tugasan 1 - laporan

9

Click here to load reader

Upload: noormardiana

Post on 03-Oct-2015

26 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Peranan Matematik 1.0 Pengenalan

Pada masa kini, Matematik merupakan satu subjek yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Apabila kita mula berbicara mengenai matematik, tentu sahaja kita akan mula mengaitkannya dengan nombor. Matematik boleh didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambarajah.

Oleh kerana itu, menurut Samuellsson (2011), bermula dari sekolah sehingga ke institut pengajian tinggi, Matematik telah diperkenalkan. Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan matematik. Segala yang dilakukan seperti pergi beruti, membeli barang, merancang kerja-kerja seharian dan sebagainya memerlukan kemahiran matematik.

Matematik melatih akal kita supaya berfikir secara rasional dan logik. Pengetahuan dalam matematik sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan. Kemajuan dalam bidang matematik juga dilihat sebagai satu cara dalam memastikan tercapainya Wawasan 2020. Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 iaitu the building of a progressive scientific society with creative and far-sighted abilities, sangat besar impaknya, bukan sahaja kepada perkembangan silibus matematik yang baharu, malah terhadap peranan guru-guru matematik pada masa hadapan (Mok, 2005).2.0 Peranan Matematik Dalam Teknologi Moden

2.1Perbankan Kad Kredit

Mengikut sejarah matemaik, ia telah lama diamalkan oleh orang dahulu bermula dari zaman Yunani, Cina, India, Mesir dan seterusnya zaman kegemilangan Islam. Matematik mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian secara langsung terutamanya dalam teknologi moden. Pada era globalisasi yang canggih ini, matematik memainkan peranan dalam pelbagai bidang. Kini peranan matematik amat luas dalam bidang-bidang teknologi moden seperti teknologi maklumat, internet, perbankan, telekomunikasi, sistem kedudukan global dan sebagainya. Matematik sangat mempengaruhi teknologi moden pada hari ini.

Matematik juga memainkan peranan penting dalam bidang peniagaan terutamanya dalam pengurusan kewangan. Dalam dunia teknologi yang semakin maju ini, penggunaan kad kredit memberi banyak manfaat kepada pengguna dalam urusan peniagaan. Kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang memberi perkhidmatan tanpa melibatakan wang tunai dalam urusan pembelian. Ia juga digunakan untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai di mesin ATM (Automated Teller Machine) dan di kaunter-kaunter pengeluar kad kredit.

Kad kredit boleh digunakan di mana-mana tempat peniagaan yang mempamerkan jenama kad kredit di dalam dan di luar negara. Pengguna tidak perlu membawa wang yang banyak untuk membeli belah. Kad kredit menawarkan banyak kemudahan kepada pengguna. Terdapat beberapa jenis kad kredit seperti Visa, MasterCard, American Express, Discover dan lain-lain.

Beberapa angka pertama nombor kad menggambarkan jenis kad. Jadual yang berikut menunjukkan angka pertama nombor kad, jumlah nombor kad dan jenis kad kredit.

Jenis kad kreditAngka pertamaPanjang kad nombor

Visa 4xxxxx13, 16

MasterCard51xxx-55xxx16

American Express34xxx, 37xxx15

Discover6011xx16

Diners Club300xxx-305xxx, 36xxx, 38xxx14

Biasanya, kad kredit mempunyai 16 digit. Enam digit yang pertama dikenali sebagai issuer identifier. Digit yang terakhir adalah check digit. Semua kad kredit mempunyai satu persamaan iaitu angka check digit digunakan untuk mengesahkan bahawa ia adalah kad kredit yang sah. Check digit menggunakan Luhn Algoritma yang juga dikenali sebagai modulus 10 untuk memeriksa digit yang lain. Sembilan digit yang berada pada tengah adalah nombor akaun.

Nombor pertama pada kad dikenali sebagai Multi Indusrty Identifier (MII). Digit MMI ini berbeza mewakili kategori penerbit (issuer) seperti berikut :

Nilai digit MMIKategori penerbit (issuer category)

0ISO/TC 68 and other industry assignments

1Airlines

2Airlines and other industry assignments

3Travel and entertainment (such as American Express and Diners Club)

4Banking and financial (Visa)

5Banking and financial (MasterCard)

6Merchandizing and banking (Discover)

7Petroleum

8Telecommunications and other industry assignments

9National assignment

Sebagai contoh, American Express, Kelab Diner, dan Carte Blanche dalam kategori perjalanan dan hiburan, VISA, MasterCard, dan Cari berada dalam perbankan dan kategori kewangan, dan SUN OIL dan Exxon dalam kategori petroleum.

Di dunia yang moden ini, teknologi berkembang maju dalam setiap negara dan gangguan keselamatan individu, komuniti, syarikat dan negara juga semakin maju. Justeru, manusia harus peka terhadap aspek keselamatan. Matematik dapat membantu untuk memastikan teknologi yang digunakan adalah selamat dan selesa unutk diguna.

Setiap pengguna kad kredit perlu memastikan kad kredit yang digunakan adalah sah. Matlamat memeriksa kesahan kad kredit adalah untuk menghalang penggunaan kad palsu dan melindungi daripada mistranmission nombor. Pengiraan check digit dapat dibuat secara manual. Luhn algorithm digunakan untuk membuat pengiraan secara manual. Luhn algoritma adalah dicipta oleh Hans Luhn untuk digunakan sebagai kriteria kesahan untuk sejumlah angka. Semua nombor dalam kad kredit dicipta dengan mengikuti kriteria kesahan tersebut yang dikenali sebagai pemeriksaan Luhn atau mod 10. Pemeriksaan digunakan untuk mengesahkan nombor kad kredit. Apabila nombor kad kredit itu tidak mengikuti kriteria kesahan maka, ia adalah tidak sah.

Beberapa langkah terdapat dalam penggunaan Luhn Algorithm bagi mengenal pasti kad kredit sah atau tidak sah. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :

Langkah 1 : Lepaskan digit yang terakhir dalam nombor kad kredit. Digit yang terakhir ialah digit yang hendak diperiksa (check digit).

Contohnya, bagi nombor kad kredit yang seperti berikut :

Contoh 1 :

455673758689985

Langkah 2 : Seterusnya, songsangkan nombor tersebut.

589986857376554

Langkah 3 : Seterusnya, darab digit yang dalam posisi ganjil dengan dua contohnya, digit pertama, ketiga, kelima dan seterusnya.

589986857376554

1081891661651431461058

Langkah 4 : Tolakkan hasil digit yang lebih daripada sembilan dengan sembilan. Ia bermaksud setiap digit harus kurang daripada 9.

589986857376554

10-9818-9916-9616-9514-9314-9610-958

189976755356158

Langkah 5 : Seterusnya, jumlahkan semua digit.

189976755356158=85

Langkah 6 : Digit yang terakhir iaitu check digit adalah nombor yang perlu ditambah bagi mendapatkan gandaan 10 iaitu mod 10.

Mod 10 = 85 modulo 10 = 5 (digit terakhir dalam kad kredit)

Maka, ia adalah kad kredit yang sah. Kad kredit dengan nombor 4556 7375 8689 9855 adalah sah dan selamat digunakan.

Contoh 2 :

Langkah 1 : Lepaskan digit yang terakhir dalam nombor kad kredit. Digit yang terakhir ialah digit yang hendak diperiksa (check digit).

Contohnya, bagi nombor kad kredit yang seperti berikut :

455272041234567

Langkah 2 : Seterusnya, songsangkan nombor tersebut.

765432140272554

Langkah 3 : Seterusnya, darab digit yang dalam posisi ganjil dengan dua contohnya, digit pertama, ketiga, kelima dan seterusnya.

765432140272554

1461046224021421058

Langkah 4 : Tolakkan hasil digit yang lebih daripada sembilan dengan sembilan. Ia bermaksud setiap digit harus kurang daripada 9.

765432140272554

14-9610-9462240214-9210-958

561462240252158

Langkah 5 : Seterusnya, jumlahkan semua digit.

561462240252158=61

Langkah 6 : Digit yang terakhir iaitu check digit adalah nombor yang perlu ditambah bagi mendapatkan gandaan 10 iaitu mod 10.

Mod 10 = 61 modulo 10 = 9 8 (digit terakhir dalam kad kredit adalah 8)

Maka, ia adalah kad kredit yang tidak sah. Kad kredit dengan nombor 4552 7204 1234 5678 adalah tidak sah dan tidak selamat digunakan.

Konsep kad kredit adalah menawarkan kefleksibelan dan kesenangan pada pengguna.Walau bagaimanapun, jika tidak digunakannyasecara berhemat atau gagal membuat bayaran bulanan, dan berbelanja di luar kemampuan pengguna akan mengalami kerugian yang besar. Kad kredit boleh dikatakan sebagai Ah Long berlesen. Kesimpulannya, matematik merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting pada masa sekarang. Dalam kehidupan seharian, manusia tidak boleh lari dari penglibatan matematik. Dari aktiviti jual beli di pasar hinggalah ke penerokaan ke angkasa lepas, kira mengira dengan tepat amat diperlukan. Tanggapan sebahagian pelajar mendapati bahawa mempelajari matematik adalah sukar dan membosankan perlu mengubahkan minda mereka dan menjadikan matematik merupakan mata pelajaran yang mudah lagi menyeronokkan untuk dipelajari pada masa akan datang.

2.2Pendidikan3.0 Peranan Matematik Sebagai Kegiatan Budaya Yang Berterusan

nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnNombor akaun

issuer identifier

Check digit

4556 7375 8689 9855

4552 7204 1234 5678

7