teori pembelajaran sosial bandura

36
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA 1.0 PENGENALAN Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan. 2. TEORI PEMODELAN BANDURA Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

Upload: suriani80

Post on 28-Jan-2016

854 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

1.0 PENGENALAN

Dalam tahun 1941, Miller dan Dollard telah mencadangkan bahawa teori pembelajaran dan peniruan yang menolak anggapan teori tingkah laku tradisional. Ini disebabkan oleh teori pembelajaran tersebut gagal untuk mengambil kira perihal respons baru, iaitu proses melambat atau menyegerakan proses pengukuhan peniruan. Ramai antara ahli psikologi behavioris mendapati bahawa pelaziman operan memberi keterangan yang terhad tentang pembelajaran. Ada antara mereka yang telah meluaskan pandangan mereka tentang pembelajaran dengan menambah proses- proses kognitif seperti jangkaan, pemikiran dan kepercayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung. Satu contoh tentang pandangan seperti ini telah dikemukakan oleh Albert Bandura dalam teori kognitif sosial. Bandura percaya bahawa pandangan ahli teori behavioris tentang pembelajaran walaupun tepat tidaklah lengkap. Mereka hanya memberi sebahagian sahaja keterangan tentang pembelajaran dan tidak mengambil kira aspek- aspek penting terutamanya pengaruh- pengaruh sosial ke atas pembelajaran. Dalam tahun 1963, Albert Bandura dan Walters telah menghasilkan buku Skop Learning and Personality Development, di mana beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menjelaskan lagi prinsip pembelajaran pemerhatian dan peneguhan.

2. TEORI PEMODELAN BANDURA

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :n Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruann Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladann Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.n Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.

Page 2: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.MENGINGAT

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak

Page 3: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.REPRODUKSI

Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan mahir.PENEGUHAN/MOTIVASI

Kita mungkin telah memperoleh satu kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi kita mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya. Peneguhan boleh memainkan beberapa peranan dalam pembelajaran pemerhatian. Seandainya kita mengharapkan untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang model, kita mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran. Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang pelajar yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan peniruannya.

Terdapat lima jenis peneguhan yang memotivasikan perlakuan tingkah laku yang ditiru. Pertama, pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti ’syabas’. Kedua pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan. Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui proses elistasi. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan. Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh, murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi persekolahan bermula. PANDANGAN ISLAM TERHADAP TEORI PEMBELAJARAN

Menurut perspektif islam dalam hal penekanannya terhadap signifikansi fungsi kognitif dan fungsi pancaindera sebagai alat- alat penting untuk belajar adalah sangat penting. Kata- kata

Page 4: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

kunci seperti ya’qilun, yatafakkarun, yasma’un dan sebagainya yang terdapat dalam al-quran merupakan bukti tetap pentingnya dalam meraih ilmu pengetahuan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) adalah akidah yang berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasarkan penyerahan diri secara membabi buta. Hal ini tersirat dalam firman Allah, maka ketahuilah bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah (surah Muhammad :19).

Menuntut ilmu ialah suatu ibadat umum kerana amalan ini adalah diwajibkan oleh Islam. Al-Quran menyebut banyak kali ayat yang menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan sangatlah penting bagi semua orang. Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan dengan terus terang bahawa kita semua wajib menuntut ilmu sama ada ilmu dunia atau akhirat. Dalam kehidupan kita ada banyak benda yang kita tidak mengetahui. Sebaliknya orang yang berilmu itu adalah lebih mulia daripada orang yang tidak mengetahui. Sebaliknya adalah berdosa kalau kita menyembunyikan ilmu daripada orang lain. Mempelajari dan mengajar ilmu adalah ibadat kerana diwajibkan oleh Tuhan. Menurut Imam Al Ghazali r.a menyebut tentang ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik dan berfaedah di dunia dan di akhirat. Al Quran meletakkan para ilmuan di tempat yang tinggi dan mulia dan mewajibkan semua orang mencari ilmu di merata tempat. Ada ilmu yang Qadim iaitu yang kekal dan ilmu hadis. ilmu baru kurniaan Allah s.w.t kepada semua makhluk. Islam memandang umat manusia sebagai makhluk yang dilahirkan dalam keadaan kosong, tidak berilmu pengetahuan akan tetapi Tuhan memberi potensi yang bersifat jasmaniah dan rohaniah untuk belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan serta teknologi yang canggih untuk kemudahan umat manusia itu sendiri.APLIKASI MODEL PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURADI DALAM BILIK DARJAH

Guru sebagai role model dan model simbolik.Guru hendaklah memastikan dia mempunyai tingkah laku dan berpewatakan positif supaya pelajar dapat menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru hendaklah yang boleh dicontohi oleh pelajarnya.

Modifikasi tingkah laku.Guru boleh menunjukkan teladan yang baik seperti bersopan santun dan tidak meninggikan suara di dalam bilik darjah. Sekiranya guru ingin mengubah tingkah laku murid yang kurang menyenangkan kepada yang boleh diterima, guru hendaklah menunjukkan kepada mereka contoh yang terbaik.

Peniruan tidak langsung.Oleh kerana pengaruh media massa dan internet begitu luas terhadap pelajar daripada model lansung, guru boleh menasihati mereka tentang jenis program yang harus dipilih dan yang harus ditolak.

Contoh dan hasil kerja yang baik.Guru perlu tunjukkan kepada pelajar dalam kalangan rakan-rakan mereka siapa yang menunjukkan contoh sebagai pelajar yang baik dari segi hasilan kerja mereka. Pelajar boleh belajar daripada rakan-rakan dan meniru idea-idea yang berkualiti yang terdapat dalam kerja-

Page 5: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

kerja mereka.

Permainan dan simulasi.Guru boleh mengajar nilai dan peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Pelajar dapat meniru tingkah positif. Situasi dalam main peranan dan simulasi perlu diaplikasikan dalam situasi sebenar.

Rakan sebaya sebagai model.Guru boleh menggunakan pelajar-pelajar yang popular atau yang berjaya untuk menunjukkan tingkah laku model dalam kelas.

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH

Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis dan selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut.

Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, dan seterusnya meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Membantu pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sisial dan afektif.Mengimbangkan komponen intelek dan emosi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menunjukkan contoh yang baik bagi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keprluan kasih saying.

Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar.

Page 6: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Tokoh Teori Pembelajaran Sosial : Albert Bandura

Albert Bandura (1925 hingga kini)

Sejarah dan biografi

Dilahirkan pada 4 Disember 1925, di Mundare, Canada. Anak bongsu dan lelaki tunggal daripada 6 orang adik beradik.

Ayahnya berhijrah ke Canada ketika remaja daripada Poland dan ibunya berasal daripada Ukraine. Kemudian mereka membeli dan mengusahakan rumah ladang.

Walaupun kedua ibu bapanya tidak mempunyai latar belakang yang hebat dalam pendidikan, tetapi mereka amat mementingkan ilmu pengetahuan. Ayah beliau sendiri yang mengajar beliau tiga jenis bahasa, iaitu Polish, Rusia dan German.

Walaupun hidup susah beliau pernah berjaya menjadi ahli lembaga sekolah dalam kawasan petempatan beliau.

Pada zaman persekolahan, beliau terpaksa menggunakan inisiatif sendiri untuk belajar kerana masalah kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan.

Kemudian beliau meneruskan pengajian ke University of British Columbia di Vancouver. Beliau lebih berminat mengkaji bidang psikologi daripada bidang pengkhususan beliau iaitu, sains biologi.

Dalam masa tiga tahun (1949), beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Psikologi daripada Universiti British Columbia berserta dengan anugerah Bolocan dalam psikologi.

Pada tahun 1982, beliau menulis sebuah artikel bertajuk ‘The Psychology of Chance Encounters and Life Paths’.

Meneruskan pengajian di Univesity of Iowa dibawah bimbingan Arthur Benton. Beliau mendapat Ijazah Sarjana pada 1951 dan Doktor

Page 7: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Falsafah pada tahun berikutnya. Kemudian beliau menjalankan kerjasama dengan Wichita Guidance Center.

Beliau berkahwin dengan Virginia yang merupakan pengurus di Obstetrics Hospital pada 1952 dan dikurnakan 2 orang anak perempuan, Mary pada 1954 dan Carol pada 1958.

Beliau mula berkhidmat di Fakulti Psikologi di Universiti Standford pada 1953 dan menjadi Profesor Psikologi sepenuh masa pada tahun 2002 sehingga kini.

Beliau dipengaruhi oleh kajian Sears tentang behavioral sosial dan mula mengkaji tentang pengajian sosial. Beliau berkoloborasi dengan anak muridnya, Richard Walters mengemukakan proses modeling.

Konsep ini bercanggah dengan pendapat Freudian Hullian dan membuatkan beliau menghasilkan buku pertama beliau ‘Adolescent Aggression’ pada 1959 diikuti dengan, ‘Aggression: A Social Learning Analysis’ pada 1973.

Seterusnya, beliau meneruskan kajian tentang konsep modeling bersama Dorrie dan Sheila Ross. Kajian tentang patung Bobo mula mendapat perhatian dan disimpulkan dalam bukunya ‘Social Learning and Personality Development pada 1963.

Beliau dilantik menjadi ahli dalam Persatuan Psikologikal Amerika. Pada 1977 beliau dilantik mengetuai jabatan psikologi di Universiy Stanford dan buku kajian terperinci tentang teori pembelajaran sosial juga diterbitkan pada tahun yang sama.

Teori pembelajaran sosial ini telah dinamakan semula sebagai “Teori kognitif sosial” oleh Bandura sendiri (Moore, 2002). Teori pembelajaran sosial menyatakan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran (Santrock, 2001). Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan pelajar tentang kejayaannya; sementara faktor sosial, termasuk pemerhatian pelajar tentang tingkah laku dan pencapaian ibu bapanya, akan mempengaruhi tingkah laku pelajar tersebut.

Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal, manusia adalah selektif dan bukan entiti yang pasif, yang boleh dipengaruhi oleh keadaan persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain. Ahli-ahli psikologi sosial adalah termasuk Albert Bandura, Walter Mischel, Julian Rotter, Martin Seligman dan lain-lain.

Page 8: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Abraham Harold Maslow (1908-1970)

Abraham Harold Maslow dilahirkan pada 1 April 1908 di Brooklyn, New York. Anak sulung daripada tujuh orang adik beradik.

Ibu bapa beliau adalah golongan yahudi yang bermigrasi daripada Rusia. Oleh itu, ibu bapa beliau amat menekankan ilmu pendidikan dalam kehidupan mereka.

Demi ibu bapanya, beliau belajar bersungguh-sungguh. Beliau melanjutkan pelajaran ke City College of New York dalam bidang perundangan. Kemudian beliau berkahwin dengan Bertha Goodman.

Mereka bersama-sama berpindah ke Wisconsin dan menyambung pelajaran di University of Wisconsin. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pada masa itulah, beliau mula berminat dengan bidang psikologi. Beliau menghabiskan masa dengan Harry Harlow yang terkenal dengan eksperimen spesies monyet dan tingkah lakunya.

Beliau mendapat ijazah sarjana musa pada tahun1930, ijazah sarjana pada tahun 1931, dan beliau mendapat ijazah kedoktoran pada tahun1934 dalam bidang psikologi.

Selepas tamat belajar beliau pulang ke New York dan berkerja dengan Thorndike di Columbia. Disitu, beliau mula berminat dengan kajian hubungan sesualiti manusia.

Beliau mula mengajar sepenuh masa di Brooklyn College. Beliau banyak berhubung dan bertukar pendapat dengan ahli psikologi yang

terkenal seperti Adler, Fromm dan Horney Beliau menjadi ahli lembaga bahagian psikologi di Brandeis dari tahun 1951

hingga tahun 1969. Dalam masa itu, beliau bertemu Kurt beliau Goldstein. Ketika itu jugalah beliau mula menekakan kepentingan psikologi humanis.

Page 9: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Beliau menghabiskan masa persaraannya di California dan meninggal dunia pada 8 Jun 1970 kerana serangan jantung.

Analisis SWOT berdasarkan Hirarki Keperluan oleh Abraham Maslow  

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan

keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada

diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori

Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian

yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak,

bukan hanya sebahagian daripada individu.

Page 10: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Menurut Maslow, beliau menganggap bahawa motivasi sebagai sesuatu yang

kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga

menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat

ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa

mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

STRENGTH (kekuatan)

Mengikut Maslow, manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan

manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti yang tertinggi dan telah dapat

merealisasikan pontesi yang ada pada diri individu tersebut.

Berdasarkan teori Hirarki Keperluan yang dipelopori oleh beliau, terdapat beberapa

kekuatan yang boleh dikenalpasti iaitu pertamanya tentang keperluan individu.

Keperluan individu tidak selalunya mengikut susunan hierarki keperluan yang telah

disenaraikan oleh Maslow. Namun, sekiranya terdapat individu yang berjaya mencapai

tahap demi tahap tingkat keperluan tersebut, ia boleh dikelaskan sebagai individu yang

mempunyai tahap kesempurnaan tertinggi.

Keduanya, keperluan seseorang murid adalah berbeza kerana menjadi ia mungkin

kelihatan ketara mengikut tempoh atau masa sesuatu tugas dijalankan. Walau

bagaimanapun, strategi Maslow yang menghasilkan kategori keperluan di mana

menentukan hierarki yang mustahak dilihat amat bermanfaat dalam meningkatkan

motivasi kerja seseorang individu tersebut.

Menurut Maslow (1954), pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan

membolehkan manusia rasa punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh

berjasa kepada masyarakat.

WEAKNESS (kelemahan)

Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila mereka

mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif atau satu keinginan mencari

penyelesaian kepada sesuatu masalah. Contohnya, seseorang individu yang

Page 11: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

bermasalah akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya berdasarkan kemampuan

yang ada padanya. Hasil penyelesaian tersebut pula, tidak semestinya menunjukkan

tindak balas yang sempurna. Tetapi, keinginan menyelesaikan masalah itulah yang

dilihat sebagai usaha individu itu memenuhi keperluan fisiologinya.

Oleh itu, sebagi guru, seharusnya perlu mengenalpasti keadaan muridnya yang

mengalami keinginan sama ada dalam mencari maklumat atau penyelesaian. Guru juga

perlu memastikan pembelajaran sentiasa berlaku semasa proses pembelajaran.

Menurut Maslow, keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus

dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan

kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat

pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Maslow juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat

bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya, keperluan-keperluan di

peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi

mengekalkan kestabilan.

OPPORTUNITY (peluang)

Berdasarkan teori ini, pencapaian seseorang individu cenderung untuk berjaya atau

mencapai kejayaan ke aras yang paling tinggi. Pada masa yang sama, mereka akan

mengelakan kemungkinan mengalami kegagalan. Contohnya, apabila murid berjaya,

mereka membina matlamat yang realistik bagi diri mereka dan kejayaan tersebut telah

menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.

Maslow (1968), melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai

dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Di samping itu,

Maslow (1954) turut menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap

kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami

kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

THREAT (ancaman)

Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan

untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Namun, sekiranya gagal

Page 12: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

untuk mencapai ke peringkat seterusnya, individu akan mengalami perubahan sikap ke

arah yang negatif. Contoh, wujudnya rasa rendah diri dalam diri, kemurungan, putus

asa dan juga sukar untuk mereka menerima kenyataan sesuatu perkara. Oleh itu guru

harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar

demi memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan

motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan

potensinya. Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai

bagi memenuhkan keperluan tersebut.

Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang

pelajar yang memerlukannya. Teori Hirarki Keperluan Maslow tegas memberi konsep

bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat

kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu

usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.

Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga

pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan keperluan

seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat

mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang

semaksimumnya. 

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan

keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada

diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori

Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian

yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak,

bukan hanya sebahagian daripada individu.

Menurut Maslow, beliau menganggap bahawa motivasi sebagai sesuatu yang

kompleks, dimana tingkah laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga

menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat

ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa

mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Page 13: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

STRENGTH (kekuatan)

Mengikut Maslow, manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan

manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti yang tertinggi dan telah dapat

merealisasikan pontesi yang ada pada diri individu tersebut.

Berdasarkan teori Hirarki Keperluan yang dipelopori oleh beliau, terdapat beberapa

kekuatan yang boleh dikenalpasti iaitu pertamanya tentang keperluan individu.

Keperluan individu tidak selalunya mengikut susunan hierarki keperluan yang telah

disenaraikan oleh Maslow. Namun, sekiranya terdapat individu yang berjaya mencapai

tahap demi tahap tingkat keperluan tersebut, ia boleh dikelaskan sebagai individu yang

mempunyai tahap kesempurnaan tertinggi.

Keduanya, keperluan seseorang murid adalah berbeza kerana menjadi ia mungkin

kelihatan ketara mengikut tempoh atau masa sesuatu tugas dijalankan. Walau

bagaimanapun, strategi Maslow yang menghasilkan kategori keperluan di mana

menentukan hierarki yang mustahak dilihat amat bermanfaat dalam meningkatkan

motivasi kerja seseorang individu tersebut.

Menurut Maslow (1954), pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan

membolehkan manusia rasa punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh

berjasa kepada masyarakat.

WEAKNESS (kelemahan)

Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila mereka

mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif atau satu keinginan mencari

penyelesaian kepada sesuatu masalah. Contohnya, seseorang individu yang

bermasalah akan berusaha mencari jalan penyelesaiannya berdasarkan kemampuan

yang ada padanya. Hasil penyelesaian tersebut pula, tidak semestinya menunjukkan

tindak balas yang sempurna. Tetapi, keinginan menyelesaikan masalah itulah yang

dilihat sebagai usaha individu itu memenuhi keperluan fisiologinya.

Oleh itu, sebagi guru, seharusnya perlu mengenalpasti keadaan muridnya yang

mengalami keinginan sama ada dalam mencari maklumat atau penyelesaian. Guru juga

perlu memastikan pembelajaran sentiasa berlaku semasa proses pembelajaran.

Page 14: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Menurut Maslow, keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus

dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan

kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat

pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

Maslow juga menyatakan bahawa terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat

bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya, keperluan-keperluan di

peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi

mengekalkan kestabilan.

OPPORTUNITY (peluang)

Berdasarkan teori ini, pencapaian seseorang individu cenderung untuk berjaya atau

mencapai kejayaan ke aras yang paling tinggi. Pada masa yang sama, mereka akan

mengelakan kemungkinan mengalami kegagalan. Contohnya, apabila murid berjaya,

mereka membina matlamat yang realistik bagi diri mereka dan kejayaan tersebut telah

menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.

Maslow (1968), melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai

dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Di samping itu,

Maslow (1954) turut menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap

kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami

kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

THREAT (ancaman)

Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan

untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Namun, sekiranya gagal

untuk mencapai ke peringkat seterusnya, individu akan mengalami perubahan sikap ke

arah yang negatif. Contoh, wujudnya rasa rendah diri dalam diri, kemurungan, putus

asa dan juga sukar untuk mereka menerima kenyataan sesuatu perkara. Oleh itu guru

harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar

demi memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan

motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan

Page 15: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

potensinya. Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai

bagi memenuhkan keperluan tersebut.

Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang

pelajar yang memerlukannya. Teori Hirarki Keperluan Maslow tegas memberi konsep

bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat

kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu

usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.

Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga

pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan keperluan

seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat

mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang

semaksimumnya. 

Pendekatan ini dipelopori oleh Abraham Maslow. Menurut beliau manusia

sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejati untuk berkembang

ke arah kesempurnaan diri. Pendekatan Abraham Maslow ini digunakan untuk melihat

keperluan manusia untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Page 16: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Mahmood Nazar Mohamed (2001: 276-277) menjelaskan individu harus tahu yang

manusia berusaha untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi atau lebih bermakna bagi

diri sendiri. Menurut Maslow seseorang individu akan berusaha atau bergerak dari

hiraki bawah hingga hiraki yang tertinggi yang boleh dicapai olehnya.Mengikut

pandangan ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan

baik. Setiap individu ingin belajar dan menimba ilmu. Setiap individu akan berkembang

secara semulajadi sekiranya persekitaran mereka adalah sesuai. Setiap individu akan

bertindak atas persekitaran masing-masing dan bebas membuat pilihan. Kajian ahli

psikologi humanis menyatakan bahawa pembelajaran manusia bergantung kepada

emosi dan perasaan masing-masing.

Selain itu, pendekatan humanis terhadap pendidikan menekankan keunikan

setiap individu dengan meningkatkan motivasi instrinsik dan kendiri masing-masing

dengan menyatakan pandangan, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran

setiap individu adalah berbeza. Secara keseluruhannya, pendekatan humanis

memperkatakan mengenai pendekatan berpusatkan pelajar secara holistik.

Menurut Teori humanistik, tujuan belajar adalah untuk memanusiakan manusia. Proses

belajar dianggap berhasil jika si pelajar memahami lingkungannya dan dirinya sendiri.

Pelajar dalam proses belajarnya harus berusaha agar lambat laun ia mampu mencapai

aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami perilaku

belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya.

Page 17: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Rajah 1: Teori Carl Rogers mengenai eksperential

Tujuan utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya,

iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia

yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri

mereka. Para ahli humanistik melihat adanya dua bahagian pada proses belajar, iaitu:

1. Proses pemerolehan informasi baru,

2. Personalia informasi ini pada individu.

Tokoh penting dalam teori belajar humanistik secara teoritik antara lain adalah: Arthur W. Combs, Abraham Maslow dan Carl Rogers.

) Abraham Harold Maslow

Teori Maslow didasarkan pada dasarnya bahawa di dalam diri individu ada dua perkara:

Suatu usaha yang positif untuk mengembangkan  kekuatan untuk melawan atau

menolak perkembangan itu.

Maslow mengemukakan bahawa individu berperilaku dalam upaya untuk

memenuhi keperluan  yang bersifat hirarki.

Page 18: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Pada setiap diri masing-masing mempunyai berbagai perasaan takut seperti rasa takut

untuk berusaha atau berkembang, takut untuk mengambil kesempatan, takut

membahayakan apa yang sudah ia miliki dan sebagainya, tetapi di sisi lain seseorang

juga memiliki dorongan untuk lebih maju ke arah keutuhan, keunikan diri, ke arah

berfungsinya semua kemampuan, ke arah kepercayaan diri menghadapi dunia luar dan

pada saat itu juga ia dapat menerima diri sendiri.

          Maslow membahagikan keperluan-keperluan manusia menjadi tujuh hirarki. Bila

seseorang telah dapat memenuhi kebutuhan pertama, seperti  keperluan fisiologis,

barulah ia dapat menginginkan keperluan yang terletak di atasnya, ialah keperluan

mendapatkan rasa aman dan seterusnya. Hierarki keperluan  manusia menurut Maslow

ini mempunyai implikasi yang penting yang harus didalami oleh guru pada waktu guru

tersebut mengajar anak-anak muridnya. Ia mengatakan bahawa perhatian dan motivasi

belajar ini mungkin berkembang sekiranya keperluan dasar pelajar tersebut belum

dipenuhi.

c) Carl Rogers

Carl Rogers lahir 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois Chicago, sebagai anak keempat

dari enam bersaudara. Semula Rogers mempelopori bidang agama tetapi akhirnya

pindah ke bidang psikologi. Ia mempelajari psikologi klinik di Universiti Columbia dan

mendapat gelaran Ph.D pada tahun 1931, sebelumnya ia telah menjadi perintis 

Page 19: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

pekerjaan di Rochester Society untuk mencegah kekerasan pada  yang dilakukkan

kepada kanak-kanak.

 

         Gelaran profesor diterima di Ohio State tahun 1960. Tahun 1942, ia menulis buku

pertamanya, Counseling and Psychotherapy dan secara bertahap mengembangkan

konsep Client-Centerd Therapy.

Rogers membezakan dua jenis belajar, iaitu:

1. Kognitif

2. Experiential ( pengalaman atau signifikansi)

Guru menghubungan pengetahuan akademik ke dalam pengetahuan terpakai sebagai

contoh, seseorang individu tersebut  memperlajari mesin dengan tujuan untuk

memperbaiki kereta. Pembelajaran experiential merujuk  kepada pemenuhan keperluan

dan keinginan pelajar. Kualiti pembelajaran experiential merangkumi:penglibatan

pelajar secara individu, berinisiatif, evaluasi oleh perlajar itu sendiri, serta adanya kesan

yang berpusatkan kepada pelajar.

          Menurut Rogers yang terpenting dalam proses pembelajaran adalah pentingnya

guru memperhatikan prinsip pendidikan dan pembelajaran, iaitu:

Menjadi manusia bererti memiliki kekuatan yang wajar dan semangat untuk belajar. 

Pelajar tidak harus belajar tentang hal-hal yang tidak ada faedah serta kelebihannya. 

Pelajar akan mempelajari hal-hal yang bermakna bagi dirinya.  Pengorganisasian bahan pelajaran bererti menghubungkan antara organisasi 

bahan dan idea baru sebagai bahagian yang bermakna dan penting bagi diri individu tersebut.

Pembelajaran yang bermakna dalam masyarakat moden masa kini bererti belajar tentang proses. 

Ilmu gunaan atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Seperti belajar mengenali enjin supaya berkeupayaan untuk memperbaiki kenderaan sendiri. 

Page 20: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Rogers juga menyatakan bahawa pembelajaran yang bersifat signifikan  dan secara khusus hanya akan berlaku sekiranya kandungan matapelajaran adalah sesuai dan dapat menarik minat peribadi murid untuk mempelajarinya.

Oleh itu, pembelajaran yang menarik minat mereka akan lebih mudah diterima apabila

ancaman luaran berada pada tahap minimum. Maka pembelajaran yang berlaku adalah

atas usaha pelajar  itu sendiri adalah lebih kekal dan bermakna. Semangat inkuiri

terbuka yang tinggi di dalam diri individu dapat memupuk sifat peneguhan untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan

Contoh situasi mengikut pandangan Carl Rogers:

             Shariff murid tahun lima yang tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapanya

dan sentiasa dinafikan haknya dari adik beradiknya yang lain. Situasi ini telah

menyebabkan Shariff suka menyendiri dan tidak yakin pada dirinya sendiri sehingga

menjejaskan pelajarannya.

         Dari bukunya Freedom To Learn, ia menunjukkan sejumlah prinsip-prinsip dasar

humanistik yang penting diantaranya ialah :

Manusia itu mempunyai kemampuan belajar secara pengalaman sendiri.  Pembelajaran  yang signifikan terjadi apabila seseorang itu masteri dalam

pelajaran  yang dirasakan mempunyai relevansi dengan maksud-maksud sendiri. Pembelajaran  yang menghalang  perubahan di dalam persepsi mengenai

dirinya sendiri diangap mengancam dan cenderung untuk ditolaknya.  Tugas-tugas belajar yang mengancam diri ialah lebih mudah dirasakan dan

diasimilasikan apabila ancaman-ancaman dari luar itu semakin kecil.  Apabila ancaman terhadap diri pelajar rendah, pengalaman dapat diperolehi

dengan berbagai cara yang berbeza-beza dan terjadilah proses belajar.  Pembelajaran yang bermakna diperoleh pelajar  dengan melakukannya perkara

tersebut sendiri.  Pembelajaran berjalan lancar apabila pelajar  dilibatkan dalam proses belajar

dan mengikut tanggungjawab terhadap proses pembelajaran itu.  Pembelajaran inisiatif sendiri yang melibatkan peribadi pelajar  yang kuat, baik

perasaan mahupun intelek, merupakan cara yang dapat memberikan hasil yang mendalam dan lestari dalam diri. 

Page 21: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Kepercayaan terhadap diri sendiri, kemerdekaan, kreativiti lebih mudah dicapai terutama jika pelajar dibiasakan untuk mengawasi diri dan mengritik dirinya sendiri dan penilaian dari orang lain merupakan cara kedua yang penting. 

Pembelajaran yang paling berguna secara sosial di dalam dunia moden ini adalah belajar mengenai proses belajar, suatu keterbukaan yang terus menerus terhadap pengalaman dan penyatuannya ke dalam diri sendiri mengenai proses perubahan tersebut.

           Salah satu model pendidikan terbuka merangkumi konsep mengajar oleh guru

yang  menunjukkan  fasilitatif  serta model yang dikembangkan Rogers  selain ,diteliti

oleh Aspy dan Roebuck pada tahun 1975 mengenai kemampuan para guru untuk

menciptakan kondisi yang mendukung iaitu  empati, penghargaan dan umpan balik

positif. Ciri-ciri guru yang fasilitatif adalah :

1. Memberi tindak balas  tentang perasaan pelajar

2. Menggunakan idea-idea pelajar untuk melaksanakan interaksi yang sudah

dirancang

3. Berdialog dan bertukar penapat dengan pelajar

4. Menghargai pelajar

5. Kesesuaian antara perilaku dan perbuatan

6. Menyesuaikan isi kerangka berfikir dengan  idea (penjelasan untuk

memantapkan  keperluan dari pelajar)

7. Sentiasa memberikan senyuman kepada pelajar

 

          Dari penelitian itu diketahui guru yang fasilitatif mengurangi angka keluaran 

pelajar , meningkatkan angka konsep diri pelajar  meningkatkan upaya untuk meraih

prestasi akademik termasuk mata pelajaran bahasa dan matematik yang kurang

disukai, tahap kesukaan akan berkurang berkaitan dengan disiplin serta pelajar 

menjadi lebih spontan dan menggunakan tingkat berfikir yang lebih tinggi.

Page 22: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Rajah 2: Ciri-Ciri Humanistik

IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH

Guru perlulah cuba membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan tersebut.

Guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, seterusnya meningkatkan peluang dan memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.

Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.

Page 23: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Tambahan lagi, guru boleh membantu dan menggalakkkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.

Guru juga perlu berusaha dalam mengimbangkan komponen intelek dan emosi menerusi aktiviti-aktiviti yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.

Guru mesti menunjukkan contoh yang terbaik dari segi sikap, kepercayaan dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.

Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.

Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala.

Page 24: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Tokoh Humanis : Carl Ransom Rogers

Carl Ransom Rogers (1902-1987)

Carl Rogers dilahirkan pada 8 Januari 1902 di Oak Park, Illinois. Dikenali sebagai salah seorang daripad ahli psikologi yang paling berpengaruh di Amerika.

Pada 1919, beliau mengikuti program agrikultur di university of Wisconsin, Madison. Pada 1924, beliau mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah di universiti yang sama dan seterusnya berkahwin dengan Hellen Elliott

Kemudian beliau meyertai Union Theological Seminary di New York. Dalam tempoh itu beliau sempat menggembara ke Negara asia seperti Japan, Korea dan China.

Banyak membuat sumbangan dalam bidang pendidikan, kaunseling, psikoterapi, keamanan dan penyelesaian konflik.

Pada tahun 1926, beliau meninggalkan New York dan bertugas sebagai pensyarah di Columbia University Teachers College. Pada tahun yang sama beliau dikurniakan putera lelaki, David Elliot Rogers.

Beliau berjaya mendapat ijazah sarjana di Columbia university teachers College pada 1927. Kemudian beliau menyertai Rochester Society for the Prevention of Cruelty to Children (RSPCC) sebagai ahli psikologi kanak-kanak. Anak kedua beliau, Natalie Rogers dilahirkan pada tahun 1928.

Beliau dinaikkan pangkat menjadi ahli lembaga RSPCC. Pada 1931, beliau mendapat ijazah kedoktoran daripada Columbia University Teachers College.

Page 25: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Kajian beliau tentang humanis dan psikologi berterusan sepanjang masa. Banyak buku yang Pelopor pendekatan humanis yang telah ditulis oleh beliau diterbitkan seperti ‘Measuring Personality Adjustment in Children’ dan ‘The Clinical Treatment of the Problem Child’.

Pada 1940, beeliau menjadi Profesor dan pensyarah sepenuh masa di Ohio State University. Beliau menekankan terapi berpusatkan klien. Pendapanya itu dinyatakan dalam buku beliau yang bertajuk ‘Counseling and Psychotherapy’.

Beliau berpindah ke university of Chicago pada 1945 dan memulakan pusat kaunseling. Beliau juga menyandang jawantan sebagai presiden American Psychological Association (APA).

Sepanjang itu, beliau menerima banyak anugerah daripada banyak pihak seperti University of Wisconsin.

Pada 1964, beliau berpindah ke La Jolla, California, bagi menyertai Western Behavioral Studies Institute (WBSI). Beliau bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan aktif menulis buku tentang hasil kajian beliau.

Pada 1979, isteri beliau, Helen Rogers meninggal dunia. Beliau meneruskan aktiviti dan kajian beliau. Pelbagai bengkel dianjurkan di seluruh Amerika.

Pada 1987 beliau dianugerahkan hadiah nobel keamanan dan meninggal dunia pada 1987 di La Jolla, California. 

Analisis Pendekatan Humanis menggunakan Teknik SWOT

Page 26: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Strength•      Berdasarkan Carl Rogers (1969), beliau menyatakan setiap individu mempunyai

keinginan semulajadi untuk belajar. •      Oleh itu, setiap murid mempunyai sifat inkuiri atau semangat ingin tahu yang tinggi.•      Murid bersikap lebih berdikari dalam proses pembelajaran dan pengajaran,.

Terutamanya dalam mata pelajaran yang menarik bagi mereka. Mereka akan bersungguh-sungguh untuk menimba pengalaman seharian yang bernilai.

•      Setiap murid mempunyai fokus atau hala tuju bersandarkan minat masing-masing. Mereka akan berusaha mendalami perkara yang mereka minat itu hingga berjaya. Mereka bebas membuat pilihan dan keputusan berpusatkan diri sendiri.

•      Pembelajaran atas usaha sendiri juga bersifat lebih kekal Weakness

•      Menurut Rogers, apabila murid mendapat ancaman luar yang tinggi, mereka sukar untuk belajar. Oleh itu, embelajaran menjadi lambat dan terganggu apabila mereka rasa terancam.

•      Kandungan mata pelajaran atau ilmu yang tidak relevan dengan minat, menjadi tidak beerti atau signifikan kepada murid.

•      Rogers juga menekankan pembelajaran kognitif tidak berguna adalah sia-sia. Ilmu akademik seperti matematik tambahan tidak dapat membantu murid dalam kehidupan seharian mereka.Opportunity

•      Guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan membekalkan  sumber pembelajaran yang sesuai bagi menarik minat murid itu.

•      Pelajar menggunakan inisiatif sendiri untuk mencari ilmu yang mereka minati. Mereka akan cuba menghayati dan memahami perkara yang mereka minati.

•      Pelajar mempunyai kemahiran atau skil untuk kegunaan harian. Contohnya ilmu gunaan computer. Murid yang mahir dalam bidang computer mampu membaiki kerosakan komputernya sendiri.

Page 27: Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Threat•      Pelajar mudah lupa pelajaran yang mereka tidak minat. Kandungan mata pelajaran

yang tidak berkaitan dengan minat peribadi mereka akan dipandang ringan dan mudah dillupakan. Ini akan mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka.

•      Pelajar terdorong mengabaikan pelajaran kognitif tidak berguna. Jika mereka deberi kebebasan sepenuhnya untuk menentukan keputusan mereka akan mengabaikan pelajaran akademik yang susah dan rumit.

•      Sebaliknya, pelajar hanya mementingkan pembelajaran eksperential. Ini juga akan mengancam guru yang mengajar.

•      Pembelajaran pelajar mudah dipengaruhi emosi dan secara tidak langsung prestasi pembelajaran mereka juga tidak konsisten.