tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

51
QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Mendefinisikan TGFU , Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model ini menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia- ada. Teori Bunker dan Thorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ia menghasilkan faedah yang baik. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ 1

Upload: cikgu-paklong

Post on 05-Dec-2014

4.205 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Mendefinisikan TGFU ,

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model ini

menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau melatih

seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada kejayaan,

menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan untuk membaiki model

kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia- ada. Teori Bunker dan Thorpe

telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-

kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka

sendiri dengan seronok dan ia menghasilkan faedah yang baik.

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri

mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala

peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri

dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin,

Fein, dan Vendenberg (1983).Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak

haruslah diberi kesedaran tentang ‘Mengapa’ dan ‘Bila’ sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia

patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang

lebih baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.

Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang

dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU

merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian

kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku

Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)

TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan.

Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu. TGFU juga

menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal. Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam

sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajar dapat

berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan

masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan

1

Page 2: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan

dan kerjasama di antara pelajar.

Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan

menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang

tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan

tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan

pembelajaran dengan seronok.

Menerangkan kepentingan TGFU

2

Page 3: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Sesungguhnya pelbagai pendapat menyatakan tentang kepentingan model TGfU dalam dunia

pendidikan jasmani untuk menjadikan TGfU diakui sebagai altenetif memajukan bidang sukan dikalangan

pelajar. Pendekatan TGfU menyarankan bahawa taktik pemainan untuk dapat diertikan sebagai

pengenalan pertama, pelajar harus mengetahui kenapa dan bila keterampilan itu diperlukan dalam

konteks permainan, pelaksanaan taktikal dalam keterampilan dilahirkan. Pendekatan TGfU harus dapat

diterapkan pada pengajaran jasmani para pelajar, meningkatkan motivasi untuk kematangan, dan

seterusnya meningkatkan kesihatan psikologi dan fizikal.

Pendekatan ini berasaskan daripada pendapat Crum (2003) bahawa komuniti pendidikan jasmani

tidak menerima dan memberikan keutamaan bagi kosmologi nilai profesionalnya, iaitu dengan bukti

bahawa fungsi utama seorang guru pendidikan jasmani adalah untuk membantu pelajar ke arah belajar.

Belajar apa? Sesungguhnya dalam pembelajaran pendidikan jasmani, seorang pelajar tidak akan belajar

apa-apa selain belajar menjadi manusia yang memiliki gaya hidup aktif secara jasmani. Di sinilah kesulitan

pada pendidikan jasmani. Metod yang kurang tepat tidak akan mencapai tujuan pendidikan jasmani secara

khusus dan pendidikan secara umum. Misalnya pengajaran permainan yang memfokuskan pada teknik

(technique focused games) yang sampai saat ini masih mendominasi program pendidikan jasmani.

Menurut Hopper, membuat pelajar tidak dapat meningkatkan kemampuannya secara maksimum dalam

menemukan kesempurnaan yang pada akhirnya menjadikan permainan sebagai sebahagian dari gaya

hidup sihat mereka.

Model TGfU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi

mewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat

menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik,

bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003; Light & Fawns, 2003 )

dapat Memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dan

tahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia

mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai

permainan yang diubahsuai secara berperingkat.

Pengajaran permainan yang berpusat pada permainan adalah suatu pendekatan yang

dihubungkan dengan model Teaching Games for Understanding (TGfU). TGfU menawarkan suatu cara

yang membolehkan pelajar untuk mengapresiasi kemudahan bermain sehingga mendorong keinginan

3

Page 4: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

pelajar untuk belajar teknik bermain dan meningkatkan penguasaan dalam permainannya. Pendekatan

TGfU merupakan pengajaran permainan yang berpusat pada bermain itu sendiri. Di dalam TGfU

“mengapa” memainkan suatu permainan itu diajarkan terlebih dulu sebelum “bagaimana” keterampilan

yang diperlukan untuk memainkan permainan itu diajarkan. Menurut Hopper, proses tersebut melibatkan

pengajaran pelajar yang menggunakan permainan yang dimodifikasi dan diaplaksikan sesuai dengan

jasmani, sosial, dan perkembangan mental mereka.

Menyatakan komponen TGFU.

Berikut dihuraikan komponen yang terdapat dalam model TGfU.

1. Bentuk Permainan

Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang menyerupai

permainan sebenarnya. Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan permainan, bilangan

4

Page 5: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

pemain dll. Pelajar- pelajar perlu memahami bentuk permainan untuk mengenalpasti masalah yang perlu

diselesaikan.

sesuai untuk semua peringkat umur.

Mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulum

yang sama.

membantu pelajar untuk belajar cara membuat keputusan dan penyelesaian masalah.

memberi tunjuk ajar yang betul

situasi permainan yang sesuai telah di tetapkan, pola permainan mini yang dimainkan

oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun boleh menyerupai versi permainan orang dewasa.

2. Hargai Permainan

Pelajar diperlukan memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal. Kemudian,

mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik yang akan digunakan.

Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka penjagaan gol adalah lebih susah dan

taktik pertahanan juga perlu diubah.

memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah.

penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainan tersebut.

Menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatu permainan bagi menambah

keseronokan dalam sesuatu sesuatu permainan itu atau menambah kesukaran terhadap

kesukaran permainan tersebut.

Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh juga menceriakan

suasana permainan.

3. Kesedaran Taktikal

Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri sambil

mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti:

mencipta ruang untuk pihak sendiri / menghadkan ruang pihak lawan.

bertindakbalas terhadap kekuatan / kelemahan pasukan diri / lawan

Menggunakan tektik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.

5

Page 6: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik.

Asas tektik yang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubah

untuk memenuhi kehendak permainan tersebut.

Penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihak

lawan tetapi penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan.

4. Membuat keputusan.

Semasa permainan dijalankan, pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka kemungkinan dan membuat keputusan

memilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang:

apa yang perlu dilakukan

bila melakukannya

bagaimana melakukannya

Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah sukar. Dalam pendekatan ini perbezaan

antara keputusan yang dibuat berdasarkanapa yang hendak dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan.

a) What to do Ini jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jika keputusan dibuat. Ia sentiasa ada dalam setiap

permainan, sesuatu aspek sentiasa berubah. Dalam membuat keputusan, setiap situasi perludiambil kira seperti kemampuan untuk

mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagai proses untuk memilih perkara-perkara yangpenting.

b) How to do it? Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik untukmelakukannya dan pilihan yang menepati

kehendak keadaan pada saatyang kritikal.

5. Perlaksanaan Kemahiran

Setelah pelajar-pelajar mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya, mereka adalah

rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan berkesan. Semua kemahiran itu

dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan.

-Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkan hasil

yang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru.

-Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.

-Ianya berbeza dengan apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti dan

6

Page 7: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

persembahan keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut

keadaan permainan.

6. Prestasi

Hasil pembelajaran dinilai berdasarkan kriteria tertentu dalam aspek-aspek:

kebolehan kemahiran pelajar dalam situasi permainan

respon yang bersesuaian dengan situasi yang berada di dalam permainan.

-Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini.

-Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajar tersebut

merupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolah atau

antarabangsa.

-Melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadap

teknik yang berkesan.

7. Kesimpulan

-Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal.

-Berlainan dengan kaedah pengajaran tradisional, kaedah atau cara ini bermula dengan permainan dan peraturan bagi persamaan

itu telah ditetapkan untuk perkembangan kesedaran tektikal dan membuat keputusan dimana telah mendahului faktor respon bagi

perlaksanaan kemahiran dan pencapaian.

-Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi memerlukan pengubah-suaian bagi permainan dan terus ke

penilaian semula bagi memenuh isyarat permainan baru tersebut

7

Page 8: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Menjelaskan kepentingan pengajaran menggunakan kaedah TGFU

Melalui TGfU, pelajar bukan sahaja terlibat secara aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan

menjadikan pemenang, ia juga adalah penting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat

dan sesuai dengan pantas dan serta merta dalam proses permainan. TGfU adalah lebih bebas dan tidak

mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGfU lebih mengutamakan pengajaran dan

pembelajaran dengan seronok. Menurut, Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di

arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil-kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari

segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak

melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Model TGfU bentuk kemahiran secara menyeluruh dan

bebas yang boleh dipindah ke pelbagai sukan. Oleh yang demikian, TGfU amat sesuai dengan

8

Page 9: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

pembentukan pemahaman pengajaran kepada sesuatu permainan yang ingin diterapkan kepada kanak-

kanak.Taktikal yang dikuasai sesuai dengan beberapa permainan yang sama kemahirannya.

Kita akan melihat TGfU dari perspektif psikologi, Thorpe menganalisis bahawa dalam

meletakkan psikologi dalam TGfU sebagai kerangka kerja pendorong. TGfU menekankan pada

permainan dan mengarahkan pelajar untuk menemukan permainan itu, yang merupakan modal dalam

cabang (interaksi sosial, kedamaian sosial, dan mencari teman) dengan berharap pelajar dapat

mengembangkan peraturan, dan tantangannya untuk dapat mencapai bekerja dengan taktik yang tepat.

Kemampuan melatih secara individual atau dalam kelompok kecil, sebagai pemangkin pelajar dapat

bekerjasama dengan yang lain dalam usaha membantu perkembangan pemikiran. Di dalam TGfU, pelajar

dapat menghalusi dan mengembangkan penampilan mereka sendiri dalam situasi permainan yang secara

berperingkat, di bawah bimbingan guru, berkembang ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.

Pembelajaran kendiri akan tumbuh apabila pada diri seseorang memiliki pemahaman yang

positif terhadap permasalahan pembelajaran yang dihadapi. Dalam “target games” yang terdapat dalam

model TGfU, para pelajar didorong mengembangkan kesadaran taktikal dan kemampuan pembuatan

keputusan manakala hal ini menjadi orientasi utama dalam pengajaran. Target games merupakan

permainan yang menuntut konsentrasi, ketenangan, fokus, dan ketelitian yang tinggi dalam permainannya.

Apabila aktiviti “target games” dilakukan maka akan terbentuk sifat-sifat yang terdapat dalam “target

games”. Setelah konsep diri pelajar terbentuk dari aktiviti “target games memberikan kekuatan mental

yang mendorong terjadinya proses pembentukkan perwatakan pemain yang mantap dan hebat..

Prinsip-prinsip Pedagogi TGfU Thorpe kemudian memperkenalkan empat dasar prinsip

pendidikan yang digunakan dalam hubungannya dengan model kurikulum TGfU untuk mengembangkan

program pendidikan jasmani. Empat dasar prinsip pendidikan itu tidak mendapatkan perhatian dalam

literatur pendidikan jasmani sama keadaannya dengan model TGfU. Empat dasar prinsip pendidikan itu

adalah Sampling, Modification-Representation, Modification-Exaggeration, Tactical Complexity. (Holt,

Strean, and Garcia Bengoechea, 2002: 168-169). Sampel. Prinsip sampel didasarkan bahwa permainan

harus dipilih sehingga variasi pengalaman dapat ditawarkan, dan kemungkinan yang ada untuk

menunjukkan kesamaan antara jenis-jenis permainan yang berbeza. Semua itu membawa pada

pemahaman akan permainan yang jauh lebih baik.

9

Page 10: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah TGfU.

PENDEKATAN TRADISIONAL

• Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.

• Guru memberi arahan dan murid mengikut arahan.

• Aplikasi pembelajaran sehala, guru sebagai pengajar

• Kebaikan guru mudah merancang, sesuai untuk kegiatan bahaya dan kemahiran khas.

• Ciri-ciri pendekatan tradisional.

– Kurikulum yang ditetapkan

– Mementingkan pengajaran

– Guru menentukan tugas

– Tugasan diberikan kepada pelajar

– Guru menentukan piawaian, berfokus kepada guru

– Mengukur pengajaran mengikut gred.

PENDEKATAN TGfU

10

Page 11: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Pendekatan TGFU menyarankan sesuatu permainan diadaptasi daripada permainan sebenar tetapi

diubahsuai berdasarkan keupayaan pemain dari aspek fizikal, sosial serta intelek mereka dan

infrastuktur yang bersesuaian.

Apresiasi permainan seperti aspek peraturan permainan atau undang-undang yang diubahsuai serta

diberi variasi untuk menarik minat pemain.

Kesedaran taktikal akan dikuasai semasa proses permainan dalam usaha untuk mengatasi pihak

lawan.

Membimbing mereka ke arah kemahiran membuat keputusan seperti, menilai situasi untuk

menentukan apa yang perlu dilakukan, mengenalpasti dan menjangkakan kemungkinan serta

membuat tindakan yang sesuai mengikut situasi dan keadaan.

Pendekatan ini berkonsepkan ansur- maju dengan mempraktikkan kemahiran yang mudah dan yang

telah dikuasai.

Kemahiran diperkenalkan dalam bentuk permainan dan bukannya latih tubi terhadap kemahiran itu

sendiri.

Model Tradisional Model TGfU

Perlakuan kemahiran

Lebih mementingkan kepada pemahaman

perlakuan dalam sesuatu aktiviti atau

kemahiran yang dipelajari.

Ikut Kurikulum yang disediakan.

Permainan

Permainan merupakan fokus utama dalam

setiap permainan

Lebih mirip kepada permainan yang mencabar

minda.

Permainan Appresiasi Permainan

11

Page 12: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

penguasaan hanya pada kemahiran yang

terlalu asas selalunya gagal difahami

sepenuhnya oleh pelajar.

Penggunaan taktik dan boleh diubah suai untuk

kemajuan permainan.

Prestasi

Dinilai setelah selesai pengajaran dan

pembelajaran

Kesedaran Taktikal

Dikuasai semasa permainan dalam usaha atasi

pihak lawan..

Buat Keputusan

Tidak dapat membuat keputusan dan terlalu

mengharapkan kepada guru.

Buat Keputusan

Boleh membuat keputusan sendiri.

Kesedaran Taktikal

Dilakukan dalam situasi permainan sebenar.

Tahu hasil pendedahan guru

Perlakuan Kemahiran

Berlaku dalam suasana permainan yang direka

khas,

Lebih menguasai kerana pemahaman kendiri.

12

Page 13: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Menyediakan RPH bagi 1 tajuk kemahiran dengan menggunakan kaedah TGFU.

PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tunjang : Kemahiran Asas

Tajuk : Manipulasi Alatan ( bola kertas )

Kemahiran : Menuju sasaran.

Tarikh : 25 April 2012

Masa : 7.45-8.45 pagi

Tahun : 4 Melor

Bil. Murid : 24 murid

Obektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, 90% murid dapat:

Psikomotor : Melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jatuhan tin

pada jarak 3 meter.

13

Page 14: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Kognitif : Menyatakan taktik yang penting dalam permainan yang

dimainkan.

Afektif :Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan

bertanggungjawab.

Pengalaman sedia ada : Murid biasa bermain dengan permainan baling tin.

Penerapan nilai : Jujur dan bekerjasama.

KBKK : Membanding/membeza

Pengabungjalinan : Tunjang kemahiran-koordinasi

Kesepaduan : Sains-kordinasi dan ketepatan mata semasa menuju

sasaran.

Alatan : 2 biji bola kertas , 6 buah tin susu, 1 wisel, 6 skital.

14

Page 15: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

FASA / MASAAKTIVITI MAKLUMAT P& P

ORGANIS

ASICATATAN

15

Page 16: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

PERMULAAN

Memanaskan

badan

(5 minit)

1. Regangan

statik :

Regangan otot-

otot pada leher,

tangan, lengan,

pinggang, betis

dan kaki

Aktiviti memanaskan

badan dilakukan dengan

melantik seorang ketua

kumpulan dan

menjalankan aktiviti

berdasarkan kad tugasan

Aktiviti untuk

meningkatkan suhu

badan

Fleksi dan ekstensi

kepala / leher

Fleksi dan ekstensi

tangan (bisep brachii,

tricep brachii dan deltoid)

Kilas pinggang

(abdominis rektus,

latissimus dorsi, gluteus

maximus)

Abduksi dan aduksi peha

(hamstring dan kuadrisep)

Pelantar fleksi dan

pelantar ekstensi kaki

(soleus)

Verbal

Intrapersonal

16

Page 17: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Mendekam

PERKEMBAN

GAN

Langkah 1

(10 minit )

Gerak kerja kelas

Murid dibahagikan kepada

kumpulan.

Melakukan lontaran dan

sambut dengan balingan

bawah dan atas.

Membaling dan menyambut

dalam keadaan statik.

Membaling dan menyambut

dalam keadaan bergerak.

X ----- X

X ----- X

17

Page 18: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

PERKEMBAN

GAN

LANGKAH 2

(20 minit)

Permainan Baling

Tin

Murid berkumpul di dalam

kumpulan asal semula.8

orang setiap kumpulan.

Penerangan tentang

langkah permainan.

Murid berada dalam

gelanggang permainan.

Masa diberikan selama 10

minit bagi satu pusingan

Pertukaran posisi

permainan.

Tamat masa dan kiraan

mata dilakukan.

Dilampirkan

Pada lampiran

3

LANGKAH 3

Bersoal jawab dengan murid

tentang permainan.

18

Page 19: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

(5 minit)

LANGKAH 4

(20 minit)

Murid menyatakan pendapat

permainan yang dimainkan.

Guru menekankan aspek

keselamatan

Meneruskan permainan

Guru menekankan aspek

keselamatan.

Kiraan mata dilakukan.

Meminta pandangan murid

tentang keputusan

perlawanan.

19

Page 20: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

PENUTUP

(5 minit)Menyejukkan

badan

Regangan

Murid melakukan aktiviti

regangan dengan kadar

intensiti yang rendah.

Tarik nafas, longgar sendi-

sendi dan kendur otot-otot

utama di bahagian atas

badan dan kaki.

Tarik nafas melalui hidung

dan hembus nafas melalui

mulut

G

X X X

X X

X X

X X

X X

X X X

X X

Petunjuk:G

- Guru

X – Murid

20

Page 21: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Perkaitan dengan tahap pembelajaran masteri bagi setiap objektif pembelajaran masteri.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan pembelajaran Masteri suatu

pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran

yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi serta proses pengajaran dan pembelajaran

yang berkualiti.

Berikut adalah objektif dalam P&P yang saya sediakan dalam RPH.

Obektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, 90% murid dapat:

Psikomotor : Melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jatuhan

tin pada jarak 3 meter.

Kognitif : Menyatakan taktik yang penting dalam permainan yang

dimainkan.

Afektif :Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan

bertanggungjawab.

Kepentingan Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Objektif Yang Dirancang.

1. Dalam pembelajaran masteri guru harus menggunakan kaedah atau aktiviti p&p yang berkesan

dan bahan-bahan p&p yang sesuai untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil

pembelajaran dalam masa yang pendek.Ternyata perkara yang di atas telah saya lakukan melalui

rph mengikut model TGfU.

2. Bagi mencapai objektif p&p saya pastikan kejayaan pembelajaran masteri, dengan mengambil kira

perkara berikut dalam p&p:

a. Ciri-ciri guru

b. Gaya pembelajaran pelajar

21

Page 22: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

c. Kaedah atau aktiviti p&p

d. Bahan p&p

e. Nilai-nilai murni

f. Pengurusan bilik darjah dan aktiviti p&p

Ciri-ciri Guru

1. Dalam p&p ke arah pembelajaran masteri, guru harus:

a. Menyayangi semua pelajar – Objektif yang ditulis jelas menyatakan bahawa ciri-ciri

keselamatan pelajar amat dititik-beratkan.

b. Yakin mereka semua boleh belajar dengan berjaya dan menguasai sesuatu hasil

pembelajaran jika diberi masa yang cukup dan p&p adalah berkualiti – Objektif

pembelajaran memfokaskan kearah yang dinyatakan.

c. Mencintai mata pelajaran yang diajar – Penguasaan kemahiran mengikut target objektif

membolehkan pelajar berminat untuk belajar.

d. Merangsang diri untuk merancang dan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan

pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran

e. Merangsang dan mendorong pelajar anda untuk belajar sehingga mereka dapat

menguasai sesuatu hasil pembelajaran

f. Bersikap proaktif dan boleh menyelesaikan masalah –

Gaya Pembelajaran yang bersesuaian dengan Pelajar

1. Saya tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada

satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar.

2. Jadi, saya harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran

supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan

menguasai objektif pembelajaran.

22

Page 23: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

3. Untuk menentukan semua pelajar dapat belajar dengan berkesan, saya sesuaikan objektif

pengajaran dengan menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, lisan, dan

kinestetik.

Carta menunjukkan pembahagian Pembelajaran Masteri..

23

Page 24: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

LAMPIRAN.

Lampiran 1.

Nota Ringkas tentang model TGfU.

24

Page 25: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

25

Page 26: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

26

Page 27: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

27

Page 28: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Lampiran 2.

28

Page 29: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Lampiran 3.

LANGKAH PERMAINAN IKUT MODEL TGFU.

Bentuk permainan

29

Page 30: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Nama permainan :baling tin

Kawasan permainan : padang bola dengan keluasan 20x20

Bilangan pemain : 8 orang sekumpulan

Alatan : bola kertas dan tin

Lakaran gelanggang dan kedudukan permainan

Apresisi permainan

Peraturan permainan :

Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang murid..

Pemain perlu menjatuhkan tin dan berusaha membina semula tin yang dijatuhkan sebelum terkena

balingan pihak lawan.

Pemain yang terkena balingan dikira terkeluar dari permainan.

Langkah keselamatan :

Pemain memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.

Memastikan gelanggang tidak licin dan bebas daripada bend atajam dan berbahaya.

Pengubahsuaian permainan :

Permainan ini diubahsuai dari permainan tradisional.

Variasi..

Menggunakan bola kertas mengantikan bola baling

30

Page 31: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Dalam satu kumpulan, pemain hanya dibenarkan membuat sekali percubaan sahaja untuk

menjatuhkan tin.

Kesedaran taktikal

Setiap kumpulan perlu memikirkan strategi untuk membina semula tin bagi mendapat mata

Prinsip pergerakan :

Koordinasi mata dan tangan

Fokus kepada bola dan kedudukan lawan

Kawalan bola

Ruang dan masa :

Saiz gelanggang takraw

Permainan akan ditamatkan selepas 30 minit dan pasukan yang mengumpul mata terbanyak akan

memenangi perlawanan.

Situasi semasa dan lanjut :

Menggunakan taktik menyerang untuk mendapatkan mata

Strategi menyusun ahli kumpulan untuk membentuk posisi terbaik sama ada sebagai penyerang

ataupun bertahan.

Boleh menggunakan kepantasan untuk mengelak bola kertas apabila dibaling.

Mengunakan taktik “menunggu masa sesuai” dan tidak membaling terlalu jauh bola kertas yang

digunakan untuk mengelakkan pihak lawan daripada mendapat mata.

Kesan kelemahan pihak lawan :

Hantaran bola ke tempat kosong dan sudut sukar.

Pemain yang laju dan pantas perlu dimatikan terlebih dahulu.

Hantarkan kepada kawasan lawan yg lemah.

31

Page 32: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Membuat keputusan:

Apa dan kenapa dilakukan

Menilai situasi dalam ruang yang ada untuk menyerang

Mengenalpasti ruang kosong dan tangan yang lemah untuk menghantar bola kea rah pihak lawan.

Perlaksanaan kemahiran:

1. Teknik menyerang : menjatuhkan tin dan seterusnya berusha membina semula

Perhatikan situasi dan kenal pasti situasi bahaya

Anggarkan jarak lawan sebelum membina tin

2. Teknik menahan : antisipasi lawan

Perhatikan kedudukan pihak lawan

Perhatikan gerak-geri pihak lawan yang ingin membina semula tin

Anggar perlakuan dan pergerakan bola

Bertindak balas daripada perlakuan pihak lawan untuk membuat keputusan.

Penilaian :

Prestasi diambil kira diambil kira dengan jumlah bilangan tin dibina semula oleh pemain penyerang

sebelum terkena bola kertas.

32

Page 33: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Lampiran 4.

Carta Tentang Konsep Pembelajaran Perbezaan Individu.

33

Page 34: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Lampiran 5.

34

Page 35: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Rujukan :

35

Klasifikasi Permainan

Page 36: Tgfu satu pembaharuan dalam pendidikan jasmani

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

http://roxarap-sayacikgubiasa.blogspot.com/2011/10/perbezaan-antara-strategi-pendekatan.html

http://tgfu.wetpaint.com/page/The+Model

http://www.aare.edu.au/05pap/geo05240.pdf

http://www.tgfu.org/

http://www-personal.edfac.usyd.edu.au/staff/lightr/Dr._Richard_Light/TGfU.html

http://www.mpeta.ca/documents/FARSIDE%2008/TGFU.pdf

http://www.tgfu.info/

http://www.ausport.gov.au/sportscoachmag/coaching_processes/teaching_games_for_understanding

http://thoriqsiap55.blogspot.com/2011/10/tgfu.html

http://www.slideshare.net/Rodzli/ahmad-rodzli-bin-hashim

http://fpokpor86.blogspot.com/2009/01/tgfu.html

36