tesis : add bab 2

7
BAB 2 TINJAUAN BACAAN 2.1 Pengenalan Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik terdahulu mengenai pencapaian akademik, sikap dan pembelajaran koperatif. 2.2 Apa itu pembelajaran koperatif Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains KBSM baru melibatkan proses pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara bersepadu, dengan mengambil kira serta memanfaatkan kecergasan pelajar yang berbagai. Selain itu , dalam membentuk warganegara yang aktif, kurikulum pendidikan telah digubal bagi memastikan matlamat yang seimbang antara pengetahuan, nilai dan kemahiran berlaku (Abu Hassan, 2003) Strategi Pembelajaran Koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru (Slavin,1990). Cohen (1994), menakrifkan pembelajaran koperatif sebagai kerjasama yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua hal di dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung. 11

Upload: muhammad

Post on 21-Jul-2015

37 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: tesis : add bab 2

BAB 2

TINJAUAN BACAAN

2.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan hasil kajian yang telah dilakukan oleh beberapa penyelidik

terdahulu mengenai pencapaian akademik, sikap dan pembelajaran koperatif.

2.2 Apa itu pembelajaran koperatif

Pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sains KBSM baru melibatkan proses

pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran, secara bersepadu, dengan

mengambil kira serta memanfaatkan kecergasan pelajar yang berbagai. Selain itu , dalam

membentuk warganegara yang aktif, kurikulum pendidikan telah digubal bagi

memastikan matlamat yang seimbang antara pengetahuan, nilai dan kemahiran berlaku

(Abu Hassan, 2003)

Strategi Pembelajaran Koperatif merupakan satu proses pembelajaran yang berlaku

secara berkumpulan dalam menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru

(Slavin,1990). Cohen (1994), menakrifkan pembelajaran koperatif sebagai kerjasama

yang dilakukan oleh pelajar dalam satu kumpulan kecil yang melibatkan semua hal di

dalam tugas yang diberikan tanpa penyeliaan guru secara langsung.

11

Page 2: tesis : add bab 2

Menurut Coelho (1994), selain daripada pencapaian akademik, kaedah ini dikatakan

memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran sosial dan diasaskan mengikut

pandangan humanistik yang berpendapat pendidikan sepatutnya berpusatkan pelajar dan

di bawah kawalan pelajar, manakala guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara.

Di dalam menerangkan kesan pembelajaran koperatif terhadap hubungan sosial pelajar

khususnya dalam konteks hubungan antara etnik, Slavin dan Hansell (1983) telah

mengaitkannya dengan Teori Hubungan (Contact Theory) yang dikemukakan oleh

Allport (1954). Mereka berpendapat di dalam kumpulan kecil di bawah pembelajaran

koperatif memberi ruang kepada pelajar untuk lebih berinteraksi sesama mereka

berbanding di dalam kelas tradisional. Pelajar juga saling tolong-menolong dalam

pembelajaran mereka dan ini membolehkan mereka lebih kenal-mengenali antara satu

sama lain.

Walaubagaimana pun, pembelajaran koperatif bukan setakat mengumpulkan murid

dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama-sama, berkongsi bahan pembelajaran dan

berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut D.W.

Johnson, dan R.T.Johnson (1989), pembelajaran koperatif yang berkesan dalam proses

pembelajaran perlu mematuhi lima prinsip utama yang berikut:

(i) Hubungan saling gantung yang positif

Setiap ahli kumpulan perlu mempunyai persepsi bahawa mereka adalah saling

Bergantung untuk mencapai matlamat kumpulan yang diberikan, kejayaan

seseorang ahli kumpulan bermaksud kejayaan seluruh kumpulan dan sebaliknya,

kegagalan seseorang ahli kumpulan bermaksud kegagalan seluruh kumpulan.

Untuk mewujudkan hubungan saling positif, guru boleh merancang matlamat

bersama untuk setiap kumpulan, memberi ganjaran kepada semua ahli kumpulan

apabila setiap ahlinya mencapai kriteria yang ditentukan dan setiap ahli

kumpulan boleh diberi peranan-peranan Kapten, Pelari, Penggalak dan

Pemeriksa.

12

Page 3: tesis : add bab 2

(ii) Akauntabiliti individu

Setiap ahli kumpulan bertanggungjawab untuk menunjukkan pencapaian

pembelajaran individu. Ini dapat dilaksanakan dengan penilaian berterusan

terhadap pencapaian murid sama ada dengan memberi ujian kepada semua murid

atau pemilihan murid secara rawak dari setiap kumpulan untuk menjawab soalan

dan markah yang diperolehi diberi kepada kumpulan tersebut.

(iii) Interaksi bersemuka

Untuk meningkatkan prestasi ahli kumpulan, ahli kumpulan perlu berinteraksi

antara satu sama lain termasuklah berbincang, berkongsi maklumat dan memberi

sokongan kepada usaha ahli kumpulan. Kedudukan ahli kumpulan boleh disusun

supaya dapat bersemuka antara satu sama lain.

(iv) Kemahiran sosial

Kemahiran kumpulan kecil dan interpersonal adalah sangat penting untuk

menjayakan pembelajaran koperatif. Guru perlu mengajar kemahiran-kemahiran

tersebut dengan terancang dan teliti, antaranya ialah kemahiran berkomunikasi,

mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan, mendengar, memberi

galakan dan mengikut giliran. Kemahiran sosial juga adalah amat penting untuk

mewujudkan interaksi yang berkesan antara ahli kumpulan dari etnik dan budaya

yang berbeza.

(v) Pemprosesan kumpulan

Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari

segi pencapaian matlamat. Ini membolehkan ahli kumpulan terus fokus pada

matlamat bersama, berusaha membaiki kemahiran sosial, memastikan ahli

13

Page 4: tesis : add bab 2

kumpulan mendapat maklumbalas terhadap sumbangan masing-masing dan

mengingatkan ahli kumpulan untuk terus bekerjasama.

2.3 Kajian lepas

2.3.1 Kajian luar negara

Johnson dan Anderson (1976) telah mendefinisikan pembelajaran koperatif dalam kajian

mereka sebagai satu kaedah yang mengkehendaki pelajar bersama-sama dalam

menyiapkan sesuatu tugasan bagi setiap kumpulan. Ahli kumpulan akan saling bantu-

membantu memberi penerangan sesama mereka dan tidak bergantung kepada guru.

Guru akan memberikan pujian ke atas kumpulan yang menunjukkan hasil kerja yang

memuaskan.

Di dalam kajian yang lain pula. Johnson dan Scott (1978) menakrifkan pembelajaran

koperatif dengan membezakannya dengan kaedah pembelajaran individu. Pembelajaran

koperatif berlaku apabila pencapaian seorang pelajar bergantung kepada pencapaian

rakan sekumpulan. Sebaliknya, di dalam pembelajaran individu, pencapaian seorang

pelajar tidak bergantung kepada pencapaian pelajar lain.

Di bawah pembelajaran koperatif, keupayaan pelajar yang berkebolehan tinggi dan

sederhana boleh dimanfaatkan untuk membantu pelajar yang berkebolehan rendah di

dalam mata pelajaran Sains. Kajian-kajian di luar negara menunjukkan pembelajaran

koperatif berupaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelbagai mata pelajaran

untuk semua peringkat pendidikan (Johnson et.al1981). Di dalam kajian kes yang

dibuat oleh Lindquist (1995) didapati pencapaian pelajar meningkat apabila beliau

menggunakan pembelajaran koperatif.

14

Page 5: tesis : add bab 2

Menurut Slavin (1987), berlakunya interaksi sesama ahli kumpulan yang membezakan

pembelajaran koperatif dengan kumpulan kawalan. Ini kerana pembelajaran koperatif

menekankan interaksi pelajar perlu berlaku bagi meningkatkan pencapaian. Dapatan

beberapa kajian menunjukkan terdapat hubungan antara interaksi pelajar di dalam

kumpulan dengan pencapaian mereka (King,1990;Peterson dan Swing,1985;Ross dan

Raphael,1990)

Semasa berinteraksi, berlaku perubahan di dalam kognitif pelajar. Teori perkembangan

kognitif menyarankan pelajar berbincang berkaitan dengan bahan pembelajaran,mereka

berupaya menguasai konsep-konsep yang sukar. Melalui bimbingan rakan sebaya,

pencapaian pelajar yang berkebolehan rendah dapat ditingkatkan sehingga berupaya

mencapai zon proximal mereka. Menurut Vygotsky, zon tersebut merupakan tahap

pencapaian pelajar yang hanya boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau rakan

mereka yang lebih berkebolehan (Tudge,1990). Piaget (Slavin,1990) berpendapat

konsep-konsep sosial yang abstrak hanya dapat difahami melalui perbincangan. Apabila

berlaku pertentangan pendapat, timbul ketidakseimbangan di dalam kognitif pelajar.

Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan, pelajar tersebut dapat

menguasai sesuatu logik dengan alasan yang lebih kukuh.

Manakala teori penerangan kognitif berpendapat pelajar yang memberi penerangan

berupaya mengekalkan maklumat di dalam ingatan mereka dalam jangka masa yang

lebih panjang dengan berlakunya proses pengajaran kepada rakan-rakan (Slavin,1995).

Pelajar yang memberi penerangan melihat diri mereka sebagai guru dan bertujuan untuk

membantu rakan memahami pelajaran. Pelajar tersebut cenderung untuk memikirkan

cara yang sesuai bagi mamahamkan rakan mereka. Maka, berlaku proses penstrukturan

semuala di dalam kognitif pelajar tersebut ketika membuat persediaan untuk memberi

penerangan. Pada masa yang sama, pelajar yang menerima pertolongan, bertindak

sebagai pemproses maklumat dan bukan penerima yang pasif (Webb,1982).

Teori-teori pembelajaran yang telah dinyatakan merupakan pelengkap dalam

menerangkan kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian. Melalui interaksi

15

Page 6: tesis : add bab 2

sesama pelajar, berlaku peningkatan di dalam proses kognitif pelajar yang membantu

proses pembelajaran.

2.3.2 Kajian dalam negeri

Dalam konteks di Malaysia pula, hasil kajian S-L Gan (1992), menyatakan murid

berpendapat pembelajaran serta aktiviti dalam pembelajaran koperatif adalah

menyeronokkan. Beliau juga mendapati pendekatan pembelajaran koperatif dapat

membantu dalam membentuk nilai murni, mengeratkan hubungan antar kaum yang

berbeza dan meningkatkan pencapaian akademik di kalangan murid, maka pembelajaran

koperatif adalah amat sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Menurut Cheah dan June (1988/99), kelebihan dalam pembelajaran koperatif ialah murid

dilatih untuk berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin dan membuat keputusan,

semuanya merupakan kemahiran sosial yang amat penting dalam dunia bekerja pada

masa depan.

Kajian Cheah, Adlan, Baskaran dan Lim (2002), mendapati kesan kaedah pembelajaran

koperatif dalam meningkatkan bacaan pemahaman teks dalam Bahasa Cina dan Bahasa

Tamil adalah ketara dan dicadangkan supaya sukatan pelajaran kursus Diploma

Pendidikan Malaysia terus memberikan penekanan dalam kaedah pembelajaran

koperatif.

Hasil kajian T.H.Gan dan Wong (1995), mendapati bahawa pembelajaran koperatif

mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran Matematik.

T.H.Gan (1999), menyatakan murid berpendapat bahawa pendekatan pembelajaran

koperatif adalah seronok kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi bersama,

mewujudkan suasana belajar yang lebih terjamin dan bebas dari tekanan. Beliau juga

mencadangkan bahawa pembelajaran koperatif sesuai sekali digunakan untuk

menangani masalah penguasaan kemahiran asas Matematik bagi murid-murid pelbagai

tahap pencapaian.

16

Page 7: tesis : add bab 2

2.4 Rumusan

Di dalam bab ini, pengkaji membuat tinjauan kajian yang berkaitan dengan penggunaan

pembelajaran koperatif dan hubungannya dengan pencapaian pelajar. Pengkaji juga

mengemukakan beberapa teori yang menerangkan perkaitan di antara pembelajaran

koperatif dengan pencapaian pelajar. Berdasarkan kajian literatur, didapati kaedah

koperatif dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bukan sahaja

pdari segi menguasai tajuk yang diajar tetapi melahirkan interaksi yang baik diantara

pelajar. Kajian oleh pakar psikologi tentang perlakuan atau tingkahlaku dan pemikiran

pelajar adalah satu proses untuk mengembangkan potensi dan kemahiran individu dalam

bidang tertentu.

17