaksanakan selama tiga minggu bermula daripada 6 April 2015 hingga 27 April 2014. Jadual pelaksanaan intervensi adalah seperti yang berikut:

PerkaraMinggu 1Minggu 2Minggu 3

Berbincang dengan guru bimbingan dan kaunseling

Perjumpaan pertama dengan klien

Membina hubungan dengan klien

Bertanya dengan guru-guru tentang latar belakang klien

Melaksanakan intervensi seni

Melihat perubahan sikap klien

Memberikan bimbingan dan nasihat kepada klien

Melaksanakan intervensi main

Klien menunjukkan sikap positif

Intervensi selesai

Jadual 2.1 : Pelaksanaan intervensi bimbingan dan kaunseling

Saya telah menjalankan kaunseling individu ke atas Hery. Gibson dan Mitchell (2003) dalam Lee Kook Cheong (2014) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Proses ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi di mana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinkan perubahan positif berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuan menyediakan satu rangka kerja dan arah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.

Zuraidah Abdul Rahman (2002) pula mentakrifkan kaunseling individu sebagai satu perhubungan yang bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan tersebut disifatkan oleh ciri-ciri seperti penerimaan klien secara tulen, saling hormat-menghormati dan penekanan terhadap keperluan-keperluan serta perasaan klien. Manakala, Shertzer dan Stone (1986) menegaskan kaunseling individu sebagai proses interaksi yang memudahkan pemahaman bermakna mengenai diri dan alam sekitarnya lalu menyebabkan penentuan matlamat-matlamat dan nilai-nilai tingkah laku masa hadapan klien.

Sementara itu, Muhd Mansur Abdullah (1993) mendapati bahawa kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan klien mengenali diri, membuat perubahan, menukar sikap, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.

Secara umumnya, kaunseling individu merupakan satu pertemuan antara seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mengadakan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dan memusatkan tumpuan kepada aspek-aspek dan perkembangan diri klien dan diikuti dengan pembuat keputusan dari alternatif-alternatif yang diperlukan. Kaunseling individu mewujudkan interaksi dan komunikasi di mana klien akan berpeluang membina kesedaran dan pemahaman melalui penerokaan kendiri serta penjelasan ke atas beberapa matlamat dan alternatif penyelesaian. Tujuan akhir kaunseling individu ialah klien diharapkan dapat memenuhi keperluan diri dan persekitarannya dan pada masa yang sama melalui perubahan yang dilakukan.

Sebelum memulakan sesi kaunseling, saya telah menyatakan beberapa syarat yang perlu dipatuhi antara saya dan Hery. Saya telah menetapkan elemen kerahsiaan, iaitu semua perbincangan semasa kaunseling adalah sulit dan tidak boleh diceritakan kepada orang luar. Disebabkan itulah saya telah memilih bilik bimbingan dan kaunseling untuk mengadakan perjumpaan ini di mana bilik tersebut jauh daripada gangguan bising dan orang. Dengan ini, Hery tidak berasa terganggu dan mudah untuk berkongsi cerita serta meluahkan perasaan.

Selain itu, susunan tempat duduk antara saya dan Hery juga diambil kira. Saya telah menetapkan susunan kerusi berbentuk L bagi memudahkan Hery berinteraksi dengan saya dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini juga dapat mewujudkan perhubungan antara saya dan Hery, selain memudahkan eye-contact semasa sesi bimbingan dan kaunseling. Klien akan berasa diri dihargai jika perhatian diberi semasa dia bercakap. Saya juga telah memanggil dan membahasakan klien dengan nama panggilannya sepanjang sesi kaunseling dan tidak menggunakan kamu. Keadaan ini kerana saya ingin mewujudkan perhubungan yang mesra dengan klien.

Gambar 2.2: Susunan tempat duduk L

Seterusnya, saya telah bertanyakan nama dan latar belakang Hery seperti tempat tinggal, bilangan adik-beradik, kegemaran, hobi dan cita-cita. Hery telah menceritakan serba sedikit tentang latar belakangnya. Saya mendapati Hery berasal daripada keluarga yang kurang berkemampuan kerana ibu bapa Hery tidak bekerja dan hanya mengharapkan kakak untuk memberi perbelanjaan setiap bulan. Saya berpendapat bahawa Hery kurang menerima kasih sayang dan perhatian daripada keluarga hingga menyebabkan Hery ingin mencari perhatian di sekolah dengan melanggar peraturan sekolah. Konklusi ini dibuat apabila Hery menceritakan bahawa dia tidak mengetahui susunan adik-beradik dalam keluarganya dan ibu bapanya langsung tidak pernah bercerita tentang perkara ini. Sebelum berakhirnya perjumpaan yang pertama, saya telah menetapkan tarikh perjumpaan yang seterusnya antara saya dan Hery.

Selepas itu, saya telah berjumpa dengan beberapa orang guru untuk bertanya serba sedikit latar belakang Hery dan keluarganya. Maklumat ini saya perlukan untuk memudahkan saya memilih dan melaksanakan intervensi yang sesuai terhadap Hery. Berdasarkan apa yang diceritakan oleh guru-guru, Hery sering dipukul oleh bapanya sehingga menyebabkan Hery sudah lali apabila dipukul dan dimarahi oleh guru disiplin. Hery juga berkemungkinan bertindak ganas dan memukul rakan kerana sering menjadi mangsa pukulan dan amarah bapa.

Pada perjumpaan yang seterusnya, saya telah bertanyakan sendiri dengan Hery tentang hal ibu bapanya. Saya bertanya sama ada dia selalu dipukul dan dimarahi oleh ibu bapanya. Namun, Hery mengatakan bahawa dia tidak pernah dipukul dan dimarahi semasa di rumah. Hery mengatakan bahawa dia suka bermain dan tidak suka mengulang kaji pelajaran tetapi ibu bapanya hanya membiarkan dan tidak menunjukkan sikap ambil berat terhadap pelajarannya. Saya mula berasa keliru tetapi seperti yang diperkatakan oleh guru bahawa Hery sering menggunakan helah bela diri untuk melepaskan diri daripada kesalahan yang dilakukannya. Helah bela diri ini digunakan agar seseorang tidak mengesyaki kesalahan yang telah kita lakukan. Saya menyedari bahawa Hery tidak bercakap benar kerana dia hanya mengangguk dan menggeleng sahaja apabila saya bertanyakan soalan. Saya mengambil langkah menamatkan sesi kaunseling pada hari tersebut kerana Hery tidak menunjukkan minat untuk berkongsi masalah dan meluahkan perasaannya.

Justeru, saya telah menjalankan intervensi yang pertama, iaitu terapi seni. Terapi seni ialah perkhidmatan kemanusiaan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Lee Kook Chong et. all (2014) berpendapat bahawa terapi seni merupakan bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan masalah berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan, bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku. Terapi ini juga merupakan proses seni yang membantu untuk membaiki perkembangan fizikal, mental dan emosi seseorang. Saya memilih terapi ini agar Hery dapat meluahkan perasaan melalui lukisan yang dihasilkan. Saya mendapat tahu bahawa Hery meminati subjek Pendidikan Seni Visual. Justeru, saya telah mengambil kesempatan ini untuk mendalami dan memahami perasaan Hery. Melalui hasil lukisan, tingkah laku yang mempunyai masalah psikologi emosi dapat dikesan. Hasil lukisan dapat dinilai secara tersurat dan tersirat.

Kita sedia maklum bahawa tidak semua dapat diluahkan melalui kata-kata. Oleh itu, terapi seni merupakan inisiatif yang terbaik untuk menzahirkan perasaan seperti kerisauan, kegembiraan, kesedihan dan sebagainya. Saya telah memberikan sekeping kertas lukisan kepada Hery. Saya telah meminta Hery melukis pemandangan berdasarkan apa yang saya sebutkan. Pada mulanya saya mengarahkan Hery melukis gunung, kemudian matahari dan burung. Selepas itu, saya meminta Hery melukis rumah, pokok kelapa, sungai, perahu dan ayam. Berdasarkan psikologi, kita dapat mentafsir sifat seseorang melalui lukisan. Oleh itu, saya telah mencuba teknik tersebut terhadap Hery. Saya ingin mengenali Hery dengan lebih dekat lagi dan menggali personaliti Hery yang sebenarnya. Setiap item yang dilukis ini mempunyai maksud yang tersendiri, iaitu:

ItemMaksud

GunungCita-cita dan impian. Jika gunung yang dilukis tinggi, maka tinggilah impian dan cita-cita tersebut

MatahariJika matahari berselindung di sebalik gunung bermaksud seorang yang pemalu dan jika sebaliknya, orang itu berani menyuarakan pendapat

BurungJika lebih daripada 4 ekor bermaksud seorang yang mementingkan persahabatan

RumahMelambangkan keperibadian seseorang sama ada materialistik atau tidak berdasarkan rumah yang dilukis sama ada mewah atau sebaliknya

SungaiJika berliku bererti perjalanan hidup yang sukar terpaksa ditempuhi

Pokok kelapaJika pokok dilukis lebih tinggi daripada rumah bermaksud seorang yang pentingkan keluarga

Anak ayam dan ibu ayamSekiranya ibu ayam di hadapan, seorang yang boleh memimpin. Jika anak ayam di hadapan, seorang yang lebih suka dipimpin dan jika seiringan, orang tersebut boleh dipimpin dan juga memimpin

PerahuJika berada di permukaan sungai, boleh berdikari dan jika sebaliknya, seorang tidak boleh berjauhan daripada keluarga.

Jadual 2.2: Maksud setiap lukisan

Apabila saya melihat lukisan Hery, saya dapat membuat rumusan dan mengenali serba sedikit perwatakan Hery. Hery telah melukis gunung yang banyak dan tinggi. Ini bermaksud Hery seorang yang bercita-cita tinggi. Saya bertanyakan kepada Hery apakah impian dan cita-citanya dan Hery mengatakan bahawa dia ingin menjadi seorang polis. Dia ingin membantu keluarganya dan mengubah taraf kehidupan mereka. Sangkaan saya terhadap sikap Hery yang suka berselindung dan mencari helah bela diri ternyata tepat berdasarkan lukisan yang telah dihasilkannya. Hery telah melukis matahari berada di sebalik gunung dan ini bermaksud Hery seorang yang suka berselindung dan tidak suka berterus-terang. Disebabkan itulah Hery sukar untuk berkongsi cerita tentang ahli keluarganya.

Rumah yang dilukis oleh Hery hanya sederhana dan ini menunjukkan Hery seorang yang bersederhana dalam kehidupannya. Sungai yang dilukis juga tidak terlalu berliku. Keadaan ini menunjukkan bahawa Hery tidak menghadapi banyak cabaran dalam kehidupannya. Hery telah melukis perahu berada di permukaan sungai yang mana menunjukkan bahawa Hery boleh berdikari walaupun dia seorang anak bongsu. Hery boleh hidup sendiri tanpa penjagaan keluarga. Ini menunjukkan sikap Hery yang positif. Sementara anak ayam dan ibu ayam pula berada pada kedudukan ibu ayam di hadapan. Ini bermaksud Hery lebih suka memimpin orang lain daripada dipimpin. Disebabkan sikap inilah Hery sering melakukan masalah kerana dia tidak ingin terikat dengan peraturan dan tidak suka dipimpin. Hery ingin menentukan cara hidupnya sendiri. Seterusnya, pokok kelapa juga dilukis lebih tinggi daripada rumah yang menandakan bahawa Hery lebih mementingkan keluarga daripada harta benda.

Setelah melaksanakan intervensi ini, saya memerlukan pendekatan yang lebih mesra dan lembut untuk mendekati Hery. Hal ini kerana Hery mempunyai perwatakan yang suka berselindung dan dia akan cuba mempertahankan keluarga serta dirinya sendiri. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik mendekati diri yang lebih mudah dan ternyata setelah beberapa hari, Hery dapat menyesuaikan diri dan mula berasa selesa dengan saya. Saya juga menerima laporan daripada guru-guru yang mengatakan bahawa Hery telah menunjukkan perubahan sikap yang baik. Hery tidak lagi berbuat bising semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan dia dapat mengikuti arahan guru dengan baik.

Namun demikian, perubahan sikap ini hanya berlaku sementara sahaja dan tidak berkekalan. Saya telah mendapat aduan daripada beberapa orang rakan sekelas Hery yang mengatakan bahawa Hery sering kali membuli dan meminta wang daripada seorang rakan sekelasnya, iaitu Firzie (bukan nama sebenar). Sebelum berjumpa dengan Hery, saya terlebih dahulu memanggil Firzie untuk mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. Ternyata aduan itu benar dan Hery sering meminta wang belanjanya dan Hery akan memukulnya apabila Firzie tidak memberikan wang tersebut kepadanya. Peristiwa ini baru sahaja berlaku dalam minggu ini. Kemudian, saya telah mengadakan perjumpaan dengan Hery dan terus bertanyakan hal ini kepadanya. Hery mengaku bahawa dia ada meminta wang Firzie kerana dia tidak mempunyai wang. Dia hanya akan meminta apabila tidak membawa wang ke sekolah. Saya dapat memahami kesulitan keluarga yang dihadapi oleh Hery namun saya tetap mengingatkan Hery bahawa perbuatan tersebut tidak baik dan salah. Hery sepatutnya mengambil makanan rancangan makanan tambahan yang telah disediakan dan bukannya mengambil wang orang lain untuk perbelanjaan diri sendiri. Saya mengatakan bahawa jika Hery mengalami kesulitan wang, saya akan menghulurkan bantuan. Saya akan cuba membantu apabila Hery memerlukan bantuan asalkan Hery tidak mengganggu rakan-rakan yang lain. \

Rakan-rakannya juga mengatakan bahawa mereka tidak selesa dengan sikap Hery dan kurang berpuas hati dengannya yang suka mengganggu. Saya telah memberikan nasihat dan bimbingan kepada Hery agar mengubah sikap supaya dapat diterima dalam kumpulan dan tidak terpinggir. Hery memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai kawan baik dan saya telah menjelaskan bahawa keadaan sedemikian terjadi kerana sikapnya sendiri. Hery tidak menghormati rakan dan suka berbuat sesuka hatinya sahaja. Saya mengingatkan Hery bahawa dia merupakan harapan ibu bapa untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Selepas itu, saya telah mengaplikasikan intervensi terapi main bagi mengubah tingkah laku klien kepada lebih baik. Menurut Kraus (1990), bermain boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti tersebut. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main sangat penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula terapi bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main dapat membantu murid menunjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan. Melalui bermain, kanak-kanak lebih mengenali dunia, selain berpeluang meneroka identiti masing-masing.

Saya telah memberikan permainan bercirikan luahan perasaan, iaitu plastisin. Saya melaksanakan terapi ini untuk meningkatkan komunikasi dan membolehkan Hery meluahkan perasaan melalui aktiviti yang dijalankan. Sebelum terapi main dijalankan, saya telah menyediakan ruang fizikal untuk memudahkan Hery melaksanakan intervensi ini. Saya telah memberi ruang kepada Hery untuk bermain dengan plastisin, iaitu mencipta apa-apa sahaja yang terlintas dalam fikiran klien pada waktu tersebut.

Melalui pemerhatian, saya mendapati klien telah menghasilkan bentuk robot, iaitu transformer. Keadaan ini normal dan biasa berlaku kepada kanak-kanak apabila diberikan permainan. Apa yang terlintas hanyalah bermain. Saya telah bertanyakan tentang robot yang dihasilkan dan Hery mengatakan bahawa dia sangat meminati transformer.

Gambar 2.2: Klien sedang bermain dengan plastisin

Gambar 2.3 : Klien menghasilkan robot semasa terapi main

Sebelum sesi kaunseling ini berakhir, saya telah membuat perjanjian dengan Hery, iaitu jika Hery menunjukkan sifat yang baik dan tidak mengulangi kesilapan lagi, saya akan memberikan ganjaran kepadanya. Saya jadikan ganjaran ini sebagai motivasi ekstrinsik terhadap Hery. Saya yakin bahawa Hery akan berubah sedikit demi sedikit jika dibimbing dan dilentur dengan baik bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah lagikan tajam.

Setelah intervensi ini dilaksanakan, Hery mula menunjukkan perubahan sikap dan tingkah laku yang memberangsangkan. Jika sebelum ini, Hery tidak mendengar arahan guru dan sering mengganggu rakan, namun tingkah laku murid telah berubah. Hery telah menunjukkan sikap yang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan tidak terdapat lagi aduan atau masalah disiplin yang melibatkannya.

Walau bagaimanapun, saya berharap agar Hery mampu mengekalkan tingkah laku yang baik sepanjang masa biarpun tidak lagi menerima ganjaran seperti sebelum ini. Hery diharapkan mampu menunjukkan tingkah laku yang baik dan membersihkan namanya daripada rekod disiplin sekolah.

RUMUSAN

Sebagai seorang guru, menjadi tanggungjawab kita untuk mengenal dan mengetahui setiap latar belakang murid. Kita perlu mendekati murid tersebut dengan pendekatan yang baik dan profesional terutama murid yang mempunyai masalah pembelajaran dan tingkah laku. Walau bagaimanapun, tidak semua masalah yang dihadapi oleh individu dapat diselesaikan dengan penyelesaian yang sama.

Justeru, guru perlu mempelajari cara-cara yang sesuai untuk mendekati murid atau klien. Seorang guru atau kaunselor perlu bijak memilih suatu pendekatan yang sesuai dengan klien. Klien akan dapat memberikan kerjasama sekiranya pendekatan kaunseling yang digunakan itu sejajar dengan minat, nilai dan daya keupayaannya. Keadaan seperti ini akan menjamin keberkesanan kaunseling.

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya dan rakan kumpulan, Sarimah Binti Lantong menyiapkan kertas kursus EDU3073, Bimbingan dan Kaunseling. Pada semester ini, saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki membuat perbandingan tentang tiga teori kaunseling yang telah dipelajari, iaitu teori tingkah laku, teori humanistik dan teori kognitif. Selain itu, satu kajian kes juga telah dibuat di tempat kami menjalani praktikum 3, iaitu mengadakan bimbingan dan kaunseling dengan murid yang mempunyai masalah pembelajaran atau masalah tingkah laku.

Tidak dinafikan saya telah menimba banyak pengetahuan dan pengalaman sepanjang melaksanakan tugasan ini. Saya telah mempelajari serba sedikit tentang proses bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah. Jika sebelum ini, proses bimbingan dan kaunseling hanya dilihat dan dibaca, namun pada kali ini saya dapat merasai sendiri peranan sebagai kaunselor muda. Saya juga telah menimba pengetahuan dengan guru bimbingan dan kaunseling. beliau telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana cara melaksanakan sesi kaunseling. Beliau juga telah mengesyorkan kepada saya dan rakan-rakan praktikum yang lain beberapa orang murid yang sememangnya bermasalah disiplin dan tingkah laku untuk menjadi klien kami dan seterusnya membuat sesi bimbingan dan kaunseling. Saya juga sangat berbesar hati dan bersyukur kerana guru-guru yang lain sangat membantu dalam memberikan maklumat tentang murid yang dibimbing. Selain itu, proses bimbingan juga dapat dijalankan dengan baik dengan adanya bilik kaunseling yang selesa dan nyaman.

Bukan itu sahaja, malah saya juga dapat menambah pengetahuan dan pemahaman saya tentang teori-teori kaunseling. Saya dan rakan kumpulan dapat membuat perbandingan ketiga-tiga teori yang dikehendaki. Tidak dinafikan teori-teori ini mempunyai persamaan dan perbezaan yang ketara. Kesemua teori mempunyai matlamat dan pegangan yang tersendiri dan menjadi perbezaan dengan teori-teori yang lain. Walau bagaimanapun, di sebalik kekuatan pasti ada kelemahannya. Begitu juga sewaktu melaksanakan tugasan ini. Saya menghadapi kekangan dalam mencari sumber dan bahan rujukan berkaitan olahraga ini. Saya telah melakukan pencarian di pusat sumber IPG Kampus Kent tetapi bahan rujukan yang diperuntukkan bagi subjek ini terlalu sedikit. Hal ini membataskan guru pelatih untuk membuat rujukan dan mencari maklumat tambahan. Oleh itu, saya berharap agar pihak pusat sumber IPG Kampus Kent menambah bilangan buku rujukan kerana saya melihat bilangan buku rujukan yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk guru pelatih. Saya terpaksa menunggu giliran untuk meminjam buku tersebut dan kadang-kadang terpaksa pergi ke perpustakaan Tuaran untuk mendapatkan bahan rujukan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan tugasan ini memberikan satu impak yang positif dalam diri saya. Saya berharap agar tugasan sebegini diteruskan agar semua guru pelatih mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam tentang bimbingan dan kaunseling.

BIBLIOGRAFI

Chong Leang Kow (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd

Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2011). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lee Keok Cheong, Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan, Taquddin Abd Mukti (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Puteri Hayat Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Suppiah Nachiappan et.all (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. EDU3073 19