tesis bab 1,2,3

Click here to load reader

Post on 18-Jan-2016

36 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bab 1

TRANSCRIPT

KESAN PENGGUNAAN KAEDAH NOPLOT DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID MENGESAN NILAI MURNI UNTUK MURID TAHUN: KAJIAN KESRIDHUAN BIN MOHD NOORPPG/10079/11690710036237ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat di dalam kertas soalan penulisan bahagian C. Format baharu kertas 2 penulisan bahasa Melayu mula diperkenalkan pada tahun 2005. Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid bagi membuktikan kaedah yang berkesan dalam mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan. Saya telah memilih kaedah NoPLat untuk membantu murid-murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks tersebut. Kajian ini telah dijalankan ke atas 45 orang murid tahun 5 Sejahtera di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 2.

BAB 1PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini, saya menerangkan tentang pengenalan kepada tajuk kajian tindakan yang saya jalankan ini. Tajuk yang telah saya pilih ialah Meningkatkan penguasaan murid mengesan dan mencari nilai murni. Dalam bahagian ini juga saya mengutarakan perkaitan tajuk kajian tindakan dengan kajian yang dijalankan.

Menurut Musgrave (2978)(BETUL KAH TAHUN NI??KAT SINI TAK PAYAH TAHUN SEBAB CIKGU RUJUK BUKU ABDUL RAHIM) dalam bukunya yang berjudul The Moral Curriculum: A Sociological Analysis yang telah dirujuk Abdul Rahim Bin Abdul Rashid(TAHUN BUKU INI?) menekankan pentingnya matlamat moral dikembangkan dalam kerangka pendidikan di sekolah. Selain kurikulum, organisasi sekolah juga perlu memberi ketegasan kepada elemen-elemen moral yang berkaitan dengan disiplin dan tanggungjawab nilai-nilai murni, aspek-aspek tingkah laku, amalan dan tindakan.

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid (2988??) mentakrifkan nilai murni sebagai :

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"1.1 PERNYATAAN MASALAH KAJIAN Pengkaji memfokuskan kajiannya dalam masalah yang sering dihadapi pelajar ialah mencari nilai-nilai murni yang tersirat daripada maklumat yang tersurat daripada petikan yang diberikan. Murid terpinga-pinga untuk mencari dan menyatakan nilai-nilai murni tersebut. Murid juga sukar untuk menghuraikan nilai-nilai murni tersebut supaya menjadi ayat yang ringkas, tepat dan sesuai. Keperihatinan pengkaji ialah murid perlu mencari dan menghuraikan nilai-nilai murni tersebut dengan ringkas, tepat dan sesuai serta penulisan mereka tidak melanggar arahan yang telah ditetapkan iaitu ulasan tidak melebihi 50 patah perkataan. Mengajar murid untuk mencari dan mengesan nilai murni seringkali memberikan masalah kepeda guru. Dalam bahagian C penulisan ini, murid perlu mencari, mengesan dan mengulas nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan yang diberikan. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru untuk memastikan murid tersebut boleh menulis ulasan tersebut. Pengalaman mengajar murid di kelas 5 Sejahtera membuka pemikiran pengkaji untuk mencari punca kepada permasalahan ini. Walaupun pengkaji mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid tetapi pengkaji hanya memfokuskan hanya kepada kajian ini. Kajian ini bertujuan menyelesaikan masalah dan membantu murid mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat daripada petikan teks serta mengulas hasil carian nilai murni tersebut dengan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Kertas peperiksaan bahasa melayu penulisan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, dan C. Namun begitu kajian yang ingin difokuskan adalah pada Bahagian C iaitu bahagian membuat ulasan nilai murni berdasarkan petikan teks. Berdasarkan pemerhatian saya dalam Ujian Besepadu Berkala (UBB) yang lalu, ramai murid mendapat markah yang rendah dalam bahagian ini. Analisis pada kertas soalan UBB mendapati beberapa faktor murid tidak mendapat markah yang tinggi pada bahagian ini seperti murid keliru dengan nilai murni yang terdapat dalam petikan teks. Murid tidak dapat mengesan dan menyatakan nilai yang terdapat dalam petikan. Murid juga tidak dapat membuat ulasan dalam satu perenggan dengan menggunakan ayat yang ringkas, padat dan sesuai.

Berdasarkan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P), pengkaji mengenal pasti beberapa punca murid murid lemah dalam aspek nilai murni, antaranya seperti murid tidak mahir untuk mengesan dan menyatakan nilai-nilai murni yang diperlukan. Murid-murid juga kadangkala tidak menunjukkan kesungguhan dalam latihan mengulas nilai murni. Petikan yang dianalisis terlalu mudah dan murid kekurangan idea untuk mengembangkannya. Nilai murni yang tiada kaitan dengan petikan teks tidak memberi markah kepada murid dalam peperiksaan. Mereka sering juga hanya menyalin semula nilai yang dijumpai. Kegagalan murid-murid adalah kegagalan seorang guru, justeru sebagai guru bahasa Melayu mereka saya rasa terpanggil untuk menambahkan kemahiran mengajar agar dapat membantu anak bangsa menghadapi kemelut yang melingkari pemikiran mereka.

Namun begitu, masalah ini boleh diatasi kerana permasalahan ini merupakan satu perkara yang boleh diselesaikan berdasarkan kebolehtadbirannya. Selain itu, perkara ini berkesinambungan dengan keberkesanan P&P yang dijalankan oleh seseorang guru. Kaedah-kaedah tertentu digunakan supaya murid dapat memahami sesuatu kemahiran dengan baik. Pencapaian murid memberi kesan kepada prestasi sekolah kerana kajian ini melibatkan satu kemahiran yang diuji dalam peperiksaan. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan berdasarkan beberapa pendekatan yang lain atau dengan menggabungjalinkan pelbagai kaedah dan teknik supaya dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.1.2 (CARA CIKGU TULIS BAHAGIAN INI ADALAH UNTUK KAJIAN TINDAKAN. SILA TULIS SEMULA DAN TULIS SECARA KAJIAN ILMIAH. PERLU DI NYATAKAN MENGAPA KAJIAN INI SIGNIFIKAN UNTUK DIJALANKAN. PERLU MASUKKAN KAJIAN2 LEPAS MENGENAI KEPERLUAN MENJALAN KAJIAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH NOPLOT. SILA TIDAK MENGGUNAKAN DIRI SENDIRI DALAM P[ENULISAN INI KERANA INI BUKAN KAJIAN TINDAKAN. SILA BAIKI KESELURUHAN BHG INI. CUBA RUJUK KEMBALI LECTURE NOTE DR ZOHIR)1.3 OBJEKTIF KAJIAN (SOALAN KAJIAN PERLU SELARI DENGAN OBJEKTIF)Terdapat tiga objektif yang hendak dicapai oleh saya dalam kajiannya, antaranya ialah :

a. Mengenalpasti punca murid tidak dapat mengesan nilai murni.

b. Mengenalpasti teknik yang sesuai digunakan untu mengesan nilai murni. (APA BEZA TEKNIK DAN KAEDAH.?ADA TEKNIK LAIN LAGI YG CIKGU NAK KAJI? SILA PASTIKAN. BAIKI BALIK OBJEKTIF DAN SOALAN INI)c. Melihat kesan perubahan pencapaian (NYATAKAN PERUBAHAN YANG PENCAPAIAN APA? AKADEMIK?MORAL?) murid dengan kaedah NOPLAT.

1.3 SOALAN KAJIANa. Apakah punca murid tidak dapat mengesan nilai murni berdasarkan petikan?

b. Apakah teknik yang sesuai digunakan untuk mengesan nilai murni?

c. Apakah kesan teknik NOPLAT yang digunakan?

d. Sejauhmanakah teknik NOPLAT yang digunakan berkesan?

1.4 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibataskan kepada murid tahun 5 Sejahtera seramai 45 orang murid di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim. Keunikan dan kayanya bahasa Melayu adalah kerana bahasa ini bersifat dinamik iaitu boleh dikembangkan. Bahasa Melayu mempunyai nilainya yang tersendiri dan kajian yang mendalam perlu untuk menguasinya. Kesimpulannya, kertas dua Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) terdapat tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Oleh itu, kajian tindakan(SILA TAKE NOTE INI BUKAN KAJIAN TINDAKAN) yang dijalankan oleh pengkaji ini adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid dalam mengesan nilai murni dalam bahagian C. Pengkaji menyedari murid-murid sukar untuk mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan. Kajian tindakan dilakukan ke atas murid-murid untuk mencari dan membuktikan kaedah yang berkesan agar murid lebih mudah dapat mencari dan mengesan nilai-nilai murni atau pengajaran daripada petikan teks yang diberikan. Dengan adanya kajian ini, pengkaji dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan tahap penguasaan murid dalam bahagian ini.1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan murid-murid mengesan nilai murni yang terdapat dalam petikan. Hasil kajian ini di harap dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada semua murid di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 2 untuk meningkatkan mengesan nilai murni. Kepentingan kajian kepada guru pula supaya dapat menyedarkan para guru bahawa terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan dan dipraktikkan di dalam bilik darjah. Kaedah ini sesuai dan dapat memudahkan pengajaran guru serta member rangsangan, motivasi dan minat murid tahun 5 menguasai kemahiran mengesan nilai murni. Kajian ini juga bertujuan meninjau dan mengetahui komitmen semua warga pendidik dalam usaha untuk mempertingkatkan kemahiran mengesan nilai murni.

Selain itu, kajian ini bertujuan menyedarkan dan memberi kepentingan kepada ibu bapa untuk mempertingkatkan kebolehan anak mereka dalam pembelajaran. Ibu bapa akan merasa lebih bangga dengan kebolehan anak- anak mereka. Ibu bapa akan lebih yakin dengan kemampuan anak- anak mereka dalam menuntut ilmu.Kajian ini juga bertujuan agar Jabatan Pelajaran Negeri Keselamatan mengambil kira tentang perlunya diadakan kursus, bengkel dan latihan dalaman secara insentif untuk guru- guru Bahasa Melayu bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan serta memberi penerangan terhadap pelbagai kaedah pembelajaran yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pem