tesis msyrkat n sw

87
 PSZ 19:16 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL SESI PENGAJIAN : 2006/2007 Saya FAZLINA BT MD AKHIR (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarj ana/Doktor Falsafah)* disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan  pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi  pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan () SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO 66 JLN AU5C/2, LEMBAH KERAMAT PROF. DR MOHD RAZMAN BIN SALIM 54200 KUALA LUMPUR  Nama Penyelia Tarikh : 30 APRIL 2007 Tarikh : 30 APRIL 2007    CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi b erkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Dok tor Falsafah dan Sarjana secara p enyelidikan, atau disertai  bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek S arjana Muda (PSM).

Upload: siti-ishah

Post on 21-Jul-2015

347 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

PSZ 19:16

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJALSESI PENGAJIAN : 2006/2007

Saya

FAZLINA BT MD AKHIR(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. ** Sila tandakan ()

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap : NO 66 JLN AU5C/2, LEMBAH KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR

(TANDATANGAN PENYELIA)

PROF. DR MOHD RAZMAN BIN SALIM Nama Penyelia

Tarikh :

30 APRIL 2007

Tarikh : 30 APRIL 2007

CATATAN :

* **

Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Tandatangan

: ...........................................................

Nama Penyelia : PROF. DR. MOHD RAZMAN BIN SALIM ......................................................................... APRIL 2007 : ............................................................

Tarikh

KAJIAN PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP KAEDAH PELUPUSAN SISA PEPEJAL

FAZLINA BT MD AKHIR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2007

ii

Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ........................................................... FAZLINA BT MD AKHIR : ............................................................ APRIL 2007 : ............................................................

Nama

Tarikh

iii

Buat keluarga tersayang, abah dan mama, Md Akhir Ibrahim Halimah Ahmad

Serta abang dan adik-adik, Mohd Fahmi Fazrena Nadia Farahanna

Turut membantu Mohd Noridzwan Omar

dan rakan-rakan Siti Nurul Huda Wan Najihah Farhanah Norazuree Draman

Terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberi

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan yang diberikanNya dapat saya menyiapkan projek akhir ini dengan sempurna. Sekalung penghargaan diucapkan kepada penyelia saya Prof Dr Mohd Razman Salim atas panduan dan kesudian beliau meluangkan masa membimbing dan memberikan tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan.a

Penghargaan turut disampaikan kepada penduduk kawasan perumahan Taman Pulai Utama atas kerjasama yang diberikan untuk ditemubual dan kesudian mereka mengisi borang soal selidik yang disediakan. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang membantu dan memberikan komen dan teguran yang membina. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam menjayakan kajian ini.

v

ABSTRAK

Penerimaan penduduk adalah penting apabila sesuatu kaedah pelupusan ingin dibina dan dilaksanakan berhampiran kawasan kediaman. Dalam kajian ini, kebimbangan terhadap kesan pembinaan tapak pelupusan sampah dan insinerator dinilai dan dianalisa melalui borang soal selidik. Ekoran masalah kekurangan tanah dan kadar penjanaan sisa pepejal yang tinggi menyebabkan perletakan dan pembinaan insinerator dianggap sebagai satu cabaran yang besar di negara kita. Kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap kesedaran dan kefahaman penduduk berkaitan kaedah pelupusan sisa pepejal seterusnya menilai penerimaan penduduk sama ada wajar atau tidak ia dilaksanakan. Borang soal selidik diedarkan kepada penduduk di Taman Pulai Utama dimana soalan-soalannya merangkumi pandangan penduduk terhadap pelbagai isu berkaitan pembinaan insinerator, tahap pengetahuan dan kebimbangan penduduk yang menjurus kepada persoalan tersebut. Berdasarkan analisis yang dibuat, pencemaran dan ancaman terhadap kesihatan adalah perkara yang paling dibimbangi diikuti dengan kesan kemusnahan alam semulajadi dan pembiayaan kos yang diperlukan untuk mengendalikan teknik pelupusan tersebut. Pendek kata, penduduk berperanan penting dalam menentukan pembinaan sesebuah tapak pelupusan berhampiran kediaman mereka.

vi

ABSTRACT

Public acceptance is crucial when a solid waste management option is constructed in Malaysia where the site is usually not far from a residential area. In this study, peoples concerns about various impacts related to SWM facilities were analyzed by performing a questionnaire survey and analysis. Because of limited space and high capacity of garbages, the siting and construction of a new waste incinerator is a big challenge in our country. This study aims to investigate peoples concerns about solid waste management option i.e. incinerator and their attitudes towards such options. A questionnaire was designed based on literature reviews and was sent to residents in Taman Pulai Utama. The questions covered publics views on a number of broad environmental issues related to the facility siting, and attitudes towards construction of a waste incinerator. Of the many concerns, pollution and health effect had the highest rating, followed by damage to nature and cost. In a number of ways, the public has been given an increasingly important role in determining whether or not a facility will be sited in their backyard.

KANDUNGAN

BAB

PERKARA PENGESAHAN PENYELIA TAJUK PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

i ii iii iv v vi vii xi xii xiii

BAB I

PENDAHULUAN

1

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6

Pengenalan Objektif Skop Kajian Kawasan Kajian Soal Selidik Kepentingan Kajian Penyataan Masalah

1 5 5 5 6 7

BAB II

KAJIAN LITERATUR

9

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6

Definisi Sisa Pepejal Pengelasan Sisa Pepejal Penjanaan Sisa Pepejal Komposisi Sisa Pepejal Pengurusan Sisa Pepejal Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal 2.6.1 2.6.2 Kaedah Timbusan Tanah Pembuangan Sisa Pepejal Terbuka 2.6.3 2.6.4 Pengkomposan Penunuan

9 10 10 12 12 13 14

15 15 16 17 19 20

2.7 2.8 2.9 2.10

Kitar Semula Pengurangan Sisa Pengasingan Sisa Fenomena Penutupan Tapak Pelupusan Sampah

21

2.11

Konsep Pengurusan Sisa Pepejal Secara Bersepadu (IWMS) 23

2.12

Alternatif Menggantikan Kaedah Timbusan Tanah 25 26 29 29 30 30 31

2.13

Proses Penunuan 2.13.1 Pengasingan Sisa Pepejal 2.13.2 Pembekalan Tenaga elektrik 2.13.3 Penghasilan Gas dan Abu

2.14 2.15 2.16

Jenis-jenis Penunu Peraturan yang Perlu Dipatuhi Keperluan Insinerator Pada Masa Akan Datang 2.16.1 Pengurangan Isipadu Sisa Pepejal 2.16.2 Penyahtoksikan

32 32

2.16.3 Pemulihan Tenaga 2.17 2.18 Kesan Ekonomi Ancaman Kesihatan Menerusi Dioxin

33 33 34

BAB III

METODOLOGI

37

3.1 3.2

Pengenalan Perancangan Kajian 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Kajian Awal Penentuan Lokasi Kajian Golongan Sasaran

37

39 39 40 40 40 41 41 42

3.3 3.4

Borang soal selidik Pengumpulan dan Analisis Data 3.4.1 3.4.2 Data-data primer Data-data sekunder

3.5

Penganalisaan Data 3.5.1 Kaedah Penganalisaan Data dan Maklumat

42 44

3.6

Rumusan dan cadangan

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

45

4.1 4.2 4.3 4.4

Pengenalan Analisis Data Analisis Soal Selidik Analisis Latar Belakang Penduduk 4.4.1 Kajian Terhadap Responden Yang Berbeza Jantina

45 45 42 47

47

4.4.2

Kajian Terhadap Tahap Umur Responden 48

4.4.3

Kajian Terhadap Taraf Pendidikan Responden 50 51

4.5 4.6

Tahap Kesedaran Masyarakat Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Pembakaran Terkawal (Insinerator)

52 53 55

4.7 4.8 4.9

Tahap Pengetahuan Masyarakat Tahap Sokongan Responden Keutamaan Pemilihan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal

56

4.10

Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal 57

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

58

5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6

Pengenalan Kesimpulan Batasan Kajian Reaksi Penduduk Cadangan Rumusan

58 59 60 61 61 62

RUJUKAN

64

LAMPIRAN

66

SENARAI JADUAL

NO

PERKARA

MUKA SURAT

2.1 4.1 4.2

Komposisi Sisa Pepejal Pembahagian Soalan Dalam Borang Soal Selidik Perbandingan Peratusan Terhadap Responden yang Berbeza Jantina

12 46

47

4.3

Perbandingan terhadap peratusan responden mengikut Umur 49 50

4.4 4.5

Tahap Pencapaian Pendidikan Responden Perbandingan Peratusan Terhadap Bilangan Responden yang Mengetahui Tentang Isu Insinerator

51

4.6

Perbandingan Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Insinerator 52 54 55 56

4.7 4.8 4.9 4.10

Tahap Pengetahuan Masyarakat Tahap Sokongan Masyarakat Perbandingan Keutamaan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal

57

SENARAI RAJAH

NO

PERKARA

MUKA SURAT

2.1 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Sistem Konfigurasi Peleburan Sampah (Insinerator) Carta Aliran Kajian Peratus Responden Mengikut Jantina Peratus Penduduk yang Disoal Selidik Mengikut Umur Peratusan Mengikut Tahap Pendidikan Responden Peratus Responden yang Mengetahui Isu Insinerator Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden mengenai Proses Insinerator

28 38 48 49 50 53

49 56

4.6 4.7

Peratusan Keutamaan bagi Melupuskan Sisa Pepejal Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal

57

SENARAI LAMPIRAN

NO

PERKARA

MUKA SURAT

1 2

Borang Soal Selidik Gambar Kawasan Kajian

66 70

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Penghasilan 2,500 tan sampah sehari dengan hampir 1.5 kilogram dikeluarkan setiap individu di bandar, memungkinkan negara ini ditimbuni sampah sarap satu hari nanti berikutan tempat atau kawasan pelupusan semakin terhad. Jumlah itu meningkat berbanding laporan yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2001 menunjukkan seorang penduduk di negara ini menghasilkan 0.8 kilogram sisa pepejal sehari, menjadikan kira-kira 15,000 tan bahan itu dihasilkan di seluruh negara setiap hari (Berita Harian, 2004).

Berdasarkan kajian itu, jumlah berkenaan membimbangkan kerana pembuangan tidak sempurna dan terkawal boleh mencemarkan alam sekitar, menyebabkan longkang tersumbat, banjir kilat, mewujudkan keadaan tidak selesa seterusnya menjejaskan kesihatan orang ramai. Bagaimanapun, keadaan itu boleh diatasi dengan mengitar semula bahan buangan pepejal atau melupuskannya melalui penggunaan insinerator. Kini, kaedah insinerator menjadi antara pilihan utama kerana ia mampu mengatasi masalah pencemaran, selain memastikan ekosistem terus terjaga.

2 Perancangan dan pengurusan sisa pepejal merupakan satu tugas penting yang perlu dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dalam menyediakan perkhidmatan yang berkesan, selesa dan tidak mencemarkan alam sekitar. Sebanyak 161 tapak pelupusan sisa pepejal telah dibina di Semenanjung Malaysia di mana sebanyak 54 peratus tapak pembuangan mengamalkan pembakaran secara terbuka, 31 peratus mengamalkan penimbusan terkawal dan kurang daripada 1 peratus membuang ke dalam sungai dan selebihnya adalah melalui kaedah pembakaran terbuka Bilangan ini merupakan satu jumlah yang banyak namun ia tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan. Kini kira-kira 240 tempat pelupusan sampah yang menjadi penyelesaian masalah itu, selain pembakaran terbuka dan tempat pembuangan (Utusan Malaysia, 2006). Namun dengan jumlah sampah yang semakin meningkat setiap tahun, cara pelupusan konvensional di tapak pelupusan sampah bukan lagi jalan penyelesaian.

Masalah pelupusan sampah bukanlah perkara baru di Malaysia. Penghasilan sampah oleh rakyat negara ini pada kadar yang membimbangkan dan jika tiada sebarang usaha dilakukan oleh kerajaan, sampah akan menjadi masalah utama. Penghasilan sampah sarap oleh rakyat negara ini bukan saja semakin bertambah, malah kuantitinya lebih tinggi berbanding negara lain.

Pihak berkuasa tempatan membelanjakan sehingga 60 peratus daripada belanjawan tahunan mereka untuk pengurusan sisa, Malaysia menanggung kos antara RM110 dan RM130 untuk mengutip dan memusnahkan satu tan metrik sampah. Ia mencapai jumlah antara RM1.98 juta dan RM2.34 juta sehari atau RM854 juta setahun untuk memusnahkan 18,000 tan metrik sisa pepejal sehari (Utusan Malaysia, 2006). Lebih 30 peratus daripada sampah kita boleh dikitar semula, dan bahan-bahan ini boleh dielakkan daripada berakhir dengan ditanam atau dibakar. Pengambilan tanah yang kian meningkat untuk digunakan sebagai penimbusan dilihat bukan sebagai penyelesaian berkekalan kepada masalah yang sememangnya semakin bertambah.

3 Selain itu, tanah yang terhad serta nilai pasaran tanah yang tinggi juga memberi tekanan terhadap penyediaan tapak pelupusan. Masalah dari segi pengambilan tanah dan peruntukan projek perlu diatasi dalam memperuntukkan kawasan pelupusan sisa pepejal yang baru. Ini adalah kerana pusat pelupusan sisa pepejal secara terbuka ini memerlukan kawasan yang luas tetapi jangka hayat penggunaannya adalah dalam tempoh 20 tahun sahaja. Pembangunan yang semakin pesat juga menyebabkan wujudnya masalah ruang yang semakin terhad untuk tapak pelupusan sisa pepejal secara terbuka (Nur Shahida Zulkefli, 2006)

Telah banyak kajian yang dijalankan ke atas sistem ini menunjukkan penggunaan kaedah ini mempunyai banyak masalah, terutamanya bagi tapak-tapak yang tidak direka bentuk dengan baik. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menyarankan supaya sistem yang sedia ada dikaji semula. Sistem Pengurusan Sisa Pepejal Secara Bersepadu (Integrated Waste Management System - IWMS) wajar diperkenalkan bagi memungkinkan pengurusan sampah yang lebih sistematik dan selamat dapat dilakukan. Perimbangan alam sekitar dan kos adalah menjadi titik pertimbangan bagi pengurusan sisa pepejal.

IWMS merupakan satu sistem yang menguruskan sisa pepejal secara bersepadu dengan mengambilkira aspek persekitaran, ekonomi dan kepentingan sosial. Sistem pengurusan ini termasuklah mengumpul, mengitar semula serta melupuskan sisa pepejal yang dijana oleh pelbagai komponen pembangunan iaitu perumahan, perindustrian, komersil dan institusi. Suatu pendekatan yang efektif dari aspek kos, cekap, efisyen, mampan serta boleh diintegrasikan di dalam suatu kerangka bagi keseluruhan strategi pengurusan perancangan bandar mampu mengubah persepsi dan pemikiran masyarakat mengenai pendekatan pengurusan sisa pepejal.

4 Maka, kerajaan telah membuat perancangan strategik dengan mengambil kira IWMS dalam membuat keputusan bagi pengurusan sisa pepejal. Satu sistem yang boleh diterima pakai mengikut kandungan sampah di negara ini akan diperkenalkan dan ia bersesuaian dengan kaedah penggunaannya di negara ini. Salah satu resolusi bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan sistem penunuan iaitu kaedah pembakaran terkawal (insinerator). Insinerator merupakan salah satu daripada contoh penggunaan komponen bagi kaedah ini. Namun, kaedah penentuan tapak yang sesuai bagi perletakan insinerator ini perlu dijalankan secara teliti dengan mengambilkira kepentingan sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Antara teknologi insinerator moden yang dimajukan adalah menggunakan teknologi gasifikasi dan peleburan abu. Teknologi ini dibangunkan dalam mengambil kira kepentingan alam sekitar. Teknologi ini mampu merawat sampah tanpa perlu mengorbankan alam sekitar dan selamat kepada orang awam. Ini terbukti dengan adanya 67 loji yang menggunakan teknologi sedemikian beroperasi di Jepun.

Selain menyelesaikan masalah pelupusan sampah, teknologi insinerator juga mampu menjana tenaga yang dapat memenuhi keperluan untuk kegunaan loji berkenaan, dan jika tenaga berlebihan dihasilkan,ia boleh dijual kepada syarikat utiliti. Menangguhkan sepuluh tahun lagi untuk membina insinerator bukan saja melibatkan kos yang berganda tingginya malah menyebabkan masalah yang lebih besar iaitu isu kualiti air yang membahayakan nyawa manusia pada masa akan datang.

5 1.2 Objektif Kajian

Secara amnya kajian ini menilai kefahaman dan kesedaran individu terhadap kaedah pengurusan sisa pepejal yang diamalkan di Malaysia. Matlamat ini dicapai melalui objektif-objektif berikut: i. ii. ii. Mengumpul data-data responden mengenai kitar semula Menilai perspektif dan kebimbangan responden terhadap pembinaan insinerator Membuat perbandingan terhadap keperluan dan keberkesanan tapak pelupusan sisa pepejal dan insinerator sebagai alternatif pelupusan sisa.

1.3

Skop Kajian

Sisa pepejal merangkumi sisa industri, pembinaan, perbandaran dan sisa berbahaya. Untuk mencapai objektif kajian ini, skop telah dihadkan kepada sisa perbandaran termasuk sisa domestik dan komersial. Skop kajian meliputi pengumpulan maklumat tentang tahap pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap pelaksanaan insinerator dan tidak termasuk aspek-aspek teknikal pengurusan pelupusan sisa pepejal.

1.4

Kawasan Kajian Soal Selidik

Kajian telah dijalankan di Taman Pulai Utama Johor Bharu. Pemilihan tapak kajian berdasarkan kepadatan penduduk yang tinggi dan lokasinya yang tidak jauh dari

6 pusat bandar. Borang soal selidik disediakan untuk melihat penerimaan masyarakat terhadap perletakan insinerator berhampiran kawasan perumahan. Justeru, sebanyak 40 orang responden dipilih secara rawak dari kawasan tersebut dimana melibatkan responden berumur 16 tahun ke atas.

1.5

Kepentingan Kajian

Sisa pepejal yang dihasilkan untuk setiap kapital telah meningkat dari 0.5kg/capital/hari pada tahun 1980 sehingga 1kg/capital/hari. Ini menunjukkan peningkatan 200% dalam tempoh 20 tahun (Agamuthu,1997). Lonjakan sisa pepejal perbandaran disebabkan proses urbanisasi, pertambahan penduduk, peningkatan pendapatan dan perubahan corak penggunaan. Faktor-faktor tersebut bukan sahaja meningkatkan isipadu kapasiti sampah malah mengubah ciri-ciri sisa pepejal menjadi lebih kompleks untuk diuruskan.

Penutupan sebilangan tapak timbusan tanah di negara ini menggesa kerajaan mencari inisiatif baru untuk menangani masalah pengurusan sampah yang daif di negara kita. Pihak kerajaan telah membelanjakan lebih RM40 juta di antara tahun 2001-2003 untuk usaha dan kempen kitar semula (Utusan Malaysia, 2006). Tidak dapat dinafikan kesedaran masyarakat telah meningkat berbanding dahulu, namun peratus bahan yang dapat dikitar semula masih rendah berbanding kejayaan di negara lain. Ini bermakna sebahagian besar sisa kita berakhir ditapak kambus tanah. Kesannya, jangka hayat tapak menjadi singkat. Justeru pembinaan sistem pelupusan sampah secara pembakaran terkawal merupakan keperluan bagi menyelesaikan masalah yang meruncing ini

7 1.6 Penyataan Masalah

Masalah pembuangan sisa-sisa pepejal kian ketara sejak kebelakangan ini. Statistik terbaru menunjukkan purata penghasilan sisa pepejal setiap penduduk di Malaysia adalah sebanyak 250 kg setahun. Dari jumlah tersebut hanya kira-kira 2% digunakan semula manakala selebihnya ditanam di tapak pelupusan atau dibuang secara haram.

Pada masa ini, kaedah yang dilaksanakan iaitu menimbus sampah di tapak pelupusan terbuka hanyalah berfungsi sebagai tempat pembuangan. Menurut Pengarah Bahagian Teknikal, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (Malaysia Institute Nuclear Technology - MINT), Dr. Ir. Muhd. Noor Muhd. Yunus, satu penyelidikan sejak 2001 telah dijalankan dan mendapati cara penimbusan di tapak pelupusan masih tidak begitu berkesan. Kaedah ini tidak menepati piawaian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan. Sistem ini menghasilkan cecair reputan sampah berwarna hitam pekat dan berbau busuk serta mengandungi pencemar yang boleh memudaratkan sumber air bawah tanah (Utusan Malaysia, 2003)

Salah satu resolusi bagi mengatasi masalah ini ialah dengan menggunakan sistem penunuan iaitu kaedah pembakaran terkawal (insinerator). Namun, kaedah penentuan tapak yang sesuai bagi perletakan insinerator ini perlu dijalankan secara teliti dengan mengambilkira kepentingan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Penentuan potensi dan halangan pembinaan tapak insinerator perlu dikaji dalam mengenalpasti lokasi perletakan yang terbaik.

Penyediaan pusat pembakaran terkawal (insinerator) merupakan satu kaedah yang mesra alam dan memberi kesan yang minimum kepada alam sekitar. Ini merujuk

8 kepada kejayaan Singapura mengendalikan insinerator tanpa menghadapi sebarang masalah yang boleh mengancam alam sekitar dan masyarakat di sekelilingnya. Di Singapura, penggunaan insinerator adalah yang terbaik dan selamat bagi pelupusan sampah malah menguntungkan kerana sisa pelupusan boleh digunakan untuk menambak pulau selain menghasilkan tenaga elektrik tambahan.

Penduduk memainkan peranan yang penting dalam menentukan sama ada insinerator dibina atau tidak di kawasan petempatan mereka. Hal ini memberi kesan kepada keputusan untuk meletakkan pusat yang berpotensi membahayakan penduduk dimana reaksi penduduk merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kepercayaan penduduk dalam program tersebut demi menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran.

Justeru satu soal selidik dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan dan pengetahuan masyarakat selain mengumpul pandangan penduduk terhadap isu ini. Penerimaan dan pandangan masyarakat terhadap cadangan membina insinerator di kawasan kajian akan diambil kira untuk mengkaji tahap pemahaman dan pendedahan masyarakat terhadap cadangan pelaksanaan insinerator di kawasan yang terlibat memandangkan proses pelupusan meggunakan insinerator mampu memanjangkan jangka hayat tapak timbusan tanah untuk satu tempoh yang panjang.

9

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1

Definisi Sisa Pepejal

Sisa pepejal didefinisikan sebagai bahan berbentuk cecair atau gas yang boleh dianggap oleh pemiliknya tidak lagi mempunyai nilai dan dibuang. Ianya dihasilkan oleh hampir semua aktiviti dan bergantung kepada sumber,musim, keadaan geografi dan masa (Robert, 1999).

Selain itu sisa pepejal ditakrifkan sebagai sampah sarap, buangan, mendakan dari loji rawatan air,sisa dari kemudahan rawatan udara tercemar dan sisa lain yang tidak diperlukan serta mendakan dalam bentuk pepejal, separa pepejal, cecair atau gas yang terhasil daripada perindustrian, komersial, perlombongan dan operasi pertanian dan daripada aktiviti-aktiviti dalam sesebuah komuniti (Robert, 1999).

10 2.2 Pengelasan Sisa Pepejal

Secara umumnya sisa pepejal dikategorikan kepada tiga kategori utama iaitu sisa perbandaran, sisa industri dan sisa berbahaya. Sisa pepejal juga dikenali sebagai sisa perbandaran dimana ia dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu refuse yang merangkumi sampah yang dihasilkan oleh setiap isi rumah, garbage pula terdiri daripada tin, bahan mineral, kaca, kertas, bahan logam dan abu. Manakala trash ialah sampah yang bersaiz besar seperti batang pokok, barang-barang lama yang biasanya tidak dibuang ke dalam tong sampah. Sisa industri merupakan sisa yang terhasil daripada aktiviti perindustrian dan meliputi sampah sarap, abu, sisa pemusnahan dan pembinaan, sisa khas dan sisa berbahaya.

2.3

Penjanaan Sisa Pepejal

Di Malaysia, dianggarkan setiap isi rumah menghasilkan lebih dari satu kilogram sampah domestik setiap hari, meliputi 30 peratus bahan organik seperti sisa makanan, 20 peratus kertas dan plastik manakala bakinya tin, kaca dan bahan-bahan lain. Setiap individu di negara ini menghasilkan purata 0.76kg sampah sehari atau menyumbang sejumlah 277 kg sampah domestik setahun. Jika dihitung secara fizikal, Malaysia pasti tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan sampahsampah tersebut suatu hari nanti. Sebanyak 45 peratus daripada 19,100 tan sisa pepejal yang dibuang setiap hari di Semenanjung sepanjang tahun lepas terdiri daripada bahan makanan (Mohd Zaki Othman, 2003). Peratusan bahan organik mudah reput seperti perut ikan dan sisa makanan yang agak banyak menyebabkan sampah domestik di negara ini antara yang terbusuk di dunia (Agamuthu,1997).

11 Cuaca panas dan lembap yang dialami sepanjang tahun di negara ini akan mempercepatkan lagi proses pembusukan bahan berkenaan. Masyarakat tidak menyedari bahawa usaha melupuskan sampah sebenarnya cukup sukar kerana kandungan bahan tidak mudah terbakar yang tinggi di samping kelembapannya melebihi 70 peratus (Utusan Malaysia, 2006). Keadaan ini menyukarkan proses pembakaran menggunakan insinerator kerana bahan pembakar seperti diesel perlu ditambah untuk menggalakkan proses pembakaran.

Secara amnya, pengeluaran sisa pepejal berpunca daripada kawasan perumahan dan komersil, institusi, kawsan pembinaan dan pemusnahan, perkhidmatan perbandaran, tapak loji rawatan, kawasan perindustrian dan kawsan pertanian. Perbezaan penghasilan sampah jelas ketara di antara kawasan bandar dan luar bandar kerana rakyat negara ini lebih ramai tinggal di bandar daripada desa.

Kandungan sisa pepejal turut dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi, kebudayaan, atau adat resam, iklim, politik, gaya hidup, kaum, dan pendidikan. Budaya hidup yang berbeza, taraf hidup yang semakin meningkat, agama dan kepercayaan yang berlainan, kawasan aktiviti pembangunan dan peningkatan bilangan penduduk turut mempengaruhi peningkatan sisa pepejal di negara kita.

Sampah perbandaran negara-negara membangun di Asia mengandungi bahanbahan mudah reput yang banyak iaitu merangkumi 75 peratus dari berat keseluruhan. Namun secara perbandingan, individu di negara-negara maju menghasilkan lebih banyak sampah setiap hari berbanding negara membangun. Tetapi yang membezakannnya sampah mereka ialah komposisi sisa pepejal yang dibuang dimana sampah tersebut lebih banyak mengandungi bahan-bahan kering seperti kertas, kaca dan plastik yang mudah dikitar semula.

12 2.4 Komposisi Sisa Pepejal

Satu kajian telah dijalankan oleh Japan External Trade Organization (JETRO) bagi mengenalpasti ciri-ciri komposisi sissa pepejal di Johor Bharu pada tahun 2002. Kajian tersebut dijalankan bagi menyediakan kajian awal penswastaan sisa pepejal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Komposisi sisa pepejal ditunjukkan dalam jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1 : Komposisi Sisa Pepejal Komposisi Sisa Pepejal Berat (%) Kertas Sisa Domestik Plastik Kaca Seramik Besi Kain Kayu/ Buluh/Getah/ Kulit Tempurung Kelapa Lain-lain Jumlah 23.3 19.0 34.8 2.8 1.5 10.2 4.1 0.0 4.3 100

2.5

Pengurusan Sisa Pepejal

Kerajaan sedang merumuskan satu sistem pengurusan sisa pepejal secara bersepadu dan menyeluruh bagi menjamin perkhidmatan yang lebih berkesan dan pada masa yang sama menjaga kepentingan rakyat sebagai pengguna. Satu sistem pelupusan

13 sampah baru akan diperkenalkan dalam tempoh terdekat melalui penubuhan sebuah jawatankuasa teknikal yang akan mengkaji dengan mengambil kira kesemua jenis pelupusan sampah yang ada di negara ini termasuklah penggunaan insinerator. Kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Kecil Alam Sekitar untuk melihat isu ini menunjukkan keseriusan kerajaan.

Pengurusan sisa pepejal di negara kita terletak di bawah bidang kuasa 156 buah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang juga mengendalikan kesemua tapak pelupusan yang digazetkan di bawah PBT masing-masing. Banyak tapak yang bersaiz kecil dan mengendalikan sisa di antara 100-200 tan metrik sehari. Konsep penswastaan juga dilaksanakan oleh sebahagian PBT dalam mengurus sisa pepejal ini.

2.6

Kaedah Pelupusan Sampah

Sisa pepejal yang tidak boleh dikitar atau diguna semula akan dilupuskan di tempat pelupusan sisa pepejal. Kaedah-kaedah dan peraturan pelupusan sisa hendaklah dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Alam Sekitar(JAS).

Sistem pengurusan sisa pepejal yang hendak dilupuskan perlu mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk melupuskan sisa pepejal di Malaysia ialah:

14 2.6.1 Kaedah Timbusan Tanah

Kaedah tambak tanah merupakan satu kaedah pengurusan sisa pepejal yang paling konvensional dan sering digunakan bagi tujuan melupuskan sisa pepejal. Di kebanyakan tapak pelupusan tanah, aktiviti pengasingan seperti kadbod, plastik, botol dan besi dilakukan oleh scvangers dan selebihnya sisa pepejal akan ditimbus dengan lapisan tanah dan diratakan untuk mengelakkan kesan-kesan sampingan seperti pembiakan tikus, serangga dan pencemaran bau serta mengelakkan kebakaran berlaku di tapak pelupusan sampah.

Selain menggunakan modal dan kepakaran yang rendah berbanding kaedah pelupusan yang lain, kaedah ini juga dapat menerima pelbagai jenis sisa. Namun begitu permintaan untuk kerja menempatkan tapak pelupusan sampah ini semakin meningkat. Sesetengah daripada pihak berkuasa tempatan menghadapi masalah untuk mendapatkan lokasi yang sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sampah disebabkan bantahan daripada masyarakat dan kos tanah yang kian meningkat. Isu tapak pelupusan yang sering menimbulkan pencemaran air bumi dan bau yang kurang menyenangkan sudah sinonim dengan tapak pelupusan di Malaysia.

Rekabentuk tapak pelupusan perlu mengikut aspek-aspek yang telah ditetapkan seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. Mempunyai sistem saliran dan perparitan yang sempurna. Memberi pengaliran angin dan udara yang baik pada persekitaran semasa. Jarak dari tempat pemungutan sisa ke tempat pelupusan perlu ditentukan. Kedudukan lokasi tapak yang sesuai Keluasan tapak pelupusan Kaedah pelupusan yang digunakan

15 2.6.2 Pembuangan Terbuka Sisa Pepejal

Kaedah ini memerlukan kawasan yang luas dimana sisa pepejal akan dipunggah dan dikumpul sehingga mencapai kuantiiti yang telah ditetapkan. Seterusnya sisa pepejal ini akan dibakar secara terbuka untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal. Kaedah ini menyebabkan persekitaran terdedah kepada risiko gas beracun yang berbahaya dan berbau. Malah air larian permukaan akan membawa air sampah ini ke dalam sungai atau tasik.

2.6.3

Pengkomposan

Kaedah pengkomposan sangat popular di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat da Jepun. Pengawalan proses pereputan bagi membolehkan bakteria aerobik, anaerobik dan mikroorganisma lain menguraikan bahan-bahan organik seperti daundaun, rumput dan kertas. Orang ramai boleh membuang sampah melalui proses pengkomposan di rumah dan pengitaran semula. Pengkomposan boleh dilakukan dengan mencampurkan sampah dapur organik bersama sedikit tanah dan najis lembu dalam lubang yang dikorek di halaman atau di belakang rumah. Campuran bahan itu yang ditimbus dengan sedikit tanah dan pasir untuk mengelakkan bau busuk akan bertukar menjadi baja kompos dalam tempoh sembilan hingga 21 hari. Secara ringkasnya sisa pepejal dibiarkan mereput dengan sendiri sehingga terhasilnua kompos. Kaedah ini juga menimbulkan masalah seperti pembiakan lalat dan tidak semua sisa pepejal sesuai untuk dijadikan kompos.

16 2.6.4 Penunuan

Kaedah penunuan melibatkan pembakaran sisa pepejal pada suhu tinggi. Bahan pembakaran terdiri daripada sisa makanan, kertas, plastik, kaca, tin dan lain-lain. Kuantiti bahan sisa pepejal yang tidak terbakar pada suhu tinggi akan menjadikan kuantiti akhir lebih kurang satu per empat daripada kuantiti asal sisa pepejal

Di Malaysia terdapat tujuh loji pembakaran beroperasi secara aktif dimana empat daripadanya beroperasi di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Tioman dan Labuan. Kerajaan memperuntukkan RM179 juta, termasuk untuk kerja pembaikan loji mini insinerator, di samping menaik taraf tapak pelupusan sedia ada supaya pelupusan sisa pepejal diuruskan secara lebih teratur dan terkawal. Loji pembakaran ini berharga RM 17 million lebih mahal jika dibandingkan dengan kaedah konvensional iaitu sistem timbusan tanah (Utusan Malaysia, 2006). Kaedah pelupusan ini semakin popular disebabkan kekurangan tapak pelupusan sampah serta adanya kemajuan teknologi. Melalui kaedah pelupusan ini, isipadu sisa pepejal berkurang sebanyak 80-90% dan baki abu akan dibuang ke tapak pelupusan. Lazimnya sampah akan dimasukkan ke dalam satu relau bulat melalui satu pintu dengan suhu 2800 hingga 3000 Farenheit. Gas panas yang dikeluarkan akan digunakan untuk mengurangkan turbin penjana kuasa elektrik.

Proses pembakaran tidak menyelesaikan masalah sisa domestik dengan sepenuhnya. Abu yang tertinggal akan dibuang dan ia mungkin mengandungi bahan pencemar yang berbahaya. Sebagai contoh, pembakaran tidak dapat memusnahkan logam berat di dalam bateri. Risiko tentang gas yang dibebaskan dari pembakaran mungkin membawa bahan pencemar yang wujud.

17 Masalah penggunaan insinerator menggantikan tapak kambus tanah telah lama dibicarakan. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Meskipun di beberapa negara seperti Jepun dan Switzerland mempunyai kadar penggunaan insinerator yang tinggi sebanyak 74% dan 80% masing-masing mereka masih memerlukan tapak pelupusan sebagai kaedah pelupusan terakhir (Agamuthu, 1997).

2.7

Kitar Semula

Rakyat

Malaysia

menghasilkan

produk

sisa

pada

kadar

yang

agak

membimbangkan dan lebih cepat daripada proses mendegradasi semulajadi, dan menggunakan sumber-sumber pada kadar yang lebih cepat daripada kadar bahan berkenaan boleh diganti semula. Kitar semula hampir mendapat penerimaan sejagat sebagai satu bentuk pemusnahan sisa namun kadar kitar semula dalam negara masih cuma sekitar lima peratus. Statistik menunjukkan cuma antara tiga dan lima peratus daripada sisa pepejal negara dikitar semula manakala selebihnya berakhir dalam longkang, rumah tinggal atau ditanam. Mendidik orang ramai mengenai pembuangan dan kitar semula sisa sememangnya agak sukar kerana kebanyakan mereka tidak selesa atau tidak dilatih untuk berbuat demikian. Maka pendekatan terbaik untuk mengurus pembuangan sampah ialah mengelak daripada menambah sisa.

Kitar semula amat berfaedah kerana ia dapat menyelamatkan wang ringgit Malaysia. Memandangkan bahan kitar semula dalam pasaran tempatan tidak mencukupi, penggerak industri memilih untuk mengimport bahan-bahan ini dimana pada asasnya bahan-bahan yang tidak lagi dikehendaki oleh mereka dari negara luar.

18 Dengan menekankan kepentingan mengasingkan sampah dari peringkat sumber, beliau berkata pengguna hendaklah membuat pilihan bijak bila membeli, mengurangkan penggunaan dan pembungkusan, bertukar kepada penggunaan botol yang boleh diisi semula dan tidak menggunakan beg yang diperbuat daripada plastik.

Teknologi canggih sahaja tidak mencukupi untuk menguruskan sampah yang bertambah dengan kadar dua peratus atau 131,000 tan setiap tahun. Rakyat negara ini perlu mengambil langkah mengurangkan penghasilan bahan buangan setiap hari ke tahap paling minimum kerana kos pengurusannya amat tinggi. Dianggarkan RM200 juta terpaksa dibelanjakan setiap tahun bagi mengurus kira-kira 2.5 juta tan sampah di Semenanjung Malaysia. Bahan-bahan seperti kertas, plastik dan kaca pula boleh dikitar semula sama ada dilakukan sendiri ataupun diserahkan kepada pusat pengumpulan yang disediakan oleh banyak pertubuhan bukan kerajaan di negara ini.

Dalam hal ini, Denmark menjadi contoh terbaik. Selain sampah diangkut oleh pihak berwajib, warganya sendiri mengangkut lebihan sampah seperti dahan pokok, botol dan plastik ke pusat pengumpulan khas dengan kereta tarik yang dipasang di bahagian belakang kereta. Hampir setiap rumah mempunyai kereta tarik ini

Pembakaran sampah tidak boleh menyelesaikan kesemua masalah pelupusan ketika ini, sekiranya operasi pengendalian sisa kita tidak berubah. Masalah utama operasi pelupusan sisa yang diamalkan ketika ini ialah di mana sisa yang kita buang adalah bercampur di antara bahan organik, plastik, kertas, logam dan sebagainya. Ia diburukkan lagi oleh reka bentuk serta operasi tapak yang kurang sempurna. Di negara kita, kandungan plastik, kertas, kaca dan logam mewakili lebih kurang 50 peratus dari sisa yang dilupuskan.

19 2.8 Pengurangan Sisa

Pengurangan sisa dan kitar semula bukan lagi merupakan satu pilihan sebaliknya satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan kualiti kehidupan kita. Strategi untuk pengurangan sisa, dilaksanakan misalnya, menggunakan sisa sebagai bahan mentah untuk pembinaan rumah, menjana tenaga atau baja. Tumpuan hendaklah diberikan kepada penjanaan sisa berkenaan daripada pelupusannya, memandangkan tabiat rakyat Malaysia pada masa kini yang suka membuang dan budaya berbelanja lebih, tidak banyak membantu memperbaiki keadaan.

Pihak berkuasa tempatan membelanjakan sehingga 60 peratus daripada belanjawan tahunan mereka untuk pengurusan sisa, Malaysia menanggung kos antara RM110 dan RM130 untuk mengutip dan memusnahkan satu tan metrik sampah. Ia mencapai jumlah antara RM1.98 juta dan RM2.34 juta sehari atau RM854 juta setahun untuk memusnahkan 18,000 tan metrik sisa pepejal sehari. Lebih 30 peratus daripada sampah kita boleh dikitar semula, dan bahan-bahan ini boleh dielakkan daripada berakhir dengan ditanam atau dibakar (Berita Harian, 2006)

Satu program pengurusan sisa yang berkesan boleh yang didapati di Copenhagen, Denmark, yang telah membangunkan satu program komprehensif untuk menguruskan sisa bandar. Sebanyak 58 peratus daripada sisa isi rumah, komersial dan industri di bandar raya perlu dikitar semula, 24 peratus dibakar dan 18 peratus ditanam. Untuk meningkatkan kesan sistem pengurusan sisa, Majlis Bandaraya Copenhagen memperkenalkan peraturan baru pada 1991, yang mengkehendaki sampah diasingkan mengikut jenisnya sebelum dibuang. Kini, lebih 50 peratus daripada sisa komersial, industri dan runtuhan di bandar berkenaan dikitar semula. Lagipun, kira-kira 50,000 metrik tan sisa yang dibakar, sebelum ini ditanam, kini dibakar untuk dijadikan sisa tenaga.

20 Dengan menekankan kepentingan mengasingkan sampah dari peringkat sumber, beliau berkata pengguna hendaklah membuat pilihan bijak bila membeli, mengurangkan penggunaan dan pembungkusan, bertukar kepada penggunaan botol yang boleh diisi semula dan tidak menggunakan beg yang diperbuat daripada plastik.

2.9

Pengasingan Sisa

Kebanyakan masyarakat tidak tahu betapa kesan sisa berbahaya dan tidak berbahaya terhadap alam sekitar dan kesihatan. Sebagai panduan, beliau berkata orang ramai boleh mula dengan mengasingkan sisa basah daripada sisa kering (barang kitar semula), mengeringkannya bagi mengurangkan masalah larut resap, meletakkannya ke dalam beg plastik, ikat dan masukkan dalam tong sampah bertutup.

Untuk sisa bahan binaan dan yang bersaiz besar, orang ramai boleh menghubungi Alam Flora, syarikat pengurusan sisa pejal terbesar, sebelum menghapuskan bahan berkenaan. Sebuah roro bin akan dihantar ke tempat pelanggan untuk memusnahkan sisa binaan pada bayaran minimum. Bagi sisa kebun, daun-daun hendaklah dimasukkan dalam beg plastik, ranting pula dipotong pendek dan diikat. Ia boleh dibuang semasa hari kutipan (Alam Flora) sahaja. Sisa berbahaya seperti cat, asbestos, karton susu, kertas lap dan piring serta lampin pakai buang adalah tidak selamat dibuang dalam tong sampah dan mereka yang hendak melupuskannya boleh menghubungi Kualiti Alam.

21 2.10 Fenomena Penutupan Tapak Pelupusan Sampah

Cara penimbusan di tapak pelupusan masih tidak begitu berkesan dan kaedah ini tidak menepati piawaian alam sekitar, keselamatan dan kesihatan. Sistem ini menghasilkan cecair reputan sampah berwarna hitam pekat dan berbau busuk serta mengandungi pencemar yang boleh memudaratkan sumber air bawah tanah.Ini kerana tidak ada sistem rawatan dan takungan yang direka secara kejuruteraan. Ia juga menghasilkan gas rumah hijau yang terdiri dari gas karbon dioksida dan metana tanpa kawalan dan terlepas bebas ke alam sekitar.

Sebilangan besar daripada 280 tapak pelupusan sampah di negara ini hanya sesuai dipanggil tempat pembuangan sampah kerana tidak mempunyai infrastruktur sewajarnya seperti kolam oksidasi untuk mengumpul sisa cecair yang keluar dan paip yang boleh menyalur keluar gas-gas yang terhasil. Satu kajian menunjukkan lebih 90 peratus peratus sampah ditimbus di tapak pelupusan yang sedia ada tanpa dirawat dan tidak menggunakan kaedah sanitari disebabkan masalah kos yang tinggi dan kurangnya infrastruktur, sedangkan sampah saban hari tetap perlu dilupuskan. Limpahan air kotor larut resap dari tapak pelupusan sampah dalam tanah ke dalam sungai berpunca daripada sistem pelupusan sampah konvensional yang tidak dapat menampung pungutan sampah terlalu banyak. Kawasan pelupusan sampah yang menghasilkan mendapan mengandungi ammonia perlu dikawal dan dirawat sebelum kesan pencemaran boleh memudaratkan alam sekitar dan penduduk berhampiran dengan tapak pelupusan.

Kerajaan menganggarkan belanja sebanyak RM160 juta diperlukan bagi menutup 16 tapak pembuangan sampah terbuka yang tidak selamat di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun. Setiap tapak berkenaan memerlukan anggaran RM1 juta

22 setahun bagi tujuan kos operasi penutupan itu ekoran kedudukan tapak pembuangan sampah itu berdekatan dengan kawasan pengambilan air .

Lebih dua juta penduduk di empat daerah di Selangor, terputus bekalan air selama 24 jam ekoran berlaku pencemaran air busuk ammonia di Sungai Semenyih akibat pencemaran dari tapak pembuangan sampah terbuka. Operasi Loji Rawatan Air Semenyih yang menerima bekalan air dari sungai tersebut terpaksa dihentikan berikutan kandungan ammonia yang dikesan mencapai tahap berbahaya (Mingguan Malaysia, 2006)

Kawasan tanah yang semakin terhad di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak memungkinkan lebih banyak kawasan terpaksa `dikorbankan' untuk `menempatkan' sampah yang tidak dirawat. Sampah yang bertimbun dan bertambah-tambah melonggok telah disetujui di seluruh dunia akan mendatangkan masalah besar bukan saja bagi negara ini tetapi juga bagi dunia.

Krisis kualiti bekalan air yang tidak mencapai tahap kepuasan pengguna telah mula mengisi dimensi pengurusan air di Malaysia. Masalah air busuk daripada sumber air sungai dikatakan berpunca dari kawasan pelupusan sampah berdekatan. Air sungaisungai ini bukan sahaja busuk malah tidak selamat digunakan kerana mengandungi paras ammonia yang tinggi.

Merujuk kepada satu kenyataan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjelaskan masalah air berbau disebabkan oleh tahap kandungan ammonia dalam air sungai yang tinggi telah bertindak balas dengan klorin. Dalam satu fenomena yang berlaku di Selangor, air larut resap dari pusat pelupusan Kampung Sungai Kembong kepunyaan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) menjadi punca pencemaran air busuk di Sungai

23 Semenyih hingga menyebabkan lebih dua juta penduduk di daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Petaling Jaya dan Sepang terputus bekalan air. Dan ini mungkin merupakan satu lembaran baru ke arah masa depan dalam menangani masalah pencemaran air.

Disebabkan kelemahan perancangan bagi mengurus bahan buangan tersebut, kerajaan telah mengarahkan 16 lagi tapak pelupusan sampah terbuka di seluruh negara ditutup. Manakala 33 buah tapak yang telah ditutup akan diambil tindakan bagi menentukan ia ditutup secara selamat. Meskipun pusat pelupusan sampah yang menerima 500 tan sampah sehari itu ditutup, air larut resap (leachate) masih perlu dirawat untuk tempoh 20 tahun lagi. Semua larut lesapan perlu diolah sebelum dilepaskan ke persekitaran.

2.11

Konsep Pengurusan Sisa Pepejal Secara Bersepadu (IWMS)

Isu lokasi tempat pembuangan sampah juga menjadi isu kontroversi dan sensitif yang sering dibangkitkan oleh pelbagai pihak. Menjurus kepada persoalan ini satu sistem yang boleh diterima pakai mengikut kandungan sampah di negara ini akan diperkenalkan dan ia bersesuaian dengan kaedah penggunaannya di negara ini. Cetusan idea oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mewujudkan suatu sistem pelupusan sampah yang moden yang merangkumi kombinasi pelupusan konvensional dan teknologi tinggi seperti incinerator thermal treatment atau rawatan haba merupakan penyelesaian yang pragmatik bagi isu ini.

Konsep

Pengurusan

Sisa

Pepejal

Secara

Bersepadu

(IWMS)

wajar

diperkenalkan bagi memungkinkan pengurusan sampah yang lebih sistematik dan

24 selamat dapat dilakukan. Perimbangan alam sekitar dan kos adalah menjadi titik pertimbangan pengurusan. Kaedah ini mengamalkan pelbagai peringkat pengurusan sampah, mengikut keutamaan, iaitu bermula dengan kaedah 3R meliputi: Mengurangkan (Reduce), Kitar Semula (Recycle) dan Guna Semula (Reuse). Mengurangkan bermaksud setiap isi rumah perlu mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan setiap hari (Utusan Melayu, 2006).

Walau apa jua kaedah yang terdahulu masih tinggal sebahagian sampah yang perlu dirawat secara termal atau rawatan haba termasuklah proses pembakaran. Proses ini membolehkan tenaga dihasilkan daripada sampah di samping menjadikannya inert dalam isi padu yang lebih kecil sebelum dilupuskan melalui kaedah keempat, iaitu timbus tanah sanitari.

IWMS merangkumi keseluruhan pendekatan tersebut dan tidak hanya menjuruskan kepada satu kaedah. Penggunaan insinerator merupakan salah satu daripada contoh penggunaan komponen kaedah ini dan kerajaan melalui perancangan strategik pengurusan sisa pepejal mengambil kira IWMS dalam keputusan pengurusan sisa pepejal.

Sistem rawatan terma pada masa kini boleh diperolehi dengan menggunakan kepakaran luar negara atau tempatan dengan mengenalpasti kapasiti dan proses yang sesuai dengan ciri-ciri sisa pepejal di Malaysia. Teknologi rawatan terma yang berjaya digunakan di Jepun ini akan dijadikan contoh untuk merawat sisa pepejal di Malaysia. Kaedah ini menghasilkan persekitaran loji yang bersih berbanding kawasan pembuangan sampah yang sedia ada, malah masalah pencemaran air juga tidak timbul. Ini kerana air yang dihasilkan melalui loji rawatan terma adalah bersih. Proses rawatan air yang moden adalah sebahagian daripada fungsi loji moden tersebut.

25 2.12 Alternatif Menggantikan Kaedah Timbusan Tanah

Penunuan merupakan satu kaedah melupuskan sisa pepejal secara pembakaran dalam keadaan terkawal. Sisa akan dihantar terus ke relau bagas untuk memastikan pembakaran lengkap berlaku. Ia dapat dicapai dengan kawalan sempurna terhadap suhu, lebihan udara, pergolakan gas, masa dalam zon paras dan jumlah pembakaran debu sebelum dibuang (Norzaina Harun, 2003)

Kajian mendalam sedang dilakukan dalam dua aspek iaitu kesesuaian dari segi teknikal dan kemampuan untuk membina serta menyelenggara insinerator tersebut. Penduduk perlu bersedia untuk berkongsi menanggung kos pelupusan sampah menggunakan sistem yang lebih berkesan termasuk insinerator bagi memastikan pengurusan sisa pepejal dilakukan dengan lebih berkesan. Walaupun menyedari kos penyelenggaraan dan pengurusannya agak tinggi, kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh mengelak menggunakan sistem itu.

Antara implikasi yang besar yang akan wujud sekiranya cadangan tersebut dilaksanakan adalah apabila majlis daerah dan majlis perbandaran perlu mengenakan caj kepada orang ramai bagi menampung kos penyelenggaraan. Pelbagai cadangan yang dikemukakan dalam menguruskan sisa pepejal dengan lebih berkesan perlu diteliti kerana langkah yang akan diambil itu melibatkan kepentingan rakyat.

26 2.13 Proses Penunuan

Institut

Penyelidikan

Teknologi

Nuklear

(Mint)

mengambil

inisiatif

menjalankan penyelidikan terhadap rawatan sisa pepejal menggunakan insenirator yang dapat membantu memudahkan proses pelupusan sisa pepejal tanpa mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan juga kepada masyarakat. Hasil penyelidikan yang bermula sejak tiga tahun lalu itu menunjukkan insenarator yang berjaya dibangunkan menggunakan kaedah penggasan, iaitu membakar sampah dengan menggunakan gas dan kemudian menukar gas yang terhasil menjadi lebih bersih sebelum dilepaskan di udara. Penggunaan Teknologi Terma Untuk Merawat Sisa Pepejal Perbandaran itu menggunakan Gas Petroleum Cecair (LPG) sebagai bahan api utamanya (Berita Harian,2004). Teknologi insenarasi yang digunakan dalam kaedah pelupusan sisa pepejal terbahagi kepada tiga jenis iaitu pembakaran menggunakan udara atau oksigen secara berlebihan, pembakaran menggunakan udara/oksigen terhad dan kaedah pembakaran udara/oksigen sifar. Dalam aplikasi proses penggasan atau bantuan udara terhad ini, sistem insinerator dibangunkan dengan menggunakan dua kebuk pembakaran, iaitu kebuk prima dan sekunder (Berita Harian,2006).

Kebuk prima atau kebuk pertama membakar pada suhu rendah di bawah 600 darjah Selsius, manakala kebuk sekunder membakar pada tahap sehingga 1,000 darjah celcius. Dalam kebuk prima, sampah yang dimasukkan akan dibakar menggunakan gas LPG pada tahap 600 darjah celsius selama lima hingga lapan jam, yang mana dalam proses itu bahan organik ringan akan meruap dan terbakar bersama bahan bukan organik sehingga menjadi abu, termasuk bahan toksik dan logam berat. Sepanjang berlaku pembakaran dalam kebuk prima itu, proses berkenaan turut menghasilkan gas pencemar seperti karbon monoksida hasil daripada pembakaran separa lengkap. Gas

27 yang terhasil pula akan disalur dan dibakar secara sempurna dalam kebuk sekunder pada tahap 1,000 darjah Selsius (Berita Harian,2006).

Dalam kebuk sekunder ini, segala bahan toksid dan gas pencemar akan musnah kerana suhu pembakarannya yang tinggi. Gas pencemar seperti karbon dioksida, sulfur dioksida dan ammonia yang terhasil akan dikawal pelepasannya ke udara menggunakan kaedah peresapan air bagi mengelak pencemaran. setiap pelepasan asap ke udara selepas proses itu akan diambil bagi memastikan kandungan bahan pencemarnya mematuhi piawaian. Keseluruhan proses itu mengambil masa antara 14 hingga 18 jam merangkumi fasa pengeringan, pembakaran, penyejukan dan pembuangan abu, termasuk pengawalan secara automatik ketika pembakaran (Berita Harian, 2006). Rujuk rajah 2.1.

28

Rajah 2.1 : Sistem Konfigurasi Peleburan Sampah (Insinerator) Sumber : Berita Harian 2006

29 Secara ringkasnya, proses penunuan ini melibatkan empat peringkat iaitu: pengasingan sisa pepejal pembekalan tenaga elektrik penghasilan gas dan abu.

2.13.1Pengasingan Sisa Pepejal

Insinerator direkabentuk berdasarkan ciri-ciri sampah di sesuatu tempat dan kerana itu pencirian sampah perlu dilakukan dulu sebelum membangunkan mesin mengikut kesesuaiannya. Apabila sampah tiba di loji, ia diasingkan terlebih dahulu sebelum pembakaran untuk mengeluarkan bahan yang tidak boleh dibakar. Bahanbahan ini terdiri daripada kaca, logam-logam dan besi yang kemudiannya dihantar sama ada ke tapak penimbusan atau dikumpulkan untuk dikitar semula.

2.13.2 Pembekalan Tenaga elektrik

Haba yang dihasilkan melalui pembakaran digunakan oleh sesetengah loji untuk menjana elektrik bagi kawasan setempat. Komuniti tempatan boleh mengunakan tenaga ini selain dapat menjimatkan bekalan arang batu, minyak dan gas. Tetapi tidak semua sistem penunuan direkabentuk untuk menghasilkan sumber tenaga.

30 2.13.3 Penghasilan Gas dan Abu

Insinerator merupakan proses pelupusan separa dengan membakar sampah yang boleh terbakar dan meninggalkan baki yang perlu dilupuskan (10-30 peratus daripada sisa yang dibakar). Gas terhasil dalam sistem ini ketika proses pembakaran dilakukan. Sistem penunuan yang moden dapat membersihkan gas dengan cekap. Proses pembakaran dilakukan dengan menggunakan diesel sebagai bahan bakar selama lapan jam sebelum proses pembakaran (combustion) mampu mengurangkan isipadu sisa pepejal dalam bentuk abu untuk dilupuskan.

Hasil daripada proses penunuan : Gas dan wap selepas menjalani proses pembersihan boleh dilepaskan ke udara. Debu tak organik samada digunasemula atau dilepaskan. Effluen berair yang terhasil daripada pemadaman debu dan penyejukan gas. Haba yang terhasil boleh digunakan untuk penjanaan elektrik.

2.14 Jenis-jenis Penunu

Penunu digunakan untuk menghapuskan sisa pelbagai bentuk samaada pepejal, lumpur, cecair dan tar. Pemilihan rekabentuk penunu insinerator bergantung kepada keadaan fizikal, sifat kimia sisa dan pengendalian yang diperlukan. Antara jenis-jenis penunu ialah Rotary Kiln, Fluidized Bed, liquid Injectin, Multiple Hearth, Catalytic Combustion, Waste-Gas Flare dan Direcy-Flame. Daripada jenis-jenis ini hanya Rotary Kiln, Fluidized Bed, Liquid Injection sahaja yang sesuai digunakan untuk

31 industri kerana kebolehannya dalam skala yang besar dan sifat serba bolehnya. Rotary Kiln dan Multiple Hearth akan melupuskan sisa pepejal,cecair dan tar. Di kebanyakan loji yang terdiri daripada cecair sebagai sisa utama, memerlukan Liquid Injection (Robert, 1999). Namun begitu model penunu luar negara tidak semestinya boleh diterima pakai terus di negara kita kerana komposisi dan ciri-ciri sisa kita berlainan.

2.15 Peraturan yang Perlu Dipatuhi

Antara peraturan yang ditetapkan itu ialah mewajibkan pembinaan zon penampan seluas 1,500 meter di sekeliling sempadan tapaknya. Syarat untuk menepati keperluan Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 itu turut melarang pembinaan bangunan penempatan untuk penduduk dalam zon penampan berkenaan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut menetapkan syarat ketinggian minimum cerobong ialah 1,500 meter sementara teknologi yang diluluskan ke atas projek itu ialah gastification (fluidized-bed type) dan ash-melting. Lazimnya bahan kompaun kimia termasuk karbon dioksida yang dilepaskan dalam proses pembakaran adalah berbentuk wasap dan amat berbahaya sekiranya terlepas ke atmosfera. Maka peraturan alam sekitar menetapkan bahan-bahan ini perlulah dihapuskan sekurang-kurangnya 99.9999% sebelum ianya dilepasan ke atmosfera. Pengawalan pelepasan partikel melalui penggunaan sistem rawatan kebuk enapan, siklon, beg turas, pengumpul basah atau pemendak elektrosatik haruslah dilengkap bersama dengan sistem insinerasi.

32

2.16 Keperluan Insinerator Pada Masa Akan Datang

2.16.1Pengurangan Isipadu Sisa Pepejal

Kaedah insinerator telah lama dipraktikkan di negara-negara yang mempunyai keluasan tanah yang terhad seperti Jepun kesan daripada kadar penjanaan sisa pepejal yang kian meningkat dan sebagai alternatif terhadap isu longgokan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah. Kaedah ini mampu mengurangkan isipadu sisa sehingga 90% dan sisa yang tertinggal akan dibuang di tapak pelupusan. Hal ini akan memanjangkan jangka hayat tapak timbusan tanah untuk satu tempoh yang panjang.

2.16.2 Penyahtoksikan

Insinerator dapat menghapuskan kandungan toksik yang terdapat di dalam sisa pepejal terutamanya dalam pelupusan sisa pepejal bahaya, industri dan perbandaran. Kandungan utama sisa pepejal merupakan bahan organik yang hanya boleh dineutralkan melalui proses penurunan haba. Sistem ini berfungsi dalam memusnahkan dan juga membunuh kuman pada bahan pepejal itu secara berkesan.

33

2.16.3 Pemulihan Tenaga

Sekiranya dahulu tapak pelupusan sampah hanya

dilihat sebagai destinasi

terakhir sisa domestik, kini ianya menjadi satu daripada sumber tenaga yang boleh dibangunkan bagi penjanaan tenaga melalui penghasilkan tenaga yang boleh diperbaharui digunakan di negara ini serta memenuhi Dasar Tenaga Negara yang kelima.

Di Denmark misalnya sistem pelupusan sampah menggunakan insinerator membuktikan loji itu dapat melupuskan 402,000 tan sampah tahun lalu, selain menghasilkan tenaga elektrik dan haba yang dibekalkan semula kepada 140,000penduduk. Penjualan elektrik dan haba ini memberi pendapatan kira-kira 160 juta kroner (RM105 juta) kepada pihak berkuasa tempatan yang mengendalikan loji berkenaan. Bukan saja loji ini mampu mengatasi masalah pelupusan sampah, malah dapat membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk.

2.17 Kesan Ekonomi

Menangguhkan sepuluh tahun lagi untuk membina insinerator melibatkan kos yang berganda tingginya. Mengendalikan dan mengurus operasi loji rawatan terma memerlukan penglibatan tenaga mahir, separuh mahir dan perbelanjaan yang tinggi bagi menjalankan operasi dan penyelenggaraan.

34

Kebimbangan terhadap pembinaan insinerator dimana ia melibatkan kos pembinaan dan pengendalian insinerator, kos pengangkutan dan penyimpanan sisa dan kos pelupusan abu dan bahan-bahan yang tidak terbakar. Antara perkara lain yang perlu dipertmbangkan ialah kos pembinaan infrastruktur jalan ke pedalaman pembinaan jalan masuk, masalah air dan kumbahan, pengubahsuaian topografi, masalah tanah, pemeliharaan nilai estitika dan pemberian pampasan akibat pencemaran yang dikeluarkan oleh insinerator. Selain isu pengendalian, ada penduduk yang khuatir bahawa projek itu boleh menurunkan nilai hartanah di kawasan lingkungan 10 kilometer dari Broga. Memandangkan sebegitu banyak projek perumahan baru tumbuh di sekitar Semenyih dan Beranang, persoalan berhubung isu susut nilai hartanah itu sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi penduduk yang berada di `atas pagar'.

2.18 Ancaman Kesihatan Menerusi Dioxin

Cadangan pembinaan insinerator di Malaysia menimbulkan isu hangat. Selain kos pembinaan dan penyelenggaraan yang tinggi, ia juga akan mencemarkan udara dalam bentuk pencemaran udara bentuk baru. Pembinaan loji gasifikasi yang pertama dicadangkan di negara ini adalah dari jenis yang kedua namun telah menjadi isu kerana mencetuskan kebimbangan penduduk.

Insinerasi merupakan salah satu teknologi rawatan sisa pepejal yang melibatkan pembakaran sisa pada suhu tinggi. Namun begitu, abu yang telah terbakar yang mengandungi tahap kandungan logam berat yang tinggi berpotensi untuk meningkatkan kadar resapan. Kaedah ini dikatakan boleh menghasilkan gas berbahaya seperti dioksin, furan dan nitrogen oksida. Penghasilan bahan kimia berbahaya ini mampu merencat

35 atau menganggu sistem imunisasi atau endokrin dan diikuti dengan kemunculan pelbagai penyakit lain.

Dioxin dikelaskan sebagai racun kelas pertama kerana ia sangat karsinogenik iaitu menyebab dan mencepatkan proses tubuh diracuni kanser. la juga sangat stabil iaitu sukar terurai menjadi bahan yang kurang berbahaya. Insinerator menyumbang 95 peratus daripada racun dioxin dalam persekitaran, manakala selebihnya terhasil dalam kuantiti yang kecil melalui industri pembuatan bahan kimia, racun perosak (herbisid, insek- tisid dan pestisid) dan proses pemutihan (bleaching) semasa pembuatan kertas dan kayu. Keracunan dioxin bukan saja menyukarkan pasangan mendapat anak, bahkan mempercepatkan kematian akibat kanser.

Bahaya dioxin digandakan lagi dengan hakikat bahan kimia ini bersifat stabil. Sifat ini menimbulkan kesan bioakumulasi yang berbahaya kepada manusia dan haiwan walaupun ia dikatakan berada pada paras yang sangat selamat. Racun ini akan terkumpul dan jumlahnya bertambah banyak di setiap peringkat rantai makanan. Pengguna di peringkat yang terakhir iaitu manusia dan haiwan karnivor adalah yang paling teruk terjejas. Ini menjelaskan betapa bahayanya bahan kimia ini memandangkan ia masuk ke badan manusia bukan sahaja melalui udara tetapi melalui makanan yang tercemar dengan bahan ini terutama ikan, daging dan produk tenusu.

Masyarakat masih tidak menyedari bahawa dioksin yang sedia ada dalam sampah tetap wujud dan tidak dapat dimusnahkan dengan apa kaedah pengurusan yang lain kecuali melalui proses suhu tinggi yang selalunya terdapat melalui rawatan termal. Berdasarkan perawatan menggunakan teknologi insinerator terkini dan loji gasifikasi, penghasilan paras dioksin dapat dikawal, malah jauh lebih rendah berbanding dengan paras dioksin yang sedia ada di dalam sampah kita.

36 Teknologi moden perawatan sisa menggunakan teknik gasifikasi dan peleburan abu telah mengurangkan pengeluaran dioksin ke tahap yang memenuhi piawaian antarabangsa, termasuk yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Teknologi ini telah direkabentuk dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar. Insinerator moden adalah pemusnah dioksin berbanding dengan insinerator lama yang menghasilkan dioksin melebihi 150 mikrogram setiap tan sampah. Dalam erti kata lain teknologi baru termasuk yang akan digunakan di Broga menghasilkan dioksin yang amat rendah malah bertindak sebagai pemusnah dioxin dalam sampah.

37

BAB III

METADOLOGI

3.1

Pengenalan

Kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk mencapai objektif dan matlamat kajian ialah melalui temubual dengan penduduk menggunakan borang kaji selidik tentang penerimaan responden mengenai cadangan membina insinerator di kawasan kajian. Kedua dengan menyediakan strategi pengumpulan data yang digunakan untuk mendapatkan maklumat menerusi tesis-tesis pelajar lain dan kunjungan ke perpustakaan dan pusat sumber. Kaedah yang digunakan merangkumi perkara-perkara berikut: i. ii. iii. iv. Kajian Awal Penyediaan borang soal selidik Pengumpulan dan penganalisaan data Rumusan dan cadangan

Ringkasan bagi metodologi kajian ini adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 3.1 di mukasurat sebelah.

38

Peringkat 1: Peringkat Permulaan

Mengenal pasti kenyataan masalah Tajuk Kajian Mengenal pasti objektif dan skop kajian

Perbincangan mengenai tajuk yang dipilih

Kajian Literatur

Hipotesis

Peringkat 3: Analisa Mendapatkan data primer Menganalisa data yang diperolehi menggunakan perisian komputer dan kiraan manual

Peringkat 2: Pengumpulan Data

Keputusan kajian Peringkat 4: Ringkasan dan Kesimpulan Membandingkan keputusan dengan hipotesis

Kesimpulan, cadangan penyelesaian dan ringkasan

Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi

39 3.2 Perancangan Kajian

3.2.1

Kajian Awal

Kajian

awal

merupakan

kerja-kerja

awalan

sebelum

sesuatu

proses

pengumpulan data dilakukan. Bermula dengan perbincangan dengan penyelia untuk mendapat penjelasan untuk mengenalpasti skop kajian, objektif kajian, kawasan kajian, data yang diperlukan dan metodologi untuk menjalankan kajian. Dalam peringkat ini, pembacaan dan pemerhatian memberikan gambaran awal mengenai kajian yang ingin dilaksanakan. Keratan-keratan akhbar dan maklumat dalam internet juga banyak membantu dalam membuat kajian ini.

3.2.2 Penentuan Lokasi Kajian

Penentuan lokasi kajian adalah penting sebelum sesuatu kajian dapat dilakukan. Pemilihan lokasi ditentukan agar keputusan yang akan diperoleh mencapai objektif sebenar. Tinjauan ini dilakukan di kawasan perumahan di Taman Pulai Utama, Johor yang merupakan kawasan yang padat penduduknya dan dianggarkan penduduk yang tinggal di kawasan tersebut sekitar 500 orang.

40 3.2.3 Golongan Sasaran

Di dalam kajian ini golongan sasaran terdiri daripada semua peringkat golongan. Ia meliputi golongan kecil sehingga peringkat dewasa. Penglibatan golongan-golongan ini banyak membantu pemerolehan data tentang tahap kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap pengurusan sisa pepejal melalui kaedah soal selidik yang dijalankan.

3.3

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan untuk menilai dan mengkaji tahap kesedaran dan kefahaman responden terhadap kaedah pelupusan sisa pepejal. Borang ini disediakan sebanyak 50 set soalan tetapi bilangan borang yang diserahkan kembali hanyalah 40 set.

3.4

Pengumpulan dan Analisis Data

Pengumpulan data dikategorikan kepada dua jenis iaitu data-data primer dan data-data sekunder.

41 3.4.1 Data-data primer

Data-data primer melibatkan data-data penting dalam kajian ini. Proses pengumpulan data dilakukan melalui temubual berdasarkan borang soal selidik yang telah disediakan.

Temubual dijalankan kepada penduduk di kawasan kajian dimana soalan-soalan yang ditanyakan adalah berdasarkan kepada setiap butiran yang terkandung dalam borang soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada penduduk-penduduk di sekitar Taman Pulai Utama. Soalan yang diajukan kepada responden adalan berkaitan tentang penerimaan terhadap kaedah pelupusan sisa pepejal sekiranya dibina berhampiran kediaman mereka. Oleh itu, 40 orang responden telah dipilih secara rawak dari kawasan kajian dimana responden berumur 16 tahun keatas dipilih.

3.4.2

Data-data sekuder

Data-data sekunder terdiri daripada kajian literatur dan sumber-sumber lain seperti kajian tesis, akhbar tempatan, journal dan lain-lain penerbitan yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Bahan bacaan ini menjadi asas rujukan terhadap kajian ini.

42 3.5 Penganalisaan Data

Proses ini merupakan proses yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia memerlukan penelitian yang tinggi bagi memastikan setiap soalan yang dianalisis akan menghasilkan keputusan yang tepat dan memenuhi objektif kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian. Di dalam peringkat ini, data yang telah dikumpul akan dianalisis menggunakan beberapa kaedah iaitu menggunakan perisian komputer dan kaedah indeks purata.

3.5.1

Kaedah Penganalisaan Data dan Maklumat

Menganalisa data melalui kaedah ini kebanyakan melibatkan data yang dipungut untuk diperbandingkan. Antaranya ialah untuk melihat perbandingan pendapat dan penerimaan responden melalui carta pai. Perisian yang akan digunakan ialah Microsoft Excel.

Selain perisian komputer, data tersebut boleh dianalisis dengan menggunakan kaedah indeks purata yang mempersembahkan peratus hasil dalam bentuk jadual. Ini lebih mudah kerana terdapat soalan dalam soal selidik berbentuk kadaran yang berdasarkan kepada lima skala yang telah ditetapkan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, sederhana, setuju dan sangat setuju. Nilai kadaran ini dianalisis bagi mendapatkan indeks min yang menggambarkan kesimpulan kepentingan sesuatu permasalahan berdasarkan indeks julat min.

43 Al-Hammad et al (1996) menyatakan bahawa indeks purata adalah berdasarkan kepada rumus berikut Indeks min = ( ai xi ) / xi Di mana, ai xi i = Pemalar pemberat bagi i = pemboleh ubah frekuensi maklum balas bagi i = 1, 2, 3, 4,seperti yang diterangkan berikut

x1 = frekuensi bagi maklum balas yang sangat tidak setuju untuk : x2 = frekuensi bagi maklum balas yang tidak setuju untuk : x3 = frekuensi bagi maklum balas yang setuju untuk : x4 = frekuensi bagi maklum balas yang sangat setuju untuk :

a1 = 1 a2 = 2 a4 = 3 a5 = 4

Klasifikasi untuk skala indeks ditentukan seperti berikut: i. ii. iii. iv. Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju : 0.00Indeks Min 1.50 : 1.50Indeks Min 2.50 : 2.50Indeks Min 3.50 : 3.50Indeks Min 4.50

44 3.6 Rumusan dan Cadangan

Rumusan dan cadangan dibuat setelah data-data diperoleh dan dianalisis. Rumusan ini mestilah memenuhi objektif kajian dan cadangan berkaitan kajian disertakan untuk melengkapkan kajian.

45

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan data-data yang dikumpul di kawasan kajian. Bahagian pertama menilai latar belakang dan peratusan responden yang terlibat dalam sesi soal selidik. Bahagian seterusnya membincangkan tahap kefahaman dan kesedaran responden terhadap alternatif pelupusan sisa pepejal. Secara tidak langsung perbincangan meliputi penerimaan dan sokongan responden terhadap pembinaan alternatif-alternatif tersebut.

4.2

Analisis Data

Tujuan utama analisis data dijalankan ialah untuk mengetahui tahap sebenar kesedaran, pelaksanaan dan sokongan populasi setempat terhadap perlaksanaan sistem

46 pembakaran secara terkawal (insinerator) untuk melupuskan sisa pepejal. Analisis data untuk teori dilakukan dengan kajian soal selidik.

4.3

Analisis Soal Selidik

Kajian soal selidik telah dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada populasi penduduk kawasan perumahan di Taman Pulai Utama. Borang soal selidik adalah seperti yang telah disertakan di bahagian lampiran. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama. Borang ini mengandungi 20 soalan beserta dengan 4 pilihan jawapan. Jenis soalan yang diajukan ditunjukkan dalam jadual 4.1

Jadual 4.1 : Pembahagian Soalan Dalam Borang Soal Selidik Bahagian A B C Kategori Soalan Latar belakang penduduk Tahap kefahaman dan kesedaran responden mengenai isu insinerator Tahap sokongan dan penerimaan responden terhadap alternatif pelupusan sisa pepejal

47 4.4 Analisis Latar belakang Penduduk

Analisis latar belakang responden bertujuan untuk mengetahui umur, jantina, bangsa, status pekerjaan dan taraf pendidikan. Kesemua perkara ini adalah untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat untuk latarbelakang responden.

4.4.1

Kajian Terhadap Responden yang Berbeza Jantina

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden berdasarkan jantina. Seramai 66 peratus responden terdiri daripada responden lelaki dan responden perempuan seramai 44 peratus. Nilai responden lelaki adalah lebih ramai berbanding responden perempuan. Responden lelaki lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi borang soal selidik. Namun begitu pemilihan jumlah responden lelaki dan perempuan agak seimbang untuk menggambarkan situasi sebenar tahap pemahaman penduduk perumahan Taman Pulai Utama.

Jadual 4.2 : Perbandingan peratusan terhadap responden yang berbeza jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan Responden 23 17 40 Peratusan (%) 57.5 42.5 100

48Peratus Responden Mengikut Jantina70 60 % Responden 50 40 30 20 10 0 Lelaki Perempuan

Rajah 4.1 : Peratus Responden Mengikut Jantina

4.4.2 Kajian Terhadap Tahap Umur Responden

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden berdasarkan umur. Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi, menunjukkan responden yang paling ramai telah diterima adalah adalah dalam lingkungan umur 25 tahun hingga 34 tahun iaitu sebanyak 42.5 peratus. Responden yang diterima dalam lingkungan 35 tahun ke atas adalah seramai 14 peratus sahaja. Manakala responden dalam lingkungan 16 tahun hingga 24 tahun adalah seramai sembilan peratus sahaja. Tiada responden 16 tahun ke bawah yang menerima borang soal selidik.

Semasa kajian yang dibuat, responden yang berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 34 tahun adalah lebih mudah didekati dan memahami soal selidik yang dilakukan. Manakala responden yang berumur dalam lingkungan 35 tahun keatas pula perlu diberi penerangan yang lebih teliti untuk memberi kefahaman tentang soal selidik yang dijalankan. Sementara itu responden lingkungan umur 16 tahun hingga 24 tahun

49 pula kurang diberi penekanan kerana mereka lebih bersikap kurang mengambil perhatian.

Jadual 4.3 : Perbandingan terhadap peratusan responden mengikut umur Umur (tahun) 16-24 25-34 35-44 45-54 55-64 65 ke atas Jumlah Bilangan Responden 9 17 6 6 2 40 Peratusan (%) 22.5 42.5 15.0 15.0 5.0 100

Peratus Penduduk yang Disoal Selidik Mengikut Umur

15%

5%

23%

16-24 25-34 35-44

15% 42%

45-54 55-64

Rajah 4.2 : Peratus Penduduk yang Disoal Selidik Mengikut Umur

50 4.4.3 Kajian Terhadap Taraf Pendidikan Responden

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden berdasarkan taraf pendidikan. Taraf pendidikan paling tinggi adalah adalah di peringkat unversiti iaitu seramai 27.5 peratus diikuti diploma seramai 25 peratus. Manakala 30 peratus hanya di peringkat sekolah menengah. Hanya 17.5 peratus dari responden yang menerima pendidikan di peringkat rendah. Tiada responden yang tidak pernah bersekolah. Faktor taraf pendidikan mempengaruhi tahap pengetahuan seseorang mengenai kepentingan menguruskan sisa pepejal dengan sempurna.

Jadual 4.4 : Tahap Pencapaian Pendidikan Responden Taraf pendidikan Sekolah menengah Diploma/kolej Universiti/Ijazah Peringkat rendah Bilangan yang disoal selidik (%) 30 25 27.5 17.5

Peratusan Mengikut Tahap Pendidikan Responden35 30 % Responden 25 20 15 10 5 0 Sekolah menengah Diploma/kolej Universiti/Ijazah Lepasan ijazah Lain-lain

Rajah 4.3 : Peratusan Mengikut Tahap Pendidikan Responden

51 4.5 Tahap Kesedaran Masyarakat

Jadual 4.5 menunjukkan hasil keputusan soal selidik untuk menilai keprihatinan responden tentang isu berkenaan insinerator di Malaysia. Secara keseluruhannya, isu berkaitan pembinaan insinerator di negara kita bukanlah suatu isu yang baru. Kebanyakan responden menyatakan mereka mengetahui hal ini menerusi media massa, media elektronik mahupun internet. Berdasarkan data-data soal selidik didapati hampir keseluruhan responden dalam lingkungan umur 25-44 tahun memberikan jawapan ya. Namun masih ada segelintir responden yang tidak mengetahui isu tersebut. Hal ini sama ada responden tidak pernah mendengar atau mengetahui atau tidak mengambil tahu tentang kewujudan alternatif lain untuk melupuskan sisa pepejal di Malaysia.

Jadual 4.5 : Perbandingan peratusan terhadap bilangan responden yang mengetahui tentang isu insinerator Ya/ Tidak Ya Tidak Jumlah Bilangan Responden 25 15 40 Peratusan (%) 62 38 100

Peratus Responden yang insinerator? Isu mengetahui Anda tahu tentang isu Insinerator

38% Ya Tidak 62%

Rajah 4.4 : Peratus Responden yang mengetahui Isu Insinerator

52 4.6 Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Pembakaran Terkawal (Insinerator)

Jadual 4.6 menunjukkan keputusan hasil daripada kajian soal selidik ini mendapati bahawa majoriti responden mempunyai kefahaman yang sederhana tentang konsep dan proses insinerator iaitu sebanyak 57.5%. Manakala responden yang memiliki tahap kefahaman yang sedikit ialah 20% dan tahap kefahaman yang tinggi adalah 22.5%. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman penduduk di kawasan kajian ini adalah sederhana kerana kurangnya pendedahan dan penekanan mengenai proses pelupusan sisa pepejal menggunakan insinerator dalam sistem pendidikan. Penekanan perlu diterapkan dalam sistem pendidikan secara amnya untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh kepada masyarakat.

Jadual 4.6 : Perbandingan Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Insinerator Tahap Kefahaman Banyak Sederhana Sedikit Tidak tahu langsung Jumlah Bilangan Responden 9 23 8 40 Peratusan (%) 22.5 57.5 20.0 100

53

Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Insinerator60 50 % Responden 40 30 20 10 0 Banyak Sederhana Sedikit Tidak tahu langsung

Rajah 4.5 : Peratusan terhadap Tahap Kefahaman Responden Mengenai Proses Insinerator

4.7

Tahap Pengetahuan Responden

Berdasarkan jadual 4.7 di atas menunjukkan bahawa sebanyak dua peratus responden mengatakan tidak setuju dengan soalan anda mengetahui isu insinerator dari media cetak contohnya surat khabar. Sebanyak lima peratus tidak setuju, majoriti responden sebanyak 68 peratus bersetuju. Sebanyak 25 peratus lagi sangat setuju dengan pernyataan di atas. Min keseluruhan bagi soalan ialah 3.16 menyatakan bahawa setuju dengan soalan yang telah diberikan. Suratkhabar memainkan peranan yang penting untuk memberi maklumat semasa dan pengetahuan kepada orang ramai.

Berdasarkan jadual 4.7 di atas menunjukkan bahawa tiada responden mengatakan setuju dan sangat setuju untuk soalan anda mengetahui isu insinerator dari rakan. Majoriti responden sebanyak 52 peratus tidak setuju manakala sebanyak 48 peratus lagi kurang setuju dengan pernyataan di atas. Min keseluruhan bagi soalan ialah

54 1.48 menyatakan bahawa tidak setuju dengan soalan yang telah diberikan. Perkara ini dapat dirumuskan bahawa topik perbualan semasa penduduk adalah kurang menjurus kepada isu-isu semasa berkenaan pembinaan insinerator di negara kita. Oleh itu tiada informasi yang disampaikan kepada rakan-rakan mengenai insinerator.

Berdasarkan jadual 4.7 di atas menunjukkan bahawa majoriti responden sebanyak 51 peratus responden mengatakan tidak setuju dengan soalan anda mengetahui isu insinerator dari internet. Sebanyak 42 peratus tidak setuju dan sebanyak lima peratus bersetuju. Sebanyak dua peratus lagi sangat setuju dengan pernyataan di atas. Min keseluruhan bagi soalan ialah 1.58 menyatakan bahawa tidak setuju dengan soalan yang telah diberikan. Perkara ini dapat dirumuskan bahawa tidak ramai penduduk yang menggunakan internet untuk mengetahui isu berkenaan insinerator.

Jadual 4.7 Tahap Pengetahuan Masyarakat Frekuensi bagi setiap maklum balas 1 Anda mengetahui isu insinerator dari media cetak contohnya surat khabar Anda mengetahui isu insinerator dari rakan Anda mengetahui isu insinerator dari internet 25 2 2 68 5 3 2 48 42 4 5 52 51 3.16 1.48 1.58 setuju sangat tidak setuju tidak setuju Purata Indeks Skala Indeks

Petunjuk : 1 = Paling Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4 = Paling Setuju

55

4.8

Tahap Sokongan Responden Kebimbangan terhadap kesan pembinaan insinerator dibandingkan dalam jadual

4.8. Bagi setiap soalan, jawapan dibandingkan antara nilai 4 hingga 1. Secara keseluruhannya, ancaman dioxin dan kemerosotan terhadap alam sekitar mencatatkan indeks purata yang tertinggi. Hal ini menunjukkan kebanyakan responden amat bimbang terhadap pelepasan asap beracun tersebut yang boleh memusnahkan alam sekitar. Kebisingan dan ancaman haiwan perosak dianggap memberikan kesan yang sedikit bagi sesetengah responden untuk tidak menyokong pembinaan insinerator. Walau bagaimanapun perbezaan terhadap perbandingan impak tersebut tidak begitu ketara. Ini bermakna kebimbangan responden adalah menyeluruh terhadap pelbagai aspek dan tidak terhad kepada sesuatu kesan. Jadual 4.8 Tahap Sokongan Masyarakat Frekuensi bagi setiap maklum balas 1 2 3 4 3 10 15 12 0 Kemusnahan tumbuhan,haiwan dan hutan Bunyi bising dari kenderaan pemungutan Kesesakan lalulintas Kebisingan dari tapak insinerator Lalat dan haiwan perosak Kemusnahan alam sekitar Kesan kepada hasil tanaman 1 6 4 9 13 0 10 3 8 16 17 5 14 3 13 16 24 13 8 14 8 15 8 21 7 5 11 12 5 22 9 Purata Indeks 2.9 3.5 2.9 2.4 2.7 2.7 2.1 3.5 2.4 Skala Indeks Setuju Sangat setuju Setuju Tidak setuju Setuju Setuju Tidak Setuju Sangat setuju Tidak setuju

Pencemaran udara,air dan tanah Dioxin

Petunjuk : 1 = Paling Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Setuju 4 = Paling Setuju

56

4.9

Keutamaan Pemilihan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal

Apabila ditanya tentang kaedah yang menjadi keutamaan untuk melupuskan sisa pepejal, rata-rata responden memberikan jawapan yang berbeza. Berdasarkan jadual 4.9 di atas menunjukkan bahawa 44% responden menyatakan tapak pelupusan dan 15% responden memilih insinerator. Manakala sebanyak 28% responden memberikan jawapan tidak tahu. Secara keseluruhan, responden yang tidak mempunyai pandangan yang jelas terhadap pengurusan sisa pepejal adalah mereka yang kurang mengambil berat terhadap ancaman pencemaran. Sikap masyarakat banyak bergantung kepada pengetahuan yang mereka ada. Responden cenderung menunjukkan sikap yang negatif terhadap kaedah pelupusan yang kurang popular berbanding kaedah konvensional yang sedia ada.

Jadual 4.9 : Perbandingan Keutamaan Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal Keutamaan Tapak pelupusan Sampah Insinerator Bukan kedua-dua Tidak tahu Jumlah Bilangan Responden 18 6 5 11 40 Peratusan (%) 44 15 13 28 100

Peratusan Keutamaan Kaedah Melupuskan Sisa Pepejal28% 44%

Tapak Pelupusan Sampah Insinerator Bukan kedua-dua

13% 15%

Tidak Tahu

57 Rajah 4.6 : Peratusan Keutamaan Kaedah Melupuskan Sisa Pepejal 4.10 Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal

Berdasarkan rajah 4.7 tapak pelupusan sampah dan insinerator dinilai berdasarkan kesan fizikal, pencemaran dan kesan terhadap kesihatan. Tapak pelupusan sampah dikatakan lebih banyak menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar dan gangguan manakala insinerator dilihat memerlukan kos operasi yang tinggi dan risiko ancaman kesihatan yang lebih tinggi dan kurang popular di Malaysia.

Jadual 4.10 : Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal Bilangan Responden Landfill Kos operasi yang murah Risiko kesihatan yang rendah Kemusnahan Alam Sekitar Lebih banyak Ancaman Kurang Popular 36 16 25 22 3 Insinerator 3 20 14 18 37

Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal40 35 30 25 20 15 10 5 0

landfill Insinerator

Bilangan Responden

Kemusnahan alam sekitar

Kos operasi murah

Lebih banyak ancaman

Rajah 4.7 : Perbandingan Penilaian terhadap Alternatif Pelupusan Sisa Pepejal

Risiko kesihatan yang rendah

Kurang popular

58

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Perletakan tapak insinerator merupakan satu isu yang agak sensitif di mana tapak pelupusan sisa pepejal terma ini perlu dibina mengikut piawaian yang telah ditetapkan selain mengambilkira kepentingan masyarakat dan persekitaran. Namun, jumlah sisa pepejal yang dihasilkan semakin tinggi dan bakal melebihi jumlah kapisiti kadar tampungan yang mampu ditampung oleh pusat pelupusan sisa pepejal konvensional sedia ada. Oleh itu, kajian tentang tahap kesedaran dan penerimaan masyarakat terhadap pembinaan insinerator sebagai alternatif sistem pelupusan sisa pepejal adalah diperlukan.

59

5.2

Kesimpulan

Seramai 40 responden penduduk di Taman Pulai Utama telah dipilih secara rawak untuk mengisi borang soal selidik dimana 23 responden lelaki dan 17 responden perempuan memberikan jawapan yang berbeza-beza. Analisa data tersebut bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman individu tentang pengurusan sisa pepejal. Merujuk kepada objektif yang telah digariskan, kajian ini telah mencapai objektif yang dikehendaki. Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan dan kesedaran penduduk terhadap pengurusan pelupusan sisa pepejal di kawasan kajian didapati bahawa tahap kesedaran responden adalah sederhana. Kebanyakan responden bersetuju mengatakan media cetak seperti suratkhabar merupakan perantaraan terbaik untuk memberikan maklumat tentang pengurusan sisa pepejal.

Malah tahap pendidikan banyak mempengaruhi tahap kesedaran masyarakat terhadap sistem pengurusan sisa pepejal. Ini menunjukkan pendedahan dan pengetahuan masyarakat terhadap isu perletakan insinerator masih lagi cetek di minda sesetengah mereka. Hal ini secara tidak langsung berpunca daripada ketidakprihatinan dan sikap sambil lewa masyarakat yang kurang membaca untuk mengetahui isu-isu semasa serta masalah yang sedang dihadapi oleh negara dalam menguruskan sisa pepejal yang kian bertambah.

Namun, bagi sesetengah masyarakat yang sedar tentang masalah yang dihadapi tahap kebimbangan terhadap isu ini jelas kelihatan apabila mereka menyokong tindakan kerajaan untuk membina insinerator. Kebimbangan terhadap risiko pelaksanaan sistem baru pelupusaan sisa pepejal didapati meningkat berikutan maklumat tentang insinerator yang terhad dan sedikit. Pemerolehan maklumat yang sedikit mengurangkan kredibiliti

60 pemaju dan menimbulkan bantahan terhadap alternatif tersebut. Justeru pendedahan maklumat yang tepat dan bersesuaian adalah penting untuk memperoleh penerimaan masyarakat tanpa sikap prejudis.

Rata-rata responden masih belum bersedia untuk menerima pelaksanaan teknologi baru untuk melupuskan sisa yang dijanakan. Daripada analisis yang dibuat didapati majoriti responden memilih tapak pelupusan sampah sebagai destinasi terakhir untuk melupuskan sisa. Kurangnya penglibatan masyarakat terhadap isu ini mempengaruhi keputusan mereka untuk menyokong mahupun menolak pelaksanaan kaedah pelupusan sisa pepejal yang ingin dibangunkan.

5.3

Batasan Kajian

Walaupun hasil kajian telah diperolehi dan matlamat kajian dapat dicapai, namun terdapat kekurangan dalam kajian yang dijalankan ini. Kekurangan ini pada dasarnya dipengaruhi oleh faktor batasan masa yang terhad bagi menjalankan kajian, masalah pemerolehan data yang terperinci dan penggunaan tenaga kerja yang terhad dalam menjalankan kajian ini.

Masalah lain yang dihadapi ialah ada juga responden yang tidak mahu memberi kerjasama dalam menjalankan kajian ini dan ada segelintir yang salah faham mengenai mesej sebenar yang ingin disampaikan. Namun begitu, tidak semua responden bersikap sedemikian. Terdapat beberapa responden yang memberi kerjasama dengan baik kerana mereka berlatarbelakangkan pendidikan yang tinggi dan memahami tujuan kajian ini dijalankan.

61

5.4

Reaksi Penduduk

Kajian ini dijalankan dengan memberi kertas soal selidik yang ingin mengetahui latarbelakang responden, pendapat dan penerimaan penduduk mengenai tapak pelupusan sampah dan insinerator. Penerangan secara ringkas sebab dan tujuan ini dijalankan diterangkan kepada responden terlebih dahulu supaya responden tidak salah faham terhadap tujuan sebenar soal selidik dibuat. Menerusi cara tersebut kerjasama lebih mudah diperoleh daripada responden. Penerangan ringkas tentang kepentingan dan keperluan insinerator pada masa akan datang turut diberikan agar responden lebih memahami apakah yang dimaksudkan dengan pembakaran terkawal menggunakan insinerator. Namun begitu ada juga responden yang tidak mahu sama sekali meluangkan sedikit masa dengan alasan sibuk, tidak tahu berbahasa Melayu, dan tidak mahu diganggu.

5.5

Cadangan

Malaysia tidak mempunyai sistem pengurusan sampah teratur dan cekap berikutan ketiadaan akta berkaitan perkara itu sehingga menyebabkan masalah pembuangan sampah di negara ini berada pada tahap serius dan memberi kesan alam sekitar. Ketika ini sistem pengurusan sampah dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang tidak berkemampuan dari segi kepakaran serta kewangan bagi membina kemudahan operasi pelupusan sampah yang baik.

62 Kemudahan pelupusan sampah yang baik seperti insinerator atau pelupusan sanitari secara timbusan, memerlukan peruntukan yang terlalu tinggi dan kebanyakan PBT tidak mempunyai wang sehingga beratus juta. Jalan terbaik bagi mereka adalah mewujudkan tapak pelupusan sampah konvensional dan jika dilihat dengan teliti tapak ini seolah hanya menjadi tempat pembuangan berikutan pengurusannya yang tidak teratur sehingga menjejaskan alam sekitar. Semua pihak wajar memainkan peranan penting bagi memastikan masalah pelupusan sampah diatasi dan tidak dinafikan terdapat kelemahan ketara dalam sistem pengurusan sampah.

Penerapan budaya menjaga kebersihan dan motivasi diri harus dipupuk sejak kecil. Pendekatan menerusi program berunsurkan pendidikan dan kempen yang memberikan maklumat yang berguna kepada orang ramai tentang implikasi alam sekitar dan kesihatan haruslah lebih dilaksanakan dengan lebih efektif dan giat.

5.7

Rumusan

Masalah pengurusan sisa sampah domestik negara adalah isu yang tidak berkesudahan. Ia menjadi hangat apabila tapak pelupusan sampah hampir penuh dan menjadi senyap semula apabila tapak baru dijumpai sehinggalah beberapa tahun kemudian. Penggunaan tapak pelupusan sampah secara konvensional tidak bersifat mesra alam kerana sisa bertoksik masih boleh meresap ke sistem air bawah tanah. Untuk tempoh jangka pendek, loji insinerator amat diperlukan untuk melupuskan jisim sampah dan boleh digunakan juga untuk menjana tenaga elektrik. Tetapi bagi tempoh jangka panjang, teknologi insinerator masih mempunyai kelemahan iaitu pelepasan gas bertoksik.

63

Dalam kajian ini, tahap kesedaran dan penerimaan penduduk terhadap pembinaan alternatif baru untuk melupuskan sisa pepejal (insinerator) dinilai dan dianalisa. Penerimaan penduduk memainkan peranan penting dalam perletakan insinerator yang berisiko tinggi. Justeru pemahaman yang tinggi diperlukan agar penduduk mengetahui risiko yang bakal diterima pada masa akan datang.

64

RUJUKAN

Agamuthu P, Nather Khan, (1997). Effective Solid Waste Management. Ecotone Management Sdn Bhd Petaling Jaya. Berita Harian, (17 Mac 2006). Insinerator Kaedah Terbaik. Berita Harian, (29 November 2004). Kaedah Terbaik Atasi Pelupusan Sampah Perlu Dicari. Berita Harian, (17 Mac 2006), Pelupusan Selamat Bermula Dari Rumah. Berita Harian, (12 Ogos 2006), Sistem Insinerator Lupus Sampah. Mohd Zaki Othman (2003), Kajian Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Peranginan di Malaysia. Tesis Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia. Mingguan Malaysia, (3 Desember 2006). Insinerator: Jangan bantah lagi. Mingguan Malaysia, (14 Julai 2006). Kaedah Terbaik Pengurusan Sisa Pepejal Bukan Hanya Satu. Norzaina Harun (2003), Kajian Mengenai Pengurusan S