tugasan- hbhe1203 - pedagogi pendidikan kesihatan

23
_________________________________________________________________ _____________ TUGASAN HBHE 1203 PEDALOGI PENDIDIKAN KESIHATAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 _______________________________________ _______

Upload: hasnolhadi-samsudin

Post on 02-Oct-2015

316 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah rendah di Malaysia

TRANSCRIPT

______________________________________________________________________________

TUGASAN

HBHE 1203

PEDALOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

SEMESTER SEPTEMBER 2014

______________________________________________Tugasan (i)

Bagaimana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dikembangkan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan peringkat sekolah rendah di Malaysia

Kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan 6 aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan di dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah sehingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau dikenali juga sebagai Higher Order Thinking Skills (HOTS) adalah sangat digalakkan untuk diintergrasikan dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan kesihatan pada masa kini. Tambahan pula pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus, taklimat dan latihan bagi memberikan penerangan mengenai KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh pemikiran seperti George (1970), Edward de Bono (1976), Mayer (1977), Chaf fee (1988), Vincent Ryan Ruggiero (1984) dan John Barell (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Schmalz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif mengingat semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa atau konteks yang lazim.

Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan. Lewis dan Smith ( 1993) berpendapat KBAT berlaku ketika seseorang individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan lazim. Seterusnya Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi iaitu kemahiran menganalisis, sintesis, menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang baharu. Oleh itu, kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).Konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

KomponenPenerangan

MengaplikasiKebolehan kognitif yang menggunakan prinsip dan generalisasi tentang sesuatu terhadap suatu masalah atau situasi baharu.

Menilai

Membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan standard melalui pemeriksaan dan kritikan.

Menganalisis

Mencerakin atau menstruktur maklumat kepada bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara satu sama lain.

Mencipta

Menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu; menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula elemen kepada corak atau struktur yang baharu.

Kemahiran Berfikir

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting

Pemikiran Kreatif dan Inovatifkemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu

Pemikiran Kritis dan Penaakulankeupayaan menganalisis maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan

Keupayaan Belajarkeupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ke dalam diri pelajar bukan satu tugas yang mudah. Guru perlu merujuk kepada objektif pengajaran Bloom Taxonomy (1956) sebagai bantuan. Bloom Taxonomy membahagikan kemahiran berfikir kepada pengetahuan aras rendah dan aras tinggi iaitu bermula dengan pengetahuan, pemahaman dan aplikasi. Manakala Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula adalah analisis, sistesis dan penilaian. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini dilihat sebagai satu kepentingan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Menurut Kathryn. S (1988), pelajar yang lemah dalam menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir dapat dilihat pada setiap peringkat pendidikan. Walaubagaimanapun, subjek yang melibatkan pemikiran kritikal akan berhasil dalam pemecahan kemahiran berfikir. Pada setiap peringkat pendidikan, kemahiran berfikir mestilah dipraktikkan dalam setiap kandungan bidang. Ini merupakan kerja yang sukar bagi setiap pendidik. Pendidik mudah untuk mengajar pelajar untuk mengingat fakta dan kemudian menilai mereka melalui ujian multiple-choice tetapi sukar bagi mereka untuk mengajar pelajar dalam menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu kandungan pelajaran. Dalam sesuatu subjek yang menekankan pemikiran kritikal, objektif pengajaran mestilah merangkumi aplikasi, sistesis dan analisis, pemikiran yang mencapah dan peluang untuk menyusun idea-idea. Jika pendidik sedar akan kesilapan mereka hari ini keadaan ini dapat diselesaikan dengan mudah. Disini guru-guru perlulah menberikan fokus yang sepenuhnya dan lebih menumpukan kepada pengajaran yang lebih menjana pemikiran murid-murid dengan cara memperbanyakkan sesi perbincangan dengan murid bukan sekadar mengajar satu hala dimana guru tidak mempedulikan tahap pemahaman murid-murid.

Sehubungan ini, Teori Konstruktvisme yang banyak ditekankan juga turut mewajibkan perkembangan minda murid. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan suatu persekitaran yang dapat menggalakkan penglibatan murid yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pada masa dapat berfikir. Oleh itu, dengan pendedah tentang unsur-unsur pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ianya dapat menjana pemikiran murid dengan lebih efektif.

Menurut Arthur L. Costa (1999) dalam artikelnya Changing Curriculum Means Changing Your Mind, beliau menyarankan tujuh peralihan minda dalam kurikulum yang perlu dipatuhi. Malah beliau menyatakan beberapa prinsip yang perlu diambil kira sebelum merancang sesuatu kurikulum. Beliau menyarankan setiap individu mempunyai kemahiran dan bakat yang berbeza. Oleh itu, kita perlu cuba mengenal pasti dan mengembangkan bakat tertentu. Usaha ini dipercayai akan membawa kepada perkembangan akal dan kebijaksanaan dalam diri murid-murid. Malah menurut beliau proses pembelajaran boleh berjaya apabila pelajar dapat membentuk pemahaman mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan perbincangan dengan rakan-rakan yang lain. Mereka tidak boleh memahami sesuatu dengan mengetahui jawapan yang betul sahaja. Hal ini menuntut pelajar yang berkebolehan berfikir secara kritis dan melihat sesuatu idea atau peristiwa dari pelbagai sudut. Kini sudah tiba masanya, kita berubah dari keseragaman kepada keupayaan, nilai, dan bakat yang dimiliki oleh seseorang yang boleh menggalakkan perkembangan intelek pelajar.

Dalam menyediakan peluang kepada pelajar untuk melatih Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), pelajar mestilah berada dalam kaedah pembelajaran aktif (Pawani,2002). Pembelajaran aktif boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk seperti problem-based learning, project based learning, discovery learning, inquiry-based learning, simulations, games, writing papers, debating dan lain-lain. Semua bentuk pembelajaran aktif adalah berasaskan learning by doing iaitu belajar daripada perbuatan dan pelajar terlibat secara aktif di dalam pembelajaran mereka. Dalam Pendidikan Kesihatan murid-murid perlu lebih didedahkan dengan aktiviti-aktiviti fizikal yang sesuai dan penerangan perlu diberikan tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Menurut Ramsay (2006), pembelajaran berasaskan masalah (PBM) adalah satu kaedah yang berkesan bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi. PBM dalam kaedah pengajaran adalah berpusatkan pelajar yang mana meningkatkan kebolehan pelajar untuk menganalisa, mensintesis dan menilai sesuatu masalah. PBM adalah strategi pengajaran yang menggunakan masalah sebenar sebagai kaedah pembelajaran Masalah yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran berasaskan masalah adalah kompleks dan berasaskan situasi dunia sebenar. Murid-murid juga mestilah didedahkan dengan permasalah semasa tentang isu-isu berkaitan pendidikan kesihatan seperti masalah obesiti dikalangan murid sekolah dan isu peningkatan mangsa demam denggi. Dengan cara ini ianya dapat merangsang mereka berfikir dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi menyelesaikan isu-isu tersebut dan secara tidak langsung mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan masalah kesihatan semasa.Selain itu, Siti Norbaizura (2006) menyatakan menerusi PBM juga dilihat dapat memberi peluang kepada murid-murid mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti kemahiran menyelesaikan masalah di kalangan pelajar bagi situasi tertentu yang mungkin rumit. Sekiranya pelajar mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka ini akan melahirkan satu kelompok sumber tenaga yang professional untuk negara. Kualiti sebegini sememangnya penting bagi menjamin kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara sekiranya rakyatnya produktif dan sentiasa maju ke hadapan.Sebagai mendukung usaha untuk memartabatkan KBAT Kementerian juga akan menambah nisbah soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dalam PBS dan peperiksaan awam secara sistematik pada masa akan datang. Soalan ini akan berasaskan Bloom Taxonomy yang menguji kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan menjana. Pentaksiran akan diperkukuh dengan memasukkan kemahiran kreatif dan penyelesaian masalah. Ianya boleh dijadikan sebagai medium untuk mengukur tahap pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KesimpulanTransformasi budaya pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian telah bermula sejak awal dekad 80an lagi. Gagasan pendidikan hari ini menegaskan bahawa pembelajaran tidak hanya terbatas kepada proses pemindahan maklumat yang bersifat sehala dan murid sebagai penerima yang pasif tetapi kita mahukan proses persekolahan yang kaya dengan pengalaman dan latihan pemikiran, tidak hanya berfokus kepada proses menyekolahkan ingatan (schooling memories) tetapi juga berfungsi menyekolahkan minda supaya matlamat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat dicapai.

Pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Kesihatan melalui pembelajaran berasaskan masalah dan isu-isu semasa boleh dijadikan bahan yang berkesan untuk mengajar Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pendidikan Kesihatan menawarkan peluang untuk membimbing murid-murid meramal, merumus, menganalisis, membuat inferens, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang merupakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sebagai kesimpulannya, warga pendidik diharap dapat memberi kesedaran kepada murid-murid tentang perlunya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri mereka bagi mengharungi kehidupan seharian. Warga pendidik juga harus lebih banyak menekankan pembelajaran yang mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini adalah satu kemahiran yang wajib dimiliki oleh murid-murid selepas mereka menamatkan zaman persekolahan bagi menjamin mereka akan menjadi insan yang boleh menyumbang kepada pembangunan Agama, Bangsa dan Negara.Tugasan (ii)RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH

Mata Pelajaran

: Pendidikan Kesihatan

Jangkasmasa

: 30 minit

Tunjang Pembelajaran: Gaya Hidup Sihat

Tajuk

: Pemakanan

Sub Tajuk

: Piramid Makanan

Tahun

: Tahun 4

Hasil Pembelajaran

: Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-1. Kognitif :-

Mengenalpasti kumpulan-kumpulan makanan dan fungsinya.

Menyayangi tubuh sendiri dan menjaga kesihatan.2. Afektif :-

Pentingnya menjaga kesihatan diri dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang.

Memupuk gaya hidup sihat di dalam diri melalui pemakanan yang sihat.

Pengetahuan sedia ada: Setiap murid pernah mengambil makanan berkhasiat.Bahan Bantu Mengajar: Lembaran Kerja, slaid, klip video.Nilai

: Menyayangi diri, mematuhi arahan dan gaya hidup sihatUnsur Kemahiran Berfikir: Murid-murid membezakan jenis-jenis makanan berkhasiat.

Strategi P & P: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Langkah / MasaStrategi Pembelajaran / AktivitiFokus PembelajaranCatatan/Strategi/Sumber

Set Induksi

(5 minit)Pengenalan

Guru memainkan klip video mengenai piramid makanan dan juga makanan yang berkhasiat.

Guru menerangkan secara lisan tajuk yang diajar pada hari ini.

Mengemukakan soalan

Murid-murid apakah yang kamu nampak di dalam klip video itu tadi?

Murid-murid mengingat kembali video yang telah ditayangkan dan menceritakan apa yang mereka nampak.

Guru bertanya kepada beberapa orang murid mengenai makanan yang mereka makan semasa sarapan, makan tengahari dan makan malam.

Guru mencatatkan semua hidangan yang disebut oleh murid di papan tulis

Guru menerangkan kepada murid mengapakah manusia perlu mengambil makanan berkhasiat.Strategi

Kemahiran Berfikir

Mengenal pasti

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan Interpersonal

Kecerdasan Intrapersonal

Kecerdasan bahasa.

Sumber

Gambar-gambar piramid makanan dan makanan berkhasiat.

Nilai

Patuh kepada arahan

Menyayangi diri

Yakin diri

Langkah 1

(7 minit)

Penerangan Guru tentang topik pembelajaran

Topik mengenai piramid makanan.

Jenis-jenis nutrien di dalam makanan

Guru menerangkan kepada murid tentang piramid makanan dan setiap bahagian tersebut.

Guru memberitahu murid-murid tentang nutrien-nutrien yang terkandung di dalam setiap bahagian piramid makanan tersebut.

Strategi

Kemahiran Berfikir

Membanding beza dan menjana idea.

Mengenal pasti

Sumber

Gambar piramid makanan

Gambar jenis-jenis makanan

Nilai

Patuh kepada arahan guru

Menghormati

Langkah 2

(4 minit)Kepentingan nutrien kepada tubuh badan

Guru menerangkan kepada murid tentang kepentingan nutrien kepada tubuh badan.

Guru menjelaskan satu per satu kepentingan tersebut.

Guru meminta murid membaca semula kepentingan nutrien tersebut secara kelas dan berkumpulan.

StrategiKemahiran Berfikir

Mengenal pasti

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan interpersonal

Kecerdasan intrapersonal

Sumber

Slaid

Piramid makanan

Nilai

Patuh kepada arahan guru

Menghormati

Langkah 3

(10 minit)Latihan dalam kelas

Guru menunjukkan gambar-gambar yang mengandungi makanan yang berkhasiat.

Murid melengkapkan perkataan bagi nama-nama jenis makanan yang berkhasiat.

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap tajuk ini.

Padankan gambar-gambar berikut mengikut kumpulan makanan yang betul pada piramid makan yang kosong.

StrategiKemahiran Berfikir

Membanding beza dan mengenal pasti

Sumber

Lembaran kerja

Gambar-gambar makanan berkhasiat

Nilai

Patuh kepada arahan guru

Yakin diri

Penutup

(4 minit)Soal Jawab

Guru memberi soalan kepada murid-murid mengenai tajuk yang dipelajari pada hari ini.

Guru mengulas secara ringkas tentang topik yang dibincangkan.

Meminta murid menyebut kembali nama makanan berkhasiat mengikut jenisnya.

Rumusan

Guru memberitahu dan menasihati murid-murid agar mengambil pemakanan yang seimbang dan juga makanan yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan. Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?

Apakah kepentingan pengambilan nutrien kepada tubuh badan?

Murid menjawab soalan guru dan bertanya sekiranya terdapat kekeliruan.

Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru dengan tekun dan cuba menerapkan nasihat yang diberi di dalam kehidupan seharian.Strategi

Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan interpersonal

Kecerdasan intrapersonal

Sumber

Slaid

Lembaran kerja

Buku teks

Nilai

Patuh kepada arahan guru

Menyayangi diri

Lembaran KerjaArahan : Gunting makanan berikut dan tampalkan di piramid makanan yang disediakan :

BibiliografiAbd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.Baden, M.S & Major, C.H. (2004). Foundation of Problem-Based Learning. USA: Mc Graw Hill Education.Bloom, B. S. (ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives handbook I: Cognitive domain. New York: McKay.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. N.S. Rajendran (2000). Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir. Seminar Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan 2000 anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan, dari 3 hingga 4 Oktober.

N.S. Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesesiaan Guru Mengendalikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Seminar Projek KBKK: Poster warisan Pendidikan-Wawasan anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, dari 1 hingga 2 Ogos OUM (2014). HBHE 1203 Pedagogi Pendidikan Kesihatan.Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Siti Norbaizura bt Hj Awad (2006). Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Pendekatan Problem Based Learning (PBL) Suatu Tinjauan Di Universiti Sains Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana MudaSupramani, S. (2006). Penyoalan Guru: Pemangki Pemikiran Aras Tinggi Murid. Jurnal Pendidikan. Universiti MalayaWilen, W. W. (1995). A rationale for developing students critical thinking through questioning. Jurnal Pendidikan Guru, 10,33-44.

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush