isl 1 - pendekatan muzik carl orff

27
PRM 3101 Pembelajaran Muzik dalam Pendidikan Prasekolah Pesnyarah : Puan Chai Sheau Ming DISEDIAKAN OLEH: Wong Pei Wen Macliffton Tembak Sinau Azianna Jowinis Hilary Jainol

Upload: macky-brooke

Post on 17-Feb-2015

608 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

PENDEKATAN MUZIK

TRANSCRIPT

Page 1: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

PRM 3101 Pembelajaran Muzik dalam Pendidikan

Prasekolah

Pesnyarah : Puan Chai Sheau Ming

DISEDIAKAN OLEH:

Wong Pei WenMacliffton Tembak Sinau

Azianna JowinisHilary Jainol

Page 2: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

ISL 1

Pendekatan Muzik Carl Orff

Page 3: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

MENU UTAMA

LATAR BELAKANGCARL ORFF

PENDEKATAN ORFF

FALSAFAH & PRINSIP CARL ORFF

KELEBIHAN & KELEMAHAN

KESIMPULAN

Page 4: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

CARL ORFF(1895 - 1982)

• Lahir pada 10 Julai 1895 di Munich,Jerman.

• Berasal dari keluarga Bavarian- aktif dalam tentera.

• Mendapat pendidikan di Munich Academy of Music hingga 1914.

• Bertugas dengan tentera pada perang dunia pertama.

• Seorang komposer German yang memperkenalkan satu pendekatan yang unik dalam pendidikan muzik.

Page 5: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

• Penglibatan beliau dalam pendidikan muzik hanya bermula pada awal tahun 1920an apabila kawan beliau Dorothee Gunther yang merupakan seorang penari.

• Minat Orff yang mendalam dalam tarian telah mencetuskan idea untuk menggabungkan tarian dan muzik untuk dijadikan sebagai asas kepada pendidikan muzik.

• Beliau kemudian menjadi Penyelia Muzik di Günther-Schule, sebuah sekolah untuk tarian dan muzik.

• Antara penerbitan Orff Schulkwerk yang terkenal ialah ‘Musik fur Kinder’ yang diterjemahkan sebagai Muzik untuk Kanak-kanak.

MENU UTAMA

Page 6: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

FALSAFAH & PRINSIP

• Orff pernah berkata "Experience first, then intellectualize" yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi.

• Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori.

• Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.

Page 7: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

• Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain.

• Apabila Orff merujuk kepada elemental music, beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus.

• Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak.

• Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.

Bermain alat muzik

Sesi Pembelajaran Muzik

Percakapan Pergerakan

MENU UTAMA

Page 8: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

Pendekatan Orff• Proses pembelajaran Orff merangkumi empat

komponen utama iaitu

1. EXPLORASI (Mencari Sendiri)

2. IMITASI (Mengajuk Balik)

3. IMPROVISASI

4. LITERASI

• Setiap proses ini mempunyai pendekatannya yang tersendiri.

Page 9: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

EKSPLORASI

• Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan.

• Ia merangkumi tiga aspek iaitu

EKSPLORASI

EKSPLORASIBUNYI

EKSPLORASIRUANG

EKSPLORASIBENTUK

Page 10: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

EKSPLORASI RUANG

• Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.

• Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.

Page 11: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

EKSPLORASI BUNYI

• Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan.

• Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya.

• Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi.

• Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar.

• Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.

Page 12: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

EKSPLORASI BENTUK

• Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi.

• Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian.

• Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.

• Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.

• Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

Page 13: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

IMITASI• Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi

apa yang didengar atau dilihat.

• Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi.

• Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.

• Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai ‘Role Model’ kepada murid-muridnya.

• Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.

• Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.

Page 14: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

LITERASI• Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca

skor muzik.

• Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik.

• Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka.

• Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

Page 15: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

IMPROVISASI• Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff,

kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak.

• Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid.

• Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak.

• Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya.

• Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

Page 16: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

APLIKASI PENDEKATAN ORFF DALAM BILIK DARJAH

Page 17: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

1. Sebutan Berirama

• Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik.

• Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.

• Menurut Orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

Page 18: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

• Menurut Orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.

• Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama.

• Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya.

• Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

2. Alat Perkusi Badan

Page 19: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

• Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff.

• Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian.

• Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone.

• Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang

berbeza.

3. Alat Perkusi Orff

Page 20: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

• Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable).

• Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima.

• Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut.

• Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah.

• Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain.

Page 21: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

4. Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato Mengiringi Nyanyian

• Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan.

• Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni.

• Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.

Page 22: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

5. Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi

• Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi.

• Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan.

• Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka.

• Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.

MENU UTAMA

Page 23: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

Kelebihan Pendekatan Orff

• Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti-aktiviti muzikal.

• Penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka.

• Pembelajaran secara penemuan dan sampingan.

• Aktiviti muzik mudah dan mengikut kemampuan kanak-kanak.

• Kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-aspek formal dalam muzik.

Page 24: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

• Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas psikomotor daripada gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas.

• Alat muzik yang direka tidak memerlukan tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi.

• Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada sukar.- (akt. Berperingkat dan berturutan.)

• Guru- pemudah cara.

• Penilaian dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri.

• Pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan jasmani.

• Mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian, gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.

Page 25: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

Kelemahan Pendekatan Orff

• Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja.

• Pendekatan lebih tertumpu kepada kebudayaan tempatan sahaja.

• Fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen.

• Penggunaan kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.

MENU UTAMA

Page 26: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai bakal pendidik muzik, kita harus

bersikap kreatif dalam hal-hal perkaedahan dengan

berpandukan pendekatan Orff agar dapat membantu murid-

murid mempelajari muzik dengan lebih mudah, menyeronokkan

dan memberi pengalaman seperti dalam nyanyian, bermain alat

muzik dan sebagainya secara langsung.

Page 27: ISL 1 - Pendekatan Muzik Carl Orff

Sekian, Terima Kasih