sejauh manakah pendekatan pembelajaran bahasa diaplikasikan dalam kalangan guru bahasa melayu

Upload: aaron-booker

Post on 17-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PBS 3117 PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH IVTUGASAN ELEKTIF 2 BAHASA MELAYU

Pengalaman berasakan sekolah merupakan tugasan wajib yang harus dilalui oleh semua guru pelatih yang merangkumi selama 4 semester semuanya. Pada kali ini merupakan tugasan pengalaman berasaskan sekolah semester keempat dan juga merupakan tugasan yang terakhir sebelum menempuh alam praktikum. Berdasarkan tugasan yang telah diberikan, saya dikehendaki membuat pememerhatian dan membuat penilaian mengenai teknik-teknik dan pendekatan yang digunakan dalam pengajaran bahasa melayu. Justeru, saya dan 2 orang lagi rakan bersetuju memilih sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang, Jitra, Kedah bertujuan menjadikan responden atau para guru yang mengajar berlatarbelakang murid-murid luar bandar sebagai dapatan kajian kami. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah yang terletak di pinggir bandar dan rata-rata muridnya yang berlatarkan dari keluarga yang sederhana dan kebanyakan ekonomi penduduk di sini adalah golongan petani serta penoreh getah. Kebetulan pula, ketika saya menjalankan tugasan ini merupakan bulan Ramadhan dan kedatangan peperiksaan UPSR yang akan menjelang tiba. Pada minggu ini saya dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa pelbagai aktivi akan dilangsungkan bersempena menyambut cutu hari raya dan pengakhiran bulan ramadhan. Selain itu, sekolah ini juga menganjurkan minggu penghayatan ramadhan, Majlis Khatam Al-. Quran, sambutan hari raya dan gempur UPSR menyebabkan murid-murid serta guru sibuk membuat persiapan dan juga persiapan. Aktiviti ini jarang sekali dibuat di rata-rata sekolah, bagi saya ini merupakan salah satu aktiviti yang unik bagi kebiasaan sekolah. Semperna menyambut hari raya Aidilfitri, sekolah ini juga telah membuat majlis penyampaian zakat dan duit raya bagi murid-murid yang miskin, ini bertujuan meringankan beban keluarga murid-murid tersebut sekaligus dapat memastikan hari lembaran disambut dengan penuh keriangan.

Berbalik kepada tugasan yang diberikan kepada saya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan seribu pujian Alhamdulilah saya panjatkan kerana sepanjang saya melakukan pemerhatian di sekolah ini saya tidak menghadapi sebarang kesulitan yang membantutkan saya daripada menyelesaikan tugasan ini. Saya telah mendapat kerjasama yang padu daripada guru-guru di sekolah ini terutamanya penolong kanan pentadbiran , En. Redzuwan b Ismail dan jabatan bahasa melayu di sekolah ini yang diketuai oleh Pn Norhayati bt Ismail. Mereka telah memainkan peranan yang penting untuk memastikan tugasan yang diberikan kepada saya dapat dijalankan dengan baik.1. Sejauh manakah pendekatan pembelajaran bahasa diaplikasikan dalam kalangan guru bahasa melayu.Selepas membuat pemerhatian dan tinjauan serta interaksi bersama guru-guru bahasa melayu disekolah tersebut, variasi dapatan dan ilmu dapat saya jadikan rujukan dan panduan dalam menulis esei reflektif ini. dalam menjalankan tugasan ini, kami telah membuat sesi temubual serta pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran bersama-sama guru bahasa melayu disusuli dengan pelbagai soalan telah diajukan supaya objektif tugasan dapat dicapai hendaknya. Hasil daripada soalan temubual dan pemerhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu dapatlah saya coretkan dalam tulisan esei reflektif ini. Mengenai soalan sejauh manakah pendekatan pembelajaran bahasa diaplikasikan dalam kalangan guru bahasa melayu, kata mereka tugas pendidik bukanlah mudak seperti yang disangka, pelbagai aspek dan pendekatan perlulah digarapkan agar pengajaran bersistematik, bersedia dan dapat memotivasikan murid. Satu aspek penting yang dapat mengubah pengajaran sebenar dan persepsi pengajaran ialah ilmu pengetahuan supaya guru sendiri dapat melihat pendekatan pengajaran mereka, dan bagaimana pendekatan mereka dialami oleh pelajar Kita perlu mendapatkan persepsi dan kecenderungan pelajar terhadap persekitaran akademik, terutamanya yang berkaitan pendekatan pengajaran. Ini dapat membantu pengajar memilih strategi pengajaran dan membentuk persekitaran akademik yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran pelajar. Maka melalui dapatan kajian ini, guru-guru dapat meninjau keadaan sebenar yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, barulah guru-guru dapat mengatur langkah mengubah pendekatan pengajaran untuk membimbing pelajar mereka mencapai kualiti pembelajaran yang tinggi. Seterusnya, melaui pemerhatian saya, pendekatan berpusatkan murid merupakan pendekatan yang paling digemari oleh para guru disitu dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana, mengenalpasti persekitaran pembelajaran dan memahami bagaimana pelajar belajar akan membantu guru untuk memudahkan pembelajaran dan merancang kurikulum yang dapat mencapai hasil pembelajaran. Faktor yang perlu ditekankan adalah bagaimana pelajar belajar. Seperti yang dikatakan oleh tokoh-tokoh pendidikan, mengetahui bagaimana pelajar belajar merupakan aspek pedagogi yang penting dan membantu bukan sahaja memperbaiki kemahiran pembelajaran pelajar tetapi juga memperbaiki pengajaran guru. Ini kerana pendekatan menggambarkan niat dan strategi yang diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran. Justeru, pendekatan pembelajaran perlu dipertimbangkan dalam reka bentuk kurikulum serta sistem penilaian yang diaplikasikan untuk mata pelajaran bahasa. Sebaik-baiknya, perlaksanaan kurikulum adalah selaras dengan pendekatan pembelajaran pelajar yang dapat memberi hasil pembelajaran cemerlang. Selain itu, dapat sya rumuskan bahawa strategi berpusatkan murid adalah teknik dimana guru dengan niat untuk membantu pelajar mengubah pandangan mereka terhadap dunia dan konsep tentang sesuatu fenomena yang sedang dipelajari oleh mereka. Pelajar perlu membina pengetahuan mereka sendiri maka guru perlu memfokus pada apa yang dilakukan oleh pelajar dalam situasi pengajaran dan pembelajaran. Guru menyedari bahawa guru tidak dapat memindahkan sesuatu pandangan atau konsep baru tentang dunia kepada pelajarnya. Maka strategi berpusatkan pelajar dianggap sebagai satu keperluan masa kini. Antara teknik dan kaedah yang diaplikasikan dalm sesi pengajaran dan pembelajaran ialah : a) inkuiri-penemuan b) Perbincangan c) Penyoaland) Penyelesaian Masalahe) Main Perananf) Sumbangsarang) Kumpulanh) Pembelajaran Melalui PengalamanKemudian pendekatan pembelajaran kedua yang telah dikenalpasti ialah kaedah berasaskan bahan. Hal ini kerana penggunaan kedah bahan ini dapat membina pengetahuan dan pemahaman bermakna pelajar dengan lebih mendalam serta kekal lama. Dengan penggunaan bahan yang maujud, bervariasi serta ditunjangi oleh teknologi yang canggih dijangka dapat menarik perhatian dan minat para pelajar untuk semangat belajar. Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan ini lebih sesuai dalam pembelajaran bahasa yang sering dikaitngan dengan penulisan dan kebanyakkan pembelajaranya secara pasif dan menulis. Melalui penggunaan bahan yang maujud dan pelbagai dapat menceriakan kelas itu disamping membina konsep yang teguh dan memberikan pengalaman hands on kepada murid tersebut. Contoh kaedah pemusatan yang digunapakai ialah: i. Audio-visual ii. Penggunaan Komputeriii. Penggunaan Bahan Cetak Pengajaran-pembelajaran iv. Kesepaduan v. Modulvi. Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan

Seterusnya, pendekatan ketiga yang telah digunakan ialah pendekatan berasaskan aktiviti. Pendekatan ini selalunya digabungkan dengan pembelajaran berasaskan permainan oleh para guru bahasa. Pembelajaran berasaskan aktiviti ini sangat sesuai dalam konteks pembelajaran bahasa kerana murid-murid mempelajari bahasa melalui aktiviti-aktiviti yang terancang secara sistematik. Melalui pendekatan ini murid-murid bergerak aktif secara fizikal dan mental bagi tujuan melaksanakan tugasan mereka dalam aktiviti tertentu. Dengan demikian minat dan kecenderungan murid sentiasa terarah untuk terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru . tambahan lagi melalui temubual guru, pembelajaran berasaskan aktiviti boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran guru bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah.Kemudian saya melihat pembelajaran berasaskan permainan memaparkan seorang guru mencuba pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran agar kelas tersebut seolah-olah hidup dengan nafas permainan-permainan yang disediakan. Murid-murid akan mengalami pengalaman sendiri aktiviti permainan yang dilaksanakan.Murid-murid akan mudah memahami apa yang guru ajarkan melalui permainan yang disediakan dengan menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berkomunikasi dengan berkesan dan melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa dan aksi yang telah dicorakkan oleh para guru.

Pembelajaran berasaskan permainan2. Apakah teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan oleh guru-guru untuk mengajar mata pelajaran bahasa melayu.Seterusnya melalui pemerhatian dan temu bual saya melalui penyoalan mengenai teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran, tidak banyak dapatan maklumat yang cuba saya perolehi hasil daripada aktivit tersebut. Hasil rumusan yang boleh saya katakana ialah teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalambilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. Anatara tujuan teknik digunakan ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian dan bangkitkan rasa ingin tahu. Selepas itu, antara teknik yang diperjelaskan dan sering diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa mereka ialah teknik latih tubi, permainan bahasa, bercerita dan soal jawab. Dibawah ialah maklumat dan ilmu yang telah dipelajari dan diamati hasil daripada tugasan pengalaman berasaskan sekolah ini.Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya dalam minda pelajar. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Antara kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Teknik kedua ialah permainan bahasa sebagai salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif dan pembelajaran bermakna. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah pendidikan negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :a) menambah kefasihan dan keyakinanb) menyediakan konteks pembelajaranc) bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosand) bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan.

Kemudian ialah teknik bercerita, semasa melakukkan tugasan ini, kami telah melakukkan aktiviti pemerhatian dalam kelas yang sedang oleh seorang guru bahasa melayu iaitu Pn Siti Aminah binti Shafie. Pada masa itu beliau telah menjalankan teknik bercerita dalam pengajaran bahasa dalam kelas itu. Sebelum itu, beliau telah menerangkan serba sedikit mengenai teknik ini. ia merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Saya dapat melihat bahawa bagaimana beliau menjalankan teknik bercerita ini dan hasil rumusanya sepertyi berikut. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.c) Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.d) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.e) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

Teknik terakhir yang dikenalpasti merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan iaitu teknik soal jawab. Selain itu, teknik ini juga dikatan bersangkut paut dengan pendekatan berpusatkan murid. Menurut guru panitia bahasa melayu sekolat tersebut iaitu En Zulkiflee bin Md Saad, Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :a) Untuk mengesan pengetahuan berbahasa muridb) Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.c) untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

Gambar kelas di sekolah

3. Sejauh manakah penerapan nilai dan kemahiran berfikir dilaksanankan dalam kalangan guru Bahasa Melayu

Dalam menjawab soalan ini, saya telah melakukkan pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran guru berlansung dan juga semasa nproses temu bual bersama-sama guru bahasa melayu. Justeru dapat saya rumuskan disini bahawa konsep nilai murni adalah salah satu unsur yang mewujudkan keseimbangan dalam sesebuah kelas yang dihadiri oleh murid yang berbeza latar belakangnya. Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilaksanakan pada peringkat persekolahan lagi kerana peringkat persekolahan merupakan salah satu peringkat dalam kitaran sosialisasi setiap individu. Kebanyakkan guru bahasa melayu mengaplikasikan nilai ini melalui pembelajaran teks kesusasteraan melayu seperti semasa pembacaan buku cerita, pantun, artikel dan juga petikan yang dapt menterjemahkan nilai secara tersirat dalam proses pengajaran itu. Penerapan nilai- nilai murni melalui teks kesusasteraan Melayu juga dapat di kongsi bersama melalui tindakan yang bersepadu dalam menentang berlakunya penularan pelbagai penyakit masyarakat yang berpunca dari kepelbagaian gelojak teknologi yang mengheret remaja dan masyarakat terjebak dengan pelbagai masalah masyarakat. Isu ponteng kelas, pelacuran, perjudian, merempit dan sebagainya dapat diatasi dengan langkah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan penganjuran apresiasi nilai nilai sastera seperti penganjuran teater, mestamu puisi, seminar dan sebagainya yang membabitkan bilangan pelajar yang ramai. Penglibatan golongan pelajar yang ramai secara tidak langsung dapat mewujudkan interaksi antara pelajar yang berbilang kaum. Kesinambungan interaksi akan melahirkan kesefahaman dalam membentukan sebuah masyarakat yang bermoral berteraskan nilai nilai murni.Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung, selaras dengan tuntutan nilai sejagat.Terdapat 16 nilai murni yang diterapkan dalam pengajaran guru itu. Enam belas nilai murni itu terdiri daripada baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional dan semangat bermasyarakat. Guru mendefinisikan kemahiran berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai hasil yang maksimum daripada pemikiran itu. Berdasarkan model yang dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kemahiran Berfikir mengandungi komponen-komponen berikut: (a) Pemikiran kritis (b) Pemikiran kreatif (c) Menyelesaikan masalah (d) Membuat keputusan (e) Kemahiran belajar

Rumusan Alhamdullilah setelah selesai melakukkan tugasan pengalaman berasaskan sekolah ini, pelbagai curahan ilmu serta longgokan pengalaman dapat saya jadikan bekalan sebagai seorang pelatih yang bakal bergiat dalam profesion perguruan ini. Justeru tugasan pengalaman berasaskan sekolah ini telah menyediakan peluang untuk para guru pelatih sekalian untuk meneroka dan membuat pemerhaatian antara pendekatan, teknik dan kaedah yang telah dipelbagaikan oleh para guru bahasa melayu di zaman ini. Tambahan lagi peluan ini bagaikan bulan jatuh riba bagi para guru pelatih sekalian kerana ilmu pedagogi seperti inilah merupakan suatu peluang keemasan dan amat berharga yang perlu diketahui dan dikenalpasti untuk menempuh sesi praktikum yang akan mendatang. Ia diharapkan dapat melonjakkan kecemerlangan guru pelatih sekalian seterunya sistem pendidikan Negara secara keseluruhan. Sesuatu yang akan berlaku dan mesti berlaku ialah transformasi sistem pendidikan kita dan penambahbaikan untuk berkembang agar profesion perguruan Negara ini mencapai khendak, sistematik dan juga seiring dengan perkembangan teknologi, ekonomi dan juga masyarakat.

Maklumat Asas Sekolah

Nama Sekolah :Sekolah Kebangsaan Bukit PinangAlamat :Alor Star, 06200 Kepala Batas, Kedah Darul AmanDaerah :Kota SetarKod Sekolah :KBA 2084Lokasi :Luar BandarSesi Persekolahan :Pagi

No.Telefon :04-714 1890No.Faks :04-714 1890E-mel :[email protected] Web :http://skbp82.blogspot.com/Daerah MGB :Pokok SenaNama Guru Besar :En. Azis bin Abd. RahmanNama PK Pentadbiran :En. Ibrahim bin Abdul TalibNama PK HEM :-Bersara-Nama PK Kokurikulum :En. Suhaimi bin ShafieeJumlah Guru :39 OrangJumlah Staf Sokongan :9 OrangJumlah Murid pd 1.1.2011 :658 OrangMoto Sekolah :Kerajinan Tangga Kemajuan

Organisasi SKBP

Encik Azis bin Abd. RahmanGuru Besar

Puan Normala Binti KamaruddinPenolong Kanan 1

Encik Suhaimi bin ShafieePenolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Rohayah Binti Mohd NoorPenolong Kanan Kokurikulum

Puan Halijah Binti Mohd YitKetua Pembantu Tadbir