siti khadijah

34
- - - م ي ِ ح َ ّ ر ل ا ِ ن م ْ ح َ ّ ر ل ا ِ ه ل ل ا ِ م ْ س ِ ب ِ ه ل ل ا ُ ه َ مْ ح َ ر َ و ْ م ُ ك ْ ي َ ل َ ع ُ م ا َ ل َ ّ س ل َ اُ ه ُ ت ا َ ك َ ر َ ب َ و

Upload: mohd-azizi

Post on 24-May-2015

5.478 views

Category:

News & Politics


23 download

DESCRIPTION

just 4 share....

TRANSCRIPT

Page 1: Siti khadijah

- - يم- ح� الر� من� ح� الر� الله� � م �س� ب

ة� م� ح� ر� و� ع�ل�ي�ك�م� م� ال� ا�لس�ت�ه� ك�ا ب�ر� و� الله�

Page 2: Siti khadijah

T A KJ U

SLIDE SHOW

Page 3: Siti khadijah

SIRAH TINGKATAN 1

Riwayat Hidup: Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwailid

Page 4: Siti khadijah

Biodata Beliau (Siti Khadijah)

Page 5: Siti khadijah

Khadijah binti Khuwailid (Bahasa Arab:  خديجةخوي@ل@@د adalah isteri (M – 619 M 555) (بنت

 pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.

Page 6: Siti khadijah

Banyak kisah memaparkan bahawa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. bernikah dengan Khadijah, umur Khadijah berusia 40 tahun sedangkan nabi Muhammad s.a.w. hanya berumur 25 tahun. Tetapi menurut Ibnu Kathir, seorang tokoh dalam bidang tafsir, hadis dan sejarah, mereka berkahwin dalam usia yang sebaya. Nabi Muhammad s.a.w. bersama dengannya sebagai suami isteri selama 25 tahun iaitu 15 tahun sebelum "bithah" dan 10 tahun selepasnya iaitu sehingga wafatnya Khadijah, kira-kira 3 tahun sebelum hijrah. Khadijah wafat semasa beliau berusia 50 tahun.

Page 7: Siti khadijah

Beliau merupakan isteri Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Di samping itu, kesemua anak baginda kecuali Ibrahim adalah kandungannya.

Mas kahwin daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 20 "bakrah" dan upacara perkahwinan diadakan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid kerana bapanya telah meninggal.

Page 8: Siti khadijah

Ummul Mukminin Saidatina Siti Khadijah Binti

Khuwailid

Page 9: Siti khadijah

Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita dapat lihat bahawa wanita-wanita juga seiring dengan kebangkitan kemajuan pada hari ini.

Akan tetapi, kita dapat lihat juga segelintir dalam kalangan wanita-wanita yang menjadikan diri mereka ini sebagai fitnah yang besar, terutamanya kepada agama mereka sendiri.

Rasulullah SAW bersabda;“Berhati-hatilah kalian

daripada godaan dunia, dan waspadailah

terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang menimpa Bani Israil

adalah fitnah wanita" -Hadis Riwayat

Muslim

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih

berbahaya bagi seorang lelaki daripada (fitnah)

wanita." - Hadis Riwayat Bukhari

Page 10: Siti khadijah

• Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan.

• Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.

• Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

• Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar daripada diri mereka.

Page 11: Siti khadijah

Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki.

Siapakah wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW.

Mengapa saya ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita ini?

Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri mereka untuk dicontohi.

Page 12: Siti khadijah

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang keperibadian Khadijah, isterinya.

Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas.

Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya.

Tetapi pilihannya justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina Khadijah Khuwailid RA.

"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan

semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan

keturunan."

Page 13: Siti khadijah

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah.

Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah.

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam.

Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

Page 14: Siti khadijah

Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?

Page 15: Siti khadijah

Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang

yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang

bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi

Ummul Mukminin ini?

Page 16: Siti khadijah

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan

Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab, "Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri rumah yang

terbaik."

Page 17: Siti khadijah

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya?

Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh.

Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya.

Page 18: Siti khadijah

Persoalannya, dapatkah kita jika sebagai suami

dan isteri berlaku demikian untuk diri dan tugas masing-masing?

Page 19: Siti khadijah

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab.

Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin dilupakan.

Page 20: Siti khadijah

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Page 21: Siti khadijah

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran

kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri

dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Page 22: Siti khadijah

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka.

Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang.

Page 23: Siti khadijah

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan.

Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama.

Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Page 24: Siti khadijah

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT.

Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya.

Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Page 25: Siti khadijah

Firman Allah yang bermaksud:

"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun

wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami

berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami

berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik

daripada apa yang telah mereka kerjakan." - An-Nahl: 97

Page 26: Siti khadijah

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua.

Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang soleh.

Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT.

Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Page 27: Siti khadijah

Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai

pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan pembimbing anak-anakmu?

Page 28: Siti khadijah

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang

kamu inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan

keluargamu?

Page 29: Siti khadijah

Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini, yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan

puji?

Page 30: Siti khadijah

Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat kaum Hawa dan

kaum Adam yang membacanya.

Agar sebagai persediaan buat hari-

hari seterusnya.

Page 31: Siti khadijah

SUMBANGAN PADA ISLAM

MENDERMAKAN SEMUA HARTANYA

SENTIASA DI SISI NABI SEMASA SAAT SUSAH DAN SENANG

SENTIASA MEMBERI DORONGAN KEPADA NABI DALAM DAKWAH

TIDAK PERNAH MERASA JEMU WALAU SELALU DITINGGALKAN SUAMI YANG BERDAKWAH

Page 32: Siti khadijah

SUMBANGAN SEBAGAI ISTERI

MENENANGKAN NABI KETIKA BARU MENERIMA WAHYU

ORANG PERTAMA MEMELUK AGAMA ISLAM

MENGORBANKAN HARTANYA UNTUK PERJUANGAN ISLAM

ISTERI YANG SETIA,JUJUR DAN TABAH

Page 33: Siti khadijah

7S

E

K

IN

A

TERIMA KASIH

Page 34: Siti khadijah

SLIDESHOW PEND. AGAMA ISLAM TINGKATAN 1

BY:MOHD AZIZI B.ABDUL

AZIS

KELAS:1 HAMBALI

GURU M/P:USTZH.MERIYUSNITA

BINTI RAJAB

SUMBER:ILUVISLAM.COM

FOLLOW ME

@:FACEBOOK(MOHD AZIZI KURENAI)

@:TWITTER(WATARUKURENAI90)