carl rogers

27
132 OUM UNIT 3 BAB 6 TEORI KAUNSELING KAUNSELING PEMUSATAN INSAN BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN PENGENALAN Bab ini akan memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang dipelopori oleh Carl Rogers. Kaunseling pemusatan insan adalah satu pendekatan untuk membantu individu atau kumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlaku sekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra dan empati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunseling pemusatan insan. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualise). Dengan itu, setiap manusia akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Anda akan mendapati teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen, penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul. OBJEKTIF Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. mengenali sejarah hidup Carl Rogers dan teori personalitinya; 2. mengenalpasti proses kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling pemusatan insan; 3. mengenalpasti beberapa strategi untuk membantu klien; dan 4. memahami konsep-konsep penting yang terdapat dalam teori kaunseling pemusatan insan. 6.1 PENGENALAN UMUM Sejarah Hidup Carl Rogers, pelopor kepada Teori Pemusatan Insan, dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, di Oak Park, Illinois, dan meninggal dunia pada 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi, Rogers mula belajar di University of Wisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun, Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.

Upload: yeo1987

Post on 20-Jun-2015

3.018 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Carl Rogers

132 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

BAB 6 KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

PENGENALAN

Bab ini akan memperkenalkan Teori Pemusatan Insan yang dipelopori oleh Carl Rogers.

Kaunseling pemusatan insan adalah satu pendekatan untuk membantu individu atau

kumpulan berasaskan kepada falsafah bahawa pertumbuhan psikologikal akan berlaku

sekiranya individu atau kumpulan itu mendapat layanan yang dirasakan jujur, mesra dan

empati. Menaruh sepenuh kepercayaan kepada kaunselor adalah asas bagi kaunseling

pemusatan insan. Rogers percaya bahawa setiap manusia mempunyai kecenderungan ingin

memenuhi potensi yang ada pada dirinya sendiri (to self-actualise). Dengan itu, setiap manusia

akan bertindak dan bergerak maju ke hadapan untuk memenuhi kecenderungan ini. Anda

akan mendapati teori ini lebih bermakna sekiranya konsep-konsep penting seperti kongruen,

penerimaan positif tanpa syarat, empati, fenomenologi dan lain-lain, difahami dengan betul.

OBJEKTIF

Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. mengenali sejarah hidup Carl Rogers dan teori personalitinya;

2. mengenalpasti proses kaunseling mengikut pendekatan teori kaunseling pemusatan

insan;

3. mengenalpasti beberapa strategi untuk membantu klien; dan

4. memahami konsep-konsep penting yang terdapat dalam teori kaunseling pemusatan

insan.

6.1 PENGENALAN UMUM

Sejarah Hidup

Carl Rogers, pelopor kepada Teori Pemusatan Insan, dilahirkan pada 8hb. Januari 1902, di

Oak Park, Illinois, dan meninggal dunia pada 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat

berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi, Rogers mula belajar di University ofWisconsin dalam bidang pertanian, tetapi dua tahun kemudian dia menukar pengajiannya

kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau

bagaimanapun, Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa

doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.

yeo
Text Box
http://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/20080707120736Bab6.pdf
Page 2: Carl Rogers

OUM 133

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.1: Carl Rogers (1902-1987)

Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan seterusnya beliau

melanjutkan pelajaran ke Teachers’ College, Columbia University dan mendapat Ph.D pada

tahun 1928. Semasa di Columbia lagi, Rogers sudah cuba mengharmonikan idea-idea yang

bertentangan seperti fahaman wawasan Freudian dengan kaedah statistik saintifik, dan

seterusnya fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati (intuition) dengan

objektif dan klinikal dengan statistik.

Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Departmentof the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York, Profesor

Psikologi Klinikal di Ohio State University (1940-1943), Profesor Psikologi dan Pengarah

Kaunseling di University of Chicago (1945-1957), Profesor Psikologi dan Psikiatri di Univer-sity of Wisconsin (1957-1963), Pengarah di Western Behavioral Sciences Institute (1963-

1968), dan Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 - 1987).

6.1.1 Teori Personaliti (Pandangan Terhadap Manusia)

Asas kejadian manusia bersifat positif. Arah pergerakan manusia lebih kepada kesempurnaan

kendiri (self-actualisation), kemantapan dan bersosialisasi.

Rogers tidak begitu bersetuju dengan pandangan ini, terutamanya, agama Kristian yang

menganggap manusia umumnya cenderung membuat dosa. Begitu juga dengan Freud yang

mengatakan manusia tidak rasional, tidak sosial, ganas dan suka merosakkan diri sendiri

dan orang lain. Menurut Rogers, sememangnya manusia ada berkelakuan demikian, tetapi

pada masa itu, dia berkeadaan neurotik, dan berfungsi tidak sepenuhnya seperti manusia

yang sebenar. Manusia bebas untuk mengalami dan memenuhi keperluan asas manusia

apabila dia berupaya untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Sebenarnya, makhluk manusia

adalah positif dan bersosial, boleh dipercayai dan konstruktif.

Misalnya, tingkah laku manusia ada persamaan dengan tingkah laku seekor singa. Menurut

Rogers, seekor singa merupakan binatang konstruktif dan boleh dipercayai dalam golongan

makhluk singa. Walaupun singa biasanya digambarkan sebagai binatang buas tetapi makhluk

ini mempunyai kualiti yang baik. Dia membunuh hanya apabila dia lapar, bukan membunuh

dengan sewenang-wenangnya.

Page 3: Carl Rogers

134 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.2: Sekumpulan singa berehat di bawah pokok yang redup di tengah padang rumput

Seekor singa membesar daripada anak yang begitu bergantung kepada kebebasan; dan ia

bertukar daripada menjadi makhluk yang pentingkan diri sendiri kepada makhluk yang

sentiasa bekerjasama dan menjaga kepentingan kumpulan. Jadi, apa yang jelas di sini ialah

pandangan Rogers terhadap manusia adalah begitu positif, sama seperti pandangan

Maslow dan Goldstein yang menekankan bahawa organisme bergerak ke depan untuk

mencapai potensi diri sendiri. Tidak ada penggerak yang distruktif dalam diri manusia,

kesemuanya bergerak ke tahap personaliti yang sihat, self-actualising dan self-real-ising.

6.2 KONSEP UTAMA

Mari kita meneliti konsep-konsep utama yang dipelopori oleh Carl Rogers.

6.2.1 Fenomenologi

Satu konsep yang dipertahankan oleh Rogers ialah pandangan fenomenologinya. Menurut

Rogers:

“Seseorang individu menpersepsikan dunia ini mengikut pandangan uniknya yang tersendiri,dan persepsi-persepsi ini menjadi latar fenomenanya. Seseorang individu bertindak balaskepada persekitaran sebagaimana yang dilihatnya, dan persekitaran ini mungkin tidakmenyerupai definisi persekitaran seperti yang digunakan oleh ahli pengkaji lain.”

Rajah 6.3: Bagaimana seseorang itu melihat dunia ini dari kacamatanya

Page 4: Carl Rogers

OUM 135

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Dalam kehidupan seharian, kita berjumpa dengan manusia yang

mempunyai pelbagai personaliti dan prinsip kehidupan. Pernahkah anda

terfikir bagaimana mereka membentuk prinsip kehidupan mereka sendiri,

terutamanya bagaimana mereka melihat dunia sekeliling mereka? Adakah

pengalaman yang dialami oleh seseorang individu mempengaruhi cara

mereka melihat persekitaran dan kehidupan mereka?

Latar fenomena seseorang individu termasuk persepsi sedar dan tidak sedar, sama ada

digambarkan (symbolised) atau pun tidak digambarkan (unsymbolised). Penentu pentingnya

tingkah laku, terutama sekali bagi orang yang sihat, ialah tingkah laku digambarkan (sedar)

dan/atau berkeupayaan digambarkan. Walaupun dunia fenomena merupakan alam

persendirian, ia boleh dipersepsikan di sini (terutamanya bagi kes-kes klinikal) sebagaimana

yang terjelma kepada individu ini, iaitu melihat tingkah lakunya dengan matanya sendiri, dan

bagaimana hipotesis perkara ini memberi makna psikologi kepada dirinya. Semasa kita

menjalani sesi kaunseling, kita akan seolah-olah terlibat sama dengan drama yang dialami

oleh klien dan rnemasuki alam fenomena klien.

6.2.2 Konsep Mengetahui

Terdapat tiga cara mengetahui, iaitu:

• subjektif;

• objektif; dan

• interpersonal.

Pengetahuan subjektif merujuk kepada pengetahuan yang kita dapati dari rujukan

dalaman sendiri.

Pengetahuan objektif melibatkan pengetahuan yang kita ketahui dan telah disahkan

oleh pemerhatian orang lain.

Interpersonal ialah pengetahuan yang didapati dari dunia orang lain melalui sikap

empati.

Di dalam pengetahuan secara fenomena, kita menggunakan kemahiran empatik untuk

memahami latar fenomena seseorang - pengetahuan fenomenologi. Semua jenis

pengetahuan ini perlu digunakan dalam terapi dan kajian.

Dari segi pembentukan teori, Rogers memulakan dengan pemerhatian yang senang dan

kemudian mengembangkannya supaya menjadi sempuna. Permulaan permerhatian Rogersbiasanya bermula di dalam kliniknya, kerana di sini terdapat bahan-bahan fenomena yang

boleh diperhatikan dan kemudiannya dijalinkan untuk menjadi satu gambaran keseluruhan.

Oleh itu, kita dapati bagaimana hipotesis yang dikemukakan oleh Rogers adalah jelas

(explicit), dan di antara satu sama lain juga diterangkan dengan jelas dan teratur.

Page 5: Carl Rogers

136 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

6.2.3 Struktur Personaliti

Terdapat dua konstruk utama yang penting untuk memahami teori personaliti Rogers, iaitu

Organisme dan Kendiri.

(a) Organisme

Jika dilihat dari sudut psikologi, organisme merupakan pusat segala pengalaman.

Pengalaman melibatkan segala yang dialami oleh organisme dalam kesedaran bagi sesuatu

masa. Pengalaman menyeluruh ini merupakan latar fenomena, iaitu rangka rujuk yang hanya

diketahui oleh individu itu sahaja. Bagaimana seseorang bertingkah laku bergantung kepada

latar fenomenanya (realiti subjektif) dan bukan kerana keadaan rangsangan (realiti luaran).

Latar fenomena tidak sama dengan latar kesedaran. Kesedaran perlu melibatkan penjelmaan

(gambaran) sesetengah pengalaman. Latar fenomena kehidupan melibatkan kesedaran

(symbolised) dan tidak sedar (unsymbolised).

Seseorang biasanya akan memastikan pengalaman yang dijelmakan dengan keadaan dunia

sekitaran. Dengan pengesahan terhadap dunia membolehkan dia hidup dengan realistik.

Walau bagaimanapun, ada juga persepsi yang tidak diinginkan atau dicuba dengan tidak

lengkap, dan pengalaman yang tidak diuji ini boleh membuatkan dia bertingkah laku yang

tidak realistik atau merosakkan dirinya sendiri. Jadi persoalannya,”bilakah masanya kitadapat menentukan yang mana merupakan wakil persepsi yang betul dan yang mana pulayang tidak realistik?”

Rogers menghuraikan dengan menyatakan:

“Apa yang dialami atau difikirkan oleh seseorang sebenarnya bukanlah realiti bagi seseorangitu, ia merupakan satu hipotesis sementara terhadap realiti, satu hipotesis yang mungkinbenar atau salah. Seseorang tidak akan membuat satu penilaian kecuali selepas dia membuatpercubaan. Apakah dia percubaan ini? la melibatkan pengesahan tentang kebenaran pusatsegala maklumat yang didapati, dengan hipotesis yang dibentuk oleh organisme berlandas-kan kepada makluman sebelumnya. Seperti kita menguji garam, dengan merasanya.”

(b) Kendiri

Kendiri merupakan sebahagian dari latar fenomena yang perlahan-lahan menjadi terpisah.

la ialah satu konsepsi keseluruhan persepsi yang tersusun dan konsisten yang

mewakili ciri-ciri “aku” dan persepsi terhadap perhubungan di antara “aku” dengan

orang lain, dan pelbagai lagi aspek kehidupan, bersama dengan nilai-nilai yang

tersemat dengan persepsi ini. Ia merupakan satu keseluruhan yang terdapat di dalam

kesedaran, satu gestalt yang berubah-ubah tetapi spesifik dalam satu jangka masa tertentu.

Page 6: Carl Rogers

OUM 137

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.4: Seorang model yang bergaya di muka depan majalah

Seseorang individu mempersepsikan sesuatu objek dan pengalaman bertingkah laku yang

nampaknya berkait dengan dirinya sebagai satu objek. Dia memberi makna kepada objek-

objek ini. Keseluruhan/kesemua sistem persepsi dan makna menjadikan latar fenomena

dikenali sebagai Kendiri.

Konsep kendiri yang berkaitan ialah kendiri idaman (ideal self). Kendiri idaman atau ung-

gul merupakan konsep kendiri yang diingini oleh seseorang. la melibatkan persepsi

dan makna yang mempunyai perkaitan dengan kendiri yang dihargai oleh individu, orang

yang signifikan dan masyarakat.

Ada beberapa butiran yang menarik berkenaan dengan konsep kendiri yang dihuraikan oleh

Rogers, iaitu:

• pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi

terhadap persepsi;

• pendiri mengandungi sifat gabungan (configurational), - mewakili satu yang terurus

dan konsisten secara keseluruhan. Walaupun kendiri dikatakan berubah-ubah, dia

mempunyai pola, sepadu dan tersusun. Dia bukan terjadi dari ribuan rangsangan

stabil yang bertindak bebas/berlainan, tetapi merupakan satu pola tetap keseluruhan

yang berubah dengan pertambahan baru tetapi masih mengekalkan kualiti yang

sama;

• kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa-apa. Seseorang individu tidak

mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai

satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri; dan

• gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pula timbul dalam

kesedaran. Jika takrif kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar

mengoperasionaliskan kendiri untuk dibuat kajian.

Dalam ribuan sesi kaunseling yang dijalankan oleh Rogers, begitu banyak kenyataan yang

merujuk kepada kendiri seperti kendiri sebenar dan kendiri idaman. Pengalaman ini

membuatkan Rogers begitu pasti dengan konsep kendiri pengalaman yang dialami manusia

dan matlamat manusia ialah untuk menjadi kendiri-sebenar (real-self).

Page 7: Carl Rogers

138 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

6.2.4 Proses Perkembangan Personaliti

Rogers menumpukan pandangan terhadap personaliti yang menekankan dari

keseluruhan kepada perubahan. Manusia bergerak ke hadapan, dengan itu mempunyai

pola kesempurnaan. Berlainan dengan Freud, yang menganggap personaliti tekal dan sta-

bil, dan tenaga dapat disalurkan. Tidak ada penggerak dalam diri manusia tetapi lebih kepada

kecenderungan terhadap penyempurnaan-kendiri.

“The organism has one basic tendency and striving to actualize, - maintain, andenhance its experiencing organism.”

Beliau tidak mempercayai manusia mempunyai banyak motif. Konsep penyempurnaan

melibatkan:

• kecenderungan organisme untuk bergerak dari struktur yang senang kepada yang

berbeza-beza;

• bergerak dari kebergantungan kepada kebebasan;

• dari kekekalan dan tegas kepada perubahan dan kebebasan;

• melibatkan organisme terhadap pengenderuan – keperluan atau ketegangan;

• tumpuan mereka lebih kepada keseronokan atau kepuasan yang didapati dari aktiviti

yang meningkatkan pertumbuhan organisme;

• aktiviti yang kreatif dilakukan oleh organisme; dan

• organisme berfungsi untuk mengekalkan konsistensi di antara persepsi-kendiri dengan

kekongruenan dan persepsinya dengan pengalamannya.

“Kebanyakan cara kita bertingkah laku yang sudah disesuaikan oleh organisme adalahyang konsisten dengan konsep kendiri.”

Organisme tidak bergerak untuk mencari keseronokan atau mengelak dari kesakitan

tetapi semata-mata untuk mengekalkan organisasinya (strukturnya). Oleh itu, individu

hanya benar kepada dirinya sahaja. Seseorang akan bertingkah laku dengan cara yang

konsisten dengan mengekal konsep-kendirinya, walaupun tingkah laku ini tidak memberi

apa-apa ganjaran kepadanya. Misalnya, seseorang yang mengatakan dirinya pemalas, akan

sedaya upaya cuba tidak datang ke kuliah, walaupun dengan berbuat demikian dia ketinggalan

dalam banyak hal!

Ekoran dari kenyataan tersebut, timbul pula satu persoalan iaitu:

“Bilakah masanya seseorang itu mengalami ketidakkonsistenan dalam dirinya.Bagaimana pula mengekalkan konsistensi dalam keadaan demikian?”

Untuk menjelaskan perkara ini, Rogers menyatakan:

“Seseorang berada dalam keadaan tidak kongruen apabila dia mengalamipercanggahan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan pengalamannya yangsebenar. Misalnya, jika seseorang beranggapan dirinya seorang yang tidak sukamembenci, tetapi sekarang mengalami kebencian, dia berada dalam keadaan yangtidak kongruen.»

Ketidakkongruenan merupakan satu keadaan ketegangan dan kecelaruan dalaman.

Apabila ketidakkongruenan berlaku dan individu itu tidak menyedarinya, dia senang diserang

oleh kebimbangan.

Page 8: Carl Rogers

OUM 139

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.5: Seseorang sedang dilanda kebimbangansebab dia akan menghadapi peperiksaan, atau malapetaka

Kebimbangan berlaku kerana ketidakselarasan di antara pengalaman dan persepsi

terhadap kendiri. Dalam banyak keadaan, individu menggambarkan pengalamannya dan

oleh itu timbul dalam kesedaran. Tetapi, individu juga berkeupayaan untuk mengekalkan

pengalaman dengan tidak tergambar (unsymbolised) dan dengan itu tidak sampai kepada

kesedaran.

6.2.5 Proses Subception

Pada fikiran anda, apakah yang dikatakan proses subception?

Individu boleh mengalami sesuatu rangsangan dengan tidak membawa kepada kesedaran.

Misalnya, seseorang individu boleh mempastikan sesuatu pengalaman sebagai mengancam,

berkonflik dengan konsep-kendiri, dan tidak menggambarkan pengalaman itu supaya ia

jadi sedar. Oleh kerana ia bertujuan untuk mengekalkan kongruen di antara kendiri dengan

pengalaman, seseorang individu menidakkan sesuatu pengalaman kepada kesedaran.

Penafian ini menimbulkan kebimbangan, pengalaman yang diketepikan mungkin timbul dalam

kesedaran. Organisme mesti mengekal konsep kendirinya, dan responnya ialah dengan

meningkatkan penggunaan bela-diri, iaitu untuk mempertahankan pengalaman kendiri yang

berkonflik dengan kendiri. Ada dua proses pembelaan diri iaitu, pengherotan (distortion)dan penafian (denial).

6.2.6 Perkembangan Personaliti

Rogers tidak mengkaji perkembangan individu dari kecil hingga dewasa - secara khusus.

Beliau mempercayai bahawa pembentukan personaliti secara umum bagi semua individu.

Perkembangan kanak-kanak bergantung kepada sokongan ibu bapa/persekitaran. Kajian

terhadap kanak-kanak yang tinggi harga kendiri menunjukkan bahawa mereka datang dari

keluarga yang menerima, menunjukkan minat, memberi layanan dan mesra, dan mempunyai

gaya hidup yang permisif, berserta dengan amalan demokrasi bukan mendera.

Page 9: Carl Rogers

140 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Proses perkembangan berlaku secara sejadi (natural) iaitu organisme berkembang,

membeza-bezakan pengalaman, menjadi lebih bebas, meningkatkan keupayaan

bersosialisasi dan terus mencari kesempurnaan pengalaman kendiri. Kendiri akan terpisah

dari ruang fenomena dan akan menjadi berbeza dan kompleks tetapi dalam masa sama

masih mengekalkan keseluruhan. Perkembangan kendiri akan mengambil kira tentang

keperluan penerimaan orang lain yang akan bersaing dengan pengalaman organisme kendiri.

Proses penapisan berlaku jika keperluan orang lain lebih kuat dari pengalaman kendiri.

Secara asasnya, Rogers menyatakan yang penting ialah kanak-kanak boleh berkembang

secara kongruen dan mencari kesempurnaan. Kanak-kanak yang sihat hidup dalam susana

yang bebas bagi dirinya menerima dirinya, diterima oleh ibu bapanya walaupun ada tingkah

laku yang kurang disenangi untuk diterima mereka.

6.2.7 Kecelaruan Psikologi

Seseorang yang sihat boleh menerima kepelbagaian pengalaman yang membentuk kepada

satu keseluruhan (gestalt). Di sini akan berlaku kongruen di antara pengalaman dan kendiri,

iaitu individu ini akan menjadi terbuka kepada pengalaman dan tidak defensive.

Sebaliknya bagi orang neurotik (mengalami kecelaruan), ciri-ciri berikut boleh diperhatikan:

• struktur kendiri tidak lagi sepadanan dengan pengalaman organisme;

• banyak menafikan pengalaman untuk ditimbulkan dalam kesedaran, secara

diherotkan atau dinafikan; dan

• kesannya ialah orang yang tegar, tegas dan defensif mempertahankan kendiri yang

tidak kongruen.

Individu juga menggunakan mekanisme bela-diri seperti istilah Freud (kewajaran, fantasi

dan lain-lain), tetapi yang terpenting bagi huraian pendekatan pemusatan insan ialah

pengherotan dan penafian.

Rogers berpendapat, untuk memulihkan orang yang berkecelaruan, kaunselor perlu

mempunyai sikap-sikap tertentu dan sudah mencukupi untuk membantu perubahan klien.

Ia diistilahkan sebagai “syarat-syarat yang perlu dan mencukupi” (the necessary and sufficientconditions). Sikap ini ialah kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan empati.

Rajah 6.6: Seorang ibu membelai anaknya

Page 10: Carl Rogers

OUM 141

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(a) Kongruen

Konsep kongruen merujuk kepada kendiri seseorang yang menyamai apa yang

dialaminya. Kendiri dan pengalaman mempunyai persamaan. Kaunselor yang ingin

membantu klien haruslah seseorang yang tidak mengalami pengalaman yang tidak konsis-

ten dan berkonflik.

(b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Semua manusia mahukan perhubungan yang bermakna; diterima, disayangi, dihormati dan

dipercayai. Kaunselor, apabila berhubung dengan klien, perlulah menerima klien dengan

hati terbuka, tidak menilai kebaikan dan keburukannya, dan menghargai perhubungan

dengan klien. Penerimaan yang tidak berbelah bahagi ini membolehkan klien berhubung

dengan terbuka dan bercakap dengan bebas.

(c) Empati

Konsep empati merujuk kepada keupayaan kaunselor memahami klien dan membantu

dengan tepat seperti apa yang dialami oleh klien itu sendiri. Kaunselor bagaikan

mengalami apa yang dialami oleh klien, jika tidak secara perasaan mestilah sekurang-

kurangnya secara kognitif. Dengan mempersepsikan dunia dalaman klien dengan tepat

kaunselor akan memahami apa yang dialami oleh klien.

6.3 PROSES KAUNSELING

Semasa Rogers memperkenalkan terapi ini, beliau mendapat sambutan kerana

pendekatannya berbeza dengan apa yang diamalkan semasa itu, iaitu lebih kepada

psikoanalitik atau tingkah laku. Pendekatan pemusatan insan ini memberi tumpuan

kepada perhubungan yang dibina oleh kaunselor dan kliennya. Bagi pihak kaunselor,

beliau perlu mempunyai ciri-ciri tertentu untuk menjadikan perhubungan ini bermakna untuk

klien dan berkesan dalam sesi-sesi kaunseling. Manakala bagi pihak klien pula, dia perlu

mengalami keadaan psikologi tertentu sebelum menjalani sesi kaunseling.

6.3.1 Syarat-syarat Terapi

Menurut Rogers (1957), apa yang perlu dalam membentuk perubahan personaliti manusia

yang dialami dalam kaunseling ialah beberapa ciri utama sikap yang boleh menggerakkan

sesi kaunseling. Rogers menyuarakan pendapatnya bahawa perubahan personaliti yang

berlaku di dalam diri individu dalam kaunseling ialah perubahan luaran dan dalaman ke arah

kesepaduan, berkurangan konflik dalaman, lebih banyak tenaga yang digunakan untuk hidup

yang lebih berkesan dan perubahan tingkah laku yang dianggap menjadi lebih matang.

Berdasarkan kepada pengalaman klinikalnya, Rogers telah menyarankan beberapa syarat

yang perlu untuk memulakan perubahan positif ini, dan syarat-syarat ini apabila digunakan

serentak nampaknya sudah mencukupi untuk memulakan perubahan. Pada awalnya, Rogers

Kadang-kadang, kaunselor juga boleh terbawa-bawa dalam memikirkan

masalah klien. Apakah cara untuk mengelakkan perkara seumpama ini

berlaku?

Page 11: Carl Rogers

142 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(1957), mengemukakan syarat-syarat ini sebagai satu siri hipotesis yang perlu diuji dan

sehingga 1985, setelah sekian lama di dalam pengujiannya, Rogers (1985) masih

menganggap syarat- syarat ini masih tekal dan boleh digunakan dan dijadikan satu panduan

untuk memahami hubungan kaunselor dengan klien dalam teori pemusatan insan.

Rogers (1957), menyarankan enam syarat penting untuk berlakunya perubahan personaliti

apabila sesi kaunseling dijalankan. Syarat-syarat yang perlu dan harus kekal berterusan

untuk beberapa ketika dalam kaunseling supaya perubahan personaliti berlaku ialah:

• dua insan berada di dalam perhubungan psikologi;

• insan pertama yang kita akan gelarkan sebagai klien berada di dalam keadaan

tidak kongruen mudah terpengaruh atau bimbang;

• insan kedua yang kita gelarkan sebagai kaunselor adalah kongruen dan sepadu di

dalam perhubungan;

• kaunselor menerima klien dengan tidak bersyarat;

• kaunselor itu mengalami kefaharnan empatik terhadap rangka rujukan dalaman

klien dan berusaha untuk mengkomunikasikannya; dan

• usaha kaunselor untuk mengkomunikasikan kepada klien akan kefaharnan empatik

dan penerimaan yang tidak bersyarat tercapai setidak-tidaknya sedikit.

Jika kesemua enam syarat tersebut terdapat di dalam proses kaunseling dan ia berterusan

untuk beberapa waktu, syarat-syarat lain tidak perlu untuk memulakan perubahan personaliti.

Keenam-enam syarat yang dikemukakan oleh Rogers meliputi tiga konsep utama, iaitu:

• satu corak perhubungan;

• satu keadaan psikologi yang dialami klien;dan

• tiga jenis sikap yang dipegang kaunselor.

Ketiga-tiga konsep utama yang disarankan ini perlu dilihat secara keseluruhan kerana ia

berkaitan di antara satu dengan yang lain.

(a) Satu Perhubungan

Syarat pertama ialah kaunseling itu hendaklah dilakukan sebagai satu perhubungan.

lni bermakna syarat pertama ini berkehendakkan kedua-dua insan ini berhubung, dan kedua

mereka ini mempersepsikan ruang lingkup pengalaman berlainan terhadap satu sama lain.

Rogers menganggap bahawa syarat pertama ini merupakan satu andaian yang perlu untuk

memberi makna kepada syarat-syarat yang lain. Dari satu aspek yang lain, andaian ini

merupakan takrif kepada makna kaunseling seperti yang disarankan oleh pengarang-

pengarang lain seperti Arbuckle (1974), Patterson (1974) dan Corey (1984). Rogers (1957)mengatakan bahawa kaunseling ialah “satu perhubungan yang amat personal dan subjektif,di antara individu dengan individu”. Kesemua mereka mentakrifkan kaunseling sebagai satu

perhubungan.

Page 12: Carl Rogers

OUM 143

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.7: Sesi kaunseling berkumpulan

(b) Keadaan Klien

Klien yang inginkan bantuan dari kaunselor hendaklah berada di dalam keadaan tidak

kongruen, mudah dipengaruhi dan bimbang. Seseorang mengalami keadaan tidak

kongruen apabila pengalaman sebenar organisme tidak seimbang dengan garnbaran

kendirinya. Rogers (1957) memberi contoh bagaimana seorang ibu mengalami kesakitan

setiap kali anak tunggalnya mahu meninggalkan rumah. Keinginan sebenar ialah untuk

anaknya terus tinggal bersamanya kerana ia memberi kepuasan untuk dirinya. Tetapi untuk

mempersepsikan keinginan ini sebagai satu kesedaran, adalah tidak konsisten dengan

pandangannya terhadap dirinya sebagai seorang ibu yang baik. Walau bagaimanapun, menjadi

sakit adalah konsisten dengan konsep kendirinya, dan dengan ini pengalaman tadi (mahukan

anaknya kekal bersama) dijelmakan secara herot sebegini. Apa yang terjadi sekarang ialah

satu keadaan yang tidak kongruen di antara kendiri yang dipersepsikan (ibu sakit yang

mahukan perhatian anak) dan pengalaman sebenar (ibu yang tidak mahu anaknya

meninggalkannya).

Rajah 6.8: Seorang ibu menanyakan arah tujuan anaknya apabila anaknya mahu keluar rumah

Page 13: Carl Rogers

144 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Apabila seorang itu tidak sedar akan pengalaman dirinya yang tidak kongruen, ia akan lebih

terdesak kepada perasaan bimbang dan kecelaruan. Ada pengalaman yang berlaku secara

mendadak yang menyebabkan individu itu tidak boleh membiarkannya. Ada pula keadaan

tidak kongruen yang disedari sedikit-sedikit. Keadaan pertama menyebabkan dia merasa

tercabar manakala yang kedua akan menimbulkan kebimbangan. Kedua-dua keadaan ini

menunjukkan bahawa pengalaman sebenar organisme tidak kongruen dengan konsep kendiri

individu itu, dan keadaan inilah yang didapati apabila proses perhubungan kaunseling akan

bermula.

6.3.2 Tiga Sikap Kaunselor

Sekarang, mari kita melihat kepada tiga sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor.

(a) Kongruen

Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen, keikhlasan

ataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor

sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar

secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar ataupun tidak untuk

menggambarkan dirinya. Perlu diingatkan juga bahawa adalah mustahil bagi seseorang

kaunselor bersikap sedemikian di dalam semua aspek kehidupannya. Oleh yang demikian,

ia mencukupi sekadar kaunselor bersikap sebegini semasa dalam proses perhubungannya

dengan klien.

Rajah 6.9: Kaunselor sedang memberi input pada klien-kliennya di dalam satu bilik kecil

Pernahkah anda terdengar bagaimana seorang wanita yang baru

melahirkan anak, boleh bertukar menjadi ”gila meroyan”? Apakah faktor-

faktor yang menyebabkan wanita itu bertukar sikap?

Page 14: Carl Rogers

OUM 145

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

(b) Penerimaan Positif Tanpa Syarat

Apabila kaunselor mendapati dia mengalami satu perasaan kemesraan menerima setiap

aspek pengalaman klien sebagai sebahagian kehidupan klien, ini dikatakan bahawa

dia sedang mengalami penerimaan positif tanpa syarat. Penerimaan ini menunjukkan

tidak ada penilaian positif atau negatif dilakukan. Ianya melibatkan penerimaan semua

pengalaman klien sama ada yang berbentuk negatif seperti “jahat”, sedih, takut, mengalah

dan pengalaman ganjil atau pun yang berbentuk positif seperti “baik”, positif, matang, yakin

dan perasaan bersosial. Kesemua perasaan ini, termasuk juga sama ada diri klien itu

konsisten atau tidak, diterima sepenuhnya dengan mesra dan bukan secara menguasai

atau pun kerana memenuhi keperluan kaunselor. Ini bermakna klien itu diterima sebagai

seorang insan yang tersendiri dengan kebenaran untuknya menerima perasaan dan

pengalamannya sepenuh hati.

(c) Empati

Syarat ketiga ialah supaya kaunselor mengalami satu kefahaman yang tepat dan

empatik akan keadaan klien terhadap pengalamannya. Di sini, kaunselor cuba mengalami

dunia klien seperti dunianya sendiri tetapi dengan tidak melupakan perkataan «macamlah»

(as if). Kaunselor akan cuba mengalami perasaan klien seperti marah, takut atau serba

salah, sebagaimana dia yang mempunyainya walaupun dirinya sendiri tidak pernah mengalami

marah, takut atau serba salah. Apabila kaunselor begitu jelas dengan klien dan dia pula

bebas bergerak di dalam dunianya, kaunselor bolehlah mengkomunikasikan kefahaman

terhadap apa yang sudah jelas ternampak oleh klien, dan juga menyuarakan makna terhadap

pengalaman klien yang tidak begitu sedar. Kaunselor perlu bersikap empatik supaya:

• dia dapat memahami perasaan klien;

• tidak sangsi apa yang dimaksudkan oleh klien;

• kata-kata kaunselor sesuai dengan perasaan dan isi percakapan klien; dan

• nada suara kaunselor menunjukkan dia begitu berupaya untuk berkongsi akan

pengalaman klien.

6.3.3 Perkembangan Personaliti

Untuk memahami ketiga-tiga sikap yang disarankan oleh Rogers dengan kesesuaian

penggunaannya, ia perlu dilihat bersama dengan konsep personaliti yang disarankan oleh

Rogers. Kesediaan kaunselor untuk memulakan perhubungan kaunseling dengan klien

memerlukan satu pandangan yang jelas apakah bentuk personaliti manusia yang sedang

berhadapan dengannya ini. Teori personaliti yang dimajukan oleh Rogers berkembang dari

pengalamannya membuat sesi-sesi kaunseling dengan individu dan kelompok semenjak

bermulanya dia berkhidmat dengan kanak-kanak di klinik bimbingan kanak-kanak hinggalah

penglibatannya dengan kelompok «encounter».

“From these hours and from my relationships with these people, I have drawn most of whateverinsight I posess into the meaning of therapy, the dynamics of interpersonal relationships,and the structure and functioning of personality”.

Rogers (1957)

Page 15: Carl Rogers

146 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Prinsip utama yang dapat dikonsepsikan oleh Rogers dari pengalaman teraputiknya ialah

apabila klien mempersepsikan iaitu kaunselor menerimanya dengan sepenuh hati, tanpa

apa-apa syarat, dan memahaminya secara empatik akan rujukan dalaman dirinya, satu

proses perubahan akan bermula. Semasa proses ini berlaku, klien akan menjadi bertambah

sedar akan perasaan dan pengalaman sebenarnya dan konsep kendirinya akan menjadi

lebih kongruen dengan pengalaman keseluruhan organismenya. Apabila individu ini

mencapai kongruen sepenuhnya, dia dikatakan sebagai seorang yang berfungsi

sepenuhnya. Perubahan yang berlaku ini disebabkan oleh organisme diri seseorang, apabila

mendapat kebebasan akan berkecenderungan bergerak kehadapan mencapai

kesempumaan.

Teori personaliti Rogers bersandarkan kepada fahaman fenomenologi dan menggunakan

konsep kendiri untuk penerangan perkembangan individu.

“It pictures the end-point of personality development as being a basic congruence betweenthe phenomenal field of experience and the conceptual structure of the self - a situationwhich, if achieved, would represent freedom from internal strain and anxiety, and freedomfrom potential strain; which would represent the maximum in realistically oriented adaption;which would mean the establishment of an individualised value system having considerableidentity with the value system of any other equally well-adjusted member of the humanrace”.

Rogers (1951)

Organisme mempunyai satu kecenderungan dan tujuan asas, iaitu untuk kesempurnaan,

mengekal dan mengembangkan pengalamannya. lni bermakna organisme ini mempunyai

satu tenaga penggerak yang mempunyai satu tujuan kehidupan. Kecenderungan untuk

bergerak kehadapan inilah merupakan pegangan kepada kaunselor untuk perubahan

personaliti dalam diri klien. Mengikut Rogers, perkembangan diri ini hanya boleh beroperasi

apabila pilihan-pilihan tertentu dapat dipersepsi dengan jelas dan dapat digambarkan dengan

sepenuhnya oleh klien. Dengan perkataan lain, seseorang itu tidak dapat menyempurnakan

dirinya kecuali dia dapat membezakan di antara cara bertingkah laku yang progresif dan

regresif.

6.3.4 Proses Terapi

Sungguhpun individu mempunyai kecenderungan bergerak ke hadapan, dia juga terdedah

kepada pengaruh persekitaran, terutamanya persekitaran sosial. Jika penilaian terhadap

seseorang kanak-kanak semasa dia membesar, berbentuk positif (penerimaan positif tanpa

syarat), perkembangan kendirinya tidak akan bercanggah dengan kecenderungan organisme

bergerak kedepan.

Page 16: Carl Rogers

OUM 147

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rajah 6.10: Kanak-kanak sedang membesar dari umur 1 tahun ke 3 tahun

lni bermakna harga dirinya tidak tercabar dan sealiran dengan perkembangan organisme,

dan seterusnya akan menyebabkan perkembangan dan penyesuaian diri untuk kehidupan

yang berkesan.

Malangnya, semasa seseorang itu membesar, tidak semua penilaian yang diterima itu adalah

dalam bentuk positif, atau yang berbentuk negatif. Penilaian ini akan membentuk konsep

kendiri seseorang. Jika penilaian oleh orang yang penting dalam sekitaran dirinya itu

mendorong perkembangan dirinya, ia akan membentuk konsep kendiri yang positif.

Walaubagaimanapun, sekiranya penilaian itu sentiasa bercanggah dengan penilaian dirinya

sendiri, dan tambahan pula kuasa penilaian orang yang penting di sekitarnya lebih

«mempengaruhi» dirinya, konsep kendirinya akan berkembang secara herot dan dia akan

sentiasa mengalami keadaan yang selalu terancam. Oleh kerana dia perlu mengekalkan

kesepaduan konsep dirinya maka pengalaman yang terancam ini akan dipendamkan atau

pun diherotkan maknanya. lni bermakna pengalaman-pengalaman yang sealiran dengan

harga diri akan dipersepsikan dan digambarkan dalam kesedaran dengan tepat, tetapi

pengalaman yang bercanggah dengan harga diri akan dipersepsikan dengan herot atau

pun tidak dibenarkan meresapi sampai ke peringkat sedar.

Kehadiran pengalaman yang telah diuruskan ke dalam struktur kendiri dengan betul

mengakibatkan timbulnya ketidakkongruenan di antara diri dengan pengalaman.

Ketidakkongruenan di antara diri dengan pengalaman akan membentuk tingkah laku yang

tidak kongruen juga. lni bermakna ada sesetengah tingkah laku yang konsisten dengan

konsep kendiri dan dijelmakan dengan tepat dalam kesedaran, manakala sebahagian lagi

tingkah laku menggambarkan pengalaman-pengalaman organisme yang belum diterapkan

ke dalam struktur kendiri; dengan itu belum lagi dicamkan ataupun telah pun diherotkan

untuk disesuaikan dengan kendiri.

Sesuatu pengalaman yang tidak kongruen dengan struktur kendiri akan digambarkan sebagai

mengancam. Jika pengalaman ini digambarkan dengan tepat dalam kesedaran, ia akan

membuat diri menjadi tidak konsisten, dan satu keadaan kebimbangan akan timbul. Tetapi,

proses bela-diri menghalang perkara ini berlaku. la akan cuba mengekalkan persepsi

pengalaman itu supaya menjadi konsisten dengan struktur kendiri dan harga diri. Walau

bagaimanapun, pembelaan diri ini akan mengakibatkan persepsi yang tidak tepat dan tegar

atau menjadikan niatnya tidak betul.

Page 17: Carl Rogers

148 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Di dalam keadaan yang mana ketidakkongruenan diri dengan pengalaman menjadi besar,

proses pembelaan diri tidak akan berupaya untuk bergerak dengan berjaya dan ia akan

menimbulkan kebimbangan dan menyebabkan kecelaruan.

Untuk menjadikan diri ini kongruen kembali, syarat-syarat tertentu yang dikenakan untuk

penerimaan perlu dikurangkan, manakala keadaan kemesraan yang tidak bersyarat perlu

diadakan. Manakala mengkomunikasikan keadaan yang tidak bersyarat ini ianya perlu

dilakukan dalam suasana kemesraan yang penuh dengan empati. Apabila penerimaan

sepenuhnya ini dipersepsikan oleh individu itu, ia akan mengurangkan rasa bimbang.

Rajah 6.11: Seseorang sedang mengalami proses hipnosis

Bagi membentuk individu sebegini, suasana yang tidak mengancarn perlu diwujudkan semasa

perhubungan sesi mula dijalankan. Dalam keadaan kemesraan sebegini kaunselor akan

mendorong klien untuk menerokai pengalamannya yang tidak disedari diherotkan dan

membawanya keluar di peringkat kesedaran. Proses perhubungan yang teraputik akan

menggalakkan klien secara perlahan-lahan menerima perasaan-perasaan yang mengancarn

ini untuk diasilimasikan kepada struktur konsep kendirinya. Pemahaman dan penerimaan

penilaian yang mengancam ini akan menjadi permulaan untuk membentuk satu struktur diri

yang lebih fleksibel dan menerima secara berpanjangan.

6.4 STRATEGI MEMBANTU KLIEN

Bagi kaunseling pemusatan insan, perhubungan merupakan inti pati; ia berada di peringkat

permulaan, dalam proses perkembangan dan di akhir kaunseling. Tidak ada strategi atau

teknik tertentu yang disarankan oleh pendekatan pemusatan insan seperti teori-teori lain.

Penekanan utama ialah berbalik kepada perhubungan dan syarat-syarat yang akan dilalui

oleh kaunselor dan klien.

6.4.1 Perhubungan Kaunseling

Kaunseling boleh disifatkan sebagai satu proses perhubungan antara seorang individu dengan

seorang atau lebih individu lain. Perhubungan ini adalah berbeza dari seorang individu dengan

individu lain. Bagi seseorang kaunselor, dia harus patuh kepada beberapa prinsip atau

garis panduan yang dipersetujui dalam profesionnya apabila berada dalam

perhubungan sedemikian.

Page 18: Carl Rogers

OUM 149

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Pertamanya, dia haruslah berminat dengan berterus terang, dan jujur dengan setiap klien.

Carl Rogers, pernah berkata bahawa seorang klien mestilah merasa dirinya diterima oleh

kaunselor. Minat demikian boleh disampaikan kepada klien dalam banyak cara; menepati

masa pertemuan, menjadi sensitif terhadap apa yang dikemukakan oleh klien dengan gerak

geri dan air muka, dan gerak balas pertuturan terhadap apa yang dicakapkan oleh klien.

Minat demikian hendaklah tidak dibuat-buat atau secara berpura-pura.

Keduanya, klien mestilah mempunyai kepercayaan terhadap kaunselor, dan merasa selamat

berada dengannya. Dalam konteks ini, kerahsiaan adalah penting. Jika seorang klien itu

ingin menenangkan helah bela dirinya (defences) dan melepaskan segala kelemahan dan

kekuatannya, dia ingin mempastikan bahawa segala kelemahan-kelemahan ini tidak

digunakan untuk membinasakannya nanti, setelah dia meluahkannya. Di samping kerahsiaan,

kepercayaan (trust) dan penghormatan terhadap kebolehan kaunselor, klien perlu juga

menyukainya sebagai seorang individu, dan bersikap positif terhadap keilmuan yang dimiliki

oleh seorang kaunselor itu. Sememangnya tidak ada sesuatu teknik yang mudah untuk

mempastikan rasa kepercayaan terhadap kaunselor. Ini merupakan satu proses yang

memakan masa dan perlulah kaunselor itu secara berterusan menunjukkannya dengan

perbuatan, tutur bahasa, dan sikap yang benar-benar ingin membantu klien.

Rajah 6.12: Kaunselor sedang meneliti dokumen di dalam pejabatnya

Ketiganya, perhubungan kaunseling adalah terhad dalam banyak keadaan, dan had-had

ini bertujuan untuk perkembangan. Misalnya, temu ramah kaunseling dijalankan dalam masa-

masa tertentu, secara temujanji, dan biasanya mengikut had masa tertentu. Ada juga had-

had tentang perkhidmatan yang ingin atau boleh diberikan oleh kaunselor. Ia tidak melakukan

sesuatu untuk klien, misalnya seperti seorang pekerja kebajikan melawat ke rumah. Juga

ada had tentang rapatnya hubungan dengan klien. Kaunselor tidak mengemukakan

pendapatnya dalam kaunseling seperti dalam perbualan seharian. Walaupun dia akan

bertemu kliennya dalam kegiatan-kegiatan sosial, ia akan mengelak dari hubungan

persahabatan dengan mereka. Dia juga akan mengelak dari memainkan peranan orang-

orang lain yang penting bagi klien itu - emak, bapa, kekasih dan sebagainya. Yang penting

ialah bahawa batasan-batasan demikian itu bertujuan untuk menunjukkan bahawa

tanggungjawabnya terletak pada klien. Apa yang perlu dibuat, klien itu hendaklah

melakukannya sendiri. Ia tidak seharusnya bergantung kepada orang lain untuk membuat

sesuatu keputusan baginya atau melindunginya daripada akibat sesuatu tindakannya sendiri.

Page 19: Carl Rogers

150 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Oleh kerana proses kaunseling merupakan satu perhubungan, kita dapati Rogers tidak

mengutamakan teknik-teknik tertentu dalam membantu klien dan juga tidak ada tahap-tahap

tertentu yang akan dilalui oleh klien. Walaupun demikian, dari pemerhatian dan analisis

sesi-sesi kaunseling yang dilakukan Rogers, terdapat beberapa kemahiran tertentu yang

banyak digunakan oleh beliau. Walaupun kemahiran bukan sebenarnya teknik tetapi ia

boleh digunakan dalam proses membina perhubungan kaunseling yang merupakan tumpuan

utama kaunseling pemusatan insan. Secara umumnya, kemahiran-kemahiran ini

diperjelaskan oleh Ivey (1998). Walaupun tidak kesemuanya digunakan oleh Rogers tetapi

boleh dijadikan sebagai panduan.

6.4.2 Kemahiran-kemahiran Kaunseling

Kemahiran-kemahiran asas kaunseling spesifik yang digunakan dalam proses membuat

kaunseling ialah:

• soalan (terbuka dan tertutup);

• dorongan minima;

• parafrasa;

• rumusan;

• refleksi perasaan;

• konfron/mencabar;

• fokus; dan

• refleksi/mentafsir makna.

(a) Soalan

Jika soalan terbuka digunakan, kaunselor dapat menjangkakan bahawa klien akan dapat

memberi respon yang lebih bebas. Sebaliknya, soalan tertutup akan membuat klien bercakap

pendek dan tepat terhadap maklumat yang dikehendaki. Soalan boleh membantu klien

bercakap atau terus bercakap atau tidak bercakap. Soalan yang bersesuaian boleh

mendalami dunia klien. Ia juga boleh membantu kaunselor mengenalpasti masalah

yang dihadapi klien dengan lebih tepat. Ia juga boleh mengarah perbincangan,

mengembang atau menutup perbincangan.Soalan boleh berbentuk terbuka atau tertutup

dan memulakannya dengan apa, bagaimana, dan kenapa.

(b) Dorongan Minima

Klien ingin mengetahui sama ada dia difahami atau tidak apabila dia menceritakan

masalahnya, pandangan atau pendapatnya. Dia mahu dirinya dan dunianya difahami oleh

kaunselor. Dorongan adalah seperti anggukan, hem…hem…,teruskan, ya… ya…,saya faham

atau perkataan lain yang ringkas dan tepat. Semua respon yang ringkas ini memberitahu

klien bahawa kaunselor sedang mengikuti cerita yang disampaikan oleh klien dan

ada bersama-sama dengan klien. Respon ini perlu diberikan bersesuaian dengan rentak

cerita klien.

(c) Parafrasa

Selain daripada mengikuti jalan cerita klien, kaunselor juga perlu memberi tahu klien yang

dia memahami cerita klien. Satu cara ialah dengan memparafrasa apa yang diceritakan

Page 20: Carl Rogers

OUM 151

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

oleh klien dengan ringkas. Apabila klien mendengar ringkasan yang direspon kembali oleh

kaunselor, beliau akan menyedari bahawa kaunselor betul-betul faham apa yang diceritakan

oleh beliau. Parafrasa juga membantu kaunselor mempastikan apa yang diceritakan

oleh klien itulah yang difahaminya. Parafrasa bukan mengulang kembali semua apa yang

diceritakan tetapi ringkasan inti yang tepat.

(d) Rumusan

Hampir sama dengan parafrasa tetapi merangkumi lebih banyak maklumat dan

berkehendakkan pendengaran cerita yang lebih lama sebelum membuat respon. Dalam

rumusan, mungkin terdapat beberapa idea atau tema yang dirangkaikan. Adakalanya,

rumusan digunakan pada permulaan sesi kaunseling untuk memberithau klien tentang

kandungan sesi yang sebelumnya. Juga, ia digunakan di akhir sesi untuk menggarapkan

cerita yang disampaikan sepanjang sesi kaunseling.

(e) Refleksi Perasaan

Apabila klien bercerita, ia akan melibatkan emosi. Emosi yang terkandung dalam ayat-ayat

pertuturan perlu disedari oleh kaunselor. Dengan membuat refleksi perasaan, kaunselor

memberitahu klien yang dia faham apa yang dirasai atau dialami klien. Apabila klien

menyedari bahawa kaunselor memahami apa yang dirasainya, dia akan meluahkan

lagi perasaannya. Perasaan yang terpendam atau pun yang dahulunya dicerita secara

luaran sahaja akan dihuraikan satu persatu. Perasaan mendalam memudahkan perhubungan

dan penerokaan berlaku dengan cepat. Perlu diingatkan bahawa apabila refleksi perasaan

dibuat, ia perlu tepat, jika tidak kaunselor akan memberi gambaran yang dia tidak memahami

perasaan klien. Kaunselor perlu mempunyai simpanan perkataan-perkataan perasaan yang

bersesuaian dan tepat.

Rajah 6.13: Suasana sedih dan penuh emosiapabila klien meluahkan masalahnya kepada kaunselor

(f) Konfron/mencabar

Walaupun Rogers sendiri tidak banyak mencabar kliennya dalam sesi-sesi kaunseling, tetapi

adakalanya kaunselor pemusatan insan terpaksa mencabar klien untuk mendapat sesuatu

maklumat atau menggerakkan perkembagan klien. Cabaran yang dilakukan hendaklah

dalam bentuk pelawaan dan ajakan supaya klien melihat dirinya dengan lebih dalam atau

tidak berselindung dengan perkara yang selamat sahaja.

Page 21: Carl Rogers

152 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Konfron dilakukan setelah perhubungan antara klien kaunselor sudah mencapai

peringkat yang tinggi. Jika cabaran dibuat terlalu awal, kemungkinan besar klien akan

rasa terggugat atau tercabar. Sama ada klien menjadi marah atau berundur masuk ke dalam

diri. Jika terdapat idea atau pun perasaan yang bertentangan, konfron boleh dilakukan

untuk mengesahkan kebenaran yang mana satu.

Kemahiran konfron memerlukan kepakaran yang tinggi. Jika betul penggunaannya, ia dapat

mendalami dengan cepat, sebaliknya jika salah penggunaannya dia akan membuat klien

enggan bercakap, atau pun tidak berminat meneruskan sesi kaunseling.

(g) Memfokus

Cerita yang disampaikan oleh klien perlu diarahkan kepada situasi-situasi tertentu, bukan

secara paksaan atau manipulatif tetapi melihat alirannya. Satu perspektif persekitaran perlu

diletak dalam jalan ceritanya. Dengan memberi tumpuan, kaunselor juga tidak akan

terawang-awang merata-rata. Dia sentiasa mengikuti luahan klien dengan teliti dan

membalas dengan tepat.

(h) Refleksi/Mentafsir Makna

Refleksi makna melibatkan keupayaan kaunselor untuk menyelam ke alam dunia klien dan

memahami apa yang dialami dan dirasai klien. Kemahiran ini memerlukan kejituan

kaunselor memahami keseluruhan cerita dan dapat mentafsirkan apa yang mungkin

tidak diceritakan oleh klien. Refleksi makna tidak semestinya dibuat oleh kaunselor tetapi

juga dibuat oleh klien dengan galakan kaunselor supaya klien mencari makna akan perbuatan

atau perasaannya.

Memandangkan tafsiran makna memasuki alam yang kurang nampak, ia perlu dilakukan

dengan teliti. Adakalanya klien belum bersedia untuk makna kehidupaannya ditafsirkan

kaunselor. Oleh itu, kaunselor perlu berwaspada kerana jika tidak, klien akan menafikan

tafsiran walaupun ia benar.

6.5 CONTOH-CONTOH KES KAUNSELING

Sungguh pun verbatim atau transkrip berikut tidak mampu menggambarkan selok belok

perhubungan yang berlaku dalam kauseling berserta dengan nada suara, ekspresi muka,

gerak geri dan pelbagai lagi bahasa bukan sesi kaunseling, ia diharapkan dapat

mencerminkan perjalanan yang berlaku semasa sesi kunseling pemusatan insan. Di akhir

respon kaunselor, dinyatakan jenis kemahiran yang digunakan dan dinamik yang sedang

berlaku semasa sesi berjalan.

Kes 1 (sebahagian dari verbatim)

Aminah berumur 25 tahun.

Kl: Saya cukup marah dengan dia. Apa tidaknya, mula-mula dia berjanji nak datang berjumpadengan keluarga saya. Katanya nak berkenalan dengan kedua ibu bapa saya. Tapi sekarangni dah tiga bulan dia bertangguh-tangguh. Katanya, tak ada masa, sibuklah, banyak kerja,kena pergi out station, macam-macam lagi alasannya. Saya dah naik boring dengan dia.Saya rasa nak putuskan perhubungan dengan dia. Kalau dia tak ada masa untuk saya buatapa saya beria-ia benar.

Page 22: Carl Rogers

OUM 153

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Ko: Saya merasakan bahawa saudari begitu marah dengan dia kerana tidak menunaikanjanji dan mengambil berat terhadap diri saudari. (Kaunselor memberi tekanan kepadaperasaan marah).

Kl: Mana tidaknya, hari Ahad minggu lepas kami dah berjanji untuk balik ke kampung sayaberjumpa dengan keluarga saya. Tapi pagi Sabtu boleh dia kata dia kena pergi out station.Saya pun was-was juga betulkah dia ni pergi out station atau hanya mencari helah tak mahujumpa orang tua saya. Saya tahu dia selalu kena buat kerja luar pejabat kerana tugas diabegitu, tapi takkan tak boleh tangguh tugas itu kerana kita dah berjanji dengan orang tua dirumah, dan saya dah beri tahu emak yang kita nak datang.

Ko: Nampaknya saudari bukan sahaja marah kepada beliau tetapi juga rasa kecewa keranatidak menepati janji. (Kaunselor memberi tumpun kepada refleksi perasaan, perasaan marahditambah dengan kecewa).

Kl: Ya lah… ini bukan kali pertama dia mungkir janji. Kalau setakat dia dengan saya tidakmelibatkan orang lain, ok saya boleh terima. Dah banyak kali dia kansel appointment dengansaya. Saya boleh maafkan kerana saya tahu, dia ni memang sebuk kerja luar. Tapi maksaya memang nak sangat berjumpa dengan boyfriend saya ni.

Ko: Walaupun sebelum ini pernah dia tidak berjumpa dengan saudari tetapi yang akhir ininampaknya sukar dimaafkan, terutamanya apabila melibatkan emak. (Penekanan ialahkepada peristiwa yang baru berlaku).

Kl: Ya lah….. emakkan dah tunggu dan kita pun dah janji. Kalau ya pun, bagilah notis awalsikit. Selalu dia begitu, last minit baru dia bagi tahu kat kita. Menyusahkan. Hari itu sayaterpaksa minta maaf banyak dengan emak saya. Maklum sajalah dia orang sudah buatsedikit persediaan. Nasib baik emak saya tu bukan kaki leter, kalau tidak entahlah. Tapiyang saya tak faham apabila tak jumpa saya dia akan bawa macam-macam hadiah, terutamaapabila balik out station. Dan dia pun nampaknya begitu mengambil berat tentang saya.Ajak saya keluar, melayan kerenah saya dan begitu loving kepada saya. Jika terkenangkanperkara ini saya taklah marah sangat. Saya tahu dia sayangkan saya tapi kadang-kadangsaya rasa dia lebih sayangkan kerjanya dari saya.

Ko: Nampak macam saudari mempunyai persaan yang bercampur-campur, marah dansayang. Keseluruhannya rasa sayang tapi adakalanya marah kepada dia apabila tidakmenepati janji. (Kaunselor cuba mendalami perasaan berbaur yang dialami oleh klien.Perasaan bertentangan ini menimbulkan konflik yang menyebabkan klien rasa tidak kongruen)

Kl: Mungkin saya perlu memahami selok belok kerja dia. Kalau dia memang kena buatkerja out station selalu, saya kenalah banyak bersabar. Kalau tidak, kenalah cari boyfriendlain (sambil ketawa). Saya tahu ada dua tiga orang yang minat dengan saya tapi saya buattak layan saja. Mereka ni selalu senyum kat saya dan ada juga yang ajak saya keluar. Apakata, kalau saya senyum balik kat depa dan terima pelawaan pergi minum-minum (sambilsenyum).

Ko: Kalau tak silap saya saudari kata saudari sayang pada dia tapi sekarang ni apa yangsaya dengar ialah saudari nak cuba berkenalan dengan orang lain pula. (Kaunselor mahupastikan keinginan baru ini, terutama pula disertakan dengan senyum. Perkara ini perlu didalami)

Page 23: Carl Rogers

154 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Kl: Saya memang sayang kepada dia tapi kalau asyik-asyik kena tinggal saja, saya punnaik bosan juga. Orang lain boleh keluar tiap-tiap hari minggu; saya terperap kat TV saja.Saya rasa apa salahnya sekali-sekali keluar dengan orang lain. Mungkin kita boleh lihatpula bagaimana layanan orang lain terhadap kita.

Ko: Untuk mengisikan kesunyian, saudari bercadang nak keluar dengan teman lain.(Kaunselor menamakan perasan baru iaitu kesunyian dan meninjau idea baru klien untukkeluar dengan teman baru).

Dalam petikan sesi kaunseling ini kita boleh lihat beberapa perkara yang biasanya diberi

tumpuan oleh kaunselor pemusatan insan iaitu penggunaan kemahiran refleksi perasaan

dan parafrasa. Dorongan minima walaupun banyak digunakan sukar ditranskripsikan.

Walaupun ringkas, kita boleh lihat perkembangan yang sedang berlaku dalam sesi ini, iaitu,

perasaan-perasaan dikenalpsti dan pilihan tentatif klien sedang diterokai bersama oleh

kaunselor.

Sesi kaunseling ini akan berterusan dengan memberi tumpuan kepada perasaan dan pilihan-

pilihan baru yang sedang diterokai oleh klien.

Kes 2 (Petikan permulaan kaunseling)

Raju 12 tahun.

Kes Raju ini menggambarkan seorang murid tahun 6 yang sedang mengalami tekanan diri

dan konflik dengan kawan-kawan. Klien ini dirujuk oleh guru kelas.

Kaunselor sekolah mempersilakan klien (budak sekolah) duduk di dalam pejabatnya.

Ko: Sila duduk Raju.

Kl: (Raju duduk di kerusi dengan berpandang ke luar bilik, dan badannya bersandarlonglai di atas kerusi).

Ko: Saya diminta oleh guru kelas untuk berjumpa dengan Raju. Agaknya apa yang sayaboleh tolong Raju?

Kl: (Tidak menjawab, masih melihat ke luar bilik dan mengeluh)

Ko: Mungkin Raju boleh ceritakan kepada saya apa yang menyebabkan Raju mengeluh.

Kl: Tak ada apa-apa Cikgu (walaupun Puan Zainab merupakan kaunselor sepenuh masadan berdaftar, murid-murid masih memanggil beliau Cikgu)

Ko: Saya dapat rasakan yang Raju mempunyai sesuatu nak disampaikan kepada saya.Kalau boleh saya ingatkan balik bahawa percakapan kita berdua ini merupakan rahsia antarakita berdua sahaja. Jadi Raju bolehlah cerita apakah perkara yang mengganggu awak padamasa ini.

Kl: (Mata mula memandang kepada kaunselor dan dengan perlahan mula bercerita).Dia orang selalu usik saya Cikgu. Saya geram dengan dia orang Cikgu. Kalau boleh sayanak tempeling mereka.

Ko: Saya faham yang Raju begitu marah kepada mereka. Kalau boleh, bolehkah Rajuceritakan apa yang dilakukan mereka sehinggakan awak begitu marah.

Page 24: Carl Rogers

OUM 155

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Kl: Dia orang panggil saya macam-macam, bulat, gemuk, fatso. Saya tak ada kacaumereka, saya duduk diam-diam di belakang kelas dan buat kerja saya. Saya mahu merekajangan ganggu saya, saya tak mahu berkawan dengan mereka semua (sambail teresak-esak menangis).

Ko: Murid-murid kelas Raju selalu mengganggu Raju.

KL: Saya tak nak berkawan dengan mereka, biar saya seorang, mereka tak perlu tegursaya.

Ko: Apa yang saya faham ni ialah Raju tidak mahu berkawan dengan murid-murid didalam kelas. Adakah ini bermakna Raju tidak mempunyai kawan baik di dalam kelas?

Kl: (teresak-esak lagi sekali) Mereka tak mahu berkawan dengan saya. Dari dulu lagisaya tak ada kawan baik, tak boleh berbual-bual macam dia orang. Semua perkara sayasimpan dalam hati. Tak ada yang nak mendengar cerita saya.

Ko: Raju rasa keseorangan, tidak ada kawan-kawan yang boleh berkongsi cerita.

Kl: Memang Cikgu,dalam kelas tu saya tak ada seorang pun kawan; semuanya asyiknak mengenakan saya. Kalau saya cuba nak bercakap, mereka akan melaung-laung supayasaya diam. Apa yang tak kena dengan saya, saya pun tak tahu. Walau pun saiz badan sayabesar saya pun ada perasaan juga.

Ko: Perasaan yang macam mana yang Raju mahu berkongsi dengan kawan-kawan.

(Kaunseling ini bersambung dengan memberi tumpuan kepada perasaan-perasaan yang

sedang dialami Raju dan bagaimana perasaan ini boleh dikongsi bersama dengan kawan-

kawan)

Petikan kaunseling ini ingin memberi gambaran bahawa klien yang dirujuk juga boleh

menjalani kaunseling pemusatan insan. Apa yang perlu dilakukan oleh kaunselor ialah

menerima klien sepenuhnya dan memberi ingatan tentang perhubungan kerahsiaan yang

dijalini. Penekanan kaunselor yang cuba memahami dunia klien, walaupun dia seorang

murid sekolah, amatlah penting. Perasaan-perasaan klien perlu dihayati dan dikomunikasikan

kembali kepada klien supaya beliau menyedari bahawa ada orang yang sedang

mendengarnya dan memahaminya sekarang ini, walau pun murid kelasnya tidak mendengar

beliau. Suasana yang selamat dan teraputik ini akan menggalakan klien bercerita dengan

lebih mendalam dan juga menerokai punca-punca yang meyebabkan beliau tidak ada ramai

kawan dan seterusnya mencari langkah-langkah yang sesuai untuk mebina perhubungan

baru dengan kawan-kawan sedarjah.

6.6 SUMBANGAN TEORI PEMUSATAN INSAN

Sepanjang pembelajaran anda setakat ini, cuba fikirkan tentang sumbangan

teori pemusatan insan terhadap kaunseling.

Page 25: Carl Rogers

156 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Teori pemusatan insan memberi sumbangan yang besar kepada kaunseling dan

psikoterapi. Pendekatan ini begitu terbuka hingga boleh digunakan oleh pelbagai jenis

kaunseling seperti kaunseling individu, kelompok dan keluarga. Teori ini juga boleh diguna

pakai di dalam situasi yang berbeza-beza, misalnya dalam bidang pendidikan, organisasi

kerajaan atau swasta, kebajikan pusat pemulihan, hospital, dan pelbagai situasi yang lain.

Kaunseling yang tidak berpusatkan kepada kaunselor ini memberi sepenuh tumpuan

kepada keupayaan klien untuk memikul tanggung jawab membuat keputusan.

Kaunselor membantu klien meneroka, memahami dan mendapat kesedaran terhadap

persoalan hidupnya dan klien sendiri akan memilih alternatif perubahan yang dikehendaki

setelah berbincang bersama dengan kaunselor. Ini bermakna klien dapat merasakan dia

berkuasa menentukan hidup.

Sambutan yang diberi kepada kaunseling pemusatan insan sejak ia diperkenalkan pada

tahun 50an dulu dapat bertahan hingga sekarang. Satu sumbangan yang berharga bagi

pengamal-pengamal kaunseling ialah kaunseling atau psikoterapi tidak dikuasai secara

ekslusif oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar, terutamanya terapis psikoanalitik.

Sekarang ini, kita dapati ramai ahli masyarakat yang dapat menggunakan perkhidmatan

kaunseling dan bukan hanya segelintir yang berkeupayaan membayar dengan bayaran yang

tinggi.

Kaunseling pemusatan insan juga dapat menekankan kepentingan perhubungan

hormat menghormati antara klien dengan kaunselor sebagai satu elemen utama dalam

menjalankan kaunseling. Tiga sifat kaunselor iaitu kongruen, penerimaaan positif tanpa

syarat dan empati sudah menjadi ciri kepastian bagi pendekatan kaunseling yang berlainan.

Selain daripada sumbangan terhadap aplikasi kaunseling dan terapi, Rogers sebagai pelopor

teori pemusatan insan juga menyumbang kepada psikologi personaliti yang merupakan

landasan kepada teori ini. Secara khusus, beliau telah menyumbang dari segi kefahaman

terhadap manusia, menekankan idea tentang perhubungan interpersonal dalam

perkembangan personaliti, perubahan semasa melalui proses kaunseling dan menunjukkan

keterbukaan dan fleksibiliti untuk penyelidikan secara saintifik.

Konsep fenomenologi yang dipegang Rogers membawa tiga pengaruh utama dalam

memahami personaliti. Apa yang penting ialah pengalaman yang dialami individu bukan

sangat maklumat profesional atau pun yang sepatutnya dialami.

Pertama, pendekatan fenomenologi mencabar pendekatan yang digelar objektif untuk

memahami tingkah laku manusia. Objektif merujuk kepada mengkaji individu dari luar, secara

tingkah laku, mekanikal dan tidak lebih terlibat secara personal. Rogers mempertikaikan

bentuk kajian objektif terapi sedemikian. Beliau membuktikan bahawa manusia boleh dikaji

secara fenomena (mendalami dunia subjektif individu) dan mengorak langkah baru untuk

mengkaji secara ini, yang juga saintifik.

Kedua, Rogers mendalami kajian terhadap konsep kendiri. Pemerhatian secara langsung

semasa sesi kaunseling membolehkan kajian dilakukan dalam dunia individu, sama ada

yang sihat atau bercelaru.

Ketiga, Rogers mengajak kita memahami individu dengan memberi kepercayaan kepadanya.

Dengan penerimaan dan persekitaran yang menyokong, individu akan berkembang ke arah

kebaikan dan kesempurnaan.

Page 26: Carl Rogers

OUM 157

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

Rogers dianggap sebagai bapa kepada kaunseling moden kerana mencadangkan

bahawa individu yang tidak kongruen (bercelaru) boleh diberi bantuan untuk perubahan

dengan ketiga-tiga sikap ini yang merupakan tulang belakang kepada kaunseling

pemusatan insan. Pandangan ini membolehkan kaunselor memberi perkhidmatan

kaunseling kepada ramai manusia yang mengalami masalah kehidupan harian.

6.6.1 Kelemahan Teori Pemusatan Insan

Satu kelemahan yang ketara bagi teori pemusatan insan ialah, bukan kerana kelemahan

teorinya tetapi lebih kepada cara teori ini diaplikasikan. Terdapat sebahagian kaunselor

yang salah faham atau menyalahgunakan teori ini di peringkat amalan. Ramai kaunselor

yang memahami prinsip-prinsip teori ini (atau memikirkan yang mereka memahami), dan

secara falasafah bersetuju dengan prinsip-prinsipnya (atau memikirkan mereka bersetuju),

mendapati sukar untuk mempraktikkan teori ini dengan berkesan. Misalnya, kaunselor sekolah

selalu beranggapan bahawa oleh kerana ciri teori ini yang tidak mengarah, ia sukar dimanfaati

oleh murid-murid yang sudah biasa menerima arahan dari guru-guru kelas. Pandangan ini

lebih kepada keinginan kaunselor yang mahukan kuasa mengarah dalam menjalankan

kaunseling dan tidak semestinya klien tidak sesuai dengan pendekatan teori pemusatan

insan.

Perhubungan antara kaunselor dengan klien yang begitu mesra dan menerima klien tanpa

syarat, boleh menimbulkan kegelisahan kepada kaunselor yang tidak dapat memastikan

had-had perhubungan. Potensi untuk menyalahgunakan keintiman perhubungan ini

boleh dianggap sebagai satu kekurangan faktor mengawal. Sempadan antara pakar

dan pesakit tidak terdapat dalam teori ini. Walaupun sebenarnya ia bukan kelemahan teori

ini, ia lebih merupakan penyalah gunaan kuasa terhadap klien dalam situasi perhubungan

saling hormat menghormati.

Kritikan terhadap teori ini yang selalu didengar ialah kaunselor pemusatan insan senang

dimanipulasikan oleh klien. Memang benar klien yang ingin memanipulasikan kaunselor

lebih senang berbuat demikian kerana ciri penerimaan tanpa syarat, dan juga pengiayaan

alam subjektif fenomenologi klien oleh kaunselor. Jika keseluruhan proses kaunseling

pemusatan insan difahami dengan betul, persoalan ini tidak timbul kerana pada akhirnya

klien akan menyedari bahawa memanipulasikan kaunselor yang memberi tumpuan menolong

sepenuhnya kepada beliau akan cuma merugikan dirinya sendiri yang mahukan pertolongan.

Satu lagi kritikan ialah teori ini tidak sesuai dengan orang yang mengalami kecelaruan

psikologi yang teruk. Ia lebih sesuai kepada persoalan kehidupan harian. Klien-klien yang

mengalami kecelaruan mental seperti psikotik atau neurosis berlebihan, kurang berkesan

jika menggunakan pendekatan ini.

Oleh kerana tiada strategi atau teknik khusus dimajukan oleh pendekatan ini, kadangkala ia

menyusahkan kaunselor, terutama yang baru, untuk menerokai masalah klien. Pengunaan

kemahiran-kemahiran seperti refleksi, parafrasa atau rumusan yang terlalu mekanikal boleh

menimbulkan kebosanan kepada klien, sehingga mempengaruhi perkembangan keseluruhan

sesi kaunseling. Kritikan ini boleh diterima jika ia khusus kepada kemahiran kaunselor,

tetapi tidak pula menujukkan bahawa teori ini lemah dari segi proses kaunseling.

Untuk menguji kefahaman anda, sila jawab latihan berikut.

Page 27: Carl Rogers

158 OUM

UNIT 3

BAB 6

TEORI KAUNSELING

KAUNSELING PEMUSATAN INSAN

RUMUSAN

Bab ini telah menerangkan teori kaunseling pemusatan insan dengan terperinci dan konsep-

konsep penting yang berkaitan dengan teori ini juga diberikan penjelasan. Contoh dalam

bentuk skrip dimuatkan untuk memberi gambaran bagaimana proses kaunseling dijalankan.

Untuk menghayati teori pemusatan insan dan menjadi seorang kaunselor pemusatan insan,

seseorang perlu memahami huraian prinsip dan konsep yang dikemukakan oleh Rogersdengan lebih mendalam. Amalan yang dilakukan perlu mengikut tahap-tahap yang tertentu,

dan perubahan tingkah laku yang dilihat adalah berdasarkan urutan perubahan yang mungkin

berlaku mengikut huraian teori ini. Kaunseling akan menjadi berkesan apabila syarat-syarat

yang disarankan diikuti dengan betul dan proses yang dilalui oleh klien mengikut

perkembangan yang disarankan.

Latihan 6.1

1. Teori kaunseling pemusatan insan mempunyai pandangan terhadap

manusia yang tersendiri. Apakah pandangan tersebut?

2. Nyatakan konsep kendiri dalam teori Carl Rogers.

3. Apakah tiga sikap kaunselor yang mencukupi dan perlu ada untuk

menjayakan proses kaunseling menurut Carl Rogers?

4. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling ada banyak. Nyatakan empat

kemahiran asas yang anda rasakan amat penting.