teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli

4
Teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkemuka Teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkemuka. Pengenalan Perkembangan Bahasa Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu. Kepentingan Perkembangan Bahasa Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting kerana bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka. Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007) menyatakan bahawa bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Selain itu, kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial. Teori Dalam Kemahiran Bahasa Perspektif Behavioris Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak- anaknya. Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami. Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Contohnya: Apabila seorang kanak- kanak berkata, Saya dahaga, nak minum . Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul. Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul. Perspektif Kognitif Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang dewasa. Kanak-kanak

Upload: letchumy-appalanaidu-letchu

Post on 04-Oct-2015

246 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pooo

TRANSCRIPT

Teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkemukaTeori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi yang terkemuka.

Pengenalan Perkembangan Bahasa

Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.

Kepentingan Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting kerana bahasa merupakan pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.

Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007) menyatakan bahawa bahasa akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak. Selain itu, kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial.

Teori Dalam Kemahiran Bahasa

Perspektif Behavioris

Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.

Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata, Saya dahaga, nak minum. Ibunya bertindak balas dengan memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang digunakan oleh anaknya betul.Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.

Perspektif Kognitif

Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru percakapan orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila diteguhkan.

Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di persekitaran. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini memudahkan perkembangan bahasa berlaku.

Perspektif Nativis

Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otat yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.

Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA

Perkembangan bahasa akan dibincangkan melalui beberapa peringkat perkembangan kanak-kanak iaitu:i.Peringkat pranatalii.Peringkat bayiiii.Peringkat kanak-kanakiv.Peringkat remaja.

Peringkat pranatal

Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya berkembang baik dan sudah berfungsi. Janin boleh mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan menggerakkan kaki dan lengan.

Peringkat bayi

Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan yang dilakukan oleh bayi berlaku melalui turutan yang tertentu pada tahun yang pertama:Menangis,Cooing,Babbling dan membuat isyarat:

Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut. Bayi selalu mula menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan.

Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses ini. Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang terdekat (papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu), anggota badan (mata), pakaian (baju) atau ucapan (bye-bye). Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna. Contohnya bola mungkin membawa maksud itu bola atau saya nak bola.

Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50 perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih tidak dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami selalunya melebihi perkataan-perkataan yang diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayi akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama.Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan. Bilangan ini meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan (2 tahun). Peningkatan perbendaharaan kata yang cepat ini dipanggil vocabulary spurt.

Peringkat kanak-kanak

Jadual 1 : Model tahap perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak yang dicadangkan oleh Chall, 1979

ArasUmurPenerangan

00 4 tahunKanak-kanak mula menguasai kemahiran-kemahiran asas untuk membaca. Mereka memahami peraturan dalam membaca iaitu bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula mengenali huruf, boleh menulis dan membaca nama sendiri. Dengan sokongan daripada ibu bapa dan guru pra sekolah, kanak-kanak ini menguasai kemahiran membaca yang asas.

15 7 tahunKebanyakan kanak-kanak mula belajar membaca pada peringkat ini. Mereka mula mengenali suku kata bunyi perkataan dan cara menyebut. Mereka mula membaca perkataan mudah dengan menggabungkan suku kata.

27 9 tahunKanak-kanak mula semakin fasih dalam membaca. Mereka boleh mengenali perkataan dan membaca ayat. Walau bagaimanapun, membaca pada peringkat ini masih hanya di peringkat pembacaan sahaja. Kanak-kanak pada peringkat ini kadang-kadang hanya membaca tetapi tidak memahami apa yang dibaca.

310 13 tahunPada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih mahir mendapatkan maklumat dan informasi daripada pembacaan. Mereka mula membaca dengan kefahaman. Tetapi mereka masih belum memahami pembacaan yang memerlukan analisa atau yang melibatkan perspektif yang berbeza. Kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca pada peringkat ini, akan mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran akademik subjek-subjek yang lain.

414 tahun ke atasHampir keseluruhan pelajar merupakan pembaca yang mahir pada peringkat ini. Kefahaman mereka tentang bahan yang dibaca meningkat, mereka berupaya memahami pembacaan yang kompleks melibatkan pelbagai perspektif. Ini membolehkan mereka berbincang secara analitikal tentang kesusasteraan, sejarah, ekonomi dan politik.

Peringkat Remaja

Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat yang lebih kompleks. Setara dengan perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna perkataan dalam sesuatu ayat. Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa, perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.

Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti antara pendahuluan idea-idea utama dan penutup. Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi sesama mereka. Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.