tugasan 1(dgu1a)

Upload: luqman

Post on 08-Jan-2016

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Bincangkan peranan kerajaan dalam pembangunan ekonomi Negara?Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut.Menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan maruah diri (dignity).Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan kesejahteraan hidup (well-being) setiap rakyat dan memastikan tiada di antara mereka yang taraf hidupnya di bawah tahap dhaif. Untuk tujuan ini, Kerajaan perlu menyediakan kemudahan di mana setiap rakyat, lelaki dan wanita dapat menikmati sekurang-kurangnya kesejahteraan kebendaan (material well-being) yang minimum untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan kerohanian masing-masing.Terbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan Konsep Islam Hadhari dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negara. Konsep ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Dengan pengenalan Konsep ini, perlaksanaan program dan pencapaian matlamat pembangunan negara dapat ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti tadbir urus yang baik, pengukuhan institusi keluarga, keutuhan integriti dan peningkatan kualiti hidup.Malah, Konsep ini juga dapat menjelaskanlagi apa yang dimaksudkan dengan pembangunan menyeluruh yang menjadi teras Wawasan 2020 terutama daripada segi keseimbangan pembangunan kebendaan dengan kerohaniah.Kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang, menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan serta mengawalselia perjalanan perniagaan supaya orang awam mendapat manfaat yang maksimum.

Bincangkan peranan rakyat dalam pembangunan ekonomi Negara?Rakyat bertanggungjawab menerima, mematuhi danmempertahankan keluhuran atau kemuliaanPerlembagaan Negara yang merupakan sumberperundangan yang tertinggi.Memastikan diri untuk bersifat patriotik dannasionalisme, dan tidak sekali-kali terlibatdalam aktiviti pengganasan yang pastinya akanmenggugat keamanan negara.Rakyat juga perlu untuk membayar cukai untuk mengekalkan kemakmuran negara.Contoh contoh cukai ialah cukai pendapatan,perniagaan,tanah,pintu dan sebagainya. Rakyat juga perlu melaksanakan dan sentiasa menyokong kempen-kempenkerajaan dari sudut ekonomi melalui kempen BelilahBarangan BuatanMalaysia. Dengan maksud, memberikeutamaan kepada barangan tempatan dalam berbelanja.Sebagai pendidik, guru harus membangunkan danmempertingkatkan jati diri para pelajar di dalampengajaran agar dapat melahirkan insan-insan yangberintegrasi, patriotik dan mempunyai semangatnasionalisme yang tinggi.Golongan belia harus memantapkan diri dengan menambahkemahiran lain selain daripada kemahiran-kemahiranyang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan disektor pekerjaan. Juga tidak memilih kerja.