tgfu final

9
QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan FOLIO – MODEL TGFU NAMA Nurhafizah Binti Ajlan D20102040807 801204145448 KUMPULAN UPSI 01 PENSYARAH Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid 1

Upload: nurhafizah-ajlan

Post on 28-Oct-2014

48 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Tgfu final

QGU3013 - Kurikulum Kontemporari Dalam Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

FOLIO – MODEL TGFU

NAMA

Nurhafizah Binti Ajlan

D20102040807

801204145448

KUMPULAN

UPSI 01

PENSYARAH

Puan Nur Haziyanti Binti Mohamad Khalid

1

Page 2: Tgfu final

ISI KANDUNGAN

Bil Topik Halaman

1.0 Pengenalan 3

2.0 Definisi TGFU 3-4

3.0 Perkembangan TGFU

3.1 Bentuk Permainan

3.2 Hargai Permainan

3.3 Kesedaran Taktikal

3.4 Membuat Keputusan

3.5 Perlaksanaan Kemahiran

4-5

4.0 Kepentingan TGFU 5

5.0 Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah TGFU

5.1 Ciri-ciri Pendekatan Tradisional

6

6.0 Contoh RPH berdasarkan Model TGFU 7

7.0 Kesimpulan 7

8.0 Rujukan 7

2

Page 3: Tgfu final

1.0 Pengenalan

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet Amerika Syarikat. Model

inimenyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmani untuk mengajar atau

melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiran permainan tidak menyumbang kepada

kejayaan,menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran. Model ini bertujuan

untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia

ada. Malahan, Teori Bunker dan Thorp telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih

bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruang kepada

kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok

dan ia menghasilkan faedah yang baik.

Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri

tanpa mengambil-kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.

Apa yang penting, melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-

kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy

bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Mereka berpendapat

bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang “Mengapa”

dan “Bila” sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila pendekatan ini patut ditunjukkan

dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu, kanak-kanak akan memberi respons yang lebih

baik dan peka jika mereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.

2.0 Definisi TGfU

Ironinya, TGfU merupakan suatu pengajaran permainan untuk kefahaman yang dapat menarik

minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa

bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian

Omar Fauzee). Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan

pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti

Loughboroungh. Amnya, TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh

pada setiap permainan. Hal ini demikian kerana murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip

atau konsep dalam permainan tertentu. Malah, TGFU juga menekankan kepada peningkatan

tahap aktiviti fizikal. Dalam konteks ini, waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam

sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-

pelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan

Jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Di samping

3

Page 4: Tgfu final

itu, setiap guru PJK hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan

menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama

antara pelajar. Justifikasinya, melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk

mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk

pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta

dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak

peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan

seronok.

3.0 Perkembangan TGFU

TGFU merangkumi 4 kategori iaitu :

i- Sasaran ( Target )

Menempatkan objek/sasaran dengan tepat dan berfokus.

ii- Striking

Permainan yang melibatkan striking dengan fielding yang man pasukan striking akan

berusaha untuk menang manakala pasukn fielding pula berusaha untuk

mempertahankan pasukannya.

iii- Jaring/dinding

Dijalankan antara jaring atau atas dinding. Dikehemdaki bermain dengan

memnipulasikan satu objek dan menghantar objek ke pihak lawan.

iv- Serangan/Invasion

Ianya bersifat berpasukan. Mengumpul mata dengan memasuki ke kawasan pihak

lawan.

3.1 Bentuk Permainan

Bentuk permainan dalam model kurikulum Bunker & Thorpe (1982) ialah permainan mini yang

menyerupai permainan sebenarnya. Bentuk permainan itu melibatkan ruang permainan, alatan

permainan, bilangan pemain dan lain-lain. Pelajar- pelajar perlu memahami bentuk permainan

untuk mengenal pasti masalah yang perlu diselesaikan.sesuai untuk semua peringkat umur.

4

Page 5: Tgfu final

3.2 Hargai Permainan

Pelajar diperlukan memahami peraturan permainan yang diubahsuaikan dari permainan asal.

Kemudian,mereka akan menghayati bahawa pengubahsuaian peraturan akan mengubah taktik

yang akan digunakan.Misalnya, apabila peraturan diubah agar saiz gol dibesarkan, maka

penjagaan gol adalah lebih susah dan taktik pertahanan juga perlu diubah.

3.3 Kesedaran Taktikal

Pelajar menggunakan peraturan permainan untuk menambah faedah kepada pasukan sendiri

sambil mengurangkan prinsip-prinsip permainan seperti:

3.4 Membuat keputusan

Semasa permainan dijalankan, pelajar-pelajar sentiasa menilai situasi, menjangka

kemungkinan dan membuat keputusanmemilih tindakan yang sesuai mengikut situasi tentang:

apa yang perlu dilakukan bila melakukannya bagaimana melakukannya Cara membuat

keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah sukar. Dalam pendekatan

ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkan apa yang hendak dilakukan dan

bagaimana yang hendak dilakukan.

3.5 Perlaksanaan Kemahiran

Setelah pelajar-pelajar mengenal pasti apa yang perlu dibuat dan bila perlu membuatnya,

mereka adalah rela dan bersedia untuk belajar bagaimana melakukan kemahiran dengan

berkesan. Semua kemahiran itu dipelajari mengikut kesesuaian dalam konteks permainan.

4.0 Kepentingan TGFU

Secara amnya, TGFU merupakan satu pendekatan yang lebih sistematik dan berkesan bagi

mempermudahan kefahaman pelajar terhadap pembelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan dan memberi ruang buat pelajar untuk mengetengahkan bakat, kemahiran yang

dimiliki selari dengan item atau kemahiran yang terdapat di dalam dokumen standard

pembelajaran Pendidikan Jasmani yang telah disediakan. Permainan yang dilaksanakan juga

mudah untuk dihubungkaitkan dengan dokumen standard pembelajaran tersebut yang mana

TGFU ini secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti pelajar.

5

Page 6: Tgfu final

5.0 Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan

kaedah TGFU

Amnya, pengajaran secara tradisional sudah semakin dilupakan ekoran kehadiran kaedah yang

dianggap baru, lebih kreatif, inovatif dan seronok untuk dilaksanakan dengan tujuan

penambahbaikan kepada pengajaran secara tradisional sebelum ini. Kaedah TGFU bersifat

lebih mudah difahami kerana pelajar mengalamai sendiri dengan mempraktikkan setiap

pergerakan yang diperlukan. Namun, di dalam kaedah tradisional, kebanyakan pelajar berasa

malu dan takut untuk melakukan sesuatu pergerakan kerana takut didenda oleh guru.

Berbanding dengan TGFU, konsep ‘permainan’ yang berunsurkan keseronokan amat menarik

minat pelajar untuk mencuba dalam memenuhi objektif pembelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan.

6.0 Contoh RPH berdasarkan Model TGFU

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Tajuk : Manipulasi Alatan ( bola kertas )

Tarikh : 25 April 2012

Tahun : 4 Melor

Tunjang : Kemahiran Asas

Kemahiran : Menuju sasaran.

Masa : 7.45-8.45 pagi

Bil. Murid : 24 murid

Obektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,90 peratus murid dapat;

Psikomotor : Melakukan aktiviti sekurang-kurangnya 4 daripada 5 jatuhan tin pada jarak 3

meter

Kognitif : Menyatakan taktik yang penting dalam permainan yang dimainkan.

Afektif :Memupuk keyakinan diri, kerjasama dan bertanggungjawab.

Pengalaman sedia ada : Murid biasa bermain dengan permainan baling tin

Penerapan nilai : Jujur dan bekerjasama

KBKK : Membanding/membeza

6

Page 7: Tgfu final

Pengabungjalinan : Tunjang kemahiran-koordinasi

Kesepaduan : Sains-kordinasi dan ketepatan mata semasa menuju sasaran.

Alatan : 2 biji bola kertas , 6 buah tin susu, 1 wisel, 6 skital.

7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, guru-guru merupakan medium utama yang terbaik bagi mendedahkan kepada para pelajar kepada aktiviti-aktiviti permainan yang variasi yang mereka memahami tentang pergerakan-pergerakan yang tepat dan organisasi sesebuah permainan yang dijalankan di sekolah. Selan daripada itu, TGFU dapat dapat dikaitkan dengan ilmu pengetahuan yang terdapat di dalam dokumen standard pembelajaran yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mencapai target atau sasara sasaran yang ingin dicapai. Ini kerana, melalui kaedah perminan, matlamat pembelajaran lebih mudah dicapai dan difahai oleh pelajar kerana secara fitrahnya, kanak-kanak suka akan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan yang melibatkan pergerakan lokomotor mahu pun bukan lokomotor.

8.0 RUJUKAN

Children’s Affective Experiences in TGFU Game Environments.

Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob & Zalawati Biti Sufian ( 2003 ). Pendidikan

Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia

: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7