tugasan 1 program kesihatan sekolah

15
SEMESTER 2 SESI 2012/2013 QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TUGASAN 1 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK NO TELEFON MUHAMAD SUFIAN BIN DAUD D20102041257 0136688215 KUMPULAN KULIAH: UPSI 03 (A131PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013 Program Efektif Kesihatan Sekolah

Upload: muhamad-sufian

Post on 29-Nov-2015

5.418 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

QGK3023

PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO TELEFON

MUHAMAD SUFIAN BIN DAUD D20102041257 0136688215

KUMPULAN KULIAH: UPSI 03 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF

TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2013

Program Efektif Kesihatan Sekolah

Page 2: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Definisi

World Health Organization (WHO) mendefinisikan Promosi Kesihatan sebagai:

“Health promotion is the process of enabling people to increase control over,

and to improve their health.”; atau

“Promosi kesihatan merupakan satu proses mengupayakan manusia untuk meningkatkan

kawalan seterusnya meningkatkan kesihatan mereka.”

Konsep Promosi Kesihatan

Percel et al. (1981) menyatakan bahawa promosi kesihatan adalah sebagai satu

usaha membina pengetahuan berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui

penggunaan teori tingkah laku. Ajzen et al. (1980) pula menyatakan dalam teori penyebab

tingkah laku bahawa manusia akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan

kepercayaan tentang faedah ataupun kos hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Di

samping itu, beliau juga membincangkan tentang persepsi individu berkaitan dengan

tekanan sosial yang mempengaruhi individu untuk mengubah tingkah lakunya. Simonds

(1976) pula menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa perubahan

tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya daripada tingkah

laku sekarang kepada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang

bermasalah kepada tingkah laku kesihatan masa depan. Minkler (1989) menyatakan secara

ringkas bahawa promosi kesihatan adalah kombinasi pendidikan kesihatan dengan advokasi

kesihatan.

Teori dan Model Promosi Kesihatan

Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model)

Model ini diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock sekitar dekad 1950-an yang

diasaskan menggunakan pendekatan psikologi. Model ini mengandaikan perubahan tingkah

laku kesihatan berdasarkan konsep yang digambarkan seperti

Gambar Rajah 1.1:-

Page 3: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Model ini diubah suai pada tahun 1988 apabila Rosenstock, Strecher dan Becker

menambah unsur keyakinan diri (self efficacy). Penambahan ini untuk mengukuhkan tingkah

laku yang memerlukan perubahan jangka masa panjang (rujuk Jadual 1.1).

Jadual 1: Huraian Model Kepercayaan Kesihatan

Page 4: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Model Tahap Perubahan Tingkah Laku (Transtheoretical Model)

Model diperkenalkan pada 1977 ini oleh Prochaska dan DiClemente, menyatakan bahawa

perubahan tingkah laku merupakan satu proses dan bukannya satu peristiwa. Seseorang

individu yang cuba mengubah tingkah lakunya akan melalui 5 tahap perubahan seperti

dalam Jadual 1.2:-

Jadual 1.2: Huraian Model Tahap Perubahan Tingkah Laku

Page 5: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Strategi Promosi Kesihatan

Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan

badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia,

satu strategi Promosi Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam

Ottawa Untuk Promosi Kesihatan (Ottawa Charter For Health Promotion).

Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan

Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang

berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu

pernyataan visi masyarakat antarabangsa ke arah mencapai hasrat „Kesihatan Untuk

Semua‟ (Health For All) bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam

antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama seperti dalam

Gambar Rajah 1.2:-

Page 6: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Membentuk polisi awam sihat (Building healthy public policy)

Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata.

Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor

dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab

ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

a) Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan penjualan

produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja.

b) Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam menggalakkan polisi

makan secara sihat.

c) Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau

kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada pihak

berkuasa jika perlu.

Page 7: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Mewujudkan persekitaran yang menyokong (Creating supportive environments)

Masyarakat kita adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesihatan

tidak dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip yang menjadi

panduan untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai menggalakkan umat manusia

agar saling mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar kita.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

a) Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran seperti

gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan atau kampung.

b) Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan awam

seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi.

c) Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan sampingan

melalui berkebun sayur di kawasan rumah.

Memperkukuhkan tindakan komuniti (Strengthening community action)

Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang

berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan

melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci kepada

proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan pemilikan dan

kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya. Pembangunan masyarakat

bergantung kepada sumber-sumber manusia dan material di peringkat komuniti untuk

meningkatkan bantuan diri dan sokongan sosial. Perkara tersebut penting dalam

membangunkan sistem yang fleksibel untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat

dalam dan menentukan arah isu-isu kesihatan. Capaian penuh dan berterusan kepada

maklumat, peluang pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan dari segi kewangan

menjadi prasyarat dalam konteks ini.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

a) Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam membuat

pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam aktiviti tidak sihat

seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah di peringkat komuniti yang

boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

Page 8: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

b) Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam merancang dan

menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan warga emas yang

memerlukan.

c) Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan perhatian

kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang, pengurusan sampah

sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.

Membangunkan kemahiran individu (Developing personal skills)

Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui

penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup setiap

individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk melakukan lebih

kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di samping membuat pilihan

yang sesuai kepada kesihatan. Mengupayakan individu untuk belajar sepanjang tempoh

hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan perubahan di setiap peringkat usia serta

untuk menangani penyakit kronik dan kecederaan adalah sangat penting. Ini perlu dilakukan

sama ada di sekolah, rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti. Tindakan perlu

dilakukan melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan sukarela, serta di

peringkat dalaman institusi itu sendiri.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

a) Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk menghadiri

aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran kesihatan awam

mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran individu yang berkaitan.

b) Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar bertanggungjawab

dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan Panduan Diet Malaysia serta

melatih mereka untuk memantau pengambilan makanan agar sesuai dengan proses

tumbesaran kanak-kanak.

c) Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya untuk mendidik masyarakat untuk

membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.

Page 9: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Menyusun semula perkhidmatan kesihatan (Reorienting health services)

Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan

dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, professional kesihatan,

institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja bersama-sama ke arah

sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan.

Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin ke arah bidang Promosi

Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang menyediakan perkhidmatan klinikal

dan rawatan. Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan

individu dan masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor kesihatan dan

komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini menuntut perkhidmatan

kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati keperluan budaya.

Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan juga memerlukan perhatian yang lebih

penyelidikan kesihatan serta perubahan dalam pendidikan profesional dan latihan. Perkara

ini harus membawa kepada perubahan sikap dan organisasi perkhidmatan kesihatan yang

kembali menumpukan kepada keperluan menyeluruh dari segi individu dan sebagai

manusia seadanya.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

a) Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan

saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan dan bekerjasama

dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan intervensi secara rawatan.

b) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar masyarakat

mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang sihat seperti menjauhi

tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan secara sihat, menangani stres dan

lain-lain.

Elemen-elemen utama dalam bidang Promosi Kesihatan

Merancang, melaksanakan dan menilai program

Topik-topik perbincangan mengenai perkara ini meliputi:-

(i) Pengenalan kepada program

(ii) Perancangan dan elemen utama dalam perancangan

(iii) Kepentingan perancangan

(iv) Langkah-langkah dan peringkat perancangan

(v) Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan

(vi) Penilaian aktiviti/program

Page 10: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Membangunkan kerjasama antara agensi

Bidang promosi kesihatan menekankan aspek perkongsian (partnership) dengan

pelbagai institusi atau organisasi sama ada dari sektor awam, swasta, pertubuhan

bukan kerajaan, komuniti dan lain-lain, ke arah mencapai matlamat perubahan positif

tingkah laku kesihatan menggunakan strategi 5 teras promosi kesihatan. Pertubuhan

yang berhasrat melaksanakan program promosi kesihatan perlulah:

(i) Mengenal pasti rakan kongsi untuk melaksanakan program.

(ii) Mewujudkan dan memperkukuhkan kerjasama dengan mana-mana agensi yang

berkaitan.

Kemahiran komunikasi dan penulisan

Pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi

adalah amat penting dalam menyampaikan mesej kesihatan dengan lebih berkesan.

Interaksi secara dua hala dalam pelaksanaan program promosi kesihatan akan

mewujudkan keadaan yang kondusif antara pengendali program dengan kumpulan

sasaran untuk saling bertukar-tukar idea dan pandangan mereka. Pelbagai kaedah

komunikasi boleh digunakan dalam penyampaian mesej promosi kesihatan.

Kemahiran penulisan menjadi elemen penting dalam pelaksanaan dari merangka kertas

cadangan hinggalah kepada penyediaan laporan sama ada dari segi melibatkan

kemajuan projek ataupun mengemukakan pencapaian pada akhir program. Idea dan

input yang dikongsikan melalui penulisan menjadi wadah yang sangat berharga dalam

proses membina keupayaan pertubuhan itu sendiri serta membantu pelbagai pihak yang

menilai keberkesanan program tersebut. Secara ringkasnya dua elemen utama yang

dapat membantu pertubuhan dalam pelaksanaan program promosi kesihatan

merupakan:

(i) Menulis kertas cadangan dan menyediakan laporan / pemantauan/ penilaian

program.

(ii) Kemahiran perundingan.

Kemahiran teknologi

Penguasaan dan kemahiran mengaplikasikan teknologi akan memberi kelebihan

kepada mana-mana pihak dalam melaksanakan program. Kemahiran penggunaan

teknologi juga akan membantu menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan

penyampaian perkhidmatan, kecekapan komunikasi, menjimatkan masa dan

mengurangkan kebergantungan kepada sumber-sumber fizikal. Sebagai contohnya

Page 11: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

kemajuan dalam bidang ICT dapat meningkatkan interaksi antara penganjur program

dengan peserta melalui e-mail; di samping mengurangkan kos penyediaan bahan-bahan

bercetak kepada peserta.

Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace adalah antara

platform interaksi secara maya yang menjadi wadah komunikasi, penyampaian berita

dan maklumat serta pertukaran pandangan di ruang maya. Penguasaan ruang maya

melalui media baru membuka ruang untuk menyampaikan mesej kesihatan menerusi

konsep pemasaran sosial. Maka, tidak dapat dinafikan kompetensi dan literasi dalam

menguasai sesuatu teknologi khususnya ICT amat penting dalam melaksanakan

program termasuklah program promosi kesihatan.

Kemahiran pengetahuan dan literasi kesihatan

Penganjur program atau pertubuhan perlu arif dengan keperluan pelaksanaan

program dan isu-isu yang berkaitan dengan program berkenaan. Kemampuan dan

kemahiran mereka dalam menguasai kedua-dua perkara di atas akan diuji apabila

program dilaksanakan kepada kumpulan sasar. Oleh yang demikian, tiada istilah

program „tangkap muat‟ atau „melepaskan batuk di tangga‟ yang patut wujud dalam diari

seorang aktivis masyarakat.

Penganjur program perlu memahami isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan

masyarakat setempat atau yang menjadi fokus Kerajaan sebelum melaksanakan

program kepada masyarakat. Program yang menepati keperluan, mencapai objektif dan

dilaksanakan dengan teratur dapat membantu usaha Kerajaan ke arah mewujudkan

masyarakat yang sihat dan sejahtera. Malah, lebih baik lagi jika program dapat

diteruskan agar kesinambungan dari segi penglibatan kumpulan sasaran seterusnya

menjadi amalan ke arah cara hidup secara berterusan.

Membina keupayaan komuniti

Objektif utama LPKM merupakan untuk membina keupayaan pertubuhan dari segi

pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai bidang promosi kesihatan. Keupayaan yang

dibangunkan ini akan menjadi bekalan kepada pertubuhan tersebut sebagai agen untuk

mewujudkan perubahan tingkah laku dalam masyarakat melalui pelaksanaan program yang

memberi faedah kepada kesejahteraan mereka. Pelbagai langkah boleh diambil sebagai

inisiatif menjayakan perkara ini, termasuklah dengan mengadakan latihan kepada

masyarakat terutamanya mendekati pemimpin komuniti seperti ketua kampung, ketua

sesuatu jabatan, ibu bapa, guru dan pemimpin NGO yang menjadi opinion leader untuk

Page 12: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

kumpulan masing-masing. Usaha mendapatkan sumber bantuan kewangan dalam

melaksanakan program juga dapat membantu dalam membina keupayaan dan keyakinan

komuniti dalam menjayakan program demi faedah mereka. Ini juga akan meningkatkan rasa

„pemilikan‟ (belonging/ ownership) komuniti berkenaan ke atas program yang dilaksanakan.

Pertubuhan juga dapat meningkatkan keupayaan mereka dan komuniti dengan

melibatkan rakan kongsi dalam pelaksanaan program. Penglibatan rakan kongsi yang

mempunyai kemampuan dan sumber yang dapat membantu kejayaan akan memberi

manfaat kepada masyarakat. Masyarakat akan mendapat faedah seperti peningkatan ilmu

pengetahuan dan penggunaan sumber secara bersama yang dapat mengelakkan daripada

berlakunya kerugian akibat pembaziran sumber. Peningkatan keupayaan diri juga perlu

diberi perhatian agar pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menjadi amalan

dalam memastikan hidup yang sihat dan sejahtera.

Page 13: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah

Rujukan

Garis Panduan Pemasaran Sosial dalam Program Promosi Kesihatan

2010. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Garis Panduan Amalan Promosi Kesihatan (Health Promotion Practice

Guidelines) untuk Anggota Kesihatan 2008. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

WHO (1996). WHOQOL-BREF Introduction, Administration, Scoring and

Generic Version of the Assessment. Field Trial Version. World Health Organization, Geneva

EQ-5D User Guide. Version 1.0. EuroQOL Group. Rotterdam, The

Netherlands 2007

Manual Prosedur Penilaian Faktor Risiko NCD 2007. Kementerian

Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Manual Latihan PROSTAR Sekolah 2001. Kementerian Kesihatan Malaysia,

Putrajaya

Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005. Kementerian

Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Page 14: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah
Page 15: Tugasan 1 Program Kesihatan Sekolah