kajian tindakan 5kfl 2012

23
1 1.0 Tajuk: MENGGUNAKAN “SKOR BINTANG” UNTUK MENGATASI SIKAP PELAJAR TINGKATAN 5 KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM ( 5KFL ) TAHUN 2012 YANG TIDAK BERMINAT UNTUK BELAJAR MATA PELAJARAN AKADEMIK TERMASUK BAHASA MALAYSIA 2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji: 2.1 Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur 2.2 Penasihat: Pn Hjh Hindon bt Abdul Rahman Pengetua. Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur 2.3 Penyelaras: i. Encik Anuar Afandi bin Sharudin Penolong Kanan, Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur ii. Puan Rohana bt Zainal Abidin Guru Kanan Bahasa

Upload: noraidah-johari

Post on 18-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

prestasi pelajar

TRANSCRIPT

15

1.0 Tajuk:

MENGGUNAKAN SKOR BINTANG UNTUK MENGATASI SIKAP PELAJAR TINGKATAN 5 KIMPALAN DAN FABRIKASI LOGAM ( 5KFL ) TAHUN 2012 YANG TIDAK BERMINAT UNTUK BELAJAR MATA PELAJARAN AKADEMIK TERMASUK BAHASA MALAYSIA

2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji:

2.1 Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

2.2 Penasihat: Pn Hjh Hindon bt Abdul Rahman Pengetua. Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

2.3 Penyelaras: i. Encik Anuar Afandi bin Sharudin Penolong Kanan, Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

ii. Puan Rohana bt Zainal Abidin Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

2.4 Pelaksana: Puan Ruslina binti Rahmat Guru Cemerlang Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Vokasional Setapak, Jalan Genting Kelang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

3.0 Latar Belakang Kaji Mata pelajaran Bahasa Malaysia sangat penting untuk memastikan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat sijil kerana tanpa kelulusan dalam subjek ini usaha pelajar selama dua tahun di tingkatan 4 dan 5 adalah sia-sia belaka. Subjek ini juga tidaklah begitu susah terutama sekali bagi pelajar saya, 5 KFL yang semuanya berbangsa Melayu kecuali seorang India. Mereka merupakan penutur jati Bahasa Malaysia dan bahasa ini menjadi percakapan mereka seharian di rumah dan di mana-mana mereka pergi.

4.0 Penyataan Masalah dan Keperihatinan

Pelajar-pelajar didapati lemah dalam menjawab subjek ini dan mendapat markah yang kurang memberangsangkan. Kebanyakan mereka gagal dalam Bahasa Malaysia kerana membiarkan soalan kosong tanpa dijawab ataupun menjawab tetapi bersikap asalkan ada sahaja. Hal ini akan menjejaskan peratus kelulusan pelajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah ini. Mereka akan gagal dalam subjek Bahasa Melayu SPM menyebabkan mereka tidak akan mendapat sijil SPM. Hal ini juga menjejaskan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik atau untuk mendapatkan pekerjaan.

5.0 Rasional Kajian Sekiranya seseorang pelajar itu lemah, hal ini boleh dibaiki dengan syarat dia mempunyai keazaman yang kuat dan menumpukan sepenuh perhatian semasa belajar. Keadaannya berbeza sekiranya seseorang pelajar itu lemah ditambah pula dengan sikapnya yang sangat negatif untuk membaiki diri selain tidak berminat langsung dalam pelajaran akademik.. Contohnya mereka lebih suka ponteng sekolah, tidur di dalam kelas, membuat bising, bersembang, tidak membawa beg sekolah berserta alat- alat tulis dan buka latihan mereka.

Mereka tidak langsung menunjukkan minat dan usaha untuk meningkatkan diri semasa P & P di dalam kelas walaupun mereka akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi. Ada dalam kalangan pelajar ini yang suka ponteng kelas akademik kerana lebih suka membantu guru-guru bengkel dalam kerja-kerja yang melibatkan kursus mereka. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang terdiri daripada golongan keluarga susah, terpaksa bekerja pada waktu malam untuk mendapat wang lebih seperti bekerja di pasar malam dan menjadi DJ. Bagi mereka mendapat wang pada waktu sekarang lebih realistik berbanding dengan janji ibu bapa atau guru mereka yang mengatakan mereka akan mendapat lebih banyak wang sekiranya mereka belajar rajin-rajin dan mendapat kerja yang baik pada masa hadapan. Bagi mereka selagi mereka tidak nampak pulangannya lagi lebih baik mereka bekerja sekarang dan mendapat duit sekarang.

6.0 Objektif Kajian SKOR BINTANG

i. Mengubah sikap pelajar agar lebih positif semasa P&P di sekolah.ii. Merangsang pelajar agar melibatkan diri secara aktif di dalam kelas iii. Pelajar menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dalam tempoh masa yang ditetapkan.iv. Dapat mengelakkan pelajar yang malas dan suka tidur di dalam kelas.v. Pelajar membawa buku dan peralatan sekolah supaya dapat menyiapkan tugasan guru.vi. Mewujudkan persekitaran seronok untuk belajar.vii. Melahirkan pelajar yang suka bersaing.viii. Mengubah sikap pelajar menjadi lebih rajin, aktif dan bersedia dalam P&P.

7.0 Metodologi Kajian (Kaedah Kajian)

i. a. Semua orang suka akan ganjaran selepas melakukan sesuatu terutama sekali golongan muda. Tujuan BINTANG diberikan adalah untuk mengubah sikap pelajar yang selama ini sangat negatif. Pelajar yang dapat mengumpul BINTANG yang banyak. (10 bintang) dalam tempoh masa tertentu akan diberikan ganjaran berupa peralatan keperluan persekolahan. BINTANG diberi sekiranya pelajar menunjukkan sikap yang positif semasa di sekolah sama ada semasa P&P atau tidak. Contohnya :

* Sekiranya pelajar itu lemah tetapi ada usaha untuk menjawab atau melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan. * Pelajar membawa alat-alat tulis yang lengkap dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurna. * Selepas menghasilkan kerja yang baik, memuaskan dan cemerlang sama ada selepas melaksanakan tugasan secara individu atau kumpulan. (Pemberian BINTANG juga diberikan berdasarkan keadaan semasa, bertujuan untuk memotivasikan pelajar agar bersikap positif pada bila-bila masa. Satu usaha yang baik satu bintang).

b. Satu PAPAN SKOR BINTANG akan diletakkan di papan kenyataan di hadapan atau di belakang kelas agar pelajar dapat melihat perkembangan kutipan bintang yang mereka dapat setiap bulan.

c. Pelajar yang mendapat lebih daripada 10 bintang , dalam masa sebulan atau mengikut kesesuaian masa ( tidak termasuk waktu cuti, waktu peperiksaan/ujian), akan menerima hadiah misteri daripada guru. Oleh itu, pelajar akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan bintang dengan menyiapkan tugasan dan kerja sekolah yang diberikan. ( Hadiah misteri berupa barang-barang / peralatan belajar yang boleh digunakan oleh pelajar )

ii. a. Sasaran Kajian Tindakan 5 KFL

BangsaMelayuIndiaCinaLain-LainJumlah

Bil. pelajar281--29

Sebab-sebab:

i Kelulusan pelajar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk peperiksaan PMR sederhana dan mendapat sekitar 1A, 15B, 11C dan 2D. (Sila rujuk lampiran 1) ii Keputusan ujian / peperiksaan tingkatan 4 pada tahun 2011, banyak yang gagal. (Sila rujuk lampiran 2) iii. Kebanyakan pelajar kerap ponteng sekolah. (Sila rujuk jadual kehadiran pelajar. (Lampiran 3) iv. Sikap negatif yang mereka miliki / amalkan seperti suka tidur, malas belajar , tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak membawa peralatan sekolah seperti pen dan buku selain suka ponteng sekolah boleh dibaiki.

8.0 Kesignifikan Kajian

Hasil kajian ini akan dapat digunakan oleh guru-guru di sekolah ini untuk memperbaik sikap negatif pelajar semasa P&P seterusnya menanamkan minat mereka akan mata pelajaran akademik

9.0 Skedul Kerja

BULANAKTIVITI

A. APRIL - MEIi. Pemerhatian dan analisis sikap pelajar semasa P&P selain keputusan ujian dan peperiksaan mereka semasa di tingkatan 4 (tidak termasuk waktu cuti persekolahan akhir bulan Mei awal Jun)

B. JUNi. Memperkenal SKOR BINTANG melalui aktiviti dalam P & P dan luar kelas:a. Kerja kumpulanb. Kerja individuc. Kerja sekolahd. Program 5Se. Perbincangan Dalam Kelasf. Kebersihan dan kecerian kelas

C. JULAI Analisis sikap selepas mengamalkan SKOR BINTANG

D. OGOS Melengkapkan laporan

10.0 Laporan 1. Pendahuluan1.1 Saya sebagai pelaksana Kajian Tindakan mengambil inisiatif untuk membaiki SIKAP negatif pelajar seterusnya menanamkan minat mereka untuk belajar semasa P&P berjalan bagi pelajar-pelajar tingkatan 5KFL, tahun 2012.

1.2 Saya telah merancang dan mengambil langkah-langkah berikut:

RANCANGAN MERUJUK KEMBALI / AMBIL TINDAKAN

REFLEKSI BERTINDAK DAN MEMERHATI

2. Langkah-langkah

2.1 Langkah Pertama:

a. Memperkenal dan memberikan taklimat pelaksanaan SKOR BINTANG kepada pelajar.b. Menampal Borang SKOR BINTANG pada Papan Kenyataan di hadapan kelas. (Sila rujuk gambar dan borang SKOR BINTANG yang dilampirkan)c. Menyediakan hadiah untuk para pelajar yang mendapat jumlah BINTANG tertentu.

2.2 Langkah Kedua - mempraktikkannya semasa P&P:

a. Kerja individu

b. Kerja kumpulan

c. Penghantaran buku/ hasil kerja pelajard. Menjawab soalane. Menghuraikan sinopsis cerita

2.3 Langkah Ketiga:

Mempraktikkannya semasa di luar P&P:

a. Program 5S b. Kebersihan dan keceriaan kelas 3. Tindak balas Pelajar3.1 Pelajar memberikan respons yang sangat baik dengan menyiapkan tugasan yang diberikan.3.2 Pelajar yang selama ini pasif di dalam kelas seperti Januhasan dan Izhaartelah cuba memberanikan diri untuk tampil ke hadapan kelas menceritakan bahan KOMSAS yang dipelajari pada masa itu.3.3 Pelajar sendiri telah berjumpa dengan saya menceritakan kebaikan teknik ini untuk merangsang mereka agar lebih aktif di dalam kelas semasa P&P sedang berjalan.11. 0 Masalah Pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah tidak dapat mempraktikkan inovasi ini menyebabkan mereka terus mendapat kelulusan yang tidak memuaskan dalam ujian/peperiksaan sekolah.

12.0 Faktor Kejayaan1. Terdapat teknik-teknik pembelajaran yang saya lakukan selain daripada SKOR BINTANG semasa P&P di sekolah. Teknik teknik tersebut selain Kajian Tindakan ini ialah:i. Bahan Cerita Bergambar (Lampiran 4)ii. Permainan Bahasa - MUDAHnya PERIbahasa dan KOMSAS (Lampiran 5 dan 6)iii. TUTOR MUDA semasa kerja kumpulan (Lampiran 7)iv. RUMUSAN BERJADUAL (Lampiran 8)2. Kesediaan pelajar untuk melibatkan diri.3. Praktikal4. Usahasama Guru pelaksana Pelajar 5KFL5. Para guru dapat masuk ke alam remaja supaya tidak ada jurang antara guru dengan pelajar, Apabila guru memahami kehendak sebenar, keinginan, citarasa, semangat, sifat fizikal dan rohani mereka, guru mencari jalan untuk mengubah cara pengajaran yang lebih disukai dan sesuai dengan para remaja.

13.0 Penutup Sikap adalah satu konsep yang abstrak. Memperkatakan tentang sikap dan arah tujuannya adalah juga memperkatakan tentang perubahan sikap dan percubaan yang diingini tentulah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Saya berasakan juga bahawa Kajian Tindakan ini telah memberikan kesan yang positif kepada saya dan pelajar-pelajar yang terlibat. Sesungguhnya, SKOR BINTANG boleh diubahsuai kepada bentuk-bentuk atau gambar-gambar lain. Contohnya bagi kelas yang terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan, guru boleh menggunakan bentuk atau gambar yang disukai oleh golongan wanita seperti gambar baju, beg, seluar, kasut dan sebagainya. Bagi pelajar lelaki pula boleh menggunakan bentuk atau gambar kereta atau motor untuk menarik minat mereka.

Saya mengharapkan usaha yang saya lakukan kepada para pelajar tingkatan 5KFL akan membawa manfaat kepada mereka seterusnya melahirkan pelajar yang bukan sahaja boleh menguasai Bahasa Malaysia dengan baik bahkan mula meminati mata pelajaran akademik sepenuh jiwa mereka selain mata pelajaran kemahiran. Semoga Kajian Tindakan ini juga dapat dimanfaatkan oleh guru-guru lain demi untuk meningkatkan minat pelajar- pelajar kita.

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAKJALAN GENTING KELANGSETAPAKKUALA LUMPURLAPORAN KAJIAN TINDAKANMENGATASI KELEMAHANPENULISAN KARANGAN DARI ASPEK ISIBAGI PELAJAR-PELAJAR TING. 4 KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 3 (4KE3)TAHUN 2008OLEH:RUSLINA BINTI RAHMAT

Lampiran B

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAKJALAN GENTING KELANGSETAPAKKUALA LUMPUR

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENGATASI KELEMAHANPENULISAN KARANGAN DARI ASPEK ISIBAGI PELAJAR-PELAJAR TING. 4 KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK 3 (4KE3)TAHUN 2008

OLEH:RUSLINA BINTI RAHMAT

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPURSoal Selidik Pelaksanaan Pembelajaran Bahasa Malaysia Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3 ( 4KE3) tahun 2008.Pengenalan 1. Kertas ini mengandungi dua muka surat.2. Tujuan soal selidik ini adalah untuk mengetahui bagaimana anda belajar Bahasa Malaysia di Kelas Tingkatan 4KE3 khususnya dalam penulisan karangan.

______________________________________________________________________________

Lampiran ASEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPURSoal Selidik mengenai sikap pelajar-pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3 ( 4KE3) tahun 2008.Selamat sejahtera guru-guru,Jasa baik cikgu sangat dihargai dalam menjawab soalan-soalan di bawah berkaitan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 4KE3 . Kerjasama cikgu diucapkan terima kasih.

Lampiran ASEKOLAH MENENGAH TEKNIK SETAPAK, KUALA LUMPURSoal Selidik mengenai sikap pelajar-pelajar Tingkatan 4 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 3 ( 4KE3) tahun 2008.(Diisi oleh guru-guru)Selamat sejahtera guru-guru,Jasa baik cikgu sangat dihargai dalam menjawab soalan-soalan di bawah berkaitan dengan pelajar-pelajar Tingkatan 4KE3 . Kerjasama cikgu diucapkan terima kasih.Soalan:1. Sudah berapa tahun cikgu mengajar pelajar-pelajar tingkatan 4 KE3? bulan / tahun.

2. Adakah pelajar-pelajar tingkatan 4KE3 berminat untuk mendengar, membuat aktiviti atau bertanyakan soalan kepada cikgu semasa cikgu mengajar?

3. Adakah mereka berminat untuk membuat sesuatu aktiviti secara berkumpulan?

4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh cikgu semasa mengajar mereka?

..

..5. Pada pendapat cikgu, adakah pelajar-pelajar tingkatan 4KE3 terlalu yakin terhadap kebolehan atau kepandaian mereka?

6. Berapa peratuskah pelajar yang memberikan perhatian terhadap pengajaran cikgu semasa di dalam kelas?

7. Adakah pelajar-pelajar ini menunjukkan peningkatan dalam pembelajaran mereka sejak mereka masuk hingga sekarang?

..

TANDATANGAN :

NAMA GURU : ..