tugasan 1 laporan terkini

15
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS KBK 6014 TUGASAN SATU: LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PERKHIDMATAN KANAK-KANAK AUTISME ‘LETZHOP MIND ENRICHMENT CENTRE’ CAWANGAN SELAYANG NAMA PENSYARAH : DR. NORFISHAH BT MAT RABI NAMA AHLI KUMPULAN : MAIMON BT OMAR (NO MATRIK M20141000636)

Upload: anne-cross

Post on 06-Feb-2016

84 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 1 Laporan TERKINI

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

KBK 6014

TUGASAN SATU:

LAWATAN ILMIAH KE PUSAT PERKHIDMATAN KANAK-KANAK AUTISME

‘LETZHOP MIND ENRICHMENT CENTRE’ CAWANGAN SELAYANG

NAMA PENSYARAH :

DR. NORFISHAH BT MAT RABI

NAMA AHLI KUMPULAN :

MAIMON BT OMAR (NO MATRIK M20141000636)

NUR NADIA BT HASSAN (NO MATRIK M20141000631)

YUSMAHANI BT JAMALUDDIN (NO MATRIK M20141000689)

Page 2: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Pendahuluan

Pendidikan Khas bermaksud program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-

murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan

murid-murid khas. Ini termasuklah dengan menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu

pembelajaran murid-murid khas.

Menurut Hallahan dan Kauffman (2006) : Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk

pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003)

pula menyatakan pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi

memenuhi keperluan pelajar luar biasa, ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan

kaedah pengajaran khusus. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital

atau di institusi lain. Mansor (2005), Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari

potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara.

Sebagai memenuhi keperluan tugasan pertama bagi kursus kanak-kanak berkeperluan khas KBK 6014

serta memahami lebih lanjut mengenai kanak-kanak autisme, kami bertiga telah melawat Letzhop Mind

Enrichment Centre cawangan Selayang iaitu sebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan khusus

untuk kanak-kanak berkeperluan khas autisme. Kami telah membuat temujanji bersama pengetua pusat

ini iaitu En Fakhri bin Nor Affandi untuk berjumpa dan menemubual beliau pada hari Isnin, 27 November

2014 pada jam 3.00 petang di pusat tersebut.

Definisi Autisme

Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahaminya sebagai tanda.

Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang mempunyai anak pengidap autisme,

istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang membuat kajian dalam bidang perkembangan

kanak-kanak telah membuat penyelidikan tentang autisme, psikopatologi, cara pencegahan dan punca-

puncanya serta kesannya terhadap perkembangan anak dengan autisme di kemudian hari.

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan bahasa Greek

iaitu ‘autos’ yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujuk kepada seseorang yang hidup

dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memeperkenalkan

istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap pengidap autisme yang

Page 3: Tugasan 1 Laporan TERKINI

menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan

yang tidak fleksibal dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil

kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk

“Does Television cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan

pengidap autisme.

Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in which a person is unable to

communicate aform relationship with other. Kamus elektronik Encarta terbitan Microsoft Coporation

pula menyatakan bahawa autisme ialah disturbance in phycological development in which use of

language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully

established and follow unusual pattern. Maka dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan gangguan

psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan sentuhan.

Kannar (dalam safari, 2005) mendefinisikan autisme sebagai ketidakmampuan untuk berinteraksi dengan

orang lain. Menurut Ginanjar (2001), autisme adalah gangguan perkembangan yang komplek disebabkan

oleh adanya kerosakan pada otak sehingga mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan komunikasi,

perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap persekitaran dan pembelajaran. Biasanya tanda-tanda

akan mula kelihatan ketika anak berusia 3 tahun ke bawah.

Latarbelakang

Selaku pengetua di Letzhop Mind Enrichment Centre, En Fakhri menjelaskan bahawa beliau mula

melibatkan diri bersama kanak-kanak autisme setelah membuka Taska Autisme IDEAS yang terletak di

Bukit Templer. Letzhop Mind Enrichment Centre merupakan pusat autisme kedua yang beliau tubuhkan

pada awal bulan November 2013 apabila secara kebetulan beliau berjumpa dengan pemilik Letzhop Mind

Enrichment Centre itu sendiri dan menawarkannya untuk membuka sebuah lagi cawangan mereka dan

beliau telah menerima tawaran tersebut.

Letzhop Mind Enrichment Centre sebenarnya menyediakan kelas Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak 3

tahun hingga 12 tahun yang hanya dibuka pada setiap hari Sabtu. Beliau telah mengambil peluang untuk

membuka cawangan pusat ini pada hari biasa dengan memfokuskan kepada kanak-kanak autisme

sepenuhnya. Pusat ini mempunyai 5 orang kakitangan iaitu 4 orang tenaga pengajar dan seorang terapi

cara kerja. 2 orang guru di sini pernah bekerja di Nasom dan berpengalaman dalam bidang autisme

selama 12 tahun manakala 2 orang guru yang masih baru dalam bidang ini. Seorang terapi cara kerja

merupakan lulusan UKM dalam bidang terapi.

Page 4: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Perkhidmatan dan Program yang Dijalankan

Program yang jalankan di pusat ini adalah untuk intervensi awal. Bagi pelaksanaan intervensi awal, ia

mempunyai had umur yang ditetapkan iaitu daripada seawal kanak-kanak tersebut didiagnos sebagai

autistik sehingga berumur 9 tahun. Memandangkan pusat ini telah didaftarkan sebagai pusat penjagaan,

maka pusat ini tidak terikat dengan had umur. Kini kanak-kanak autisme yang menerima perkhidmatan di

sini adalah seramai 21 orang dan pengambilan kanak-kanak autisme akan dihadkan sehingga 30 orang

kanak-kanak sahaja.

Terdapat 3 program yang ditawarkan di sini iaitu Occupational Theraphy, Day Care (Living Skill) dan

akademik. Di sini juga dijalankan program Sesame Street English yang menyediakan kelas tambahan

untuk matapelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia dan dijalankan hanya pada hujung minggu. Oleh

kerana pusat ini didaftarkan sebagai pusat penjagaan, terdapat tiga jenis pakej yang disediakan iaitu

i. 8.30 pagi – 4.30 petang

ii. Sesi pagi : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari

Sesi petang : 12.30 tengah hari – 4.30 petang

iii. Beberapa hari seminggu (sebagai kelas tambahan bagi murid autisme yang bersekolah)

Mengikut kos sebenar untuk yuran perkhidmatan dipusat ini ialah Rm2000. Memandangkan pusat ini

merupakan non profit business, kos yuran untuk kanak-kanak dikurangkan kerana mendapat bantuan dana

daripada pihak Letzhop. Bagi pakej yang full day, bayaran yang dikenakan ialah RM800 termasuk aktiviti

terapi seminima sebanyak 4 kali sebulan manakala RM550 bagi pakej yang half day.

Pusat ini tidak menetapkan syarat-syarat tertentu untuk kemasukan ke pusat ini asalkan kanak-kanak

tersebut telah didiagnos sebagai autism. Assessment akan dijalankan terlebih dahulu untuk mengetahui

kategori autism samada kategori mild, moderate dan severe. Selepas itu murid-murid ini akan

ditempatkan mengikut tahap kebolehan masing-masing di mana murid moderate dan severe akan berada

dalam kumpulan mereka sendiri. Dalam tempoh satu bulan pemerhatian akan dijalankan terhadap murid-

murid tersebut daripada aspek karakter dan habit untuk mengenalpasti apakah cara pendekatan yang

sesuai untuk diaplikasikan terhadap murid-murid tersebut.

Page 5: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Aktiviti

Di sini terdapat 4 kelas di mana murid-murid diasingkan mengikut tahap perkembangan masing-masing.

Penilaian akan dijalankan setiap 3 bulan sekali untuk melihat perkembangan murid-murid ini. Setiap

kelas ada jadual yang disediakan untuk aktiviti-aktiviti kelas. Aktiviti yang dijalankan bagi setiap kelas

tidak mempunyai banyak perbezaan kerana majoriti murid autism di sini mempunyai masalah sensory,

oleh itu format aktivitinya adalah lebih kurang sama. Biasanya pada setiap pagi akan dimulakan dengan

aktiviti fizikal kerana kanak-kanak autism ini agak aktif dan tenaganya perlu dikurangkan supaya mereka

akan dapat fokus untuk aktiviti pembelajaran yang lain.

Bagi melatih murid-murid untuk aktiviti toilet train, setiap 15 minit murid-murid ini akan di bawa ke

tandas dan aktiviti ini bukan sahaja dilakukan di pusat ini tetapi akan berterusan ketika di rumah dengan

kerjasama dari ibu bapa supaya ada kesinambungan. Bagi aktiviti intervensi untuk living skill, mereka

akan dilatih mengikut langkah-langkah yang betul dan menjadikan ianya sebagai rutin contohnya seperti

aktiviti makan. Aktiviti akan dijalankan satu persatu bermula dengan membasuh tangan, mengambil

pinggan,membaca doa dan seterusnya bagi mengukuhkan lagi kemahiran yang telah dipelajari.

Jadual aktiviti dan kelas pembelajaran akademik

Page 6: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Kelas Occupational Theraphy (OT) dan ruang pembelajaran

Page 7: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Aktiviti Pre Writing dalam kemahiran mewarna. Murid mewarna dalam bentuk dengan menggunakan

BBM iaitu kotak yang dipegang oleh murid dalam gambar.

Aktiviti Sensori (tactile stimulation). Membantu dalam intervensi sensori untuk sentuhan, motor halus

dan kemahiran pengamatan menggunakan tepung, air, water colour dan tisu.

Aktiviti sensori bagi seluruh tubuh menggunakan shaver cream

Page 8: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Aktiviti brushing technique.

Aktiviti Vestibular stimulation untuk imbangan dan Deep Pressure untuk kurangkan tekanan pada badan

Aktiviti terapi pertuturan bersama ibu bapa

Page 9: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Aktiviti sempena Sambutan Hari kemerdekaan

Aktiviti sempena mengenang tragedi MH17

Sesi perbincangan bersama ibu bapa

Page 10: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Antara aktiviti yang dijalankan untuk kanak-kanak autisme di pusat ini

Page 11: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Pencapaian Perkembangan kanak-kanak

Salah seorang pelajar yang bernama Nuri merupakan anak kepada pengetua pusat ini. Nuri berumur 6

tahun dan mula didiagnos ketika berumur 2 tahun lebih. Kategori masalah adalah moderate dan

hyperaktif serta hypo sensitive. Pada awalnya Nuri tidak boleh menulis dan hanya boleh bercakap satu

patah perkataan sahaja. Tetapi sekarang, Nuri sudah boleh menulis dan bercakap sebanyak enam patah

perkataan. Selain itu Nuri juga sudah tidak berapa sensitif untuk dipegang dan juga boleh mematuhi

beberapa arahan tertentu.

Penutup

Letzhop Selayang ada laman facebook dan web sendiri. Pusat ini mendapat respon dan kerjasama yang

baik dari pihak luar. Terdapat ibu bapa yang mempunyai anak autisme disarankan oleh klinik-klinik untuk

datang mendapatkan perkhidmatan intervensi dipusat ini. En Fakhri juga banyak melibatkan diri dengan

program-program kesedaran tentang kepentingan mengenal autism kerana kebanyakkan kes budak yang

hilang adalah daripada kanak-kanak autism dengan memberi contoh anak beliau sendiri yang sudah

banyak kali hilang.

Sebagai pengetua dan bapa kepada salah seorang kanak-kanak autisme, beliau mengharapkan dan cuba

melakukan yang terbaik untuk anaknya dan anak-anak autisme yang lain. Walupun kanak-kanak Autisme

ini tidak akan menjadi normal tetapi perkembangan dan kemahiran mereka boleh dipulih dan

ditingkatkan.

Page 12: Tugasan 1 Laporan TERKINI

Artikel mengenai pengetua pusat ini sempena hari bapa

Ahli kumpulan bersama pengetua dan anak-anaknya yang merupakan pelajar di pusat ini.