tgfu diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil belajar

5
TGFU diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil belajar. Murid-murid akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh guru.TGFU menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa seronok. TGFU dianggap penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif semasa aktiviti bermain. Murid-murid diberi peluang membuat keputusan berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru. Dalam model ini guru bertindak sebagai pembimbing sahaja. Kaedah permainan dalam TGFU berkonsepkan perkongsian masalah taktikal yang menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentasi permainan di antara murid-murid. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Ia dapat melahirkan murid-murid yang aktif dan mahir di dalam bidang sukan khusus.Konsep TGFU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. Ia mengutamakan pengajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Murid-murid juga boleh menilai penampilan dan perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan. Secara tidak langsug TGFU dapat memberi kekuatan mental serta membentuk personaliti pemain yang mantap dan hebat Sekian. GFU dianggap penting dalam proses pengajaran dan pemebelajaran kerana TGfU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagimewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik,bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003; Light & Fawns, 2003 )dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dantahap pengetahuan mereka. Di samping itu juga,TGFU menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan dan murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran danpembelajaran dengan seronok.

Upload: joey-lin

Post on 11-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TGFU Diaplikasikan Sebagai Pendekatan Penyelesaian Masalah Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar

TGFU diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil belajar.  Murid-murid akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh guru.TGFU menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa seronok. TGFU dianggap penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif semasa aktiviti bermain. Murid-murid diberi peluang membuat keputusan berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur tangan guru.  Dalam model ini guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.

Kaedah permainan dalam TGFU berkonsepkan perkongsian masalah taktikal yang menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentasi permainan di antara murid-murid. Ia juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani.  Ia dapat melahirkan murid-murid yang aktif dan mahir di dalam bidang sukan khusus.Konsep TGFU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan.  Ia mengutamakan pengajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Murid-murid juga boleh menilai penampilan dan perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan. Secara tidak langsug TGFU dapat memberi kekuatan mental serta membentuk personaliti pemain yang mantap dan hebat  Sekian.

GFU dianggap penting dalam proses pengajaran dan pemebelajaran kerana TGfU yang menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagimewujudkan pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan taktik,bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003; Light & Fawns, 2003 )dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai berdasarkan umur dantahap pengetahuan mereka.

 Di samping itu juga,TGFU menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan dan murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk murid untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran danpembelajaran dengan seronok.

Selain itu,TGFU juga bermatlamat untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor individudalam sukan berdasarkan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Program TGFU ini dianggap penting kerana ia dapat menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini juga, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih iaitu secara berpasukan, justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan jenis persaingan serta

Page 2: TGFU Diaplikasikan Sebagai Pendekatan Penyelesaian Masalah Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar

memupuk nilai kerjasama dengan rakan sepasukan dengan menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan - peraturan ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.

Selain daripada itu, cara  bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu.  

Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu,  pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

TGfU ini penting dalam proses PdP PJ kerana aktiviti ini melibatkan kuasa fizikal di dalam individu untuk membangunkan sistem organ di dalam tubuhnya Pettitor (n.d) memberi definisi bahawa Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran dan pengajaran

Page 3: TGFU Diaplikasikan Sebagai Pendekatan Penyelesaian Masalah Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar

menyeluruh merangkumi aspek domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Di mana pelajar diberi ruang mencuba dan mengalami sendiri pengalaman aktiviti fizikal.

Konsep TGfU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. Ia mengutamakan pengajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Almy (1964: Fajen) menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia juga membentuk kemahiran murid-murid secara tuntas dan fleksibel. Membolehkan ia diserap masuk ke dalam pelbagai jenis sukan.

Murid-murid juga boleh menilai penampilan dan perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan. Seterusnya menyiapkan kefahaman taktikal, di bawah bimbingan guru untuk dikembangkan ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.

Tanggungjawab kendiri juga terhasil apabila murid-murid mula memandang positif terhadap permasalahan di dalam permainan. 'Target games' seperti boling atau boling padang misalnya memerlukan murid-murid menggunakan fokus, ketenangan, konsentrasi dan ketelitian yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran taktikal untuk keluar sebagai pemenang.

Ketika aktiviti dilakukan, sifat-sifat positif di dalam target games akan terbentuk. Seterusnya memberi kekuatan mental yang membentuk personaliti pemain yang mantap dan hebat. Thorpe, Bunker dan Almond (David Kirk, Mary O Sullivan, Doune Mcdonald, 2006: 629).

TGfU penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:

1. Apresiasi dalam permainan yang melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas dalam membuat keputusan semasa permainan.

2. Membantu pelajar dalam membentuk perkembangan dan penghasilan kemahiran dalam sesuatu permainan.

3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjana dan menguasai pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain.

4. Mewujudkan kemahiran bersosial dengan nilai-nilai positif.

5. Dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan supaya dapat mewujudkan peluang dan ruang penerokaan sesuatu permainan.

6. Membantu perkembangan pelakuan kognitif, psikomotor dan afektif semasa situasi permainan.

7. Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam membuat keputusan dan mengapa keputusan perlu dibuat berdasarkan situasi permianan sekaligus menyumbang ke arah permainan yang dinamik dan pelbagai.

TFGU memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung seperti cara berfikir, menyelesaikan masalah, berinisiatif sebelum menggunakan kemahiran yang rigid

Page 4: TGFU Diaplikasikan Sebagai Pendekatan Penyelesaian Masalah Melalui Teknik Bermain Sambil Belajar

sifatnya. Teknik yang digunakan harus merangsang minda murid-murid tentang pelajaran tersebut berbanding menggunakan teknik pengajaran secara langsung.

Pendekatan bersifat kemahiran lebih mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu dan bukannya kegembiraan untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. Maka ia akan mengurangkan motivasi dan keseronokan murid-murid untuk menikmati proses pembelajaran dan seterusnya menghilangkan minat mereka.

Tabiat semula jadi kanak-kanak ialah suka bermain dan berseronok. Tidak kira di rumah atau di sekolah,  tingkah laku ini menguasai diri setiap kanak-kanak yang normal. Menjadi suatu perkara yang menghairankan apabila kita melihat kanak-kanak duduk termenung menongkat dagu di taman permainan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Begitu juga semasa berada di dalam kelas atau di mana-mana saja, jika kanak-kanak berada dalam keadaan diam sahaja sudah pasti kanak-kanak menghadapi masalah.