tugasan 1 qgk3023 program kesihatan sekolah

21
KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT 3 2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT 3 3.0 JENIS JENIS GIGI 5 4.0 JENIS PENYAKIT MULUT 6 4.1 Ulser dalam mulut. 7 4.2 Bengkak dalam mulut. 7 4.3 Kanser mulut. 7 5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 8 5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) 8 5.2 Punca utama radang pulpa 8 5.3 Rawatan sakit gigi. 10 6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 11 6.1 Pengenalan 11 6.2 Objektif program. 11 6.3 Sasaran 11 6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. 12

Upload: ahmad-nazri

Post on 11-Aug-2015

82 views

Category:

Healthcare


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

KANDUNGAN HALAMAN

1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT 3

2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT 3

3.0 JENIS – JENIS GIGI 5

4.0 JENIS PENYAKIT MULUT 6

4.1 Ulser dalam mulut. 7

4.2 Bengkak dalam mulut. 7

4.3 Kanser mulut. 7

5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN. 8

5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu) 8

5.2 Punca utama radang pulpa 8

5.3 Rawatan sakit gigi. 10

6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA 11

6.1 Pengenalan 11

6.2 Objektif program. 11

6.3 Sasaran 11

6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program. 12

6.5 Ahli jawatankuasa 12

6.6 Tentatif program 13

7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK. 14

7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik. 14

7.2 Makan secara sihat. 14

7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala. 14

8.0 KESIMPULAN 15

BIBLIOGRAFI 16

Page 2: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

1.0 PENGENALAN PROGRAM KESIHATAN MULUT

Kesihatan mulut adalah berkaitan dengan penjagaan gigi dan mulut yang sangat penting.

Program kesihatan mulut ini seharusnya dibuat bagi memberikan kesedaran kepada murid-murid

di sekolah betapa pentingnya penjagaan mulut dan gigi. Program ini mendedahkan kepada

murid-murid mengenai penjagaan gigi yang lebih baik dan bukan hanya dengan memberus gigi

dua atau tiga kali sehari malahan banyak lagi perkara yang perlu dititikberatkan sebagai langkah

penjagaan gigi.

Program sedemikian bukan sahaja mengenai penjagaan gigi tetapi juga merangkumi

kesihatan mulut yang tanpa disedari boleh membawa gejala penyakit mulut yang kronik. Hal ini

kerana, masyarakat sekarang terdedah dengan makanan yang mengandungi kandungan kimia

yang tinggi dan tanpa kita sedari penjagaan gigi tidak terurus boleh mendatangkan masalah sakit

gigi atau di bahagian mulut yang berpanjangan. Dengan adanya kempen seperti ini di setiap

sekolah, kanak-kanak akan lebih peka dengan memulakan penjagaan gigi sejak kecil.

Rawatan pergigian biasanya dibuat setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian

sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun 1985. Penjagaan Kesihatan pergigian yang

komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk memastikan agar murid-murid sekolah

mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat

pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah penyeliaan dan

pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan secara percuma

tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid.

2.0 MATLAMAT DAN KONSEP PROGRAM KESIHATAN MULUT

Program ini mula diperkenalkan pada tahun 1985. Rawatan pergigian biasanya dibuat

setahun sekali di sekolah. Perkhidmatan pergigian sekolah ini telah diperkenalkan pada tahun

1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberikan untuk

memastikan agar murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka

tamat zaman persekolahan.

2

Page 3: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

Jururawat pergigian akan merawat dan memeriksa murid-murid tersebut di bawah

penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian. Manakala rawatan pergigian ini dilaksanakan

secara percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran kepada murid-murid. Perkhidmatan ini

dijalankan dengan tiga cara iaitu Klinik Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak dan

Klinik Pergigian Bergerak. Klinik-klinik pergigian sekolah ini terletak dalam bilik khas di

sekolah-sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang terpilih. Kebanyakan sekolah yang

mempunyai perkhidmatan ini adalah sekolah yang berada di kawasan bandar dan sekolah-

sekolah khas.

Oleh itu, ini memudahkan bagi murid-murid yang menghadapi masalah gigi atau ingin

mencabut gigi mereka. Perkhidmatan ini sekali gus dapat mengurangkan masalah kerosakan gigi

dalam kalangan murid-murid sekolah lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah rendah. Selain itu,

perkhidmatan pergigian juga dijalankan melalui Pasukan Pergigian Bergerak. Pasukan ini

memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid sekolah termasuk yang

tinggal di kawasan pedalaman. Biasanya mereka akan datang setahun sekali. Klinik pergigian

sementara akan diadakan di tempat yang sesuai di sekolah dengan menggunakan peralatan

mudah alih. Kemudian setiap rekod kesihatan ini akan disimpan oleh guru kelas atau guru

kesihatan setiap sekolah. Oleh itu, murid-murid di luar bandar juga tidak terkecuali daripada

menjaga gigi dan mulut mereka.

Klinik Pergigian Bergerak pula memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di

sekolah yang mempunyai ruang terhad dengan membawa satu van atau lori yang telah

diubahsuai dan dilengkapi alat-alat mudah alih untuk menjalankan pemeriksaan gigi. Klinik

bergerak ini memudahkan sekolah yang kecil dan memiliki bilik yang terhad memberi

perkhidmatan pergigian. Oleh itu, melalui tiga cara perkhidmatan pergigian ini disampaikan

menunjukkan tidak ada sekolah yang tidak diberikan rawatan pergigian dan tidak ada alasan

untuk kanak-kanak memiliki gigi yang cantik dan bersih ketika mencecah usia dewasa kelak.

3

Page 4: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

3.0 JENIS – JENIS GIGI

Tanpa adanya gigi, manusia akan menghadapi kesukaran untuk mengunyah makanan yang

dimakannya. Tugas gigi termasuk dalam sistem pencernaan. Manusia memiliki empat jenis gigi

yang mempunyai tugas masing-masing iaitu :

1. Gigi seri

( Gigi kacip)

Gigi seri adalah gigi yang memiliki satu akar yang

berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau

benda lain. Cirinya berbentuk pipih dan tajam untuk

menghiris makanan.

2. Gigi taring Gigi taring adalah gigi yang memiliki satu akar dan

memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda

lain. Hujungnya yang runcing untuk menghiris makanan.

3. Gigi pra-molar

(geraham depan)

Gigi graham kecil adalah gigi yang mempunyai dua akar

yang berguna / berfungsi untuk menggilas dan

mengunyah makanan atau benda lainnya. Bentuknya

berlekuk-lekuk berfungsi untuk mengiris dan

melembutkan makanan.

4. Gigi molar

(geraham belakang)

Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang

memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan

atau benda-benda lainnya. Bentuknya berlekuk-lekuk

berguna untuk melembutkan makanan.

Jadual 1 : Jenis Gigi

4

Page 5: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

4.0 JENIS PENYAKIT MULUT

Antara penyakit mulut yang biasa menyerang kanak-kanak ialah :

Karies gigi (gigi belubang) Periodontal (gusi) Maloklusi (gigi tak

teratur)

Hasil tindak balas

antara plak dan gula

menghasilkan toksin

dan retakkan

permukaan luar

gigi(enamel)

Gigi berlubang dan

karies gigi bermula

Karies Gigi

Melibatkan gusi dan

tisu yang menyokong

gigi

Berpunca dari toksin

yang dihasilkan oleh

bakteria

Gusi kelihatan merah

bengkak dan mudah

berdarah

Penyakit Gusi

Satu keadaan

susunan gigi yg tidak

teratur

Contoh

Gigi jongang

Gigi berlapis

Akibat tabiat buruk

seperti hisap jari dan

puting

Keturunan dan

hilang gigi terlalu

awal

Gigi Tak Teratur

5

Page 6: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

Jadual 2 : Penyakit mulut kanak-kanak

Antara penyakit lain yang menyerang mulut manusia jika tidak dijaga dengan baik ialah :

4.1 Ulser dalam mulut.

Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser.

Ulser boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-

4.1.1 Ulser minor.

4.1.2 Ulser major

4.1.3 Ulser herpetiform

4.2 Bengkak dalam mulut.

Keadaan ini merupakan perubahan luar biasa yang

bertangkai atau tidak bertangkai.

4.2.1 Granuloma piogen

4.2.2 Granuloma periferi

4.2.3 Polip fibro-epitelium

4.2.4 Hiperplasiadentur

4.3 Kanser mulut.

Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut,

bahagian dalam pipi, lidah dan gusi. Ia mengganggu

fungsi seseorang untuk makan, bercakap, bernafas,

6

Page 7: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

menelan dan menanggung kesakitan. Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan lapisan luar

mukosa mulut.

5.0 KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI, PENYAKIT GIGI DAN RAWATAN.

5.1 Kepentingan gigi primer (gigi susu)

Aspek yang terpenting bagi penjagaan gigi dan gusi ialah kebersihan mulut yang baik

sama ada di rumah mahu pun ketika di sekolah. Kebanyakan gigi hilang/tercabut disebabkan

penyakit gusi dan masalah ini boleh diatasi dengan penjagaan di rumah yang sempurna dan

temujanji berkala dengan doktor gigi. Seperti mana gigi kekal sepatutnya bertahan sepanjang

hayat, gigi susu juga sepatutnya tahan sehingga gigi kekal mula tumbuh. Gigi susu kanak-kanak

digunakan untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk

rasa harga diri yang baik. Ia juga menyediakan ruang di dalam rahang untuk gigi kekal tumbuh.

Ini dapat mengelakkan gigi kekal tumbuh senget atau bertindih. Adalah penting untuk

melindungi anak anda dari kerosakan/pereputan gigi susu yang menyakitkan.Sakit gigi boleh

bermula dengan tiba-tiba atau secara beransur-ansur, juga sakit sepanjang masa atau cuma sakit

akibat stimulasi. Sebab utama sakit gigi terjadi adalah apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam di

mana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif)

meradang.

5.2 Punca utama radang pulpa adalah:

1. Karies gigi.

Karies gigi yang dibiarkan untuk tempoh panjang sehingga mencapai tahap kronik adalah

sebab utama anda sakit gigi. Pada mulanya, karies cuma ada pada permukaan enamel (lapisan

paling luar). Jika dibiarkan, ia akan mula merebak ke lapisan dentin (lapisan kedua, antara

enamel dan pulpa). Karies pada dentin boleh menyebabkan rasa ngilu atau sakit ketika anda

mengambil minuman sejuk. Tanpa rawatan yang sepatutnya, karies akan merebak ke pulpa.

Apabila karies tiba di pulpa, kuman mula memainkan peranannya; melakukan kemusnahan

berganda. Pulpa yang terkesan teruk akibat karies ini akan mati, lalu kuman karies akan

7

Page 8: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

mengembara melalui saluran akar dan menyebabkan terjadinya abses (pembentukan nanah).

Abses boleh menyebabkan kebengkakan dan sakit berdenyut-denyut yang berterusan

sehinggalah rawatan yang sesuai diberikan.

2. Gigi retak (cracked tooth).

Retakan pada gigi muncul dengan jalur retak yang halus yang kadang-kadang tidak

kelihatan pada mata kasar. Jika doktor anda mengesyaki gigi anda sakit kerana retak, terdapat

beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesahkan keadaan ini.

3. Tampalan lama yang telah longgar, pecah atau tercabut.

Setelah beberapa tahun, tampalan lama pada gigi mungkin akan mengalami sedikit

kerosakan. Ia mungkin pecah sedikit di bahagian tepi, longgar atau tercabut. Semua keadaan ini

boleh menyebabkan ‘kebocoran’ yang boleh membuka jalan kepada kuman untuk masuk ke

dalam gigi dan menyebabkan jangkitan atau karies.

4. Gusi mengecut (receding gum).

Akibat penyakit gusi kronik, gusi boleh mengecut dan mendedahkan bahagian akar gigi.

Bahagian akar gigi lebih sensitif kepada haba berbanding bahagian korona, jadi gigi mungkin

akan terasa ngilu setiap kali anda cuba menikmati minuman berais. Terdedahnya akar gigi juga

bermakna akar cenderung kepada pembentukan karies yang seterusnya boleh menyebabkan

kesakitan.. Selain itu, terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan sakit menyerupai sakit

gigi walaupun gigi berkenaan sihat dan tiada radang pulpa, iaitu:

5. Abses pada gusi (periodontal and gingival abscess).

Pengumpulan nanah pada gusi disebabkan oleh jangkitan kuman akibat trauma atau

penyakit gusi kronik. Oleh kerana bengkak sering didapati berdekatan dengan gigi, kesakitan

yang dialami boleh disalah tafsir sebagai sakit gigi.

6. Ulser pada gusi berdekatan gigi.

8

Page 9: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

Sakit ketika gigi hendak keluar, contohnya gigi bongsu. Ketika gigi bongsu keluar, gusi

di sekelilingnya boleh dijangkiti kuman dan membengkak sekiranya kebersihan tidak dijaga

dengan teliti. . Sakit gigi bongsu juga kadang-kadang boleh merebak sehingga ke rahang dan

telinga.

7. Sinusitis atau resdung.

Oleh kerana akar gigi atas selalunya terletak berdekatan sinus (terutamanya maxillary

sinus) dan saraf pada bahagian muka saling berkaitan antara satu sama lain, sinusitis boleh

menyebabkan anda rasa sakit pada gigi terutamanya gigi atas di bahagian belakang.

8. Sakit pada sendi rahang (temporomandibular joint).

Temporomandibular joint (TMJ) adalah sendi yang menghubungkan rahang bawah anda

kepada tengkorak. Sekiranya TMJ mengalami trauma atau sebarang sindrom, sakit yang dirasai

boleh mirip seperti sakit gigi.

5.3 Rawatan sakit gigi.

Jenis rawatan untuk sakit gigi

bergantung kepada penyebab sakit

tersebut. Oleh yang demikian, doktor gigi

anda akan memeriksa dan melakukan ujian

seperti x-ray untuk mengesahkan punca

kesakitan dan mencadangkan rawatan

yang sesuai seperti tampalan, rawatan

salur akar (root canal treatment) atau

cabutan. Penggunaan ubat tahan sakit

hanyalah penyelesaian sementara. Punca

sakit gigi itu sendiri haus ditangani dan

dihapuskan dengan rawatan spesifik yang

9

Page 10: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh doktor gigi anda..Rawatan terbaik untuk sakit gigi

adalah pencegahan. Kebanyakan punca yang telah dihuraikan secara ringkas di atas boleh

dielakkan dengan menjaga kebersihan mulut anda dengan baik dan lengkap setiap hari.

Memberus gigi, flos, mengurangkan makanan dan minuman bergula serta berhenti merokok

adalah cara terbaik untuk mencegah sakit gigi. Semuanya bermula daripada anda, dan sekarang

masih tidak terlalu lewat untuk mengambil langkah pertama.

6.0 PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA

6.1 Pengenalan

Program ini merupakan suatu program kesihatan yang memfokuskan kepada kesihatan

pergigian murid-murid melalui pendedahan terhadap pencegahan kerosakan gigi dan demonstrasi

kaedah menggosok gigi dengan betul yang akan disampaikan oleh jururawat pergigian dari

Klinik Pergigian Batu Arang yang telah dijemput khas oleh pihak sekolah.Program ini bertujuan

untuk memberi kesedaran kepada murid tentang peri pentingnya penjagaan kesihatan gigi bagi

setiap individu. Melalui tayangan video dan ceramah yang disampaikan, murid akan mendapat

input berguna dan membina pengetahuan baru tentang kepentingan penjagaan kesihatan gigi.

Selain itu, program ini juga dapat membantu murid-murid untuk membina gaya hidup

yang sihat berkaitan dengan cara penjagaan gigi yang betul. Murid-murid dapat mengamalkan

tabiat amalan hidup sihat dan menjaga kesihatan gigi mereka dengan baik. Murid-murid boleh

membina semangat kerjasama sesama mereka dan saling membantu rakan-rakan untuk

menggosok gigi dengan cara yang betul sewaktu demonstrasi menggosok gigi berlangsung.Di

samping itu, program ini juga dapat memberi pengalaman yang baru kepada guru-guru pelatih

tentang cara untuk mengendalikan sesuatu program serta memberikan pendedahan awal kepada

guru pelatih tentang suasana di sekolah.

6.2 Objektif program.

Program ini mensasarkan beberapa objektif yang ingin dicapai:

10

Page 11: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

Memberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul kepada murid.

Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan penjagaan gigi dalam kehidupan

seharian.

Membantu murid membina gaya hidup yang sihat.

Melahirkan generasi yang sihat dan cerdas.

6.3 Sasaran

Semua murid Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran Perdana , Selangor.

6.4 Tarikh , hari , masa dan tempat program.

Tarikh : 5 Mei 2014

Hari : Selasa

Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari

Tempat : Dewan Gemilang Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri Persiaran

Perdana ,Selangor.

6.5 Ahli jawatankuasa

6.5.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM GOSOK GIGI PERDANA

11

SETIAUSAHA (II)

NAIB PENGERUSI (II)

PN SITI KHADIJAH BT YAAKOB (PK KO)

SETIAUSAHA (I)

PENYELARAS

EN MOHD GHAZALI BIN HAJI ANUAR

NAIB PENGERUSI (I)

EN DZULKEFLI B HASHIM

TIMBALAN PENGERUSI

PN HOO SIAW HUA (PK HEM)

PENGERUSI

EN AZMAN BIN MOHD.ARIS (GB)

Page 12: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

6.6 Tentatif program

SESI 1

Tahap 1 ( Tahun 1, 2, 3 )

MASA AKTIVITI

8.45 – 9.00

9.00 – 9.30

9.15 – 9.45

9.45 – 10.15

10.15 – 11.00

Murid bergerak ke Dewan Gemilang

Ceramah Kesihatan Pergigian

Pameran kesihatan Pergigian

Tayangan video

Demonstrasi cara menggosok gigi

SESI 2

Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 )

MASA AKTIVITI

12

SETIAUSAHA (II)SETIAUSAHA (I)

Page 13: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

11.00 – 11.15

11.15 - 11.45

11.45 – 12.15

12.15 - 12.45

12.45 - 1.00

Murid bergerak ke Dewan Gemilang

Ceramah Kesihatan Pergigian

Pameran kesihatan Pergigian

Tayangan video

Demonstrasi cara menggosok gigi

7.0 AMALAN PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN YANG BAIK.

Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi

di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah

makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang

baik merangkumi 3 langkah pencegahan utama seperti berikut:

7.1 Penjagaaan kebersihan gigi yang baik.

Berus gigi sehingga bersih setiap hari terutama selepas makan dan

sebelum tidur malam. Guna ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak

semasa memberus gigi. Picitkan ubat gigi sebesar biji kacang soya sahaja

untuk anak yang berumur 2 tahun ke atas. Selia atau bantu anak anda

memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 8 tahun. Berkumur-

kumur dengan segera selepas makan atau minum jika tidak berkesempatan

memberus gigi. Jangan berkongsi berus gigi.Tukar berus gigi jika bulu

berusnya mula kembang.

7.2 Makan secara sihat.

Makan makanan yang seimbang. Lebihkan buah-buahan dan sayur-

sayuran segar. Elakkan menambah gula ke dalam minuman kanak-

kanak. Sekiranya menggunakan botol susu, pastikan minuman tersebut

tidak mengandungi gula. Jangan sekali-kali mencelup puting botol

13

Page 14: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

susu ke dalam gula atau manisan.Elakkan minum minuman berkarbonat dan jus buah-buahan

bergula kerana kandungan gulanya tinggi.

7.3 Pemeriksaan pergigian secara berkala.

Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat

untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan

suasana klinik pergigian.Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-

kurangnya sekali setahun tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi

mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap

mungkin diperlukan.Segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan dari

doktor pergigian jika berlaku kecederaan gigi atau mengalami masalah pergigian.

8.0 KESIMPULAN

Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk

pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan tampalan, penskaleran dan penggilapan gigi. Jika

rawatan yang kompleks diperlukan, murid-murid sekolah tersebut akan dirujuk kepada pegawai

pergigian atau pakar pergigian. Di samping itu, semua murid sekolah rendah dan menengah

tajaan kerajaan yang diberi keizinan oleh ibu bapa atau penjaga layak menerima rawatan. Di

samping itu, Program Gosok Gigi Perdana yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah untuk

menggalakkan murid-murid faham dan tahu kaedah penjagaan gigi dan mulut dengan betul.

Matlamat program ini adalah berkongsi maklumat kepada murid-murid sekolah dan guru-

guru tentang cara dan kaedah dalam penjagaan gigi dan mulut. Program ini juga selaras dengan

objektif Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membantu mengurangkan masalah gigi di kalangan

kanak-kanak. Masalah yang sering berlaku adalah masalah kaviti yang menjadi masalah

kesihatan mulut yang paling utama di dunia.

Program ini mengajar mereka prinsip asas penjagaan gigi. Oleh itu murid-murid dan

guru-guru dapat menyedari kepentingan kebersihan mulut yang baik.. Sasaran program adalah

murid-murid sekolah, di samping memberikan risalah interaktif untuk dibawa pulang oleh murid-

murid berkenaan. Oleh itu, program ini dapat disampaikan terus ke rumah bagi memudahkan

mereka mengamalkan cara penjagaan gigi dengan betul.

14

Page 15: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

Hasil program ini memberi kesan yang positif kepada murid-murid sekolah. Penjagaan

gigi tersebut memang baik dan memberikan faedah kepada murid-murid sekolah. Murid-murid

sekolah akan belajar untuk menjaga gigi amereka terutama apabila mengetahui manfaatnya

untuk jangka panjang. Program ini juga menjdi sumber pengetahuan untuk ibu bapa termasuk ibu

bapa muda yang mahu mengajar anak mereka memberus gigi dengan betul. Akhir sekali,

program ini memberi implikasi dalam keyakinan kanak-kanak. Mereka akan yakin untuk bergaul

dengan rakan mereka apabila mereka mempunyai gigi yang cantik dan senyuman yang ceria.

BIBLIOGRAFI

Rujukan buku :

Abdul Latif Ahmad(2002). Pke3104 Pengenalan Program Kesihatan Sekolah. IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat Johor

Dr. Abd Rahim Bin Mohd Shariff & Nik Mohd Zaki Bin Nik Mohamed. Modul Program Kesihatan Sekolah. Pusat Pendidikan Luar. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohd Izham Mohd Ibrahim.(1998). Mendekati Promosi Kesihatan. Shah Alam. Dewan Kosmik

Green L. W., Krueter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Modul Asas Promosi Kesihatan (2011). Kementerian Kesihatan Malaysia. Putrajaya

Rujukan internet :

Abs Survi . 2013. Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian. Telah dimuat turun pada 18 April 2015 dari http://smkbtkokurikulum.blogspot.com/2013/07/pelajar-mendapat-kemudahan-rawatan-gigi.html

15

Page 16: Tugasan 1 qgk3023   program kesihatan sekolah

Alyssa Faizureen 2013. Nota ringkas Pendidikan Kesihatan Sekolah. Telah dimuat turun pada 19 April 2015 dari http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/nota-ringkas-pendidikan-kesihatan.html

Cauchy Murtopo 2013. 10 Penyebab Sakit Gigi. Telah dimuat turun pada 20 April 2015 dari https://cauchymurtopo.wordpress.com/2013/03/25/10-penyebab-sakit-gigi/

Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar 2012. Perkhidmatan Pergigian Sekolah. Telah dimuat turun pada 16 April 2015 dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pergigian/umum/perkhidmatan-pergigian-sekolah

16