tgfu - siti norbaya saad

Upload: jinggo-johan

Post on 07-Jul-2018

316 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    1/52

    1

    SEMESTER 2 SESI 2013 / 2014

    QGU3013 –  KURIKULUM KOTEMPORARI

    DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN

    KESIHATAN

    TAJUK

    KUMPULAN

    GROUP UPSI02 (A132PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH 

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    SITI NORBAYA BT MD.SAAD D20121061750 012- 5179327

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. NORKHALID BIN SALIMIN

    TARIKH SERAH : 23 APRIL 2014 

    TUGASAN

    1. (a) TEACHING GAME FOR UNDERSTANDING (TGFU)

    (b) BINCANGKAN MASALAH OBESITI DALAM

    KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA .

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    2/52

    2

    TUGASAN 1 (a)

    Teaching game For Understanding ( TGFU )

    ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT

    1. DEFINISI TGFU 3

    2. KEPENTINGAN TGFU. 4

    3. KOMPONEN TGFU 5

    4. KEPENTINGAN PENGAJARAN PJ MENGGUNAKAN

    KEADAH TGFU.

    7

    5. MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN

    PENGAJARAN SECARA TRADISIONAL DENGAN TGFU

    10

    6. EMPAT MODIFIKASI PERMAINAN BAGI SETIAP

    KATEGORI DALAM KOMPONEN.

    6.2 SASARAN.6.3 MEMADANG.

    6.4 JARINGAN DAN DINDING

    6.6 MENYERANG DAN BERTAHAN.

    12 - 25

    7. RUMUSAN. 26

    8. RUJUKAN. 27

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    3/52

    3

    TUGASAN 1 (b)

    Bincangkan tentang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di

    Malaysia. Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat Pendidikan

    kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).

    ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 PENGENALAN 29

    2.0 DEFINISI OBESITI 30

    3.0 TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES &

    SIMNETT

    32

    4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN MENURUT

    EWLES DAN SIMNETT ( 1986 ) 33

    5.0 FAKTA , KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN

    OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR

    DI MALAYSIA

    36

    6.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DALAM KALANGAN

    PELAJAR DI MALAYSIA

    37

    7.0 KESAN-KESAN OBESITI DALAM KALANGAN

    PELAJAR DI MALAYSIA

    43

    8.0 CARA-CARA MENANGANI OBESITI DALAM

    KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

    44

    9.0 RUMUSAN 50

    10.0 RUJUKAN 52

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    4/52

    4

    1. Definisi TGFU

    Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran

    yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti

    Loughboroungh yang merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yangdapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya

    mereka tidak berasa bosan. (buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh

    Mohd Sofian Omar Fauzee)

    Teaching Games for Understanding (TGFU) dapat memupuk minat dalam pengajaran dan

     pembelajaran khususnya dalam pelajaran pendidikan jasmani. TGFU memberi pemahaman

    yang menyeluruh pada setiap permainan. Pembelajaran dan Pengajaran Pendidikan Jasmani

    dan Kesihatan amat menyeronokkan kerana TGFU menekankan kepada peningkatan tahapaktiviti fizikal serta pewujudan untuk persaingan yang sihat di samping guru boleh

    memotivasikan pelajar dalam suasana bersuka ria. Permainan yang dihasilkan melalui

    konsep TGFU dapat memupukkan hubungan yang erat dan kerjasama di kalangan pelajar.

    Pengajaran permainan TGFU bukan sahaja dapat menarik minat pelajar bahkan dapat

    menghilangkan rasa bosan ketika murid mengikuti pengajaran di luar bilik darjah

    Pendekatan TGFU mengubah pengajaran permainan pendekatan tradisional yang

     bercirikan pengetahuan teknikal kepada pendekatan baharu yang lebih menekankan

     pengajaran taktikal yang membiasakan murid mengetahui persoalan apa dan kenapa.

    Model ini menekankan permahaman yang menyeluruh sesuatu permainan itu dan

    merupakan satu cabang bidang kejurulatihan yang harus dikuasai oleh seseorang jurulatih

     bagi mewujudkan suasana latihan yang menyeronokkan disamping boleh memotivasikan

    murid atau pelajar.

    Kesan yang diperolehi hasil daripada pendekatan ini, pelajar boleh dikembangkan

    kemahirannya terutama dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang cepat

    dalam sesuatu permainan yang dikuasai. Malah , model ini menggalakkan pelajar

    melibatkan diri dalam pelbagai permainan dan falsafah pendekatan ini bukan sahaja

    mengetahui sesuatu permainan itu dimainkan tetapi menekankan kepentingan membuat

    keputusan dalam sesuatu permainan yang dimainkan

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    5/52

    5

    2. 0 KEPENTINGAN TGFU. 

    2.1 TGFU wujud dengan memberi ruang dan peluang kepada murid-murid dalam

    menjalani aktiviti pendidikan jasmani. Murid terlibat sepenuhnya dalam membuat

    keputusan, menyelesaikan masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya

    dapat menguasai permainan. Memberi murid-murid peluang membuat keputusan

     berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Guru

    hanya bertindak sebagai pembimbing sahaja.

    2.2 TGFU diyakini melahirkan suatu transformasi kemahiran berasaskan teknik

     penyelesaian taktikal boleh dilaksanakan oleh murid-murid di dalam situasi permainan

    sebenar tanpa terikat dengan kekangan permainan berdasarkan corak dan pengajaran

    struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau skill based. Ini kerana

    kaedah ini adalah bebas dan tidak terlalu banyak peraturan.

    2.3 TGFU mampu membentuk suasana persekitaran pembelajaran yang kondunsif

    semasa aktiviti bermain dilaksanakan.

    2.4 TGFU Berjaya memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan

     bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan minat belajar. Menurut Almy (1964, Fagen) , kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri

    mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia dapat membebaskan murid-murid

    daripada rasa bosan semasa sessi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

    2.5 TGFU mampu memberikan kebebasan kepada murid-murid dalam mencorak tahap

     bekerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan.

    2.6 TGFU adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap

     permainan. Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan

    tertentu.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    6/52

    6

    2.7 TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu

    Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah

    hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat berseronok dalam aktiviti

    fizikal.

    2.8 TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang

    sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan

    ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan

     persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Elakkan daripada provokasi dan perbalahan

    secara fizikal mahupun emosi.

    2.9 TGFU adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat

    dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan.

    2.10 TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini

    disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.

    3.0 KOMPONEN TGFU.

    3.1 Membuat Keputusan (Decision Making).

    3.1.1 Kebolehan membuat keputusan dalam masa yang singkat, tepat dan pantas amat

    sukar. Maka kaedah What, How, When, diajar kepada murid-murid untuk mereka

    mengenalpasti situasi dan memilih tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan

    masalah.

    3.1.2. Memandangkan dalam setiap permainan sesuatu aspek sering berubah-ubah, murid-

    murid perlu pantas untuk menilai APA yang berlaku dan mengenalpasti petunjuk-petunjuk

     bagi penyelesaian masalah.

    3.1.3 Menggunakan pendekatan BAGAIMANA dan BILA untuk mencari kaedah terbaik

    dan pantas pada situasi yang memerlukan. Guru akan membimbing berdasarkan peraturan

    dan syarat-syarat permainan.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    7/52

    7

    3.2 Bentuk Permainan (Game Form)

    3.2.1. Diadaptasi dari permainan orang dewasa tetapi disesuaikan dengan pola permainan

    murid-murid berumur 11-12 tahun

    3.2.2. Murid-murid diminta mengenalpasti masalah untuk diselesaikan

    3.2.3. Permainan harus sesua i untuk semua peringkat umur

    3.2.4. Berasaskan kurikulum yanag sama walaupun bentuk permainan berbeza

    3.2.5. Guru membantu murid-murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

    3.3. Kesedaran Taktikal (Taktikal Awereness)

    3.3.1. Pendekatan taktikal diperlukan untuk faedah diri sendiri dan pasukan untuk

    melemahkan pihak lawan

    3.3.2. Teknik taktikal tidak static kerana akan berubah-ubah mengikut kehendak permainan

    3.3.3. Tambahan kepada kesedaran taktikal akan melemahkan pasukan lawan tetapi sangat

    terhad

    3.4. Prestasi (Achievement)

    3.4.1. Pencapaian diukur berdasarkan potensi murid-murid menggunakan kemahiran dan

    respon yang bersesuaian dengan situasi semasa di dalam permainan.

    3.4.2. Pencapaian dihasilkan daripada latihan ini dapat mengukur sejauhmana potensi

    seorang murid dan menjadi kayu pengukur untuk menilai teknik yang paling

     berkesan.

    3.5. Perlaksanaan Kemahiran (Skill Execution)

    3.5.1. Apabila kemahiran sudah dikenalpasti maka murid-murid harus bersedia

    mempersembahkan kemahiran yang dipelajari untuk ditunjukkan hasilnya kepada

    guru.

    3.5.2. Perlaksanaan ini juga mengukur sejauhmana kebolehan guru.

    3.5.3. Ia berbeza dengan kaedah tradisional di mana keberkesanan dan hasil di nilai selepas

     permainan bukannya semasa proses pembelajaran dan pengajaran sambil bermain

     berlangsung.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    8/52

    8

    3.6. Apresiasi Permainan (Game Appreciation)

    3.6.1. Murid-murid harus memahami konsep permainan walaupun ia mudah

    3.6.2. Sentiasa akur dan mengingati peraturan yang diberi

    3.6.3. Penambahan dan pengurangan intensiti dalam sesuatu permainan

    menjadi tolok pengukur keseronokan atau kesusahan permainan itu

    3.6.4. Penambahan undang-undang dan tentang masa dan kawasan boleh

    menjadikan permainan bervariasi dan ceria.

    3.7. Kesimpulan (Conclusion)

    3.7.1. Aspek berturutan di dalam model ini sentiasa berubah-ubah dan menjadikan ia

    kritikal.

    3.7.2. Permainan dan peraturan telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran taktikal

    dan membuat keputusan. Maka menjadikan perlaksanaan kemahiran dan

     pencapaian mejadi faktor respon teratas.

    3.7.3. Pengubahsuaian dalam permainan juga akan berlaku untuk penyempurnaan kepuasan

     bagi setiap takah. Ia akan terus dinilai semula untk penambahbaikan bagi

    memenuhi kehendak syarat permainan baru tersebut.

    4.0. Kepentingan Pengajaran Pendidikan Jasmani Menggunakan Kaedah TGFU 

    Secara tradisional, Pendidikan Jasmani menjurus kepada empat objektif utamaiaitu :

    (a) Pembangunan fizikal atau organik

    (b) Pembangunan neuro otot atau motor

    (c) Pembangunan kognitif

    (d) Pembangunan sosial, emosi dan afektif.(Thomes, Lee & Thomes 1988 )

    Aktiviti yang melibatkan kuasa fizikal di dalam individu untuk membangunkan

    sistem organ di dalam tubuhnya Pettitor (n.d) memberi definisi bahawa Pendidikan

    Jasmani adalah proses pembelajaran dan pengajaran menyeluruh merangkumi aspek

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    9/52

    9

    domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Situasi ini memaparkan bahawa

     pelajar diberi ruang mencuba dan mengalami sendiri pengalaman aktiviti fizikal.

    Kaedah permainan dalam TGFU berkonsepkan perkongsian masalah taktikal yang

    menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentasi permainan di antara murid-

    murid. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Pendidikan

    Jasmani. Ia dapat melahirkan murid-murid yang aktif dan mahir di dalam bidang

    sukan khusus.

    Konsep TGFU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. TGFU mengutamakan

     penajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Almy (1964: Fajen)

    menyatakan bahawan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa

    mengambilkira tujuan bermain. TGFU juga mampu membentuk kemahiran murid-murid

    secara tuntas dan fleksibel. Situasi ini menjayakan pelajar diserap masuk ke dalam pelbagai

     jenis sukan.

    Thorpe meletakkan psikologi sebagai teras utama konsep ini. Penekanan TFGU pada

     permainan dan menjuruskan para pelajar untuk menganalisis permainan itu. Situasi ini

    merangkumi salah satu daripada bahagian fokus pendidikan jasmani. Bahagian-bahagian itu

    adalah memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri dan interaksi sosial semasa

    menjalankan aktiviti.

    Murid-murid juga diberikan peluang untuk melakukan penilaian penampilan dan

     perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan. Murid seterusnya akan

     berusaha menyiapkan kefahaman taktikal, di bawah bimbingan guru untuk dikembangkan

    ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.

    Tanggungjawab kendiri juga terhasil apabila murid-murid mula memandang positif

    terhadap permasalahan di dalam permainan. „Target games‟ seperti memanah atau

    menembak misalnya memerlukan murid-murid menggunakan fokus, ketenangan,

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    10/52

    10

    konsentrasi dan ketelitian yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran taktikal untuk

    muncul sebagai pemenang.

    Ketika aktiviti sedang dijayakan, sifat-sifat positif di dalam target games akan

    terbentuk. TGFU dilihat seterusnya memberi kekuatan mental yang membentuk personaliti

     bagi melahirkan pemain yang mantap dan hebat. Thorpe, Bunker dan Almond (David

    Kirk, Mary O Sullivan, Doune Mcdonald, 2006: 629) juga kemudiannya memperkenalkan

    empat dasar prinsip pendidikan yang diserap masuk ke dalam model kurikulum TGFU

    iaitu :

    a. Sampling iaitu merujuk kepada permainan mengikut kategori. Model permainan

    diambil daripada kategori yang sama dan didemonstrasikan untuk melihat

     persamaan di dalam setiap kategori.

     b. Modification through Representation iaitu permainan disimulasikan daripada

     permainan orang dewasa. Bagaimanapun ia diadaptasi keada peralatan,

     peraturan, pengurangan bilangan pemain untuk disesuaikan dengan tahap

     perkembangan kanak-kanak.

    c. Modification through Exaggeration iaitu keputusan segera perlu dibuat apabila

    undang-undang asas tidak lagi boleh digunapakai atau beberapa aspek di dalamnya

    memerlukan penambahbaikan.

    d. Tactical Complexity iaitu elemen yang menyarakan guru mendedahkan kepada

    murid- murid pendedahan taktikal yang lebih kompleks semasa proses sampling.

    Elemen ini dirasakan akan lebih mencabar minda kanak-kanak.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    11/52

    11

    5.0 Membanding beza antara kaedah Pengajaran Secara Tradisional dengan

    TGFU.

    5.1. Pengajaran Pendekatan Tradisional.

    a. Berdasarkan prinsip pengajaran tradisional di mana guru memberi arahan dan murid

    menurut arahan. Pembelajaran berbentuk aplikasi sehala di mana guru bertindak sebagai

     pengajar. Kebaikannya ialah guru mudah merancang dan sesuai untuk kegiatan bahaya

    atau yang memerlukan kemahiran khas.

     b. Antara ciri-ciri pendekatan tradisional adalah seperti kurikulum ditetapkan,

     pengajaran diutamakan, guru adalah pembuat keputusan dan menentukan tugasan, pelajar

    harus menerima tugasan, piawaian ditentukan dan berfokus kepada guru serta pencapaian

    murid diukur mengikut gred.

    c. Tokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang

    membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom atas faktor pencapaian

     permainan adalah kurang memuaskan pada masa itu. Setelah dianalisa, hasil keputusan

    mendapati bahawa murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang

    disediakan oleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalam

     permainan dalam pengajaran bersifatkan tradisional.

    d. Pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhad tentang permainan.

    Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan.

    Setiap permainan yang dirancangkan menuntut elemen yang mempunyai matlamat yang

    menjuruskan penguasaan sesuatu kemahiran atau strategi. Elemen ini dirasakan penting

    supaya murid-murid dapat mempelajari sesuatu melalui permainan.

    e. Wujud kelemahan beberapa elemen seperti dalam kemahiran asas dan kurang

     berupaya dalam membuat keputusan. Sedangkan gerakan melompat, melari dan membaling

     bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantu murid bergerak cergas dan aktif

    dalam permainan.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    12/52

    12

    f. Pengkaji juga memerhatikan bahawa pengajaran tradisional Pendidikan Jasmani

    adalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuat keputusan.

    g Kadar perkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan

    dalam pengajaran tradisional. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkan permainan

    dalam pengajaran dan pembelajaran.

    5.2. Membandingkan dan membezakan pengajaran secara tradisional dengan

    kaedah TGFU

    a.. Kaedah TGFU mencadangkan permainan diklon daripada permainan sebenar.

    Bagaimanapun ia diubahsuai berdasarkan kemampuan pemain dari pelbagai aspek seperti

    fizikal, sosial, intelek dan infrastruktur yang bersesuaian.

     b. Aspek peraturan atau undang-undang diubahsuai dan dipelbagaikan untuk

    memberi warna kepada permainan sekaligus menarik minat pemain. Kesedaran taktikal

    dikuasai sedikit demi sedikit semasa permainan berlangsung dalam usaha untuk muncul

    sebagai pemenang.

    c. Guru hadir hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara. Murid-murid dibantu

    menguasai kemahiran membuat keputusan. Termasuklah menilai dan mengenalpasti situasi,

    menjangka kemungkinan dan membuat tindakan sesuai berasaskan penilaian yang mereka

    lakukan sebentar tadi.

    d. TGFU berkonsep ansur maju dengan praktis kemahiran yang mudah dan yang

    telah dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Kemahiran pula lebih berbentuk permainan

     berbanding latih tubi yang membosankan dan menumpukan kekuatan kardiovaskular.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    13/52

    13

    6.0 Empat Modikasi Permainan

    Pndekatan Teaching Games for Understanding (TGFU ) mempunyai 4 komponen iaitu :

    6.1 Komponen Menyerang dan Bertahann

    Permainan kecil komponen serangan adalah satu permainan yang memerlukan pemain untuk melakukan

    serangan yang kerap dalam semua keadaan. Dalam permainan ini kebanyakan langkah yang digunakan

    adalah menyerang dalam pelbagai posisi. Permainan jenis ini memerlukan stamina yang tinggi bagi

    mengekalkan posisi dan serangan semasa permainan.terdapat beberapa jenis permainan yang sering kita

    main merupakan ketegori permainan serangan.

    Contoh : bolasepak, hoki, sepak takraw

    6.2 Komponen Sasaran

    Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata.

    Contoh : bowling, memanah , golf  

    6.3 Komponen Jaring dan Dinding

    Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding.

    Mengumpul mata melalui menghantar ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak

    dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang.

    Contoh : badminton, squash,ping-pong.

    6.4 Komponen Memadang

    Jenis permainan yang dilaksanakan dalam dua kumpulan yang melibatkan dua pasukan. Satu

     pasukan sebagai pasukan ‘striking’ dan pasukan lawan sebagai „ fielding’. Pasukan ‘striking’  yang

    akan bertindak untuk memperoleh / mengumpul mata sedangkan pasukan ‘fielding’   yang akan

     bertindak cuba menghalang pasukan lawannya memperoleh / mengumpul mata. Mata yang

    diperoleh / dikumpul melalui larian yang selamat dan berjaya selepas membuat pukulan dalam

    masa atau pusingan yang ditetapkan.

    Contoh : baseball, softball, cricket  

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    14/52

    14

    Tugasan ini akan menyediakan EMPAT modifikasi permainan bagi setiap kategori TGFU dengan

    lengkap dengan maklumat berikut

    1.  Lakaran.

    2.  Huraian / Penjelasan

    3. 

    Peraturan4.  Borang Skor

    1.  Tajuk Permainan : Serang Hendap ( Kompenen Menyerang dan Bertahan)

    i.  Lakaran Permainan

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    15/52

    15

    ii.  Huraian / Penjelasan

    Permainan ini dalam komponen serangan. Permainan ini dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan

    dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan

    lokomotor serta memanipulasikan alatan dalam permainan. Murid-murid melakukan aktiviti berkaitandengan daya tahan kardiovaskular. Murid juga dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan

    dalam suasana menyeronokkan dan memupuk semangat kerjasama.

    Objektif permainan ini ialah pada akhir pelajaran ini murid dapat :

    a.  Memahami konsep kerjasama, dan mematuhi arahan , peraturan dan keselamatan diri.

     b.  Memperkembangkan penhetahuan tentang psikomotor,kognitif, dan afektif.

    c.  Memahami kemahiran pergerakan asas dan berupaya mengaplikasikan dalam permainan bola

     baling, bola sepak dan seumpamanya.

    d. 

    Mengamalkan tingkah laku dan sahsiah yang positif.

    e.  Memperkembangkan imaginasi semasa merancang dan melaksanakan permainan yang

    sebenar.

    f.  Mengenalpasti dan mengatasi masalah dalam permainan.

    Peralatan yang diperlukan ialah : sebuah kotak, 2 buah botol dan skitel

    iii.  Prosedur Perlaksanaan Permainan 

    a. 

    Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu A dan B

     b.  Sekiranya kumpulan A memulakan permainan, kumpulan A dianggap sebagai penyerang

    manakala kumpulan B sebagai pertahanan begitulah sebaliknya.

    c.  Permainan akan dimainkan secara berselang seli iaitu jika kumpulan A memulakan dahulu,

     permainan seterusnya akan diteruskan oleh kumpulan B.

    d. 

    Permainan perlu dimulakan ditengah-tengah gelanggang. Pemain perlulah berada di kawasan

    masing-masing.

    e.  Apabila wisel ditiup, barulah pemain dibenarkan masuk ke kawasan pihak lawan.

    f.  Pemain dikehendaki membaling kotak kepada ahli kumpulannya sendiri bagi menjaringkan gol

     bagi kumpulannya.

    g.  Pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

    h.  Kotak yang berjaya dijaringkan akan mendapat satu mata .

    i.  Penjaga gol perlulah menghalang kotak daripada masuk dengan menggunakan botol.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    16/52

    16

     j.  Kotak yang masuk ke dalam gol sahaja akan dikira sebagai mata.

    k.  Kumpulan yang mengumpul mata terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

    l.  Masa yang diperuntukkan adalah selama 10 minit.

    iv. Peraturan dan Syarat Permainan

    a.  Sebelum memulakan permainan, ketua kumpulan A dan B diminta membuat undian untuk

    menentukan kumpulan yang akan memulakan permainan. Kumpulan yang memenangi undian

    tersebut akan memulakan permainan.

     b.  Pemain hendaklah menjaringkan kotak ke dalam gol dengan cara membaling kepada ahli

    kumpulannya sahaja dan setiap jaringan ynag dibuat, akan mendapat mata.

    c.  Sekiranya kotak jatuh ke tangan pihak lawan, pihak lawan perlulah menjaringkan gol bagi pihak

    kumpulannya untuk mendapatkan markah.

    d. 

    Penjaga gol diberi dua buah botol untuk menghalang kotak daripada memasuki gol.

    e.  Kotak yang memasuki kawasan penalti hanya boleh diambil oleh penjaga gol sahaja dengan cara

    membaling menggunakan tangan.

    f.  Pemain tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

    g.  Pemain juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan gelanggang semasa permainan berlangsung.

    h.  Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawanan

    tersebut

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    17/52

    17

    v.  Borang Skor Pemarkahan

    BORANG PEMARKAHAN

    KUMP MATA JARINGAN MARKAH

    QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    18/52

    18

    2.  Tajuk Permainan : Bowling Kutip Tin (Komponen Sasaran)

    i.  Lakaran Permainan

    ii.  Huraian / Penjelasan

    Permainan ini dicipta bertujuan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli pasukan di samping

    memberi keseronokkan dan memupuk perasaan gembira kepada murid-murid. Permainan ini dalam

    komponen sasaran yang sesuai diaplikasikan sebagai rutin latihan untuk permainan bowling, dart,

    memanah dan seumpamanya.

    Objektif permainan ini ialah pada akhir pelajaran murid dapat :

    a.  Murid dapat meningkatkan tahap kemahiran psikomotor, kognitif serta tahap kecekapan dan

    ketangkasan individu murid itu sendiri.

     b.  Dapat meningkatkan kecerdasan tubuh badan kerana permainan ini melibatkan koordinasi

    seluruh anggota badan.

    c.  Murid dapat menggunakan pemikiran untuk mengatur strategi bagi membenarkan pasukan

    mereka menang.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    19/52

    19

    d.  Murid dapat menjalinkan dan merapatkan hubungan diantara ahli pasukan.

    Peralatan yang diperlukan ialah : bola, tin kosong, skiter gelung rotan

    iii. 

    Peraturan dan Syarat Permainan 

    a.  Bilangan pemain 6-10 orang untuk setiap kumpulan dan undian dibuat untuk menentukan

     penyerang dan pelontar.

     b.  Buat dua garisan lurus secara bertentangan diamana garisan pertama sebagai garisan permulaan

    dan garisan kedua untuk me;etakkan tin yang hendak dilontar( disusun dengan kemas)

    c.  Kumpulan pelontar akan berdiri di garisan permulaan dan akan melontarar tin di garisan kedua

    untuk menjatuhkan tin tersebut , manakala pihak pasukan penyerang akan berdiri di belakanggarisan kedua bersedia untuk menyerang sekiranya tin itu Berjaya dijatuhkan oleh pihak pelontor.

    d.  Sekiranya susunan tin jatuh akibat golekan bola tersebut, pihak penyerang akan merebut bola

    tersebut dengan tujuan membalingkan kepada pelontar atau kumpulannya sebelum sempat

    melarikan diri. Sekiranya golekan pertama tidak menjatuhkan tin, cubaan sebanyak dua kali akan

    diberikan. Jika tidak, pihak penyerang akan menjadi pelontar dan pihak pelontar akan menjadi

     penyerang.

    e.  Sebaik sahaja pelontar menjatuhkan tin yang disusun, kumpulan pelontar akan melarikan diri

    untuk mengelakkan balingan daripada pihak penyerang. Pada masa yang sama setiap pelontar

    harus bertindak mengumpul tin-tin yang berselerakkan dan diletakkan di dalam gelung rotan

    yang disediakan. Setiap gelung rotan harus diisi dengan 2 tin kosong oleh pasukan pelontar.

    f.  Dalam pada mengumpul tin kosong tersebut, pasukan pelontar harus berhati-hati dengan

    kumpulan penyerang kerana pasukan pelontar hanya akan diserang menggunakan bola.

    Sekiranya pasukan penyerang berjaya menjatuhkan tiga pemain pasukan pelontar sebelum

     berjaya tin dikumpul, pasukan penyerang akan dikira sebagai pemenang dan mendapat satu

    mata bagi pusingan tersebut.

    g.  Jika pelontar berjaya mengumpul tin-tin itu sebelum mengenai balingan daripada kumpulan

     penyerang, bermakna kumpulan pelontar akan mendapat satu mata. Jika sebaliknya pula,

     pelontar dianggap mati tanpa sebarang mata dan pihak penyerang akan memainkan permainan

    tersebut.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    20/52

    20

    iv.  Borang Skor Pemarkahan

    BORANG PEMARKAHAN

    PUSINGAN 1PUSINGAN2

    PUSINGAN3

    KUMP A B A B A B

    MATA

    PEMENANG

    PUSINGAN

    PEMENANG

    KESELURUHAN

    QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    21/52

    21

    3.  Tajuk Permainan : “ Bola Api Melayang”. 

    i. 

    Lakaran Permainan

    ii.  Huraian dan Pemjelasan

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    22/52

    22

    Tajuk permainan ini ialah “ Bola Api Melayang”. Permainan ini direka bagi menepati komponan

     jaring dan dinding iaitu permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Kedua-dua pihak

     bermain dengan suatu alat manipulasi seperti bola. Mata dikumpul melalui menghantar objek ke

    gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat menghantar balik dalam kawasan

    gelanggang. Contoh permainan adalah seperti badminton, squash dan table tennis.

    Permainan yang dicipta ini dalam kategori pukulan melibatkan beberapa kemahiran seperti

    memukul, servis dan menimbang bola. Permainan ini selain dapat meningkatkan kemahiran

     pergerakan asas juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif murid.

    Objektif permainan ini ialah pada akhir pengajaran murid dapat :

    a. 

    Dapat memberi murid kemahiran cara memukul dengan betul

     b.  Menerap nilai-nilai positif dalam diri pelajar.

    c.  Menguji ketahanan fizikal dan mental

    d.  Mematuhi undang-undang dan pertauran permainan.

    Peralatan yang diperlukan ialah “Tapak Tangan ( 10 buah), bola getah, (sebiji) , skitel. 

    iii.  Prosedur Perlaksanaan Permainan 

    a.  Kawasan permainan yang disyorkan ialah gelanggang badminton.

     b.  Garisan permainan ditandakan menggunakan skitel dan garisan gelanggang badminton.

    c. 

    Garisan tengah memisahkan antara dua pasukan yang bertanding.

    d.  Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang yang memakai sarung tangan “Tapak Tangan” yang

    direka sendiri. (Boleh funan sarung tangan softball).

    e.  Undian permainan ditentukan dengan balingan duit syiling.

    f.  Pasukan yang mula dahulu diberi hak untuk memilih kawasan gelanggang.

    g.  Permainan dimulakan dengan memukul bola kea rah pihak lawan dengan melepasi jaring.

    h.  Kedua-dua pasukan perlu menjaga daripada bola terjatuh di gelanggang masing-masing.

    i.  Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, pasukan lawan akan memperolehi 1 mata.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    23/52

    23

     j.  Peserta juga hanya dibenarkan menimbang bola 3 kali sahaja jika terlebih giliran memyerang

    akan diberikan kapada pihak lawan.

    k.  Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit.

    l.  Pasukan yang mempunyai mata yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai

     pemenang.m.  Jika berlaku keadaan seri, 1 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.

     v.  Peraturan dan Syarat Permainan 

    a.  Memakai pakaian sukan yang sesuai.

     b.  Alatan untuk memukul bola menggunakan „Tapak Tangan‟ yang direka sendiri oleh guru atau

    menggunakan sarung tangan soofball

    c.  Peserta mestilah menjaga keselamatan diri dan rakan lain semasa permainan dijalankan.

    d.  Tidak memakai aksesori perhiasan diri seperti jam tangan, cincin dan sebagainya.

    e.  Peserta tidak dibenarkan memijak, menendang bola getah dengan kaki.

    f.  Jika bola keluar dari gelanggang, peserta boleh mengutip kemabli bola dan kembali ke

    gelanggang untuk menenruskan permainan.

    g.  Peserta tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan gelanggang

    h.  Peserta hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri.

    i. 

    Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, peserta boleh mengutip bola dan teruskan pukulan.

     j.  Keputusan pengadil permainan adalah muktamad. 

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    24/52

    24

    vi.  Borang Skor Pemarkahan

    4.  Tajuk Permainan : “ Kotak Beracun”. 

    i Lakaran Permainan

    BORANG PEMARKAHAN

    MATA KUMPULAN A MATA KUMPULAN B

    PLW 1 PLW 2 PLW 3 PLW 1 PLW 2 PLW 3

    1 1

    2 2

    3 3

    4 4

    5 5

    6 6

    7 7

    8 8

    9 9

    10 10

    11 11

    12 12

    13 13

    14 14

    15 15

    16 16

    17 17

    18 18

    19 19

    20 20

    JUMLAH JUMLAH

    QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    25/52

    25

    ii.  Huraian dan Pemjelasan

    Permainan ini dinamakan “Kotak   Beracun”. Permainan ini cuba member pendedahan kepada murid

    tentang permainan kategori memukul dan pemadang seperti permainan soofball, kriket dan

    seumpamanya. Pada akhir pengajaran ini murid dapat :

    1. 

    Meningkatkan penguasaan dalam teknik sesuatu permainan padang.2.  Menerapkan nilai-nilai positif dan semangat sepasukan seperti kerjasama dan toleransi.

    3.  Meningkatkan kefahaman tentang corak permainan yang jauh dan pelbagai arah.

    4.  Meningkatkan kefahaman tentang taktik dan strategi dalam permainan

    5.  Mengalami keeseronokkan dan kegembiraan semasa bermain .

    Alatannn yang digunakan ialah : kayu pemukul, bola kertas, skitel, kotak beracun, papan markah

    markah, kain, gelung rotan. 

    iii. 

    Prosedur Perlaksanaan Permainan

    a.  Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pemukul dan kumpulan pemadang.

    Setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli.

     b.  Pusingan pertama, kumpulan pemukul berada di dalam kawasan masing-masing. Ahli kumpulan

     pemukul yang berada di posisi membaling akan membaling bola kepada ahli yang berada di

     posisi memukul. 

    c.  Pemukul akan memukul bola kertas sejauh yang mungkin dan berlari membawa pundi kacang

    kepada pemain ke-2, seterusnya pemain ke-2 berlari membawa pundi kacang kepada pemain ke-

    3 dan seterusnya sehingga pemain ke-4 berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul yang

    disediakan 

    d.  Dua markah akan diberikan jika berjaya memasukkan pundi kacang ke dalam bakul.  

    e.  Sementara ahli kumpulan pemadang akan berada di kawasan masing-masing 

    f. 

    Ahli kumpulan pemadang cuba menangkap bola kertas dan membaling bola itu kepada ahli

    kumpulannya sehingga bola berjaya dimasukkan ke dalam “kotak beracun 

    g.  Markah kumpulan pemukul akan ditolak 1 mata bagi sebiji bola jika kumpulan pemadang

     berjaya memasukkan bola ke dalam bakul kotak beracun. 

    h.  Larian kumpulan pemukul akan terbatal sekiranya kumpulan pemadang berjaya memasukkan

     bola ke dalam kotak beracun sebanyak 3 biji. 

    i.  Permainan akan tamat selepas 4 minit bagi satu pusingan. 

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    26/52

    26

    iv.  Peraturan dan Syarat Permainan 

    a.  Permainan terbahagi kepada 2 pusingan

     b.  Tempoh permainan bagi setiap pusingan ialah 4 minit

    c. 

    Ahli kumpulan pemadang dibahagikan kepada 3 kawasan, kawasan A (kawasan penyambut

     bola), B (kawasan pemadang) dan C (kawasan jaringan pemadang)

    d.  Kesemua pemain hanya boleh bergerak di dalam zon mereka yang telah ditetapkan sahaja.

     Namun bagi ahli kumpulan pemadang, dibenarkan untuk bergerak ke kawasan terhampir dengan

    mereka untuk mengambil bola yang telah jatuh.

    e.  Bola di baling hanya dari paras bahu ke pinggang sahaja.

    f.  Masa rehat 2 minit diberikan untuk pusingan seterusnya.

    g.  Pemain tidak dibenarkan memakai alatan selain alatan yang dibenarkan.

    Borang Skor Pemarkahan

    BORANG PEMARKAHAN

    PERKARA

    PUSINGAN 1 ( 4 MINIT) PUSINGAN 2 (4 MINIT)

    PEMUKUL (A)

    PEMADANG

    (B) PEMUKUL (B) PEMADANG (A)

    MATA 10 3 12 6

    JUM MARKAH 7 6

    PEMUKUL DAPAT 2 MATA UNTUK SATU PUNDI KACANGYANG BERJAYA DIKUMPULPEMADANG DAPAT 1 MATA UNTUK BOLA BERACUN YANGBERJAYA DIKUMPUL

    QGU 3013 SITI NORBAYA SAAD

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    27/52

    27

    5 RUMUSAN

    Aktiviti Teaching Games for Understanding (TGFU) menghubungkan pengetahuan

     pendidikan jasmani dengan aktiviti pemainan menjadikan pembelajaran sesuatu permainan itu

    menyeronokkan. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorangmalahan lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis

     persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan seperjuangan dengan

    menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Menjadi peranan

    guru, menggunakan kreativiti bagi menghasilkan permainan TGFU yang menarik minat murid

    untuk mempelajari teknik dan strategi sesuatu permainan itu. Jadi, program Teaching Games

    for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat

    sekolah rendah.

    Pengetahuan cara bermain, syarat dan peraturan sesuatu permainan ditekankan dalam TGFU .

    Justeru itu , guru perlu cuba menghasilkan peraturan dan syarat permainan yang mudah difahami

    dan diikuti oleh murid agar permainan tidak membosankan dan menarik minat serta

    menimbulkan motivasi murid untuk menguasai sesuatu permainan tersebut.

    Melalui TGFU murid diberi peluang untuk merasai keriangan bergerak dalam situasi yang

    menyeronokkan. Selain itu, ia juga dapat memupuk nilai kerjasama dengan rakan

    seperjuangan dengan menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan- peraturan

    ditetapkan

    Selain itu, guru hendaklah menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan

     permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu pendidikan jasmani kerana segala

     pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya

    terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan

    yang mencukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya

    dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring / dinding dan serangan. Kesimpulannya,

     program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    28/52

    28

    6.  BIBLIOGRAFI

    1. Abdul Hafidz Bin Omar (2003). Pendidikan Jasmani Dan 

    Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan. Malaysia:

    Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    2. Buucher, C. A (1993), Faudations Of  Physical Education and Sport (3th 

    Edision), St

    3. http://www.tgfu.info/

    4. Mohamed Nor(1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala

    Lumpur: Flo Enterprise.

    5. P.Y Ramakrisnan (1998), Pendidikan Pergerakan Mudah, Shah Alam, Siri

    Pendidikan Fajar Bakti

    6. Teng Boon Tong (1992), Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah, Edisi

    Kedua, Selangor, Longman.

    7. Vasudevan T. Arasoo (1991), Pengajaran Pendidikan Jasmani Untuk  

    Sekolah-Sekolah Rendah, Selangor, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

    http://www.tgfu.info/http://www.tgfu.info/

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    29/52

    29

    TUGASAN 1 (b)

    Bincangkan tentang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

    Huraian anda hendaklah dikaitkan dengan matlamat Pendidikan kesihatan

    menurut Ewles dan Simnett (1986).

    1.0 PENDAHULUAN

    Menurut International Association for the Study of Obesity (IASO), obesiti telah

    diiktiraf sebagai suatu penyakit lebih dari 60 tahun yang lalu. Ianya telah menjadi epidemik

    yang turut mengancam keupayaan pembiayaan kesihatan di negara-negara maju. Situasi

    terkini menunjukkan prevalens obesiti di kalangan orang dewasa adalah lebih tinggi daripada

    masalah kurang berat badan. Dianggarkan sebanyak 525 juta orang mengalami masalah

    obesiti dengan hampir dua kali ganda lagi mengalami masalah berlebihan berat badan

    yang menjadikan secara keseluruhannya sekitar 1.5 bilion penduduk dunia mengalami

    masalah berlebihan lemak badan.

    Berlebihan berat badan adalah faktor ketiga tertinggi penyebab kematian pra matang

    dan ketidakupayaan di dunia, iaitu selepas merokok dan tekanan darah tinggi.Masalah ini

    lebih membimbangkan di negara kurang membangun iaitu penularan malnutrisi di kalangan

     bayi dan kanak-kanak meningkatkan risiko kenaikan berat badan secara sederhana yang

    seterusnya meningkatkan risiko diabetes dan penyakit kronik di kalangan mereka. Negara-

    negara tersebut mempunyai 4-5 kaliganda lebih tinggi jumlah golongan dewasa yang

    mengalami penyakit disebabkan berlebihan berat badan berbanding negara maju. Kesannya

    adalah peningkatan yang keterlaluan kepada kos perubatan yang mencecah ratusan juta yang

    sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan negara.Epidemik obesiti di kalangan

    kanak-kanak juga didapati berlaku secara global yangboleh mempengaruhi aspek sosial ,

     pencapaian akademik serta komplikasi kesihatan . Lebih 155 juta kanak-kanak sekolah

    mengalami masalah berlebihan berat badan dan mereka ini diramalkan generasi pertama

    yang mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding ibu bapa mereka. Ianya jelas

    menunjukkan suatu tindakan yang komprehensif perlu dilakukan untuk mengatasi

    masalah ini. (IASO,2009).

    Masalah berlebihan berat badan dan obesiti juga telah meningkat di Malaysia sejak

    dua dekad yang lalu. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga

    (2006) menunjukkan prevalens berlebihan berat badan telah meningkat kepada 29.1%

     berbanding 16.6% manakala prevalens obesiti meningkat kepada 14.0%berbanding 4.4%

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    30/52

    30

     pada tahun 1996. Antara penyebab utama yang menyumbang2kepada masalah berlebihan

     berat badan dan obesiti di Malaysia adalah pengambilan diet yang tinggi kalori dan cara

    hidup sedentari.

    2.0 DEFINISI OBESITI

    Obesiti ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang berlakunya pengumpulan atau

     penyimpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Obesiti juga didefinisikan sebagai lebihan

    lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila

    saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

    Secara umum seseorang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh atau  Body

     Mass Index (BMI) 30 kg/m2 ke atas dikelaskan sebagai obes. Walau bagaimanapun penilaian

     peratus lemak badan adalah lebih tepat. Seseorang individu boleh dikategorikan sebagai obes

    sekiranya peratus lemak di dalam badan melebihi 25 peratus bagi lelaki dan 35peratus bagi

    wanita (Clinical Practice Guidelines on Management of Obesity, 2004).

    Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan

    untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira

     berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa

    dua (m2 ).

    Formula BMI ialah :

    Kurus Kurang 20.6

     Normal 20.7 - 26.4

    Gemuk 26.5 - 30.9

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    31/52

    31

    Obesiti 31.0 - 45.2

    Bahaya Lebih 45.3

    Jika kita ingin mengetahui berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan

    yang ideal atau tidak, bolehlah menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

    Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m).

    Berlebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin

    meningkat dengan mendadak di seluruh dunia (WHO, 1998). Kajian oleh Bong &

    Safurah (1996) melaporkan 8% kanak-kanak sekolah rendah adalah berlebihan berat

     badan.Kajian di kalangan kanak-kanak 6 - 12 tahun di Malaysia menunjukkan peningkatan

    masalah berlebihan berat badan daripada 11.0% kepada 12.8% dan obesiti daripada9.7%

    kepada 13.7%, masing-masing pada tahun 2002 dan 2008 (Ismail et al., 2003 ,2009).

    Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III (2006) pula mendapati dalam

    kalangan kanak-kanak 6-12 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti adalah 22.4%

    manakala dalam kalangan remaja 13-17 tahun prevalens berlebihan berat badan/obesiti

    adalah 21.4%.

    3.0  TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES & SIMNETT 

    Masalah obesiti ini dapat diatasi sekiranya individu terbabit berazam untuk

    mengatasi masalah mereka. Selain daripada itu, kesedaran dan ilmu pengetahuan

    tentang pemakanan serta kesihatan adalah antara faktor penting yang boleh mengawal

    obesiti berlaku dalam kalangan pelajar. Atas dasar inilah mata pelajaran Pendidikan

    Kesihatan diajar di sekolah. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah obesiti dalam

    kalangan pelajar sekolah.

    BM = BERAT (KG)

    TINGGI (m) X TINGGI (m)

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    32/52

    32

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dalam laporan teknikal pada tahun

    1954 tujuan sesuatu Pendidikan Kesihatan itu mestilah diarahkan kepada usaha-usaha

     berikut:-

    a· Menyediakan individu atau masyarakat bahawa kesihatan adalah harta yang tidak

    ternilai harganya.

     b·  Menggalakkan individu atau masyarakay untuk mempertahankan amalan  –   amalan

    yang akan menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian.

    c· Menggalakkan individu dan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan kesihatan

    yang sedia ada dengan betul , selamat dan sebaik mungkin.

    d·  Memberi dorongan individu atau masyarakat untuk berdikari dan sentiasa berusaha

    dalam mempertingkatkan status kesihatan dalam lingkungan persekitaran mereka.

    Menurut Ewles & Simnett (1986) pula, mengemukakan tujuan yang lebih spsifekasi

     berkaitan Pendidikan Kesihatan . Menurut beliau, dalam melaksanakan tugasan Pendidikan

    Kesihatan, seorang pendidik mestilah berusaha mencapai tujuan-tujuan berikut:-

    a·  Meningkatkan pengetahuan kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang

    dihadapi.

     b·  Memberikan penerangan dan juga pengetahuan tentang segala sesuatu yang berkaitan

    dengan masalah yang sedang dihadapi oleh invdividu atau mayarakat.

    c·  Menimbulkan kesedaran diri setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang telah

    diberikan.

    d·  Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan

    sikap ini akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti

    tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

    Ewles dan Simnett (1986) pula mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi

    tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut mereka, dalam

    melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk

    mencapai tujuan-tujuan berikut :

    a. Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang

    sedang dihadapinya.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    33/52

    33

     b. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala

    sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu

    atau masyarakat itu.

    c. Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan

    dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan

    orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah

    nasibnya.

    d. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih

      positif . Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan

    dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan

    mereka yang dididik itu tercapai.

    4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN EWLES DAN SIMNETT 

    Menurut Ewles & Simnett (1986), Pendidikan Kesihatan yang dusahakan seringkali

     bertujuan untuk mencapai satu atau pun lebih matlamat kesihatan. Matlamat yang

    dimaksudkan adalah berbeza daripada seorang individu kepada individu yang lain mahu

     pun daripada satu masyaraka t kepada masyaraka t yang lain.

    Antara matlamat Pendidikan Kesihatan adalah seperti berikut iaitu peka atau sedar

    terhadap kesihatan, menyampaikan ilmu pengetahuan, menimbulkan kesedaran diri,

    mengubah sikap, membuat keputusan, mengubah tingkah laku dan mengubah status

    sosial.

    4.1·   Peka atau sedar terhadap kesihatan. 

    Adalah menjadi suatu harapan melalui Pendidikan Kesihatan, orang yang dididik

    mampu untuk menimbulkan atau memikirkan isu-isu berkaitan dengan kesihatan semasa

    yang dianggap penting untuk dirinya mahupun masyarakat sekelilingnya setelah didedahkan

    dengan pengetahuan isu tersebut.

    Contohnya adalah seperti kempen tentang kesedaran AIDS, H1N1, merokok

    dan mengambil minuman keras. Kempen AIDS yang telah dan sedang dijalankan di

    Malaysia mahupun di negara luar yang lain di dunia telah membelanjakan jutaan ringgit

    ke arah usaha pendidikan terhadap isu tersebut. Ia bertujuan semata-mata untuk

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    34/52

    34

    memberikan pengetahuan dan panduan kepada individu dan masyarakat tentang bahaya

     penyakit AIDS. Dengan ilmu yang diberikan ini, telah menjadi satu harapan

    kepada masyarakat agar menjadi lebih peka dan bertindak rasional bagi mengatasi

    isu-isu yang diberikan.

    4.2·  Menyampaikan ilmu pengetahuan 

    Ada saat dan ketikanya, masalah kesihatan itu wujud dalam masyarakat

    mahupun individu terbabit. Mereka mengetahui masalah yang wujud, namun mereka

    tidak memahami akan bahayanya. Lantaran tidak memahami maka mereka membiarkan

    sahaja masalah tersebut berlarutan sehinggalah kepada peringkat yang tidak diingini.

    Contohnya, isu berkaitan dengan kes nyamuk aedes. Majoriti masyarakat

    mengetahui akan bahaya dan kesannya terhadap kesihatan diri, namun mereka tidak

    memahami sebab ia berbahaya dan juga cara mengatasinya. Mereka akan cuba untuk

    mengetahuinya apabila salah seorang daripada anggota keluarga mereka mengidap

     penyakit bawaan nyamuk tersebut. Perkara sebeginilah yang sepatutnya kita cegah. Di

    sinilah peranan Pendidikan Kesihatan dan satu kaedah yang berkesan perlu digunakan

    dan diselaraskan dengan matlamat untuk memberikan tunjuk ajar dan fahaman yang jelas

    kepada masyarakat dan juga individu.

    4.3·  Menimbulkan kesedaran diri 

    Matlamat yang hendak dicapai adalah lebih terarah kepada individu itu sendiri.

    Sebagai seorang pendidik ilmu Pendidikan Jasmani, maka segala ilmu yang hendak

    disampaikan haruslah berkesan, menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya ia

    menimbulkan sensitiviti dan seterusnya menimbulkan kesedaran yang tinggi dalam diri

    individu. Tindakan positif yang bakal diambil diharap dapat meningkatkan tahap kesihatan

    individu itu sendiri.

    4.4·  Mengubah sikap 

    Adalah menjadi suatu harapan, apabila ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan

    Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka tahap sensitiviti terhadap kesihatan juga

    dapat ditingkatkan. Dalam usaha ini, para pendidik Pendidikan Kesihatan memainkan

     peranan yang sebaik mungkin dalam memberikan tunjuk ajar kepada pelajar agar

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    35/52

    35

    dapat menguatkan lagi semangat pelajar untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat

    kesihatan yang optimum.

    4.5  Membuat keputusan 

    Para pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya memainkan peranan dalam

    memberikan dorongan dan galakan kepada pelajar yang terlibat agar dapat membuat satu

    keputusan yang positif demi mencapai taraf kesihatan yang paling baik.

    Contohnya, pelajar A mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan tekanan darah.

    Dia perlu mengawal tekanan darah dengan mengurangkan jumlah garam dalam makanan

    dan juga makanan berlemak yang lain. Di samping itu, dia juga perlu bersenam. Namun

    demikian, pelajar ini enggan melakukan perkara yang sepatutnya. Keadaan sebegini

    tidak mungkin terjadi seandainya, pelajar berkenaan mempunyai ilmu pengetahuan

    tentang kesihatan. Kesedaran diri pasti akan timbul dengan sendirinya, sehingga akan

     berlaku perubahan sikap dan satu keputusan yang tegas diambil oleh pelajar terbabit

    untuk mengatasi masalah kesihatan yang dihadapinya.

    4.6·  Mengubah tingkah laku 

    Perubahan terhadap tingkah laku baik kepada individu mahupun masyarakat

     perlu berlaku dengan adanya pengetahuan tentang Pendidikan Kesihatan. Amalan tentang

    gaya hidup sihat perlu dijadikan amalan seharian agar kehidupan menjadi lebih

     berkualiti. Perubahan yang berlaku ini perlulah selaras dengan kehendak budaya, agama

    dan bangsa serta kemudahan yang sedia ada.

    4.7 ·  Mengubah status sosial 

    Dalam usaha untuk mencapai tujuan bagi melahirkan individu dan masyarakat

    yang sihat, pengorbanan daripada pihak tersebut adalah amat perlu. Faktor ini merupakan

    satu faktor yang sukar untuk diterima dan dibincangkan. Ini kerana ia berkaitan

    dengan perubahan social dan juga cara hidup kita.

    Contoh yang paling jelas ialah kempen anti-merokok. Walaupun kerajaan

    telah membelanjakan jutaan wang ringgit dalam usaha menyeru individu dan masyarakat

    agar meninggalkan tabiat ini, namun segalanya masih belum berkesan. Bukan itu

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    36/52

    36

    sahaja, malah penggubalan akta dan undang-undang juga turut dilaksanakan ,

    malangnya peningkatan golongan perokok baru tetap berlaku saban tahun. Walaupun

    mereka ini sedar akan bahaya merokok, namun untuk meninggalkan amalan ini amat

    sukar sekali. Kononnya, demi menjaga status sosial mereka.

    Sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah menjadi tanggungjawab mereka

    untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu mahu pun masyarakat dalam

    usaha mencapat matlamat ini. Mereka perlu menggunakan kepakaran mereka dan

     juga mengatur strategi yang berkesan serta tidak patah semangat dalam usaha bagi

    mencapai matlamat masyarakat sihat dan makmur. Semua langkah untuk mengatasi

    obesiti dapat diaksanakan dengan mudah sekiranya tujuan dan matlamat yang diutarakan

    oleh Ewless & Simnett tercapai.

    5.0  FAKTA, KAJIAN DAN ANALISA BERKAITAN OBESITI DI KALANGAN

    PELAJAR SEKOLAH DI MALAYSIA.

    Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan

    kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu

    faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik.

    Sindrom metabolic juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

    Di Malaysia, peningkatan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10

    tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak

    12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin

    ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

    Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes

    apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain

     pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

    Standard Pengiraan Obesiti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia

    menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan

    untuk bayi sehingga kanak – kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 2006.

    Standard ini dipanggil WHO child growth standards.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    37/52

    37

    6.0 PUNCA-PUNCA OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR DI

    MALAYSIA.

    6.1 Genetik  

    Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi

     berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu

     bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini

    nampaknya faktor genetik telah „ikut campur‟ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di

    dalam tubuh.Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka

    unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan

    diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan . Maka , tidak hairanlah apabila bayi

    yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar .

    6.2 Pemakanan Yang Tidak Sihat

    Obesiti di Malaysia semestinya dikaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat.

    Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai

    hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak

    sihat sama sekali contohnya seperti roti canai,teh tarik dan nasi lemak. Yang lebih

    membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita. Memakan

    makanan seimbang tidak diambil berat.

    Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari

    akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.  Minuman manis antara

     punca utama obesiti dikalangan pelajar di Malaysia.

    Baru-baru ini kecoh seketika akan pengharaman penjualan minuman bergas

    (berkarbonat) di sekolah-sekolah oleh Kerajaan Malaysia, meskipun pada hakikatnya

    minuman bergas sudah lama tidak dijual di kantin-kantin di kebanyakan sekolah. Sekali lagi

    di sini, mengapa mesti minuman karbonat dipersalahk an, sedangkan penjualan „minuman-

    minuman manis‟ yang lain masih lagi dihalalkan? Apakah yang membezakan komposisi

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    38/52

    38

    nutrien minuman bergas dan minuman-minuman yang lain seperti milo ais, sirap bandung,

    atau teh tarik?

    Berbeza dengan teh tarik yang mungkin sebahagian kecil nilai kalorinya hadir

     berpunca daripada sumber lemak dan protein, minuman ringan hanya mengandungi gula

    ringkas semata-mata, dan kalori yang wujud dalam minuman ini juga datang daripada gula

    semata-mata. Kebiasaannya minuman ringan tidak mengandungi protein dan lemak.

    Perumpamaan untuk komposisi minuman ringan adalah seperti berikut: Air kosong + Gula +

    Perisa + Karbonat = Minuman ringan/bergas.

    Lebih gula, lebihlah dahaganya. Ini kerana gula yang terkandung dalam minuman

    ringan adalah merupakan karbohidrat ringkas yang sudah diproses (refined carbs).

    Pengambilan karbohidrat ringkas seperti ini akan menggalakkan pembebasan insulin dengar

    kadar yang banyak dan mendadak dari pankreas yang berfungsi untuk membawa gula ringkas

    tadi masuk ke dalam sel, lalu menukarkannya kepada glikogen di sana.

    Ini sekaligus akan membuatkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak, dan otak

    akan mula berfikir bahawa badan masih memerlukan „sumber makanannya‟ –   ini

    mengakibatkan anda akan berasa lebih dahaga (tidak puas dengan apa yang diminum tadi).

    Akibatnya, sama ada anda akan menambah lagi minuman ringan ini, atau menghabiskan terussebotol yang dibeli.

    Oleh kerana gula merupakan karbohidrat yang sudah diproses, maka badan tidak akan

    mengambil masa yang lama untuk mencernakannya. Sifat gula yang mengandungi tinggi

    glycemix index (G.I) akan membuatkan ia cepat memasuki aliran darah dalam bentuk

    glukosa, dan dibawa ke serata sel dalam tubuh badan melalui darah dengan bantuan hormon

    yang kita kenali sebagai insulin.

    Sel tidak memerlukan terlalu banyak glukosa untuk menjalankan fungsinya, lalu apakah

    yang akan berlaku jika ia menerima terlalu banyak glukosa? Glukosa yang berlebihan akan

    ditukarkan kepada glikogen dan disimpan sementara di dalam sel sehinggalah ia akan

    digunakan kelak. Namun, persoalan seterusnya akan timbul, apakah yang akan berlaku jika

     paras glikogen di dalam sel menjadi terlalu tinggi? Glikogen tersebut akan dibawa dan

    disimpan didalam hati, dan HANYA akan diguna pakai apabila badan berada pada fasa lapar,

    seperti puasa, dan bersukan berintensiti tinggi (kardio).

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    39/52

    39

    6.3 Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu

    Menurut pakar pemakanan, mengambil makanan pada waktu yang tepat akan

    menyebabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih, dan lebih bertenaga. Namun

    terdapat segelintir pelajar di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada

    waktu yang tidak betul seperti tengah malam. Ini boleh mendatangkan obes dan makanan

    tidak dapat di hadam dengan sebaiknya.

    . Mengelak waktu makan. Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat

    Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi

    ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan,

    ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa

    lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

    6.4 Persekitaran Tidak Sihat

    Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orangtempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan. Implikasi daripada fenomena ini

    terdapat pelbagai restoren di sekitar ibu kota dan makanan yang dijual terdiri daripada

    makanan yang tidak berkhasiat. Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat memakan

    makanan tidak berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ada segelintir warga kota yang

    menjadikan makanan yang mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan

    harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit

    yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    40/52

    40

    Makanan segera

    Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi

    gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap

    gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut

    akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi

    oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan

    menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

    Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih

     belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan

    mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan

    menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

    Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak

    menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar

    (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan

    secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.

    6.5 Kurang Bersukan

    Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh.Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor iaitu tingkat aktiviti dan sukan secara

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    41/52

    41

    umum serta yang keduanya angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk

    mempertahankan minimum tubuh.

    Antara kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua

     pertiga daripada pengeluaran tenaga individu yang normal. Meskipun aktiviti fizikal

    hanya mempengaruhi satu pertiga daripada pengeluaran tenaga seseorang dengan berat

    normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti ini bertukar menjadi

     peranan yang sangat penting. Pada saat bersukan kalori terbakar, semakin banyak bersukan

    semakin banyak kalori yang hilang.

    Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk

     bekerja seharian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti

     bergerak akan menyebabkan suatu siklus yang hebat. Obesiti membuatkan aktiviti sukan

     bagi seseorang individu sangat sukar dan kurang menikmati keseronokan bersukan. Impak

    daripada kurangnya bersukan secara tidak langsung akan mempengaruhi kadar turunnya

    metabolisme tubuh individu terbabit. Oleh itu, konklusifnya, aktiviti sukan sangat penting

    dalam membantu penurunan berat badan kerana ia bukan sahaja membakar kalori malahan

    dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.

    5.6 Pengaruh emosional 

    Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah

    emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk „dahaga‟ akan kasih sayang seperti

    kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau

    makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan

    lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

    Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang

    yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan

    dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang

    mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya

    ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada

    kegemukannya.

    Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh

    kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    42/52

    42

    dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan

     perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan

    lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen

    membuktikan kebenarannya.

    Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam

    atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang

    kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan

    oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan

    orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah

    mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang

    tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

    Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek

    setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang

    membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek

    tetap samasetelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

    6.7 Tidur yang cukup. 

    Tidur terlalu sedikit/banyak. Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur

    kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali

    ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko

    sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.

    6.8 Tabiat semasa makan. 

    Faktor cara makan juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti bila mana

    makan terlalu cepat di mana makanan tersebut tidak dikunyah dengan sempurna

    sebelum ditelan oleh seseorang. Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic

    Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan

    secara berlebiham. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit

    untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia

    adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    43/52

    43

    7.0 KESAN-KESAN OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

    DI MALAYSIA.

    Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit

    contohnya seperti diabetis, darah tinggi, penyakit jantung, kegagalan sistem pernafasan,

    kegagalan system perkumuhan, kanser dan sebagainya.

    Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan

    yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol

    yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau

     prediabetes).

    Menurut Pakar Perubatan dan Endokrin, Hospital Pusrawi, Dr. Shaharuddin Che Kadir,

    lazimnya pesakit tidak menyedari diri mereka menghidap sindrom metabolik. Tambah

     beliau lagi, seseorang cenderung menghidap sindrom metabolik jika mempunyai ukur lilit

     pinggang melebihi 80 sentimeter (sm) bagi perempuan dan 90 sm bagi lelaki.

    Masalah obesiti bukan perkara yang boleh dianggap remeh kerana disifatkan sebagai

    „virus‟ yang memberi tekanan emosi dan menimbulkan kegelisahan. Apabila kegemukan

    dialami oleh seseorangpelajar , persepsi terhadap dirinya juga berubah, termasuk hilang

    daya tarikan, malah menjadi bahan cemuhan di kalangan rakan.

    8.0 CARA MENANGANI MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN

    PELAJAR DI MALAYSIA.

    Secara umumnya pihak sekolah telah mengalurkan beberapa langkah dan antaranya

    adalah:

    a. Pertama  –   Akui yang anda telah memungkiri janji dengan sendiri. Tetapi jangan

    salahkan diri anda. Ini bukan soal moral, hanya ianya tidak menjadi kalau anda tidak

    mengenalpasti atau mencari janji yang dimungkiri dan mengakuinya.

     b. Kedua  –   Kenalpasti impak kemungkiran tersebut ke atas kehidupan anda dan

    mengambil tanggungjawab ke atasnya (bukan menyalahkan masakan ibu).

    c. Ketiga –  Perbaharui janji dan komited untuk mengotakannya.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    44/52

    44

    d. Keempat - Laksanakan. Just Do It (macam kata Nike)

    Panduan semasa menyediakan makanan merupakan antara elemen penting dan berkesan.

    Panduan ini merangkumi aspek seperti:

    a. Kikis dan buang lemak yang kelihatan pada bahan masakan

     b. Kurangkan memasak menggunkan bahan berminyak. Gunakan cara kukus, bakar, rebus,

     panggang, tumis atau gunakan gelombang mikro.

    c. Ubah suaikan resepi masakan dengan mengurangkan santan, susus, daging dikurangkan

    dan ditambahkan kekacang untuk serat.Tambhkan bawang, rempah, herba, jus limaunipis, cuka atau perasa asli tanpa lemak.

    d. Kikis dan buang air rebusan yang berlemak.

    e. Sayur dan buah penting untuk diet seimbang. Ia mempunyai rasa yang murni dan

    mempunyai kepelbagaian warna, rupa yang menarik. Jadikan ia sebagai sebahagian

    daripada menu harian yang juga merupakan sumber utama

    f. Karbohidrat kompleks, Serat, Vitamin terutama A, C dan E dan juga sumber garam

    mineral terutama kalium dan kalsium. Sama sekali tidak mengandungi kolestrol dan

    amat rendah kandungan Lemak, kalori dan Natrium. Kebaikan boleh menjadi snek

    yang mudah disediakan, menghilang dahaga dan lapar, merangsang serta melawaskan

    sistem penghadaman, mencegah sembelit, mengurangkan penyakit dalam sistem

     penghadaman dan beerapa jenis kanser.

    Pakar pemakanan, Dr Che Ridzuan Hashim Rozaini berkata, terdapat lima petua

    mengekalkan kesihatan sempurna iaitu menerusi pengambilan makanan seimbang, minum air

    secukupnya, melakukan riadah, tidak merokok dan cukup rehat. Cara diet yang betul secara

    asas perlu diamalkan oleh pelajar yang mengalami masalah obesiti seperti beberapa panduan

    diet yang betul di bawah;

    a. Ambil protein yang mencukupi. Tubuh secara puratanya memerlukan 30 gram protein

    dalam sehari. (makan berprotein daging, susu, buah-buahan, sayur-sayuran dan

    kekacang).

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    45/52

    45

     b. Elakkan perut daripada lapar. Rasa lapar mungkin disebabkan faktor psikologi seperti

    tekanan atau stress. Anda boleh atasi rasa lapar tersebut dengan memakan buah-

      buahan seperti epal. Hidangkan buah-buahan di atas meja makan anda.

    c. Usah abaikan lemak. Tubuh anda perlukan air, karbohidrat, lemak yang

    sedikit, mineral, serat dan vitamin. Jadi, tubuh anda sememangnya memerlukan

    lemak. Cuma pastikan kuantiti lemak yang diambil adalah terkawal. Ambillah

     juga jenis lemak yang baik seperti kekacang dan minyak zaitun. Lemak

    tetap diperlukan kerana ia berfungsi menjaga otot dalam tubuh anda.

    Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mempertingkatkan

    sistem imunisasi tubuh.

    Pelajar perlu menambah karbo selepas senaman. Perkara asas yang paling penting

    dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap

    hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi

    senaman anda. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam

    keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan.

    Jangan tidur ketika lapar. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan

    karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagaicontoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang bai k untuk diambil sebelum tidur.

    Kitaran Kalori merupakan salah satu langkah yang boleh di lakukan dengan

    memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari

     berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori

    untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan

    diet anda lebih menarik.

    Jadualkan „Cheat Day‟ dengan menjadualkan „Cheat Day‟ ini, anda masih boleh

    menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet

    yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari

    seminggu untuk „Cheat Day‟ dari anda memilih untuk makan tidak terkawal.

    Saratkan dengan serat kerana serat juga merupakan nutrien yang penting

    dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan

    yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnyaanda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    46/52

    46

     berat badan. Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu

    menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi

    seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan

    sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang

    diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh

    ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear. Oat mengandung

     beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan

    hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap

    hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari

    dapat menurunkan paras kolesterol.

    Kawal pengambilan minuman yang manis (menyebabkan pengambil kalori yang

     berlebihan tanpa anda sedari) Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan

    air suam atau air kosong .Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product) dengan kerap,

    cuma pastikan anda memilih dar i variasi rendah lemak.

    Jangan berlapar dalam jangka masa yang panjang. Makanan memberi kita

    tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan

    terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.

    Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan

     berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini,

    walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi

    metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada

    tahap yang sama

    Pelajar boleh ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Minumlah kopi dan

    kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan

    menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.

    Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan

     penghadaman.

    Minum lapan gelas air setiap hari .Air mengurangkan selera makan anda

    secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam

    tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan

    makan dengan banyak.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    47/52

    47

    Para pelajar perlu mengelakkan minum minuman yang bergas. Minuman

     bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

    Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Kurangkan pengambilan garam

    .Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan

     pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda

    kurang berat yang disebabkan air.

    Para pelajar diseru agar mengambil sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka

    yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan

    mereka yang mengambilnya. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam

    darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

    Makanlah dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan

    secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan. Kunyah

    makanan kepada cebisan yang lebih kecil. Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih

    kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

    Makan dengan kerap. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit

    daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak. Jika anda

    terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda Pelajar

     perlu kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan dan jangan simpan

    ianya di dalam peti ais anda.

    Amalkan beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing seperti:

    a. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet.

     b. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk

     beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

    c. Renang adalah latihan menyeluruh.

    d. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.

    Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    48/52

    48

    e. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat

    mencantik dan merampingkan peha.

    Ambil makanan yang berempah kerana sesetengah rempah seperti cili, biji sawi,

    didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan

     penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

    Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Bijirin penuh adalah

    sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat

    kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

    Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan

     berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak,

    tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan.

    Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.

    Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda

     boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari

    ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan

    diet anda.

    Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus. Pelajar lebih berjaya dalam

     penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif

    mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah

    fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan

    tubuh badan.

    Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan

    adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh

    menumisnya dengan sedikit minyak atau hindari minyak atau lemak haiwan.

    Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring

    cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan

    yang terakhir, lauk dagingnya . Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda

    ambil.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    49/52

    49

    Berjalan sekurang-kurangnya 45 minit sehari. Ini kerana jika dilakukan setiap

    hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13 kilogram berat badan dalam setahun tanpa

     perlu bersusah-payah dan tanpa anda sedari.

    Perbanyakkan warna biru dalam hidup anda. Ada sebab mengapa restoran

    makanan segera tidak menggunakan warna biru dalam hiasan restoran mereka. Percaya

    atau tidak kajian mendapati warna biru menghalang selera. Jadi apa lagi, sediakan

    makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas

    meja berwarna biru. Dalam masa yang sama, elakkan warna merah, kuning dan oren di

    ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera.

    Ikan dan asid lemak poli-tidak tepu omega-3. Pelajar disarankan memakan

    hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid

    lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu

    menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan

    tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Antara jenis ikan yang tinggi

    kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon,

    cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan

    yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    50/52

    50

    9.0 RUMUSAN

    Kesimpulannya Pendidikan Kesihatan bukan hanya mengajar matapelajaran

    Pendidikan Kesihatan sebagai satu subjek malah ia boleh dilaksanakan dengan merangkumi

     pelbagai aktiviti atau program dalam usaha menjadikan satu cara hidup yang baik.

    Masalah obesiti dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi sekiranya guru

    Pendidikan Kesihatan berjaya mencapai matlamat yang diutarakan oleh Ewles & Simnett

    (1986) ini. Ini adalah kerana matlamat yang perlu dicapai oleh guru Pendidikan

    Kesihatan amatlah jelas dan mereka perlu melaksanakan amanah itu dengan sebaik

    mungkin. Pelajar akan lebih peka kepada kesihatan mereka sekiranya mereka mempunyai

    ilmu kesihatan yang berkesan. Daripada ilmu yang mereka peroleh, akan timbul

    kesedaran dalam diri pelajar terbabit untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Apabila

     pelajar peka pada tahap kesihatan, maka akan berlaku perubahan tingkah laku. Mereka

    akan lebih mengutamakan kesihatan dan sanggup mengubah status sosial mereka demi

    kesihatan sepanjang hayat.

    Di sinilah, kita nampak tugas para pendidik Pendidikan Kesihatan amat penting

    dan mereka perlu berikan ilmu yang berkesan tentang kesihatan. Setelah penyampaian

    ilmu berlaku dengan berkesan adalah tidak mustahil masalah obesiti dalam kalangan

     pelajar dapat diatasi. Ini jelas kerana para pelajar akan mengutamakan pemakanan

    seimbang dan cara hidup yang sihat. Mana mungkin, dengan amalan gaya hidup yang

    sihat dan pemakanan seimbang pelajar akan menghadapi masalah obesiti. Tambahan pula

    masalah obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa

    kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti

    adalah bahaya, mereka yang terlibat perlu mengambil langkah-langkah yang

    sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri

    adalah tanggungjawab diri masing-masing. Gemuk bukan bermakna sihat, malah

     boleh mengancam nyawa dan kesihatan individu berkenaan.

    Pastikan kita mengambil makanan yang perlu sahaja dengan kuantiti yang sesuai

    dengan perkembangan kesihatan seseorang. Dalam kajian yang dijalankan bahawa terjadinya

     pelbagai penyakit adalah disebabkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi

    toksin yang boleh menyerang tubuh badan manusia secara senyap. Makanan segera

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    51/52

    51

    merupakan penyumbang utama ke arah obesiti yang ketara yang melanda negara-negara

    membangun seperti Malaysia.

    Bagi golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah, obesiti sedikit sebanyak

    menganggu emosi dan sosial mereka. Mereka akan berasa rendah diri dan tidak

    menjadikan fizikal mereka sebagai halangan untuk melakukan aktiviti yang telah

    dirancang. Akibat daripada itu tentunya akan merugikan individu,bahkan prodaktiviti

    negara juga turut terjejas. Sedangkan golongan inilah yang diharapkan menjadi

    kesinambungan kepada kepimpinan dan tenaga kerja pada masa yang akan datang.

    Masalah obesiti dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian serius kerana

    generasi hari ini bakal mewarisi kepimpinan negara. Mencegah lebih baik daripada

    merawat. Jika dibiarkan keadaan ini akan menjejaskan hasrat kerajaan untuk

    melahirkan modal insan minda kelas pertama.

    Pelajar-pelajar hendaklah dibimbing mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah

     pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang aktif. Ini mampu menurunkan risiko obes

    dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan. Selain itu, kerjasama pelbagai

     pihak dalam usaha menangani masalah ini juga adalah sangat penting.

    Pemakanan dan aktiviti fizikal pelajar-pelajar dipengaruhi oleh pelbagai faktor

    seperti masyarakat , keluarga , sekolah , pusat jagaan , pusat perubatan, istitusi

    keagamaan, agensi kerajaan, media, industri makanan dan minuman serta industri

    hiburan.

    Dari segi peranan pihak sekolah pula adalah penting dalam menyediakan

     persekitaran selamat dan sihat dengan pembangunan polisi dan praktikal yang

    menyokong tingkahlaku sihat. Sekolah juga menyediakan peluang pembelajaran dan

     praktis pemakanan sihat dan aktiviti fizikal. Oleh itu, marilah kita bersama-sama

    mengemblengkan tenaga dalam usaha menangani masalah ini.

  • 8/18/2019 TGFU - Siti Norbaya Saad

    52/52

    10. 0 RUJUKAN

    Sumber Buku :

    1. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Sukatan

    Pelajaran Rendah dan Menengah Pendidikan Kesihatan.

    2. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999, Huraian

    Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Kesihatan

    3. Surat pekeliling ikhtisas bil 25/1998: pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan

    Jasmani dan Pendidikan Pesihatan KP (BS) 8591/Jld.XIV/(25)

    Sumber Internet :

    1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan Jasmani/Definisi Pendidikan Jasma