qku 3013 konsep kesihatan dan gaya hidup sihat (tugasan 2)

13
QKU3013 KONSEP KESIHATAN DAN GAYA HIDUP SIHAT TUGASAN 2 KERTAS KERJA 3 RANGKA AKTIVITI. NAMA PELAJAR: NITO ANAK TONY NOMBOR I.D: D20112055167 KUMPULAN: UPSI02 NAMA PENSYARAH: DR. NUR AKMAL ISHAK TARIKH TUTUP: 2 MEI 2014

Upload: nitotony73

Post on 14-May-2017

278 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

QKU3013

KONSEP KESIHATAN DAN GAYA HIDUP SIHAT

TUGASAN 2

KERTAS KERJA 3 RANGKA AKTIVITI.

NAMA PELAJAR: NITO ANAK TONY

NOMBOR I.D: D20112055167

KUMPULAN: UPSI02

NAMA PENSYARAH: DR. NUR AKMAL ISHAK

TARIKH TUTUP: 2 MEI 2014

Page 2: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat

sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya

supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Nur Akmal

Ishak kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya

untuk membuat tugasan ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 3: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Kandungan

Bilangan Perkara Muka surat

1. Aktiviti 1 1

“HIDUP SIHAT”

2. Aktiviti 2 4

PROGRAM KESIHATAN DAN KECERGASAN

3. Aktiviti 3 7

SENAMROBIK

Page 4: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Tajuk : “HIDUP SIHAT”

Tarikh : 15 hb. Februari 2014.

Masa : 8.00 petang.

1

Page 5: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Pengenalan.

Satu program kesihatan dan kecergasan dalam komuniti telah diadakan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Engkilili dengan kerjasama di antara Klinik Kesihatan Engkilili dan Persatuan

Bulan Sabit Merah sekolah. Ia merupakan program yang telah dilaksanakan pada 12 Februari

2014 dan dirasmikan oleh pengetua sekolah, Encik Ganis Abi. Program ini disokong oleh pihak

Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani masalah penyakit tidak berjangkit.

Objektif aktiviti :

i. Mewujudkan jalinan kerjasama di antara klinik kesihatan dan pihak untuk

pencegahan penyakit kronik melalui promosi gaya hidup sihat.

ii. Memberi kesedaran kepada pelajar mengenai faktor risiko penyakit kronik yang boleh

diubah.

iii. Memperkasakan pelajar supaya mengamalkan gaya hidup sihat bagi tujuan

mengurangkan risiko penyakit.

iv. Meningkatkan kolaborasi berkaitan amalan gaya hidup sihat antara agensi kerajaan dan

pihak sekolah.

Maklumat aktiviti.

1. Aktiviti Bermaklumat :

i) Risalah penyakit dan faktor risiko akibat obesiti.

ii) Risalah panduan menangani stress.

2. Aktiviti Kecergasan :

i) Poco-poco.

ii) Berjalan beramai-ramai di Tapak Perkhemahan, SMKE.

3. Aktiviti Kesihatan :

i) Khidmat nasihat tentang pengurusan berat badan.

4. Kumpulan sasaran :

i) Para pelajar yang berlebihan berat badan atau gemuk.

5. Ahli Jawatankuasa :

i) Pengerusi – Pengetua.

2

Page 6: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

ii) Naib pengerusi – Penolong Kanan Pentadbiran.

iii) Setiausaha – Penolong Kanan HEM.

iv) Bendahari – Encik Davis.

v) AJK Risalah – Puan Agatha.

vi) AJK Poco-poco – Puan Farizah.

vii) AJK Jemputan – Encik Bandong.

viii) AJK Peralatan – Encik Foo.

Peralatan yang diperlukan :

1. Sistem siaraya :

i) Komputer.

ii) Amplifier.

iii) Mikrofon.

iv) Pembesar suara.

v) CD Muzik Poco-poco.

2. Panduan laluan :

i) Tali nilon.

ii) Kon.

3. Kelengkapan :

i) Kerusi.

ii) Meja.

Kesimpulan.

Amalan cara hidup sihat adalah penting untuk mencegah berlakunya penyakit-penyakit

kronik. Program Kesihatan dan Kecergasan yang bakal diadakan di Sekolah Menengah

Kebangsaan Engkilili, ini diharap dapat membuka lembaran baru dan mewujudkan kerjasama

serta penglibatan pelajar ke arah perubahan tingkah laku yang sihat.

3

Page 7: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Tajuk : Program Kesihatan Dan Kecergasan

Tarikh : 15 hb. Mac 2014.

Masa : 8.00 petang.

4

Page 8: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Pengenalan.

Pada tahun ini, program yang dijalankan lebih menumpukan kepada pelajar yang mempunyai

faktor risiko untuk mendapat penyakit akibat berlebihan berat badan. Mereka akan dibimbing

dengan maklumat-maklumat berkaitan yang telah disediakan oleh pihak klinik. Selain itu,

program ini juga meningkatkan aktiviti kecergasan seperti senamrobik di kalangan pelajar bagi

membantu menangani masalah berat badan yang menjadi salah satu faktor risiko penyakit seperti

darah tinggi dan lemah jantung.

Objektif aktiviti :

i) Mewujudkan jalinan kerjasama di antara klinik kesihatan dan pihak sekolah untuk

pencegahan penyakit kronik melalui promosi gaya hidup sihat.

ii) Mendidik pelajar mengenai gaya hidup sihat dan mempraktikkannya.

iii) Meningkatkan kolaborasi berkaitan amalan gaya hidup sihat antara agensi kerajaan dan

pihak sekolah.

Maklumat aktiviti.

1. Aktiviti Kesihatan :

i) Khidmat nasihat tentang pemakanan.

ii) Demo pemakanan sihat.

2. Aktiviti Kecergasan :

i) Senamrobik.

ii) Berjalan 100 langkah.

3. Kumpulan sasaran :

i) Para pelajar yang berbadan gemuk atau obesiti.

5. Ahli Jawatankuasa :

i) Pengerusi – Encik Ganis Abi.

ii) Naib pengerusi – Encik Othman Jaini.

iii) Setiausaha – Jamil Marzuki.

iv) Bendahari – Encik Davis.

v) AJK Makanan dan minuman – Puan Agatha.

5

Page 9: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

vi) AJK Senamrobik – Puan Farizah.

vii) AJK Jemputan – Encik Bandong.

viii) AJK Peralatan – Encik Foo.

Peralatan yang digunakan :

1. Sistem siaraya :

i) Komputer.

ii) Amplifier.

iii) Mikrofon.

iv) Pembesar suara.

v) CD Muzik Senamrobik.

2. Panduan laluan berjalan kaki:

i) Tali nilon.

ii) Kon.

3. Kelengkapan :

i) Kerusi.

ii) Meja.

Kesimpulan.

Harapan semoga kejayaan program yang memperkasakan pelajar sekolah ini akan

menjadi contoh kepada pelajar sekolah yang lain. Begitu juga dengan hasrat untuk mencapai

kesejahteraan dan kesihatan kepada para pelajar di sekolah ini serta masyarakat setempat.

6

Page 10: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Tajuk : S e n a m r o b i k

Tarikh : 12 hb. April 2014.

Masa : 8.00 petang.

7

Page 11: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Pengenalan.

Perlaksanaan program senamrobik ini adalah sebagai pendedahan kepada pelajar sekolah

tentang kepentingan aktiviti senamrobik terhadap pengurusan berat badan mereka. Selain itu,

program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang kandungan aktiviti senamrobik di

peringkat sekolah.

Objektif :

1. Memberikan pengenalan kepada pelajar tentang senamrobik.

2. Melahirkan insan yang sentiasa cerdas dan berdaya saing.

3. Memupuk semangat bekerjasama di antara ahli kumpulan.

4. Melahirkan insan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Maklumat aktiviti.

Pengenalan Senamrobik atau senamaerobik adalah senaman yang menggunakan oksigen

oleh otot - otot besar selama 25 minit hingga 30 minit tanpa henti yang menggunakan muzik

dengan meningkatkan intensiti rendah ke sederhana dan mencapai kadar nadi optima.

Senamrobik selalunya dilakukan dengan menggunakan muzik dan bersama sekumpulan yang

diketuai oleh seorang instruktor, walaupun ia boleh dilakukan berseorangan dan tanpa muzik

tetapi kehadiran muzik rancak menjadikan senaman itu lebih bersemangat dan kreatif.

Senamrobik membantu meningkatkan kesihatan badan dengan memperbaiki fleksibiliti atau

kelembutan badan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Dari aspek fisiologi, ia

mengurangkan risiko penyakit-penyakit jantung, meningkatkan kadar metabolisma dan banyak

lagi. Dari aspek psikologi, ia membantu meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan sikap

mental positif, membantu mengawal tekanan dan lain-lain. Manakala dari aspek fizikal,

senamrobik membantu mengawal peratusan lemak dan berat badan, meningkatkan ketahanan

otot dan macam-macam lagi.

8

Page 12: QKU 3013 Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup Sihat (Tugasan 2)

Pergerakan senamrobik berikut adalah asas pergerakan-perg erakan yang digunakan

dalam senamrobik:

1. Pergerakan Kaki.

i. Bergerak Setempat - mengangkat kaki kira-kira setinggi betis-lutut diangkat sekitar 90

darjah.

ii. Angkat lutut - gerakan mengangkat lutut setinggi pinggang.

iii. Langkah sekali - teknik gerak kaki melangkah ke kanan dan ke kiri.

iv. Langkah dua kali - gerakan dua langkah ke kanan dan ke kiri.

2. Pergerakan Tangan.

i. Gerakan meluruskan lengan, yang bertujuan untuk melatih otot lengan.

ii Lengan memegang bahu dan digerakkan mengikut arah jam.

iii. Menggoyangkan jari jemari.

iv. Lengan berada di hadapan badan, tolak sik u ke paras ping ang dan lengan kembali ke

hadapan badan.

Peralatan yang digunakan :

1. Sistem siaraya :

i) Komputer.

ii) Amplifier.

iii) Mikrofon.

iv) Pembesar suara.

v) CD Muzik Senamrobik.

Kesimpulan.

Harapan semoga program senamrobik ini mampu memberi pendedahan kepada para

pelajar tentang faedah aktiviti senamrobik terhadap pengurusan berat badan. Semoga aktiviti

yang dikongsikan bersama melalui program ini dapat menyediakan pelbagai pengalaman dan

latihan untuk menghadapi keadaan sebenar dalam alam pekerjaan guru nanti.

9