belajar sambil bermain.ppt

41
Belajar Sambil Bermain ALAM BELAJAR Tukang Fikir: Fawwaz Thaqif bin Alias Tudin Mohd. Imran bin Mohd Amir Shahira Irda binti Sahirin

Upload: megs-saufi

Post on 25-Oct-2015

204 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

Pembentangan ringkas berkaitan dengan belajar sambil bermain.

TRANSCRIPT

Page 1: Belajar Sambil Bermain.ppt

Belajar Sambil Bermain

ALAM BELAJAR

Tukang Fikir:

Fawwaz Thaqif bin Alias Tudin

Mohd. Imran bin Mohd Amir

Shahira Irda binti Sahirin

Page 2: Belajar Sambil Bermain.ppt

Kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri tidak seperti orang dewasa. Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian. Perkara-perkara ini boleh merangsang pemikiran mereka. Kanak-kanak belajar melalui kaedah ’learning by doing’ iaitu melakukan sendiri aktiviti-aktiviti bagi mendapatkan maklumat daripada persekitarannya. Salah satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar sambil bermain.

PENGENALAN

Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan ialah kepada kesediaan belajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berpandukan konsep ‘belajar sambil bermain’ iaitu proses pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan mempunyai tujuan tertentu. Unsur ‘mudah ubah’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah.

Page 3: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Bongkah

Permainan DominoPermainan Berkumpulan

Permainan Kayu

Page 4: Belajar Sambil Bermain.ppt

Belajar sambil bermain mempunyai peranan yang sangat penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan seimbang. Guru-guru prasekolah hendaklah merancang segala aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, membina, meruntuh dan mencipta. Permainan juga dapat membantu kanak-kanak memusatkan perhatiannya terhadap sesuatu dan menyerapkan pengalaman baru.

Page 5: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Untuk Pembelajaran

Page 6: Belajar Sambil Bermain.ppt

Bermain juga dapat memperkembangkan sifat-sifat tekun, gigih, kreatif dan berdaya cipta. Melalui permainan seperti berlari, melompat, menggunting kertas, menyusun bongkah, membezakan paras air di dalam botol dan membuat robot daripada bahan terbuang, kanak-kanak sebenarnya sedang melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Pada hakikatnya aktiviti tersebut dapat mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus pada semua bahagian badan, menggunakan daya kreatif,memupuk semangat bergaul, mengukuhkan sikap hormat-menghormati dan berdisiplin (Draf Kurikulum Prasekolah Malaysia, 1986).

Page 7: Belajar Sambil Bermain.ppt

KONSEP BERMAIN

Montessori menganggap permainan adalah pekerjaan kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa semua kanak-kanak suka belajar dan mereka belajar melalui bermain.

Bermain ialah keseronokan yang dialami semasa melakukannya. Kanak-kanak merasa terhibur apabila bermain. Bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Bermain juga merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.

Page 8: Belajar Sambil Bermain.ppt

Almy (1984) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein dan Vendenberg (1983). Dalam membincangkan ciri-ciri bermain, mereka menyebut “First, play is intrinsically motivated. It is an end itself, done only for the sheer satisfaction of doing it. A second, related characteristic of play is that it must be freely chosen by the participants” (dipetik dari buku Fergus, 1996 : 2)

Page 9: Belajar Sambil Bermain.ppt

Menurut Vygotsky (1967) “Play is helpful in the development of language and thought. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the child. In this way play gives children greater control over situation that they would have in reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from reality. They are thus allowed to engage in higher-older thought processes through play” (dipetik dari buku Spodek et. al 1987 :181)

Page 10: Belajar Sambil Bermain.ppt

Jerome Singer (1973) menganggap permainan imaginatif sebagai usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. (dipetik dari buku Spodek et. al 1987 : 181)

Page 11: Belajar Sambil Bermain.ppt

Kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari daripada bermain dan permainan akan digunakan

oleh kanak-kanak semasa berinteraksi dengan orang lain. Segala kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada aktiviti bermain akan diadaptasikan oleh kanak-kanak di sepanjang kehidupannya. Setiap permainan yang dilalui

merupakan asas kepada pendidikan yang lebih formal. Bermain akan memberikan peluang

kepada kanak-kanak untuk mengembangkan beberapa kemahiran asas yang dimilikinya.

Page 12: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan yang mendedahkan kanak-kanak

kepada binaan

Page 13: Belajar Sambil Bermain.ppt

Bermain bukan sahaja akan dapat membina keyakinan malah menjadi pendorong kepada kanak-kanak untuk terus mempelajari pelbagai perkara yang lebih mencabar. Contohnya, permainan membina model rumah melalui kaedah cantum lekat dapat menyedarkan kanak-kanak bahawa sesebuah rumah itu memerlukan percantuman beberapa bahan asas seperti tiang, dinding dan sebagainya. Bermain boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

Permainan aktif: Permainan yang aktif melibatkan aktiviti yang dilakukan oleh individu seperti berlari, membina cantum lekat, melukis dan sebagainya. Permainan aktif lebih mudah diertikan sebagai aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan sesuatu aktiviti. Semakin meningkat usia, semakin berkurangan aktiviti permainan aktif.

Page 14: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan pasif: Permainan pasif yang dimaksudkan ialah keseronokan yang dirasakan dengan hanya melihat aktiviti yang dilakukan oleh orang lain. Aktiviti ini tidak melibatkan penggunaan tenaga yang banyak tetapi keseronokan dan kepuasannya adalah sama seperti bermain permainan aktif. Permainan yang dikategorikan sebagai permainan pasif ialah menonton perlawanan bola sepak, membaca, melihat haiwan dan menonton televisyen.

Page 15: Belajar Sambil Bermain.ppt

PERINGKAT-PERINGKAT PERMAINAN

Peringkat Penerokaan dan PengamatanSemenjak dilahirkan sehingga bayi berusia tiga bulan, permainan dan aktiviti bermain mereka tertumpu kepada aktiviti penerokaan seperti melihat objek dan orang di sekelilingnya. Kemudian, bayi akan cuba mencapai objek-objek dan memegangnya. Apabila kemahiran merangkak telah dikuasai, bayi akan melihat dan mengamati apa sahaja barang yang dijumpainya.

Page 16: Belajar Sambil Bermain.ppt

Peringkat Bermain Barang PermainanKanak-kanak mula bermain sendiri dengan bahan permainan dari usia 6 bulan. Pada peringkat awal, bayi hanya meneroka barang permainannya. Biasanya dengan cara mengetuk, menggigit, membaling dan membuka bahan-bahan permainannya. Apabila menjangkau usia 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah mula menghargai barang permainan dengan menyatakan bahawa barang permainan adalah keperluan kehidupannya seperti menganggap anak patung sebagai ‘anaknya’. Mereka akan bercakap-cakap dengan barang-barang permainan semasa bermain.

Page 17: Belajar Sambil Bermain.ppt
Page 18: Belajar Sambil Bermain.ppt

Peringkat Bermain BerkumpulanPada peringkat usia 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak suka bermain bersama kanak-kanak lain yang hampir sebaya. Walaupun mereka kadangkala tidak berkomunikasi, namun kehadiran kanak-kanak lain sudah cukup menyeronokkan mereka untuk terus bermain. Apabila berada pada peringkat prasekolah, kanak-kanak mula bermain secara berpasangan atau berkumpulan seperti permainan yang melibatkan hobi, sukan dan beberapa permainan yang akan melibatkan aktiviti fizikal yang aktif. Kanak-kanak pada peringkat ini mampu membentuk kumpulan atau ‘geng’ mereka sendiri. Pada kebiasaannya, rakan di dalam sesuatu kumpulan itu mempunyai minat dan jantina yang sama.

Page 19: Belajar Sambil Bermain.ppt

KAITAN ANTARA PERMAINAN DENGAN PERKEMBANGAN MINDA KANAK-KANAK

Semenjak dilahirkan, bayi menggunakan seluruh keupayaan pancainderanya untuk mempelajari dan memperkayakan pengalamannya. Contohnya, semasa bermain teething ring, bayi akan menggunakan kesemua pancaindera iaitu melihat warna, merasakan bentuk, bau, rasa, mendengar bunyi dan mempelajari tindak balas gigitannya. Kesemua aktiviti yang dilakukan terhadap bahan permainan dapat membantu bayi untuk mengenali apakah sebenarnya barang itu.

Page 20: Belajar Sambil Bermain.ppt

Pengalaman seperti ini membolehkan kanak-kanak mempelajari dan mengetahui kemampuan pancainderanya serta memudahkan mereka membuat persepsi terhadap sesuatu perkara yang baru di dalam hidupnya. Pada masa yang sama, anak sudah boleh membezakan segala bahan yang telah ‘dirasainya’ dengan teething ring.

Terdapat lima kategori kegiatan bermain yang akan mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak iaitu:

Page 21: Belajar Sambil Bermain.ppt

Aktiviti Merangsang

Mental

Aktiviti Merangsang

Mental

Aktiviti Koordinasi dan Kemahiran

Motor

Aktiviti Koordinasi dan Kemahiran

Motor

Aktiviti Merangsang Seni

dan Artistik

Aktiviti Merangsang Seni

dan Artistik

Aktiviti Memahami Matematik dan

Sains

Aktiviti Memahami Matematik dan

Sains

Kategori Permainan

Kanak-kanak

Kategori Permainan

Kanak-kanak

Rajah 1 : Kategori Permainan Kanak-kanak

Aktiviti Merangsang

Perkembangan Bahasa

Aktiviti Merangsang

Perkembangan Bahasa

Page 22: Belajar Sambil Bermain.ppt

a) Aktiviti merangsang mental. Permainan yang memerlukan kanak-kanak membuat dan mempelajari sebab sesuatu kejadian.

Contoh permainan:

1. Menggalakkan kanak-kanak mencari pelbagai kegunaan sesuatu barang. Misalnya dengan sehelai kertas, galakkan mereka untuk membuat pelbagai perkara seperti membuat origami iaitu melipat sehelai kertas untuk dijadikan topi, burung, bintang dan kapal. Selain kertas, bahan lain juga boleh digunakan seperti sapu tangan, kotak, plastik dan sebagainya.

2. Menggalakkan kanak-kanak berimaginasi seperti berbual tentang apa yang akan dilakukannya jika dia menjadi putera raja atau berada di atas bulan.

Page 23: Belajar Sambil Bermain.ppt

3.Menyediakan bahan permainan yang memerlukan kanak-kanak mencantum atau membina seperti binaan istana pasir, membina blok-blok kayu, menyusun kotak-kotak kosong, bermain plastisin, bermain lego, bermain jigsaw puzzle dan sebagainya.

4.Menggalakkan mereka berfikir dengan cara bertanya bagaimana sekiranya dia menjadi sebatang pen, sebuah jam atau baju. Permainan seperti ini akan mencabar pemikiran anak untuk terus berfikir tentang kejadian atau ‘perasaan’ sesuatu barang.

Page 24: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Cantum Lekat (Jigsaw Puzzle)

Page 25: Belajar Sambil Bermain.ppt

b)Aktiviti yang merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi. Permainan yang melibatkan bahasa akan merangsang minda anak untuk menguasai komunikasi dan membantu anak mengenali lebih banyak barang. Aktiviti bermain yang melibatkan bahasa akan memudahkan anak belajar membaca dan menulis serta membolehkan anak berfikir untuk menyatukan idea-ideanya.

Bayi mula berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi seperti “pa, pa, ma, ma, cu, cu”. Oleh itu, ibu bapa seharusnya sentiasa memberikan tindak balas bagi menggalakkan usaha bayi untuk berkomunikasi. Jika anak masih bayi, perkataan-perkataan baru boleh diperkenalkan melalui nyanyian dan dodoian.

Page 26: Belajar Sambil Bermain.ppt

Contoh permainan:

1.Membacakan mereka buku-buku bergambar. Misalnya menunjukkan gambar-gambar haiwan seterusnya mengeluarkan bunyi haiwan tersebut.

2.Melabelkan nama pada setiap barang kepunyaan mereka dan lekatkan pada barang tersebut seperti pada katilnya dilekatkan perkataan ‘katil’.

3.Membiarkan kanak-kanak bermain mesin taip.

4. Membelikan huruf-huruf untuk disusun oleh kanak-kanak mengikut urutan dari huruf A sehingga huruf Z.

Page 27: Belajar Sambil Bermain.ppt

c) Permainan seni atau artistik. Kanak-kanak biasanya amat tertarik kepada muzik. Permainan berbentuk muzikal boleh mempertajamkan minda anak untuk belajar mengesan dan membezakan sesuatu irama atau nada bunyi. Permainan berbentuk muzikal juga akan dapat mempertajamkan deria pendengaran kanak-kanak.

Contoh permainan:

1. Potong kentang atau lobak mengikut bentuk yang disukai untuk dijadikan blok mencetak. Kemudian, gunakan cat air untuk membuat corak pada kertas lukisan.

2. Membuat aktiviti kerja tangan seperti membuat layang-layang kertas, membuat gelang manik, membuat boneka untuk puppet show, membuat anak patung daripada kain dan sebagainya.

Page 28: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Patung Tangan

Page 29: Belajar Sambil Bermain.ppt

3. Menyediakan pensel atau krayon dan kertas lukisan supaya kanak-kanak boleh melukis apa sahaja mengikut kreativiti dan imaginasinya.

d) Aktiviti yang membantu kanak-kanak memahami konsep matematik dan sains. Permainan berbentuk objek terutamanya yang berbentuk geometri akan memperkenalkan kanak-kanak kepada simbol-simbol asas matematik. Terdapat bahan permainan tersebut yang diperbuat daripada kain lembut dan amat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Guru juga boleh membuat sendiri permainan tersebut dengan menjahit kain tebal untuk menghasilkan barang permainan geometri. Buatlah bentuk-bentuk seperti bulat, empat segi, bintang dan sebagainya.

Page 30: Belajar Sambil Bermain.ppt

Contoh permainan:

1. Menyusun blok iaitu bahan permainan yang perlu dimasukkan dan dikeluarkan mengikut kesesuaian bentuk (sorting toy).

2. Bermain di luar rumah akan memperkenalkan kanak-kanak kepada alam semulajadi dan bidang sains. Berikan kanta pembesar supaya kanak-kanak boleh melihat struktur daun dan juga melihat serangga dengan lebih jelas.

3. Menggalakkan kanak-kanak bermain dengan air. Masukkan mainan atau bahan yang boleh terapung dan terapung di dalam tab mandi atau baldi. Melalui cara ini, kanak-kanak akan mempelajari konsep bahawa terdapat barang yang boleh tenggelam dan ada juga yang sentiasa timbul.

Page 31: Belajar Sambil Bermain.ppt

e) Aktiviti yang memerlukan koordinasi fizikal dan kemahiran motor. Aktiviti ini meliputi kemahiran berenang, berlari, menari, melompat dan sebagainya. Secara khususnya permainan dapat meningkatkan kemampuan otak dan minda kanak-kanak. Melalui permainan, kanak-kanak dapat:

Mengembangkan imaginasi dan berkreatif.

Menambahkan ilmu pengetahuan.

Memberikan ketenangan emosi.

Belajar berkomunikasi dan bersosial.

Membentuk peribadi dan moral.

Mengenal perbezaan jantina.

Membantu perkembangan fizikal.

Page 32: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Untuk Kanak-kanak Berusia 2 Hingga 4 Tahun

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak sudah boleh berjalan dan sangat aktif berlari dan melompat serta amat gemar terhadap sesuatu yang ada kaitannya dengan muzik. Permainan yang dianggap sesuai adalah seperti berikut:

a) Alat muzik mainan seperti piano, trumpet, dram dan gitar.

b) Boleh juga diberikan baldi, kotak atau tin susu untuk diketuk menggunakan sudu atau chopstick.

c) Mengajak kanak-kanak terutamanya yang perempuan ke dapur, bersama-sama memilih beras, menyiang ikan, membersihkan sayur dan sebagainya. Penglibatan dengan kerja-kerja dapur seperti itu menyebabkan anak itu tidak akan ‘mengacau’ ibu di dapur.

Page 33: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Perkakas Di Dalam

Rumah

Page 34: Belajar Sambil Bermain.ppt

d) Mainan berkaitan kerjaya seperti mainan peralatan perubatan, ketenteraan, polis dan sebagainya.

e) Sediakan kelengkapan seni (art material) supaya anak boleh menconteng dan melukis.

f) Mainan yang membezakan jantina seperti pinggan mangkuk dan anak patung untuk kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki pula diberikan mainan kapal terbang dan seumpamanya supaya mereka boleh melakukan permainan tersebut secara ‘olok-olok’.

g) Membuat buaian sendiri dengan diikat pada pokok rendang atau membawa kanak-kanak ke taman permainan.

h) Radio dan peti rakaman mainan lengkap dengan mikrofon supaya kanak-kanak boleh menyanyi dengan gembira.

Page 35: Belajar Sambil Bermain.ppt

Permainan Untuk Kanak-kanak Berusia 5 Hingga 7 Tahun

a) Jigsaw puzzle. Bagi mengelakkan pembaziran, lekatkan gambar pada majalah pada sekeping kertas keras dan gunting.

b) Aktiviti kraftangan seperti membuat layang-layang, membuat anak patung, pinggan kertas, rantai manik dan sebagainya.

c) Sediakan mainan menduga akal dan bahasa seperti teka silang kata, saidina, dam haji, dam ular, monopoli dan sebagainya.

d) Lakukan aktiviti sekeluarga seperti bercerita, wayang kulit, puppet show dan sebagainya.

e) Bermain-main dengan tanah liat atau plastisin untuk membentuk sesuatu lembaga atau binaan.

f) Permainan cantum lekat seperti yang mudah didapati di pasaran.

Page 36: Belajar Sambil Bermain.ppt

NILAI-NILAI MAINSukatan Pelajaran Ilmu Pendidikan, Kursus Perguruan Asas Lima Semester Awal Kanak-kanak (1991) telah menyenaraikan nilai-nilai main seperti berikut:

1. Bermain boleh membantu perkembangan kanak-kanak dari pelbagai aspek.

2. Bermain adalah aktiviti sukarela.

3. Semasa bermain, kanak-kanak dapat merasakan kebebasan bertindak.

4. Kanak-kanak dapat mengembangkan imaginasinya semasa bermain.

5. Bermain menggalakkan kanak-kanak menjadi adventurous.

6. Bermain boleh menggalakkan perkembangan bahasa.

7. Bermain dapat mengembangkan fizikal kanak-kanak

Page 37: Belajar Sambil Bermain.ppt

8. Permainan merupakan kuasa yang unik untuk membina hubungan interpersonal.

9. Bermain boleh mengembangkan minat dan penumpuan kanak-kanak.

10.Bermain merupakan satu cara yang membolehkan kanak-kanak menyelidik benda-benda yang terdapat dalam alam ini.

11.Melalui bermain, kanak-kanak dapat mempelajari peranan orang dewasa.

15.Bermain adalah satu cara pembelajaran yang dinamik.

12.Kanak-kanak dapat memperbaiki penilaian mereka melalui bermain.

13.Bermain boleh disusun secara akademik.

14.Bermain adalah sangat mustahak dalam kehidupan manusia.

16.Bermain mempunyai sumbangan yang sangat penting di dalam kehidupan.

Page 38: Belajar Sambil Bermain.ppt

Kanak-kanak Mengenali Jenis Pekerjaan

Page 39: Belajar Sambil Bermain.ppt

Imam Al-Ghazali menitikberatkan tentang bermain. Beliau menyatakan bahawa dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka. Bermain juga boleh menyuburkan tubuh yang kecil, membina dan menguatkan otot-otot. Bermain juga boleh mendatangkan kegembiraan dan kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Berikut merupakan satu contoh perancangan harian prasekolah yang menggunakan strategi belajar sambil bermain.

Page 40: Belajar Sambil Bermain.ppt

RUMUSANMemang sudah menjadi kelaziman bagi kanak-kanak meminati segala bentuk jenis permainan. Kita sering melihat kanak-kanak leka bermain sehingga tidak mempedulikan lain-lain aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka. Bagi kanak-kanak seperti ini, bermain adalah belajar. Semasa bermainlah kesemua sensori pancainderanya digunakan selain daripada gerak laku fizikal yang berlaku berikutan aktiviti itu. Kesemuanya dapat membantu merangsang minda kanak-kanak.Ibu bapa dan guru hendaklah bijak melayan naluri bermain semulajadi ini. Mereka harus bijak melayan, membantu memilih, melibatkan diri dalam permainan dan alat-alat permainan anak mereka. Penglibatan ibu bapa bukan sahaja akan melahirkan kesan fizikal dan emosional malah dapat menjalin hubungan kejiwaan yang amat penting dalam menentukan keeratan hubungan mereka apabila mereka dewasa kelak.

Page 41: Belajar Sambil Bermain.ppt

SEKIAN

TERIMA KASIH

Rujukan:

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak, 1992. Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Rohaya Hj. Yahya, 1996. Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

SEPAKAT DAN KOLEKTIF WARGA IPKS MENJULANG KECEMERLANGAN

Dr. Hassan Hj. Mohd Ali, 1997. Siri Keluarga Mithali Utusan-Akrab, Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.