gabung semua-bab-tesis

90
BAB 1 PENJELASAN MASALAH Pendahuluan Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja. Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang. Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan sesuatu yang statik. ‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas 1

Upload: afshan-mbo

Post on 22-Jul-2015

248 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gabung semua-bab-tesis

BAB 1

PENJELASAN MASALAH

Pendahuluan

Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan

ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti

dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti

seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja.

Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan

dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian

tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang

berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk

kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang.

Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan

sesuatu yang statik. ‘Sistem psikofizikal’ ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan,

keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas

1

Page 2: Gabung semua-bab-tesis

fizikal di dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan

terhasil daripada baka. Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, sistem ini telah

terbentuk dengan cara pembelajaran akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem

psikofizikal adalah kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang

dibuat oleh seseorang kanak-kanak.

Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang

serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat dewasa.

Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun.

Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun.

Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh

tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut

mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil

dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya

daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran

terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan,

didikan agama dan gaya hidup ( Ahmad Tarmizi Zakaria, 2008 ).

Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-

nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi

kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi

kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan

al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

2

Page 3: Gabung semua-bab-tesis

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta

kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya,

kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-

jauhnya.” (An-Nisa’ : ayat 136)

Setiap manusia akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupannya. Proses

pembelajaran ini akan membentuk personaliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali (1974),

personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja

terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran

mereka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai

kemampuan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses

pembelajaran.

Penjelasan Masalah

Pengaruh keluarga menjadi salah satu faktor penting dalam pembentukan

personaliti remaja. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan

ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat

menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi

bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis.

Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam

pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.

3

Page 4: Gabung semua-bab-tesis

Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja

khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya,

adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan

perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber

utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat

ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang

tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku remaja menyebabkan

berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja

tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi

personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca

kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial.

Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai IQ

yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti

permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang. (Goldfarb dalam Wan Azmi, 1987).

Faktor kedua pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir

seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding

dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan

pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk,

struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan

masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik

(T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi

4

Page 5: Gabung semua-bab-tesis

perkembangan personaliti remaja. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan

pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi

pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas

atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970).

Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan

dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap

perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun

penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok

teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi

pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya

mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di

sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Remaja yang berasal daripada

keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib

dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan

anasir-anasir jahat.

Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan

personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja

yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang

bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk

menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya

kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan

remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin

5

Page 6: Gabung semua-bab-tesis

ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh,

mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk

terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai

masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh

membawa kepada masalah sosial ini.

Tujuan Penyelidikan

Kajian ini mempunyai tiga objektif utama:

1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti

remaja.

2. Untuk mengenal pasti tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar.

3. Untuk mengenal pasti pembentukan personaliti remaja berkait dengan adab-adab

belajar.

6

Page 7: Gabung semua-bab-tesis

Beberapa Persoalan Yang Akan Dijawab

1. Apakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti

remaja?

2. Adakah terdapat tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar?

3. Adakah pembentukan personaliti remaja itu berkait rapat dengan adab-adab

belajar?

Kepentingan Penyelidikan Ini

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat

berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru dalam menghadapi

dan mengendalikan golongan remaja di sekolah dan permasalahan-permasalahannya.

Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan oleh sekolah-sekolah untuk

menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang

pentingnya adab-adab belajar ketika menuntut ilmu bagi membentuk personaliti yang

positif.

7

Page 8: Gabung semua-bab-tesis

Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada

pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ke arah pengkajian yang lebih mendalam

dalam bidang yang sama.

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar dapat

membaiki sahsiah, disiplin dan konsep kendiri mereka agar menjadi remaja yang sihat

dari segi mental, fizikal, rohani dan sahsiah, rasional dan matang dalam pembentukan

personaliti remaja.

Batasan Kajian

Kajian ini menfokuskan kaedah konstruktif dalam pembentukan personaliti remaja

berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa

Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks

pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud

diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu

pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan

pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan

aktif dalam merealisasikan teori ini.

8

Page 9: Gabung semua-bab-tesis

Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian perpustakaan iaitu koleksi jurnal serta

buku-buku tentang tajuk yang dikemukakan dan maklumat-maklumat yang didapati

melalui internet (laman-laman web) yang berkaitan.

Istilah

Pembentukan : Perihal perbuatan atau usaha membentuk.

Personaliti : Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang

membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu

merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.

Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran,

persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan,

kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport

1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep

personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal

setiap individu yang menentukan tingkah laku dan

pemikiran.

Remaja : Dalam Bahasa Inggeris, “adolescence” berasal daripada

perkataan Latin “adolescere” yang bermaksud “membesar”

atau “membesar menjadi matang” (Rogers,1981). Ini

bermakna zaman remaja merupakan suatu proses dan

9

Page 10: Gabung semua-bab-tesis

bukannya jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ialah

proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan

yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam

masyarakat. Secara praktikalnya, zaman remaja dilihat

sebagai suatu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan

berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan

suatu zaman transisi antara zaman kanak-kanak dengan

zaman dewasa.

Menurut Hall (1904), zaman remaja merupakan zaman

‘storm and stress’. Ini kerana remaja akan mengalami

perubahan secara biologikal akibat perubahan hormon

tubuh badan dan perlu disesuaikan dengan harapan dan

kehendak masyarakat. Oleh itu, remaja akan sentiasa

menghadapi konflik dalam memenuhi keperluan

kejantinaan, perkembangan egoistik, tingkah laku tidak

menentu, perkembangan self esteem dan emosi. Remaja

juga bermaksud satu zaman yang dimulai dengan akil

baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa,

biasanya pelajar-pelajar ini berumur di antara 12 hingga 17

tahun.

10

Page 11: Gabung semua-bab-tesis

Berdasarkan : Berasakan, bersandarkan atau berlandaskan.

Islam : Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kesimpulan

Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung

kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan

yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses

perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga

walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah

satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu

bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan

mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.

Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-

nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi

kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi

kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan

al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.

11

Page 12: Gabung semua-bab-tesis

Menuntut ilmu amat diutamakan di dalam kehidupan seseorang muslim.

Keutamaan belajar atau menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama dari sembahyang

sunat. Imam Syafi’i r.a. berkata “menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunat.”

Dalam perkembangan yang sama Abu Darda’ pula diriwayatkan berkata “kiranya saya

dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun

beribadat sepanjang malam. Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua

orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain dari keduanya

adalah sia-sia belaka, tiada berguna sama sekali”.

12

Page 13: Gabung semua-bab-tesis

BAB II

KAJIAN LAMPAU

Pendahuluan

Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung

kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan

yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses

perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga

walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah

satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu

bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan

mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.

Tahap remaja merupakan satu jangkamasa yang penuh dengan cabaran di mana di

peringkat awal, remaja mula belajar meneroka kehidupan sosial secara berdikari

walaupun masih berada dalam lingkungan kawalan keluarga. Semakin lama remaja

berada di dalam alam persekolahan semakin luas dunia persekitaran mereka sehingga

13

Page 14: Gabung semua-bab-tesis

melangkaui lingkungan keluarga dan jiran-jiran terdekat. Sesuai dengan tuntutan emosi

mereka, remaja mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari luar

kawasan tempat tinggal mereka serta persekitaran yang lebih kompleks (Harre & Lab

dlm. Iran 1996).

Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang

terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996),

keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan

pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam

alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di Barat telah menunjukkan

bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup

remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan

pencapaian akademik (Fatanah, 1997).

Proses menyesuaikan diri dengan persekitaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini

disebabkan zaman remaja adalah zaman di mana jiwa mereka mudah memberontak,

mereka sering mengalami keadaan ketidaktentuan emosi, konflik dengan keluarga,

mengasingkan diri dan bersikap menentang nilai-nilai murni keluarga dan masyarakat

(Papalia, Old & Feldman 1998). Di peringkat ini juga personaliti remaja terbentuk yang

kebiasaannya dipengaruhi oleh rakan sebaya dan keluarga.

Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak

kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan

pemikiran seseorang dalam alam dewasa.

14

Page 15: Gabung semua-bab-tesis

Mohd. Othman Najati (1992) pula menyatakan, Al-Quran telah

mengklasifikasikan manusia kepada tiga pola iaitu orang-orang beriman, orang-orang

kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah

dalam membentuk keperibadian manusia, orang-orang kafir dan orang-orang munafik.

Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian

manusia, membentuk sifat-sifat yang khas dan mengarahkan tingkah lakunya ke satu arah

tertentu.

Menurut Imam Al-Ghazali (1083M) dari jiwa terbit semua perbuatan yang senang

dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa, muncul

perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan

personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang, maka

dinamakan personaliti yang buruk. (Al–Ghazali disebut dalam Tajul Ariffin Noordin,

1990).

Definisi Personaliti

Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan dan melahirkan

personaliti mereka. Oleh sebab itu, bagaimanakah kita hendak mentakrifkan personaliti?

Kepada orang biasa, konsep personaliti mungkin merupakan satu pertimbangan nilai atau

huraian yang subjektif. Jika kita suka akan seseorang, ia adalah disebabkan kita

mengatakan dia mempunyai personaliti yang baik dan begitulah sebaliknya.

15

Page 16: Gabung semua-bab-tesis

I. Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger (1930).

Menurut beliau, personaliti ialah “apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan

tentang seseorang”. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan

fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas.

II. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren

& Carmichael (1930). Menurut mereka, personaliti ialah “organisasi dinamik

dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang

menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya”.

Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain

tentang personaliti. Misalnya, Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang lima

puluh definisi. Memandangkan terlalu banyak definisi yang telah dikemukakan maka

tidak hairanlah sekiranya tidak ada satu definisi personaliti pun yang dipersetujui umum.

Yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa

perkara iaitu:

I. Kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam

mengkaji personaliti.

II. Setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.

16

Page 17: Gabung semua-bab-tesis

Aspek Kajian Personaliti

Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang

mempengaruhi tingkah laku. Ia juga boleh merujuk kepada individu dan memperhatikan

tingkah laku mereka, manakala personaliti boleh juga ditakrifkan dari segi ciri yang

hanya boleh ditafsirkan daripada tingkah laku dan tidak boleh diperhatikan secara

langsung. Ia juga merujuk kepada cara seseorang berinteraksi dengan individu lain. Maka

yang demikian, beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman

bagi seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan

antara individu.

Adalah jelas bahawa kita boleh memberikan beberapa definisi tentang personaliti.

Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan

penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi-definisi tersebut ada yang

konkrit atau jelas, dan ada pula yang abstrak. Definisi tersebut mungkin menghuraikan

tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu, atau bagaimana individu berinteraksi

sesama mereka. Ia mungkin juga menghuraikan tentang apa-apa yang dapat diperhatikan

secara langsung dan ada pula yang boleh dibuat tafsiran.

17

Page 18: Gabung semua-bab-tesis

Pembahagian Personaliti

Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Allport (1961) telah

membahagikan personaliti kepada tiga bahagian: kesan luaran, struktur dalaman, dan

pandangan positif.

I. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan

topeng. Ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana

ia diamati atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang kepada orang lain. Ia

juga merujuk kepada kecekapan sosial. Definisi ini tidak mengambil kira ciri-ciri

dalaman yang terdapat pada seseorang.

II. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng

semata-mata, tetapi merangkumi struktur psikologi atau psikofizikal. Pendekatan

ini melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri. Banyak definisi personaliti

tergolong dalam pendekatan yang kedua ini. Namun, pendekatan ini dikritik

kerana ciri dalaman tidak boleh diperhati, oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara

saintifik.

III. Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar,

seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti adalah satu

konstruk dan sistem konstruk yang kompleks. Sebagai satu konstruk, ia ditafsir

daripada pemerhatian tingkah laku. Pada masa yang sama, ia terdiri daripada

beberapa bahagian kecil, setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. Setiap

18

Page 19: Gabung semua-bab-tesis

satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan

setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk.

Konsep Personaliti

Perkataan personaliti mempunyai beberapa pengertian, dan kebanyakan

pengertian tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

I. Pengertian pertama tentang personaliti merujuk kepada kemahiran sosial.

Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya

mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi.

Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang

lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik. Sebaliknya, sekiranya

seorang guru mengatakan dia berhadapan dengan pelajar yang mempunyai

masalah personaliti dalam kelasnya, ini bermakna pelajar berkenaan tidak

mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk membolehkannya berhubung

dengan cara yang memuaskan dengan guru dan juga rakan-rakan dalam kelasnya.

II. Pengertian kedua ini merujuk kepada personaliti sebagai kesan yang diberikan

oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh sebab itu, seseorang itu

boleh dikatakan mempunyai “personaliti agresif” atau “personaliti submisif” atau

“personaliti penakut”. Bagi setiap satu contoh yang diberikan tadi, kita telah

memberikan atribut atau kualiti untuk menerangkan seseorang. Atribut atau kualiti

19

Page 20: Gabung semua-bab-tesis

tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain.

Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti, adalah jelas bahawa

konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap seseorang.

Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas.

Yang dimaksudkan dengan persona ialah topeng, yang merujuk kepada rupa luaran yang

ada pada seseorang. Walau bagaimanapun, maksud ini tidak kekal kerana perkataan

persona kemudiannya memberikan beberapa pengertian, antaranya termasuklah ciri-ciri

dan kualiti dalaman seseorang dan juga rupa luaran.

Perkembangan Personaliti

Konsep perkembangan memberi implikasi bahawa terdapat perubahan. Oleh itu,

konsep perkembangan personaliti merujuk kepada perubahan yang berlaku, sama ada

secara perlahan atau mendadak, dalam kehidupan atau personaliti seseorang. Segala

perubahan yang berlaku melalui beberapa peringkat atau tahap. Ahli psikologi

menggunakan konsep tahap apabila membicarakan zaman peralihan dalam kehidupan

manusia.

Misalnya, Freud (1949), membahagikan personaliti kanak-kanak kepada tiga

tahap psikoseksual, iaitu tahap mulut, dubur, dan zakar. Bagi setiap satu tahap tersebut

akan terdapat pembentukan emosi yang unik.

20

Page 21: Gabung semua-bab-tesis

FREUD

Tahap Mulut (Oral) Tahap Zakar (Falik)

Bayi umur 3-6 tahun

Tahap Dubur (Anal)

umur 1-3 tahun

Mengikut Erikson (1962) pula, perkembangan personaliti boleh dibahagikan

kepada lapan tahap psikososial. Empat tahap pertama dalam model perkembangan

Erikson berlaku pada zaman bayi dan kanak-kanak; tahap kelima merupakan zaman

peralihan yang berlaku pada zaman remaja; dan tiga tahap lagi berlaku pada zaman

dewasa iaitu awal dewasa, umur pertengahan dan umur tua. Setiap satu daripada tahap

tersebut mempunyai ciri-ciri personaliti yang tersendiri.

ERIKSON

Zaman Bayi & Kanak-Kanak Zaman Dewasa

Bayi Awal Dewasa (18-35 tahun)

Umur 1-3 tahun Usia Pertengahan

Umur 3-6 tahun (35-60 tahun)

Umur 6- 12 tahun Umur Tua

(60 tahun keatas)

Zaman Remaja

(12-18 tahun)

21

Page 22: Gabung semua-bab-tesis

Proses Pembentukan Personaliti

Teori kognitif sosial memberi penekanan kepada dua proses yang berlainan

daripada teori pembelajaran lain tentang personaliti iaitu pembelajaran dengan cara

pemerhatian dan pengawalan diri sendiri. Pembelajaran pemerhatian melibatkan

kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhatikan orang lain. Pengawalan

diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan

bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran. Kedua-dua proses ini melibatkan proses

pemikiran (kognitif), dan kedua-dua proses di pengaruhi oleh dendam dan ganjaran, tetapi

tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut.

Membentuk Personaliti Muslim

Dalam sesebuah masyarakat dan negara yang ingin menjadi aman dan makmur

adalah penting bagi setiap individu dibentuk berteraskan Islam. Setiap individu Muslim

perlu dibentuk mengikut ajaran Allah s.w.t. Seorang Muslim akan menjadi mukmin yamg

menghayati seluruh ajaran Islam dan berusaha menerapkan nilai-nilai hidup Islam dalam

kehidupan.

Setakat mengubah nama atau adat resam lahir sahaja tidak mencukupi bagi

individu Muslim mencapai objektifnya. Yang lebih penting ialah mengubah hati

nuraninya supaya menjadi benar-benar mengenali dan memahami hakikat Islam.

Kesedaran itu mesti lahir dari jiwa seseorang supaya Islam dijadikan satu cara hidup yang

22

Page 23: Gabung semua-bab-tesis

menyeluruh. Islam harus dijadikan obor yang dapat menerangi liku-liku dalam hidup dan

juga sebagai teras kekuatan untuk bertahan terhadap ancaman-ancaman ke atas

kesejahteraan umat Islam. Islam sebagai cara hidup boleh dijadikan nilai pengukur untuk

membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik.

Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk

daripada latihan-latihan melalui ibadat. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat

dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah akan melahirkan

peribadi yang teguh dan lupus. Dengan keteguhan peribadi akan lahir manusia yang

hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudah mengalah kepada sebarang tipu daya di

dunia ini.

Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti

dan kesopanan serta malarang akhlak yang buruk. Iman dalam Islam tidak akan sempurna

tanpa menghasilkan amal soleh dan akhlak yang mulia. Menurut seorang tokoh Islam,

Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam kitabnya khuluq al-Muslim,

Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya, kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terjerumus pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain.

23

Page 24: Gabung semua-bab-tesis

Personaliti Mengikut Pandangan Islam

Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara

umumnya akhlak. Secara ringkasnya personaliti atau akhlak boleh dibahagikan kepada

dua, iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. Dipetik dalam psikologi

personaliti, (2006).

Personaliti mengikut perspektif Islam tidak bertentangan dengan teori

behaviourisme. Sebagai contoh, Islam mengakui pengaruh alam sekitar ke atas

perkembangan fitrah, seperti sebuah Hadis yang bermaksud, “Setiap kanak-kanak

dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi,

Nasrani atau Majusi”. Tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia itu menjadi hamba

kepada alam sekitar, seperti pendapat pakar-pakar behaviourisme. Tidak dinafikan

bahawa alam sekitar memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku

seseorang, tetapi al-Quran tidak menganggapnya sebagai satu faktor sahaja yang

mempengaruhi tingkah laku .

Antara sifat-sifat yang terpuji yang menjadi matlamat dalam pembentukan

personaliti individu Islam ialah taubat, takut kepada Allah s.w.t. sabar, syukur, ikhlas,

tawakal, cinta kepada Allah s.w.t., redha qadak dan qadar Allah dan mengingati mati.

Sifat-sifat yang tercela yang cuba dihindarkan oleh individu Islam ialah tamak kepada

makanan, suka bercakap sia-sia, dengki, bakhil atau kedekut, megah, cinta kepada dunia,

marah, takbur dan riak atau menunjuk-nunjuk. (Habibah Elias dan Noran Fauziah

Yaakub, 2006).

24

Page 25: Gabung semua-bab-tesis

Sebagai contoh, sabar ialah satu sifat yang terpuji yang patut diamalkan oleh

individu Muslim. Seorang Muslim yang jiwanya terpimpin oleh hidayah Islam sentiasa

melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya.

Menurut kaca mata Islam, orang yang perkasa bukanlah seorang yang mempunyai

kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Sebaliknya, orang

yang perkasa ialah orang yang dapat bertindak dengan pertimbangan dan sabar serta

mampu mengawal nafsunya ketika marah.

Seorang yang boleh mengawal nafsunya, menenangkan fikirannya ketika kusut,

menguasai diri ketika dalam kesulitan sebenarnya menunjukkan kekuatannya.

Rasulullah s.a.w sentiasa berwasiat kepada para sahabatnya agar tidak cepat

marah (Hadis riwayat Bukhari). Seorang Muslim yang sebenar tidaklah marah, sebaliknya

dia mudah redha. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan balas dendam untuk

mempertahankan harga dirinya, kecuali terhadap orang yang tidak menghormati hak-hak

Allah seperti menghalalkan apa-apa yang diharamkanNya.

Dengan latihan dan didikan yang betul, individu Muslim memperoleh sifat-sifat

yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat

terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang. Anggota

termasuklah mata, telinga, mulut, perut, kaki dan tangan. Apabila seseorang dapat

mengawal hatinya seperti sentiasa mempunyai niat yang baik, dia tidak terdorong untuk

melakukan sesuatu yang tercela, maka anggota badannya akan mengikut kata hati dan

lebih berhati-hati supaya tidak sampai melakukan perbuatan yang tercela. Kawalan hati

25

Page 26: Gabung semua-bab-tesis

boleh menjadi motivasi kepada individu untuk bertingkah laku dengan baik apabila

berhadapan dengan ahli masyarakat yang lain.

Konsep fitrah dalam Islam memastikan bahawa pendidikan Islam haruslah

bertujuan menguatkan hubungan yang mengaitkan antara manusia dengan Allah. Walau

apa pun yang dipelajari oleh kanak-kanak tidak boleh bercanggah dengan prinsip ini.

Membentuk Personaliti Remaja

Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi’in hingga kurun ketiga

hijrah memperlihatkan bahawa mereka menjalani hidup berasaskan roh Islam yang bukan

sahaja berjaya membentuk mereka menjadi ‘insan rabbani’ malah berjaya menjadi

benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik

sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak

dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang

teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui

sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud :

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji. (Al-Qalam 68 :4)

26

Page 27: Gabung semua-bab-tesis

Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu

memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu

dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya

membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa

yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian

ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-

aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu

menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka

terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah.

Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak

dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu,

keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai

pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini

bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesuatu yang bersesuaian dengan

kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan

pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketika dapat dinikmati.

Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan

mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan

kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah

dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka

mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.

27

Page 28: Gabung semua-bab-tesis

Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka

belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk memastikan diri mereka betul-betul

berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh

perasaan seseorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap

diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditunjukkan dengan cepatnya pertumbuhan

fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka

timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya dalam memahami hubungan antara

berlainan jantina.

Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga

dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya

yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau

peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang

penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut

kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar

mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama.

Kejadian Manusia

Al-Quran mengemukakan penjelasan bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu

unsur rohani dan jasmani. Setelah melalui beberapa fasa penciptaan iaitu dari tanah

lumpur hitam yang diberi bentuk, dan kemudian menjadi tanah kering seperti tembikar,

Allah kemudian meniup roh kepadanya sehingga tercipta Adam a.s. Rohani dianggap

28

Page 29: Gabung semua-bab-tesis

sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari

kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsanan yang dijelaskan oleh al-Quran.

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.( Shaad 38:71-72)

Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam

kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewengan

terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai

alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengalami

pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus

diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang

sempurna.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan

seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t.

Keadaan ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan,

percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik

oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali

29

Page 30: Gabung semua-bab-tesis

ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh

sebab itulah Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman

dan generasi manusia.

Kedudukan Akal dan Hati

Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting

dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan

menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak

berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila. Sabda Rasulullah s.a.w. yang

bermaksud :

Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna.

Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh

mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut

Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber

kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkah laku remaja

dan memainkan peranan penting dalam tingkah laku mereka. Sabda Rasulullah s.a.w.

yang bermaksud :

30

Page 31: Gabung semua-bab-tesis

Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.

Iman dan Personaliti

Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Iman

menjadi tunjang kepada rahsia memiliki personaliti yang unggul iaitu di mana kedudukan

dan peranan iman dalam menjadikan seseorang itu insan cemerlang. Lukman Thaib dalam

bukunya Iman dan Keperibadian Muslim, mengungkapkan hubungan saling perlu antara

iman dan amal (tingkah laku) sebagai dua jentera yang beroperasi bagi memproses

kesempurnaan peribadi seseorang. (Ahmad Amri Zainal Adnan, 2009)

Tidak dapat dinafikan, iman memainkan peranan dalam mencatur tingkah laku

seseorang. Menurut Yusuf Qardhawi (2001), orang yang beriman tiada rasa dengki dan

khianat serta berupaya melahirkan sifat amanah, jujur dan tidak mementingkan diri.

Orang yang beriman juga digambarkan lebih penyabar dan cenderung kepada

kecemerlangan. Semua sifat-sifat ini terdapat pada keperibadian Rasulullah dan para

sahabat yang digelar sebagai ‘generasi Quran’.

Iman mempunyai tiga ciri iaitu keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan

mengamalkan dengan anggota badan. Iman juga mempunyai beberapa tingkat. Tingkat

pertama adalah iman Tasdiqi. Peringkat kedua adalah iman Hali. Di peringkat ini, iman

31

Page 32: Gabung semua-bab-tesis

menjadi sebati dalam hati seseorang dan tiada lagi keraguan pada dirinya sebagaimana

yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 15.

Keperluan manusia kepada iman umpama tubuh yang memerlukan makanan. Ini

dibuktikan melalui surah al-A’araf, ayat 172 di mana roh yang akan dimasukkan ke dalam

janin mengakui Allah adalah tuhan yang patut diimani. Dalam kata lain, beriman kepada

Allah adalah fitrah manusia. Pastinya, satu masa dalam hidup manusia, akan timbul jua

keinginan untuk mendalami fitrah ini.

Bukti iman dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia terlakar dalam

sejarah dunia apabila masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah dapat

ditransformasi kepada tamadun Abbasiyyah yang unggul. Tamadun ini dinobatkan

sebagai yang paling cemerlang dalam sejarah peradaban manusia.

Iman Merangsang Tingkah Laku Positif

Abdul Hadi Awang (1985) mengatakan bahawa manusia mempunyai perwatakan

yang dapat dilihat melalui tindak-tanduknya, sama ada dalam bentuk perkataan ataupun

perbuatan. Ini adalah kesan penghayatan iman terhadap sikap dan pemikiran individu. Ia

adalah tanda iman seseorang yang dapat dijadikan ukuran secara fizikal. Sayyid Sabiq

(1987) pula menyatakan, baik buruknya kehidupan manusia bergantung kepada keimanan

seseorang.

32

Page 33: Gabung semua-bab-tesis

Iman dapat memberi kekuatan kepada manusia dalam menghadapi apa sahaja

kesulitan. Perasaan takut mereka hanyalah kepada kemurkaan Allah. Justeru, mereka

tidak gentar menghadapi musuh yang ramai ataupun kekurangan harta benda.

Iman juga dapat memelihara kesucian hati. Ini disebabkan kerana orang yang

beriman meyakini Allah sentiasa melihat tingkah lakunya dan mendengar setiap gerak

hatinya. Dalam surah al-Mujadalah ayat 7, Allah menyatakan Dia Maha Mengetahui apa

yang ada di langit dan bumi. Percaya bahawa Allah melihat segala gerak-geri juga dapat

melahirkan sifat amanah dan jujur. Akhirnya, segala kegiatan harian seperti perniagaan,

pemerhatian dan pergaulan akan ditunjangi akhlak yang baik.

Antara dorongan iman yang paling besar adalah dorongan untuk beramal. Iman

dan amal adalah dua komponen yang saling berkait rapat. Iman menjadi teras kepada

amal soleh dan amal soleh menjadi penyempurnaan kepada iman. 70 ayat Quran yang

mengaitkan iman dengan amal adalah bukti perkaitannya. ( Mohd Sulaiman Yasin,1987).

Dalam buku Iman dan Keperibadian Muslim, Lukman Thaib menyatakan iman

dan amal adalah dua alat yang sentiasa bergerak bagi memproses kesempurnaan dan

ketinggian keperibadian seseorang. Tambah Lukman Thaib lagi, keimanan kepada Allah

dan keesaannya turut memainkan peranan dalam membina jiwa yang mulia kerana ia

menyedari Allah adalah pemilik hakikat setiap kekuatan yang terdapat dalam alam ini.

Seorang yang beriman akan bekerja tanpa paksaan dari luar, tetapi didorong oleh

semangat dari dalam iaitu atas kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi.

33

Page 34: Gabung semua-bab-tesis

Di atas kesungguhan orang yang beriman dalam beramal, mereka memperoleh

kejayaan dalam hidup mereka. Kejayaan ini tercapai kerana setiap amalannya dilakukan

dengan sebaik mungkin supaya memperoleh keredaan Allah. Di dalam ayat 105 surah at-

Taubah, Allah menyeru manusia yang baik itu akan diungkit kembali.

Hubungan Ilmu Dengan Personaliti

Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang menuntut ilmu.

Sekiranya, dibuka lipatan sejarah ketamadunan manusia yang silam, elemen ilmu

merupakan sebahagian pra syarat ciri-ciri negara yang bertamadun seperti yang berlaku

dalam era kegemilangan Islam silam. Matlamat manusia mencari ilmu pengetahuan

adalah untuk memperoleh hakikat ilmu yang benar. Secara tradisinya, kebanyakan

golongan intektual menterjemahkan ilmu sebagai kebolehan untuk memahami kedudukan

dan fungsi yang tepat dan wajar bagi setiap persoalan alam ini yang membawa kepada

pengenalan kepada Tuhan sebagai Maha Pencipta dan Maha Pentadbir segala alam ini.

Oleh yang demikian, Islam amat mementingkan penghayatan terhadap ilmu sama ada

yang meliputi hal-hal kedunian atau akhirat. Dalam usaha menuntut ilmu, seseorang yang

dikenali sebagai pelajar perlu mematuhi etika-etika atau adab-adab supaya ilmu yang

diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah.

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali

dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para pelajar dan yang mengajarkannya. Adab-

adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah

34

Page 35: Gabung semua-bab-tesis

bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di

antaranya adalah:

1. Ikhlas kerana Allah.

Para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas

bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama

manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa

mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama,

namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia

sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan

sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai

satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia

mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman

yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (Al-Mujadalah 58:11).

35

Page 36: Gabung semua-bab-tesis

Ayat ini menjelaskan bahawa seseorang yang berlapang dada itulah kelaknya

Allah akan mengangkat iman dan ilmunya sehingga darjatnya bertambah. Orang yang

patuh dan sudi memberikan tempat kepada orang lain itulah yang akan bertambah

ilmunya. Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang kebanyakan,

pertama kerana imannya, kedua kerana ilmunya. Setiap hari pun dapat dilihat pada raut

wajah , pada sinar mata orang yang beriman dan berilmu. Terdapat tanda-tanda yang

dapat dibaca oleh orang yang arif bijaksana bahawa seseorang itu ialah seorang yang

beriman dan berilmu. Iman memberi cahaya pada jiwa, sedangkan ilmu pengetahuan

memberi sinar pada mata. Iman dan ilmu membuat seseorang itu menjadi lebih mantap

dan agung.

Ini amat penting bagi para pelajar adalah mengamalkan ilmu yang telah

diperolehi, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mahupun

muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata.

Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk akhirat.

Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan

kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang

seumpamanya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam

sabdanya:

36

Page 37: Gabung semua-bab-tesis

Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat". (HR: Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.

Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan

kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus

mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan

tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat

mengambil faedah dari ilmu kita.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.

Sudah menjadi keharusan bagi para pelajar berniat dalam menuntut ilmu untuk

membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada

seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Pelajar harus membela

agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntutan yang

diajarkan Rasulullah s.a.w. Hal ini tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang

yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

37

Page 38: Gabung semua-bab-tesis

4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya pelajar menerima perbezaan itu

dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalan

aqidah, kerana persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di

kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman

sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita

menghina orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.

5. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.

Pelajar harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi

di kalangan ulama’. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama’ yang kebetulan

keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk

dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama’.

6. Mencari kebenaran dan sabar.

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang pelajar adalah

mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita-berita

yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah

hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut.

38

Page 39: Gabung semua-bab-tesis

Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi

mencari makna (pengertian) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus

sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai

kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti

lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang

kita tuntut.

7. Menjauhi Maksiat

Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan

suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur

yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan

najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu

kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka

jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan

endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan

kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang

maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan)

serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara

yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya

dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai

maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

39

Page 40: Gabung semua-bab-tesis

8. Memilih teman yang soleh

Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah

hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri

samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi

setiap hari. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama

orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan

keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama

orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya

kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan

lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang

tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang

ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman

Allah dalam surah Az-Zukhruf 43: 67 yang bermaksud :

Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan

oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya.

Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.

40

Page 41: Gabung semua-bab-tesis

9. Banyakkan Zikrullah.

Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid

serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan

perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh

mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa

wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak

berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang

telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat

lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat.

Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala

ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup

yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan

makhluk-Nya.

10. Menjaga Kehormatan.

Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala

ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain

kepada diri kita. Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan

rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.

Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan

perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana

41

Page 42: Gabung semua-bab-tesis

doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Firman Allah dalam

surah Al-Hujuraat 49: 12 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

11. Doa dan Keredhaan Ibu bapa.

Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati

mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan

mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian

mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai

kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada

keredhaan ibu bapa terhadap kita. Firman Allah dalam surah Al-Israa' 17: 23-24 yang

bermaksud :

42

Page 43: Gabung semua-bab-tesis

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

12. Menghormati Guru

Pelajar juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana

tidak menyalahi kehendak Islam. Pelajar mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau

pendapat kita berbeza. Pelajar pernah mendengar bagaimana Imam As-Syafi'e walaupun

berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh ( kena sujud sahwi jika tidak

melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran

maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya. Guru janganlah dianggap

sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi pelajar mestilah

menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti

dihormati walaupun di mana berada. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud

antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan

seharian. Oleh itu pelajar hendaklah membina kembali keutuhan dan mahabbah dengan

guru agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara

negatif dalam kehidupan.

43

Page 44: Gabung semua-bab-tesis

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana

sesungguhnya pembawa berita kadang-kadang mempunyai maksud yang tidak benar, atau

barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu

ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk

bahagia di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al-Alaq 96:

1-4 yang bermaksud :

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam.

Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran

memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu.

44

Page 45: Gabung semua-bab-tesis

Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya

Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Imam al-Ghazali begitu memberikan

penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut

Imam al-Ghazali diperolehi melalui ilmu.

(http://sinaronline.tripod.com/Edisi6/Santapan.htm).

Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali tidak hanya

bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di

muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu berilmu. Ulama di

ibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan

apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang

paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki

sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orang-orang yang diberikan kitab untuk diterangkan manusia dan tidak menyembunyikannya.

(Ali Amran - ayat 3)

Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri

daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah

s.a.w. yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar

dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin

45

Page 46: Gabung semua-bab-tesis

yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka

lakukan.

Adab-adab Ketika Belajar

• Membaca Doa Penerang Hati

Dalam ajaran Islam telah disyariatkan supaya seseorang itu berdoa

sebelum memulakan sesuatu urusan. Ini adalah bertujuan untuk memohon

keredhaan dari Allah s.w.t. Seseorang pelajar juga tidak ketinggalan, ini

kerana melalui amalan berdoa seseorang pelajar itu dapat membentuk

personaliti yang terpuji.

• Sabar ketika belajar

Sebagai seorang pelajar Islam, bersabar dan bersyukur ketika belajar

amatlah penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar yang

memilih sifat personaliti yang terpuji selalu bersyukur, bersabar, reda dan

bertaubat (insaf) terhadap kesilapan yang telah dilakukan.

46

Page 47: Gabung semua-bab-tesis

• Menghormati guru

Setiap pelajar harus berbuat baik dan menghormati guru di dalam

menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari itu diredhai. Guru juga

merupakan orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang

penting dalam pembentukan personaliti pelajar .

Adapun hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :

“Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat”.

Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi

setiap orang tidak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairanlah pada

masa sekarang lelaki dan perempuan sama-sama bersaing di Universiti, di kolej dan

pusat-pusat pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki

masing-masing.

Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan

mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan

ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaAllah kita akan

menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan

hidup di dunia dan akhirat.

47

Page 48: Gabung semua-bab-tesis

Adab-adab Belajar Menurut Pandangan Islam

Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turut mengutarakan beberapa adab belajar

mengikut perspektif Islam. Menurut beliau oleh kerana belajar sebagai salah satu tuntutan

agama maka ia hendaklah didahului dengan niat yang ikhlas iaitu semata-mata untuk

menuntut keredhaan Allah Ta’ala selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. (hadis sahih

Bukhari dan Muslim) yang bermaksud “Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat

dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan”. Ini bermakna dalam

mengejar ilmu, seseorang pelajar itu tidak seharusnya mempunyai niat untuk mencapai

tujuan-tujuan keduniaan seperti berharta, kepimpinan, mengatasi kawan-kawan yang

sebaya dengannya dan juga mendapatkan pujian manusia. Firman Allah dalam surah Asy-

Syuura 42:20 yang bermaksud :

Barang siapa yang mahukan hasil (pahala) akhirat nescaya Kami tambah kepada padanya hasil dan barang siapa yang mahukan hasil dunia nescaya Kami berikan sebahagian daripadanya dan tidak akan ada bahagian pahala baginya di akhirat nanti.

48

Page 49: Gabung semua-bab-tesis

Perbandingan Pelajar Yang Mempunyai Adab Belajar Dengan Pelajar Yang Tidak

Mempunyai Adab Belajar.

PERSONALITI PELAJAR YANG

MEMPUNYAI ADAB BELAJAR

PERSONALITI PELAJAR YANG

TIDAK MEMPUNYAI ADAB BELAJAR

Belajar mengikut jadual yang

ditetapkan

Belajar hanya dengan mengikut

mood

Menguruskan masa belajar dengan

baik

Tidak pandai menguruskan masa

belajar dengan baik

Menghormati Guru Tidak menghormati Guru

Tidak menangguhkan waktu belajar Suka belajar disaat akhir

Rajin belajar Malas belajar

Bermotivasi Tidak bermotivasi

Mempunyai cita-cita Tidak mempunyai cita-cita

Merancang sistem pembelajaran Tidak pandai merancang

Dapat disimpulkan disini bahawa perbandingan antara pelajar yang mempunyai

adab belajar dengan pelajar yang tidak mempunyai adab belajar dapat dilihat dengan

begitu jelas sekali. Jika dilihat pada personaliti yang mempunyai adab belajar, mereka

49

Page 50: Gabung semua-bab-tesis

belajar secara bersistematik yang mana dapat kita katakan secara lebih tepat bahawa

personaliti pelajar ini cenderung kearah nilai-nilai yang positif berbanding dengan mereka

yang tidak mempunyai adab belajar lebih cenderung kepada nilai-nilai negatif yang mana

mereka melakukan sesuatu dengan mengikut kata hati mereka.

Pembentukan Personaliti Melalui Pemakanan

Intipati dari Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan

pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan muslim. Sudah pasti ia boleh

dijadikan pedoman, baik dalam bab memilih makanan, sumber mendapatkan makanan,

jenis makanan dan juga adab makan. Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar

kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman

yang serba moden ini, kita seringkali dilalaikan dengan memilih makanan yang bertujuan

hanya untuk pertumbuhan jasmani sahaja yang semata- mata berbentuk luaran tetapi kita

lupa untuk mencari makanan yang seimbang kesannya dalam pembentukan lahiriah dan

rohaniah iaitu pembentukan akal cemerlang dan peribadi yang gemilang.

Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu

yang semulajadi dari hati, yang berhubung dengan keperluan hidup iaitu jantung dan yang

terakhir ialah otak manusia. Selaras dengan itu, ketiga- tiga unsur penting ini memerlukan

kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan

yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat yang terbaik untuk

digunakan oleh tubuh badan manusia. Disini, jelas menunjukkan bahawa kepentingan

50

Page 51: Gabung semua-bab-tesis

makanan dan minuman yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan hati, jantung dan

otak yang merupakan organ penting di dalam jasad manusia dan ia juga diperlukan dalam

pembangunan jasmani dan rohani insan mengikut acuan yang berlandaskan lunas- lunas

Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi

badan. Bahkan, Islam juga memandang bahawa hati mempunyai peranan yang besar

dalam kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi

dan akal seseorang insan sepertimana dalam sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh

Imam Bukhari:

Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati.

Oleh itu, jelas kepada kita bahawa dari sudut pandangan sains, makanan yang baik

adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi penting untuk

tubuh antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahan-

bahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah , menukarkan

glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi- fungsi khusus

lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. Manakala dari sudut pandangan

Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang

yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah yang terbilang.

51

Page 52: Gabung semua-bab-tesis

Pemakanan amat penting di dalam membentuk personaliti seseorang itu.

Kekurangan zat makanan akan menjejaskan pembentukan personaliti seperti hilang minat

dalam berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan masyarakat. Ibu bapa

bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang seimbang dan secukupnya kepada

anak-anak. Antara makanan yang paling kerap seorang pelajar mesti amalkan ialah

kismis, air kacang soya, kurma dan kacang pistachios. Ini adalah bertujuan untuk

membentuk personaliti yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat

yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota

seseorang.

Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana

gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam

menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini

akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit.

Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani dan sosial perlu dirangkumkan agar ia

dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara

menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan

tanggungjawab masing- masing secara harmoni.

Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek

rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang

itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada

gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala

kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan

52

Page 53: Gabung semua-bab-tesis

antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun

masyarakat umumnya. Gabungan antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap

individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang

kini kian menular dalam masyarakat kita.

Sihatnya manusia itu tidak terlalu bergantung pada zat pemakanan sehari-hari,

tetapi pengabdiannya kepada Allah. Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab musabab.

Namun begitu, manusia perlu ingat bahawa salah satu sifat Allah adalah maha berkuasa.

Dia menciptakan hukum, tetapi tidak tertakluk kepada hukum. Dia bebas berbuat apa

sahaja. Oleh itu, pengetahuan tentang pemakanan yang baik adalah usaha untuk hidup

sihat.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk kita memelihara kesihatan anugerah

Allah ini, seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan

dengan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab.

Pemakanan yang sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan

masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesihatannya bahkan juga cemerlang

dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, bertamadun mengikut acuan Islam dan yang

paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam mengamalkan

ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Kepentingan Makanan Kepada Fungsi Otak

53

Page 54: Gabung semua-bab-tesis

Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak

dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh

berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat,

vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan.

Protein

Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk

membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari

protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga

terhasilnya kimia-kimia hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada

bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein.

Lemak

Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel

(membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak

adalah penting untuk otak.

Glukos

54

Page 55: Gabung semua-bab-tesis

Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan

sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.

Garam galian

Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium

adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan

sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim.

Vitamin

Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahan-

bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting

untuk fungsi otak.

( http://blogs.warwick.ac.uk/hassanr/entry/kepentingan_makanan_kepada/)

Maka disini dapat dikatakan bahawa salah satu bahagian tubuh yang paling

penting dan sangat berharga dan boleh mengubah dunia adalah otak. Kemampuan otak

merupakan potensi yang memungkinkan seseorang dalam mengembangkan diri untuk

menjadi makhluk yang menuju kearah kesempurnaan didunia. Dengan ini pemakanan

memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang itu agar menjadi

55

Page 56: Gabung semua-bab-tesis

individu yang mempunyai personaliti yang unggul disamping dapat membantu dalam

pembinaan otak, menguatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak.

Kesimpulan

Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja kerana

bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang dibina seumur

hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling penting kerana

peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan kepada pembentukan

sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi bentuk asuhan yang baik

akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik

(Singgah,1982).

Justeru, bersesuaian dengan sifatnya sebagai tempoh menuju kedewasaan, remaja

memerlukan persekitaran dan sistem nilai yang baik dalam membentuk identiti diri.

Keperluan ini harus wujud di dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan

pendidikan di mana remaja sedang melalui tempoh getir dalam kehidupannya. Biarpun

begitu, persoalan menyediakan remaja dengan persekitaran dan sistem nilai yang baik

bukanlah sesuatu yang mudah dan terbentuk secara semulajadi. Penyediaan ini perlu

melalui proses pendidikan bermatlamat sebagaimana ditegaskan oleh Wheeler (1973)

iaitu ‘perubahan tingkah laku ke arah yang baik di samping menyediakan individu untuk

menjadi anggota masyarakat yang baik, mempunyai perasaan dan mengamalkan nilai-

nilai yang baik, sesuai dengan budaya hidup masyarakatnya’.

56

Page 57: Gabung semua-bab-tesis

Zaman remaja merupakan tempoh manusia keluar dari alam kanak-kanak menuju

kedewasaannya. Melangkah keluar dari alam kanak-kanak menjadikan remaja lebih

terdedah kepada aktiviti kemasyarakatan dan merancakkan lagi proses sosialisasinya.

Sigmund Freud (1971) beranggapan bahawa ‘manusia haruslah melalui proses sosialisasi

yang telah sedia wujud di dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan

manusia melalui proses ini, hanya akan menyaksikan kecelaruan yang boleh merosakkan

peraturan-peraturan dalam pembentukan disiplin diri, institusi kekeluargaan dan

kemasyarakatan’.

57

Page 58: Gabung semua-bab-tesis

BAB III

KAEDAH KAJIAN

Pendahuluan

Menurut Berenson dan Levine (1987) dan Mohd Sobri Ismail (2000) metodologi

atau kaedah dalam penyelidikan adalah satu bentuk kawalan dalam memperolehi

maklumat bagi mencapai matlamat sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Dalam bab III

ini akan menerangkan tentang kaedah kajian iaitu bagaimana mendapatkan maklumat

bagi mencapai objektif penyelidikan ilmiah ini. Antara lain yang akan dijelaskan dalam

bab ini ialah kaedah, alatan kajian dan kesimpulan bagi bab tiga ini.

Kaedah

Kajian ini memerlukan penyelidik mengkaji perincian yang khusus tentan

pembentukan personaliti remaja berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Penyelidik

mempunyai pandangan mengenai suatu fenomena sosial dan ingin menjelaskan serta

memperihalkannya dengan lebih terperinci kepada masyarakat betapa pentingnya

pembentukan personaliti remaja itu berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam.

Alatan kajian

58

Page 59: Gabung semua-bab-tesis

Penyelidik telah menggunakan beberapa alatan kajian bagi menyiapkan kertas

projek ilmiah ini seperti buku ilmiah, pendapat ulama’, al-Quran, Hadith Nabi, carian

internet, akhbar, majalah dan jurnal.

Penyelidik telah menggunakan kaedah pembacaan yang terdapat di dalam

Perpustakaan Al-Mukhtar Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA,

Perpustakaan Negeri Terengganu dan Perpustakaan Negeri Kelantan. Penyelidik

mendapatkan maklumat dan data dengan lebih terperinci yang melibatkan isu-isu semasa

daripada akhbar-akhbar tempatan, jurnal-jurnal serta majalah-majalah ilmiah yang

berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Seterusnya penyelidik menganalisis data-data

dan maklumat-maklumat tersebut bagi mendapatkan hasil carian yang jelas terhadap

kaedah-kaedah yang disarankan Islam.

Sumber berdasarkan carian internet digunakan untuk mendapatkan maklumat

terperinci dan terkini berkaitan dengan hasil-hasil kajian, pandangan pakar dan lain-lain

maklumat yang bersangkutan dengan kajian ini serta perbincangan tentang kaedah-

kaedah kajian secara meluas dalam pelbagai bentuk persembahan untuk menyokong dan

juga mencorakkan isi kajian.

Kesimpulan

59

Page 60: Gabung semua-bab-tesis

Dalam bab III ini penyelidik telah membincangkan kaedah penyelidikan yang

digunakan berdasarkan ciri-ciri sebagaimana yang telah dijalankan. Penyelidik juga telah

membincangkan alatan kajian yang digunakan sepanjang kelangsungan kertas projek

ilmiah ini.

Segala dapatan yang diperolehi oleh penyelidik adalah daripada sumber-sumber

yang diperakui kesahihannya. Penyelidik akan menghuraikan dan menerangkan sumber

tersebut dalam bab yang seterusnya.

BAB IV

60

Page 61: Gabung semua-bab-tesis

KEPUTUSAN

Pendahuluan

Pendidikan yang kian mencabar seiring dengan era globalisasi, akan memberi

cabaran yang baru kepada ibu bapa dalam memberi tumpuan sepenuhnya dalam

pendidikan anak-anak. Ini ternyata dengan masalah yang bertubi-tubi muncul di dada

akhbar berkaitan dengan masalah remaja yang kian meruncing.

Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa

akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang

berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya.

(eprints.utm.my/.../AziziYahaya_Persekitaran_Keluarga_dan_Kesannya.pdf)

Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh

kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya

meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak,

perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari

dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik

salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa seriusnya

fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari

terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda

61

Page 62: Gabung semua-bab-tesis

kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan

ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah

itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Bagaimanakah remaja boleh

bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya fenomena

tersebut?.

Erikson (1962), menegaskan bahawa matlamat remaja ini ialah untuk mencapai

pengenalan identiti personal berasaskan kematangan fizikal dan seksual. Identiti bukan

sahaja terhad kepada personal tetapi meliputi konsep kendiri seperti penyatuan kendiri

personal dan perasaan sosial, identiti masa kini dan identiti masa lalu. Identiti yang cuba

dibentuk adalah diasaskan kepada konsep kendiri individu yang berkait rapat dengan

faktor-faktor fizikal dan psikologi remaja. Interaksi remaja dengan persekitaran

terutamanya dengan orang yang signifikan seperti ibu bapa atau ahli keluarga yang

mempengaruhi pembentukan identiti dan konsep kendiri remaja. Identiti ini juga

dikaitkan dengan perkembangan kognitifnya dalam usaha untuk menyesuaikan diri

dengan realiti hidup. Semasa mencari identiti inilah remaja akan menghadapi konflik atau

krisis identiti. (http://eprints.utm.my/6578/1/PuspaSuppiahMFP.pdf).

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Remaja

Baka

62

Page 63: Gabung semua-bab-tesis

Minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti

telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang

mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik

menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan

trait-trait badan dan tingkah laku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan

had-had yang tidak dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran

yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untuk mengetahui

apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi

yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan potensi tersebut pada

masa ujian diambil.

Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh

baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga

personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran.

Bentuk Tubuh Badan

Bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak

langsung. Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat

dibuat dan tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua

peringkat umur khususnya apabila aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk

kumpulan rakan sebaya. Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu

63

Page 64: Gabung semua-bab-tesis

gemuk akan merasa terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan. Secara tidak

langsung pula, bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan cara menentukan

perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini akan dipengaruhi

juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang menunjukkan sikap

masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu adalah

bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola personaliti bagi individu yang

mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. Jika seseorang kanak-kanak itu ada

kumpulan sebayanya yang lebih kurang sama tinggi dan sama berat tubuh badan, maka

konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika bentuk tubuh badannya berbeza ia akan

mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang gemuk akan merasa kesedaran kendiri,

takut dan malu, lembab dan tidak dapat memegang status yang tinggi di kalangan rakan

sebayanya. Ia akan bertambah bergantung kepada ibunya, dan akan membentuk

personaliti yang tidak matang bagi tahap umurnya.

Emosi

Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan

menjejaskan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Tindak balas seseorang kanak-kanak

terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada

pengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian

dirinya. Sesetengah kanak-kanak telah belajar menyatakan emosi mereka serta merta dan

ada pula yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan mengeluarkan

perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai. Apabila seseorang kanak-kanak itu

64

Page 65: Gabung semua-bab-tesis

meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan sebagai tidak matang oleh orang lain.

Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia akan merasa murung dan ini akan

menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan

merenung tentang dirinya sendiri. Emosi yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak itu

merasa gelisah, gentar dan kurang senang. Emosi dominan yang dialami oleh kanak-

kanak biasannya lebih mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan

emosi ketegangan yang menyeluruh. Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola

emosi yang tidak baik. Sebagai contoh perasaan risau atau susah hati yang terlalu banyak

dan selalu akan melemahkan keyakinan kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai

tingkah laku kanak-kanak dengan cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut

menyekat atau mengawal perasaannya yang meluap.

(http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf).

Kecerdasan

Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah suatu kenyataan.

Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan masalah sehari-hari dan

masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan dalam bilik

darjah akan membentuk personaliti yang meyakinkan. Sebaliknya seseorang yang kurang

kecerdasan menyebabkan sukar untuk menyelesaikan tugasan akademik dan sering

mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Ini akan menjadikan seseorang

itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu.

65

Page 66: Gabung semua-bab-tesis

Konsep rumahku syurgaku dan sekolah penyayang amat penting dalam

meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. “Melentur buluh hendaklah dari

rebungnya” perlulah dijadikan pedoman oleh ibubapa dan para pendidik. Semakin awal

kemahiran kecerdasan emosi yang diberikan kepada anak-anak adalah semakin baik dan

berkesan. Anak-anak yang diberikan kemahiran emosi akan kelihatan riang, lebih

berkeyakinan dan lebih berjaya dan cemerlang di sekolah. Kecerdasan emosi yang

diberikan latihan dan diamalkan boleh menjadi tabiat dan kebiasaan dalam kehidupan

anak-anak.

Pengaruh Keluarga

Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering

bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak,

bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan

penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.

Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi

keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-

kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi

ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap

perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih

sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.

66

Page 67: Gabung semua-bab-tesis

Pengaruh Kebudayaan

Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola

personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai

pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang

berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti

yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan

pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.

Pengaruh Kawan

Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung

oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu

mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya.

Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam

pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak

yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa iri hati, benci, muram dan marah

terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

Pengaruh Sekolah

67

Page 68: Gabung semua-bab-tesis

Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.

Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-

kanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula

melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’,

‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru mempengaruhi

penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.

Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru

yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja

sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan

memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.

Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada

jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat

mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan

serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang

mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah

dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan

sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai

gagal, bodoh dan tidak berguna.

Masyarakat

68

Page 69: Gabung semua-bab-tesis

Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi

seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat

akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia

berkorban untuk menolong orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan

harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat

kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar

harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan

tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan

mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan

personaliti individu yang tidak diingini.

Faktor-faktor Dalam Keluarga Yang Mempengaruhi Pembentukan Personaliti.

I. . Pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak

Berbeza mengikut jenis-jenis keluarga

Datuk mempunyai pengaruh yang besar keatas kanak-kanak di dalam sebuah

keluarga luas tetapi sangat sedikit pengaruh dalam keluarga nuklear; kerana hanya

bertemu sekali sekala.

Demikian juga pengaruh seorang bapa yang telah bercerai sangat kurang dan

terhad jika anak-anaknya dipelihara oleh bekas isterinya di dalam sebuah keluarga ibu

69

Page 70: Gabung semua-bab-tesis

tunggal. Ibu bapa yang rapat secara emosi dengan anak-anak serta mengekalkan

perhubungan kasih sayang dalam tempoh yang lebih panjang dan selalu, mempunyai

pengaruh yang lebih besar keatas anak-anak, seperti di dalam sebuah keluarga nuklear.

Kata-kata ibu bapa sahaja tidak memadai tetapi juga apa yang dapat anak-anak perhatikan

(perceive) kepada apa yang ibu bapa percaya dan buat yang banyak mempengaruhi

mereka. Di dalam tiga situasi di atas, dapat disimpulkan betapa struktur dan komposisi

yang berbeza dalam sebuah keluarga, maka pengaruh keatas ahli-ahli keluarganya juga

berbeza.

II. Faktor perbezaan individu anak-anak itu sendiri, selaku ahli keluarga,

menentukan pengaruh keluarga keatas mereka.

Faktor yang menentukan pengaruh keluarga keatas personaliti anak-anak adalah

perbezaan dari segi baka, pembawaan (temperament), persepsi kognitif dan

perkembangan tipikal anak-anak serta tahap pematangan mereka. Oleh itu, tidak semua

anak bertindak balas dengan cara yang sama bila berhadapan dengan isu yang sama pada

persekitaran keluarga yang sama. Jika terdapat persamaan pun, tidak pada tingkat atau

tahap yang sama. Seorang anak yang dipelihara dalam suasana keluarga yang kucar kacir

dan konflik, sukar baginya untuk mewujudkan sebuah perkahwinan yang harmoni kelak.

III. Faktor pengaruh keluarga dari segi kecekapan keibubapaan dan

persekitaran keluarga.

70

Page 71: Gabung semua-bab-tesis

Tidak semua ibu bapa mampu mewujudkan persekitaran keluarga yang positif dan

sihat. Terdapat tiga proses, pelarasan psikologikal ibu bapa, stail keibubapaan dan kualiti

perkahwinan yang memberi kesan terhadap kematangan emosi anak-anak, kecekapan

sosial dan perkembangan kognitif.

Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Personaliti

Lelaki atau bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan

membesarkan anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anak-

anak. Apabila kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan

akan menjadi bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri

meningkat dan anak-anak mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil dari

kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan

bilangan wanita berkahwin yang bekerja, permintaan keatas suami untuk

bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan memelihara anak semakin meningkat.

Kesan positif dapat diperhatikan dikalangan bapa-bapa yang berpendidikan yang pernah

dipelihara oleh bapa mereka melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak

mereka yang lazimnya dilakukan oleh ibu; kesannya mereka memainkan peranan

melakukan kerja-kerja di rumah dan memelihara anak-anak mereka.

Menurut Thorne (1987) personaliti bukan sahaja mempengaruhi cara seseorang itu

bertindak, tetapi ia juga mempengaruhi orang lain namun aspek ini masih tidak diberi

71

Page 72: Gabung semua-bab-tesis

perhatian oleh penyelidik. Personaliti anak remaja didapati mempengaruhi penilaian

mereka terhadap persekitaran keluarga di mana Milikan,Wamboldt et al. (2002)

mendapati remaja yang tinggi neurotik memberi persepsi negatif terhadap keluarga

mereka. Kracke (2002) pula mendapati personaliti remaja juga mempengaruhi

penerokaan kerjaya di mana kajiannya mendapati karakteristik individu yang aktif berkait

dengan penerokaan kerjaya yang lebih giat.

Peranan Guru

Dalam proses pendidikan, kita seharusnya mengambil iktibar dengan mencontohi

asas pendidikan dilakukan Rasulullah. Baginda bersabda yang bermaksud:

"Salah satu cara terbaik untuk membentuk akhlak mulia ini

ialah dengan cara pendidikan."

Dalam hal ini, antara fungsi penting guru ialah:

- Menjadi 'Qudwah Hasanah' atau contoh teladan baik. Setiap tingkah laku guru

hendaklah dijaga kerana setiap inci pergerakan guru akan menjadi ikutan.

- Memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa

dan tenaga.

72

Page 73: Gabung semua-bab-tesis

- Mengamalkan sikap suka membantu serta membimbing dan berperanan

sebagai 'role model' kepada pelajar.

- Penampilan dan penerimaan guru terhadap konsep berilmu, beramal dan

berakhlak yang sebenar-benarnya.

- Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa dalam usaha membentuk insan

Rabbani.

Peranan Rakan Sebaya

Dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam

kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling

diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan

berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah

menggunakan remaja untuk mempengaruhi remaja lain.

Peranan Masyarakat

73

Page 74: Gabung semua-bab-tesis

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu

sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai."

(Ali Imran 3: 103).

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Hubungan orang mukmin dengan orang

mukmin lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu

sama lain." - (Riwayat at-Tabarani).

Ayat ini menjelaskan bahawa kerjasama anggota masyarakat amat penting

untuk menciptakan lingkungan yang baik bagi perkembangan dan pertumbuhan

remaja yang sihat.

Antara perkara yang boleh dilakukan masyarakat setempat ialah:

- Mewujudkan sebuah organisasi belia remaja yang dapat menentukan peranan mereka

dalam pelbagai bidang sebagai persediaan menentukan corak pembangunan negara pada

masa akan datang.

Ia adalah jambatan yang menghubungkan mereka secara langsung dengan

masyarakat, sekali gus menghindarkan mereka dari melakukan kerja-kerja yang tidak

berfaedah.

- Wujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ahli dalam sesuatu kariah

melalui kegiatan gotong-royong dan seumpamanya supaya anggota masyarakat setempat

74

Page 75: Gabung semua-bab-tesis

dapat saling mengenali antara satu sama lain serta dapat mewujudkan perasaan mengasihi

anak jiran seperti mana dia mengasihi anaknya sendiri berkesan.

Walaupun usaha pelbagai pihak diperlukan bagi membendung gejala sosial di

kalangan remaja, sesuatu yang pasti ialah memohon pertolongan dan petunjuk daripada

Allah.

Ini kerana hidayah Allah juga faktor terpenting mempengaruhi pemulihan dan

kemurnian akhlak seseorang. Nabi Nuh gagal memujuk isteri dan anaknya memeluk

Islam. Begitu juga Rasulullah gagal memujuk bapa saudaranya, Abu Talib kembali ke

pangkuan Islam.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat

memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada

orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu

menerima petunjuk”. (Al-Qashah 28: 56).

Galakan Islam Supaya Ilmu Dituntut

75

Page 76: Gabung semua-bab-tesis

Ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. adalah menggalakkan

dan menggesa orang-orang Islam supaya mencari dan menuntut ilmu, hinggakan hampir

tidak terhitung banyaknya dan hinggakan Islam itu sendiri seerti dengan ilmu, kerana ia

merupakan tulang belakang bagi kesempurnaan kehidupan mereka di dunia dan akhirat.

Dengan ilmu, dunia akan menjadi elok dan sempurna kerana dengannya akal

fikiran dapat dikawal, nasab keturunan dapat dipelihara, jiwa dapat dihidupkan dan harta

benda dapat disubur dan dibersihkan.

Islam mengutamakan ilmu di atas setiap amal dan setiap amal itu tidak dianggap

sah, kecuali bila diasaskan di atas ilmu yang sahih. Dari itu Imam Bukhari telah

mengadakan di bawah ( كتاب العلم) suatu bab dalam mana beliau menjelaskan apa-apa yang

berfaedah dari ilmu itu sebelum dari percakapan (kaul) dan amalan. Ibnul Munir telah

menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari dengan penerangannya itu

dengan katanya: "Beliau berkehendak menegaskan bahawa ilmu itu adalah menjadi pra

syarat bagi sahnya sesuatu kaul (ibadat kauli) dan amal. Ianya tidak diiktibarkan

melainkan dengannya dan ia hendaklah mendahului keduanya ."

Adab Sopan dan Tingkah Laku Pelajar Dalam Menuntut Ilmu

76

Page 77: Gabung semua-bab-tesis

Para sahabat r.a. adalah merupakan contoh tertinggi dari segi kehalusan tingkah

laku dan keelokan adab sopan serta budi bahasa terhadap guru-guru mereka, yang mana

menjadi contoh dan ikutan kepada para penuntut terhadap guru mereka pada setiap masa.

Dan ketika Al-Quran menegah mereka supaya jangan memperbanyakkan soalan-

soalan yang remeh temeh kepada Rasulullah s.a.w. mereka terus patuhi. (Mereka sukacita

bila datang orang Badwi yang berakal mengunjungi Rasulullah s.a.w. lalu bertanya)

sedang mereka mendengar, kerana orang-orang Badwi itu lebih berani mengemukakan

soalan, tambahan pula tegahan Al-Quran itu belum sampai kepada mereka.

Di antara bukti-bukti kehalusan adab dan keelokkan tingkah laku mereka, mereka

memilih soalan-soalan yang hendak dikemukakan kepada Baginda, kerana mereka

menyedari bahawa ilmu itu merupakan soal jawab dan sesungguhnya soalan yang elok itu

merupakan separuh ilmu.

Sifat tawadhu’ menghiasi kehidupan mereka di bidang ilmiah. Kita telah saksikan

kisah Nabi Musa dan Khindir dan apa yang terdapat di dalamnya dari iktibar dan

pengajaran. Para sahabat sangat meminatinya dan mendisiplinkan diri mereka menurut

petunjuk Al-Quran. Mereka melahirkan ciri tawadhu’ itu dalam setiap tindakan mereka

dalam kehidupan.

Kesimpulan

77

Page 78: Gabung semua-bab-tesis

Dalam menangani masalah remaja memerlukan kebijaksanaan dan rasional

seseorang. Instituisi keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Bermula daripada institusi keluarga, segala masalah sosial dalam masyarakat dapat

dibendung. Selain daripada itu masalah sosial juga dapat dibendung melalui kasih sayang

yang disertai dengan unsur-unsur lain yang membantu. Sememangnya terbukti hanya

ibubapa sahajalah sebagai individu yang paling hampir dapat menangani masalah anak-

anak mereka. Selain daripada itu, rakan sebaya turut sama memberikan pendidikan tidak

formal kepada remaja. Kebiasannya remaja akan mengikuti apa yang dibuat oleh rakan

mereka. Tingkah laku yang dipelajari daripada rakan-rakan sebaya samada berunsur

positif atau negatif secara tidak langsung boleh menyebabkan remaja cenderung kepada

sikap tersebut.

Kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa persekitaran keluarga

memainkan peranan yang penting dalam proses pengsosialisasian remaja iaitu sikap, nilai

dan sistem kepercayaan akan diterapkan ke dalam minda remaja. Selain itu, persekitaran

keluarga juga menjadi medan kepada proses perkembangan emosi, kognitif dan sosial

setiap ahli di dalamnya.

Oleh itu, usaha ke arah pemantapan institusi kekeluargaan dipercayai merupakan

salah satu jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah di kalangan remaja masa kini.

Kebanyakan masalah yang dialami oleh remaja kini sebahagian besarnya bertitik tolak

dari institusi keluarga remaja itu sendiri di mana kepincangan yang wujud dari institusi

keluarga akan membawa kepada pelbagai kesan negatif terhadap remaja tersebut. Kajian-

kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa remaja bermasalah kebanyakannya adalah

78

Page 79: Gabung semua-bab-tesis

berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah (Dishion et al., 1991; Rutter, 1985;

Vuchinich, 1992)

Ilmu sebagai komponen utama dalam pendidikan mempunyai proses-proses

tertentu. Di antara kegiatan yang terpenting ialah proses belajar dan mengajar. Kedua-dua

kegiatan tersebut adalah melibatkan pelajar atau pelajar yang berperanan untuk menuntut

ilmu di satu pihak manakala guru pula berfungsi sebagai pembimbing dan pemberi ilmu

pengetahuan di pihak yang lain. Ajaran agama Islam sebagai panduan hidup (ad-din)

seluruh umat manusia telah dilengkapi dengan panduan-panduan yang sempurna untuk

umatnya mengharungi hidup bukan sahaja untuk kebahagiaan hidup di dunia tetapi juga

untuk kebahagiaan di akhirat. Kebahagiaan di dunia meliputi hubungan manusia sesama

manusia dan alam sementara kebahagiaan di akhirat pula adalah merangkumi hubungan

manusia dengan Allah Ta’ala.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turut

mengutarakan beberapa adab belajar mengikut perspektif Islam. Menurut beliau oleh

kerana belajar sebagai salah satu tuntutan agama maka ia hendaklah didahului dengan niat

yang ikhlas iaitu semata-mata untuk menuntut keredaan Allah Ta’ala selaras dengan hadis

Rasulullah s.a.w. (hadis sahih Bukhari dan Muslim) yang bermaksud “Sesungguhnya

amalan-amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia

niatkan”. Ini bermakna dalam mengejar ilmu, seseorang pelajar itu tidak seharusnya

mempunyai niat untuk mencapai tujuan-tujuan keduniaan seperti berharta, kepimpinan,

kemukaan, mengatasi kawan-kawan yang sebaya dengannya dan juga mendapatkan

pujian manusia. Firman Allah dalam surah al-Sura: 20 yang bermaksud “Barang siapa

79

Page 80: Gabung semua-bab-tesis

yang mahukan hasil (pahala) akhirat nescaya Kami tambah kepada padanya hasil dan

barang siapa yang mahukan hasil dunia nescaya Kami berikan sebahagian daripadanya

dan tidak akan ada bahagian pahala baginya di akhirat nanti”. Dalam surah al-Asra: 18,

Allah berfirman bermaksud “Barang siapa mahu yang segera (dunia) nescaya Kami

segerakan kepadanya di dunia ini mengikut apa yang kami kehendaki iaitu kepada orang

yang kami mahukan”. Sabda Rasullullah s.aw. seperti yang diriwayatkan oleh Abu

Hurairah r.a. yang bermaksud “Barang siapa yang belajar ilmu yang dibuat untuk mencari

wajah Allah tetapi dia mempelajarinya bukan kerana itu bahkan kerana mendapatkan

tujuan (barangan) dunia nescaya dia tidak mendapat bauan syurga di hari kiamat”.

80

Page 81: Gabung semua-bab-tesis

BAB V

KESIMPULAN DAN SARANAN

Pendahuluan

Kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana kaedah Islam itu digunakan dalam

membentuk personaliti remaja berdasarkan adab belajar pada masa kini berpandukan

dalil-dalil serta bukti yang sudah jelas ditunjukkan pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para

sahabat.

Jika ditinjau dari sudut al-Quran penyelidik mendapati konsep atau kaedah yang

digunakan dalam membentuk personaliti remaja berdasarkan adab belajar menurut Islam

tidak jauh menyimpang dari lunas-lunas al-Quran. Sebilangan besar ibu bapa yang

memikirkan tentang pendidikan anak-anak mereka iaitu mendahulukan perihal agama

sebagai teras atau tonggak dalam kehidupan rumahtangga. Hal ini membawa kepada

kecemerlangan bukan sekadar dari sudut lahiriah sahaja tetapi ia merangkumi

kemantapan rohani yang sebenar. Ibu bapa yang sedar akan tanggungjawab ini akan

memastikan anak-anak mereka terdidik dengan acuan Islam yang akan membuahkan

personaliti yang berteraskan Islam secara keseluruhannya.

Walau bagaimanapun anak-anak yang rosak akhlaknya, yang terdapat keganjilan

dalam perbuatan atau tingkah laku mereka adalah terletak pada keluarga mereka. Selain

itu, kepincangan kedudukan sosio ekonomi keluarga mereka serta kejahilan tentang

81

Page 82: Gabung semua-bab-tesis

prinsip pendidikan dan psikologi yang mudah turut mempengaruhi remaja. Semua hal ini

akan menyebabkan anak-anak terpesong daripada landasan yang sebenar.

Saranan Terhadap Pembentukan Personaliti Remaja Berdasarkan Adab Belajar

Menurut Islam

Antara saranan yang dikemukan oleh penyelidik berkaitan dengan pembentukan

personaliti berdasarkan adab belajar ialah:

1. Seseorang pelajar hendaklah mempunyai sifat-sifat mahmudah iaitu mensucikan

hati lahiriah dan batiniah daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu pengetahuan pula

adalah ibadat batin mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi untuk mengesahkan

ibadat batin ini, terpaksalah hati yang bertindak sebagai wadah (bekas) dicuci

terlebih dahulu, agar ilmu pengetahuan itu suci daripada sifat-sifat tercela.

2. Pelajar mestilah tidak mempunyai sifat sombong kepada ilmunya dan jangan

sekali-kali menentang gurunya. Seorang pelajar harus hormat dan berkhidmat

kepada gurunya agar mendapat pahala dan kemukiaan di sisi Allah.

3. Hendaklah menanamkan sifat bertanggungjawab ke atas diri sendiri dikalangan

remaja. Ini dapat mewujudkan motivasi dalam supaya pelajar sendiri mahu

mengubah dirinya tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Sebagai seorang

Islam, tanggungjawab diri bermula dengan proses mengenal diri sendiri. Remaja

82

Page 83: Gabung semua-bab-tesis

perlu diajar mengenai sifat-sifat baik dalam dirinya sebagai makhluk yang

istimewa ciptaaannya.

4. Remaja seharusnya menggunakan akal yang waras dalam penyelesaian masalah

dengan bimbingan daripada guru dan ibu bapa atau orang yang lebih

berpengalaman. Disini pentingnya konsep perbincangan untuk mencari penyebab

masalah dan jalan penyelesaian.

5. Anak-anak perlu dididik dengan akhlak yang baik sejak kecil lagi oleh ibu bapa

agar kelak menjadi muslim dan muslimah yang cemerlang dari segi peribadi dan

akhlaknya.

6. Ibu bapa diingatkan supaya mendidik peribadi anak-anak berpandukan al-Quran

dan al-Hadith yang mulia supaya menjadi remaja yang berguna.

7. Ibu bapa hendaklah menonjolkan keterampilan dan sahsiah yang baik dan unggul

supaya anak-anak dapat mencontohi keperibadian tersebut.

8. Ibu bapa perlu prihatin dengan siapa anak-anak mereka bergaul dan berkawan

bagi mengelakkan anak-anak bertingkah laku negatif yang tidak diingini kesan

daripada pengaruh rakan-rakan. Ibu bapa juga perlu peka dengan apa yang berlaku

di sekeliling anak-anak mereka samada unsur budaya mahupun arus media massa

terutamanya yang dibawa dari Barat yang kini memang sukar dibendung. Ibu bapa

83

Page 84: Gabung semua-bab-tesis

perlu bijak mengawal pengaruh ini dari mempengaruhi perkembangan mental dan

sahsiah anak-anak.

9. Guru juga mesti peka dan mengambil perhatian permasalahan pelajar termasuk

tingkah laku dan personaliti selain akademik. Guru kemudian perlu memperbaiki

mutu perkhidmatan kaunseling bagi meningkatkan trait-trait positif pelajar.

10. Masyarakat juga perlu wujud kerjasama yang berpanjangan di antara anggota

masyarakat dari pelbagai peringkat dalam menghadapi dan menangani segala

pengaruh negatif dan cabaran yang berlaku yang memberi pengaruh yang besar

dalam perkembangan kognitif remaja sebagai generasi masa depan yang berharga

untuk masyarakat dan negara.

Kesimpulan

Daripada kajian ini dapatlah penyelidik membuat kesimpulan bahawa dalam

usaha untuk membentuk personaliti remaja berdasarkan adab belajar menurut Islam

terdapat pelbagai kaedah atau cara yang boleh digunakan namun kaedah tersebut mestilah

bersesuaian dengan tahap perkembangan remaja, persekitaran dan mengikut peredaran

masa tetapi ia tidak lari daripada landasan Islam yang sebenarnya iaitu menjadikan al-

Quran dan Sunnah sebagai panduan utama.

84

Page 85: Gabung semua-bab-tesis

Al-Quran sebagai kitab teragung banyak menerangkan tentang kaedah mendidik

anak-anak. Di sini jelas menunjukkan kesyumulan Islam itu sehingga aspek-aspek yang

berkenaan mendidik anak-anak dititik beratkan agar menjadi generasi yang dipandang

tinggi oleh masyarakat.

Penyelidik juga mendapati bahawa hadith menyarankan agar ibu bapa dapat

mendidik anak-anak mengikut landasan ilmu, iman dan beramal soleh. Mengikut

pengertian hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud "Rasulullah sebagai

role model kepada perilaku atau perbuatan yang agung". Namun setiap ibu bapa

hendaklah menggunakan pendekatan yang sistematik dalam mendidik anak-anak agar

menjadi remaja yang mempunyai personaliti yang baik.

Penyelidik mengharapkan segala saranan yang dikemukakan dapat dijadikan

panduan kepada ibu bapa, guru-guru, rakan sebaya dan masyarakat dalam membentuk

personaliti remaja berdasarkan adab belajar menurut Islam dimasa akan datang. Saranan

dan kajian ini hasil daripada pemerhatian, penelitian dan pembacaan penyelidik

berdasarkan sumber-sumber yang diperakui. Diharapkan hasil kajian ini memberi anjakan

paradigma dalam dunia pendidikan hari ini bagi menghasilkan sesuatu yang benar-benar

berkualiti dan sempurna dari pelbagai aspek yang boleh memberi kebanggaan kepada

agama, negara dan bangsa.

RUJUKAN

85

Page 86: Gabung semua-bab-tesis

“Adab Menuntut Ilmu”. http://www.ukhwah.com/

“Adab-Adab Ketika Menuntut Ilmu”. http://ibnismail.wordpress.com/2009/05/05/adab-

ketika-menuntut-ilmu/

“Adab Belajar Mengikut Imam Al-Ghazali”. http://pekdismersing.com/portal/index.php/

artikel/34-artikel-dakwah/160-adab-belajar-mengikut-imam-al-ghazali

Ahmad Amri Zainal Adnan. (2009). PSQ Rahsia Personaliti Unggul.

Kuala Lumpur: Pts Millennia.

Al-Quran Nul-Karim dan terjemahannya. (2007). Pustaka Darul Iman Sdn. Bhd.

Azizi Hj.Yahaya dan Jaafar Sidek Latif. (2006). Membentuk Identiti Remaja.

Pahang: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

Azizi Hj.Yahaya (Dr.), Jamaludin Ramli dan Yusof Boon. Masalah lepak di kalangan

remaja di Johor Bahru: sejauhmanakah remaja melayu terlibat.

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor.

Azizi Hj. Yahaya (Prof. Madya Dr.) dan Badrulzaman Bahrom. Persekitaran Keluar Dan

Kesannya Terhadap Tingkahlaku Devian Remaja. Jabatan Asas Pendidikan,

86

Page 87: Gabung semua-bab-tesis

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

http://eprints.utm.my/5994/1/tesis.pdf

Azizi Hj. Yahaya ( Prof. Madya Dr.). Pembentukan personaliti remaja. Latihan Ilmiah,

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Johor.

http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf

Badrulzaman Bin Baharom. (2006). Persekitaran Keluarga Dan Kesannya Terhadap

Tingkah laku Devian Remaja Di Daerah Pontian, Johor. Tesis, Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/5994/1/tesis.pdf

“Blog Psikologi Perkembangan Remaja”.

http://fathyas.blogspot.com/2008/03/perkembangan-psikologi-remaja.html

Fadhilah Sheikh Lubabah Husein. (1988). Bimbingan Sunnah Di Alam Pendidikan.

Terjemahan Ismail Bin Hassan. Penerbitan Yayasan Islam Terengganu (53).

Fatanah Mohamed. (1987). Kajian Terhadap Masalah Peribadi Pelajar-pelajar Sekolah

Berasrama Penuh dan Tidak Berasrama Penuh di Pengkalan Chepa. Disertasi

Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub. (2006). Psikologi Personaliti.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

HAMKA (Prof. Dr.). (1975). Tafsir Al-Azhar. Juzu’ V.

87

Page 88: Gabung semua-bab-tesis

Panji Masyarakat.

Haji Abdul Malik AbdulKarim Amirullah (Prof. Dr.). (1982). Tafsir Al-Azhar. Juzu’

ke-28. Surabaya: Pt Bina Ilmu Offset.

Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan: Panduan untuk Guru.

Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.

“Kepentingan makanan kepada fungsi otak”.

http://blogs.warwick.ac.uk/hassanr/entry/kepentingan_makanan_kepada/

“Kewajipan Menuntut Ilmu”. http://mansurah.ismamesir.com/?p=196

“Membentuk Personaliti Remaja”. http://www.ismaweb.net/v2/Article4.html

Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli. (2007). Kaunseling &

Psikoterapi Teori, Teknik dan Amalan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi

Malaysia.

Mohd. Jamil Yaacob. (2005). Memahami Remaja.

88

Page 89: Gabung semua-bab-tesis

Pahang: Pts Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Othman Najati (Dr.). (1992). Psikoterapi Menurut Islam. (penyunting. Haji

Abd.Rahman B. Ahmad). Penerbit Human Resource Enterprise.

Mohd Salleh Lebar. (1991). Psikologi Perkembangan Dan Pendidikan.

Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar. (1994). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan

Publications dan Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Zuri Ghani, Rahimi Che Aman, Nik Rosila Nik Yaacob dan Aznan Che Ahmad.

(2008). Perbezaan Personaliti Ekstrovert Dan Introvert Dalam Kalangan Pelajar

Pintar Cerdas Akademik (PCA) Berdasarkan Gender dalam Jurnal Pendidik dan

Pendidikan Jilid 23,111-122,2008. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Ilmu

Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

http://www.usm.my/education/publication/JPP236 PERBEZAAN

%20PERSONALITI.pdf

Puspa A/P Suppiah. Profil personaliti dominan pelajar Tingkatan Empat Di Tiga Buah

Sekolah Menengah di Zon Pasir Gudang Johor Bahru. (2007). Tesis, Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

http://eprints.utm.my/6578/1/PuspaSuppiahMFP.pdf

89

Page 90: Gabung semua-bab-tesis

Rohany Nasir dan Fatimah Omar. (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi.

Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Sikap Remaja Sendiri”. (1998). Februari. Majalah Tamadun. Kuala Lumpur: Penerbitan

Muttaqin. h. 67

Umi Kalsum Binti Jamak. (2004). Persepsi Pelajar Terhadap Peranan IbuBapa Pada

Pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah Remaja: Satu Kajian Di Kalangan

Pelajar Tahun Empat Di Fakulti Pendidikan UTM. Tesis, Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

Yatimah Sarmani dan Mohd. Tajudin Ninggal. (2008). Teori Kaunseling Al-Ghazali.

Selangor: Pts Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Yunus Bin Majid. (1984/1985). Pembaikan personaliti mengikut falsafah Al-Ghazali.

Latihan Ilmiah , Jabatan Psikologi UKM 1994/1985.

Zakiah Daradjat (Dr.). (1982). Pembinaan Remaja.

Jakarta: Penerbit Bulan bintang.

90