kajian tindakan 2012.docx

26
1 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH/PJJ 2012/upsi KRS 3023: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH SEMESTER 2 SESI 2011/2012 TUGASAN 2 KAJIAN PENDIDIKAN SAINS KUMPULAN PAHANG 05(A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO ID NO TELEFON NOORMAZIANIE BT NORYA D20102044451 012-9647070 TUTOR E-LEARNING: PROF MADYA DR ABD LATIF HAJI GAPOR TARIKH POS: 30 APRIL 2012 1 PORTFOLIO PEMARKAHAN 1 . Pengajaran (50%) 1.1 RPH1 1.2 RPH2 1.3 Video 1(RPH1) 1.4 Video2(RPH2) 2 . Kajian (30%) 3 . Forum (20%) JUMLAH

Upload: mhamdi2808405

Post on 12-Nov-2015

258 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH/PJJ 2012/upsiPEMARKAHAN

1.Pengajaran (50%)1.1 RPH11.2 RPH21.3 Video 1(RPH1)1.4 Video2(RPH2)

2.Kajian (30%)

3.Forum (20%)

JUMLAH

KRS 3023: KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINSSEKOLAH RENDAHSEMESTER 2 SESI 2011/201PORTFOLIO2

TUGASAN 2KAJIAN PENDIDIKAN SAINSKUMPULANPAHANG 05(A112PJJ)DISEDIAKAN OLEHNAMA NO IDNO TELEFON

NOORMAZIANIE BT NORYAD20102044451012-9647070

TUTOR E-LEARNING: PROF MADYA DR ABD LATIF HAJI GAPORTARIKH POS: 30 APRIL 2012

KAJIAN PENDIDIKAN SAINS

ISI KANDUNGANBILKANDUNGANMUKA SURAT

1Abstrak3 4

2 Latar belakang sekolah5

3Latar belakang subjek kajian 6

4 Objektif kajian7

5Cara analisis data8

6Analisis tinjauan masalah9 - 13

7Dapatan kajian7

8Refleksi kajian15

9Cadangan tindakan seterusnya15

10Penutup16

11Contoh latihan (ujian pengesanan)17 - 19

12Rujukan 20

.

1. ABSTRAK

KAJIAN TINDAKANSIKAP PARA PELAJAR TERHADAP MATA PELAJARAN SAINSBERBANDING DENGAN MATA PELAJARAN LAIN

Disediakan oleh :Noomazianie binti Norya(Guru Mata Pelajaran Sains)

Sekolah Kebangsaan Senibai71300,Johol,Negeri Sembilan

ABSTRAKKajian yang dijalankan ini adalah memberi focus dalam menilai tahap sikap dan minat murid-murid terhadap pembelajaran Sains.Dalam menjalankan kajian ini saya telah membuat proses mengutip data dengan menemubual murid,membuat boring soal selidik dan mengambil markah ujian dan hasil kerja untuk membantu saya mengumpul data kajian.Kajian ini saya jalankan untuk mengetahui bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh murid ketika pembelajaran Sains.Saya berminat menjalankan kajian ini adalah kerana pada pendapat saya dalam menguasai sesuatu pelajaran,sikap dan minat adalah merupakan elemen yang saya rasakan penting dalam memastikan seorang murid itu sukses dalam mata pelajaran tersebut.Menurut kajian yang telah dijalankan oleh kementerian Pendidikan,kekurangan minat dan sikap yang negative terhadap sesuatu pembelajaran tersebut adalah merupakan salah satu factor penting yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam menguasai pelajaran itu atau pun gagal dalam ujian.Di kawasan pedalaman kebanyakkan guru menggunakan jenis pembelajaran yang berpusatkan guru.Bagi pembelajaran Sains,pembelajaran berpusatkan guru adalah tidak sesuai.Walau pun di kawasan pedalaman kemudahan asas mungkin kurang mencukupi,tetapi guru-guru boleh memikirkan cara yang sesuai dan mudah yang boleh diaplikasikan ketika menjalankan sesi pengajaran.Ini adalah kerana sesi pengajaran yang sama akan membuatkan murid berasa bosan untuk mengikuti sesi pembelajaran.Pembelajaran Sains mempunyai beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid contohnya seperti Kemahiran Proses Sains.Oleh itu,setiap sesi pembelajaran Sains perlu ada aktiviti yang melibatkan penglibatan murid.Aktiviti yang dilakukan mestilah dapat menimbulkan minat murid untuk membolehkan seseorang murid boleh memahami apa yang ingin disampaikan.

2.LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Senibai adalah merupakan sebuah sekolah SKM(Sekolah Kurang Murid) dengan jumlah bilangan murid seramai 118 orang murid.Sekolah ini terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat Bandar Kuala Pilah,Negeri Sembilan.Sekolah ini mempunyai seramai 14 orang guru termasuk pentadbir dan 5 orang staf bukan akedemik.Sekolah ini mempunyai asrama.Bilangan murid sekolah ini seramai 118 orang murid,di mana 116 orang adalah dari kaum Orang Asli dan 2 orang pula adalah orang Melayu.Dari segi latar belakang ekonomi pula,kebanyakkan keluarga mereka adalah bekerja sendiri iaitu bekerja sebagai penoreh getah.Tahap pencapaian murid-murid di sekolah ini berada di tahap yang rendah.Penguasaan Murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik lemah berbanding mata pelajaran lain.Penguasaan Kemahiran 3M juga rendah iaitu hampir 40% tidak menguasai 3M.

3.LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIANSaya telah menjalankan kajian ke atas murid-murid tahun 1Arif yang mempunyai murid seramai 17 orang yang mana semuanya terdiri dari kaum Orang Asli yang terbahagi kepada dua suku kaum iaitu Temuan dan Semelai.10 orang murid terdiri daripada perempuan dan 7 orang lagi adalah murid lelaki.Dari segi komposisi pencapaian akademik kelas ini,5 orang murid(3 orang lelaki dan 2 orang perempuan) berpencapaian agak baik,8 orang(7 murid perempuan dan seorang murid lelaki)berpencapaian sederhana dan 4 orang(3 murid lelaki dan seorang murid perempuan)berpencapaian rendah.Penglibatan murid-murid yang berada di tahap sederhana dan rendah adalah pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains,tetapi apabila mengikuti aktiviti Pendidikan Jasmani mereka sangat aktif dan nakal.Melalui pemerhatian yang saya lakukan semasa pengajaran mendapati mereka agak malas dan tidak aktif apabila sesi proses pengajaran dan pembelajaran.Pada pengamatan saya sikap murid ini mungkin kerana mereka tidak dilibatkan semasa pengajaran.Pengajaran yang berpusatkan guru menjadikan sikap mereka menjadi pasif apabila sesi pengajaran.Ini akan menyebabkan murid kurang minat dalam mata pelajaran Sains dan akan menimbulkan masalah dalam pembelajaran Sains.Hanya 2 hingga 3 orang murid sahaja yang menunjukkan respon ketika mengajar.Ini bukanlah satu perkara yang baik.Keadaan ini mendorong saya untuk membuat sedikit kajian agar permasalahan ini tidak berterusan.Jika keadaan ini berterusan akan menyebabkan prestasi murid dalam mata pelajaran merosot.Saya telah mencuba kaedah pembelajaran kooperatif bagi membantu menangani sikap murid dalam matapelajaran Sains ini.Dalam menjalankan kajian ini,saya juga mengambil sedikit masa untuk menemubual mereka secara tidak langsung mengenai minat mereka terhadap mata pelajaran Sains. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan murid boleh menyababkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.Ini menunjukkan bahawa saya perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dan mencari jalan bagi mengurangkan serta mengatasi masalah yang dialami oleh murid.

4.OBJEKTIF KAJIAN4.1Objektif UmumMeningkatkan minat dan mengubah sikap murid-murid terhadap matapelajaran Sains.4.2Objektif KhususMengatasi masalah dan meningkatkan sikap murid terhadap mata pelajaran Sains.Mengubah kaedah dan teknik pengajaran guru supaya dapat menarik minat murid mengikuti pembelajaran.

Kajian ini dibuat adalah bertujuan untuk:A. Mengkaji sikap-sikap murid terhadap pembelajaran Sains.B. Mencari factor-faktor yang menyebabkab murid tidak minat terhadap pembelajaran Sains.C. Mewujudkan situasi belajar Sains yang lebih mudah dan menarik.

5.CARA ANALISIS DATA1. PemerhatianSemasa saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya telah membuat pemerhatian dan telah dapat mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

2.Data soal selidiki. Menyediakan boring soal selidik untuk mendapatkan jawapan dari murid dan mengenal pasti sikap mereka terhadap pembelajaran Sains.ii. Jawapan yang diperolehi itu diteliti serta skor jawapan mereka dikira.iii. Kategori sikap murid ditentukan berdasarkan skor pemerolehan dikira.iv. Membuat kesimpulan Ujian Pengesanani. Ujian pengesanan diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman murid mengenai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran.

6.0Analisis Tinjauan Masalah

(a) Analisis PemerhatianSaya telah membuat pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saya telah mendapati bahawa sikap dan tingkah laku murid bertambah baik berbanding dengan sebelum kajian dilaksanakan.Selepas menjalankan kajian,saya telah menjalankan instrument selepas dan sebelum kajian seperti dalam jadual di bawah:BILMASALAHPERATUS

Sebelum kajianSelepas kajian

1.Tidak memahami arahan15%0 %

2.Kurang tumpuan dalam kelas30%8%

3.Sikap malas35%15%

4.Kurang faham kehendak soalan40%10%

5.Tiada bimbingan di rumah50%15%

Setelah menjalankan kajian ini saya mendapati berlakunya perubahan yang positif terhadap murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.Pengajaran yang berasaskan permainan puzzle dan secara berkumpulan banyak membantu murid memahami dan menguasai pelajaran.Ini adalah kerana,murid berasa lebih seronok dan dapat berkomunikasi dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan seterusnya dapat menguasai pelajaran.

(b)Soal selidikJadual 1: Soal selidik berkaitan dengan mata pelajaran Sains.

BILPERKARASETUJUTIDAK SETUJU

BIL%BIL%

1

Sains merupakan mata pelajaran yang mudah.1059%741%

2Sains merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan. 1694%16%

3Melalui mata pelajaran Sains,saya dapat meneroka alam hidupan1482%318%

4Saya seronok dapat mengetahui pelbagai ilmu melalui matapelajaran Sains94100%16%

5Saya lebih seronok belajar menggunakan pelbagai aktiviti yang berunsurkan permainan.17100%00%

Berdasarkan Jadual di atas,jelas menunjukkan bahawa kesemua 17 orang murid kelas 1 Arif berasa lebih seronok mengikuti pelajaran Sains.Murid juga lebih seronok dan merasakan mata pelajaran Sains adalah merupakan mata pelajaran yang mudah dan menyeronokkan kerana aktiviti diselitkan dengan permainan yang menyeronokkan dan berkaitan dengan pelajaran.

(c)Ujian pengesananUjian pengesanan dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian mereka dalam penguasaan pelajaran Sains . Ujian ini dijalankan sebelum dan selepas kaedah pengajaran diubah dijalankan . Murid diminta menjawab soalan berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

MARKAHBILANGAN MURID

Ujian 1(sebelum kajian)Ujian 2(selepas kajian)

80-100-2

60-7978

40-5955

20-3932

1-192-

JUMLAH MURID617

Berdasarkan jadual di atas,jelas menunjukkan murid dapat menguasai pelajaran dengan baik melalui kaedah pengajaran secara berkumpulan dan pengajaran melalui permainan.

6.1 Tindakan yang dijalankan

(a)Ketika menjalankan sesi pengajaran,saya memberikan motivasi kepada murid yang terlibat,bagi menunjukkan saya menghargai setiap kesungguhan yang ditunjukkan. Saya memberi pujian kepada murid yang berani mencuba walaupun memberikan jawapan yang kurang tepat.Pujian perlu diberikan supaya murid bersemangat dan berasa seronok setelah mendapat pujian daripada guru. (b) Murid ditunjukkan gambar haiwan dan diminta mengenal pasti haiwan yang ditunjukkan serta menamakan bahagian tubuh haiwan tersebut.Guru bertindak sebagai pembimbing kepada murid yang berada pada tahap sederhana dan lemah.

(c) Seterusnya saya menjalankan aktiviti permainan puzzle untuk menguji kecekapan murid memerhati di mana murid perlu mencantumkan gambar haiwan,mengenal pasti haiwan tersebut,menamakan haiwan tersebut serta menamakan bahagian tubuh haiwan.

(d) Setiap kumpulan di minta tampil ke hadapan dan membentangkan hasil kerja dalam kumpulan.Guru membimbing setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan.

(e) Guru mengedarkan soalan latihan 1,murid perlu menamakan haiwan yang terdapat dalam latihan.Latihan 2,murid mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikal.

6.2Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Setiap kali menjalankan pengajaran mata pelajaran Sains,saya akan menerangkan kemahiran proses sains yang terlibat.Supaya murid lebih memahami mengenai kemahiran-kemahiran yang terlibat semasa pengajaran.Ujian juga dilaksanakan untuk mengetahui tahap pencapaian murid.Ujian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Ujian 11. Murid diberikan gambar haiwan.2. Murid perlu menamakan haiwan tersebut.3. Kemudian murid perlu menamakan bahagian tubuh haiwan tersebut.

Ujian 21. Murid perlu mengelaskan haiwan mengikut bahagian tubuh(sifat fizikal)2. Murid menyalin semula nama haiwan-haiwan dalam kotak.

Ujian 31. Murid perlu mengenal pasti haiwan.2. Murid perlu menamakan haiwan-haiwan tersebut.

7. DAPATAN KAJIAN Setelah saya menjalankan aktiviti dan latihan yang dirancang,didapati berlaku perubahan yang positif terhadap murid.Murid telah dapat mengubah tanggapan mereka terhadap pembelajaran Sains.Murid-mutid telah mula minat pembelajaran Sains dan tidak lagi menganggap matapelajaran Sains sebagai matapelajaran yang membosankan.Malah mereka merasakan matapelajaran Sains sangat menyeronokkan.Secara purata,87% murid telah menyukai matapelajaran Sains.Ini jelas menunjukkan bahawa sikap dan minat murid terhadap mata pelajaran Sains telah meningkat.Murid lebih memahami dan menguasai pelajaran apabila guru sentiasa mengubah suai aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid.Kesilapan dalam menjawab soalan juga berkurangan menunjukkan murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. ,Sebagai seorang guru juga perlu sentiasa mempelbagaikan kaedah mengajar supaya murid tidak berasa bosan untuk mengikuti pembelajaran.Selain itu juga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah satu faktornya. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembentukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persefahaman yang baik antara mereka serta akan wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Murid juga akan berasa lebih seronok untuk belajar dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan.

8. REFLEKSI KAJIAN

Semua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik. Perubahan yang positif dikalangan murid jelas dapat dilihat selepas kajian dilaksanakan.Tahap pencapaian murid dalam setiap latihan yang diberikan,ada peningkatan yang ketara. Penggunaan teknik pengajaran berasaskan permainan dan aktiviti berkumpulan banyak membantu meningkatkan minat dan mengubah sikap murid terhadap mata pelajaran Sains.Cara penyampaian dan arahan yang jelas daripada guru juga memudahkan murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan.

9. CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KAJIAN TINDAKAN

Setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ini menambahkan lagi semangat saya untuk melaksanakan lagi kajian pada masa akan datang.Ini adalah kerana,banyak perubahan yang ketara dan positif yang dapat saya lihat berlaku pada murid.Kajian yang dilaksanakan banyak membantu meningkatkan penguasaan murid yang terlibat dalam kemahiran proses sains.Kejayaan kajian ini sangat membantu dalam diri saya dalam memahami masalah yang dihadapi oleh murid,seterusnya mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut.Di samping itu juga saya dapat berkongsi idea dengan guru-guru yang lain dalam menjalankan kajian ini.Melalui kajian yang dilaksanakan,menjadikan pembelajaran lebih berkesan apabila sikap positif dalam diri murid bertambah.Melalui kaedah pembelajaran kooperatif murid dapat berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan.Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam dan sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

10. PENUTUP

Melalui kajian yang telah dilaksanakan,saya berpendapat bahawa setiap guru perlu membuat refleksi setiap kali selepas melaksanakan pengajaran. Melalui refleksi yang dilakukan,guru akan dapat mengenal pasti kekuatan serta kelemahan yang ada pada diri murid.Oleh itu,setelah membuat refleksi,guru boleh merancang kaedah serta teknik pembelajaran yang lebih berkesan untuk membantu murid dalam pembelajaran.Guru juga perlu lebih kreatif dan inovatif dan sentiasa mempelbagaikan kaedah serta teknik mengajar dengan menggunakan teknologi terkini bersesuaian dengan tahap pemikiran murid. Kajian tindakan adalah merupakan satu langkah yang digunakan unutk menilai dan mengesan keberkesanan cara penyampaian pembelajaran.Melalui langkah-langkah mengesan dan menilai data yang dikumpul akan dapat dijadikan sebagai panduan untuk mengubah amalan lalu supaya kaedah pengajaran seterusnya dapat dipertingkat.Kajian tindakan menyarankan supaya guru dapat membuat perubahan dalam kaedah pengajaran.Perubahan dalam kaedah yang disarankan tidak perlu dilakukan dengan secara mendadak.Perubahan boleh dilakukan dengan secara berperingkat berdasarkan data yang telah dikumpul.Guru bukan sahaja memainkan peranan sebagai pendidik tetapi juga adalah merupakan pihak yang dikaji.Sebagai penyelidik,guru perlu mengumpul,menganalisis serta mencadangkan aktiviti pengajaran serta melaksanakan aktiviti tersebut.Kajian tindakan dijalankan adalah bertujuan untuk menangani pelbagai masalah dalam pengajaran.Kajian tindakan wajar dilakukan secara berterusan agar segala permasalahan yang timbul dapat dikesan serta ditangani dengan segera sebelum menjadi rumit untuk ditangani.CONTOH LATIHAN YANG DIJALANKAN

LATIHAN 1Namakan haiwan di bawah dan namakan bahagian tubuh haiwan ini. Haiwan:______________

------------------- --------------------- --------------------

LATIHAN 2

Kelaskan haiwan-haiwan di bawah mengikut bahagian tubuhnya(sifat fizikal)

ItikAyamIkanArnab

UlarLembu

Haiwan ada dua kakiHaiwan ada empat kakiHaiwan tiada kaki

Haiwan mempunyai kepakHaiwan mempunyai buluHaiwan mempunyai sisik

LATIHAN 3

Namakan haiwan di bawah

1. ___________________

2. _______________

3.___________________

RUJUKAN1.Ng Soon Boon,1999.Pemupukan Kemahiran Berfikir Dan Strategi Berfikir Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains.2.Jurnal akedemik Jikid XIII 2001/2002,Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

1