tesis kajian tindakan juhaili 2012

92
BAB 1 PENGENALAN MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan. Bahasa merupakan saluran interaksi yang utama kepada manusia. Dengan bahasa individu boleh berkomunikasi dengan individu lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi. menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993),pembelajaran secara formal berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru Bahasa Malaysia merupakan tunjang yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat memahami apa sahaja perkara yang dibacanya dalam Bahasa Melayu. Kepentingan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu menjadi saluran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan oleh guru untuk berinteraksi secara lisan dengan murid. Ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa 1

Upload: mysha08

Post on 30-Sep-2015

60 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

thesis

TRANSCRIPT

Penggunaan Kaedah Latih Tubi Untuk Meningkatkan Pemahaman Membaca Dalam Bahasa Malaysia Murid Tahun 2

BAB 1PENGENALAN MASALAH KAJIAN

1.1 Pengenalan.

Bahasa merupakan saluran interaksi yang utama kepada manusia. Dengan bahasa individu boleh berkomunikasi dengan individu lain bagi menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi. menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993),pembelajaran secara formal berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru Bahasa Malaysia merupakan tunjang yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat memahami apa sahaja perkara yang dibacanya dalam Bahasa Melayu.

Kepentingan meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Melayu menjadi saluran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan oleh guru untuk berinteraksi secara lisan dengan murid. Ini dijelaskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran membaca dalam sukatan pelajaran. Hal ini diberi perhatian utama bertujuan bagi mencapai objektif pengajaran Bahasa Melayu, iaitu membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dan seterusnya memahami apa yang dibacanya. Kemahiran membaca adalah salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah kesinambungan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.

Matlamat KBSR adalah untuk memastikan perkembangan murid-murid secara menyeluruh iaitu dari segi jasmani, bakat, akhlak, sosial dan nilai-nilai estetik. (Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu 2003:11). Tiga bidang dalam KBSR adalah komunikasi, manusia dan alam sekelilingnya dan perkembangan diri individu. Komunikasi melibatkan kemahiran-kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) yang merupakan keperluan hidup yang asasi. Dalam bidang KBSR, bidang komunikasi dikenali sebagai Komponen Kemahiran Asas.

Murid yang masih gagal menguasai kemahiran membaca dengan lancar masih lagi terdapat walaupun pelbagai pendekatan digunakan.. Ketidakupayaan murid membaca dengan lancar menyebabkan murid tidak dapat memahami apa yang dibacanya. Menguasai kemahiran membaca amat penting kepada murid supaya mereka berupaya menjawab soalan-soalan berdasarkan bahan bacaan yang telah dibaca. Guru yang kreatif dan inovatif akan mempelbagaikan teknik atau aktiviti pengajaran semasa pembelajaran dan pengajaran. Contohnya dua orang guru bahasa mengajar satu tajuk yang sama kepada murid masing-masing, namun teknik yang digunakan berbeza. . Berdasarkan keadaan itulah maka penyelidik memilih teknik latih tubi yang dikenal pasti dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca.

1.2 Latarbelakang masalah kajian

Mata pelajaran Bahasa Malaysia merupakan mata pelajaran penting di sekolah rendah dan setiap murid wajib lulus cemerlang dalam subjek ini bagi mendapatkan tempat di Institut Pendidikan Tinggi Awam.

Bahasa Malaysia merupakan bahasa interaksi dan pertuturan utama setiap individu murid, lebih-lebih lagi bagi murid yang berbangsa Melayu. Subjek ini telah diperkenalkan sejak pelajar masih di kelas pra-sekolah lagi, namun terdapat murid yang masih gagal menguasai kemahiran membaca dan tidak memahami apa yang dibaca.

Melalui kajian rintis yang telah dijalankan, beberapa masalah yang dikenalpasti dihadapi oleh murid. Pertama, masih terdapat murid yang tidak dapat membaca suku kata dan perkataan yang mudah. Kedua, ada juga dalam kalangan murid yang belum dapat membaca petikan pendek dengan lancar. Seandainya murid masih belum dapat membaca dengan lancar serta tidak memahami apa yang dibaca, murid tersebut akan menghadapi masalah semasa menjawab soalan pemahaman. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), aspek bacaan paling diutamakan. Kemahiran ini ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Menguasai kemahiran membaca bukanlah satu kerja yang mudah.

Bagi menangani masalah murid ini, pengkaji akan memperkenalkan teknik latih tubi dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Bagi memulakan kajian, saya akan membuat ujian pra bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap responden yang dikaji. Setelah ujian pra dijalankan, saya akan menjalankan teknik latih tubi bagi membantu murid yang menghadapi masalah membaca.

Kajian yang dilakukan ini akan dijadikan panduan dan rujukan bagi guru-guru di sekolah dalam usaha membantu murid yang belum dapat membaca dengan lancar.

1.3 Soalan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan-soalan berikut:

a. Adakah teknik latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran membaca?b. Adakah murid-murid berminat membaca menggunakan teknik latih tubi?

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

1. Mempastikan keberkesanan teknik latih tubi dalam membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca.

2. Memastikan penggunaan teknik latih tubi meningkatkan minat murid-murid.

1.5 Batasan kajian.

Kajian yang dijalankan tentang keberkesanan teknik latih tubi dalam meningkatkan kemahiran membaca murid Tahun 2 dan 3 . Kajian ini dijalankan di sekolah kurang murid iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Biar, Bakong. Ada beberapa kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan kajian ini. Antara kekangan yang dihadapi adalah seperti berikut:

Bilangan responden yang dikaji sedikit iaitu seramai 10 orang. Instrumen kajian yang digunakan seperti ujian pra dan ujian pos. Tempoh menjalankan kajian selama 4 minggu sahaja. Penggunaan bahan-bahan penyelidikan dan soalan yang terhad seperti borang soal selidik dan temu bual. Kajian hanya dijalankan di sekolah penyelidik sahaja.

1.6 Definisi / Istilah

Definisi membawa erti maksud sesuatu perkara, bahan-bahan, kata-kata dengan lebih jelas lagi. Manakala istilah pula sesuatu perkataan khas yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu.

1.6.1 Keberkesanan Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] ( 2002 ) mendefinisikan Keberkesanan sebagai sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada hasil yang diperoleh sesudahnya.

1.6.2 Teknik

Teknik merupakan sesuatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti. (Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam, 1985: 3-4).

1.6.3 Latih Tubi

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (2002), perkataan Latih Tubi bermaksud latihan yang diulang-ulangi. Menurut Nadzeri Isa (2009), latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dan kemahiran yang dipelajari. Dalam konteks pengajaran membaca, teknik latih tubi boleh dijalankan untuk pengajaran bacaan mekanis, khususnya yang melibatkan ketepatan intonasi dan sebutan.

1.6.4 Meningkatkan

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (2002), perkataan Meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan, membesarkan dan memperhebat.

1.6.5 Kemahiran

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] (2002), perkataan Kemahiran bermaksud kecekapan dan kepandaian.

1.6.6 Membaca

Perkataan membaca mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP] membawa maksud memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan ini amat penting dan memberi banyak manfaat kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, murid-murid dan ibu bapa / penjaga.

1.7.1 Pihak Pentadbir Sekolah

Banyak faedah yang diperoleh oleh pihak pentadbir sekolah dalam usaha menangani murid-murid yang menghadapi masalah membaca. Beberapa langkah akan diambil oleh pihak pentadbir dalam mengatasi masalah ini. Seandainya pihak pentadbir bersikap umpama melepaskan batuk di tangga dan tidak berbuat apa-apa, murid-murid berkenaan dibimbangi akan terus ketinggalan dalam pelajaran terutama sekali apabila mereka melangkah ke tahap 2 nanti. Apabila masuk ke Tahun 4 murid-murid yang menghadapi masalah membaca akan menghadapi masalah dalam menulis karangan. Justeru kajian yang dijalankan, boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh pihak pentadbir sekolah dalam menanganii masalah murid yang menghadapi masalah membaca.

1.7.2 Guru-guru

Guru-guru Bahasa Melayu boleh menjadikan maklumat ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalankan teknik latih tubi semasa mengajar kemahiran membaca kepada murid-murid yang belum mahir atau lancar membaca petikan. Kajian ini boleh meringankan beban guru-guru untuk membuat pilihan bagi memilih bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mengajar kemahiran membaca yang selari dengan minat dan kebolehan murid. Keupayaan murid menguasai kemahiran membaca dapat membantu murid menjawab soalan-soalan pemahaman dan seterusnya menulis karangan apabila mereka masuk ke tahap 2 kelak. Masalah murid ini haruslah diusahakan sedari t awal lagi supaya murid-murid dapat menguasai pelajaran yang seterusnya.

1.7.3 Ibu bapa dan penjaga

Kajian ini juga boleh menjadi panduan kepada para ibu bapa atau penjaga bagi mengesan kelemahan anak-anak mereka. Dengan itu, mereka dapat bekerjasama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru dalam menangani masalah murid yang belum dapat menguasai kemahiran membaca dengan lancar. Justeru, semua pihak boleh mencari dan berkongsi cara atau medium yang sesuai bagi mengatasi permasalahan ini.

1.8 Rumusan Berpandukan huraian di dalam bab ini, teknik latih tubi adalah satu teknik yang biasa digunakan oleh guru-guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di dalam bilik darjah. Guru merupakan pelaksana bagi kaedah ini. Mok Soon Sang (2002), menyatakan kejayaan sesuatu kurikulum sekolah adalah berkait rapat dengan pengoperasian kurikulum tersebut. Kita sebagai guru haruslah memberi dorongan dan motivasi kepada murid yang belum dapat membaca dengan lancar. Jika murid diberi dorongan dan motivasi mereka akan terus berminat mengikuti pengajaran guru di dalam bilik darjah. Jadi mereka berpotensi untuk menguasai kemahiran membaca. Murid yang telah menguasai kemahiran membaca dapat memahami isi kandungan bahan yang dibaca. Jadi, mereka akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan dengan yakin. Bab ini telah membincangkan berkenaan pernyataan masalah kajian, soalan-soalan kajian, objektif kajian, batasan kajian, definisi / istilah dan kepentingan kajian. Adalah diharapkan kajian ini dapat menjadi panduan dan rujukan serta faedah kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa atau penjaga murid dalam melaksanakan teknik latih tubi pada masa-masa akan datang.

BAB 2TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membicarakan berkenaan tinjauan literatur yang berkaitan dengan keberkesanan teknik latih tubi dalam pengajaran Bahasa Melayu untuk murid Tahun 2 dan 3. Antara kelemahan murid yang boleh dikesan adalah, tidak dapat mengeja suku kata terbuka dan tertutup, perkataan serta ayat-ayat mudah. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh murid di sekolah tertentu, malah setiap sekolah di negara kita berhadapan dengan masalah murid yang tidak dapat membaca. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membimbing murid agar boleh membaca dengan lancar. Pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi membantu murid yang belum dapat menguasai kemahiran membaca. Salah satu daripada teknik tersebut ialah teknik latih tubi.

2.2 Teknik Latih Tubi

Ketika menyampaikan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, guru sepatutnya boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berlandaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang ada kaitannya dengan ilmu pendidikan, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Ia tidak seharusnya wujud daripada gerak hati atau intuisi guru itu sahaja. Jika begitu halnya, pasti teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang berkesan serta tidak mencapai objektif pengajaran. Dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, memang terdapat bermacam cara dan teknik yang dapat digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Teknik yang digunakan harus sesuai dengan umur, minat serta bahan pengajaran yang disampaikan. Teknik latih tubi adalah teknik yang digunakan untuk menjalankan kajian ini.

Latih tubi adalah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yunani bagi menyampaikan ajaran agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan tuhan mereka. Pada ketika itu teknik ini dapat digunakan dengan berkesan sekali. Teknik latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Ini bertujuan untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut disamping menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi sangat sesuai dijalankan bagi pengajaran bahasa kedua, dan ia boleh juga digunakan memperoleh sesuatu kemahiran, contohnya kemahiran melukis, membina ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta yang penting.

Sama seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi juga mempunyai kelemahan-kelemahannya seperti membataskan kebebasan berfikir dan hanya tertumpu kepada daya kreatif murid. Teknik latih tubi boleh dilaksanakanbagi memperolehi kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid-murid akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunakan perkataan-perkataan itu. Teknik ini berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut yang biasa digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Berdasarkan teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:

( i ) Sebutan Menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. ( ii ) Tatabahasa Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. ( iii ) Perbendaharaan kata Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu. (iv ) Kefasihan Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. ( v ) Kefahaman Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar (Juriah Long, et al. 1992:39).

2.2.1 Peranan Guru Dalam Melaksanakan Teknik Latih Tubi Untuk menjalanjan Teknik Latih Tubi, guru haruslah memainkan peranan secara giat dan teliti semasa merancang, melaksana, mengelola, mengendali dan membimbing murid.

Antara peranan guru ialah:( i ) Memerhati Guru mesti memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan. Selain itu, guru juga perlu memberi bimbingan dan panduan kepada murid dari semasa ke semasa.

( ii ) Merangsang Guru juga perlu menunjukkan minat yang tinggi serta keazaman yang jitu dalam menjalankan teknik ini.

( iii ) Menilai Pada akhir bulan Mei, guru haruslah menilai prestasi murid dengan memberi Ujian pos. Ujian ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah teknik latih tubi boleh membantu murid menguasai kemahiran membaca.

( iv ) Merekod Guru juga perlu merekod pencapaian murid dalam jadual yang disediakan. Rekod pencapaian ini penting bagi membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

2.3 Teori teori Teknik Latih Tubi

Teori behaviurisme dan teori mentalis adalah dua teori yang paling popular mengenai pemerolehan dan penguasaan bahasa. Berpandukan kepada kedua-dua teori ini lahirlah beberapa prinsip di dalam pengajaran bahasa yang menimbulkan pula beberapa kaedah yang boleh digunakan d idalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Teori yang berkaitan dengan teknik latih tubi ialah teori behaviorisme. Diantara ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks. Mereka berpegang kepada beberapa prinsip pokok terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa. Antaranya ialah:

( i ) Mengikut teori behaviarisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan. Teori ini berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak kanak. Seseorang kanak kanak itu memperolehi bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain melalui proses peniruan yang berulang-ulang sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi, menyebut perkataan perkataan dan seterusnya membentuk ayat-ayat.

Teori ini menekankan latihan atau pengulangan yang banyak kerana penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental. Kemahiran berbahasa diperoleh melalui pembentukan biasaan sebagaimana juga kita menguasai kemahiran-kemahiran psikomotor seperti berlari, berenang dan sebagainya. Pembentukan kebiasaan dalam penguasaan bahasa ini nyata daripada pendapat Brooks (1960) yang mengatakan bahawa satu fakta yang dominan mengenai bahasa ialah berhubung dengan pembentukan dan prestasi biasaan, tidak berkaitan dengan penyelesaian masalah.( ii ) Bagi golongan behaviaris, bahasa adalah suatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Seandainya tingkahlaku manusia berpunca daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas, maka bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Tegasnya, tingkah laku bahasa lahir ketika ucapan terlahir daripada mulut seseorang dan ucapan itu diterima/didengar dan difahami oleh pendengar dan sebaliknya. Proses ini dapat digambarkan seperti berikut:

Penutur A Penutur B S-------------r s--------------RRangsangan datang kepada A daripada dalam dirinya dan daripadanya timbul gerak balas, iaitu dia mengucapkan sesuatu untuk ditunjukkan kepada B. Ucapan A itu menjadi rangsangan kepada B dan sebagai gerak balasnya dia melahirkan pertuturan untuk menjawab ujaran A.( iii ) Yang lebih dipentingkan oleh golongan behaviuris ialah bahasa sebagai alat komunikasi. Oleh sebab itu, mereka menekankan aspek lisan. Bagi Bloomfield, bahasa adalah sejumlah isyarat atau tanda yang berupa unsur-unsur bunyi yang dinamakan bentuk linguistik. ( iv ) Satu lagi perkara yang dipentingkan oleh golongan behaviaris di dalam pembelajaran ialah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang pelajar memberikan gerak balas yang betul. Ini telah diilhamkan oleh Skinner sewaktu beliau menjalankan percubaan terhadap seekor merpati yang dikurung di dalam kotak. Kotak itu disediakan dengan suis, apabila merpati itu lapar, ia mematuk-matuk dan apabila ia terpatuk suis, keluarlah makanan. Makanan ini adalah ganjaran yang mendorongkan merpati itu untuk mengulangi perbuatannya mematuk suis bagi mendapatkan makanan. Daripada percubaan ini, beliau beranggapan ganjaran penting untuk mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan berlaku, maka wujudlah pembelajaran.( v ) Daripada aspek huraian bahasa, golongan behaviaris berpegang kepada huraian bahasa secara deskriptif atau struktural. Huraian bahasa secara deskriptif ini muncul seiringan dengan munculnya golongan behaviuris, iaitu pada tahun-tahun 1930-an.( vi ) Dalam proses pembelajaran bahasa, golongan behaviaris beranggapan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh murid adalah kegagalan murid membentuk biasaan-biasaan yang betul dan mesti diperbetulkan.

Teori ini menyumbangkan idea-idea yang tertentu untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori ini mengemukakan kaedah pengajaran yang popular dan telah umum dipraktikkan. Kaedah itu adalah kaedah Dengar-sebut. Kaedah ini berkaitan dengan kaedah latih tubi. Kaedah ini menekankan prinsip-prinsip berikut dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

1. Bahasa adalah lisan dan bahasa adalah komunikasi, maka dalam pengajaran lisan atau pertuturan mestilah didahulukan dan diikuti kemahiran bacaan dan tulisan.2. Penguasaan bahasa boleh diperolehi secara mekanis, maka pengajaran mestilah menekankan pengulangan atau latih tubi.3. Kemahiran bahasa boleh dikuasai secara pengulangan, maka nahu tidak perlu diajarkan secara langsung atau secara formula kerana yang dipentingkan ialah bentukan kebiasaan.4. Bahasa adalah hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas, maka didalam pengajaran seboleh-bolehnya wujudkan suasana pembelajaran yang boleh menimbulkan rangsangan dan gerak balas. Dengan demikian alat bantu mengajar amatlah penting.5. Kesilapan dianggap sebagai kegagalan didalam membentuk biasaan, maka guru mestilah menjadi model penggunaan bahasa yang sebaik-baiknya. Sekiranya guru tidak mampu menjadi model yang baik, dia harus mencari informan-informan yang terdiri daripada penutur-penutur jati.6. Bagi mendorong wujudnya rangsangan dan gerak balas bagi menggalakkan pengulangan dan mengukuhkan atau meneguhkan pembelajaran, ganjaran haruslah diberikan. Walau bagaimanapun ganjaran tidak semestinya berupa benda, memadai hanya dengan kata-kata pujian daripada guru.

2.4 Kajian kajian Lepas Berdasarkan kajian-kajian lepas, jelas membuktikan bahawa penggunaan teknik latih tubi telah banyak membantu murid dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca. Jika diteliti kajian yang telah dijalankan oleh Nor Idayu Bt. Idris (2005), jelas menunjukkan bilangan murid yang meningkat dalam pencapaian pelajaran. Ini dapat dilihat daripada keputusan Ujian pra dan Ujian Pasca yang telah dijalankan oleh penyelidik. Bilangan murid yang dikaji oleh penyelidik seramai 18 orang. Semasa Ujian pra, bilangan murid yang cemerlang seramai 1 orang (6%), bilangan murid yang sederhana seramai 13 orang (72%) dan murid yang lemah seramai 4 orang (22%).

Setelah Ujian Pasca dijalankan, prestasi pelajar menggunakan teknik latih tubi telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Bilangan murid yang cemerlang telah meningkat daripada seorang murid kepada 5 orang murid (27%). Bilangan murid yang berprestasi sederhana menurun sedikit iaitu daripada 13 orang murid kepada 12 orang murid (67%). Namun begitu, bilangan murid yang lemah pencapaian menunjukkan penurunan daripada 4 orang kepada seorang murid sahaja (6%). Pencapaian murid yang meningkat menggunakan teknik latih tubi ini jelas membuktikan bahawa teknik ini amat sesuai untuk membantu murid untuk menguasai kemahiran membaca.

Berpandukan kajian yang telah dijalankan oleh Akmal Bt. Haji Mat Rata (2004), juga telah membuktikan bahawa penggunaan teknik latih tubi banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca. Dalam kajiannya, beliau telah mengkaji 16 orang murid. Kajian dilakukan selama 2 bulan berturut-turut iaitu pada bulan Mac dan bulan April. Penilaian yang dijalankan pada bulan Mac, hanya seorang murid (6.25%)

yang mencapai peringkat lancar membaca, 8 orang murid (50%) masih diperingkat sederhana kelancaran. Manakala 7 orang murid (43.75%) masih diperingkat kurang lancar dan lemah. Jika dilihat secara keseluruhan, pencapaian murid dalam membaca masih pada tahap yang kurang memberangsangkan. Justeru itu, pengkaji telah memilih teknik latih tubi untuk membantu murid yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran membaca.

Namun pencapaian murid pada penilaian yang dijalankan pada bulan April, menunjukkan peningkatan dalam pencapaian menguasai kemahiran membaca. Bilangan murid yang boleh membaca dengan lancar telah meningkat daripada seorang murid kepada 3 orang (18.75%). Bilangan murid yang boleh membaca sederhana lancar juga meningkat daripada 8 orang murid kepada 10 orang murid (62.5%). Begitu juga dengan bilangan murid yang masih kurang lancar dan lemah juga telah menunjukkan penurunan daripada 7 orang murid kepada 3 orang murid (18.75%).

Begitu juga dengan kajian yang telah dijalankan oleh Sharifah Azura Syed Hassan juga telah membuktikan bahawa kemahiran membaca murid Tahun 2 Bestari di Sekolah Kebangsaan Rasah Jaya dapat ditingkatkan menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri. Teknik yang digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini ialah teknik latih tubi dan bercerita. Tinjauan awal menunjukkan murid-murid ini tidak dapat membaca perkataan yang mengandungi KVKVK. Teknik ini telah berjaya menarik minat mereka untuk membaca. Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan 22 orang murid Tahun 2 Bestari.

Berdasarkan dapatan keputusan Ujian pra yang telah dijalankan, didapati hanya 4% murid berjaya mendapat markah > 50%. 27% murid mendapat markah antara 30% - 40%. Manakala 69% murid mendapat markah 50% iaitu meningkat sebanyak 55.4%. 18% murid mendapat markah antara 30% - 40% iaitu menurun sebanyak 9%. 23% murid mendapat markah