program kesihatan sekolah (tugasan kumpulan)
TRANSCRIPT
PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
Pengenalan
Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967 dengan tujuan
utamanya untuk melahirkan pelajar-pelajar dan masyarakan sekolah yang sihat cergas dan
prodaktif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek " Health Promoting School"
(HPS ) atau Program Kesihatan Sekolah (PKS) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah,
Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep "HPS" yang
diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ) berteraskan Ottawa Charter.
Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada bulan Disember 1996 di antara
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan
supaya RKS sedia ada diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah
Sihat ( PBSS ).
Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan
dengan kesihatan sekolah. Berkaitan kesihatan, KPM telah mengeluarkan beberapa pekeliling
ikhtisas, surat siaran dan buku-buku panduan seperti
1. Garis Panduan amalan kebersihan sekolah 1997,
2. Panduan Melaksanakan PBSS,
3. Buku Panduan PROSTAR dan Modul Latihan PROSTAR,
4. Garis Panduan Rancangan Makanan Tambahan,
5. Garis Panduan Program Susu Sekolah,
6. Panduan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi di Sekolah 2005.
Perkhidmatan kesihatan di bawah PBSS termasuklah menilai status kesihatan murid,
memberi khidmat rawatan dan rujukan, memberi bimbingan kaunseling, memberi penjagaan
rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiagnosis dan
membantu penempatan kanak-kanak keperluan khas.
Rasional
Usaha ini diwujudakan berdasarkan beberapa rasional seperti berikut:
2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu .
2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan kepada keperluan semasa.
2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga sekolah.
2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya.
2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.
2.6 Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu.
Berdasarkan pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap
sekolah.Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang
sihat, produktif dan berkualiti.
Matlamat.
Membentuk sikap dan perlakuan yangg positif terhadap kesihatan. Melahirkan warga
sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
negara.
Objektif.
Objektif Program Bersepadu Sekolah Sihat agar dapat:
1. Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah.
2. Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan
sihat.
3. Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup
sihat.
4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan
supaya setiap warga sekolah yang bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan
diri, keluarga dan masyarakat.
5. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program kesihatan
sekolah.
6. Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi:
6.1 Menilai taraf kesihatan murid
6.2 Memberi khidmat rawatan dan rujukan.
6.3 Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan masalah
kesihatan murid.
6.4 Memberi penjagaan/rawatan kecemasan terhadap penyakit- penyakit di sekolah.
6.5 Mencegah dan mengawal kejadian penyakit.
6.6 Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang upaya.
Bagi mencapai matlamat dan objektif sekolah sihat, kerajaam telah melaksanakan
beberapa Program Bersepadu Sekolah Sihat, pihak program kesihatan di sekolah.
menunjukkan beberapa program kesihatan yang dijalankan di sekolah:
a) Rancangan Makanan Tambahan (RMI)
b) Program Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan (3K) .
c) Program Susu Sekolah (PSS)
d) Sekolah kawasan larangan merokok
e) Perkhidmatan pergigian
f) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (PKS)
g) Sekolah bebas denggi.
A. RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)
Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang
terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal,
kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid
mendapat makanan yang seimbang.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri
(JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha
kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi
kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila
Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah
diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi
keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid.
Kriteria pemilihan
Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan
RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.
Kadar dan Peruntukan
Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi
murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak
mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak
mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan
sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.
Strategi Perlaksanaan
Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab
mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta
tempat hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang
disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau
dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan sesuaian
dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95% sekolah di
Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh murid
beberapa minit sebelum waktu rehat.
B. PROGRAM SUSU SEKOLAH (PSS)
Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang
berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat
makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid
sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum
murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di
peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah
terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang,
iaitu RM 800 per kapita.
PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai
tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a. Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada
secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
b. Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang
dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian
atau sukarela.
Objektif Program:
i. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim
Susu Bayaran
ii. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang
rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
iii. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan
bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
iv. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
v. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung
dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
vi. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan
pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.
C. Perkhidmatan Pergigian Sekolah
Perkhidmatan pergigian sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957. Penjagaan
kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk memastikan murid-
murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila mereka tamat zaman
persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid tersebut
diberikan oleh jururawat pergigian dan pegawai pergigian.
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:
1. Klinik Pergigian Sekolah
Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah rendah
atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.
2. Pasukan Pergigian Bergerak
Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-murid
sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman. Klinik pergigian sementara diadakan
di tempat yang sesuai di sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.
3. Klinik Pergigian Bergerak
Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan kerusi dan
peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-
sekolah yang mempunyai ruang terhad.
Jenis Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas termasuk
pemeriksaan, pendidikan kesihatan pergigian, tampalan, cabutan, penskaleran dan profilaxis.
Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah tersebut akan dirujuk kepada pakar
pergigian. Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid di sekolah tidak dikenakan
sebarang bayaran kecuali dentur, korona dan ortodontik. Semua murid sekolah rendah dan
menengah yang mendapat keizinan / kebenaran rawatan daripada ibu bapa atau penjaga,
layak menerima rawatan.
D. Pencegahan Denggi di Sekolah-sekolah.
Program Sekolah Bebas Denggi bertujuan untuk menjadikan amalan kebersihan
sebagai budaya cara hidup sihat. Ia juga berperanan memupuk sikap keprihatinan dan
komitmen yang tinggi di kalangan warga sekolah tentang Pendidikan Pencegahan
Demam Denggi. Menjadikan murid sebagai agen perubahan terhadap pencegahan
pembiakan nyamuk aedes. Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif
dan bebas pembiakan nyamuk aedes.
Peranan Jawatan Kuasa Pencegahan Denggi.
1. Merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan Pencegahan Pembiakan Nyamuk
Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi.
2. Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaras aktiviti Pendidikan Pencegahan
Denggi Dan Peranan Murid Sebagai Agen Perubahan Di Sekolah.
3. Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam
pelbagai kaedah dan media.
4. Melibatkan Pihak Luar Seperti Agensi Kerajaan Dan Swasta Dalam Merancang Serta
Melaksanakan Program Pencegahan Denggi.
5. Memantau Dan Melaporkan Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah
Kepada JPN / PPD.
6. Memantau, Melapor Dan Merujuk Kes-Kes Yang Disyaki Demam Denggi Kepada
Pihak Berwajib.
Peranan Guru.
1. Meningkatkan Pengetahuan Dan Kemahiran Murid Mengenai Cara Menjaga
Kebersihan Diri Dari Aspek Rohani Dan Jasmani.
2. Meningkatkan Kesedaran Murid Pentingnya Kesihatan Dalam Kehidupan Seharian.
3. Meningkatkan Amalan Menjaga Kesihatan Diri Sepanjang Hayat.
Peranan Murid.
Di Sekolah.
1. Mengetahui Dan Memahami Bahaya Nyamuk Aedes Dan Demam Denggi.
2. Membantu Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah.
3. Memaklumkan Kepada Guru Sekiranya Melihat / Mengetahui Ada Tempat-Tempat
Pembiakan Aedes.
4. Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Gotong Royong Membersihkan Kawasan
Sekolah.
5. Memaklumkan Kepada Guru Jika Diri Dan Rakan-Rakan Demam.
Di Rumah.
1. Memberikan Penerangan Kepada Keluarga Berkaitan Bahaya Nyamuk Aedes Dan
Demam Denggi.
2. Membersih Kaeasan Rumah Bersdama Keluarga Setiap Minggu.
3. Membuat Pemeriksaan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Di Dalam Dan Di
Luar Rumah. Menghapuskan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes Dengan
Membersihkannya Atau Membubuh Ubat Jentik-Jentik.
4. Elakkan Berada Di Luar Rumah Pada Masa Nyamuk Aedes Aktif Menggigit Iaitu
Pada Awal Pagi ( 5.00 - 8.00 ) pg dan Lewat Petang ( 5.00 - 7.00 ). Memakai Baju
Berlengan Panjang Dan Seluar Panjang Jika Perlu Berada Di Luar Rumah.
Di Dalam Masyarakat.
1. Memaklumkan Kepada Jiran Dan Masyarakat Setempat Tentang Bahaya Nyamuk
Aedes Dan Demam Denggi.
2. Melibatkan Diri Dalam Aktiviti-Aktiviti Kemasyarakatan Seperti Gotong Royong,
Pameran Dan Sebagainya.
3. Melakukan Aktiviti-Aktiviti Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes Seperti
Menanam Semua Jenis Bekas Terbuang Yang Boleh Menakung Air Dan Membubuh
Ubat Jentik-Jentik Ke Dalam Bekas-Bekas Air Simpanan Dan Sebagainya.
4. Memaklumkan Kepada Masyarakat Untuk Mendapatkan Rawatan Di Klinik Atau
Hospital Jika Ada Tanda-Tanda Demam.
Perancangan Aktiviti.
1. Mengadakan Mesyuarat 4 kali setahun.
2. Penyebaran Maklumat Kepada Warga Sekolah Dan Ibubapa.
3. Gotong-Royong.
4. Pemeriksaan Mingguan Kawasan Sekolah Dengan Menggunakan Borang Senarai
Semak Pencegahan Denggi ( SSPD ).
5. Menghantar Laporan Bulanan Ke JPN.
6. Melaksanakan Secara Berterusan Program Aktiviti Pendidikan Pencegahan Denggi,
Ceramah, Pameran, Sudut Kesihatan, Minggu Kesihatan Dan Lain-lain.
7. Mewujudkan Kawasan Angkat Kepada Murid / Komuniti Untuk Pembersihan
Kawasan.
Tindakan Untuk Sekolah Yang Berada Di Kawasan Yang Diwartakan "Hot Spot" Denggi :
1. Wujudkan Task Force / Flying Squad Bagi Memantau Dan Mengambil Tindakan
Segera Menangani Masalah Pembiakan Nyamuk Aedes.
2. Pemeriksaan Harian Kawasan Sekolah Menggunakan Senarai Semak Pencegahan
Denggi ( SSPD ).
3. Menghantar Laporan Secara Mingguan Ke JPN.
4. Berhung Dengan Pusat / Jabatan Kesihatan Bagi Mendapat Khidmat Nasihat /
Bantuan Bagi Menangani Masalah Pembiakan Nyamuk Aedes.
5. Memantau / Membuat Laporan Segera Jika Warga Sekolah Disyaki Mengidap
Penyakit Demam Denggi.
Antara Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes.
1. Pam Tandas.
2. Bawah Penutup Longkang.
3. Tong Deram Berisi Air.
4. Kanvas.
5. Parit Bangunan.
6. Tanki Septik.
7. Tempurung Kelapa.
8. Celah Rekahan Simen.
9. Seludang Kelapa.
10. Mangkuk Tandas Yang Tidak Berfungsi.
11. Kolam.
12. Pelapik Rak Pinggan.
13. Pasu Hiasan.
14. Botol Kosong.
15. Bekas Minuman.
16. Tin-Tin Kosong.
17. Tayar Buruk.
18. Pasu Bunga.
19. Alas Pasu Bunga.
20. Talam Peti Sejuk.
21. Tempayan.
22. Baldi.
E. Sekolah Kawasan larangan Merokok
Sekolah adalah kawasan bebas rokok. Kegiatan merokok di kalangan pelajar kini
amat membimbangkan. Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang dijalankan, semakin ramai
pelajar yang merokok malah ada yang bermula sejak sekolah rendah. Jika perkara ini tidak
dapat ditangani, ia mungkin membawa masalah yang lebih besar lagi seperti masalah disiplin,
penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Semua guru, kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan
sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah. Larangan ini meliputi
keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau
tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.
Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta untuk menguatkuasakan Sekolah
Sebagai Kawasan Larangan Merokok. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 untuk
perhatian dan tindakan semua pihak.
Satu amkluman daripada Pejabat Kesihatan, pemantauan dan tangkapan boleh dibuat di
premis sekolah seandainya terdapat guru atau kakitangan yang merokok di kawasan sekolah.
Penilaian dan pemantauan kantin juga merangkumi hal rokok. Pejabat Kesihatan juga akan
membuat tangkapan/ saman kompaun / notis terhadap pelajar yang merokok di luar kawasan
sekolah.
F. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia khusus untuk murid-murid sekolah yang berada di sekolah-
sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia. Perkhidmatan kesihatan ini telah dimulakan di
negara ini pada tahun 1967 dan mulai 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah mula
ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di
Malaysia.
Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan
pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital.
Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut:
1) Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan,
pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
2) Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik
murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal
dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
3) Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang
sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.
Secara Umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di
Malaysia mendapat faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategori
murid yang diberi pemeriksaan kesihatan adalah:
1. Pra- Sekolah (Kebersihan diri, kepentingan penjagaan kesihatan,kepentingan kedatangan
ke klinik bagi kanak-kanak, pemakanan, demonstrasi cuci tangan)
2. Tahun 1(Perkembangan diri remaja, kebersihan diri, bahaya rokok, demam denggi, jagaan
semasa haid)
3. Tahun 6 (Perkembangan diri remaja, kebersihan diri, bahaya rokok, demam denggi, jagaan
semasa haid)
4. Tingkatan 3 (Merokok- kanser-paru, perkembangan diri remaja, Gejala sosial)
Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama.
Iaitu:
i) Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
ii) Perkhidmatan Pergigian Sekolah
iii) Perkhidmatan Alam Sekitar
Tujuan: mengenai meningkatkan amalan pengetahuan kesihatan diri, menggalakkan amalan
cara hidup sihat dan memastikan persekitaranm sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat.
Kepentingan Program Kesihatan Sekolah
Program Kesihatan Sekolah (RKS) meliputi semua kegiatan dan pengalaman yang direka
untuk mempertahankan , mengalakkan dan menjaga kesihatan murid-murid dan kegiatan
sekolah secara optima untuk mengalakkan keadaan hidup sihat di sekolah serta membina
pengetahuan , sikap dan kebiasaan yang diingini mengenai kesihatan . Kesihatan adalah
disasarkan kepada tiga kelompok masyarakat iaitu individu, keluarga dan komuniti.
Kerjasama di antara masyarakat (individu,keluarga dan komuniti) dan sekolah mengalakkan
penglibatan masyarakat dan sekolah dalam semua aktiviti kesihatan , melalui Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK),
Persatuan-persatuan , Jabatan-jabatan Kerajaan dan Bukan Kerajaan. Kerjasama tersebut
membolehkan beberapa tindakan yang berfaedah seperti berikut :
a) Pemeliharaan Persekitaran
1) Kawalan pembiakan vector
2) Pembuangan sampah dan saliran air limpah yang sempurna
3) Kawasan yang cantik,bersih,selesa dan selamat
b) Struktur Fizikal
1. Lokasi yang sesuai
2. Bangunan yang selamat.
3. Pengudaraan yang sempurna
4. Pencahayaan yang cukup
5. Kemudahan bilik darjah dan asrama yang mencukupi, peralatan yang
sesuai ,menyediakan bilik rawatan yang sesuai.
PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)
Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah
mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan,
kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004,
program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan
menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan,
Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat,
Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.
Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua
program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan
Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.
Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah
(3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa
keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran,
program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya
menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah
sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan
oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan
pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.
Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan
keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak
sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat.
Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia.
c) masyakarat boleh sumbangkan kepada sekolah kerjasama meliputi :- 1) 2) 3) Jadual 1 :
Tindakan dengan kerjasama masyarakat Kerjasama di antara Masyarakat dan sekolah
Penyediaan tandas yang mencukupi untuk muridmurid dan kakitangan Kemudahan bekalan
air yang selamat dan mencukupi. Keadaan kantin yang bersih dan selamat di samping
pengendalian makanan yang sempurna
Enam teras utama PBSS Terdapat eman teras utama yang digariskan untuk
mewujudkan satu pendekatan bersepadu di antara sektor awam , sektor swasta dan
masyarakat ke arah melahirkan sekolah sihat. Gambarajah 2 menunjukkan teras utama
PBSS. Polisi Kesihatan Sekolah Kemahiran Kesihatan Diri Persekitaran Fizikal
Sekolah PBSS Perkidmatan Kesihatan Sekolah Persekitaran Sosial Sekolah
Penglibatan Komuniti Gambarajah 1 : Enam teras utama PBSS 5.1 Polisi Kesihatan
Sekolah Polisi kesihatan sekolah ialah pernyataan yang menentukan tindakan dan
keperluan sumber bagi mempromosikan kesihatan. Polisi ini berfungsi sebagai : a)
Menyediakan piagam sekolah sebagai panduan kepada warga sekolah danmasyarakat
luar. b) Merancang dan mengawasi pelaksanaan polisi kesihatan. Beberapa polisi
yang boleh dibentuk oleh sesebuah sekolah yang berkaitan dan bersesuaian dengan
keperluan sekolah. Gambarajah 2 menunjukkan beberapa polisi yang dibentuk di
sekolah.
Polisi kawalan penyakit Polisi keselamatan sekolah Polisi persekitaran fizikal sekolah
Polisi pertolongan cemas Polisi persekitaran sosial sekolah Polisi sekolah Polisi
keselamatan makanan di kantin sekolah Polisi pendidikan kesihatan Gambarajah 2:
Polisi yang dibentuk di sekolah. 5.2 Persekitaran Fizikal Sekolah Persekitaran fizikal
sekolah yang sihat dan selamat ialah keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan
asas dan fizikal yang sentiasa bersih, ceria, selamat dan sihat . Persekitaran tersebut
berfungsi untuk: a) Mewujudkan persekitaran fizikal yang bersih dan selamat b)
Mewujudkan persekitaran yang bebas daripada risiko jangkitan penyakit. c)
Memastikan semua kemudahan asas di sekolah mencukupi dan sentiasa dalam
keadaan bersih , ceria , selamat , dan sihat yang merangkumi : i. Bangunan sekolah ii.
Bilik darjah iii. Tandas iv. Bekalan air v. Telefon vi. Kebun/landskap
vii. Makmal viii. Kantin ix. Asrama x. Klinik xi. Dewan xii. Tempat letak kereta xiii.
Pagar xiv. Perparitan xv. Sistem pembangunan sisa pepejal xvi. Pili bomba dan xvii.
Padang permainan Bagi memastikan persekitaran fizikal sekolah yang sempurna
beberapa perkara perlu diambil kira, iaitu: 1) Persekitaran yang bersih dan selamat
bagi menggalakkan amalan kesihatan, mengurangkan risiko jangkitan penyakit-
penyakit dan kejadian kemalangan di sekolah. 2) Kebersihan kantin , dapur asrama
dan dewan makan sekolah sentiasa bersih , selamat dan mematuhi peraturan-peraturan
kesihatan yang terdapat dalam ’’ Garis Panduan Kantin Sekolah’’ dan ’’ Pekeliling
Pembangunan dan bekalan Bil.2/1994 (pengendalian Asrama)’’. 3) Memastikan
pengalaman , penyediaan dan pengambilan makanan berkhasiat dan bermutu oleh
warga sekolah selaras dengan dasar pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia
semasa. 4) Mewujudkan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas asap rokok dan
Pengetua , Guru Besar atau guru diberikan kuasa untuk mengkompaun di bawah
Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau1993. 5) Memastikan sekolah bebas
dari pembiakan nyamuk Aedes mengikut ’’ Buku Panduan Program Bebas Denggi di
Sekolah 1994 ’’. 6) Memastikan persekitaran sekolah bebas dari pencemaran udara ,
air dan
bunyi bising. Pemantaun dan penilaian Petunjuk-petunjuk yang diambil kira ialah ; 1)
Peratus sekolah mempunyai ’rating’> 70% untuk 3K (keceriaan,keindahan dan
keselamatan ). 2) Peratus sekolah melaksanakan program bebas denggi di sekolah. 3)
Peratus sekolah mencapai >75% ’rating’ premis makanan . 4) Peratus sekolah
mencapai 75% ’rating’ premis makanan. 5) Peratus sekolah mematuhi 100%
peraturan larangan merokok. 6) Peratus sekolah bebas daripada kemalangan di
sekolah. 5.3 Persekitaran Sosial Sekolah Persekitaran sosial yang sihat dan selamat
ialah persekitaran yang boleh membentuk sikap dan amalan ke arah membina sahsiah
warga sekolah yang murni dapat mengatasi segala cabaran sama ada cabaran mental
atau fizikal. Persekitaran sosial sekolah yang baik berupaya menyediakan beberapa
perkara iaitu: 1) Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan
mental yang sihat dan mengurangkan tekanan (stress) di kalangan warga sekolah. 2)
Menyediakan persekitraran sosial yang sihat untuk perkembangan yang seimbang dari
segi jasmani , emosi , rohani, dan intelek warga sekolah. Persekitaran sosial yang
sihat dan selamat boleh membantu membentuk pelajar yang seimbang dari kesihatan
mental dan fizikal . Beberapa aktiviti boleh dilaksanakan bagi merealisasikan
matlamat tersebut . Aktiviti-aktiviti yang dijalankan perlu berupaya : 1) Membina
ketahanan mental dan keyakinan diri warga sekolah melalui penghayatan agama dan
nilai-nilai murni. 2) Mewujudkan pelbagai aktiviti untuk mengurangkan tekanan
(stress) dalam kalangan warga sekolah seperti kegiatan Pembimbing Rakan Sebaya ,
rekreasi , hobi, ”punching bag’’, sudut pidato dan papan conteng. 3) Memberi
perkhidmatan kaunseling terhadap kes-kes yang memerlukan.
4) Melaksanakan amalan cara hidup sihat pada setiap masa. 5) Menangani kes-kes
disiplin warga sekolah mengikut peruntukan Peraturan peraturan Disiplin yang sedia
ada. 6) Menggalakkan pembentukan sahsiah yang murni melalui proses pengajaran
dan pembelajaran , Kem Motivasi , Kem Bina Semangat , Kem Ibadat , Kursus
Kepimpinan, Rakan Muda , PROSTAR dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian. 7)
Memberi bantuan/sokongan moral , khidmat nasihat dan sokongan kewangan seperti
Biasiswa , Tabung Kebajikan dan Insurans Takaful. Pemantauan dan Penilaian
Indikator-indikator: 1) Peratus sekolah bebas daripada penggunaan dadah 2) Peratus
sekolah bebas dari kes jenayah 3) Peratus sekolah menjalankan program PROSTAR
4) Peratus sekolah menjalankan aktiviti khidmat nasihat/ kaunseling / anti stress. 5.4
Penglibatan Komuniti Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk kerjasama di antara
warga sekolah, ibubapa serta masyarakat yang menyokong dan meningkatkan tahap
kesihatan warga sekolah. Penglibatkan tersebut berfungsi seperti berikut:
1) Penglibatan aktif dalam aktiviti kesihatan
2) Melibatan diri dalam bentuk tenaga kepakaran /bahan /kewanagan. 3) Memberi
dorongan dan sokongan moral kepada murid. 4) Menjadi ’role model ’ amalan cara hidup
sihat. Untuk mencapai matlamat PBSS , beberapa aktiviti boleh dijalankan untuk
memenuhi fungsi penglibatan komuniti. Gambarajah 3 menunjukkan aktitivi yang
dijalankan di sekolah dengan kerjasama komuniti.
PROSTAR (Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja) •Aktiviti meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran komuniti dan warga sekolah tentang bahaya , cara
pencegahan dan kawalan AIDS di samping menanam sikap positif dan prihatin gejala
sosial terutama gelaja seks bebas dan penagihan dadah. Gambar 1: Aktiviti
perkhemahan di bawah Program PROSTAR Anti merokok. •Aktiviti promosi anti
merokok dan penguatkuasaan di sekolah sebagai kawasan larangan merokok
melibatkan warga sekolah dan komuniti. Gambar 2: Kempen dan pameran anti
merokok di sekolah. Sekolah bebas denggi. •Aktiviti meningkatkan kefahaman ,
kesedaran dan kemahiran dalam mencegah dan mengawal demam denggi yang
melibatkan warga . sekolah dan komuniti
Gambar 3; Aktiviti gotong royong di bawah program sekolah bebas denggi. Kempen
cara hidup sihat •Mengadakan aktiviti-aktiviti kempen cara hidup sihat mengikut tema
tahunan. Gambar 4: Aktiviti dan kempen cara hidup sihat yang dijalankan di sekolah.
program kantin sihat •Merancang , melaksana dan mengawasi penyediaan,
pemprosesan, hidangan dan penjualan makanan sihat di kantin sekolah oleh warga
sekolah dan komuniti. Gambar 5: Kempen kantin sihat. Sekolah bersih •
Mempertingkatkan dan mempromosikan kebersihan dan keceriaan sekolah.
Gambar 6: Akvitivi gotong-royong dan kitar semula yang dijalankan di sekolah.
Bebas dadah • Melaksanakan Program Sijil Lencana Anti-Dadah , aktiviti
peningkatan kesedaran pelajar akan bahaya penyalahgunaan dadah serta langkah
pencegahan dan pengawalan. Gambar 7: Ceramah Agenti Anti Dadah Kebangsaan di
sekolah Keselamatan • Melibatkan warga sekolah dan komuniti dalam aktiviti
mempertingkatkan keselamatan murid. Gambar 8: Demonstrasi kebakaran yang
dijalankan di sekolah Rekreasi • Melaksanakan program rekreasi bersama komuniti
dan warga sekolah.
Gambar : Aktiviti rekreasi seperti rakit, kayak, perkhemahan yang dijalankan oleh
pihak sekolah. Agama dan kerohanian. • Melibatkan diri secara aktif dalam penerapan
nilai agama,moral,dan kerohanian Gambar 10: Slot moral dan ceramah agama yang
dijalankan disekolah. Kekeluargaan •Penglibatan komuniti dan warga sekolah dalam
aktiviti Gambar 11: Aktiviti hari keluarga yang diadakan di sekolah rendah. Program
Doktor Muda •Program yang mempromosikan kasihatan di kalangan murid sekolah
rendah. •kelolaan bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Gambar 12: Aktiviti Kelab Doktor Muda di sekolah. 5.5 Kemahiran kesihatan diri
Merupakan suatu usaha untuk membentuk sikap yang positif ke arah amalan cara
hidup dalam kalangan warga sekolah. Kemahiran tersebut penting bagi mengadakan
pembelajaran dan pengajaran yang formal dan tidak formal dalam mengendalikan
kesihatan fizikal , mental , rohani , dan sosial serta alam sekeliling ke arah amalan
cara hidup yang sihat. Beberapa aktiviti kemahiran Kesihatan Diri boleh
dijalankan,samaada melalui pendidikan formal dan tidak formal di sekolah. Aktiviti-
aktiviti tersebut adalah seperti berikut: i. Kesihatan fizikal a) Kebersihan diri 1) Murid
–murid mestilah diajar tentang kebersihan diri yang ditetapkan di dalam kurikulum
sekolah. 2) Sekolah perlu memastikan setiap murid mengamalkan kebersihan diri
setiap masa melalui kaedah pemeriksaan oleh guru , latihan amali dan demontrasi 3)
Murid perlu bertanggungjawab terhadap kebersihan diri sepanjang masa seperti
berpakaian kemas dan bersih,rambut kemas dan bersih , kuku pendek dan bersih serta
gigi dan mulut/hidung yang bersih. Gambar menunjukkan pemeriksaan yang
dijalankan oleh guru demi menjaga kebersihan murid di sekolah.
b) Kesihatan Pergigian 1) Sekolah perlu memastikan supaya aktiviti kesihatan
pergigian diajar dan diamalkan di sekolah. 2) Sekolah perlu mengadakan kemudahan
untuk latihan amali kebersihan gigi. Gambar menunjukkan latihan amali yang
dijalankan di sekolah c) Senaman dan kecergasan 1) Sekolah perlu memperuntukan
sekurang-kurangnya dua masa pelajaran dalam seminggu untuk senaman yang
dijalankan Gambar menunjukkan latihan amali dan kecergasan. di sekolah 2) Sekolah
perlu mengadakan kemudahan dan peralatan untuk senaman dan kecergasan 3) Murid
dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti senaman dan kecergasan. d)
Makan secara sihat Gambar menunjukkan aktiviti senamrobik yang dijalankan di
sekolah. 1) Sekolah mestilah mengajar konsep makan secara sihat kepada setiap
murid melalui kurikulum dan lain-lain aktiviti yang tidak formal. 2) Sekolah perlu
memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah adalah bersih, selamat dan berzat
3) Murid mestilah digalakkan untuk memilih makanan yang berzat , bersih dan
selamat. Gambar menunjukkan aktiviti senamrobik yang dijalankan di sekolah.
e) Anatomi dan fisiologi tubuh badan 1) Guru dan murid perlu diberi pengetahuan
asas mengenai struktur dan fungsi tubuh badan melalui pendidikan formal. 2) Guru
dan murid perlu didedahkan kepada pengetahuan tentang perkembangan dan
pertumbuhan fizikal. 3) Guru dan murid perlu didedahkan kepada masalah yang
berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal. Gambar menunjukkan
pameran tentang anatomi dan fisiologi tubuh badan. Gambar menunjukkan pameran
tentang anatomi dan fisiologi tubuh badan. f) Pertolongan cemas 1) Sekolah perlu
melatih guru dan warga sekolah berkaitan pertolongan cemas. 2) Sekolah perlu
menyediakan sekurang-kurangnya satu peti kecemasan dalam setiap bilik darjah. 3)
Murid perlu mempelajari kaedah pertolongan cemas. Gambar menunjukkan aktiviti
pertolongan cemas yang dijalankan oleh pelajar sekolah.
ii. Kesihatan mental dan sosial a) Perkembangan mental dan sosial 1) Guru dan murid
perlu didedahkan kepada pengetahuan mengenai perkembangan mental dan sosial
yang normal. b) Tekanan rakan sebaya dan keluarga 1) Murid perlu diberi kemahiran
untuk menangani masalah berkaitan dengan rakan sebaya dan keluarga. 2) Guru
hendaklah didedahkan kepada cara-cara mengenal pasti masalah kesihatan mental dan
sosial dalam kalangan murid. 3) Sekolah perlu menyediakan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling kepada warga sekolah. Pemantauan dan penilaian Pemantauan dan
penilaian Pendidikan Kesihatan Sekolah meliputi aspek-aspek berikut: a) Pendidikan
kesihatan formal 1) Ujian bertulis selepas topik / penggal / tahunan 2) Ujian lisan
selepas setiap topik / penggal / tahunan 3) Kajian semula Kurikulum Sekolah yang
Formal 4) Skor tingkah laku berkala 5) Laporan untuk setiap projek 6) Senarai semak
setiap penyeliaan berkala yang dijalankan b) Pendidikan Kesihatan Tidak Formal i.
Laporan Tahunan Oleh: 1) Jawatankuasa kesihatan sekolah 2) Kelab kesihatan
sekolah 3) Biro kesihatan ii. Senarai semak bagi pemeriksaan fizikal dan persekitaran
sekolah. iii. Skor pemeriksaan kesihatan diri.
iv. Hadiah dan penghargaan bagi setiap aktiviti promosi kesihatan di sekolah iaitu
pertandingan kesihatan,kuiz kesihatan dan pameran kesihatan. v. Skor tingkahlaku
selepas kaunseling. 5.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Perkhidmatan kesihatan
sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan , penjagaan kesihatan ,
rawatan , rujukan serta penempatan di dalam kelas khas yang diberi oleh doktor
perubatan dan pergigian, kakitangan kejururawatan dan guru-guru untuk pencapaian
kesihatan optimum warga sekolah. Perkhidmatan kesihatan sekolah berperanan untuk:
1) Memaklumkan guru dan ibu bapa mengenai tahap kesihatan murid bagi
membolehkan rawatan lanjut dan tindakan susulan bagi kes tertentu. 2) Membina
kefahaman dan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum
dan amalan cara hidup sihat. 3) Rancangan khas seperti rancangan makanan tambahan
dan program susu sekolah kepada murid dilaksanakan dengan sempurna. 4)
Menyediakan khidmat pertolongan cemas dan rujukan kepada warga sekolah . 5)
Mengesan masalah kesihatan,merawat dan merujuk kes yang memerlukan perhatian
serta tindakan lanjut. 6) Menyediakan pemantauan dan penilaian ke atas aktiviti-
aktiviti kesihatan sekolah. 7) Mencegah dan mengawal kejadian penyakit. Aktiviti –
aktiviti Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah:
1) Penilaian Status Kesihatan 2) Rujukan dan Tindakan Susulan 3) Khidmat
Kaunseling 4) Pemakanan 5) Pergigian 6) Pertolongan cemas 7) Pendidikan
Kesihatan 8) Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Pemantauan dan Penilaian a)
Pemeriksaan Status Kesihatan 1) Peratus murid yang diperiksa oleh jururawat dan
doktor. 2) Kadar pengesanan cacat penglihatan. 3) Liputan imunisasi 4) Kadar
kejadian penyakit b) Rujukan dan Tindakan Susulan 1) Bilangan kes dirujuk 2)
Bilangan kes keciciran daripada kes rujukan c) Pemeriksaan Status Pemakanan d)
Pemeriksaan Status Kesihatan Pergigian 1) Peratus murid dengan tahap kebersihan
gigi yang optima. 2) Peratus murid yang diberi rawatan sehingga tahap ” demofitness”
e) Pertolongan Cemas 1) 6.0 Bilangan dan peratus peti pertolongan cemas yang
lengkap Surat- surat pekeliling Surat pekeliling merupakan satu Warta Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang diedarkan dari semasa ke
semasa.Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan satu tugasan
dan perkhidmatan.Surat tersebut juga merupakan satu punca kuasa yang perlu
dipatuhi oleh penjawat awam. Terdapat beberapa tujuan untuk mewartakan surat
pekeliling tersebut. Antaranya ialah surat pekeliling adalah merupakan satu peringatan
dan tindak
awal atau langkah keselamatan. Ia juga sebagai langkah kawalan dan pencegahan bagi
tujuan penjimatan dan salah guna. Tujuan SPI diwartakan sebagai satu peraturan dan
perlindungan dan juga merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan
suatu tugasan dan perkhidmatan. Sasaran surat pekeliling tertumpu kepada pelajar,
guru, pentadbir( sekolah, PPD, JPN), ibu bapa dan agensi luar ( NGO & GO). Surat
pekeliling diwartakan untuk setiap perkara mahupun program yang dijalankan di
sekolah. Program kesihatan sekolah juga mempunyai surat pekeliling yang khas.
Dalam surat pekeliling tidak dinyatakan khusus tentang program kesihatan sekolah
malah ia merangkumi segala tentang kesihatan murid di sekolah.
Surat Pekeliling Iktisas berkaitan Program Kesihatan Sekolah
i. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/ 1998 – Menjaga kesihatan pelajar di sekolah.
Kandungan surat pekeliling tersebut adalah menyatakan tentang lapan langkah untuk
menjaga kesihatan pelajar di sekolah untuk mewujudkan sekolah sihat iaitu sesuai dengan
konsep dan matlamat Program Bersepadu Sekolah Sihat.
ii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2003 – Inisiatif meningkatkan keselamatan
kesihatan dan keceriaan Sekolah ( 3K ) .
Kandungannya adalah seperti berikut iaitu dikeluarkan dengan tujuan untuk
memaklumkan bahawa mulai tahun 2004, hanya terdapat satu program sahaja yang dikenali
sebagai Inisiatif Meningkatakan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah ( 3K). Di
bawah proram ini terdapat tiga program berasingan iaitu Program Sekolah Selamat, Program
Kesihatan dan Kebersihan dan Program Keceriaan danKeindahan Sekolah. Pihak berkuasa
mengambil berat tentang kesihatan pelajar sekolah bagi memastikan mereka mencapai tahap
kesihatan yang optimum.
iii. Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6 /1998 - Menjaga Kesihatan Pelajar Di Sekolah.
(Bertarikh 31 Mac 1998)
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap
kepentingan kesihatan dan keselamatan pelajar.Usaha-usaha untuk melindung, menjaga dan
memelihara kesihatan dan keselamatan pelajar hendaklah diberi keutamaan.Surat Pekeliling
lkhtisas ini bertujuan untuk mengingatkan semua JabatanPendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah supaya proaktif danprihatin terhadap aspek-aspek
kesihatan pelajar, khususnya yang ada kaitan denganperkembangan kesihatan rohani, emosi
dan sosial mereka.
Sedutan Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 6/ 1998 4.
Antara tindakan-tindakan yang digerakkan dengan segera adalah:
4.1 Elakkan aktiviti yang boleh mendedahkan pelajar, untuk jangka masa yang lama, kepada
keadaan cuaca yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, seperti jerebu dan cuaca panas.
4.2 Pastikan premis dan persekitaran sekolah , termasuk asrama dan kantin ,sentiasa dalam
keadaan bersih, selesa dan selamat, supaya pelajar tidak dijangkiti penyakit.
4.3 Melaporkan semua kes penyakit berjangkit kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran
dan tidak membenarkan pelajar yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke
sekolah untuk suatu tempoh yang difikirkan wajar.
4.4 Mengawal selia penyediaan dan penjualan makanan di kantin dan asrama supaya kejadian
keracunan makanan di sekolah dapat dielakkan.
4.5 Mengawasi secara berterusan penjualan makanan di kantin, supaya makanan untuk
pelajar mencukupi, harga jualan dipatuhi seperti dalam perianjian, dan sesuai dengan
kemampuan perbelanjaan harian pelajar
4.6 Menangani masalah disiplin pelajar dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang
dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.
4.7 Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi -
agensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat sesuai dengan konsep dan matlamat
Program Bersepadu Sekolah Sihat yang telah dilancarkan oleh Y.B. Menteri Pendidikan
Malaysia pada tahun 1997.
4.8 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam surat-surat siaran,
pekeliling-pekeliling ikhtisas dan buku-buku panduan yang disediakan dan disiarkan dari
semasa ke semasa.
iv. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983- Garis Panduan Kempen Anti Merokok.
(Bertarikh 25hb Februari, 1983)
Semua guru-guru- dan kakitangan sekolah mempunyai peranan dalam menunjukkan contoh
dan tauladan yang baik kepada murid-murid. Mereka mempunyai tanggungjawab dalam
mencegah pelajar dari amalan merokok kerana ia boleh merosakka n kesihatan. Sekolah perlu
mengambil beberapa langkah untuk menyajakan kempen anti merokok.
Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini.
4.1 Guru-guru dan kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam
mesyuarat-mesyurat/ majlismajlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:
a. bilik guru / bilik rehat bagi guru-guru(apabila di bilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau
diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang).
b. bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid-murid bagi
kakitangan-kakitangan sekolah; dan
c. bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. Mereka juga dilarang merokok semasa
bertugas.
d. Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin sekolah Menyimpan dan menjual rokok
serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang.
v. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1982 – Kempen anti denggi di sekolah-sekolah.
Demam denggi adalah satu jenis penyakit yang merbahaya yang kian menular di
nagara kita.Semua pihak dikehendaki memainkan peranan masing-masing dalam usaha
pencegahan dan pengawalan penyakit tersebut. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian
dan tindakan:
a) Membersihkan kawasan-kawasan Sekolah, Asrama dan Persekitarannya.
b) Membunuh Nyamuk Aedes dan Mencegah Pembiakannya
c) Menegaskan usaha-usaha pendidikan mengenai Penyakit Denggi sama ada secara formal
atau tidak.
d) Menggalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat serta bekerjasama dengan agensi-
agensi lain bagi usaha pencegahan dan pengawalan penyakit ini.
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981 – Kebersihan di sekolah- sekolah. (bertarikh 16hb
September 1981) Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/ 1981
Guru-guru besar perlu diingatkan bahawa kebersihan sekolah adalah perlu dititikberatkan
setiap waktu. Kementerian Pelajaran melalui surat pekeliling ini menegaskan bahawa
tindakan positif hendaklah di ambil ole tiap-tiap Guru Besar menentukan kebersihan sekolah
dan kawasannya.Bukan hanya bangunan dan perkarangan sekolah mesti berada dalam
keadaan bersih setiap masa, tetapi adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar menentukan
bahawa semua bilik darjah termasuk pejabat sekolah, bilik setor dan lain-lain.
vi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/ 1997 – Sekolah Sebagai Kawasan Larangan
Merokok .Bertarikh 22 Mei 1997
Sedutan.
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan
untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukkan peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.
Berikutan dengan surat pekeliling ini, semua guru, kakitangan, ibu bapa atau manamana
individu yang berurusan dengan sekolah dilarang merokok di kawasan sekolah.
vii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995- keracunan makanan di sekolahsekolah.
Punca masalah keracunan makanan seringkali wujud disebabkan makanan yang dijual di
kantin sekolah, program- program makanan seperti rancangan makanan tambahan dan
program susu.
SedutanSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1995 2.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
a) Pastikanpekerjaatau pengendali makanan sentiasa mengamalkan kebersihan diri setiap
masa sama ada semasa menyedia, memasak ataupun menghidang makanan
b) Pastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk
sentiasa dalam keadaan bersih.
c) Pastikan bangunan dan semua kemudahan seperti tempat meneyedia dan menghidang
makanan di dalam keadaan bersih dan kemas.
d) Pastikan pekerja atau pengendali makanan mengamalkan amalan-amalan yang baik seperti
menjaga tubuh badan dan sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
2.1 Pihak sekolah juga diminta untuk:
a) Menggalakkan seboleh-bolehnya pengusaha/pengendali makanan,memasak makanan di
dalam kawasan sekolah.
b) Mempastikan makanan yang disediakan tidak dimasak terlalu awal sehingga semalaman,
terutama makanan-makanan yang bersantan
c) Menubuhkna jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat sekolah bagi menyelia dan
mengadakan pemeriksaan harian.
d) Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis
makanan.
e) Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan penggalakkan
kebersihan dan kesihatan.
3. Untuk maklumat pihak sekolah, di antara tanda-tanda dan symptom keracunan makanan
adalah seperti berikut: Rasa loya, muntah, sakit perut dan cirit-birit, rasa letih, kejang otot,
sakit kepala dan pening. 4.
Ambil tindakan berikut apabila mengesyaki pelajar-pelajar mengalami masalah keracunan
makanan.
a) Laporkan dan bawa murid yang disyaki ke klinik/ hospital yang paling hampir.
b) Laporkan ke PPD/JPN
c) Maklumkan dan hubungi ibu bapa murid yang terlibat.
d) Sediakan laporan awal tentang kejadian tersebut dan hantarkan satu salinan ke JPN dan
Kementerian Pendidikan.
e) Elakkan daripada membuat sebarang kenyataan akhbar.
viii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997- Amalan Kebersihan di Sekolah.(Bertarikh
9hb Julai 1997)
Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan pihak sekolah
mengambil tindakan ke atas perkara-perkara berikut iaitu, mewujudkan iklim sekolah yang
menekankan aspek kebersihan pada setiap masa, menyediakan panduan kebersihan bagi
sekolah.Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program meningkatkan
kebersihan di sekolah. Pihak sekolah mengambil inisiatif bagi memastikan sekolah mereka
bersih mengikut surat pekeliling yang dikeluarkan. Amalan kebersihan harus dipupuk
sewaktu di sekolah dan menanam sifat menyayangi sekolah mereka.Dengan itu, para pelajar
tidak berani mencacatkan sekolah mereka.Sesetengah sekolah mengadakan pertandingan
kebersihan. Bilik darjah yang bersih akan di beri anugerah. Ini dapat memotivasikan pelajar
tersebut.
Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997 2. Surat pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan
dengan tujuan memperingatkan semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil tindakan
ke atas perkara-perkara seperti berikut:
2.1 Mewujudkan iklim sekolah yang menekankan aspek kebersihan pasa setiap masa.
2.2 Menyediakan panduan kebersihan bagi sekolah.
2.3 Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam program meningkatkan kebersihan di
sekolah
2.4 Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan
Amalan Kebersihan Sekolah.
ix. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1978 – Kad Rekod Persekolahan ( pupil’s cumulative
record card).
Terdapat dua jenis kad iaitu kad rekod persekolahan murid sekolah rendah: 001R
( warna kuning ) dan kad rekod persekolahan murid sekolah menengah : 001M ( warna biru ).
Kad rekod 001 dan 002 yang lama telah dicantumkan dalam satu kad baharu, iaitu kad rekod
persekolahan murid sekolah rendah 001R untuk kegunaan di sekolah rendah kad rekod
persekolahan murid menegah 001M untuk kegunaan sekolah menengah. Butir- butir tertentu
mengenai kesihatan murid telah ditinggalkan oleh kerana unit pendidikan kesihatan akan
menyediakan satu kad berasingan mengenai komponen ini. Semua murid darjah satu
hendaklah mengadakan kad rekod persekolahan 001R. Kad- kad tersebut hendaklah
digunakan oleh tiap-tiap murid sehingga tamat persekolahan.
xi. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983 – Kantin Sekolah. (Bertarikh 3hb. Februari, 1983)
Kantin merupakan satu kemudahan yang penting di sekolah seperti kemudahankemudahan
yang lain. Dalam surat pekeliling ini menegaskan bahawa guru besar harus memainkan
peranan yang penting dalam mengawasi semua aspek yang berkaitan dengan kantin sekolah.
Sedutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1983.
Tindakan yang positif hendaklah diambil terhadap pengurusan dan penyeliaan perkaraperkara
berikut:
a) Banggunan dan kemudahan – kemudahan yang sedia ada termasuk alat-alat dan
kelengkapan.
b) Kebersihan kemudahan kemudahan dan alam sekitar’
c) Kebersihan makanan dan minuman
d) Keselamatan
e) Pekerja-pekerja
f) Mutu dan kesesuaian bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual.
g) Pentadbiran dan pengelolaan harian.
2. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
I. Bangunan kantin mestilah dalam keadaan yang memuaskan iaitu dari segi kebersihan,
kecantikan, keselesaan, keselamatan dan kekesanan fungsinya.
II. Kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah serta
lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan
dan kegunaan dari semasa ke semasa.
III. Semua perkakas/ alat untuk menyedia, menyimpan dan menghidangkan makanan tidak
berkarat, retak, sumpik atau kotor.
IV. Pekerja-pekerja yang telah diakui sihat oleh Jabatan Perubatan dan Perkhidmatan
kesihatan dibenarkan kerja di kantin sekolah.
V. Semua pekerja menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalan- amalan yang boleh
menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahanbahan makanan dan minuman.
VI. Makanan yang dijual dikantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat untuk dimakan
dan harganya pula berpatutan.
VII. Semua makanan yabf bermasak dijual kepada murid-murid sebaikbaiknya disediakan di
kantin sekolah.
VIII. Segala persediaan yang munasabah bagi kepentingan ugama membelipemneli adalah
diambilkira oleh pengusaha kantin apabila menyedia dan menyimpan makanan dan minuman
untuk dijual kepada pengguna – penguna tersebut.
IX. Makanan dan minuman yang halal dari segi ugama islam mestilah disedia dan dijual di
semua Sekolah Rendah/Menengah Kebangsaan. Jualan makanan dan minuman di SRJK
(Cina dan Tamil) seperti yang dilakukan sekarang ini bolehlah diteruskan. Sekiranya sekolah-
sekolah jenis ini mengandungi guru-gur dan murid-murid berugama islam, Guru besar yang
berkenaan hendaklah mengaturkan persediaan untuk menjual makanan dan minuman bagi
orang islam secara berasingan.
X. Rokok dan minuman alcohol tidak disimpan dan/ dijual di kantin sekolah.
XI. Binatang-binatang belaan seperti anjing, kucing, kambing, ayam, burung dan lain-lain
tidak dibenarkan berada di kawasan kan tin sepanjang masa.
XII. Kantin sekolah seboleh-bolehnya tidak dijadikan sebagai tempat kediaman.
XIII. Sagala punca kemalangan adalah sentiasa diawasi oleh pihak pengusaha kantin dan
piohak sekolah menyediakan peraturan-peraturan yang sitematik untuk mencegahnya.
XIV. Pengendalian yang sistematik mengenai perjalanan dan pengelolaan kantin, seperti
megadakan Jawatankuasa Kantin Sekolah, Sistem tender atau sebut harga, syarat-syarat
berkaitan dengan semua perkara yang tersebut di atas dan penyeliaan kantin, sama ada harian
atau jangkamasa panjang adalah diperuntukan.
XV. Peraturan-peraturan yang berkenaan bagi penggunaan kantin sekolah diadakan.
xi. Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010- Rancangan Makanan Tambahan Di
Sekolah Rendah. Bertarikh 15 Julai 2010
Sedutan Tujuan Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara
pentadbiran, pengurusan kewangan dan perakaunan dalam melaksanakan Rancangan
Makanan Tambahan ( RMT) di sekolah rendah mulai bulan Januari tahun 2011.
4. Kriteria kelayakan RMT adalah seperti berikut:
i. Murid warganegara Malaysia dari Darjah 1 hingga Darjah 6 bersekolah di semua Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
ii. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Bank Data Kemiskinan Nasional
(eKASIH) yang dibangunkan ole Unit Penyelarasan Pelaksanaan ( ICU), Jabatan Perdana
Menteri dan disahkan sebagai kategori miskin atau miskin tegar sahaja. Kadar dan tempoh
pelaksanaan 5. Kadar RMT adalah RM1.80 sehari bagi setiap murid di Negeri Semenanjung
Malaysia dan RN2.05 bagi setiap murid di Negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan.
Tatacara perakaunan dan pembayaran
Semua peruntukan disalurkan terus ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan ( KWK) bagi
sekolah yang mempunyai akaun bank atau ke Akaun Khas di PPD yang berkenaan bagi
sekolah yang tidak mempunyai akaun bank. Perjanjian penyediaan makanan . Pihak sekolah
hendaklah menyediakan dokumen perjanjian dengan pembekal untuk tempoh tertentu dan
boleh menamatkan khidmat pembekan tersebut pada bila-bila masa sekiranya berlaku
penyelenggaraan
xii. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1976- Panduan untuk menjaga Kesihatan Murid dan
Kebersihan di Kantin Sekolah. (Bertarikh 7 Mei 1976)
Sedutan
Tujuan Menjaga keselamatan dan kesihatan murid-murid serta member pelajaran di
sekolah supaya murid-murid itu dapat mempunyai sikap tanggungjawab serta mengamalkan
aktiviti-aktiviti untuk memelihara kesihatan diri mereka sendiri dan juga masyarakatnya.
Untuk mengawal keadaan kesihatan dan kebersihan yang optima di kantin sekolah, maka
guru besar adalah bertanggungjawab untuk menentukan iaitu:i. Barang – barang makanan yan
g dijual di kantin hendaklah:
a) Jenis yang baik
b) Kuantitinya berpatutan denga harga
c) Mengandungi makanan yang seimbang
ii. Peraturan – peraturan di kantin dipatuhi seperti:
a) Pemeriksaan perubatan bagi pekerja-pekerja kantin
b) Kebersihan pekerja, bangunan, makanan, minuman, kelengkapan
c) Disiplin murid-murid di kantin
d) Waktu rehat yang diperingkat-peringkatkan supaya mengelakkan dari kesesakan dalam
kantin
e) Penyeliaan kantin setiap hari oleh guru bertugas
f) Pemeriksaan kantin oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan dari masa ke semasa.
Kempen –kempen pelajaran kesihatan diadakan untuk:
a) Murid-murid
b) Pekerja-pekerja kantin
iv. Barang- barang yang tiodak berfaedah, yang berbahaya dan yang bercorak judi hendaklah
dikawal penjualnya dengan sewajarnya. Peraturan tentang pekerja kantin dan pengolah
makanan ( food handlers)
1. Pemeriksaan perubatan Semua pekerja kantin dan pengolah makanan hendaklah diperiksa
dan disahkan sihat oleh doctor kerajaan.
2. Pakaian Semua pekerja kantin hendaklah memakai pakaian bersih dan seberapa boleh,
yang berwarna putih.
3. Kuku Kuku tangan pekerja kantin hendaklah sentiasa pendek lagi bersih
4. Kebersihan tangan Sebelum mulai tugas dalam kantin semua pekerja mesti membasuh
tangan hingga ke siku. Dibasuh dengan sabun setiap kali, selepas membuang air kecil atau
besar.
5. Rambut Rambut hendaklah dijaga supaya jangan terjuntai dari muka. Pekerja yang
berambut panjang digalakkan memakai jaring rambut, memakai topi atau diikat dengan
kemas.
6. Memegang barang yang tidak berbungkus Barangan makanan yang tidak berbungkus
janganlah dibenarkan disentuh dengan tangan.
7. Kebersihan pinggan mangkok Tidak boleh digunakan oleh lebih dari seorang tanpa
dibasuh denga air yang bersih.
8. Membasuh pinggan mangkok Hendaklah direndam dalam air panas sekurang-kurangya
selama ½ minit dicuci dengan gunakan sabun.
9. Pinggan mangkok yang tidak sesuai Alat pemasak atau tembikar yang sumbing dan retak
adalah tidak sesuai digunakan
10. Kemudahan membasuh Kemudahan yang mencukupi untuk membasuh Tempat pengering
alat perkakas hendaklah disediakan
11. Kain untuk mengelap alat perkakas Kain atau tuala yang digunakan untuk mengelap dan
mencuci alat perkakas. Untuk mengelap meja dan bangku, kain khas yang asing hendaklah
digunakan
12. Kain untuk mengesat tangan Kain mengesat tangan tidak boleh digunakan leh lebih dari
seorang
13. Barang makanan yang mudah rosak Benda-benda makanan yang mudah rosak, eloklah
disimpan di dalam peti sejuk kecuali semasa mengerjakannya
14. Kebersihan peti sejuk Ruang udara yang mencukupi Dilap dengan air sabun sekali
seminggu
15. Tempat menjual makanan Barang makanan yang dijual itu hendaklah disediakan di
tempat khas yang teratur
Peraturan – peraturan bangunan kantin
1. Kemudahan kantin -Bangunan kantin sekolah mempunyai semua kemudahan asas
2. Lantai -Lantai diperbuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
3. Dinding Dibuat daripada simen atau papan dan sentiasa kemas
4. Bumbung Dibuat daripada genting, zing atau simen asbestos
5. Parit saluran air -Di keliling bangunan hendaklah disediakan parit saluran air yang baik
dibuat dari simen
6. Tong sampah Daripada besi, plastic atau getah dengan mem[unyai penutup khas dan
diadakan di kawasan kantin. Peraturan tentang kebersihan dan keperluan am
1. Perabot kantin - Kemudahan tempat duduk dan meja yang mencukupi
2. Sisa-sisa makanan - Ubat pencegah kuman hendaklah diadakan di mana perlu untuk
pembuangan sisa-sisa makanan.
3. Membersih lantai kantin - Hendaklah dibersihkan setiap hari dengan ubat pencegah kuman
4. Kemudahan membasuh tangan - Tempat membasuh tangan yang mencukupi serta
pembekal air yang bersih dan sabun.
Peraturan –peraturan tentang perjalanan kantin sekolah
1. Disiplin murid-murid di kantin
2. Penyeliaan tentang perjalanan kantin sekolah
3. Pemeriksaan kantin oleh pegawai kesihtan umum
4. Waktu rehat yang berperingkat-peringkat.
Pelajaran Kesihatan dan Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan Pengguna berhubung
dengan kantin sekolah.
1. Kempen – kempen Kesihatan untuk murid- murid
2. Kursus/ orientasi khas untuk pekerja-pekerja kantin
3. Harga dan nilai pemakanan barang-barang makanan yang dijual di kantin sekolah
xiii. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil. 24/2010Pengukuhan
Program Eliminasi Measles Kebangsaan( Measles Eliminatian Program-MEP).
Bertarikh 27 Oktober 2010
Sedutan
Tujuan Untuk pengukuhan pelaksanaan Program Eliminasi Measles Kebangsaan
( Measles Eliminatian Program-MEP) a. Pengukuhan Program Eliminasi Measles
Pelaksanaan Program Eliminasi Measleas Kebangsaan bagi memastikan Malaysia mencapai
status eliminasi measles menjelang tahun 2012. b. Penyiasatan kes Penyiasatan ke atas semua
kes hendaklah dijalankan dalam masa 48 jamdari tarikh penerimaan notifikasi. c. Kes
klasifikasi Kes dengan demam dan ruam digunakan sebagai kes definasi untuk kes disyaki
measles.Kes definisi ini juga digunakan bagi tujuan untuk eliminasi measles dan rubella. d.
Survelan rubella Sistem survelan Rubella perlu dijalankan bagi memastikan objektif pelalian
serta eliminasi rubella dan congenital rubella syndrome ( CRS) tercapai. e. Keperihatinan
terhadap program Taklimat dan latihan hendaklah diberikan kepada kakitangan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung di dalam pelaksanaan Program Eliminasi Measles. 7.0
RUMUSAN
Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS) diwujudkan dengan tujuan untuk
menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah yang
mampu meningkatkan taraf kesihatan dalam kalangan warga sekolah. Program ini
mengandungi satu program yang terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif
berlandaskan keperluan semasa dan setempat melalui kerjasama serta penglibatan komuniti.
Dengan in, enam teras utama PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu
pendekatan bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta, dan masyarakat ke arah
melahirkan sekolah sihat adalah seperti Polisi Kesihatan Sekolah, Persekitaran Fizikal
Sekolah, Persekitaran Sosial Sekolah, Penglibatan Komuniti, Kemahiran Kesihatan Diri dan
Perkhidmatan Kesihatan Sekoloah. Seterusnya , kerjasama di antara sekolah dengan
masyarakatbertujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan kesihatan
masyarakat. Seterusnya , program ini merupakan satu proses dua hala di mana kedua dua
sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan
membertingkatkan lagi tatus/ taraf kesihatan kanak-kanak. Dalam konteks ini, Perkhidmatan
Kesihatan di bawah PBSS termasukalah menilai stutus kesihatan murid, memberi khidmat
rawatan dan rujukan, memberi bimbingan dan kaunseling, memberi penjagaan
rawatan/kecemasan, mencegah dan mengawal kejadian penyakit serta mendiognosis dan
membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. Antara program berkaitan kesihatan
yang dilaksanakan di sekolah adalah Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, Perkhidmatan
Pergigian, Rancangan Makanan Tambahan(RMT), Program Susu Sekolah(PSS), Pendidikan
Pencegahan Denggi, menjadika sekolah kawasan larangan merokok, menyediakan
pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan (sick-bay), mewujudkan Pogram Sihat Tanpa
AIDS ntuk remaja (PROSTAR), mengadakan program bebas dadah dan kempen cara hidup
sihat. Seterusnya, melalui program ini dapat memupuk pengetahuan , sikap dan amalan yang
berkaitan dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah lebih bertanggungjawab terhadap
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Akhirnya, Program Bersepadu Sekolah
Sihat perlu dirancang, dilaksana dan dinilai di setiap sekolah.Program ini adalah sejajar
dengan hasrat dan wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan
berkualiti.
PENTADBIRAN DAN ORGANISASI
CONTOH JAWATAN KUASA KESIHATAN SEKOLAH
Jawatankuasa Kesihatan Sekolah
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
: Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Petang
: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pn Padmarani a/p Kaliaperumal
Pen.Setiausaha : Pn Chan Nyuk Yin
AJK
: Pn Padmarani a/p Kaliaperumal - Rawatan & Buku Kesihatan
: Pn Chan Nyuk Yin - Rawatan & Buku Kesihatan
: Pn Ooi Sook Ping - Kad 001
: Pn Raja Noraini bt Raja Khalib -Kad 001
: Pn Lee Ngan Siew – Rawatan Pergigian
: Cik Aida bt Ismail – Rawatan Pergigian
: Cik Nurdhaniah bt Ruslan – Derma Darah
: En Ho Kin Sing – Bilik & Peti Rawatan
: Cik Chang Yuet Ching – Bilik & Peti Rawatan
3.6 Jawatankuasa Keceriaan Dan Kebersihan Sekolah
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
: Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Petang
: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : En Tan Kiat Hoe
Pen. Setiausaha : Cik Aida bt ismail @ Ariffin
AJK : Cik Ooi Huey Ling - Kebersihan Bilik Kelas
:Pn Kamalia bt Abdul Majid - Kebersihan Bilik Kelas
: Semua Guru Penasihat Persatuan, Kelab & Unit Beruniform
–
Kebersihan Persekitaran Sekolah
: Semua Pekerja Swasta– Kebersihan Persekitaran Sekolah
Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Di Sekolah
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
: Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Petang
:Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : En Tan Eng Chiang Pen.
Setiausaha : Cik Nur Sakinah bt Sulaiman
AJK : Cik Tang Poh Ling – Makmal Sekolah
: Pn Lee Ngan Siew –Bengkel KH
: En Rusli b Idris – Pembantu Makmal
: Pn Jamie Choi – Pengusaha Kantin
: Pn Yee Kam Foong – PRA Pejabat Sekolah
: Soo Pooi Pooi – Ketua Pengawas Sekolah
Jawatankuasa Kesihatan Sekolah
Pengerusi : Pengetua
Naib Pengerusi : Penolong Kanan HEM
: Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Petang
: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pn Padmarani a/p Kaliaperumal Pen.
Setiausaha : Pn Chan Nyuk Yin
AJK : Pn Padmarani a/p Kaliaperumal- Rawatan & Buku
Kesihatan
: Pn Chan Nyuk Yin- Rawatan & Buku Kesihatan
: Pn Ooi Sook Ping – Kad 001
:Pn Raja Noraini bt Raja Khalib-Kad 001
: Pn Lee Ngan Siew – Rawatan Pergigian
: Cik Aida bt Ismail – Rawatan Pergigian
: Cik Nurdhaniah bt Ruslan – Derma Darah
: En Ho Kin Sing – Bilik & Peti Rawatan
: Cik Chang Yuet Ching – Bilik & Peti Rawatan
Jawatankuasa Kantin Sekolah
Pengerusi : Pengetua Naib
Pengerusi : Penolong Kanan HEM
: Penolong Kanan Pentadbiran
: Penolong Kanan Petang
: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha : Pn Sharifah Mastura bt Syed
Ariffin. Penolong Setiausaha : Cik Yong Sook Fong
AJK :Pn Wong Wai Peng :Cik Radhika a/p
Nathan
: Wakil Lembaga Pengurus Sekolah
: Wakil PIBG
: Wakil Murid (Ketua Pengawas)
CARA DAN PANDUAN LAWATAN
Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada:
• Seorang Doktor (Ketua pasukan)
• Seorang Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih
• Dua OrangPenolong Jururawat
• Seorang Atendan
• Seorang Pemandu
Pasukan PKS akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak pra sekolah, Tahun 1,
Tahun 6, Tingkatan 3, dan Tingkatan 5 di mana tiap-tiap murid diperiksa oleh doktor semasa
lawatan. Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan
pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan murid-murid di sesebuah sekolah.
Rawatan dan rujukan kesihatan
Rawatan diberikan kepada semua murid-murid yang dikesan mengalami masalah
ringan seperti luka kecil, kudis buta, jangkitan cacing, kutu kepala, rawatan demam dan
selesema. Kes-kes yang dirujuk pula adalah kes-kes yang memerlukan pemeriksaan lanjut
untuk pengesahan kes. Antara masalah kesihatan yang dirujuk adalah masalah ketajaman
penglihatan, rabun warna, masalah degupan jantung dan kes disyaki menghidap skoliosis.
Lawatan ke rumah
Pasukan kesihatan sekolah juga menjalankan lawatan ke rumah pada masa cuti
persekolahan. Lawatan ke rumah ini dilaksanakan sama ada dengan menelefon ibu bapa di
rumah ataupun jururawat akan membuat lawatan ke rumah untuk memastikan murid-murid
yang terlepas peluang mendapat imunisasi di sekolah datang ke klinik kesihatan untuk
pelalian ataupun untuk mendapatkan maklum balas mengenai status rujukan yang dibuat ke
hospital.
Lawatan ulangan ke sekolah sekurang-kurangnya 1 kali setahun yang melibatkan
pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal tahap kesihatan murid.
Lawatan pertama ;
- butir2 perihal kesihatan dan pelalian;
- berat badan dan ukuran tinggi;
- penglihatan dan pendengaran;
- imunisasi;
- rawatan kgas.
Lawatan ulangan :
-pemeriksaan perubatan oleh doktor bagi murid yang tidak hadir lawatan pertamadan
memerlukan pemeriksaan dan,kes tindakan susulan termasuklah kes rujukan dan
imunisas, rawatan cacing serta rawatan khas.
Masalah-masalah kesihatan yang dikesan di kalangan murid sekolah
Antara masalah-masalah kesihatan yang dikesan di kalangan murid sekolah adalah:
Obesiti
Ketajaman penglihatan
Rabun warna
Tulang rangka yang tidak normal
Jangkitan cacing
Kudis buta
pendengaran
PENYAKIT YANG KERAP DITEMUI DI SEKOLAH
Perkhimatan Kesihatan Sekolah merangkumi :
1. Penjagaan kesihatan
2. Pemakanan
3. Promosi kesihatan
4. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh doktor perubatan dan pergigian, jururawat,
guru-guru, dan sebagainya.
Penglibatan komponen ini untuk memastikan pencapaian optimum kesihatan warga sekolah.
Definisi: Penyakit dalam ilmu epidemiologi ialah suatu penyakit yang menghinggapi ramai
orang dalam sesuatu daerah pada sesuatu masa, (wabak).
“Kamus Dewan Edisi 4)
a)Penyakit sebagai titik tolak yang merbahaya daripada keadaan yang normal pada individu.
b)Penyakit adalah keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan
ketidakselesaan atau tekanan kepada orang yang terbabit atau berhubung rapat dengannya.
“Wikipedia”
Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk menerangkan kecederaan, kecacatan,
sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi biasa sesuatu struktur atau fungsi.
A. Demam
Demam terjadi kerana kenaikan takat suhu tetap di dalam badan yang ditunjukkan
dengan kenaikan suhu badan melebihi daripada suhu biasa. Ianya ditentukan melalui
pengukuran suhu badan pada tapak ukuran yang disyorkan. Pengesahan kenaikan
suhu badan ini boleh ditentukan dengan mengunakan jangkasuhu.
Ketika demam, suhu yang diukur pada bahagian mulut akan menunjukkan
bacaan melebihi 37.8ºC (100ºF) )atau 37ºC (98.6ºF) apabila disukat di celah ketiak.
Punca deman :
1. Selepas bersenam
2. Jangkitan kuman
3. Bahan – bahan
i. ubat-ubatan
ii. Racun dan dadah
4. Kejutan panas akibat suhu persekitaran yang tinggi
Cara mengatasi atau rawatan
1. Mengambil cecair yang mencukupi.
2. Pakai-pakaian yang tidak tebal
3. Suhu bilik yang tidak panas
4. Pengambilan ubat-ubatan
5. Jumpa doktor.
B. Ekzema
Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau
alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti
sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang
kuat juga boleh menggalakkan ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-
merahan dan membengkak.
C Keracunan makanan
Keracunan makanan lazimnya disebabkan pencemaran makanan yang terkena bakteria
atau toksin bakteria. Keracunan makanan yang paling cepat kesannya adalah yang disebabkan
bahan kimia.
Punca keracunan makanan:
a. Penggunaan bahan-bahan memasak yang tercemar.
b. Sumber air yang tercemar dan kotor
Cara mengatasi atau rawatan :
1. Pastikan kantin sekolah bersih daripada binatang pembawa penyakit. Seperti tikus, lalat
dan lain-lain.
2. Sumber air bersih .
3. Melupuskan sisa buangan dengan teratur.
4. Basuh tangan.
D. Gestrik.
Gastrik atau istilah perubatannya gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada
dinding perut. Yang berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori. Ia berpunca
keranan beberapa faktor seperti :
1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Pengambilan kokain
4. Merokok
5. Stres
6. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
7. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan
badannya
8. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Cara mengatasi atau rawatan:
1. Mengambil sarapan pagi
2. Kurangkan makanan berasid
3. Kurangkan makan makanan pedas.
4 Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada
awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar
sembuh.
Selain itu, perubatan tradisional yang diamalkan oleh generasi terdahulu boleh
diamalkan sebagai langkah kecemasan. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau
demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan tiga sudu ketumbar, rebus dengan
tiga gelas air dan masak hingga menjadi segelas. Bahagikan air ini kepada tiga bahagian,
minum satu bahagian air rebusan ini tiga kali setiap empat jam.