bab 111 tesis dila

22
Bab 111 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Dalam proses rekabentuk kajian ini penyelidik telah mengenalpasti untuk menggunakan kaedah eksperimental yang melibatkan kaedah pengujian secara deskriptif. Proses pengujian ini akan dijalankan ke atas atlet UTM yang mewakili beberapa acara sukan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental. Kajian berbentuk eksperimental dijalankan untuk meninjau tahap prestasi kecergasan atlet UTM dari aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti,ketangkasan,kekuatan kaki serta kelajuan.

Upload: adilaadieya

Post on 18-Jun-2015

693 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 111 Tesis Dila

Bab 111

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Dalam proses rekabentuk kajian ini penyelidik telah mengenalpasti untuk

menggunakan kaedah eksperimental yang melibatkan kaedah pengujian secara

deskriptif. Proses pengujian ini akan dijalankan ke atas atlet UTM yang mewakili

beberapa acara sukan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimental. Kajian

berbentuk eksperimental dijalankan untuk meninjau tahap prestasi kecergasan atlet

UTM dari aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot,

fleksibiliti,ketangkasan,kekuatan kaki serta kelajuan.

Page 2: Bab 111 Tesis Dila

3.2 Responden Kajian

Responden kajian yang dipilih adalah terdiri daripada atlet UTM dalam

beberapa jenis sukan yang mewakili UTM ke Majlis Sukan Universiti Malaysia.

Bilangan responden ditentukan berdasarkan jenis sukan yang terlibat. Responden terdiri

daripada kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan serta berbeza dari segi umur,

latar belakang keluarga, ketinggian, berat badan serta pengalaman pemain. Di sini

responden telah pun menjalani latihan terancang dan sistematik di bawah pengawasan

jurulatih dan para atlet diuji dengan ketujuh-tujuh komponen kecergasan iaitu dari

aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, fleksibiliti,

ketangkasan, kekuatan kaki serta kelajuan.

3.3 Instrumen Kajian

Penyelidik telah pun mengenalpasti lebih dari satu bentuk instrumen kajian yang

mana ia sememangnya mempunyai kaitan dengan kajian yang akan dijalankan oleh

penyelidik iaitu dari aspek daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot,

fleksibiliti, ketangkasan, kekuatan kaki serta kelajuan atlet. Instrumen kajian ini

digunakan untuk mengukur dan mengetahuai tahap kecergasan pemain.

Bagi aspek daya tahan kardiovaskular, penyelidik telah menggunakan Instrumen

pengukuran yang berupa bateri Ujian Meningkat Lari Ulang Alik 20 meter (Bleep

Test). Menurut Julismah Jani et al., ujian Meningkat Lari Ulang Alik 20 meter (Ujian

Page 3: Bab 111 Tesis Dila

Bleep ) dicipta oleh Leger dan Lambert (1982). Ujian ini sesuai digunakan secara

berkumpulan dan dapat menjimatkan masa. Kebolehpercayaan ujian bergantung kepada

bagaimana ujian dilaksanakan dan beberapa faktor lain yang perlu dilihat seperti

keberkesanan larian dan teknik membuat pusingan, kapasiti anaerobik, kemahiran

motor dan kebolehan kognitif, perbezaan persekitaran, pakaian dan permukaan tempat

larian serta tujuan dan konteks ujian. Selepas data diperoleh data atlet diproses ia akan

dianalisis berdasarkan norma yang diperoleh dari sumber American College of Sports

Medicine (1995).

Daya tahan otot ialah keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama

tetapi kurang dari keupayaan maksimun. Bagi menguji atlet dari aspek ini ujian yang

telah digunakan ialah menggunakan YMCA 1-Minute Sit-Up Test. Kebolehpercayaan

bagi ujian ini adalah dalam julat .68 ke .94 Morrow, J.R et al. (2005). Dari aspek

fleksibiliti pula, ujian yang digunakan untuk menentukan tahap prestasi atlet ialah

dengan menggunakan ujian jangkauan melunjur. Ujian ini dijalankan untuk mengukur

tahap fleksibiliti atlet terutamanya fleksibiliti otot hamstring dan bahagian bawah

belakang badan. Ujian ini dihuraikan oleh Wells dan Dillon (1952). Tahap

kebolehpercayaan ujian ini bergantung kepada jumlah pemanasan badan yang

dilakukan dan samaada prosedur ujian diikuti. Norma yang digunakan dalam analisis

tahap fleksibiliti dirujuk dari sumber American College of Sports Medicine (1995).

Lompat jauh berdiri digunakan untuk menguji kekuatan otot kaki atlet. Ujian ini

amat sesuai dijalankan pada atlet yang menggunakan kuasa eksplosif kaki dalam acara

sukan seperti bola tampar, acara padang serta bola sepak. Bagi ujian ini norma

ditentukan berdasarkan sumber internet. Ujian tekan tubi pula digunakan untuk

mengukur daya tahan otot, kekuatan bahu dan kekuatan otot tangan. Ujian ini sesuai

digunakan untuk menguji sukan seperti renang, gimnastik, bola keranjang dan seni

pertahanan diri.  Tekan tubi menguatkan otot bahagian atas badan terutama deltoids,

pectoralis major, dan triceps. Kepada mereka yang menghadapi kesukaran melakukan

Page 4: Bab 111 Tesis Dila

tekan tubi dalam posisi standard, boleh menggunakan versi modifikasi dengan

melakukan tekan tubi dengan menggunakan lutut sebagai pasak.

Seterusnya bagi menguji kelajuan atle,t ujian 30 meter pecut akan dijalankan.

Bagi ujian ini norma dari sumber lain tidak dirujuk dan norma tersebut akan dihasilkan

oleh penyelidik melalui analisis data atlet. Ketangkasan ialah kebolehan menukar arah

dengan cepat. Ia merupakan kombinasi kelajuan, keseimbangan, kuasa dan koordinasi

Beashel, P. et al. (2001). Bagi menguji elemen ketangkasan, Illinois Agility Run Test

akan diuji kepada setiap atlet. Norma yang dirujuk bagi tujuan analisis data pula dirujuk

dari sumber internet.

3.4 Prosedur Kajian

3.4.1 UJIAN 1: Sit and Reach (Jangkauan Melunjur)

Peralatan

1. Sit and Reach Box / Pembaris

Prosedur

1. Subjek dikehendaki duduk dengan melunjurkan kaki ke hadapan (pastikan kasut

dibuka).

Page 5: Bab 111 Tesis Dila

2. Tapak kaki diletakkan secara mendatar dengan kotak sit and reach

3. Pastikan tangan dan lutut diluruskan ke hadapan.

4. Dengan tapak tangan berada di atas satu sama lain, tolak penanda pada kotak sit and

reach sejauh mungkin selama 2 saat.

5. Ulangi perlakuan ini sebanyak 3 kali.

6. Catatan terbaik direkodkan

Jadual 3.1: Skor penunjuk jangkauan melunjur

Skor (cm) Lelaki Wanita

Cemerlang > 55 > 60

Baik 50 hingga 54 55 hingga 59

Sederhana 44 hingga 49 51 hingga 54

Lemah 39 hingga 43 46 hingga 50

Sangat Lemah < 38 < 45

Sumber: American College of Sports Medicine (1995)

Page 6: Bab 111 Tesis Dila

3.4.2 UJIAN 2: YMCA 1-Minute Sit-Up Test

Peralatan

1. Tilam senaman (Exercise mat)

2. Jam randik

* Pembantu ujian

Prosedur

1. Subjek berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada 90o.

2. Tangan subjek disilang di dada dan tapak tangan mendakap bahu yang

bertentangan.

3. Pembantu ujian memegang pergelangan kaki subjek semasa ujian dijalankan.

4. Apabila isyarat diberikan (catatan masa direkodkan), subjek perlu menaikkan tubuh

dari kedudukan baring hingga siku menyentuh pahanya (Lihat Rajah)

5. Subjek mestilah kembali ke posisi asal dengan skapula menyentuh lantai sebelum

bangkit semula.

Page 7: Bab 111 Tesis Dila

Jadual 3.2: Penunjuk Skor bilangan ulangan bangkit tubi yang dapat

dilakukan oleh subjek

Skor Lelaki Wanita

Cemerlang > 48 > 41

Baik 40 – 47 37 - 40

Sederhana 34 – 39 28 - 36

Lemah 30 – 33 24 -27

Sangat Lemah < 29 < 23

Sumber: Morrow, J.R et.al Measurement and Evaluation in Human Performance, 2005.

3.4.3 UJIAN 3: Push Up (Tekan Tubi)

Peralatan

1. Tilam senaman (Exercise mat)

Prosedur

1. Subjek meniarap di atas tilam dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus.

Badan subjek mestilah lurus.

2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga 90o.

3. Satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan mula, turun ke bawah dan naik semula

ke kedudukan asal seperti ditunjukkan di rajah di bawah

Page 8: Bab 111 Tesis Dila

4. Ujian tamat apabila peserta berhenti atau rehat seketika atau setelah tamat 1 minit

masa pengujian.

Jadual 3.3: Skor penunjuk tekan tubi

Skor Lelaki Wanita

Cemerlang > 54 > 48

Baik 45-54 34-48

Sederhana 35-44 17-33

Lemah 20-34 6-16

Sangat Lemah < 20 < 6

Sumber: McArdle W.D. et.al, Essential of Exercise Physiology, 2000.

3.4.4 UJIAN 4: Standing Broad Jump

Page 9: Bab 111 Tesis Dila

Peralatan

1. Permukaan yang rata

2. Kapur/penanda (whiteboard marker)

3. Pita Pengukur

4. Masking tape

* Pembantu ujian

Prosedur

1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan.

2. Subjek dibenarkan menghayunkan kedua-dua belah tangan sambil membengkokkan

lutut sebelum melompat

3. Ukuran akan dikira dari garisan permulan sehingga bahagian belakang kaki yang

menyentuh lantai (terdekat dengan garisan permulaan).

4. Tiga percubaan diberikan dengan skor terbaik dari tiga percubaan diambil kira.

Jadual 3.4: Skor bagi Standing Broad Jump

Page 10: Bab 111 Tesis Dila

JantinaCemerlan

gBaik Sederhana Lemah

Sangat

Lemah

Lelaki >3.0m 2.7m 2.5m 2.3m <2.2m

Wanita >2.8m 2.5m 2.2m 1.9m <1.8m

Sumber: http://www.thefitmap.co.uk/exercise/tests/power/burpee/standing.htm

3.4.5 UJIAN 5: Illinois Agility Run Test

Alatan

1. Penanda/kon

2. Jam randik

3. Pita ukur

Prosedur

1. Subjek berada di garisan permulaan.

2. Apabila isyarat diberikan, subjek akan berlari mengikut arah pergerakan yang

ditetapkan (rujuk rajah) secepat mungkin tanpa menjatuhkan sebarang penanda

sehingga ke garisan penamat.

3. Apabila subjek sampai ke garisan penamat, masa dihentikan dan dikira sebagai

skor.

Page 11: Bab 111 Tesis Dila

Jadual 3.5: Skor Illinois Agility Run Test

Skor Lelaki Perempuan

Cemerlang <15.2 <17.0

Baik 16.1-15.2 17.9-17.0

Sederhana 18.1-16.2 21.7-18.0

Lemah 18.3-18.2 23.0-21.8

Sangat Lemah >18.3 >23.0

Sumber: http://www.topendsports.com/testing/tests/illinois.htm

3.4.6 UJIAN 6: 30 meter Sprint Test

10 m

5 m

3.3 m

Page 12: Bab 111 Tesis Dila

Peralatan

1. Trek larian 30 meter

2. Jam randik

3. Pembantu

Prosedur

1. Subjek berada di garisan permulaan.

2. Apabila isyarat dibunyikan, subjek dikehendaki berlari pada tahap maksimum

sehingga ke garisan penamat

3. Masa larian subjek direkodkan sejurus isyarat dibunyikan sehingga subjek

menamatkan larian

Skor

* Norma prestasi tidak disediakan

** Keputusan ujian yang direkodkan akan dianalisis untuk penghasilan norma

prestasi bagi atlet UTM

3.4.7 UJIAN 7: Bleep Test

Page 13: Bab 111 Tesis Dila

Peralatan

1. Radio CD

2. Borang Skor

3. Penanda (kon)

4. Pita Pengukur

Prosedur

1. Subjek berdiri di belakang garisan permulaan dan mempunyai seorang pembantu

untuk merekodkan setiap tahap yang dilalui.

2. Subjek dikehendaki berlari ulang-alik sejauh 20 meter mengikut isyarat “bleep”

yang dibunyikan dari radio CD.

3. Sekiranya subjek tersebut sampai dahulu sebelum isyarat “bleep” berbunyi, subjek

tersebut hendaklah berdiri di belakang garisan sehingga isyarat “bleep” seterusnya

berbunyi untuk meneruskan larian.

4. Sela masa antara isyarat “bleep” akan berkurangan selepas sesuatu tahap dan larian

subjek perlu ditingkatkan.

5. Subjek dikira tamat ujiannya sekiranya dia tidak dapat melepasi garisan selepas

isyarat “bleep” dibunyikan dua kali berturut-turut.

6. Tahap terakhir dari radio CD yang diumumkan sebelum subjek tamat ujian diambil

sebagai skor subjek tersebut.

Jadual 3.5: Petunjuk Pencapaian Bleep Test

Page 14: Bab 111 Tesis Dila

Skor Aras Pencapaian Bleep Test (Level)

Lelaki Perempuan

Cemerlang > 12 > 10

Baik 9 hingga 11 8 hingga 9

Sederhana 6 hingga 8 6 hingga 7

Lemah 4 hingga 5 4 hingga 5

Sangat Lemah 1 hingga 3 1 hingga 3

* Petunjuk pencapaian yang ditetapkan adalah khusus kepada atlit UTM sahaja.

** Interpretasi petunjuk tersebut turut perlu mengambil kira jenis sukan atlit

tersebut

3.6 Pengambilan Data

Data-data ujian atlet diambil dan dimasukkan ke dalam borang seperti yang

disediakan dibawah. Ini bagi memudahkan data dianalisis.

Page 15: Bab 111 Tesis Dila

Nama : Umur :

Sukan : Bangsa :

Berat (kg) : Tinggi (cm) :

KEPUTUSAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Bi

l

Ujian Skor / Percubaan

1 Sit and Reach 1) c

m

2) c

m

3) c

m

2 YMCA 1-Minute Sit Up bilangan /

minit

3 Push Up bilangan / minit

4 Standing Broad Jump 1)

m

2)

m

3)

m

5 Illinois Agility Run Test (s) saat

6 30 meter Sprint Test (s) saat

7 Bleep Test Aras: Ulangan:

BORANG DATA PENGIRAAN BLEEP TEST

Arahan: Pangkah nombor yang mewakili bilangan ulangan larian subjek.

ARAS BILANGAN ULANGAN

1 1 2 3 4 5 6 7

2 1 2 3 4 5 6 7 8

3 1 2 3 4 5 6 7 8

4 1 2 3 4 5 6 7 8 9

5 1 2 3 4 5 6 7 8 9

6 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Page 16: Bab 111 Tesis Dila

7 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

8 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

9 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

11 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

12 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

13 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

14 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

15 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

16 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

17 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

18 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

19 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

21 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

3.7 Analisis Data

Data-data dan maklumat dianalisa menggunakan perisian Microsoft Office Excel

yang digunakan untuk memproses data. Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS)

Version 12.0 for Windows juga digunakan untuk mencari norma bagi 30 meter sprint

test. Hasil-hasil analisa dinyatakan dalam bentuk peratusan berdasarkan tahap prestasi

atlet mengikut pasukan. Dari penganalisaan data tersebut pengkaji dapat membuat

penilaian terhadap tahap prestasi atlet mengikut jenis sukan.