tugasan qgk3023

8
  PENILAIAN KURSUS SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015 (PPG-PJJ) QGK3023 Program Kesihatan Sekolah Nik Mohd Zaki Nik Mohamed (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN  

Upload: cheklan

Post on 09-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

  • PENILAIAN KURSUS

    SEMESTER 1 SESI 2014 / 2015

    (PPG-PJJ)

    QGK3023

    Program Kesihatan Sekolah

    Nik Mohd Zaki Nik Mohamed (PENYELARAS KURSUS)

    FAKULTI SAINS SUKAN DAN KEJURULATIHAN

  • 1.0 PENGENALAN

    Kursus QGK3023 ini bermatlamat untuk mendedahkan pelajar tentang konsep perancangan

    Program Kesihatan di sekolah seterusnya memahami dan menganalisis Program Kesihatan

    Sekolah. Kursus ini membincangkan konsep perancangan Program Kesihatan Sekolah.

    Penekanan diberi kepada kemahiran menganalisis program kesihatan dari aspek

    perancangan, pengelolaan, perlaksanaan, bimbingan, penyelarasan koordinasi dan penilaian.

    2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

    i. Menganalisis Program Kesihatan Sekolah dari segi konsep Pendidikan Kesihatan, Promosi

    Kesihatan dan perancangan program.

    ii. Mempelbagaikan kemahiran teknikal dalam perancangan program promosi kesihatan sekolah

    berasaskan Teknologi Pendidikan dan ICT.

    iii. Mengamalkan tahap profesionalisme, nilai, sikap dan tingkah laku beretika.

    iv. Mengamalkan komunikasi secara efektif dan boleh bekerja dalam satu pasukan.

    3.0 PENILAIAN KURSUS

    3.1. Pemberatan

    Kategori Pemberatan

    Kerja kursus 60%

    Peperiksaan Akhir 40%

    JUMLAH 100%

    3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus

    Bentuk Kerja Kursus

    Jenis

    Tugasan

    Agihan Markah (Peratus)

    Jumlah (Peratus)

    Individu Tugasan 1 20% 60%

    Tugasan 2 20%

    E-Forum 20%

    JUMLAH 60% 60%

  • 4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar

    tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

    Tugasan Arahan Tarikh %

    TUGASAN 1

    Program Efektif Kesihatan Sekolah

    Bersumberkan daripada model-model utama dalam Promosi Program Kesihatan, jelaskan perkara-perkara utama berdasarkan perancangan model yang digunakan bagi menerangkan secara berstruktur mengenai perubahan / penekanan yang telah / ingin dilaksanakan di institusi pendidikan yang menjelaskan mengapa dan bagaimana model tersebut telah / mampu untuk membuat perubahan terhadap masalah tingkah laku kesihatan. Perkara di bawah harus diberi penekanan yang utama semasa menjelaskan peranan model : a. Pendekatan Komprehensif pendekatan mengenai masalah kesihatan secara khusus dan bersifat kategorikal (contoh: masalah obesiti, kudis buta, malnutrisi) b. Kolobrasi antara guru dan pelajar , masyarakat serta penglibatan pemberi perkhidmatan kesihatan. Pastikan anda menerangkan komponen yang terdapat dalam model dengan membincangkan langkah dan sumbangan terhadap perubahan di dalam pengetahuan dan tingkah laku berkaitan kesihatan yang dicadangkan. Langkah-Langkah Dalam Penyediaan Tugasan: Anda boleh memasukkan gambar rajah untuk membantu menunjukkan bagaimana model itu terpakai kepada perubahan tingkah laku kesihatan. i. Model serta penerangan harus berfungsi

    sebagai satu rangka kerja untuk memahami faktor-faktor yang boleh membantu atau menghalang anda dalam membuat perubahan

    Minggu ke 10

    (23-11-2014)

    20%

  • tingkah laku yang dicadangkan. ii. Menyediakan senarai rujukan gaya APA yang

    mengandungi semua sumber luar sah yang anda telah gunakan dalam menerangkan model.

    iii. Had muka surat adalah di antara 10 15 helai sahaja

    iv. Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di Lampiran 1

    TUGASAN 2

    Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan

    Pelajar membuat laporan berkaitan dengan program / aktiviti kesihatan semasa yang dijalankan di sekolah. Kenal pasti beberapa program / aktiviti kesihatan yang sedang dilaksanakan di sekolah anda. Pilih DUA (2) daripada program / aktiviti kesihatan tersebut, dan hasilkan laporan berkaitan dengan pelaksanaannya. Laporan perlu merangkumi skop seperti berikut:

    a. carta organisasi program b. visi dan misi, objektif dan matlamat program c. tindakan yang dijalankan - sertakan dengan

    foto aktiviti, poster dan sebagainya berkaitan dengan perjalanan program tersebut

    d. pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program tersebut

    e. lain-lain perkara yang berkaitan Dalam laporan tersebut juga, pelajar dikehendaki: i. Jelaskan bagaimana program / aktiviti kesihatan

    yang anda pilih dapat mempengaruhi atau memberikan kesan terhadap terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan murid di sekolah. Huraian boleh dibuat berdasarkan kepada potensi, keberkesanan, atau kesesuaian program / aktiviti kesihatan tersebut.

    ii. Berikan justifikasi anda mengapa program / aktiviti

    kesihatan yang dipilih dapat membantu, mempengaruhi atau memberi kesan terhadap hasil pembelajaran dan pendidikan mereka?

    iii. Panjang halaman tugasan = bebas

    Minggu ke 10

    (23-11-2014)

    20%

  • Ambil perhatian perkara berikut: Penulisan menggunakan font, Arial 11/ Times New

    Roman 12 Langkau baris (spacing) 1.5 spacing Bibliografi menggunakan format APA systems Muka hadapan (cover) tugasan adalah seperti di

    Lampiran 1

    E-Forum

    E-Forum

    a. Pensyarah akan memuat naik (upload) 5 soalan

    untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum).

    b. Pelajar MESTI memberi respon sekurang-kurangnya DUA kali bagi / pada setiap sesi forum.

    c. Pelajar perlu membuat sekurang-kurangnya TIGA (3) komentar terhadap MANA-MANA jawapan yang dikemukakan oleh rakan bagi setiap soalan yang dikemukakan.

    d. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan.

    e. E-Forum akan dimuatnaik oleh pensyarah e-learning masing-masing mengikut tarikh seperti berikut;

    1. Forum 1 (15 28 September 2014) 2. Forum 2 ( 29 Sept 12 oktober 2014) 3. Forum 3 (13 26 Oktober 2014) 4. Forum 4 (27 Oktober 9 November 2014) 5. Forum 5 (10 23 November 2014)

    Minggu ke 2

    Minggu ke 10

    20%

    Jumlah 60 %

    PERHATIAN

    Segala perkara yang berkaitan kerja kursus MESTI merujuk dan mengikut arahan pensyarah

    kumpulan kuliah masing-masing.

  • 5.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

    Gred Kriteria Pemarkahan Laporan Pelaksanaan

    Program / Aktiviti Kesihatan Sekolah Kriteria Pemarkahan Program

    Efektif Kesihatan Sekolah Kriteria E-Forum

    A

    Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

    Tahap perbahasan ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

    Tahap perbahasan ilmiah , berkeyakinan cemerlang, penyampaian yang cemerlang, bahan yang kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.

    A-

    Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.

    Tahap perbahasan ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

    Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan tinggi, penyampaian yang baik, bahan yang menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala yang baik.

    B+ Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.

    Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi.

    Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, bahan yang menarik & kreatif, idea yang bernas, ada komunikasi 2 hala.

    B Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

    Tahap perbahasan ilmiah sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

    Tahap perbahasan ilmiah, berkeyakinan sederhana, penyampaian yang baik, bahan yang menarik, idea yang bernas, ada komunikasi.

    B-

    Menepati format penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).

    Ada perbahasan ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

    Tahap perbahasan ilmiah, ada keyakinan diri, penyampaian yang baik, bahan yang menarik, ada idea yang kemas, ada komunikasi.

    C+

    Ada penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).

    Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

    Ada perbahasan, ada keyakinan diri, penyampaian yang sederhana, ada menggunakan bahan, ada idea sendiri, ada komunikasi.

    C

    Ada penulisan kajian, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara.

    Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

    Ada perbahasan, ada keyakinan, penyampaian sederhana, bahan yang digunakan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas, ada komunikasi tetapi lemah.

    C-

    Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.

    Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

    Kurang perbahasan, tidak ada keyakinan, penyampaian yang tidak berkesan, penggunaan bahan yang kurang bersesuaian, idea yang tidak jelas, tiada komunikasi.

    D/E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap. Gagal melengkapkan tugasan, Tidak menjawab soalan,

    serahan melewati tarikh akhir. Tiada perbahasan, tiada forum, melewati tarikh akhir.

  • 6.0 PEPERIKSAAN AKHIR

    Pelajar wajib menduduki Peperiksaan Akhir di akhir semester 1 2014/15. Markah bagi

    peperiksaan mewakili sejumlah 40% daripada keseluruhan kursus ini. Kertas soalan

    peperiksaan terdiri daripada 40 (EMPAT PULUH) soalan objektif aneka pilihan. Kesemua

    soalan yang dikemukakan adalah berasaskan kepada tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul

    QGK 3023 yang diberi. Peruntukan waktu untuk peperiksaan akhir ialah selama 1 jam.

    7.0 PERHATIAN & PERINGATAN

    i. Jawapan E-Forum adalah di tapak forum yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor e-Learning kumpulan masing-masing.

    ii. Penghantaran Tugasan 1 (Program Efektif Kesihatan Sekolah) dan Tugasan 2 (Laporan Pelaksanaan Program / Aktiviti Kesihatan) adalah melalui tapak assignment yang akan dibuka oleh Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing.

    iii. Sebelum penghantaran Tugasan 1 dan 2, fail perlu ditukar ke format pdf (.pdf) terlebih

    dahulu dan dapatkan url bagi fail tersebut.

    iv. Tarikh akhir penghantaran tugasan ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Sila ikuti arahan Pensyarah/Tutor E-Learning kumpulan masing-masing melalui MyGuru3.

    v. Ketepatan tarikh dan waktu perlu diberi pertimbangan utama. Sebarang kelewatan

    yang melibatkan pemarkahan akan ditanggung oleh pelajar.

    vi. Perlu diingat juga bahawa keaslian adalah diberi keutamaan. Ketidakaslian seperti plagiarisme dan sebagainya tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian.

    vii. Kebernasan idea serta hasil kerja pada tahap Ijazah Sarjana Muda adalah aspek

    kualiti yang diambil kira.

    PERINGATAN!!!!!!!

    i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

    ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

    iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

    iv. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

    v. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri.

    vi. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

    vii. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan pensyarah kumpulan

    masing-masing

  • LAMPIRAN 1

    SEMESTER 2 SESI 2012/2013

    QGK3023

    PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK NO TELEFON

    KUMPULAN KULIAH:

    NAMA TUTOR E-LEARNING: ______________________________________________

    TARIKH SERAH: ___________________

    PEMARKAHAN