teori pemusatan klien carl rogers

9
Teori Pemusatan Klien Carl Rogers Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan penguasaan teknik yang teraputik. Konsep penting Pandangan tentang sifat manusia. Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang. Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.

Upload: ayuni-ahmad

Post on 18-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Teori Pemusatan Klien Carl Rogers

Teori pemusatan klien berasaskan konsep psikologi kemanusiaan. Rogers (1942) membuat andaian bahawa manusia ialah individu yang boleh dipercayai, mempunyai potensi untuk memahami diri mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri tanpa campur tangan daripada ahli terapi. Mereka boleh menggalakkan perkembangan diri mereka jika mereka menjalani hubungan teraputik yang khusus. Pada peringkat awal lagi Rogers menekankan pentingnya sikap dan ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang ahli terapi dan hubungan antara klien dengan ahli terapi yang berkualiti sebagai asas penting bagi menentukan kejayaan dan keberkesanan proses kaunseling yang teraputik. Seterusnya, beliau menegaskan bahawa perkara lain yang perlu dimiliki oleh ahli terapi ialah pengetahuan daripada aspek teori dan penguasaan teknik yang teraputik.Konsep pentingPandangan tentang sifat manusia.Rogers (1942) telah memperkenalkan teori umum bahawa kepercayaan asas tentang kebolehan klien untuk bergerak ke hadapan dalam keadaan yang membina jika terdapat suasana yang menggalakkan perkembangan. Beliau percaya bahawa jika seseorang itu mendapati teras dan kekuatan dalam dirinya maka orang tersebut dapat menemui kepercayaan di dalam diri. Ini merupakan tumpuan utama cirri-ciri positif di dalam diri seseorang.Menurut Rogers (1987), manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari jalan, boleh memahami diri mereka sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan serta menghasilkan sesuatu yang baik. Apabila ahli terapi dapat benar-benar menghubungi dan menyelami kehidupan klien yang sebenar secara mendalam, mengambil berat, member perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien, maka besar kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara.Rogers (1987) menolak andaian bahawa manusia ialah individu yang tidak boleh dipercayai,perlu dipaksa, digalakkan, diarahkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal, dan diuruskan oleh orang lain yang lebih berkuasa,lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang tertentu. Ia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai satu kecenderungan dan keupayaan semula jadi untuk berkembang peringkat demi peringkat menuju ke arah nirwana kendiri.Beliau menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana menggalakkan pembinaan diri seseorang sehingga membolehkan mereka bergerak maju, menjadi apa yang mereka mahu dan boleh lakukan. Tiga sifat itu ialah :a)Kongruens (Keikhlasan dan ketulenan)b)Penerimaan tanpa syarat (sedia menerima dan mengambil berat)c)Empati (kebolehan menyelami secara mendalam perasaan orang lainMenurut Rogers (1987), jika semua sifat ini digunakan oleh kaunselor, klien akan menjadi lebih berdikari, lebih terbuka terhadap diri sendiri, tidak bersangka buruk dalam kehidupan dan dapat bergaul dalam masyarakat dengan cara yang lebih membina.Matlamat Kaunseling1.Bertujuan untuk menyediakan peluang, keadaan yang bebas dan membentuk suasana yang membolehkan mereka mengambil bahagian dan terlibat dalam penerokaan kendiri yang bermakna. Apabila seseorang itu dibiarkan bebas, barulah mereka boleh berfikir untuk mencari suatu jalan penyelesaian sendiri.2.Mencabar klien membuat perubahan yang membawa mereka kepada kehidupan yang sebenar-benarnya . Kesedaran ini memerlukan usaha yang gigih daripada klien untuk mengatasi masalah yang dihadapi secara berterusan. Manusia akan berusaha secara berterusan untuk membaiki diri dalam proses mencapai kesempurnaan kendiri. Secara amnya, manusia tidak pernah berasa puas hati dengan tahap pencapaiannya.Teknik-Mendengar, menerima, menghormati, memahami dan bertindak balas. Kecenderungan menggunakan satu teknik sahaja akan mengakibatkan sesuatu perhubungan menjadi kaku. Teknik tersebut harus berdasarkan perasaan jujur ahli terapi, dan bukan secara was-was.Proses TeraputikMatlamat teori pemusatan klien bertujuan untuk menimbulkan perasaan bebas dan bersepadu bagi diri setiap individu. Terapi ini berpusat pada klien, bukan sekadar tentang masalah yang diluahkan oleh klien. Menurut Roger (1977) matlamat terapi bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah tetapi lebih daripda itu iaitu membantu klien dalam proses perkembangan agar mereka dapat menghadapi dan mengatasi masalah pada masa kini dan masa hadapan.Menurut Rogers mereka yang terlibat dengan proses terapi sering bertanya :Bagaimana saya boleh menjadi diri saya yang sebenar?Bagaimana saya hendak mengenal diri saya sendiri ?Bagaimana saya boleh menjadi apa yang saya impikan ?Tujuan asas teori pemusatan klien adalah untuk mencipta suasana yang kondusif dalam usaha membantu klien menjadi seorang yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya, rogers (1961) menyatakan beberapa cirri manusia yang menuju ke arah kesempurnaan kendiri :i)Kesediaan menerima,merasai,dan mengalami reality sebenarii)Yakin pada diri sendiriiii)Klien dipandu perasaan dan pemikiran sendiriiv)Kesediaan untuk terus berkembangAhli terapi tidak memilih matlamat khas untuk mereka tetapi mengutamakan pandangan klien agar mereka dapat menjelaskan matlamat mereka sendiri.Fungsi Kaunselori.Membantu merapatkan hubungan antara ahli terapi dengan klienii.Klien bebas untuk meneroka kehidupan mereka sama ada mahu bercakap benar atau berpura-puraiii.Kurang bersikap defensif diri, lebih bersikap terbuka,bersedia menjalinkan hubungan intim dengan klien, sering bertemu,meneroka alam,bersikap penyayang,hormat-menghormati dan terbuka.Hubungan antara ahli terapi dengan klienMenurut rogers, terdapat enam keadaan yang akan membawa kepada perubahan personaliti :I.Dua orang individu yang mempunyai perhubungan psikologiII.Klien yang tidak kongruens serta mengalami kerisauanIII.Ahli terapi yang kongruensIV.Ahli terapi menerima klien tanpa sebarang syaratV.Ahli terapi merasai apa yang dirasa,dilihat, dialami klien dan berusaha menyampaikan perasaan, persepsi dan pengalaman klienVI.Klien hendaklah merasai, melihat,dam mengalami bahawa ahli terapi memang sedia menerima tanpa syaratRogers menekankan tiga sikap ahli terapi yang amat penting bagi menjamin mewujudkan satu perhubungan yang berkesan. Antaranya ialah :a)Keikhlasan diri dan kongruens-Sikap kongruens merupakan sikap yang paling penting. Kongruens bermaksud hubungan ahli terapi dan ahli klien yang tulen semasa sesi kaunseling dan bersungguh-sungguh mahu memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi. Ahli terapi perlu mempunyai sifat ikhlas dan tidak berpura-pura.-Ahli terapi yang kongruen mampu untuk meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas sama ada perasaan marah, kecewa, dan sebagainya tetapi tidak terlalu keterlaluan.b)Penerimaan tanpa syarat-Sikap ini dapat menentukan rasa selesa pada diri klien.-Diri klien dapat diterima oleh ahli terapi dengan sebenar-benarnya sama ada baik atau buruk tanpa mengenakan syarat. Sikap peka dan ambil berat tentang masalah yang diluahkan oleh klien memberi peluang kepada klien untuk bebas meluahkan perasaannya.-Semakin mendalam perasaan ambil berat, penerimaan nilai terhadap klien maka peluang perubahan pada diri klien semakin baik.c)Empati-Ahli terapi hendaklah berusaha keras untuk merasai pengalaman secara subjektif-Empati ini dapat menggambarkan bahawa ahli terapi dapat memahami perasaan klien dan seolah-olah dia juga merasakan apa yang dirasai oleh klien.-Hasil empati akan menjadikan klien lebih yakin kepada diri sendiri.-Langkah-langkah empati ahli terapi kepada klien adalah :i.Memberi perhatian dan menghargai pengalaman kepada klienii.Pengalaman klien diproses secara kognitif dan fizikaliii.Melihat pengalaman lampau klien dari sudut yang baruiv.Membaiki pandangan klienv.Memberi keyakinan kepada klien dalam membuat keputusan di masa depanp/s : bersedia untuk peperiksaan kaunseling kelompok

Teori Pemusatan Insan - Carl Rogers

PENDEKATAN PEMUSATAN KLIEN Manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Individu boleh membuat keputusan sendiri yang membawa kepada kebebasan dan berdikari. Asas terapi berpusat klien ialah untuk mewujudkan suatu perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan dan perasaan di sini dan ketika ini.

Falsafah Dasar Memandang manusia secara positif Manusia memiliki suatu kecenderungan untuk berfungsi sepenuhnya Klien mengembangkan potensi dan bergerak ke arah meningkatkan kesedaran, spontan, percaya pada diri dan internal yang terarah.

Konsep Utama Klien mampu sedar tentang masalahnya dan tahu cara mengatasinya Kepercayaan diletakkan kpd kesanggupan klien untuk mengarahkan dirinya sendiri Kesihatan mental berlaku setelah berlaku keselaran ideal self dengan real self. Masalah berlaku apabilaideal selfdenganreal selfada tidak kongruen. Berfokus kepada masa sekarang dan dapat mengekspreskan perasaan.

Individu bermasalah .

Manusia bermasalah kerana: Konsep kendiri rendah Ketidakkongruenan antara persepsi dan pengalaman klien

Tujuan terapi Menyediakan suatu iklim yang aman dan kondusif bagi meneroka diri klien sehingga menyedari halangan diri mereka untuk berkembang dan aspek-aspek pengalaman diri yang negatif Membantu klien mampu bergerak ke arah keterbukaan terhadap pengalaman dan meningkatkan kespontanan dan perasaan hidup.

Hubungan terapuetik Hubungan terapis-klien sangat penting Kualiti terapis seperti tulen, mesra, empati, memberikan penghargaan dan boleh berkomunikasi dengan baik. Hubungan yang nyata dan klien belajar memahami perasaan sendiri

Aplikasi Terapi Pemusatan Insan

Refleksi perasaan Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan empati Mengalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di mana perasaan klien diterima dan dijelaskan. Perhubungankaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan Kepermisifan itu mengalakkan pembentukan celik akal yang menyebabkanperubahan tingkah laku Kaunselor meletakkan tanggungjawab pada klienuntuk tindakan, pemikiran dan keputusan Bertoleransi, di mana kaunselor memberikan kebebasan kepada klien untuk berfikr, merasa dan bertindak; dan ketiadaan struktur membenarkan klien menjelajahi perasan-perasaan secara mendalam. Perhubungan merupakan asas bagi pendekatan Pemusatan insan. Ia merupakan permulaan peristiwa yang paling penting. Perhubungan kaunselor-klien yang selamat dan saling mempercayai adalah sangat perlu di dalam perhubungan kaunseling pendekatan pemusatan insan.pendekatan pemusatan insan merupakan pendekatan yang bersifatbeingdalam perhubungan. Pendekatan ini cuba mengelak daripada penggunaan teknik-teknik terhadap klien. Tidak ada langkah-langkah atau teknik atau alat-alat yang digunakan kepada klien untuk mencapai sesuatu matlamat tertentu. Sebaliknya, strategi yang banyak digunakan ialah ke arah pembentukanperhubunganexperiential(Gillialand & James, 1998).

Pemaham Empati yang Fasilitatif Pemahaman yang penuh empati bermaksud mempersepsikan dunia klien dari kaca mata klien dan berupaya menyampaikan mesej sedemikian kepada klien. Menumpukan perhatian (attending), berkomunikasi secarabahasa, pemahaman yang penuh empati, berkomunikasi secara tanpa bahasa dan penggunaan kesenyapan.

Menumpukan Perhatian Kaunselor tidak boleh mencapai pemahaman yang penuh empati tanpa memberikan perhatiannya kepada klien. Perhatian kaunselor kepada klien memerlukan kedua-dua sikap dan kemahirankaunselor. Air muka dan kedudukan badan kaunselor boleh membantu klien sama ada pemilkiran kaunselor selaras atau tidak dengan apa yang dilahirkan dan dirasai oleh klien. Satu anggukan yang bersesuaian, kontak mata, senyuman, penerimaan mood klien, keserasian ekspresi, minat yang tulin kepada diri klien akan keprihatianan yang mendalam kesemuanya mengambarkan perhatian kaunselor kepada klien. Sebaliknya, terlalu banyak kontek mata, senyuman dan anggukan mungkin membawa makna ketiadaannya atau mungkin meragui dan menganggu klien. Jarak fizikal antara kaunselor-klien juga penting dalam pendekatan penumpuan insan. Kualiti suara yang terdiri daripada nada suara, tinggi rendah, kelembutan dan varaisi meberitahu klien darjah kesediaan kaunselor memberi perhatian kepada klien.

Berkomunikasi Secara Bahasa Pemahaman Yang Penuh Empati mesej afektif dan kognitif klien dan memberitahu klien bahawa perasaan dan pemikirannya telah difahami dengan tepat oleh kaunselor pada tahap permukaan (surface) dan juga di tahap yang mendalam (deeper level). Klien : Saya rasa tention dengan ujian itu Saya tak percaya yang saya tidak boleh langsung menjawabnya Kaunselor : Anda rasa terkejut dan kecewa dengan cara anda menjawab soalan peperiksaan tersebut, terutama bila anda menjangkakan anda boleh melakukannya. peka kepada bukan sahaja kepada segala petanda bahasa dan disampaikan melalui beberapa cara; kedudukan badan (postur), pergerakan badan, air muka, senyuman, kerutan dahi, menggigit bibir, kontek mata dan kualiti suara.

Kesenyapan Sebagai Satu Cara Menyatakan Pemahaman Empati Ada ketika-ketikanyakaunselordan klien terlalu sibuk berfikir memikirikan mengenai apa yang telah diperkatakan dan diperhatikan. Dalam keadaan ini, kesenyapan atausilence is goldenadalah sangat diperlukan bagi kedua-dua pihak untuk memproseskan makna perasaan atau pemikiran masing-masing (Raskin & Rogers). Oleh itu kesenyapan adalah strategi yang membolehkan berlakunya respons empati yang mendalam Ia membawa makna kepada kliensaya nampak bahawa anda memerlukan masa untuk menguruskan persolaan ini. Saya menghormati kebolehan anda mengendalikan dan saya sentiasa bersama anda untuk memberi sokongan bila anda memerluka Klien: Dia beritahu saya yang dia boleh menghitung dengan jari beberapa kali sahaja saya mengatakan yang saya cintakanya Kaunselor: Anda rasa kesal apabila mengetahui yang kawan anda tu kurang yakin dengan perasaan cinta anda terhadapnya Klien: Ya..tetapi (tiga minit senyap yang berfikitr. Sebenarnya, saya tidak mahu melukai hatinya. Tapi saya tak thau sama ada saya benar-benar cintakannya.. dan dia sentaisa mendesak saya(senyap selama tiga puluh saat). Kadang-kadang saya anggap dia seperti abang saya sahaja saya rasa ingin lari darinya. Kaunselor. Anda tidak pasti apa yang anda mahu sebenarnyaanda percaya apa yang anda miliki sekarang ini sebenarnya bukan sebenarnya yang anda inginkan. Klien: (Dua minit senyap yang berfikir). Punca semua ini adaah berbalik semasa saya kecil lagi. Saya adalah anak yang dimanjakan oleh kedua ibu bapa saya. Apa yang saya hajatkansemuanya saya dapat. Saya nak keluar bersama lelaki tersebut. Saya harus keluar bersamanya. Sebenarnya diri saya adalah apa yang emak saya mahukan. Saya bukan diri saya yang saebenarsaya belum lagi matang. Diri saya sebenarnya adalah seorang kanak-kanak berumur 32 tahunyang belum membesar. Dengan kesenyapan kaunselor membenarkan klien meneroka segala aspek dirnya secara terbuka. Klien sebenarnya merasakan bahawa kaunselor bersama-samanya dan tidak pula bertujuan mengubah haluannya. Tingkah laku senyap kaunselor memberi peluang klien berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan dirinya dan dirinya sendiri juga yang tahu akan jawapanya.

Suasana Untuk Perkembangan Diri1. Perhubungan Psikologi2. Tahap Kebimbangan yang Minima3. Keselarasan Kaunselor4. Penerimaan Tanpa Syarat5. Persepsi Klien

Posted byshafina mohamadat21:39