kaedah carl-orff.docx

19
Dalam membentuk satu kumpulan koir, guru sebagai pemimpin koir semestinya tidak dapat lari dari menghadapi masalah dalam beberapa perkara seperti masalah pemilihan ahli, masalah kehadiran ahli, masalah kerjasama pihak sekolah dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran kumpulan. Adalah lebih baik jika kumpulan koir juga dibantu oleh guru lain yang dapat melihat dari aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran kumpulan. Bukan itu sahaja, masalah utama yang sering dihadapi oleh guru koir adalah kelemahan kemahiran dan pengetahuan muzik yang dimiliki oleh ahli koir tersebut. Ini disebabkan para pelajar kurang mendapat pendedahan terhadap pendidkan muzik di sekolah. Malahan, mereka merasakan bahawa mempelajari muzik adalah sesuatu perkara yang sangat susah kerana mereka tidak pernah diberi latihan secara professional dari kecil lagi. Oleh demikian, ia menjadi tanggungjawab guru untuk membantu ahli-ahli koir mempelajari teknik-teknik dan kemahiran yang betul dalam bidang muzik. Kaedah Carl-Orff merupakan salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak tentang muzik yang melibatkan minda dan membentuk kemahiran muzikal secara kreatif melalui nyanyian, menari, berlakon dan penggunaan instrument perkusi (Contoh instrument perkusi yang sering digunakan adalah xylophone, metafon, glockenspiels). Menurut Miller (2015), kemahiran ini merupakan asas yang membolehkan kanak-kanak untuk mahir dalam membaca dan menulis muzik pada masa akan datang. Guru yang menggunakan kaedah ini dalam sesi pembelajaran dan pengajaran biasanya melibatkan unsur “bermain” bagi membantu kanak-kanak belajar dalam rentak sendiri mengikut kefahaman mereka. Kaedah Carl-

Upload: shirley-jammy

Post on 02-Feb-2016

445 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Dalam membentuk satu kumpulan koir, guru sebagai pemimpin koir semestinya tidak

dapat lari dari menghadapi masalah dalam beberapa perkara seperti masalah pemilihan ahli,

masalah kehadiran ahli, masalah kerjasama pihak sekolah dan lain-lain yang berkaitan

dengan pengurusan dan pentadbiran kumpulan. Adalah lebih baik jika kumpulan koir juga

dibantu oleh guru lain yang dapat melihat dari aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran

kumpulan. Bukan itu sahaja, masalah utama yang sering dihadapi oleh guru koir adalah

kelemahan kemahiran dan pengetahuan muzik yang dimiliki oleh ahli koir tersebut. Ini

disebabkan para pelajar kurang mendapat pendedahan terhadap pendidkan muzik di sekolah.

Malahan, mereka merasakan bahawa mempelajari muzik adalah sesuatu perkara yang sangat

susah kerana mereka tidak pernah diberi latihan secara professional dari kecil lagi. Oleh

demikian, ia menjadi tanggungjawab guru untuk membantu ahli-ahli koir mempelajari

teknik-teknik dan kemahiran yang betul dalam bidang muzik.

Kaedah Carl-Orff merupakan salah satu cara untuk mengajar kanak-kanak tentang

muzik yang melibatkan minda dan membentuk kemahiran muzikal secara kreatif melalui

nyanyian, menari, berlakon dan penggunaan instrument perkusi (Contoh instrument perkusi

yang sering digunakan adalah xylophone, metafon, glockenspiels). Menurut Miller (2015),

kemahiran ini merupakan asas yang membolehkan kanak-kanak untuk mahir dalam membaca

dan menulis muzik pada masa akan datang. Guru yang menggunakan kaedah ini dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran biasanya melibatkan unsur “bermain” bagi membantu kanak-

kanak belajar dalam rentak sendiri mengikut kefahaman mereka. Kaedah Carl-Orff ini

diperkenalkan oleh Carl Orff yang merupakan seorang composer dan konduktor German

serta pendidik. Penghasil kaedah ini adalah berdasarkan daripada kepercayaan beliau

terhadap kepentingan irama dan pergerakan (Estrella, 2015).Menurut Carl-Orff dan Keetman

(1950), kanak-kanak mempelajari muzik terbaik apabila melibatkan diri secara aktif dalam

persekitaran mereka dimana mereka dapat bercakap, menyanyi dan bermain. Dengan kata

lain, kanak-kanak memperolehi pengalaman muzikal secara tidak langsung dalam kehidupan

harian mereka.

Menurut Mason (2008), penggunaan kaedah Carl-Orff dalam pendidikan muzik

adalah sangat mudah dan ringkas kerana ia melibatkan aktiviti harian kanak-kanak yang

bertujuan untuk mencipta muzik. Sebagai contoh, penggunaan permainan, aktiviti

penerokaan dan pengajaran secara hafalan. Dalam peringkat awal, guru perlu memastikan

pelajar mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk membaca dan menyebut not-not

muzik. Kaedah Carl-Orff ini menggunakan pendekatan pembelajaran berpusat di mana muzik

dititikkan sebagai satu system asas seperti Bahasa. Ia dianggap seperti Bahasa kerana pelajar

mampu menguasai Bahasa tanpa bimbingan dari mentor ataupun guru. Dengan kata lain,

kanak-kanak dapat belajar muzik dengan pendekatan yang lebih mudah dan mesra. Selain

daripada itu, guru menggunakan kaedah ini bagi memotivasikan para pelajar untuk

menikmati ataupun menghayati muzik bukan sahaja sebagai individu namun dalam kumpulan

juga. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan kepada kanak-kanak terhadap keseronokan

bekerja dalam kumpulan.

Selain daripada itu, konsep utama Carl Orff memperkenalkan kaedah ini dalam dunia

pendidikan muzik adalah perasaan ataupun emosi mendahului pengetahuan (Lin, 2008).

Fokus utama beliau dalam pembelajaran adalah menggunakan aktiviti seperti irama

percakapan kanak-kanak, lagu dan permainan, tarian rakyat ataupun cerita rakyat. Beliau

menegaskan bahawa kaedah ini secara tidak langsung mendedahkan kepada improvisasi pola

irama yang menggunakan alat muzik perkusi. Kaedah pengajaran Carl-Orff mempunyai

empat peringkat iaitu (2013):

i. Meniru (Imitation)

ii. Penerokaan (Exploration)

iii. Penambahbaikan (Improvisation)

iv. Penciptaan (creating)

Setiap peringkat dalam kaedah pengajaran Carl-Orff mempunyai peranan masing-masing

dalam meningkatkan kemahiran nyanyian solfa dan menepuk irama para pelajar. Dalam

peringkat meniru, pelajar berusaha membangunkan kemahiran asas dalam ucapan berirama,

nyanyian, badan perkusi, bermain instrumen, dan pergerakan dengan mengikuti rentak yang

guru tunjukkan (Long, 2013). Orff mennyatakan bahawa proses ini sangat penting bagi

membentuk atau meningkatkan potensi muzikal kanak-kanak. Sebagai contoh, guru menepuk

corak irama di depan kelas sambil meminta pelajar mengikuti tindakan dia. Ini secara tidak

langsung akan meningkatkan pengetahuan mereka kerana pelajar lebih cepat mempelajari

sesuatu apabila dapat mempraktikkan teori ke kehidupan sebenar. Berdasarkan masalah yang

dihadapi oleh ahli koir tersebut, guru boleh menggunakan teknik ini untuk meningkatkan

kemahiran menepuk irama. Disini, mereka akan memerhati cara yang betul menepuk irama

yang tepat dengan temponya. Seterusnya adalah penerokaan. Long (2013) menyatakan dalam

peringkat ini, pelajar boleh menemui dan meneroka kemungkinan yang ada pada diri mereka

dalam bunyi dan pergerakan. Ini membantu pelajar berasa mereka sendiri sebagai seorang

ahli muzik dan bukannya meniru perbuatan yang guru tunjuk.

Aktiviti Nyanyian Solfa

Muzik merupakan berkomunikasi melalui melodi, irama, harmoni, tekstur, warna, ton,

ekspresi (tempo, dynamics) dan bentuk. Melodi menjadi tunjang kepada sesebuah lagu

kerana melodi mengandungi pic-pic yang disusun mengikut nada, renj, corak irama dan

struktur mengikut kesesuaian untuk dijadikan satu unit yang boleh dikenali serta menarik

perhatian pendengar. Pic-pic yang disusun adalah dalam struktur mendatar atau turun dan

naik. Penyanyi berkemungkinan tidak sedar terhadap aspek-aspek tersebut, apatah lagi ketika

menyanyi dalam berkumpulan. Guru perlu peka tentang pembentukan pic kerana jika berlaku

kelemahan di sini maka nyanyian akan dikatakan sumbang. Kanak-kanak perlu diberi

panduan untuk membezakan bunyi pic dengan tepat. Mereka akan keliru kerana perbezaan

pic-pic ini mempengaruhi konsep tentang ruang (masa) yang dikaitkan dengan pesepsi

pendengaran. Hal in terjadi apabila seseorang penyanyi tidak menguasai kemahiran asas

dalam bidang nyanyian solfa. Oleh itu, guru telah membuat satu aktiviti dalam membantu

para pelajar mengukuhkan kemahiran asas mereka dalam nyanyian solfa. Dalam aktiviti ini,

guru menumpukan aktiviti yang dapat meningkat kemahiran asas mereka sebelum kemahiran

yang lebih sukar lagi. Rajah 1.1 menunujukkan huraian aktiviti menepuk irama.

Aktiviti Peranan Guru Peranan Pelajar

Pengenalan 1. Sebelum memulakan apa-apa aktiviti,

guru membawa para ahli koir warm up

bagi menggelakkan kekejangan otot

2. Guru membawa pelajar menyanyi do, re ,

mi, fa, so, la, ti sebagai senaman mulut.

1. Pelaja mengikuti rentak

guru membuat warm up.

2. Mereka menyanyi do, re ,

mi, fa, so, la, ti sebagai

latihan memanaskan

suara.

Aktiviti 1. Guru memperkenalkan aktiviti hari ini

iaitu “back to basic” dimana guru hanya

fokus kepada carta tanga nada solfa do.

Guru menekankan kembali kepada asas

kerana sebelum pelajar dapat bernyanyi

dengan baik, mereka perlulah menguasai

kemahiran asas dahulu.

2. Guru memperkenalkan isyarat tangan

Curwen kepada para pelajar. (rajah 1.2.1)

3. Guru pemasang lagu “Are You Sleeping”

1. Pelajar mendengar

penjelasan guru terhadap

aktiviti pada hari ini.

2. Pelajar mendengar

penjelasan guru terhadap

isyarat tangan Curwen.

3. Pelajar mengikuti rentak

guru dalam mempelajari

teknik isyarat tangan

Curwen. Mereka

(rajah 1.2.2). Sambil mendengar lagu

tersebut, guru membimbing pelajar

mendengarnya dari segi solfa dimana pic-

pic solfa dikenalkan sepanjang lagu

dipasang.

4. Seterusnya, guru sekali lagi memasang

lagu tersebut. Kali ni dia menggunakan

isyarat tangan Curwen untuk menentukan

setiap pic yang terdaoat dalam lagu

tersebut. Guru membimbing pelajar cara

mengesan pic tersebut menggunakan

isyarat tangan Curwen.

5. Langkah ini diulangi beberapa kali

sehingga pelajar mampu mengesan

menggunakan isyarat tangan Curwen

tanpa bimbingan guru.

6. Pada minggu ni, guru hanya fokus kepada

penggunaan isyarat tangan Curwen pada

pic-pic sesebuah lagu. Ini bagi

menggelakkan berlakunya kekeliruan

dalam sesi pembelajaran.

menumpukan perhatian

cara-cara menentukan

pic.

4. Pelajar memerhati

demonstrasi guru.

Selepas itu, mereka

melakukan imitasi

terhadap tingkah laku

guru bagi membiasakan

teknik tersebut.

Penutup 1. Sebelum bersurai, guru meminta pelajar

menghafal isyarat tangan Curwen dan

membuat latihan di rumah sekiranya

mempunyai masa lapang.

1. Pelajar mendengar

nasihat guru.

Rajah 1.1

Rajah 1.2.1

Rajah 1.2.2

Aktiviti Menepuk Irama

Tujuan utama guru melakukan aktiviti ini adalah mendedahkan pelajar teknik asas untuk

menepuk irama. Guru memilih lagu yang mempunyai corak irama mudah dan tempo yang

perlahan agar mereka dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan lancar. Sebelum guru

mendedahkan teknik menepuk iama, dia memastikan semua ahli koir telah menghafal lirik

lagu tersebut. Rajah 1.3 menunujukkan huraian aktiviti menepuk irama.

Aktiviti Peranan Guru Peranan Pelajar

Induksi 1. Guru meminta semua ahli koir berkumpul di

hadapan.

2. Guru memastikan semua ahli hadir sebelum

memulakan aktiviti.

3. Guru memimpin ahli koir memanaskan suara

sebelum apa-apa aktiviti bermula. Ini bagi

memastikan tiada berlakunya kekejangan otot

semasa latihan dijalankan.

1. Semua ahli berkumpul di

hadapan guru.

2. Kehadiran setiap ahli diambil

oleh guru.

3. Pelajar mengikut arahan guru

untuk memanaskan suara

sebelum aktiviti dijalanakan.

Perkemba

ngan

aktiviti

1. Guru meminta semua ahli koir duduk di

tempat masing-masing.

2. Guru menggunakan radio sebagai media

aktiviti. Guru meminta para ahli koir

mendengar lagu tersebut dan meneka tajuk

lagu tersebut.

3. Selepas mendapat respon mereka, guru

menulis lirik dan not lagu tersebut di papan

putih. (sila rujuk gambar rajah 1.4)

4. Guru membawa pelajar menyebut satu

persatu senikata lagu tersebut mengikut pic

dan tempo yang tepat. Tujuan akitiviti ini

adalah memastikan semua ahli koir tahu cara

menyebut lirik lagu dengan irama yang tepat.

Seterusnya, guru membawa pelajar menyanyi

lagu tersebut untuk membiasakan mereka

kepada corak irama dan tempo.

5. Selepas itu, guru bertanya sama ada mereka

tahu teknik menepuk irama lagu tersebut.

1. Ahli koir duduk di tempat

masing-masing.

2. Pelajar mendengar lagu yang

dipasang. Mereka semua dapat

meneka lagu ini dengan tepat.

3. Pelajar memerhati dan mencatat

maklumat yang guru tulis di

dalam buku nota mereka.

4. Pelajar mengikut guru menyebut

satu persatu senikata lagu

tersebut dengan irama yang

betul. Mereka dapat menyebut

lirik lagu tersebut mengikut

tempo menaik dan menurun

tanpa menghadapi apa-apa

masalah.

5. Pelajar mendengar soalan guru

dan memberi respon.

Sesetengah daripada mereka

Guru menjelaskankan kepada pelajar teknik

yang betul bagi menepuk irama. Sambil

membuat penjelasan, guru menunjukkan

demonstrasi agar para ahli koir mendapat

gambaran yang jelas terhadap apa yang

disampaikan oleh guru.

6. Seterusnya, guru meminta mereka meniru

perbuatannya. Dalam bahagian ini, guru

hanya menggunakan 1 rangkap not dan lirik

bagi menggelakkan berlakunya kekeliruan.

7. Lirik lagu tersebut ditutup dengan manila

kad. Guru membimbing mereka chant dan

tepuk irama mengikut gambar rajah 1.3 tanpa

bantuan lirik lagu. guru memastikan setiap

ahli koir dapat menangkap apa yang

ditunjuknya tadi. Guru mengulangi langkah

ini beberapa kali.

Gambar rajah 1.5

8. Selepas bahagian lirik lagu tersebut berjaya

mereka lakukan tepukan irama dengan betul,

guru menggunakan bahagian lirik lain lagi

untuk memdedahkan variasi corak tepukan

irama.

tidak tahu teknik menepuk

irama yang betul. Mereka

mendengar penjelasan guru

terhadap teknik menepuk irama

sambil memerhati demonstrasi

yang ditunjuk.

6. Pelajar meniru cara guru

menepuk irama berpandukan

lirik dan not lagu.

7. Seterusnya, mereka membuat

latihan menepuk irama dengan

hanya berpandukan not lagu

tanpa lirik. Mereka mengikuti

bimbingan guru cara menepuk

irama.

8. Selepas berjaya menguasai

tepukan irama bahagian not lagu

tersebut, mereka beralih ke

bahagian not yang lain.

Kerja

kumpulan

1. Guru memecahkan para ahli koir kepada

beberapa kumpulan yang kecil.

2. Setiap kumpulan diberi lembaran lirik dan not

lagu. Mereka diminta untuk membuat

persembahan tepukan irama selepas 10 minit.

Mereka dibenar bertanya soalan.

3. Sepanjang sesi perbincangan berlaku, guru

hanya menjadi fasilitator.

4. Selepas 10 minit berlalu, setiap kumpulan

1. Pelajar berkumpul mengikut

kumpulan yang diberi.

2. Selepas mendapat lembaran lirik

tersebut, mereka berbincang

bagaimana cara menentukan

corak tepukan irama yang betul

bersama dengan tempo lagu

tersebut.

3. Selepas 10 minit berlalu,

mempersembahkan hasil kerja mereka. Guru

merakam setiap hasil kerja kumpulan.

5. Guru menegur kesilapan yang mereka

lakukan dan member pujian atas usaha

mereka.

mereka menunjukkan

persembahan tepukan irama

mereka di hadapan kelas.

4. Mereka menerima teguran guru

bagi memabiki dan

meningkatkan kemahiran

mereka.

penutup 1. Sebelum bersurai, guru memberi pelajar

tontonan video. Guru meminta mereka

membuat refleksi terhadap video tersebut.

https://www.youtube.com/watch?

v=weqDCGg0GYs

1. Mereka menonton video yang

guru tunjukkan.

Rajah 1.3

Gambar rajah 1.4: Lagu Rasa Sayang Hey!

Dokumentasi

Berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancang, pengkaji telah membuat satu dokumentasi untuk

melihat sejauh mana aktiviti tersebut dapat membantu dan meningkatkan kemahiran ahli koir

dari segi kemahiran nyanyian sofa dan juga menepuk irama. Pada permulaan penubuhan koir

ini, pengkaji mendapati bahawa semua ahli koir mempunyai bakat dalam bidang muzik.

Namun bakat dan kemahiran adalah dua perkara yang berbeza. Selain daripada itu, pengkaji

mendapati mereka lemah dalam beberapa kemahiran. Oleh itu, pengkaji membuat

dokumentasi ini untuk mengukur sejauh mana prestasi kumpulan koir ini dapat meningkat

sekiranya digunakan kaedah yang betul dalam mengajar mereka bidang muzik. Sebelum

aktiviti pengukuhan dijalankan, pengkaji telah mengumpul data-data kemahiran dan prestasi

kumpulan koir sekolah. Ini akan digunakan sebagai pembolehubah manipulasi bagi

mengukur sejauh mana kerjaan aktiviti in. data yang dikumpul adalah melalui rakaman video

persembahan pertma mereka yang dilakukan. Dokumentasi ini dapat dibahagi kepada tiga

peringkat iaitu sebelum aktiviti dijalankan, semasa aktiviti dijalankan dan juga impak aktiviti

terhadap prestasi para ahli koir sekolah.

Pengkaji telah memilih menggunakan kaedah pengajaran Carl-Orff bagi

membantunya menyediakan perancangan ataupun strategi mengajar ahli kumpulan koir

terhadap kemahiran asas bidang nyanyian solfa dan juga menepuk irama. Pengkaji

berpendapat bahawa kaedah pengajaran ini bersesuaian digunakan kerana ia kaedah ini lebih

fokus kepada pengalaman muzikal dahulu daripada pengalaman (Lin, 2008). Lin menyatakan

bahawa kanak-kanak perlu mempunyai pengalaman muzikal tersendiri dahulu sebelum

didedahkan kepada unsur-unsur muzikal dari segi notasi. Carl Orff turut menyatakan bahawa

semua kanak-kanak mempelajari muzik memlaui pengalaman harian mereka iaitu memalui

imitasi dan juga penerokaan yang mampu menggalakkan mereka mencipta sesuatu yang

kreatif (Miller, 2015). Akhirnya, pengalaman ini akan mengajar kanak-kanak membaca dan

menulis notasi yang lebih dikenali sebagai literasi muzik. Kaedah Carl-Orff ini menekankan

bahawa elemen muzik yang sangat penting adalah irama. Ini perlu diajar dahulu kepada

pelajar dan dikuasai oleh mereka sebelum didedahkan kepada elemen muzik yang lain. Oleh

itu, pengkaji percaya bahawa dengan menggunakan kaedah ini dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran kumpulan koir sekolah, pengkaji mampu meningkatkan kemahiran mereka

sertya menambahkan mengalaman muzikal mereka sama ada secara semula jadi ataupun

ciptaan.

Pelaksanaan Aktiviti Nyanyian Solfa

Berdasarkan rajah 1.1, jelas sekali pengkaji ingin menajamkan kemahiran asas para ahli koir

dalam bidang nyanyian solfa. Ini disebabkan nyanyian solfa merupakan kemahiran yang

sangat penting sebelum seseorang dapat menyanyi dengan mahir. Pengkaji fokus kepada

mendedahan teknik isyarat tangan Curwen dalama aktiviti tersebut. Kebanyakan pelajar

masih belum fasih menggunakan teknik ini sebelum aktiviti dijalankan. Oleh itu, pengkaji

memastikan mereka menghafal corak-corak isyarat tersebut sebelum mengajar mereka

mengesan pic-pic lagu. Apabila mereka berjaya menghafal corak-corak tersebut, ia menjadi

lebih mudah mengajar mereka mengesan pic-pic sesebuah lagu yang dipilih dalam aktiviti

tersebut.

Pelaksanaan Aktiviti Menepuk Irama

Berdasarkan rajah 1.3, pengkaji telah membuat perancangan yang teliti untuk mengatasi

masalah yang dihadapi oleh para ahli koir. Pengkaji telah membuat kajian awal terhadap

bahan-bahan yang bersesuai digunakan bagi membantu mereka. Berdasarkan masalah yang

dihadapi, pengkaji mendapati bahawa kemahiran asas mereka dalam menepuk irama adalah

sangat lemah. Mereka mampu menyebut irama dengan baik apabila berpandukan lirik lagu,

namun apabila diminta membuat tepukan irama berpandukan not-not yang diberi, mereka

tidak berjaya memberi respon yang positif.

Sebelum mendedahkan teknik menepuk irama, pengkaji telah memilih lagu “Rasa

Sayang Hey!” dan meminta mereka menyanyi lagu tersebut secara berkumpulan. Tujuan

pengkaji membuat ini adalah bagi memastikan mereka berjaya menghafal lirik lagu dan juga

membiasakan diri kepada tempo lagu tersebut. Langkah seterusnya pula mendedahkan teknik

menepuk irama. Guru menutup lirik lagu yang dipapar di papan putih da hanya menayangkan

not lagu tersebut. Tujuannya adalah untuk membiasakan para pelajar melihat corak-corak not

lagu. Seterusnya, guru memberi demonstrasi menepuk irama berpandukan not lagu yang

sedia ada. Pengkaji menjelaskan kepada para pelajar bagaimana menentukan jenis-jenis

menepuk irama yang betul dan tepat bersesuaian dengan tempo lagu tersebut. Pelajar diminta

meniru demonstrasi yang ditunjuk oleh pengkaji bagi meningkat keyakinan diri mereka

dalam menepuk irama. Mereka membuat imitasi ini secara berkumpulan bagi menggelakkan

berlakunya perasaan malu mencuba. Langkah ini diulangi beberapa kali sehingga mereka

mampu melakukan tepukan irama tanpa bimbingan guru. Pada akhir aktiviti ini, pengkaji

memberi mereka tontonan sebuah video yang berkaitan dengan tepukan irama bagi

meningkatkan motivasi mereka .

Impak Aktiviti

Selepas menjalankan aktiviti ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat berubahan yang

berlaku dalam kalangan ahli koir. Perubahan luaran yang pengkaji dapat perhatikan adalah

mereka lebih semangat apabila didedahkan kepada kemahiran baru. Maksudnya, mereka

bersungguh-sungguh mengikuti arahan yang diberi oleh pengkaji sepanjang aktiviti berjalan.

Mereka juga mampu membaca not-not muzik tanpa bantuan ataupun bimbingan pengkaji.

Perubahan yang paling ketara adalah mereka mampu menyanyi solfa dengan pic dan nada

yang betul. Mereka dapat menentukan pic menaik dan menurun bersesuaian dengan tempo

lagu tersebut. Sebelum ini, mereka hanya menyanyi tanpa mengetahui pic yang bersesuaian

ataupun tidak dapat menyatukan suara semua ahli. Namun selepas melakukan aktiviti

nyanyian solfa, mereka mengetahui teknik-teknik yang betul dimana sebutan setiap lirik lagu

perlu disebut pada bit yang tepat serta timing(ketepatan masa) perlu dititikberat dalam

nyanyian koir. Apabila pengkaji membandingkan prestasi mereka dengan rakaman yang

dahulu, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapt meningkatan sedikit. Ini disebabkan

kaedah Carl-Orff memerlukan usaha yang berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Untuk melihat perubahan yang drastic dalam masa terdekat adalah sesuatu yang mustahil.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, penggunaan Carl-Orff dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah

keputusan yang tepat dalam membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan

koir. Ini disebabkan kaedah ini lebih berpusatkan pelajar berbanding guru, ia memberi

peluang kepada pelajar mencari pengalaman dan mencipta pengetahuan baru berdasarkan

bimbingan guru dan juga pengetahuan sedia ada. Aktivit-aktiviti yang dirancang ini perlulah

sentiasa dilakukan bagi memastikan kemahiran mereka dapat diasa dengan baik. Pengkaji

juga perlu sedar bahawa usaha meningkatkan kemahiran mereka bukanlah sesuatu usaha

dalam jangka masa pendek. Dia perlu sentiasa memantau prestasi mereka.

(2740 patah perkataan)

Rujukan

(2013). Retrieved July 10, 2015, from http://www.docstoc.com/docs/156489644/Pendekatan-

dan-kaedah-carl-orff.pdf

Estrella, E. (2015). Retrieved July 10, 2015, from

http://musiced.about.com/od/lessonplans/tp/orffmethod.htm

Lin, C. P. (2008). Retrieved July 10, 2015, from

http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2008/3a%20chong.pdf

Long, A. (2013). Retrieved July 10, 2015, from http://thekeep.eiu.edu/cgi/viewcontent.cgi?

article=1003&context=lib_awards_2013_docs

Mason, E. J. (2008). Kodaly Or Orff: Preservice Teachers' Perceptions of and Preference for

Two Different Methodology Used In Teaching Elementary General Music. Florida:

ProQuest LLC.

Miller, C. (2015). Retrieved 10 July, from

http://www.anderson.edu/signatures/winter13/article.html

Orff, C., & keetman, G. (1950). Musik fur Kinder 1. England: Mainz Schott.